Laporan Sesi Dialog Town Hall Meeting (UTM KL) 12:51 · PDF fileLaporan Sesi Dialog Town Hall...

download Laporan Sesi Dialog Town Hall Meeting (UTM KL) 12:51 · PDF fileLaporan Sesi Dialog Town Hall Meeting (UTM KL) ... universiti. Ringkasnya, terdapat 3 perkara atau bisnes yang utama

If you can't read please download the document

Transcript of Laporan Sesi Dialog Town Hall Meeting (UTM KL) 12:51 · PDF fileLaporan Sesi Dialog Town Hall...

  • 1

    Laporan Sesi Dialog Town Hall Meeting (UTM KL) Tarikh : 10 September 2014 Tempat : Dewan Utama, Manara Razak, UTM Kuala Lumpur Masa : 10:03 12:51 Fasilitator: Tan Sri Prof. Dr. Zulkefli A. Hassan Prof. Emeritus Dato Ir. Dr. Zainai Mohamed

    Prof. Dr. Awaluddin Shaharoun

    Prof. Dr. Mohamad Hassan Osman

    PM Dr. Mohd Arifin Abu Hassan

    Bil

    Perkara Butiran Peserta Makluman/Tindakan

    (i)

    (ii)

    Dimaklumkan bahawa sebanyak 7 task force telah dibentuk dan beberapa siri mesyuarat atau bengkel telah pun diadakan.

    Proses ini diselia oleh Jawatankuasa Pemandu yang diperngerusikan oleh YBhg. Datuk Naib Canselor.

    Ia bertujuan untuk bersama-sama menyumbang idea dan berkongsi pengalaman serta memberi input yang sewajarnya ke arah Penjajaran Strategi Pelan Global UTM 2012 2020 demi memacu kegemilangan UTM.

    Terdapat 3 fasa dalam pelaksanaan plan ini; yang mana Fasa I bermula pada tahun 2012 dan akan tamat pada 2014. Fasa II akan menyusul pada awal tahun 2015 hingga 2017. Fasa III pula adalah pada 2018 hingga 2020.

    UTM mengambil pendekatan dengan mengutamakan pandangan serta idea daripada stakeholder supaya pelan ini dapat dilaksana dengan baik.

    Sesi dialog pada hari ini akan dimulakan dengan pembentangan atau penerangan oleh Ketua Fasilitator. Kemudian, para hadirin diminta untuk mengemukakan sebarang pandangan, komen atau idea sebelum program berakhir.

    Hasil dapatan pada hari ini akan dibincangkan secara terperinci dalam LPU Retreat yang akan diadakan sekitar bulan November nanti.

    Akhir kata, sekali lagi ucapan terima kasih

    Puan Mirahani Maris Encik Azham Ramli

    -

  • 2

    (iii)

    kepada semua yang hadir dan juga kepada pihak yang terlibat dalam penganjuran program pada hari ini. Juga, kepada 7 kumpulan task force yang diketua oleh TNCs dan Pegawai-Pegawai Universiti. Terima kasih juga kepada Juru Lapor, dan mereka yang terlibat khususnya PHB, HEK, Unit Perhubungan Awam dan UTM-CTC.

    Bahawa UTM sudah lama wujud dan telah digarap beberapa perkara yang menjadikan kaedah dan bentuk bekerja melalui vision, mission dan philosophy UTM lebih berkembang. Bagaimanapun, philosophy universiti telah dibentuk semula untuk meningkatkan nilai tambah.

    Universiti memerlukan road map dan kaedah bekerja yang lebih baik. Pelan strategi UTM telah wujud sejak dari tahun 1988 lagi. Bagaimanapun, tidak banyak fasa yang diambil. Mungkin satu fasa mengambil masa sehingga 10 tahun.

    Bagi siri yang terbaru ini, dengan perubahan persekitaran semasa, road map universiti perlu disemak untuk setiap 2 tahun supaya ianya lebih jelas dan teratur.

    Melalui kaedah ini, proses realignment pelan strategi dapat dibuat selang beberapa tahun sekiranya ada perkara-perkara yang tidak jelas atau tidak diperlukan.

    Justeru, tujuan UTM Global Pelan adalah khusus untuk mencapai hasrat atau visi UTM yang mensasarkan pada tahun 2020 nanti, UTM bakal berada di tempat 50 teratas Universiti Terbaik dalam bidang Kejuruteraan dan Teknologi.

    Selain itu, UTM juga berhasrat untuk melahirkan graduan yang kompeten, berdaya saing, inovatif, memiliki ciri-ciri keusahawanan dan berhati mulia untuk berkhidmat kepada bangsa, Negara serta dunia.

    Warga UTM perlu faham tentang bisnes utama universiti. Ringkasnya, terdapat 3 perkara atau bisnes yang utama iaitu education, research dan services.

    Merujuk kepada UTM Strategy Map, cara penulisan dan penyampaiannya amat mudah untuk difahami. Justeru, diharap semua pihak dapat meneliti dan meningkatkan pemahaman

    Prof. Emeritus Dato Ir. Dr. Zainai Mohamed, Ketua Fasilitator

    -

  • 3

    terhadap perkara tersebut supaya setiap daripada kita tahu di mana aspek yang boleh kita sumbangkan kepakaran yang ada.

    Reason to realign our strategy plan is to enhance/improve internal culture - Maksudnya, kita perlu ubah cara bekerja. To solve financial issues isu kewangan menjadi penting kerana ia perlu diurus dgn betul. National agenda perlu selalu dinamik. Global influence berubah mengikut trend kerana ia mempengaruhi corak kerja sesebuah organisasi.

    Merujuk kepada Timeline of Strategic Review and Planning Process, gerak kerja pelan ini sudah bermula pada bulan Mei yang lalu. Dan usaha ini akan diteruskan sehingga Disember 2014. Beberapa siri seminar telah dibuat untuk membuka minda staf terhadap perubahan yang berlaku mengikut trend semasa. Juga, 5 siri perjumpaan telah dibuat bersama kumpulan task force demi memastikan tugasan ini berjalan lancar dan disempurnakan dengan baik. Justeru, untuk sesi pada kali ini diharapkan semua hadirin dapat memberikan maklum balas dan berkongsi pandangan tentang Pelan Global UTM.

    Proses yang terlibat dalam Fasa II Pelan Global UTM ini adalah untuk realign strategy bagi perkara-perkara yang perlu. Jadi beberapa siri mesyuarat dan perjumpaan bersama stakeholder telah dibuat bagi mendapatkan idea atau pandangan berhubung pelan ini.

    Beberapa parameter asas telah ditunjukkan. student enrollment maximum to 25k.

    UG:PG nisbah = 40:60 kerana telah diputuskan oleh LPU sejak dari bulan 12 tahun 2000 lagi bahawa fokus UTM adalah untuk meningkatkan bilangan PG.

    Nisbah AC: Student = 1:15. Nisbah AC: NAC - 1:1 Bilangan AC dengan PhD minimum

    mencapai 90%. Status RU akan cuba dikekalkan. Rating harus berada pada tier 6 (SETARA). World Ranking pula mensasarkan UTM

    berada di tangga 50 teratas dalam bidang kejuruteraan dan teknologi.

    Sasaran 80% ditetapkan ke atas graduan UTM supaya memiliki pekerjaan selepas 6 bulan bergraduasi.

    - -

  • 4

    1.

    2.

    3.

    Financial sustainability dengan nisbah sumber Goverment: Non-Goverment = 30:70

    Justeru, bagi mencapai atau meningkatkan kualiti parameter tersebut, konsep SWOT analysis telah diguna pakai.

    Ada 4 perkara utama di dalam konsep ini yang perlu difahami iaitu kekuatan, kelemahan, peluang serta halangan yang akan menganggu gugat strategi yang telah dirancang dan sedang dilaksanakan.

    Seterusnya adalah kekuatan dan juga peluang. Rujukan lanjut juga boleh didapati daripada slaid pembentangan. Apa yang penting, semua daripada kita haruslah mengambil setiap peluang yang ada. Sebagai contoh, AEC kini sedang rancak berjalan, begitu cepat sekali. Konsep pelaksanaanya yang bersifat open market adalah lebih mudah dan senang untuk dijalankan.

    KFA (Key Focus Area). Terdapat 7 buah kumpulan telah dibentuk bagi menyediakan dokumen strategi UTM. Semuanya saling berkaitan dan sentiasa bekerjasama.

    Sesi Dialog bersama Peserta: 11.15 am.

    Persoalan:

    Mohon penjelasan tentang nisbah UG:PG. Mengapa UTM menetapkan nisbah sebegitu? Adakah jurusan diploma dipinggirkan?

    Khabar angin mengatakan bahawa Diploma akan dimansuhkan. Benar atau tidak?

    Persoalan/Cadangan:

    Berkaitan isu kewangan. Pelajar memasuki pertandingan besar untuk menjenamakan UTM. Tetapi pelajar menghadapi kesukaran untuk mendapat peruntukan/bajet sokongan daripada pihak universiti. Adakaha peruntukan hanya diberi selepas kemenangan diperolehi?

    Kedudukan pelajar dan jurusan diploma. Apakah status sebenar?

    Cadangan untuk menjadikan UTM KL sebagai salah sebuah Pusat MUET.

    Pandangan:

    Merupakan bekas pelajar UTM tahun 1972,

    Ahmad Zubir (Pelajar Diploma Tahun 3) Mohamad Hafiz Wildan Hasan (Pelajar Diploma, Exco MPP, Tahun 3) Encik Zamani Midod (Alumni

  • 5

    4.

    5.

    dalam bidang kejuruteraan.

    Dulu, malu hendak mengaku sebagai pelajar UTM. Kerana, UTM pada tahun tersebut tidak mempunyai tenaga pengajar berkelayakan PhD.

    Bagaimanapun, selepas kurang daripada 40 tahun, UTM kini telah mengalami satu transformasi yang amat besar. Majoriti pensyarah UTM telah mempunyai kelayakan PhD.

    Akan tetapi, graduan yang lahir hasil produk UTM pada masa kini pula, dilihat tidak seiring dengan kejayaan yang dicapai oleh universiti. Justeru, pihak UTM disarankan untuk melihat semula perkara ini secara lebih mendalam agar kualiti graduan dan UTM adalah setanding.

    Pandangan/Cadangan:

    Merupakan seorang usahawan yang mempunyai rakan kongsi di Korea dalam bidang fire engineering.

    Melahirkan kekecewaan kerana daripada 60 orang jurutera yang ada bersama beliau, tidak ada seorang pun yang lahir daripada UTM.

    Beliau amat bersetuju dengan pandangan En. Zamani berhubung kualiti graduan pada hari ini.

    Bagaimanapun, ucapan tahniah diberikan kepada UTM kerana memiliki hasrat dan usaha yang besar dalam merealisasikan Pelan Global UTM.

    Cadangan kepada UTM untuk menubuh atau mewujudkan HiCOE yang berfokus dan berada dalam kelompok elit. Tingkatkan fungsi dan peranan sediada. Lebihkan hubungan dengan pihak industri dalam bentuk council.

    Dari aspek penyelidikan pula, para penyelidik UTM perlu lebih bersifat terbuka, khususnya dalam berkongsi hasil penyelidikan yang berpotensi tinggi. Seiring dengan itu, strategi yang baik juga harus disusun sebagai persediaan untuk bersaing dengan dunia luar.

    Pandangan/Cadangan:

    Kini merupakan seorang pensyarah di Perdana School, UTM KL.

    Sebelum ini juga merupakan seorang pensyarah di Fakulti Kej, Awam.

    Pada tahun 2008, berkhidmat di Kementerian

    UTM, 1972) Ahmad Huzman (Alumni UTM) Datuk Noraini Mokhtar (Pensyarah Perdana School)

  • 6

    6.

    7.

    Sains dan Alam Sekitar.

    Setinggi tahniah diucapkan kepada UTM kerana berjaya m