Laporan taklimat frog vle

3
LAPORAN TAKLIMAT FROG VLE & PROGRAM SARANA IBU BAPA BERSAMA PIBG SK PADANG LUMAT TARIKH : 11.11.2013 TEMPAT : KANTIN HARI : ISNIN MASA : 8.30 PAGI FASILITATOR : PN SHOLEHAH OSMAN OBJEKTIF FROG VLE Frog adalah VLE yang dipilih bagi projek 1BestariNet. Frog mempunyai fungsi sebagai komuniti pembelajaran bagi seluruh warga sekolah. Persekitaran Pembelajaran Maya Frog, atau lebih dikenali sebagai VLE ialah satu sistem pembelajaran berdasarkan jaringan yang menyerupai pembelajaran dunia sebenar dengan mengintegrasikan konsep pendidikan konvensional dengan kaedah maya. Sebagai contoh, guru-guru dapat memberi tugasan, ujian dan menyemak tugasan secara maya, sementara pelajar dapat menghantar tugasan serta menyemak markah menerusi Frog VLE. Para guru dan pelajar boleh mengakses berita

Transcript of Laporan taklimat frog vle

Page 1: Laporan taklimat frog vle

LAPORAN TAKLIMAT FROG VLE & PROGRAM SARANA IBU BAPA

BERSAMA PIBG SK PADANG LUMAT

TARIKH : 11.11.2013

TEMPAT : KANTIN

HARI : ISNIN

MASA : 8.30 PAGI

FASILITATOR : PN SHOLEHAH OSMAN

OBJEKTIF FROG VLEFrog adalah VLE yang dipilih bagi projek 1BestariNet. Frog mempunyai fungsi sebagai komuniti pembelajaran bagi seluruh warga sekolah. Persekitaran Pembelajaran Maya Frog, atau lebih dikenali sebagai VLE ialah satu sistem pembelajaran berdasarkan jaringan yang menyerupai pembelajaran dunia sebenar dengan mengintegrasikan konsep pendidikan konvensional dengan kaedah maya. Sebagai contoh, guru-guru dapat memberi tugasan, ujian dan menyemak tugasan secara maya, sementara pelajar dapat menghantar tugasan serta menyemak markah menerusi Frog VLE. Para guru dan pelajar boleh mengakses berita sekolah dan dokumen penting yang telah dikemaskinikan oleh pentadbir sekolah. Menerusi Frog VLE dan sambungan internet 4G, pendidikan boleh dilaksanakan di mana jua, pada bila-bila masa melalui Frog VLE yang berasaskan cloud. Dengan ini, pembelajaran boleh dilaksanakan di mana-mana: di sekolah ataupun di rumah, 24 jam sehari, 7 hari seminggu.Ibu bapa boleh berinteraksi dengan guru-guru, dan pihak sekolah boleh mengemas kini kalendar aktiviti sekolah dan memaparkan notis melalui Internet. VLE boleh diakses pada bila-bila masa, di mana saja adanya capaian Internet.

Page 2: Laporan taklimat frog vle

OBJEKTIF SARANA IBU BAPA

Sarana ini ditujukan khas kepada IB dan boleh dikongsikan bersama-sama ahli keluarga yang lain. Tujuan asasnya ialah untuk membantu IB melaksanakan tugas pertama dan paling penting, mendidik anak-anak mereka. Sarana ini mengandungi soal selidik untuk IB dan boleh dianalisis sendiri untuk menentukan tahap penglibatan dalam pembelajaran anak.

Cadangan tindakan susulan diberikan sebagai garis panduan kepada IB menambahbaik dalam bidangbidang tertentu. Sebenarnya IB telah melakukan banyak usaha mengikut kemampuan masing-masing supaya anak-anak berjaya dalam pelajaran. Usaha ini jika dipertingkatkan, akan memberi kesan yang lebih besar. Amalan-amalan terbaik daripada IB, PIBG dan sekolah dalam dan luar negara dipaparkan untuk memberi gambaran bagaimana mereka mengatasi cabaran masa kini.

Disediakan Oleh :

...............................................Pn Noormawati Bt Che Azmi