Laporan Tahjunan Persatuan Bahasa Melayu

download Laporan Tahjunan Persatuan Bahasa Melayu

of 2

description

j

Transcript of Laporan Tahjunan Persatuan Bahasa Melayu

LAPORAN TAHUNAN PERSATUAN BAHASA MELAYU

Persatuan Bahasa Malaysia Sekolah Kebangsaan Tanjung Latap dianggotai oleh murid-murid Tahp Dua sahaja. Persatuan ini dibentuk setahun selepas sekolah dirasmikan iaitu pada tahun 1995. Visi Persatuan Bahasa Malaysia sekolah kita ialah meningkatkan keupayaan potensi murid-murid dalam aktiviti berbahasa Malaysia.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang tahun 2013. Aktiviti pertama ialah pertandingan bercerita yang diadakan pada 20 Februari iaitu pada hari Rabu. Pertandingan ini terbuka kepada semua murid termasuk ahli persatuan. Pertandingan ini telah dimenangi oleh Kim Mi Yoke dari kelas 3A dan Lim Pok Moi dari kelas 5B. Pemenang-pemenang ini akan mewakili sekolah ke peringkat daerah.

Seterusnya, Persatuan Bahasa Malaysia menganjurkan pula pertandingan mendeklamasikan sajak yang diadakan pada 25 April di auditorium sekolah. Pertandingan ini diadakan untuk mencungkil bakat baharu bagi mewakili sekolah ke peringkat daerah. Sebanyak lima sajak disediakan untuk para peserta. Pertandingan ini telah dimenangi oleh murid dari kelas 6A iaitu saudari Catherine Yip.

Sebelum peperiksaan UPSR, Persatuan Bahasa Malaysia telah mengadakan ceramah teknik menjawab kertas Bahasa Melatu - Penulisan. Ceramah ini telah disertai oleh semua murid Tahun 6. Ceramah ini diadakan untuk memberi pendedahan awal kepada murid tentang soalan-soalan peperiksaan supaya mereka dapat membuat persediaan sebelum hari peperiksaan.

Aktiviti terakhir pada tahun ini ialah lawatan sambil belajar ke Melaka. Seramai 44 ahli persatuan dan 8 orang guru pengiring menyertai lawatan itu selama tiga hari. Para peserta berasa puas hati dapat menyertai lawatan itu kerana banyak pengalaman menarik diperoleh di situ. Antaranya dapat melihat artifak lama dan kapal replika zaman penjajah. Para peserta juga sempat menaiki Menara Keris Taming Sari yang cukup unik.

Pelbagai aktiviti menarik telah dirancang oleh Persatuan Bahasa Malaysia sekolah kita sepanjang tahun 2013. Pihak persatuan juga akan merancang aktiviti yang lebih menarik pada tahun hadapan untuk menarik lebih ramai murid menyertai persatuan ini.

Disediakan oleh, 11 NOVEMBER 2013

Sufiya(SUFIYA TURI)Setiausaha,Persatuan Bahasa MalaysiaSekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Hui San.