LAPORAN SEGAK 2015

17
SEKOLAH KEBANGSAAN JALAN RAJA MUSA 45000 KUALA SELANGOR SELANGOR DARUL EHSAN LAPORAN SEGAK 2015 TARIKH : 1 HINGGA 2 APRIL 2015 MASA : 8.00 PAGI – 10.00 PAGI

description

laporan segak 2015

Transcript of LAPORAN SEGAK 2015

1.0PENGENALAN

Program Penilaian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan (SEGAK) untuk murid sekolah di Malaysia ini telah dirancang selari dengan Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Sekolah Rendah dan Menengah. SEGAK mula diilhamkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 2005. Ujian ini dirancang untuk dilaksanakan sepenuhnya ke sekolah mulai sesi persekolahan tahun 2008. Pelaporan hasil ujian ini akan mendapat pengiktirafan sijil secara peperiksaan berpusat.

Program Penilaian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan untuk pelajar-pelajar sekolah Malaysia (SEGAK) ialah satu program yang dilaksanakan untuk mengukur tahap kecergasan murid-murid. Program ini dijalankan kepada murid Tahun 4 hingga Tingkatan 5. Matlamat utama Program SEGAK ini ialah untuk melahirkan murid yang peka, berpengetahuan dan mengamalkan aktiviti kecergasan untuk meningkat dan mengekalkan tahap kecergasan fizikal berasaskan kesihatan yang optimum.

Menurut Falls (1980), kecergasan untuk kesihatan merangkumi aspek yang berkaitan dengan fungsi fisiologi dan psikologi yang dipercayai memberi individu perlindungan daripada ancaman penyakit hipokinetik (kekurangan pergerakan) seperti penyakit jantung, kegemukan dan pelbagai penyakit otot dan tulang. Kecergasan untuk prestasi pula merujuk kepada fungsi dan keupayaan individu untuk bertanding dalam aktiviti sukan dengan bertenaga, berdaya kuasa, kekuatan, berdaya tahan, kemahiran dan sebagainya.

Menurut Clarke (1979), Kecergasan fizikal ialah keupayaan melakukan tugas harian dengan cekap dan cergas tanpa kepenatan yang berlebihan serta mempunyai tenaga yang mencukupi untuk aktiviti riadah. Selain itu, seseorang yang cergas dari segi fizikal sanggup menghadapi cabaran keadaan-keadaan kecemasan yang mungkin timbul.

Berdasarkan kepada definisi kecergasan fizikal di atas, ini menunjukkan bahawa Program SEGAK merupakan satu program yang penting kepada murid-murid. Dengan adanya program ini, murid-murid dapat mengukur dan merekod tahap kecergasan fizikal mereka. Selain itu, murid-murid juga dapat menganalisis dan mentafsir kecergasan fizikal kendiri, mengetahui tahap kecergasan kendiri, merancang dan melakukan tindakan susulan, dan mencapai tahap kecergasan yang diiktiraf berdasarkan prestasi semasa mereka.2.0 KUMPULAN SASARAN

Murid-murid Tahun 4 hingga Tahun 6 (Tahap 2)

3.0 MASA PELAKSANAAN

1-2 April 2015 (Jam 8.00 pagi hingga 10.00 pagi)

4.0 JAWATANKUASA INDUK SEGAK 2015Penasihat:

En. Nizamuddin b. Hj. Abdul Majid

Pengerusi:

Pn. Muzi Hariani bt. Hj. Jumari

Naib Pengerusi:

Pn. Khairawati bt. Abdul Hanif

Pn. Farida bt. Mohd Junaidi

Setiausaha:

En. Mohd Syafiq Bin Sha'rani

Bendahari:

Pn. Esah bt. Muda

5.0 JAWATANKUASA PELAKSANA SEGAK 2015Pengurus SEGAK:

En. Mohd Syafiq Bin Sha'rani

Teknikal & Alatan:

En. Rahmat b. Mukri (K)

En. Shamsul Rizal b. Mohd Judi

En. Sahrom B. Suratin

Buku Program:

Cik Surianti bt. Abd Wahab (K)

Pn. Norzihan bt Mohd SadiliPn. Normala bt. Saniman (K)

Cik Surianti bt. Abd Wahab

Seranta, PA Sistem & Dokumentasi:

En. Aznizan b. Othman (K)

En. Shamsul Rizal B. Mohamad Judi

Jamuan Guru dan Murid:

Cik Safuah bt. Sulong

Pn. Majida bt. Md. Selidin

Pn. Akhlasunajihah bt. Mohd Salleh

Cik Siti Hawa bt. Othman

Pn. Ropeah bt. Mustar

Minuman Murid:Pn. Norzihan bt Mohd Sadili

Pn. Ropeah bt. Mustar

Pn. Sazalina bt. Abdul Rahman

Pn. Kamsina bt. Tukimon

Bacaan Doa:

En. Ali b. Mohd Ikhwan

Pengurus Peserta:

En. Rahmat b. Mukri

Cik Safuah Sulong

Cik Aziyanti Binti Mohamad Zainal

Stesen 1

Pn. Majida

En. Thayalan A/L Sellamuthu

Cik Surianti

Stesen 2

Tn. Hj. Mohd Rafie

Pn. Atiqah

Cik Safuah

Cik Surianti

Stesen 3

Pn. Norzihan

En. Ali

En. Aznizan

En. Mohd Syafiq

Stesen 4

Pn. Normala

Pn. Wan Nor Azlina

En. Shamsulrizal

Stesen 5

En. Rahmat

Cik Azieyanti

Cik Lydiana

6.0PROSEDUR UJIAN SEGAK

1. Semua murid perlu menjalani ujian-ujian kecergasan fizikal yang dicadangkan. Prosedur dan teknik ujian hendaklah mengikut peringkat umur, keupayaan murid dan mengambil kira peralatan serta tempat ujian dijalankan. Umur murid dikira pada 1 Januari untuk rujukan norma.

2. Ujian ini boleh dijalankan semasa atau di luar waktu pengajaran Pendidikan Jasmani. Ujian ini juga mesti dilengkapkan pada hari yang sama. Guru melatih murid terlebih dahulu dan murid digalakkan membuat ujian secara individu, bersama rakan atau keluarga mereka.

3. Ujian ini mesti dilengkapkan mengikut urutan secara berterusan. Urutan item bateri ujian adalah seperti berikut:

i) Naik Turun Bangku ( 3 minit )ii) Tekan Tubi ( 1 minit )iii) Ringkuk Tubi Separa (1 minit )iv) Jangkauan Melunjurv) Ukuran antropometrik untuk mendapatkan Indeks Jisim Badan perlu dibuat

sebelum melakukan ujian ini.vi) Ujian yang dicadangkan ini boleh digunakan sebagai aktiviti latihan kecergasan.

Ujian ini perlu dilaksanakan dua kali setahun pada bulan Mac dan Ogos.vii) Bagi murid yang tidak sihat, guru boleh menjalankan ujian pada hari yang lain

pada bulan yang sama.

7.0ASPEK KESELAMATAN

1. Murid dikecualikan daripada mengambil ujian ini jika:

i) Murid disahkan oleh pegawai perubatan tidak layak mengambil ujian kecergasan

fizikal.

ii) Murid mengidap penyakit kronik.

iii) Murid tidak sihat pada waktu ujian.

2. Alatan ujian yang digunakan mesti lengkap, selamat dan berfungsi dengan baik.

3. Kawasan ujian mesti selmat dan sesuai dengan jenis ujian yang hendak dijalankan.

4. Murid memakai pakaian Pendidikan Jasmani.

5. Pengawasan guru diutamakan semasa ujian dilaksanakan.

6. Murid melakukan aktiviti memanaskan badan sebelum menjalani ujian dan menyejukkan badan selepas ujian dilaksanakan.

8.0BATERI UJIAN SEGAKProgram SEGAK ini mempunyai empat bateri ujian fizikal utama yang perlu dilakukan mengikut urutan iaitu:1) Naik turun bangku

2) Tekan tubi / Tekan tubi suaian

3) Ringkuk tubi separa

4) Jangkauan melunjur

8.1Naik turun bangkuUjian naik turun tangga dilakukan adalah bertujuan untuk menilai daya tahan kardiovaskular seseorang. Kebolehpercayaan ujian ini ialah 0.90 (mengikut protokol daripada YMCA Fitness Testing And Assesting Manual fouth edition oleh Golding L. A., 2000). Alatan dan kemudahan:

1. Bangku Ketinggian 30.5cm (1 kaki)

2. Jam randik

3. Rakaman metronom (96 detik seminit)

4. Radio CD

5. Borang skor dan norma SEGAKPengurusan dan organisasi:

1. Aktiviti dijalankan berpasangan.

2. Letakan bangku di atas lantai yang rata dan selamat. (Pastikan bangku tidak bergerak semasa ujian dijalankan)

3. Sediakan rakaman atau metronome rentak 96 detik seminit.

Prosedur pelaksanaan:

1. Ujian dijalankan dengan murid memakai kasut sukan yang sesuai.

2. Murid berdiri tegak dengan kaki kanan atau kiri (yang mana sesuai) diletakkan di atas bangku.

3. Penguji akan memberikan isyarat mula.

4. Murid melakukan pergerakan naik dan turun bangku (kaki kiri naik dan kaki kanan turun diikuti kaki kiri turun, kemudian kaki kanan naik dan seterusnya). Keseluruhan tapak kaki mesti memijak permukaan bangku.

5. Murid melakukan pergerakan mengikut rentak rakaman atau metronome dengan kadar 96 detik seminit selama 3 minit tanpa berhenti.

6. Selepas tamat murid dikehendaki duduk serta merta.

7. Penguji mengambil kadar denyutan nadi.

8. Kira kadar denyutan nadi selepas 5 saat tamat perlakuan.

9. Kadar nadi diambil dalam jangka masa 1 minit.

10. Jika murid tidak menamatkan lakuan selama 3 minit, skor murid dibatalkan.

Rajah 1: Cara ujian Naik Turun Tangga dilakukan.

8.2Tekan Tubi

Ujian tekan tubi dilakukan adalah bertujuan untuk menilai keupayaan daya tahan dan kekuatan otot tangan serta otot bahu. Bagi lelaki dan perempuan prosedur tekan tubi adalah berbeza. Ujian Tekan Tubi adalah untuk lelaki manakala Tekan Tubi Suaian untuk perempuan. Kebolehpercayaan ujian ini ialah 0.93 (mengikut protokol daripada Johnson dan Nieman, 1986)

8.2.1Tekan Tubi (Lelaki)

Alatan dan kemudahan:1. Kawasan lapang dan rata

2. Span (5cm lebar x 15cm panjang x 10cm tinggi)

3. Jam randik

4. Borang skor dan norma SEGAK (Rujuk Lampiran)

Pengurusan dan organisasi:

1. Ujian dilaksanakan secara berpasangan.

2. Murid A melakukan ujian dan murid B sebagai pencatat.

Prosedur Pelaksanaan:

1. Murid dikehendaki memakai pakaian sukan yang sesuai.

2. Mula dengan kedudukan sokong hadapan dengan berat badan disokong oleh tangan yang lurus dan jari-jari kaki. Badan diluruskan.

3. Turunkan badan dengan membengkokkan siku sehingga dada menyentuh span yang tingginya 10cm.

4. Luruskan tangan seperti kedudukan sedia. Kiraan satu ulangan lakuan.

5. Tekan tubi diteruskan sehingga satu minit. Skor dikira sekiranya murid melengkapkan prosedur 1 hingga 3.

6. Sekiranya murid tidak berupaya meneruskan tekan tubi, skor diambil kira setakat murid berhenti.

7. Ujian akan ditamatkan jika murid tidak melakukan aktiviti secara sempurna mengikut arahan 1 hingga 3.

Sokong hadapan

Lakuan bengkok siku

Lakuan lurus tangan

Rajah 2: Cara ujian Tekan Tubi dilakukan.

8.2.2Tekan Tubi Suaian (Perempuan)

Alatan dan kemudahan:

1. Kawasan lapang dan rata.

2. Span (5cm lebar x 15cm panjang x 10cm tinggi).

3. Jam randik.

4. Tilam senaman

5. Borang skor dan norma SEGAK Pengurusan dan organisasi:

1. Ujian dilaksanakan secara berpasangan.

2. Murid A melakukan ujian dan murid B sebagai pencatat.

Prosedur Pelaksanaan:

1. Mula dengan kedudukan sokong hadapan dengan berat badan disokong oleh tangan lurus lutut bengkok dan kaki bersilang. Badan diluruskan.

2. Turunkan badan dengan membengkokkan siku sehingga dada menyentuh span yang tinggi 10cm.

3. Luruskan tangan seperti kedudukan sedia. Kiraan satu ulangan lakuan.

4. Tekan tubi diteruskan sehingg satu minit. Skor dikira sekiranya murid melengkapkan prosedur 1 hingga 3.

5. Sekiranya murid tidak berupaya meneruskan tekan tubi, skor diambil kira setakat murid berhenti.

6. Ujian akan ditamatkan jika murid tidak melakukan aktiviti secara sempurna mengikut arahan dua kali berturut-turut.

Sokong hadapan

Lakuan bengkok siku

Lakuan lurus tangan

Rajah 3: Cara ujian Tekan Tubi Suaian dilakukan.

8.3Ringkuk Tubi Separa

Ringkuk tubi separa adalah bertujuan untuk menguji daya tahan dan kekuatan otot abdomen. Kebolehpercayaan ujian ialah 0.82 (mengikut protokol daripada Nieman, 1999)Alatan dan kemudahan:

1. Pita lekat bersaiz 2.5cm

2. Pita ukur

3. Jam randik

4. Metronome 50 detik

5. Pelapik getah

6. Penanda 15cm seperti pensil, lidi atau straw minuman

7. Borang skor dan norma SEGAK Pengurusan dan organisasi:

1. Lekatkan penanda dengan pita pelekat secara selari pada lantai di kiri dan kanan pelaku.

2. Jarak antara kedua-dua penanda ialah 10cm.

Prosedur Pelaksanaan:

1. Ujian ini dijalankan dengan murid memakai kasut yang sesuai.

2. Murid baring dengan lutut bengkok 90 darjah dan tapak kaki sentiasa menyentuh lantai.

3. Buka kaki seluas bahu.

4. Kedua-dua belah tangan lurus di sisi dan hujung jari menyentuh penanda pertama.

5. Pada setiap lakuan ringkuk, bahu perlu diangkat supaya jari tengah kedua-dua tangan menggelunsur hingga menyentuh penanda kedua.

6. Bahagian bawah/belakang badan hendaklah rata dan jari tengah pada kedudukan asal. (ulang prosedur 4 sebelum melakukan ulangan yang seterusnya).

7. Murid melakukan pergerakan mengikut rentak rakaman metronome dengan kadar 50 detik seminit selama 1 minit.

8. Ujian akan ditamatkan sekiranya:

a) Murid berhenti melakukan ujian.

b) Jari tidak menyentuh penanda kedua.

c) Tumit terangkat.

d) Tidak dapat mengikut rentak rakaman metronome dua kali berturut-turut.

Sedia

Ringkuk

Kedudukan asal

Rajah 4: Cara ujian Ringkuk Tubi Separa dilakukan.

8.4Jangkauan MelunjurUjian ini adalah bertujuan untuk mengukur fleksibiliti bahagian belakang badan, paha dan sendi pinggul. Kebolehpercayaan ujian ialah 0.94 (mengikut protokol daripada AAHPERD dalam buku YMCA Fitness Testing And Assesting Manual fouth edition oleh Golding L. A., 2000)Alatan dan kemudahan:

1. Alat pengukur jangkauan

2. Borang skor dan norma SEGAK Pengurusan dan organisasi:

1. Gunakan alat pengukur jangkauan yang disediakan.

Prosedur Pelaksanaan:

1. Murid duduk melunjur tanpa kasut. Tapak kaki diletak di belakang penanda 23cm.

2. Kedua-dua kaki lurus sepanjang masa ujian. Rakan memegang lutut.

3. Tapak tangan kanan ditindih di atas belakang tapak tangan kiri dalam keadaan hujung jari tengah hendaklah sama.

4. Dagu rapat ke dada. Jangkaukan tangan perlahan-lahan sejauh yang mungkin atas pita pengukur.

5. Jangkauan hendaklah dikekalkan selama 3 saat tanpa menyentap.

6. Murid diberi tiga percubaan berturut-turut. Percubaan terbaik diambil kira sebagai skor. Bacaan dikira pada sentimeter yang terhampir. Tidak perlu merekod dalam titik perpuluhan.

7.Murid yang membantu memegang lutut pelaku tidak menganggu pelaku.

Sedia

Jangkau

RehatRajah 5: Cara ujian Jangkauan Melunjur dilakukan9.0 PERBELANJAANBILPERKARAJUMLAH

1Minuman dan Makanan Peserta Kejohanan

100 x RM 1.00= RM 100.00

2Air Mineral Pegawai25 x 2 hari x RM 1.00= RM 50.00

3Persiapan PeralatanRM 50.00

JUMLAH BESARRM 200.00

10.0LAPORAN DAN RUMUSAN HASIL PENGUJIAN

Pengujian Ujian SEGAK ke atas 94 orang murid Tahap 2 telah dijalankan pada 1 hingga 2 April 2015 (Rabu dan Khamis) pada sebelah pagi bermula pada jam 8.00 pagi hingga 10.00 pagi. Gambar semasa ujian SEGAK dijalankan ke atas murid-murid Tahap 2 boleh dirujuk pada Lampiran.

Berdasarkan kepada data yang telah diperolehi daripada pengujian yang telah dibuat, beberapa orang murid lelaki yang dapat mencapai tahap gred skor A iaitu tahap kecergasan sangat tinggi. Murid ini adalah murid yang selalu mewakili sekolah dalam aktiviti sukan.Ini menunjukkan bahawa latihan yang sering dilakukan oleh atlet sekolah dapat membantu meningkatkan tahap kecergasan mereka berbanding murid-murid lain. Murid-murid lelaki yang lain pula mencapai gred skor B iaitu tahap kecergasan tinggi. Ini menunjukkan bahawa murid-murid lelaki, tahap kecergasan mereka di tahap yang memuaskan.

Murid perempuan terdapat 15 orang dapat mencapai tahap gred skor A iaitu tahap kecergasan sangat tinggi manakala orang mendapat gred skor B berada di tahap kecergasan tinggi dan 4 orang mendapat gred skor C iaitu cergas norma. Ini menunjukkan bahawa murid-murid perempuan, tahap kecergasan mereka juga di tahap yang memuaskan kerana tiada yang mencapai tahap kecergasan di bawah norma dan tahap tidak cergas.

Bagi membantu meningkatkan tahap kecergasan murid-murid, disarankan agar guru-guru menjalankan aktiviti-aktiviti yang banyak melibatkan daya tahan kardiovaskular, daya tahan otot, otot bahu dan otot abdomen. Jenis-jenis latihan dan senaman untuk meningkatkan tahap kecergasan fizikal serta cadangan aktiviti boleh dirujuk pada Lampiran.

11.0PENUTUP

Gaya hidup masyarakat Malaysia kini telah menimbulkan pelbagai jenis penyakit. Oleh itu, bermula peringkat kanak-kanak lagi pendidikan kecergasan perlu diterapkan dalam diri murid-murid supaya dapat melahirkan masyarakat yang cerdas dan cergas. Kecergasan yang optimum boleh membantu murid dalam melaksanakan aktiviti harian dengan cekap dan berkesan tanpa berasa letih. Selaras dengan itu, satu aktiviti kecergasan yang terancang perlu dilaksanakan dengan sempurna agar dapat melahirkan kanak-kanak yang sihat dan seimbang dari segi mental dan fizikal. Keberkesanan di dalam pembangunan fizikal dan pembangunan motor akan dapat merangsang pembangunan kognitif serta pembangunan sosial, emosi dan efektif. Bagi mencapai matlamat ini, maka Program SEGAK yang telah dirancang perlulah dilaksanakan dengan sebaik-baiknya dan kerjasama semua guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan adalah sangat penting.

SEKOLAH KEBANGSAAN JALAN RAJA MUSA

45000 KUALA SELANGOR

SELANGOR DARUL EHSAN

LAPORAN

SEGAK 2015

TARIKH :

1 HINGGA 2 APRIL 2015

MASA :

8.00 PAGI 10.00 PAGI