Laporan Setiausaha Karnival Permainan Tradisional 2013

download Laporan Setiausaha Karnival Permainan Tradisional 2013

of 2

Transcript of Laporan Setiausaha Karnival Permainan Tradisional 2013

  • 7/29/2019 Laporan Setiausaha Karnival Permainan Tradisional 2013

    1/2

    LAPORAN SETIAUSAHA KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL 2013

    Pada 19 Februari 2013 yang lepas satu Karnival Permainan Tradisional telah

    diadakan di Padang dan Tempat Letak Kereta IPBL dari jam 1.30 petang sehingga 5.00

    petang di mana Karnival Permainan Tradisional ini dikelolakan oleh kumpulan

    pengajian ambilan Pismp Januari 2011 yang mengambil kursus subjek minor PJM3112.

    Karnival ini telah disertai oleh sembilan kumpulan pengajian di mana sembilan buah

    permainan tradisional yang berlainan telah dipilih.

    Sebelum Karnival Permainan Tradisional berlangsung, satu taklimat ringkas

    telah diadakan bagi membentuk AJK Induk yang bakal menggerakkan program ini.

    Setiap kelas diberi peranan dalam AJK Induk. Mesyuarat telah diadakan sebanyak dua

    kali sebelum perlaksaan program ini bagi memastikan semua perancangan dan

    persiapan berjalan dengan lancar. Setiap ketua kumpulan pengajian diminta untuk

    bekerjasama dengan AJK Induk bagi memastikan semua peralatan, persiapan padang

    dan perkara yang berkaitan dengan permainan tradisional dapat diselesaikan sebelum

    Karnival Permainan Tradisional berlangsung. Satu lagi taklimat ringkas telah diberikan

    sebelum Karnival Permainan Tradisional dijalankan pada keesokkannya bagi

    memastikan semua persiapan dan perancangan siap dan telah dilaksanakan. Taklimatkali ini wajib dihadiri oleh setiap ahli kumpulan pengajian yang terlibat.

    Semasa Karnival Permainan Tradisional diadakan dari jam 1.30 petang sehingga

    5.00 petang sebelum majlis penutup, persiapan padang telah di fokuskan terlebih

    dahulu bagi memastikan tapak atau tempat permainan tradisional diadakan selamat

    digunakan. Taklimat ringkas tentang pergerakan peserta yang bermain permainan

    tradisional diadakan bagi memastikan para peserta tahu permainan yang bakal mereka

    main selepas slot pertama dan slot yang seterusnya. Aktiviti memanaskan badan

    diadakan sebelum permainan dimulakan bagi mengelakkan kecederaan otot atau untuk

    memberi kesediaan kepada para peserta. Selesai sahaja aktiviti memanaskan badan

    maka bermulalah aktiviti permainan tradisional sehingga slot keempat. Majlis penutupan

    di adakan di Taza pada jam 4.30petang dimana penyelaras program Karnival

  • 7/29/2019 Laporan Setiausaha Karnival Permainan Tradisional 2013

    2/2

    Permainan Tradisional dan Ketua Jabatan Pendidikan Jasmani memberikan ucapan

    dan penyampai hadiah kepada para peserta. Selesai sahaja majlis penutupan maka

    semua pengelola permainan tradisional bergotong-royong membersihkan tapak yang

    telah digunakan agar bersih dan boleh digunakan untuk aktiviti lain.

    Selepas perlaksanaan Karnival Permainan Tradisional ini maka semua AJK

    Induk dan setiap kumpulan pengajian diminta untuk membuat laporan dan

    menyerahkan kepada AJK Laporan untuk difailkan dan untuk setiap kelas dibukukan

    sebagai bahan KKBI. Program seperti ini amat bagus untuk dilaksanakan kerana

    memberikan pengalaman dan ilmu pengetahuan kepada guru pelatih untuk melihat dan

    merasai bagaimana struktur pentadbiran dan organisasi sukan dijalankan. Semoga

    program seperti ini diteruskan pada masa hadapan.

    Laporan disediakan oleh,

    ( JOSEPH ANAK BANSA)

    SETIAUSAHA

    KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL 2013