Laporan Temasya Sukan Tahunan Smksk

12
LAPORAN TEMASYA SUKAN TAHUNAN SMKSK KE-43 21 JUN 2012-Temasya Sukan Tahunan Ke-43 Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Kukup telah berlangsung dengan jayanya di padang sekolah bermula jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 12.30 tengahari diiringi dengan tepukan dan sorakan. Temasya sukan dimulakan dengan perbarisan rumah-rumah sukan (Zuhrah, Neptun, Utarid dan Musytari), diikuti dengan ucapan perasmian yang disampaikan oleh Pengetua SMK Sri Kukup, Pn. Hjh Zalila binti Junid. Selepas upacara menaikkan bendera kejohanan dan ikrar kejohanan oleh wakil pelajar, acara kejohanan bermula. Pelbagai acara kejohanan, seperti larian 100m dan 4X100m bagi kategori lelaki dan perempuan bawah 13, 15 dan 18 tahun, telah diadakan. Guru-guru SMK Sri Kukup turut mengambil bahagian dalam acara 4X50m dan diteruskan dengan acara 4X100m yang disertai oleh pelajar-pelajar Tingkatan Enam dan bekas pelajar sekolah, justeru menghangatkan lagi suasana temasya sukan tahunan kali ini. Acara kejohanan diakhiri dengan acara tarik tali. Secara keseluruhannya, Rumah Merah (Utarid) telah mendahului rumah-rumah sukan yang lain dan muncul sebagai johan. Naib johan pula dimenangi oleh Rumah Hijau (Musytari). Bagi acara perbarisan, Rumah Hijau berjaya dianugerahkan tempat pertama termasuk anugerah maskot terbaik manakala Rumah Merah memenangi tempat kedua. Rumah Hijau turut berjaya memperolehi tempat pertama dalam acara tarik tali, diikuti dengan Rumah Biru (Zuhrah) yang meraih tempat kedua dan Rumah Kuning (Neptun) sebagai pemenang tempat ketiga. Mohd Afifi Anas dari Rumah Hijau dan Nurul Atikah binti Muhamad Shaid masing-masing diumumkan sebagai olahragawan dan olahragawati Temasya Sukan Tahunan ke-43. Laporan oleh Chew Jian Yong

description

essay

Transcript of Laporan Temasya Sukan Tahunan Smksk

LAPORAN TEMASYA SUKAN TAHUNAN SMKSK

KE-43

Print PDF

21 JUN 2012-Temasya Sukan Tahunan Ke-43 Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Kukup telah berlangsung dengan jayanya di padang sekolah bermula jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 12.30 tengahari diiringi dengan tepukan dan sorakan.

Temasya sukan dimulakan dengan perbarisan rumah-rumah sukan (Zuhrah, Neptun, Utarid dan Musytari), diikuti dengan ucapan perasmian yang disampaikan oleh Pengetua SMK Sri Kukup, Pn. Hjh Zalila binti Junid. Selepas upacara menaikkan bendera kejohanan dan ikrar kejohanan oleh wakil pelajar, acara kejohanan bermula. Pelbagai acara kejohanan, seperti larian 100m dan 4X100m bagi kategori lelaki dan perempuan bawah 13, 15 dan 18 tahun, telah diadakan. Guru-guru SMK Sri Kukup turut mengambil bahagian dalam acara 4X50m dan diteruskan dengan acara 4X100m yang disertai oleh pelajar-pelajar Tingkatan Enam dan bekas pelajar sekolah, justeru menghangatkan lagi suasana temasya sukan tahunan kali ini. Acara kejohanan diakhiri dengan acara tarik tali.

Secara keseluruhannya, Rumah Merah (Utarid) telah mendahului rumah-rumah sukan yang lain dan muncul sebagai johan. Naib johan pula dimenangi oleh Rumah Hijau (Musytari). Bagi acara perbarisan, Rumah Hijau berjaya dianugerahkan tempat pertama termasuk anugerah maskot terbaik manakala Rumah Merah memenangi tempat kedua. Rumah Hijau turut berjaya memperolehi tempat pertama dalam acara tarik tali, diikuti dengan Rumah Biru (Zuhrah) yang meraih tempat kedua dan Rumah Kuning (Neptun) sebagai pemenang tempat ketiga. Mohd Afifi Anas dari Rumah Hijau dan Nurul Atikah binti Muhamad Shaid masing-masing diumumkan sebagai olahragawan dan olahragawati Temasya Sukan Tahunan ke-43.

Laporan oleh Chew Jian Yong

Kokurikulum : Laporan Sukan Tahunan SK Parit Haji Aman 2012

Dikirim oleh admin pada 04/07/2012 16:10:00 (965 dibaca) Lagi kiriman penulis

1. PENDAHULUANBertempat di padang sekolah , Majlis Kemuncak Sukan Tahunan Sekolah berlangsung penuh sederhana tetapi meriah. Perasmian Kemuncak Sukan Tahunan Sekolah dirasmikan oleh Tn Hj Mohd Radzi Haron, Pegawai Khas Sukan PPD Kerian. Acara yang bermula pada jam 3 petang dan tamat pada pukul 6 petang.2. KEPUTUSAN PERTANDINGANBerikut adalah keputusan pertandingan:2.1 Perbarisan:Rumah Merah 2.2 Sukantara:1. Rumah Biru2. Rumah Merah3. Rumah Kuning4. Rumah Hijau2.3 Balapan dan Padang:1. Rumah Hijau 19 EMAS 12 PERAK 12 GANGSA2. Rumah Biru 16 EMAS 10 PERAK 14 GANGSA3. Rumah Kuning 9 EMAS 12 PERAK 13 GANGSA4. Rumah Merah 6 EMAS 16 PERAK 16 GANGSA3. OLAHRAGAWAN DAN OLAHRAGAWATI BAGI SETIAP KATEGORI3.1 Olahragawan:MUHAMAD AIDIL B ANUAR (KUNING) 4 EMAS1 - 100 METER LELAKI TAHUN 61 - 4 X 100 METER LELAKI (A)1 - 200 METER LELAKI TAHUN 61 - LOMPAT JAUH LELAKI TAHUN 63.2 Olahragawati:NURUL FAZILAH BT MOHD ZAINI (HIJAU) 2 EMAS 2 PERAK1 - LOMPAT JAUH PEREMPUAN TAHUN 61 - LOMPAT TINGGI PEREMPUAN T62 - 4 X 100 METER PEREMPUAN (A)2 - 200 METER PEREMPUAN TAHUN 63.3 Tunas Harapan Lelaki:ISKANDAR SAPUTRA BIN ABDULLAH (MERAH) 2 EMAS 1 GANGSA1 - LOMPAT TINGGI LELAKI T51 - LOMPAT JAUH LELAKI TAHUN 53 - 4 X 100 METER LELAKI (A)3.4 Tunas Harapan Perempuan:NURUL FATIN NAJWA BT MOHD KURSANI (BIRU) 3 EMAS 1 PERAK1 - 4 X 100 METER PEREMPUAN (A)1 - LOMPAT TINGGI PEREMPUAN T51 - LOMPAT JAUH PEREMPUAN TAHUN 52 - 4 X 200 METER PEREMPUAN (A)4. KEKANGAN4.1 Segelintir guru-guru rumah sukan masih membuat pertukaran peserta pada saat akhir. Ini menjejaskan kualiti data sistem E-Kejola. Tindakan: perlu mengingatkan ketua-ketua guru rumah sukan bahawa tarikh tutup pendaftaran peserta sudah tamat.4.2 Semasa penyeliaan peserta hanya ketua-ketua guru rumah sukan yang bertungkus lumus mencari peserta pada saat akhir pertandingan. Ini adalah merupakan tanggungjawab guru-guru rumah sukan yang lain untuk menyiapkan peserta-peserta mereka.5. CADANGAN PENAMBAHBAIKANUnit Sukan dengan kerjasama Unit ICT SK Parit Haji Aman akan berusaha sedaya upaya untuk meningkatkan mutu sukan sekolah pada masa akan datang. Laporan OlehEn Azharul Faiz b Haji Zainal AbidinPenyelaras Unit ICT SK Parit Haji Amanbagi pihakEn Mohd Shafee b ShaariSetiausaha Sukan

LAPORAN BULAN BAHASA MELAYU

TARIKH : 13,20,27 & 28 JULAI 2009TEMPAT : SMK LAKSAMANASASARAN : SEMUA PELAJAR SMK LAKSAMANAANJURAN : PANITIA BAHASA MELAYU & PERSATUAN BAHASA SMK LAKSAMANA KOTA TINGGI,JOHOROBJEKTIF1. membantu meningkatkan prestasi pelajar dalam peperiksaan.2. Melahirkan perasaan cinta akan Bahasa Melayu sebagaiBahasa melayu utama.3. Membantu para pelajar agar mempunyai daya saing dalam apa-apa jua acara yang disertai.PERASMIAN Bulan Bahasa Melayu dirasmikan oleh Encik Md Din Bin Hussein.Perasmian ini dilancarkn pada 13 JUN 2009.ATURCARABulan Bahasa Melayu dilancarkan 13 JULAI 2009 .Pelbagai acara telah dijalankan sewaktu Bulan Bahasa Melayu ini dilancarkan.Antara acara yang telah dijalankan ialah: Pertandingan Mengarang Kuiz Kosa Kata Dan Teka Peribahasa Pertandingan Pantun Sajak Dan Syair Pidato Pertandingan Teka Silang Kata Pertandingan Bahas Pertandingan mongering diadakan pada hari Isnin iaitu 13.07.2009.Guru pengelola sesi pagi bagi pertandingan ini ialah Encik Mohd Zain dan Puan Zainon.Pertandingan ini diadakan di bilik darjah dan disertai oleh semua pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Laksamana.Para pelajar telah mengarang pada jam 8.00-10.00 pagi pada sesi petang pula,pertandingan ini dikelola oleh Puan Norah Fidah dan Encik Yazid.Pertandingan diadakan pada jam 2.00-4.00 petang.Kuiz Kosa Kata dan Teka Peribahasa juga diadakan pada hari yang sama iaitu hari isnin,13.07.2009.Guru pengelola bagi pertandingan ini ialah Puan Juhana dan Encik Mohd Zaki,pada sesi pagi,manakala guru pengelola bagi sesi petang pula ialah Puan Mastiza dan Puan Norazila.Bagi sesi pagi,pertandingan diadakan di Bilik Kuliah 1.pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar yang tidak terlibat dengan peperiksaan sahaja,iaitu pelajar dari tingkatan 1,2,3,4 dan 5.pertandingan bagi sesi pagi bermula dari jam 8.30-12.00,manakal bagi sesi petang bermula dari jam 2.00-4.00 petang.Pertandingan Pantun ,sajak dan Syair telah dijalankn pada hari isnin 20.07.2009.Pertandingan Pantun hanya disertai oleh pelajar sesi pagi sahaja iaitu pada jam 8.00-10.05 pagi ayng diadakan di Perpustakaan.Guru pengelola bagi pertandingan ini ialah Puan Hjh Faridah dan Puan Zaleha.Bagi pertandingan sajak dan syair,pertandingan ini disertai oleh semua pelajar sesi pagi dan sesi petang.Pertandingan ini dijalankan pada jam 9.45-11.00 bagi sesi pagi 2.00-4.00 bagi sesi petang,dijalankan dijalankan di Bilik Kuliah 1.Pertandingan ini dikelola oleh Puan samilah dan Encik Zamani ( sesi pagi ) Puan Hartini,Encik Helmi dan Cik Zasilah ( bagi sesi petang ).Pada hari isini,27.07.2009,pertandingan pidato dan teka silang kata. pertandingan diadakan pada jam 9.45-11.00Bagi sesi pagi manakala bagi sesi petang pertandingan bermula jam 2.00-4.00 petang.Pertandingan ini dijalankan di Bilik Kuliah 1 dan dikelola oleh Encik Aziz dan Encik Mohd Rizan bagi sesi petang pula Puan Norah Fidah,Encik Yazid,Puan Kartini dan Encik Helmi.Pada hari selasa,28.07.2009,pertandingan bahas bagi sesi pagi dijalankan pada jam 9.45-11.00 pagi,manakala bagi sesi petang dijalankan pada jam 2.00-4.00 petang.pertandingan di jalankan di Bilik Kuliah 1.Guru yang mngelola ialah Puan Adriana Ismail dan Puan Zarina bagi sesi pagi,manakala bagi sesi petang ialah Cik Siti Hazariah dan Puan Salme.GAMBAR AKTIVITI BULAN BAHASA MELAYURESPON PELAJARSepanjang Bulan Bahasa Melayu dilancarkan,didapati hampir 95% pelajar yang melibatkan diri dalam pertandingan yang diadakan.Namun begitu terdapat segelintir pelajar yang tidak menyertai pertandingan yang dijalankan.Didapati mereka megabit kesempatan dengan keluar dari kelas.walau bagaimanapun,perlakuan pelajar tidak menggaggu segala program yang dijalakan.Teguran telah dibuat.Terdapat juga pelajar yang memberi respon yang positif dengan melibatkan diri dalam pelbagai pertandingan dengan bersungguh-sungguh. PENILAIAN/POST MORTEM AKTIVITISecara keseluruhan ,aktiviti ini dapat menarik minat para pelajar gemar membaca bagi mencernakan idea yang bernas.Semua pelajr didapati akan melahirkan perasaan cinta akan Bahasa Melayu sebagai bahasa utama.Selain itu,pertandingan ini juga membantu para pelajar agar mempunyai daya saing dalam apa jua acara yang disertai.DISEDIAKAN OLEH, ....... SAHARUDIN BIN ABU BAKARSETIAUSAHA PERSATUAN BAHASASMK LAKSAMANA KOTA TINGGIDISAHKAN OLEH,...............PUAN HJH FARIDAH BINTI BUJAIKETUA PANITIA PERSATUAN BAHASASMK LAKSANAMA,KOTA TINGGI

Karangan Jenis Laporan.

Karangan jenis ini menghendaki anda melaporkan sesuatu peristiwa yang didengar atau dilihat.

Hendaklah disampaikan dengan tepat dan mudah difahami.

Dalam membuat karangan berbentuk laporan , kamu hendaklah menggunakan butir-butir yang munasabah atau lojik.

Kamu perlu memastikan jenis laporan, sama ada laporan aktiviti persatuan, perayaan, sambutan, perasmian, atau lawatan ke sesuatu tempat.

Untuk laporan aktiviti persatuan sertakan nama ahli jawatankuasa, sejarah penubuhan, jumlah ahli, dan aktiviti sepanjang tahun. Pelapor mesti berjawatan setiausaha.

Untuk laporan lawatan pula , tulis apa yang dilihat, dirasa, dan dialami serta kesan lawatan terhadap pembelajaran.

Penulisan mengikut perkembangan peristiwa, yang dahulu didahulukan.

Gunakan bahasa yang ringkas dan padat

Tajuk Laporan : Ditulis dengan huruf besar pada setiap awal kata dan digaris.

atau ditulis dengan huruf besar semuanya. Tajuk hendaklah ditulis ditengah-tengah.

Boleh ditulis dalam dua baris jika tajuk terlalu panjang.

Isi Laporan : Bermula dengan pendahuluan dan diakhiri dengan penutup.

Pengakuan pelapor: Ditulis di sebelah kiri selepas perenggan terakhir.

Tarikh : Ditulis di sebelah kanan laporan,setentang dengan pengakuan pelapor.

Tandatangan pelapor Ditulis di sebelah kiri bahagian bawah selepas pengakuan pelapor.

Nama Pelapor : Ditulis dengan huruf besar di dalam kurungan selepas tandatangan.

Jawatan Pelapor : Ditulis di sudut kiri bahagian bawah laporan dan dibubuh tanda koma di

hujungnya .

Seterusnya ditulis nama persatuan yang diwakili

Contoh Karangan Laporan.

Tajuk : Andaikan bahawa anda setiausaha sesuatu persatuan di sekolah anda. Anda dikehendaki menyediakan laporan tentang kegiatan-kegiatan yang telah dijalankan oleh persatuan tersebut .Sediakan laporan itu selengkapnya.

Rangka:

1.Pendahuluan:

penubuhan persatuan-anggota persatuan-tujuan penubuhan

2.Isi

a) kegiatan-peraduan menulis esei tentang sains-pemenang

b) ceramah -pensyarah dari USM

c) gotong-royong membersihkan kawasan sekolah

d) lawatan ke Taman Ular

3.Penutup

-berterima kasih kepada guru penasihat.

KARANGAN

Laporan Kegiatan Persatuan Matematik Dan Sains Sekolah Kebangsaan Darau.

Persatuan Matematik dan Sains dibentuk pada tahun 1982.Anggota-anggota persatuan ini berjumlah 60 orang. Mereka terdiri daripada pelajar Tahun Empat hingga Tahun Enam. Persatuan ini dibentuk untuk meningkatkan taraf pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Sains dan Matematik. Selain itu ,melalui persatuan ini,pelajar dapat bertukar-tukar pendapat tentang pelajaran masing-masing.

Persatuan ini telah menjalankan beberapa kegiatan sepanjang tahun 1995.Kegiatan-kegiatan tersebut berbentuk akademik dan bukan akademik. Kegiatan pertama yang kami jalankan ialahPeraduan Menulis Esei Tentang Sains.Sambutan yang diberikan terhadap peraduan ini adalah sangat menggalakkan. Peraduan ini dimenangi oleh Suriani Mat Zin,pelajar Tahun Enam Mawar.

Kami juga menganjurkan ceramah tentang sains dan matematik .Ceramah ini disampaikan oleh pensyarah dari Universiti Malaysia. Selain itu ,kami turut mengadakan gotong-royong membersihkan kawasan sekolah. Kami memperindahkan kawasan taman pra dengan menanam berbagai jenis bunga dan menamakan pohon-pohon tersebut mengikut istilah sains.

Pada cuti penggal kedua persekolahan,kami mengadakan lawatan ke Taman Ular di Batu Pahat. Sebagai hasil lawatan ini,kami banyak memperolehi pengetahuan tentang penyelidikan yang dijalankan oleh pihak Institut Penyelidikan Perubatan Malaysia di situ.

Pada keseluruhannya,kami berpuas hati dengan kegiatan-kegiatan yang kami jalankan .Kami juga berterima kasih kepada guru penasihat,Cikgu Rosmini Jaafar yang banyak memberikan bimbingan kepada kami.

Disediakan oleh, 25 Januari 1996

Azmi

_______________

(AZMI SULAIMAN)

Setiausaha Persatuan Matematik dan Sains

Sekolah Kebangsaan Darau, Jerteh,Terengganu.

Alhamdulillah..ramai pemikir-pemikir yang pintar yang sentiasa mengasah otak. Terimakasih pada yang bersusah payah menjadi pemikir pintar.Bila soalan yang meminta pendapat begini, kita atau kak tirana tidak berhak mengatakan jawapan siapa betul atau jawapan siapa salah. Salah pada persepsi kita, tidak semestinya salah pada persepsi orang lain lebih-lebih lagi yang memberi jawapan itu sendiri. Jadi kita wajar menghormati semua pendapat dan jawapan yang diberikan walaupun mungkin kita tidak bersetuju. Ok, ini persepsi kak tirana terhadap dua persoalan di atas. Jika kak tirana berada berhampiran dengan pemegang (handle) itu, kak tirana TIDAK akan mengubah haluan keretapi. Sekali pandang memang kita kata mati seorang lebih baik dari mati berlima, tapi wajarkan kita mengorbankan seorang budak yang memang betul (bermain di landasan yang sudah tidak digunakan lagi) bagi menyelamatkan 5 orang budak yang salah. Kita memikirkan perasaan budah itu dan perasaan ibubapanya. Adilkah untuk mereka? Sebab yang kedua, budak-budak berlima itu sedar mereka bermain di landasan yang masih digunakan. Boleh jadi mereka sentiasa "expect" kereta api akan lalu di situ dan lebih "alert". Dan tentu mereka akan sempat melarikan diri sedangkan budak yang bermain di landasan yang tidak digunakan lagi, tentu tidak pernah expect kereta api akan lalu di situ dan tentu dia akan leka bermain hingga tidak sedar kereta api datang.Yang ketiga ialah kita tidak tahu..landasan kereta api yang sudah tidak digunakan itu masih selamat untuk digunakan atau tidak. Jika kita ubahkan haluan kereta api ke landasan tersebut, kita meletakkan risiko kepada lebih ramai orang iaitu penumpang kereta api. Bayangkan jika landasan itu memang tidak selamat untuk digunakan lagi, tentu lebih ramai yang terkorban.Untuk persoalan yang kedua itu, kak tirana lebih cenderung dengan jawapan yang diberi oleh One, Ismail, Tie dan Izza (Isyrak). Jika bas itu tidak berhenti, tentu batu yang jatuh itu tidak kena pada bas seperti yang One kata "lambat seminit" tapi Izza kata sudah takdir. Ya betul, sudah takdir, apa yang dapat dilakukan lagi..tak payah rasa kesal kerana ada hikmahnya kan Izza...Itu di luar kawalan kita.Terimakasih..kak tirana sentiasa menghargai segala pening2 lalat yang dilalui oleh para pemikir yang hebat di sini pada hari ini..

first saya harap situasi akan jadi macam yg emesra katakan tu... tp kalau sebaliknya...pada saya biarkan saja keretapi tu lalu dilandasan yg betul... budak yg sorang tu patut dibiarkan hidup sebab dia akan mmbesar jadi org berguna... manakala budak 5 org tu mungkin mmbesar menjadi budak2 nakal sbb kecik2 lg dah pandai2 melanggar peraturan... kalau belum ajal insyaAllah selamat... lagipun budak2 tu sepatutnya peka yg mereka di tempat yg bahaya...#2pasangan ini mungkin akan dihantui rasa bersalah seumur hidup kerana merasakan kejadian itu adalah disebabkan tindakan mereka utk turun, maka lebih baik mati dr menyaksikan kemalangan tersebut...