LAPORAN TAHUNAN PPDA
-
Upload
ann-chantiq -
Category
Documents
-
view
431 -
download
52
description
Transcript of LAPORAN TAHUNAN PPDA
LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN JAWATANKUASA PENDIDIKAN
PENCEGAHAN DADAH 2014
1 Laporan Tahunan Panitia KH/ RBT
KUALA LUMPUR.
1.0 PENDAHULUANPada 3 Februari 1988, Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1988 Program Skim Lencana
AntiDadah, Pasukan Berpakaian Seragam Sekolah Menengah (SLAD) disiarkan oleh
Bahagian Sekolah KPM. Dengan ini, sekolah ini telah memulakan Program SLAd pada
tahun 1988 sehingga sekarang.
Aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan oleh SLAD adalah lawatan sambil belajar ke Pusat
Serenti, menghadiri ceramah, menyertai pertandingan, aktiviti seranta, penyampaian
maklumat dan menyediakan buku skrap.
Program Cuma Lima Minit AntiDadah dimulakan pada tahun 1999 setelah pihak sekolah
menerima surat Pekeliling Ikhtisas KP(BS/HEP)8543/06/(23) . Pelaksanaan Program 5
Minit AntiDadah di sekolah.Program ini dijalankan pada bulan Mac dan Julai setiap
tahun. Guru-guru meluangkan sebanyak 5 minit untuk menyatakan maklumat-maklumat
dadah kepada murid berdasarkan modul yang diedarkan semasa pengajaran dan
pembelajaran. Kemudian, pertandingan kuiz AntiDadah akan diteruskan selepas modul
diterangkan kepada murid-murid.
Pada tahun 2004, Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.3/2004 memperkasakan pendidikan
pencegahan dadah telah disiarkan kepada sekolah-sekolah. Dengan ini, guru kaunseling
kedua telah dilantik sebagai guru PPDa.Maka pelbagai program PPDa telah dilaksanakan
untuk staf dan murid-murid di sekolah ini. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan seperti
Perkembangan Staf, Minggu AntiDadah, Mesej Jauhi Dadah PPDa KBSM, Ceramah
AntiDadah, Pameran AntiDadah, Pertandingan Poster AntiDadah, Pertandingan Buku
Skrap AntiDadah, Pertandingan Esei AntiDadah, Kemahiran Personal dan Interpersonal,
kaunseling PPDa, Kolokium Kepimpinan PPDa, Seminar PPDa, Program Keibubapaan
dan sebagainya.
Pada tahun 2007, semua sekolah telah diarahkan untuk menubuhkan bilik/lorong/sudut
PPDa di sekolah. Maka sudut PPDa di sekolah ini telah ditubuhkan di perpustakaan.
2 Laporan Tahunan Panitia KH/ RBT
2.0: MATLAMAT
Matlamat Pendidikan Pencegahan dadah di Sekolah ialah untuk memberi pengetahuan,
kesedaran dan keinsafan kepada murid, guru, kakitangan pendidikan dan ibu bapa agar
mereka menjauhinya dan berupaya menentang ancaman dadah dengan meletakkan
sasaran “Sekolah Bebas Dadah Tahun 2012”.
3.0: OBJEKTIF JAWATANKUASA
3.1 Mempertingkatkan kesedaran tentang bahaya dadah/ancaman penggunaan dadah,
rokok, alkohol, inhalan, HIV/Aids di kalangan murid, guru dan ibubapa.
3.2 Membina kekuatan dalaman murid dan menyediakan mereka dari segi pemikiran dan
tindakan supaya menjauhi dadah, rokok, alkohol, inhalan dan HIV/Aids
3.3 Mengesan murid yang terlibat dengan penggunaan dadah, rokok, alkohol, dan inhalan
untuk proses bimbingan pemulihan sahsiah.
3.4 Mempastikan tindakan segera diambil untuk membantu murid yang berisiko tinggi
berkaitan penggunaan dadah, rokok, alkohol, inhalan dan HIV/ Aids.
3.5 Memantau dan membimbing, membantu mengawal dan menyelia murid yang terlibat
dengan penggunaan dadah, rokok, alkohol, dan inhalan supaya meninggalkan tabiat
buruk mereka.
3.6 Mengesan, membantu, membimbing dan memantau murid supaya tidak terlibat dengan
HIV / Aids.
3.7 Mewujudkan perhubungan dua hala di antara guru dengan ibu bapa, polis, Agensi Anti
Dadah Kebangsaan, PEMADAM, pertubuhan dan agensi lain atau masyarakat sekolah
dengan masyarakat luar sekolah di dalam usaha mencegah penggunaan dadah, rokok,
alkohol, inhalan dan HIV/Aids.
4.0: RASIONAL.
Masalah penggunaan dadah yang berleluasa hari ini bukan sahaja melibatkan orang dewasa
tetapi menular kepada golongan remaja. Kejadian ini menjadi lebih genting disebabkan
pengeluaran pelbagai jenis dadah tiruan yang semakin bertambah. Keadaan ini meyebabkan
murid kita sentiasa terdedah dan berada dalam keadaan berisiko untuk turut terlibat.
3 Laporan Tahunan Panitia KH/ RBT
Menyedari hakikat ini, Kementerian Pelajaran Malaysia mengambil tanggungjawab untuk
melaksanakan Program Pencegahan Dadah di sekolah secara sistematik dan berkesan.
5.0: JAWATANKUASA.
PENASIHAT : Puan Wan Nor Azida bt Wan Zainal, Guru Besar
PENYELARAS : En. Nazri Bin Abdullah
Puan Najihah bt Ibrahim
Pn. Saraswathy a/p Kunju
PENGERUSI : En. Aiman Bin Izhar
SETIAUSAHA : Pn. Elaveni a/p Nagappan
Pn. Sharifah bt Shafei
Pn. Norawatif Bt. Rapingi
Pn. Nurlaila Bt. Mukhtar
6.0: AKTIVITI PANITIA.
4 Laporan Tahunan Panitia KH/ RBT
BIL AKTIVITI TARIKH PELAKSANAAN
1. Mesyuarat J/Kuasa(5 kali) Bil. 1 : 26 Disember 2014Bil. 2 : 1 April 2014Bil. 3 : 14 Julai 2014Bil. 4 : 3 November 2014
2. Minggu PPDA 17 Mac hingga 21 Mac 2014
3. Karnival PPDA Peringkat Wilayah Sentul 15 Jun 2014
4. Program Cuma 5 Minit Januari – November 2014
5. Program Celik Anti Rokok dan Dadah Januari – November 2014
6. Program Bestari Inhalan Januari – November 2014
7. Lorong PPDA Januari – November 2014
7.0: AKTIVITI YANG TIDAK DAPAT DIJALANKAN SEPANJANG TAHUN
2014.
- Tiada program yang tidak dijalankan.
8.0: PENCAPAIAN JAWATANKUASA:
Murid mendapat tempat ke-5 dalam pertandingan e-PPDA Peringkat Wilayah Sentul
8.3 KEHADIRAN MURID TERHADAP AKTIVITI YANG DIJALANKAN
100 %
9.0 KELEMAHAN
1. Kekurangan dana kewangan bagi menjalankan aktiviti-aktiviti PPDA2.
10.0 CADANG AN PENAMBAHBAIKAN
1. Meminta sumbangan daripada PIBG2. Menggunaka PCG Jawatankuasa Bimbingan dan Kaunseling
Saya mengaku dan mengesahkan bahawa laporan dan maklumat yang diberikan adalah benar.
Saya yang menjalankan tugas,
……………………………………….
(EN. AIMAN BIN IZHAR) Setiusaha J/Kuasa PPDASK Seri Kepong.Tarikh : 24 hb November 2014
5 Laporan Tahunan Panitia KH/ RBT
Disemak oleh :
…………………………………………….
Tarikh :