Laporan Saringan Dan Temuduga

1
Amir telah menjalani saringan asas dan temuduga murid berkeperluan khas pada 29 April 2015. Hasil pemerhatian, Amir memerlukan pendekatan yang berbeza dari murid biasa dalam pdp. Amir menyalin huruf yang ditunjukkan secara terbalik. Huruf ‘b’ telah disalin semula menjadi huruf ‘d’ manakala nombor 9 ditulis secara terbalik. Ini merupakan gejala penyakit disleksia iaitu tafsiran otak yang berlainan dari yang sepatutnya. Setelah menggunakan pendekatan cermin, Amir diminta menyalin semula huruf dan nombor tadi dengan melihat imej yang terpapar di dalam cermin. Hasilnya, Amir telah menulis huruf dan nombor yang dilihat dengan betul. Pengecaman huruf secara terbalik oleh Amir menyebabkan penguasaannya untuk menulis dan membaca terganggu. Apabila berlakunya masalah disleksia ini, Amir gagal menguasai kemahiran asas seperti membaca, menulis, mengeja atau mengira. Masalah ini akan menjadikan Amir tidak suka membaca dan mengelak dari membaca. Kesannya, Amir tidak dapat mengikuti pdp seperti murid normal yang lain. Kaedah pendekatan pendidikan khas serta program terapi yang bersesuaian akan berupaya mengoptimumkan keupayaan dan minat Amir dalam pdp. Program pendidikan khas juga secara tidak langsung dapat membantu Amir mengembangkan potensi diri dalam aspek rohani, jasmani, emosi, intelek dan sahsiah. Disediakan oleh : ……………………………….. (Muhammad Firdaus Bin Abd Rahman) Guru Pendidikan Khas SK Kampung Jawa 2

Transcript of Laporan Saringan Dan Temuduga

Amir telah menjalani saringan asas dan temuduga murid berkeperluan khas pada 29 April 2015. Hasil pemerhatian, Amir memerlukan pendekatan yang berbeza dari murid biasa dalam pdp. Amir menyalin huruf yang ditunjukkan secara terbalik. Huruf b telah disalin semula menjadi huruf d manakala nombor 9 ditulis secara terbalik. Ini merupakan gejala penyakit disleksia iaitu tafsiran otak yang berlainan dari yang sepatutnya. Setelah menggunakan pendekatan cermin, Amir diminta menyalin semula huruf dan nombor tadi dengan melihat imej yang terpapar di dalam cermin. Hasilnya, Amir telah menulis huruf dan nombor yang dilihat dengan betul. Pengecaman huruf secara terbalik oleh Amir menyebabkan penguasaannya untuk menulis dan membaca terganggu. Apabila berlakunya masalah disleksia ini, Amir gagal menguasai kemahiran asas seperti membaca, menulis, mengeja atau mengira. Masalah ini akan menjadikan Amir tidak suka membaca dan mengelak dari membaca. Kesannya, Amir tidak dapat mengikuti pdp seperti murid normal yang lain. Kaedah pendekatan pendidikan khas serta program terapi yang bersesuaian akan berupaya mengoptimumkan keupayaan dan minat Amir dalam pdp. Program pendidikan khas juga secara tidak langsung dapat membantu Amir mengembangkan potensi diri dalam aspek rohani, jasmani, emosi, intelek dan sahsiah.

Disediakan oleh :..(Muhammad Firdaus Bin Abd Rahman)Guru Pendidikan KhasSK Kampung Jawa 2