LAPORAN TAHUNAN PANATIA BAHASA INGGERIS

4
PK05 Pengurusan Panitia PK05/3 SISTEM PENGURUSAN KUALITI SEKOLAH-SEKOLAH WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA LAPORAN TAHUNAN PANITIA BAHASA INGGERIS 1. Nama Program : Panitia Bahasa Inggeris 2. Tarikh : Sepanjang tahun 3. Hari/ Masa : - 4. Tempat : SK Putrajaya Presint 11(2) 5. Objektif : Melahirkan murid-murid yang minat dan menghargai Bahasa Inggeris serta membantu mereka meningkatkan tahap kecemerlangan dalam matapelajaran Bahasa Inggeris. 6. Sasaran : Semua murid SK Putrajaya Presint 11(2) 7. Butiran aktiviti : a) Panitia Bahasa Inggeris telah menjalankan satu program utama sepanjang tahun iaitu Program Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBI) bagi menepati dasar pendidikan yang disarankan oleh kerajaan. Di bawah program tersebut, pelbagai aktiviti- aktiviti telah dijalankan termasuk Minggu Panitia Bahasa Inggeris yang melibatkan semua guru Bahasa Inggeris dan murid- murid SK Putrajaya Presint 11(2). b) Aktiviti-aktiviti lain ialah penggunaan sisipan akhbar Didik oleh murid Tahun 6 semasa pembelajaran Bahasa Inggeris, penambahbaikan prasarana Bilik Akses Kendiri Bahasa Inggeris, rakan membaca NILAM, English Day, dan Newspaper in Education (NiE). 8. Penilaian Program : 8.1 Kekuatan Program : a) Aktiviti-aktiviti yang dijalankan semasa Minggu Panitia Bahasa Inggeris telah mendapat sambutan yang menggalakkan. Ramai murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6 telah menyertai pertandingan dan program yang dianjurkan. Hak Cipta Terpelihara © Pejabat Pelajaran Wilayah Persekutuan Putrajaya 1 Jun 2011 - Kel. 02 | Pin. 00

description

LAPORAN TAHUNAN, PANITIA BAHASA INGGERIS

Transcript of LAPORAN TAHUNAN PANATIA BAHASA INGGERIS

Page 1: LAPORAN TAHUNAN PANATIA BAHASA INGGERIS

PK05 Pengurusan Panitia

PK05/3SISTEM PENGURUSAN KUALITI

SEKOLAH-SEKOLAH WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA

LAPORAN TAHUNAN PANITIA BAHASA INGGERIS

1. Nama Program : Panitia Bahasa Inggeris

2. Tarikh : Sepanjang tahun

3. Hari/ Masa : -

4. Tempat : SK Putrajaya Presint 11(2)

5. Objektif : Melahirkan murid-murid yang minat dan menghargai Bahasa Inggeris serta membantu mereka meningkatkan tahap kecemerlangan dalam matapelajaran Bahasa Inggeris.

6. Sasaran : Semua murid SK Putrajaya Presint 11(2)

7. Butiran aktiviti :

a) Panitia Bahasa Inggeris telah menjalankan satu program utama sepanjang tahun iaitu Program Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBI) bagi menepati dasar pendidikan yang disarankan oleh kerajaan. Di bawah program tersebut, pelbagai aktiviti-aktiviti telah dijalankan termasuk Minggu Panitia Bahasa Inggeris yang melibatkan semua guru Bahasa Inggeris dan murid-murid SK Putrajaya Presint 11(2).

b) Aktiviti-aktiviti lain ialah penggunaan sisipan akhbar Didik oleh murid Tahun 6 semasa pembelajaran Bahasa Inggeris, penambahbaikan prasarana Bilik Akses Kendiri Bahasa Inggeris, rakan membaca NILAM, English Day, dan Newspaper in Education (NiE).

8. Penilaian Program :

8.1 Kekuatan Program :

a) Aktiviti-aktiviti yang dijalankan semasa Minggu Panitia Bahasa Inggeris telah mendapat sambutan yang menggalakkan. Ramai murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6 telah menyertai pertandingan dan program yang dianjurkan.

b) Hasil kutipan jualan dan sumbangan daripada murid-murid dan guru-guru telah mencapai lebih RM 800. Dana tersebut telah digunakan bagi menyediakan hadiah untuk murid-murid sempena Minggu Bahasa Inggeris serta menambahbaik Bilik Akses Kendiri Bahasa Inggeris.

c) Bilik Akses Kendiri Bahasa Inggeris sudah dilengkapi dengan tikar getah, pentas, serta buku-buku dan koleksi kertas peperiksaan Bahasa Inggeris. Bilik itu juga telah dicat bagi keselesaan dan menarik minat murid-murid.

8.2 Kelemahan Program :

Hak Cipta Terpelihara © Pejabat Pelajaran Wilayah Persekutuan Putrajaya1 Jun 2011 - Kel. 02 | Pin. 00

Page 2: LAPORAN TAHUNAN PANATIA BAHASA INGGERIS

PK05 Pengurusan Panitia

a) Semasa program dijalankan sepanjang tahun, tidak banyak gambar yang telah diambil. Jadi, ia menyukarkan proses dokumentasi untuk dijadikan bahan rujukan pada masa hadapan.

b) English Day tidak dapat dijalankan secara efektif kerana murid-murid masih tidak berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris pada hari yang ditetapkan.

c) Bilik Akses Kendiri Bahasa Inggeris masih belum 100% sedia untuk digunakan oleh guru dan murid semasa pengajaran dan pembelajaran kerana bahan-bahan yang terdapat di dalam bilik tersebut belum direkod dengan nombor inventori.

8.3 Cadangan Penambahbaikan :

a) Pada tahun yang akan datang, setiap program atau aktiviti yang dijalankan perlu diambil gambar sebagai bahan bukti dan rujukan.

b) Aktiviti yang dilaksanakan perlu dimantapkan perlaksanaannya bagi memaksimumkan penggunaan Bahasa Inggeris di kalangan guru dan murid-murid.

c) Segala bahan termasuk buku, carta dan koleksi kertas ujian atau peperiksaan mestilah direkod dengan nombor inventori bagi membolehkan penggunaan atau peminjaman oleh guru-guru, selain memudahkan proses penyimpanan dan rujukan.

9. Dokumentasi Bergambar :

Penggunaan akhbar sisipan Didik oleh murid-murid Tahun 6 semasa pembelajaran

Hak Cipta Terpelihara © Pejabat Pelajaran Wilayah Persekutuan Putrajaya1 Jun 2011 - Kel. 02 | Pin. 00

Page 3: LAPORAN TAHUNAN PANATIA BAHASA INGGERIS

PK05 Pengurusan Panitia

Pelancaran Minggu Panitia Bahasa Inggeris Peringkat Sekolah

Penyampaian hadiah kepada murid-murid sempena Minggu Panitia Bahasa Inggeris

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

………….……………….. …………………….……….. (Pn. Nur Humairah bt Hassan) (Pn. Hjh. Norihan bt Karim) Ketua Panitia Bahasa Inggeris Guru Besar SKPP 11(2)

Hak Cipta Terpelihara © Pejabat Pelajaran Wilayah Persekutuan Putrajaya1 Jun 2011 - Kel. 02 | Pin. 00