LAPORAN SETIAUSAHA

4
KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL PISMP SEM 5 ELEKTIF PEND. JASMANI LAPORAN SETIAUSAHA 1.0 Pendahuluan Pada 28 Mac 2015 yang lepas satu Karnival Permainan Tradisional telah diadakan di Padang IPG Kampus Kota Baharu dari jam 8 pagi hingga 2 petang di mana Karnival Permainan Tradisional ini dikelolakan oleh kumpulan 5 PISMP ambilan Januari 2013 yang mana mengambil kursus minor Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Karnival ini telah disertai oleh dua kumpulan pelajar iaitu 2 PISMP di mana enam buah permainan tradisional yang berlainan telah dipilih iaitu ketingting, tarik upih, galah panjang, congkak, kho kho dan batu seremban. 2.0 Sebelum Sebelum Karnival Permainan Tradisional berlangsung, satu taklimat ringkas telah diadakan bagi membentuk Ahli Jawatankuasa Induk yang bakal menggerakkan program ini. Setiap pelajar bertanggungjawab dan wajib melaksanakannya. Mesyuarat telah diadakan beberapa kali sebelum pelaksanaan program ini bagi memastikan semua perancangan dan persiapan berjalan dengan lancar. Dua hari sebelum karnival ini berlangsung, satu perjumpaan bersama peserta telah diadakan. Tujuan perjumpaan ini adalah untuk memastikan semua peserta memahami segala peraturan setiap permainan tradisional ini. Sebelum Karnival Permainan Tradisional diadakan pada jam 8.00 pagi, persiapan padang telah difokuskan terlebih dahulu bagi memastikan tapak

description

laporan su

Transcript of LAPORAN SETIAUSAHA

KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL PISMP SEM 5 ELEKTIF PEND. JASMANILAPORAN SETIAUSAHA1.0 PendahuluanPada 28 Mac 2015 yang lepas satu Karnival Permainan Tradisional telah diadakan di Padang IPG Kampus Kota Baharu dari jam 8 pagi hingga 2 petang di mana Karnival Permainan Tradisional ini dikelolakan oleh kumpulan 5 PISMP ambilan Januari 2013 yang mana mengambil kursus minor Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Karnival ini telah disertai oleh dua kumpulan pelajar iaitu 2 PISMP di mana enam buah permainan tradisional yang berlainan telah dipilih iaitu ketingting, tarik upih, galah panjang, congkak, kho kho dan batu seremban.

2.0 SebelumSebelum Karnival Permainan Tradisional berlangsung, satu taklimat ringkas telah diadakan bagi membentuk Ahli Jawatankuasa Induk yang bakal menggerakkan program ini. Setiap pelajar bertanggungjawab dan wajib melaksanakannya.Mesyuarat telah diadakan beberapa kali sebelum pelaksanaan program ini bagi memastikan semua perancangan dan persiapan berjalan dengan lancar. Dua hari sebelum karnival ini berlangsung, satu perjumpaan bersama peserta telah diadakan. Tujuan perjumpaan ini adalah untuk memastikan semua peserta memahami segala peraturan setiap permainan tradisional ini. Sebelum Karnival Permainan Tradisional diadakan pada jam 8.00 pagi, persiapan padang telah difokuskan terlebih dahulu bagi memastikan tapak atau tempat permainan tradisional diadakan selamat digunakan. Pelajar 5 PISMP telah menghias tempat permainan agar nampak lebih meriah. Selain itu, penganjur juga menyediakan tempat bagi setiap permainan tradisional agar lebih tersusun.

3.0 SemasaPada jam 8.00 pagi, para peserta tiba dan membuat pendaftaran terlebih dahulu untuk memastikan kehadiran semua peserta. Taklimat ringkas tentang pergerakan peserta yang bermain permainan tradisional diadakan bagi memastikan para peserta tahu permainan yang bakal mereka main selepas slot pertama dan slot yang seterusnya. Aktiviti memanaskan badan diadakan sebelum permainan dimulakan bagi mengelakkan kecederaan otot atau untuk memberi kesediaan kepada para peserta. Selesai sahaja aktiviti memanaskan badan, maka bermulalah aktiviti permainan tradisional sehingga slot terakhir. Karnival ini sungguh meriah dengan gelagat peserta yang lucu dan sebagainya.Majlis perasmian diadakan di padang tersebut pada jam 11.30 tengah hari di mana pengarah dan Ketua Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan memberikan ucapan dan penyampaian hadiah kepada para peserta. Selesai sahaja majlis perasmian maka semua pengelola permainan tradisional bergotong-royong membersihkan tapak yang telah digunakan agar bersih dan boleh digunakan untuk aktiviti lain.

4.0 SelepasSelepas pelaksanaan Karnival Permainan Tradisional ini maka semua AJK Induk diminta untuk membuat laporan dan menyerahkan kepada AJK Laporan untuk difailkan. Program seperti ini amat bagus untuk dilaksanakan kerana memberikan pengalaman dan ilmu pengetahuan kepada guru pelatih untuk melihat dan merasai bagaimana struktur pentadbiran dan organisasi sukan dijalankan. Semoga program seperti ini diteruskan pada masa hadapan.

5.0 KelebihanProgram seperti ini amat bagus untuk dilaksanakan kerana memberikan pengalaman dan ilmu pengetahuan kepada guru pelatih untuk melihat dan merasai bagaimana struktur pentadbiran dan organisasi sukan dijalankan. Semoga program seperti ini diteruskan pada masa hadapan. Penganjur dan juga peserta lebih mengenali tentang permainan tradisional di Malaysia dengan merasai sendiri di samping melalui penerangan daripada penganjur. Hal ini membolehkan permainan tradisional sentiasa diamalkan dalam kalangan peneraju negara dan juga menghidupkan permainan tradisional yang telah mati pada zaman moden ini.

6.0 KelemahanKelemahan yang dikesan daripada Karnival Permainan Tradisional ini adalah kekangan masa. Hal ini demikian kerana, guru pelatih 5 PISMP telah mengikuti pelbagai aktiviti IPG dan juga luar IPG. Oleh itu, AJK Induk menghadapi masalah dalam menguruskan Karnival dengan lebih baik termasuk kertas kerja dan peralatan. Karnival Permainan Tradisional ini tidak dapat dijalankan seperti yang dirancang kerana kesuntukan masa.

7.0 PenambahbaikanPenambahbaikan bagi kelemahan yang dikesan adalah perlu memperuntukkan masa yang secukupnya bagi mengelolakan sesuatu program agar dapat menguruskannya dengan lebih baik. Semua guru pelatih perlu memberi kerjasama yang mantap bagi memastikan Karnival berjalan seperti yang dirancang. Oleh itu, penetapan tarikh oleh pensyarah pembimbing perlu sesuai bagi menjalankan tugas dengan baik.

Disediakan Oleh, 30 MAC 2015

________________________________(YUVARANI A/P SUBRAMANIAM)Setiausaha,Karnival Permainan Tradisional,PISMP Semester 5 Elektif Pend. JasmaniIPG Kampus Kota Bharu