Laporan Sukan Tahunan SJK

download Laporan Sukan Tahunan SJK

of 2

Transcript of Laporan Sukan Tahunan SJK

Laporan Kejohanan Olahraga Tahunan (KOT) IPG Kampus Temenggong IbrahimIPG Kampus Temenggong Ibrahim telah mengadakan Kejohanan Olahraga Tahunan (KOT) Kali ke-45 pada 26 April 2010 ( Khamis ). Tujuan KOT ini adalah untuk mencungkil bakat guru pelatih dalam bidang sukan.

Pada pukul 7.30 pagi, guru-guru pelatih telah berkumpul di khemah rumah sukan masing-masing iaitu di padang dan bersiap sedia untuk acara perbarisan. Selepas itu, sebagai tetamu kehormat, Tn Hj.Mohd Said Bin Hasran iaitu Pengarah IPG Kampus Temenggong Ibrahim dijemput untuk memberi ucapan dan merasmikan pembukaan KOT. Seterusnya, seorang wakil ahli sukan telah membaca ikrar sukan di hadapan tetamu kehormat.

Pada pukul 8.00 pagi, kejohanan sukan dimulakan. Persembahan daripada guru pelatih dari tiga kaum utama iaitu seperti pukulan gendang cina, silat, yoga dan tarian cina telah dipersembahankan. Seterusnya, berlangsunglah pemberian hadiah kepada pemenang-pemenang acara merentas desa (l&p), 1500m (p), lontar peluru, lompat jauh dan beberapa acara lagi. KOT diikuti dengan acara-acara yang dipertandingkan seperti lompat tinggi (l), 100m(l&p), 800m(l&p), 200m(l&p), 4x100m lari berganti-ganti (l&p), 4x400m lari berganti-ganti (l&p).

Pemberian hadiah kepada pemenang acara dan pertandingan acara padang dan balapan berlangsung secara selingan. Sebagai, ajk penerimaan hadiah saya bersama rakan telah berulang alik dari tempat pemberian hadiah ke khemah pengelola peserta untuk mengumpul pemenang-pemenang acara berkaitan dengan segera. Pertandingan telah diakhiri dengan acara 4x100m lari berganti-ganti bagi pelajar dari sekolah-sekolah jemputan sekitar kawasan johor bahru dan staf sokongan serta akademik IPG Kampus Temenggong Ibrahim.

Keputusan pertandingan itu telah diumumkan oleh juruacara dengan bantuan setiausaha kejohanan. Rumah Laksamana (kuning) telah menjadi johan keseluruhan bagi KOT dengan meragut tempat pertama diikuti dengan rumah Pendekar (hijau) iaitu di tempat kedua. Manakala, rumah Pahlawan (merah) menduduki tempat ketiga dan rumah Panglima (biru) berada di tempat keempat. Saudara Raymond dipilih sebagai olahragawan manakala saudari Lee Carol dipilih sebagai olahragawati KOT. Semua warga IPG KTI telah bersurai sekitar pukul 12.30 tengah hari iaitu selepas tamat ucapan penutupan tuan pengarah kita.

Guru pelatih sem 5 ditugaskan sebagai pegawai dalam KOT ini. Tugas yang diberi kepada saya ialah penerimaan hadiah. Saya dan rakan sekelas saya iaitu Manjula a/p Rajakumar menjadi pegawai untuk penerimaan hadiah. Pada pagi, kami mengatur semua hadiah mengikut kategori di meja yang disediakan yang terdiri daripada medal, piala, beg goody dan hamper. Kami memulakan tugas kami pada pukul 7.00 pagi. Kami bergilir-gilir membawa hadiah untuk memberikan kepada peserta yang menang pada slot akhir pemberian hadiah. Ini adalah kali pertama saya menjadi pegawai dalam KOT. Saya mengapilikasikan apa yang dibelajar sewaktu taklimat KOM.

Walaupun saya berhadapan dengan pelbagai cabaran semasa menjalankan tugasan ini tetapi saya berjaya juga dalam melaksanakan tugasan ini. Saya ingin berterima kasih kepada pensyarah saya. Dengan ini saya harus berterima kasih kepada rakan sekelas saya dan ajk yang lain yang turut bekerjasama dengan saya untuk menyempurnakan tugasan dalam KOT ini. Pengalaman yang saya perolehi sepanjang KOT ini sangat berguna dan perlulah saya aplikasikan setelah menjadi guru kelak. Ilmu yang saya perolehi ini secara langsung ataupun tidak langsung akan saya gunakan sepenuhnya.