Laporan Transisi Tahun 1 Update

5
LAPORAN PROGRAM ORENTASI TAHUN 1 2011 UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

description

UNTUK KEGUNAAN UBK SKHMC SAHAJA

Transcript of Laporan Transisi Tahun 1 Update

Page 1: Laporan Transisi Tahun 1 Update

LAPORAN

PROGRAM ORENTASI TAHUN 1

2011

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Page 2: Laporan Transisi Tahun 1 Update

LAPORAN

PROGRAM ORIENTASI MURID TAHUN 1 SKHMC 2011 PENGENALAN : Program Orientasi atau suai kenal adalah antara

program yang amat perlu didedahkan kepada murid-murid. Selain daripada memberikan pendedahan terhadap subjek sekolah rendah tahap 1, ia juga bertujuan untuk memberi peluang kepada murid-murid tahun 1 untuk mengenali persekitaran sekolah baru serta guru-guru dan juga rakan baru mereka.

Secara keseluruhan boleh dikatakan bahawa program ini menjurus kepada pendedahan serenar pembelajaran daripada tadika yang mereka kenali sebelum ini.

Pengisian program ini keseluruhannya berbentuk orientasi iaitu suai kenal, sama ada info subjek serta mengenali guru, rakan dan persekitaran sekolah.

RASIONAL : Program ini adalah untuk memastikan bahawa semua

murid yang menyertainya mendapat manafaat dari segi kefahaman yang lebih baik terhadap situasi pembelajaran, sosial dan persekitaran yang baru.

Ia juga turut menyediakan pekej suai kenal yang komprehansif kerana melibatkan subjek tahun 1 serta keseluruhan guru-guru tahun 1. Penekanan yang diberikan adalah info berupa pengetahuan disusuli dengan etika sosial yang patut diamalkan agar murid-murid berakhlak mulia. Disamping itu, pengisian program daripada Unit Bimbingan & Kaunseling turut diselitkan

MATLAMAT : 1. Melahirkan murid yang berakhlak mulia.

2. Menyedarkan murid terhadap sukatan yang bakal ditempuhi.

3. Mendidik murid agar mengerjakan kebajikan. OBJEKTIF : 1. Peserta mengenali serta serasi dengan situasi alam persekolahan sebenar. 2. Peserta tahu tentang sukatan pelajaran tahun satu 2011. SASARAN : 1. Semua murid tahun 1 sessi 2011 SKHMC.

Page 3: Laporan Transisi Tahun 1 Update

TARIKH : 3 – 7 JANUARI 2011 MASA : 12.50 - 6.10 PM TEMPAT : SKHMC.

ANALISIS SWOT

OBJEKTIF KEKUATAN KELEMAHAN PELUANG ANCAMAN

Peserta mengetahui perubahan di alam tadika ke pendidikan fomal di tahun 1 di sekolah rendah.

Pelbagai program sahsiah serta akademik yg melibatkan murid tahun 1.

Murid yang bermasaalah tidak menumpukan perhatian.

Murid akan berada di sekolah sepanjang tahun 2011.

Murid yang nakal serta bermasalah disiplin yang sukar untuk dibentuk.

Peserta tahu tentang sukatan matapelajaran yang akan diambilnya sepanjang sesi 2011.

Guru-guru yang terlatih serta berkomitmen tinggi.

Murid yang tidak sirius di dalam kelas serta mungkin ada guru yang tidak menghiraukan perkembangan murid.

Program bimbingan, sesi kaunseling individu dan kelompok serta bimbingan kelompok (di dalam kelas)

Tidak membuat kerja rumah, ponteg sekolah, ponteng kelas serta malas mengulangkaji

Peserta tahu tentang aktiviti serta program yang akan dilaluinya sepanjang sesi 2011.

Jadual untuk sepanjang tahun, guru-guru yang komited.

Tidak berminat, mempunyai komitmen yang lain.

Program bimbingan, sesi kaunseling individu dan kelompok (dalam kelas)

Tidak menghadiri aktiviti, ponteng aktiviti, melakukan aktiviti kuar seperti pergi ke ‘cyber café’ dan melepak.

Page 4: Laporan Transisi Tahun 1 Update

KEHADIRAN : Secara keseluruhannya, kehadiran kurang memuaskan, di mana 85% murid tahun 1 yang mendaftar masuk hadir sepanjang minggu orientasi ini. Situasi begini mungkin juga program berjalan selama seminggu, terdapat juga beberapa orang murid yang tidak dapat hadir kerana kurang sihat. Aktiviti serta program-program lain yang bersesuaian akan menyusul dalam usaha merealisasi matlamat program seperti yang telah dinyatakan. Laporan disediakan oleh: Disahkan Oleh:

Zabedah .................................... ...................................... (ZABEDAH MOHAMED) (PN. WARNIZAN NORDIN Guru Bimbingan dan Kaunseling Penyelia Petang, Sekolah Kebangsaan Hj. Mahmud Sek.Haji. Mahmud Chemor Chemor Ipoh. Ipoh.

Page 5: Laporan Transisi Tahun 1 Update

LAPORAN BERGAMBAR