laporan SYA

9
LAPORAN ANALISIS KAJIAN KES “THE MASCOT” GURU PELATIH : NUR SYAHIDATUL AKMAL BINTI ABU BAKAR Berdasarkan kajian yang dibuat, kes ini menceritakan tentang seorang guru pelatih bernama Cathy Anderson yang mengajar kanak-kanak berumur 11 hingga 13 tahun dan mendapat tutor bernama Mrs Clem. Permasalahan berlaku apabila cara Mrs Clem memperkenalkan Chaty kepada pelajarnya mula memperkenalkan Cathy kepada murid-muridnya dengan hanya berdiri di hadapan kelas bagaikan Mascot . Disamping itu juga, masalah lain turut timbul iaitu, Mrs.Clem hanya membenarkan Chaty mengajar bermula minggu ketiga daripada lapan minggu tempoh praktikalnya. Masalah lain timbul apabila Mrs.Clem meminta Cathy mengajar tajuk pendidikan seksual dan memperkenalkan kepentingan St. Patricks Day kepada murid-murid secara tiba-tiba walhal Cathy tidak membuat sebarang persediaan. Selain itu, Cathy juga telah merancang pengajarannya untuk menggunakan Science Kit sebagai bahan bantu mengajar. Cathy telah mengingatkan Pn. Clem untuk membawa Science Kit tersebut. Apabila Cathy bertanya, dia mengatakan bahawa Science kit itu berada di kereta. Cathy ingin mengambil tetapi Pn. Clem tidak membenarkannya. Keesokan hari di dalam kelas, dia mendapati Science Kit yang diinginkan tiada ditempatnya. Cathy meminta sekali lagi kepada Pn. Clem. Cathy meminta Tai mengikutnya mengambil Science Kit tersebut tetapi Mrs Clem mahu Jabar yangmengambilnya. Sekembalinya Jabar, Cathy meneruskan pengajarannya. Namun,Jabar tidak memberikan perhatian dengan mengganggu rakan yang lain. Cathy menegur Jabar dan tindakan drastik Jabar ialah keluar dari kelas dengan bersahaja. Mrs Clem berkata tindakan itu adalah hak Jabar sebagai seorang murid. Cathy tidak mahu bertelagah dan setelah itu, Cathy mendenda Jabar dengan menahannya keluar rehat lewat 15 minit tetapi Mrs Clem membenarkan Jabar keluar rehat sebelum waktunya. Tindakan ini dikesali Cathy. Cathy mengambil keputusan untuk berjumpaJabar dan bertanya mengapa Jabar berkelakuan nakal. Jawapannya ialah Jabar menyangka Cathy tidak menyukainya. Justeru, Cathy mahu menggunakan pelbagai kaedah dan pendekatan untuk mengatasi masalah yang dihadapi. Cathy sedar hubungan yang kurang mesra dan tiada persefahaman antara Mrs Clem banyak mempengaruhi tingkah laku murid dan mengganggu kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran. 1

description

the maskot

Transcript of laporan SYA

Page 1: laporan SYA

LAPORAN ANALISIS KAJIAN KES “THE MASCOT”

GURU PELATIH : NUR SYAHIDATUL AKMAL BINTI ABU BAKAR

Berdasarkan kajian yang dibuat, kes ini menceritakan tentang seorang guru

pelatih bernama Cathy Anderson yang mengajar kanak-kanak berumur 11 hingga 13

tahun dan mendapat tutor bernama Mrs Clem. Permasalahan berlaku apabila cara

Mrs Clem memperkenalkan Chaty kepada pelajarnya mula memperkenalkan Cathy

kepada murid-muridnya dengan hanya berdiri di hadapan kelas bagaikan ‘Mascot’.

Disamping itu juga, masalah lain turut timbul iaitu, Mrs.Clem hanya membenarkan

Chaty mengajar bermula minggu ketiga daripada lapan minggu tempoh praktikalnya.

Masalah lain timbul apabila Mrs.Clem meminta Cathy mengajar tajuk pendidikan

seksual dan memperkenalkan kepentingan St. Patricks Day kepada murid-murid

secara tiba-tiba walhal Cathy tidak membuat sebarang persediaan.

Selain itu, Cathy juga telah merancang pengajarannya untuk menggunakan

‘Science Kit’ sebagai bahan bantu mengajar. Cathy telah mengingatkan Pn. Clem

untuk membawa‘Science Kit’ tersebut. Apabila Cathy bertanya, dia mengatakan

bahawa “Science kit’ itu berada di kereta. Cathy ingin mengambil tetapi Pn. Clem

tidak membenarkannya. Keesokan hari di dalam kelas, dia mendapati ‘Science Kit’

yang diinginkan tiada ditempatnya. Cathy meminta sekali lagi kepada Pn. Clem.

Cathy meminta Tai mengikutnya mengambil ‘Science Kit’ tersebut tetapi Mrs Clem

mahu Jabar yangmengambilnya. Sekembalinya Jabar, Cathy meneruskan

pengajarannya. Namun,Jabar tidak memberikan perhatian dengan mengganggu

rakan yang lain. Cathy menegur Jabar dan tindakan drastik Jabar ialah keluar dari

kelas dengan bersahaja. Mrs Clem berkata tindakan itu adalah hak Jabar sebagai

seorang murid. Cathy tidak mahu bertelagah dan setelah itu, Cathy mendenda Jabar

dengan menahannya keluar rehat lewat 15 minit tetapi Mrs Clem membenarkan

Jabar keluar rehat sebelum waktunya. Tindakan ini dikesali Cathy. Cathy mengambil

keputusan untuk berjumpaJabar dan bertanya mengapa Jabar berkelakuan nakal.

Jawapannya ialah Jabar menyangka Cathy tidak menyukainya. Justeru, Cathy mahu

menggunakan pelbagai kaedah dan pendekatan untuk mengatasi masalah yang

dihadapi. Cathy sedar hubungan yang kurang mesra dan tiada persefahaman antara

Mrs Clem banyak mempengaruhi tingkah laku murid dan mengganggu kelancaran

proses pengajaran dan pembelajaran.

1

Page 2: laporan SYA

Berdasarkan analisis cerita di atas, saya telah menggariskan bahawa terdapat

tiga model yang berkaitan iaitu Model Skinner’s- Modifikasi tingkah laku,

ModelDreikurs’s- Model akibat logikal dan Model Glasser’s- Terapi realiti.

Menurut Skinner, pengukuhan positif merupakan rangsangan yang diberikan

untuk menggalakkan dan mendorong murid-murid mengulangi rangsangan atau

sikap yang baik. Tingkah laku yang diikuti ganjaran (pengukuhan) akan kerap

berlaku. Contohnya, semasa Cathy menjalankan proses p&p, dia menyediakan

‘goodwork tickets’ iaitu ganjaran bagi murid yang menyiapkan kerja sekolah dengan

cepat. Melalui pengukuhan positif ini, sudah pasti tingkah laku murid-murid boleh

dibentuk walaupun ada sesetengah tingkah laku perlu dibentuk secara berperingkat-

peringkat. Pengalaman yang lalu juga akan mempengaruhi tindakan yang

selanjutnya. Sebagai contoh, Mrs Clem semakin beranggapan negatif terhadap

Cathy selepas peristiwa Cathy tidak bersetuju dengan pandangan beliau dalam

pengajaran dan tindakan Cathy mengkritik gaya pembelajaran Mrs Clem telah

menyebabkan Cathy tidak diberi peluang untuk mengajar. Konflik ini berlaku

sehingga memberikan Jabar pelbagai imuniti untuk melakukan sebarang masalah

disiplin seterusnya menyebabkan Cathy tidak dapat mengawal Jabar.

Ringkasnya,pengalaman lalu merupakan konsekuen yang membawa kepada

kawalan tingkah laku yang berubah dalam persekitaran kini.

Selain itu, penggunaan ‘Reverse Phsycology’ dilakukan untuk menginsafkan

murid yang melakukan kesalahan. Sebagai contoh, Jabar sering berbual dengan

rakannya dan mengendahkan arahan Cathy ketika di dalam kelas. Hal ini kerana,

dalam diri Jabar telah timbul rasa berkuasa kerana Mrs Clem sentiasa

menyebelahinya dan apabila Cathy menunjukkan kekecewaan, Jabar bertindak

keluar dari kelas.

Di dalam model ini, terdapat kekuatan dan kelemahan yang telah dikaji.

Antara kekuatan yang ada ialah penggunaan pengukuhan positif akan membawa

tingkah laku yang baik dan lebih berkesan berbanding pengukuhan negatif.

Pengukuhan yang berterusan akan mengekalkan tingkah laku tersebut. Selain itu,

penggunaan strateg imodifikasi tingkahlaku akan menyedarkan guru agar peka

dengan apa yang berlaku dalam bilik darjah. Antara kelemahannya pula ialah murid

2

Page 3: laporan SYA

akan dimanipulasi melakukan sesuatu kerana inginkan ganjaran. Ia juga agak

merbahaya jika digunakan oleh guru yang kurang peka dan tidak beretika.

Model kedua iaitu Model Akibat Logikal yang diutarakan oleh Dreikurs

menyatakan bahawa disiplin bukan hukuman sebaliknya kawalan diri. Berdasarkan

kajian kes, ia berkaitan dengan keperluan dalam menginginkan perhatian murid-

murid. Sebagai contoh, Jabar mengganggu tumpuan rakan lain ketika Cathy

memberi kerja kepada mereka. Selain itu, terdapat situasi di mana Mrs Clem

mencelah dengan menyuruh Jabar mengambil ‘science kit’ itu. Setelah

mengambilnya, Jabar langsung tidak memberikan perhatian terhadap pengajaran

Cathy. Selain itu, terdapat juga keperluan dalam membalas dendam seperti yang

ditunjukkan oleh Jabar. Dia bersikap kurang ajar kepada cathy kerana menyangka

Cathy tidak menyukainya. Konflik terus berlaku apabila Mrs Clem melepaskan Jabar

sebelum penahanannya selesai. Jabar semakin hilang hormat kepada Cathy kerana

Mrs Clem lebih berkuasa daripada Cathy. Mrs clem pula menggunakan kuasa yang

diberikan secara autokratik. Segala pandangan Cathy ditolak mentah dan mereka

bertelagah di hadapan murid-murid setelah Cathy memberikan hadiah sebagai

ganjaran kepada murid yang menyiapkan kerja dengan cepat. Rasa berkuasa juga

timbul dalam diri Jabar setelah Mrs Clem menyuruh dia mengambil ‘science kit’.

Penggunaan model ini dapat memupuk autonomi di mana murid bertanggungjawab

keatas tindakan mereka. Tetapi, ia agak sukar untuk mengenalpasti akibat logikal

yangsetimpal dengan salah laku tertentu.

Model ketiga iaitu Terapi Realiti Glasser yang menekankan setiap individu

supaya memenuhi keperluan dan kehendak sendiri tanpa mengganggu keperluan

dan kehendak individu lain. Ini dibuktikan melalui sikap keinginan untuk dipunyai

Jabar. Dia berkelakuan nakal kerana menyangka Cathy tidak menyukainya. Sikap

manusia yang ingin memiliki kuasa juga dilihat pada Jabar ketika Mrs Clem

memilihnya untuk membantu Cathy mengeluarkan ‘science kit’. Setiap individu

bertingkah laku mengikut cara tertentu agar membentuk persekitaran mengikut

kehendak masing-masing .Model ini berkesan bagi guru permulaan untuk pelan

pengurusan bilik darjah yang sistematik dan berstruktur. Tetapi, tidak semua murid

berupaya menyelesaikan masalah tingkahlaku masing-masing kerana mereka belum

mencapai kematangan emosi, psikologi atau perkembangan. Untuk mengatasi

masalah di atas, terdapat beberapa strategi yang boleh digunakan.

3

Page 4: laporan SYA

Pertama, guru perlu mengekalkan suasana pembelajaran yang positif supaya

dapat mempengaruhi tingkahlaku positif daripada murid-murid sesuai dengan model

Modifikasi Tingkah Laku Skinner. Bagi murid yang sering berborak semasa guru

mengajar seperti Jabar, kaedah time-out boleh digunakan.Selain itu, guru perlu

mempelbagaikan aktiviti dalam p&p agar lebih seronokdan berkesan. Sesuai dengan

model Terapi Realiti Glasser, terdapat sepuluh langkahyang disarankan bagi

memastikan proses p&p berjalan lancar iaitu memilih strategi yang sesuai digunakan,

mengatasi masalah melalui dua cara iaitu memberi latihanyang menarik dan relevan

serta membina hubungan positif dengan murid, meningkatkan cara penyoalan,

membuat perbincangan dengan murid, meminta murid membuat pelan tindakan yang

positif, dan menghantar murid ke lokasi lain tetapi selesa sambil dipantau guru

bertugas. Perlaksanaan terapi ini perlulah dilaksanakanmengikut kesesuaian murid

tersebut. Bukan itu sahaja, guru perlu memberi peluang kepada murid untuk

memperlihatkan kemampuan mereka tetapi jangan pula sampai terlalu memberi

kepercayaan atau kuasa kepada mereka.

Kedua, pendekatan ‘reverse phsycology’ juga sesuai digunakan bagi murid

yang suka melawan dan tidak mengikut arahan. Seterusnya, berdasarkan kes yang

diberi, sebagai guru, Mrs Clem seharusnya dapat mengenal pasti masalah di dalam

kelas dan membina hubungan ‘rapo’ antara dia dan Cathy. Cathy pula seharusnya

melibatkan semua murid dalam proses p&p supaya tidak ada seorang pun dianggap

tersisih seperti Jabar. Perhatian yang lebih perlu diberi kepada murid yang sukar

dikawal. Cathy juga seharusnya sudah mahir dalam teknik menangani kemampuan

murid yang berbeza-beza.

Sebagai rumusannya, Cathy dan Mrs Clem hendaklah berbincang dengan

mengenalpasti punca masalah yang berlaku antara mereka dan berusaha

mengatasinya bersama-sama. Selain itu, Mrs Clem perlu percaya kepada Chaty

untuk melakukan proses p&p dan hanya menegur Chaty apabila dia melakukan

kesalahan dengan berbincang secara baik, bukan menegur Chaty di hadapan

sehingga melibatkan sedikit pertengkaran di hadapan murid-murid. Oleh itu, segala

masalah yang timbul diantara mereka hendaklah diselesaikan dengan berbincang

secara baik.

4

Page 5: laporan SYA

LAPORAN ANALISIS KAJIAN KES THE MASKOT

GURU PELATIH : MUHAMMAD MUAZ BIN MOHD AMIN

Seseorang guru yang efektif amat penting dalam menjadikan suasana dan

iklim bersistematik, kondusif dan mampu dikawal serta mampu menghasilkan

pembelajaran yang berkesan. Dalam mengkaji tentang kes “The Mascot” ini, dengan

jelas, kita dapat melihat guru yang tidak efektif telah mengucar kacirkan pengurusan

bilik darjah. Penceritaannya bermula dengan Mrs. Clem sebagai guru pembimbing

tidak memiliki ciri–ciri guru efektif dan hal ini telah mendatangkan pelbagai masalah

sampingan kepada Cathy selaku guru pelatih baru di situ. Segala masalah yang

ditimbulkan oleh Mrs. Clem sememangnya menyukarkan Cathy untuk melaksanakan

sesi pengajarannya apatah lagi merasai perasaan sebenar sebagai seorang guru

baru disitu.

Hasil dapatan daripada analisis kajian kes ini, Mrs. Clem dilihat sebagai faktor

utama yang mencetuskan kepada isu–isu atau permasalahan lain yang telah

tercetus kepada Cathy yang merasakan dirinya sebagai mascot kepada Mrs. Clem.

Sikap dan perangainya langsung tidak mencerminkan ciri–ciri seorang guru yang

efektif. Lorin W. Anderson (1989) menerangkan bahawa guru yang efektif tahu

serba serbi apa yang ingin diajar, prihatin terhadap murid dan melayan mereka

dengan rasa hormat serta mampu untuk membuat keputusan yang bijak.

Keseluruhan masalah ini mempunyai kaitan rapat dan hubungkait dengan ciri–ciri

guru yang efektif. Apabila ciri–ciri guru yang efektif diabaikan dan jenis guru asertif

tidak diamalkan dalam rutin harian kelas, maka ianya telah mendatangkan masalah

kepada guru pelatih baru seperti Cathy.

Masalah yang terjadi ini sememangnya berpunca daripada Mrs. Clem. Antara

masalah yang dihadapi oleh Cathy ialah murid–murid tidak begitu menghormati

Cathy sebagai guru mereka. Contohnya, Jabar dengan sesuka hati bertindak keluar

kelas apabila ditegur Cathy dan menjawab dengan nada memberontak. Jabar juga

kerap menunjukkan tindak balas atau rangsangan negatif apabila ditegur Cathy.

Alasan Jabar atas kelakuannya ialah dia merasakan Cathy tidak menyukainya

sepertimana Mrs. Clem yang selalu memberi perhatian kepadanya. Sikap Jabar ini

boleh dilihat sebagai murid yang kurang kasih sayang. Dia melakukan

5

Page 6: laporan SYA

pemberontakkan hanyalah semata-mata untuk mengharapkan guru memberi

perhatian kepadanya.

Selain itu, pengawalan kelas juga menjadi tidak teratur dan bersistematik.

Cathy sebagai seorang guru bimbang dengan kawalan kelasnya apabila dia keluar

daripada kelas untuk mengambil ‘science kit’. Apabila pulang daripada mengambil

‘science kit’ itu, Jabar dan tujuh orang murid sedang berkerumun untuk menyiapkan

‘science kit’ tersebut. Semua itu kerana arahan Mrs. Clem mendahului arahannya.

Mrs Clem tidak menghiraukan Cathy sebagai guru yang sedang melakukan sesi

pengajaran di dalm kelas tersebut. Bukan itu sahaja, terjadi pergaduhan diantara

murid selepas waktu rehat. Jabar, Isaac dan Thomas bergaduh sehingga dia atas

lantai. Namun Cathy terkejut, tiada tindakan pantas yang dilakukan oleh Mrs. Clem

yang berada di dalam kelas tersebut ketika itu..

Bukan itu sahaja, hasrat Cathy untuk menjadi guru sebenar di dalam kelas

juga tidak tercapai. Cathy berhasrat untuk mempelajari sesuatu daripada mentornya

Mrs. Clem yang telah berkhidmat selama 20 tahun sebagai seorang guru, namun

dengan sikap Mrs. Clem yang tidak bersikap terbuka menyebabkan Cathy sukar

untuk melaksanakan sesuatu di dalam kelas. Mrs. Clem juga selalu merungut

tentang kerjayanya sebagai seorang guru dan tidak dapat menerimanya sebagai

tanggungjawab sebagai seorang guru. Pada pandangan Cathy, ini bukanlah sesuatu

sikap yang wajar dicontohi dalam meneruskan kerjaya dalm bidang pendidikan ini.

Sikap negatif ini seharusnya dikikis dalam menjadi seorang guru yang afektif.

Rentetan daripada masalah yang telah timbul dalam kajian kes ini, dapat kita

lihat bahawa kualiti peribadi seseorang guru yang efektif akan membantu mereka

dalam melaksanakan tugas dengan lebih baik di dalam bilik darjah. Kadangkala

kualiti ini sememangnya sudah sedia ada dalam diri seseorang guru, namun

kadangkala ada pula guru yang perlu dilatih atau diingatkan tentang kualiti yang

diperlukan untuk membantunya dalam pengurusan bilik darjah (Haliza dan Joy

Nesamalar, 2008). Sememangnya pendekatan yang diambil oleh Cathy semasa

mengawal kelasnya sudah betul namun keberkesanannya tidak dapat dilihat. Ia akan

terlihat sekiranya Mrs. Clem bersikap terbuka dan mampu menerima teguran dan

nasihat akan kesilapannya dan menyedari akan kepentingan nilai dan ciri guru efektif

yang telah diterapkan sejak dari dahulu lagi.

6

Page 7: laporan SYA

Berdasarkan Model Displin Asertif Canter, ia boleh digunakan sebagai jalan

penyelesaian untuk beberapa situasi agar masalah Cathy dapat diselesaikan dengan

lebih mudah. Merujuk kepada Model Displin Asertif Canter, Cathy akan memberi

peluang kepada murid-muridnya untuk melakukan tindakan yang mereka ingin

lakukan tetapi mereka perlu sedar akan akibat yang akan berlaku sekiranya mereka

masih melakukannya. Oleh itu mereka seharusnya bertanggungjawab terhadap

kesan serta akibat yang akan berlaku kepada mereka. Cathy harus membenarkan

murid-muridnya untuk bergerak bebas sewaktu kelas akan tetapi sebelum mereka

melakukan perbuatan itu, mereka harus dimaklumkan tentang kesan sekiranya

mereka asyik meninggalkan kelas sewaktu proses pengajaran. Hal ini akan

menyebabkan mereka akan ketinggalan dalam pembelajaran sekiranya mereka

kerap meninggalkan kelas dengan sewenang-wenangnya.

Bukan itu sahaja, sebagai seorang guru yang mengamalkan Model Displin

Asertif Canter, memberikan peluang kepada murid-murid dalam melakukan tindakan

mereka adalah yang terbaik. Pada masa yang sama juga mereka perlu

bertanggungjawab terhadap tindakan yang mereka lakukan sepanjang tempoh

proses melakukan tindakan mereka. Selain itu guru juga boleh menentukan tindakan

murid supaya tindakan yang dilakukan tidak memudaratkan orang lain. Ganjaran

perlu digunakan untuk menarik perhatian murid-murid supaya mereka akan

mengikuti perkembangan kelas dengan lebih tumpu perhatian. Ganjaran juga boleh

dikatakan sebagai satu proses motivasi intrinsik dan ekstrisik untuk meningkatkan

lagi semangat untuk membelajari sesuatu.

Murid-murid juga merupakan insan yang mempunyai perasaan maka kita

sebagai guru perlu melayan mereka seperti ahli keluarga sendiri. Kita haruslah

mendidik mereka dengan penuh kasih sayang dan tidak mengharapkan sebarang

balasan. Murid-murid akan merasa dihargai apabila mereka dipuji dan disayangi.

Murid-murid yang mendapat pujian akan merasa sangat gembira dan ini akan

membantu anda dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang sedang

berlansung. Di samping itu, ganjaran perlu diikuti dengan dendaan yang munasabah.

Dendaan yang seimbang akan membantu murid-murid menerima hakikat dunia

7

Page 8: laporan SYA

sebenar yang penuh dengan peraturan. Dendaan akan memberikan satu peringatan

untuk murid bahawa tindakan mereka adalah silap dan tidak boleh diaplikasikan.

Bukan itu sahaja, Cathy perlu tegas pendiriannya. Sesiapa yang berkelakuan

baik akan dibenarkan untuk mengambil alatan sains dan melakukan ekperimen dan

sesiapa yang tidak berkelakuan baik tidak akan mendapat layanan yang sebegitu.

Tindakan guru yang seimbang akan membantu murid dalam perkembangan emosi

dan kawalan diri. Oleh itu, konsep dendaan dan ganjaran ini haruslah diberikan

penekanan dalam membentuk minda murid supaya mereka menjadi insan yang

berguna .Dendaan dan ganjaran yang seimbang sebenarnya dapat membantu

perkembangan murid-murid dalam kelas serta dapat menghasilkan satu suansana

pembelajaran yang lebih teratus dan bersistematik.. Ganjaran dan dendaan juga

merupakan salah satu idea dalam Model Displin Asertif Canter dan juga Model

Displin Asertif Skinner.

Merujuk kepada Teori Perlaziman Operan Skinner pula, teori perlaziman

operan skinner mengutamakan pengamalan peneguhan positif dan peneguhan

negatif. Peneguhan positif merupakan proses tindakan guru untuk menambahkan

semangat positif murid semasa dalam kelas sedang berlangsung. Peneguhan positif

seperti memuji murid yang telah melakukan tugasan dengan penuh tumpuan.

Peneguhan positif harus digunakan untuk memupuk keyakinan diri mereka supaya

lebih berasa dihargai. Penghargaan juga merupakan salah satu peringkat penting

dalam hireaki Maslow. Hireaki Maslow juga menyatakan bahawa penghargaan yang

diberikan akan menambah keyakinan diri untuk memajukan diri dalam bidang

tertentu. Cathy perlu mengamalkan cara penghargaan untuk kelasnya supaya

mereka lebih menyukainya dan lebih suka mengadakan kelas dengannya.

Keyakinan murid harus dipertingkatkan melalui aktiviti yang dijalankan dan

pada masa yang sama juga harus membantu mereka untuk mencapai keputusan

yang lebih baik. Peneguhan positif harus disemaikan dengan lebih meluas pada

peringkat ini. Keadaan yang lebih positif akan membantu murid mempelajari mata

pelajaran dengan lebih mudah dan sempurna. Bukan itu sahaja, peneguhan ini harus

disemai kerana murid dapat menerima segala ilmu yang telah disampaikan oleh guru

mereka tanpa sebarang halangan di dalam minda. Dengan itu, murid dapat

menerima sekurang-kurang 80% pengajaran yang telah disampaikan. Bukan itu

8

Page 9: laporan SYA

sahaja, misi dan visi kerajaan Malaysia dalam menjadikan murid di negara ini

mempunyai minda dan pemikiran kelas pertama akan tercapai.

Merujuk kepada Terapi Realiti Glasser pula, ia juga boleh diaplikasikan dalam

pengajaran dan pembelajaran. Tingkah laku individu atau murid perlu

dipertanggungjawabkan kepada diri mereka sendiri. Murid yang tidak memenuhi

kriteria yang ditetapkan akan mengakibatkan mereka tidak dapat mendapat layanan

istimewa. Oleh itu, murid akn sentiasa berwaspada dalam setiap tindakan mereka

agar mereka tidak melakukan kesalahan. Sebagai contoh, Cathy perlu menentukan

satu kriteria yang harus dipatuhi oleh murid-muridnya supaya mereka faham tentang

tingkah laku yang bagaimana mereka akan dilayan secara istimewa. Murid sendiri

akan berjaga-jaga tingkah laku mereka semasa dalam kelas.

Kesimpulannya, terdapat banyak masalah yang menyumbang kepada

terjadinya masalah utama. Masalah utama yang dikenal pasti daripada kes ini ialah

sikap guru yang tidak efektif. Guru yang tidak efektif boleh menyumbang kepada

banyak masalah lain. Oleh yang demikian, setiap guru seharusnya mempunyai satu

garis panduan yang perlu dipatuhi agar mereka tidak terus melakukan kesilapan

dalam melaksanakan sesi pengajaran. Bukan itu sahaja, guru seharusnya

mempunyai sikap yang lebih terbuka dalam menerima pandangan individu lain.

Kritikan dan pandangan yang dibuat terhadap guru boleh kita jadikan panduan dalam

melayari bahtera pendidikan ini.

9