laporanarrepaired2-120809193005-phpapp01.docx

95
1 PENGGUNAAN KAD KRITERIA DALAM STAIL RECIPROCAL UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN SERVIS BAWAH BOLA TAMPAR BAGI MURID-MURID TAHUN 6 FUTURISTIK. 1.0 PENDAHULUAN Praktikum kali ini merupakan praktikum kali ketiga dan saya telah di tempatkan di SK Temong, Perak. Tempoh praktikum kali ini adalah selama 12 minggu iaitu bermula pada 31 Januari 2011 dan tamat pada 29 April 2011. SK Temong asalnya dibina oleh penjajah Inggeris pada tahun 1906. Sehingga kini, sekolah ini telah berusia 105 tahun. Bilangan murid ialah seramai 185 orang termasuk murid pra sekolah iaitu seramai 35 orang. Kebanyakan murid terdiri daripada kampung-kampung berdekatan iaitu Kg Temong, Kg Jarau, Kg Berala, Kg Lubuk Chapin, Kg Tahan, Kg Padang Lalang dan Kg Che Kampar. Status sekolah ini adalah sekolah gred B. Sekolah ini mempunyai seramai 21 orang guru, seorang Pembantu Tadbir, 2 orang Pembantu Pra Sekolah dan seorang Pembantu Am Rendah. Memandangkan sekolah ini berada di kawasan desa, suasana persekitaran di sini agak tenang dan selesa. Hubungan antara guru dan murid sangat baik dan mesra. Guru-guru dan staf sekolah ini

Transcript of laporanarrepaired2-120809193005-phpapp01.docx

27

PENGGUNAAN KAD KRITERIA DALAM STAIL RECIPROCAL UNTUKMENINGKATKAN KEMAHIRAN SERVIS BAWAH BOLA TAMPAR BAGI MURID-MURID TAHUN 6 FUTURISTIK.

1.0 PENDAHULUANPraktikum kali ini merupakan praktikum kali ketiga dan saya telah di tempatkan di SK Temong, Perak. Tempoh praktikum kali ini adalah selama 12 minggu iaitu bermula pada 31 Januari 2011 dan tamat pada 29 April 2011. SK Temong asalnya dibina oleh penjajah Inggeris pada tahun 1906. Sehingga kini, sekolah ini telah berusia 105 tahun. Bilangan murid ialah seramai 185 orang termasuk murid pra sekolah iaitu seramai 35 orang. Kebanyakan murid terdiri daripada kampung-kampung berdekatan iaitu Kg Temong, Kg Jarau, Kg Berala, Kg Lubuk Chapin, Kg Tahan, Kg Padang Lalang dan Kg Che Kampar. Status sekolah ini adalah sekolah gred B. Sekolah ini mempunyai seramai 21 orang guru, seorang Pembantu Tadbir, 2 orang Pembantu Pra Sekolah dan seorang Pembantu Am Rendah. Memandangkan sekolah ini berada di kawasan desa, suasana persekitaran di sini agak tenang dan selesa. Hubungan antara guru dan murid sangat baik dan mesra. Guru-guru dan staf sekolah ini juga begitu peramah dan menerima kehadiran kami dengan gembira. Di sekolah ini, saya dikehendaki mengajar mata pelajaran Pendidikan Jasmani bagi murid-murid Tahun 6 Futuristik dan Tahun 1 Aktif. Selain itu saya juga mengajar mata pelajaran minor iaitu Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan bagi kelas 4 Dinamik. Walaupun terdapat beberapa kelemahan pada sekolah ini khususnya penyediaan prasarana dan alatan-alatan sukan, namun saya berharap perkara tersebut tidak melemahkan semangat saya untuk terus menimba ilmu dan mengutip pengalaman sebanyak mungkin daripada guru-guru yang lebih senior di sini. Saya juga berharap praktikum kali ini dapat memperbaiki lagi amalan pengajaran dan pembelajaran saya dalam profesyen perguruan. 1.1 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran LaluSepanjang saya melaksanakan praktikum di sekolah ini, saya telah mengenalpasti pelbagai masalah yang timbul bagi mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Antaranya, penguasaan murid terhadap teknik dalam kemahiran servis bawah bola tampar adalah kurang memuaskan. Hal ini berlaku apabila saya menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Pendidikan Jasmani untuk murid-murid Tahun 6 Futuristik. Kenyataan saya ini adalah berdasarkan indikator yang murid tunjukkan iaitu murid tidak berupaya melakukan servis bawah tangan bola tampar melepasi jaring yang telah disediakan. Walaupun saya telah mengurangkan jarak antara pelaku dengan jaring tersebut namun murid tetap tidak dapat melaksanakannya. Selain daripada itu, teknik perlakuan dalam setiap fasa juga gagal dilakukan dengan betul. Memandangkan saya telah diarahkan untuk mengajar mata pelajaran ini bagi Tahun 6 dan kemahiran bola tampar terkandung dalam sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani (Pusat Perkembangan Kurikulum, 1999), perkara ini benar-benar membimbangkan saya. Selain itu murid juga memberikan alasan bahawa mereka tidak pernah didedahkan dengan permainan ini kerana guru-guru di sini tidak menitikberatkan aktiviti sukan dan permainan. Hal ini benar-benar mendukacitakan saya. Tambahan lagi, murid-murid menganggap bahawa permainan ini sukar dan menyakitkan tangan. Selepas melakukan aktiviti servis bawah semasa sesi pengajaran dan pembelajaran, murid kelihatan mengadu kepada rakan-rakan yang lain sambil mengurut tangan masing-masing.Saya berasa sangat terkilan apabila mengenangkan situasi ini kerana pada pandangan saya, murid-murid sudah serik untuk membuat percubaan yang seterusnya. Selain itu, pelbagai tanggapan yang berlegar-legar di dalam fikiran saya antaranya adakah aktiviti yang dilaksanakan begitu mencabar keupayaan mereka sehingga mereka tidak dapat melaksanakan kemahiran tersebut dengan betul? Saya ingin tahu apa yang menyebabkan mereka tidak boleh melakukan kemahiran servis bawah ini. Adakah kaedah pengajaran saya tidak menyeronokkan atau sememangnya murid tidak menumpukan perhatian semasa saya memberikan penerangan dan membuat demonstrasi. Melalui refleksi yang saya jalankan, saya mendapati bahawa objektif pembelajaran belum tercapai sepenuhnya. Saya berasa sangat bersalah, seolah-olah menunjukkan bahawa saya tidak menjalankan tanggungjawab saya dengan sempurna sewaktu mengajar. Melalui refleksi pengajaran dan pembelajaran ini, saya merasakan bahawa saya harus melakukan penambahbaikan terhadap pengajaran saya. Mungkin saya boleh menggunakan kaedah atau teknik lain agar murid lebih jelas dan dapat melakukan aktiviti dengan penuh bersemangat. Peranan pendidik ialah menyampaikan ilmu pengetahuan dalam bidang kepakarannya melalui pelbagai pendekatan mengajar untuk pelajar menimba pembelajaran secara berkesan. Hasil daripada proses pembelajaran yang berkesan, murid dapat meningkatkan kefahaman melalui proses kognisi, membina kecekapan sesuatu kemahiran melalui pergerakan psikomotor dan menerapkan nilai-nilai afektif yang baik melalui aktiviti sosialisasi (Rink, 2002). Justeru itu saya perlu mencari idea untuk memilih kaedah dan pendekatan yang terbaik supaya objektif tercapai dan murid menerima pengajaran saya dengan kefahaman yang mendalam.

2.0 FOKUS KAJIAN/ISU KEPRIHATINANDalam bahagian ini, saya akan membincangkan tentang Fokus Kajian dan Isu Keprihatinan yang telah dilihat dari dua aspek iaitu Tinjauan Masalah dan Analisis Tinjauan Masalah. Tinjauan Masalah merujuk kepada apakah masalah yang ingin dikaji dan amalan yang perlu saya tambahbaikkan manakala Analisis Tinjauan Masalah pula merujuk kepada kaedah yang saya gunakan untuk mengutip data awal bagi mengesahkan bahawa masalah tersebut sememangnya wujud.2.1 Tinjauan MasalahMurid Tahun 6 telah berada di alam persekolahan dalam jangkamasa lebih daripada 5 tahun. Sepanjang tempoh tersebut mereka telah didedahkan dengan pelbagai kemahiran sama ada kemahiran dalam permainan mahupun kecergasan dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Pendidikan Jasmani merupakan salah satu mata pelajaran teras yang diajar di sekolah-sekolah di Malaysia. Ianya diajar selama 11 tahun yang merangkumi tunjang kecergasan, kemahiran dan kesukanan (Pusat Perkembangan Kurikulum, 1999). Kelas Pendidikan Jasmani dijalankan selama 30 minit bagi sekolah rendah dan 40 minit bagi sekolah menengah, sebanyak 2 kali seminggu (Kementerian Pelajaran Malaysia, 1998). Surat Pekeliling Ikhtisas bilangan 25/1998 bertarikh 18 November 1998 juga telah memaklumkan bahawa mata pelajaran Pendidikan Jasmani adalah mata pelajaran teras sebagaimana diperuntukkan dalam Akta Pendidikan 1996.Dalam aktiviti Pendidikan Jasmani, hasil pembelajaran yang di tekankan merangkumi domain psikomotor, kognitif dan afektif. Ini selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menyatakan bahawa pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.Secara umumnya, Pendidikan Jasmani bertujuan untuk membantu murid-murid menjadi cergas melalui pembelajaran aktiviti fizikal dan amalan kecergasan. Objektif khususnya adalah untuk mempertingkatkan dan mengekalkan kecergasan fizikal berlandaskan kesihatan dan perlakuan motor, menguasai kemahiran asas pergerakan dan permainan mengikut kemampuan diri, melakukan senaman dan aktiviti fizikal sebagai rutin harian, mengaplikasikan pengetahuan kesihatan dan keselamatan semasa menyertai pelbagai kegiatan fizikal, membentuk sahsiah dan disiplin diri dan membuat keputusan bijak dalam kehidupan (Pusat Perkembangan Kurikulum, 1999). Namun sudah menjadi kelaziman guru-guru di sekolah mengabaikan mata pelajaran ini kerana ingin menumpukan perhatian terhadap mata pelajaran lain khususnya mata pelajaran peperiksaan. Murid-murid juga seakan-akan terbiasa dengan budaya ini dan seterusnya menganggap Pendidikan Jasmani tidak penting. Mereka hanya menumpukan perhatian kepada mata pelajaran yang terlibat dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) sahaja. Sehubungan dengan itu kebanyakan murid Tahun 6 kurang menguasai banyak kemahiran dalam permainan yang terdapat dalam sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani. Antara kemahiran yang sukar dikuasai ialah kemahiran servis bawah bola tampar.Menurut Viera dan Ferguson (1994), bola tampar boleh dianggap sebagai sukan sepanjang hayat. Bola tampar boleh diserapkan kepada semua peringkat umur dan kemahiran. Pada masa kini, bola tampar sangat popular sebagai permainan rekreasi dalam kalangan liga, dalam pertubuhan perniagaan, masyarakat dan program intramural sekolah.Terdapat beberapa kemahiran yang ada dalam permainan ini antaranya merejam, menyangga, menghadang dan sebagainya. Namun bagi kajian ini, saya telah memfokuskan kepada kemahiran servis bawah. Menurut Viera dan Ferguson (1994), servis adalah satu-satunya kemahiran dalam bola tampar di mana individu mempunyai kawalan sepenuhnya semasa pelaksanaan. Dengan itu, individu mempunyai tanggungjawab terhadap keputusannya. Menurut Viera dan Ferguson lagi, terdapat fasa yang perlu dilakukan untuk melaksanakan servis bawah iaitu, fasa persediaan, fasa pelaksanaan dan fasa ikut lajak.Di sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran, saya telah melihat murid benar-benar mempunyai masalah untuk melakukan kemahiran servis bawah dalam permainan bola tampar di mana saya perlu melakukan sesuatu untuk meningkatkan penguasaan kemahiran ini. Terdapat situasi di mana murid-murid melakukan servis bawah dengan teknik yang salah. Hal ini menyebabkan bola tidak melepasi jaring dan adakalanya bola tersebut tersasar. Masalah ini turut diakui oleh Viera dan Ferguson (1994), yang menyatakan bahawa kebanyakan kesalahan servis bawah boleh disebabkan oleh posisi tangan yang memegang bola. Ramai pemain baru yang menghayun tangan ketika memegang bola atau memegang bola pada paras yang lebih tinggi daripada pinggang. Sehubungan itu banyak bola yang diservis tersasar dari zon yang telah ditetapkan di gelanggang bola tampar.Saya rasa bertanggungjawab untuk meningkatkan tahap penguasaan kemahiran murid dalam servis bawah bola tampar supaya mereka dapat menguasai permainan ini. Hal ini secara tidak langsung membolehkan amalan pengajaran dan pembelajaran saya ditingkatkan dan objektif dicapai sepenuhnya. Justeru itu, saya ingin menggunakan kaedah pengajaran stail reciprocal bagi mengatasi masalah ini. Saya memilih kaedah ini kerana dapatan kajian lepas menunjukkan bahawa kaedah ini dapat meningkatkan kefahaman murid yang mempunyai masalah untuk memahami pengajaran yang disampaikan oleh guru (Alfassi 1998; Lederer 2000; Hart dan Speece 1998; Westera dan Moore 1995; Lysynchuk 1990).Alfassi (1998) mendapati, kumpulan pelajar yang mengikut pengajaran reciprocal telah menunjukkan perbezaan yang signifikan dalam kefahaman bacaan pelajar apabila menggunakan pengajaran reciprocal berbanding dengan kaedah pengajaran bacaan konvensional.Lederer (2000) pula telah membuat kajian tentang keberkesanan stail reciprocal terhadap pelajar yang mempunyai masalah dalam kefahaman bacaan. Kajian tersebut dijalankan keatas pelajar yang bermasalah dalam pembelajaran di salah sebuah sekolah rendah di New Mexico, Amerika Syarikat. Dapatan kajian ini menunjukkan stail reciprocal berkesan untuk meningkatkan kefahaman pelajar termasuklah pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran.Hart dan Speece (11998) cuba menentukan keberkesanan stail reciprocal yang dijalankan selama 8 minggu di Kolej Komuniti, Amerka Syarikat. Dapatan kajian ini menunjukkan pencapaian yang signifikan. Namun, tiada perbezaan yang signifikan dari sudut kemahiran pelajar di antara kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan.Westera dan Moore (1995) di New Zealand melihat keberkesanan stail reciprocal ke atas pelajar-pelajar lemah dalam kefahaman bacaan. Dapatan kajian ini menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dalam kumpulan lanjutan berbanding kumpulan jangka pendek serta kumpulan kawalan.Lysynchuk (1990) dan rakan-rakan menjalankan kajian di Amerika Syarikat. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa stail reciprocal telah meningkatkan pencapaian harian pelajar gred empat dalam pencapaian soalan harian , perbendaharaan dan penceritaan semula (retelling) berbanding dengan pelajar gred tujuh.Walaupun kajian-kajian di atas menunjukkan kaedah pengajaran reciprocal dapat meningkatkan kefahaman pelajar dalam kemahiran bacaan, bercerita dan lain-lain, dan bukannya kemahiran penguasaan dalam aktiviti Pendidikan Jasmani (khususnya servis dalam kajian ini), saya berasa yakin bahawa kaedah ini turut mampu untuk meningkatkan kemahiran servis bawah dalam permainan bola tampar.

2.2 Analisis Tinjauan MasalahBagi memastikan bahawa masalah ini sememangnya wujud, saya telah membuat kutipan data awal terlebih dahulu. Saya telah mentadbir Ujian Servis Bola Tampar American Alliance for Health, Physical Education, Recreation and Dance [AAHPERD] ke atas semua murid Tahun 6 Futuristik. Ujian ini dianggap sebagai Ujian Pra. Murid hendaklah mengambil bahagian dengan penuh minat dan rasa bertanggungjawab. Sebelum melaksanakan ujian, saya telah memberi penerangan dan demonstrasi tentang cara atau protokol melakukan ujian kemahiran ini.Sebelum bermulanya ujian, saya telah memastikan kemudahan dan peralatan ujian berada dalam keadaan sempurna dan selamat digunakan. Semua tanda garis dan saiz adalah mengikut spesifikasi yang tepat. Saya juga telah menempatkan semua murid di suatu sudut kawasan ujian untuk sesi taklimat. Semasa sesi taklimat, saya telah menjelaskan tujuan dan objektif ujian yang akan dijalankan. Maklumat mengenai skor ujian telah diisi ke dalam borang Ujian Servis Bola Tampar AAHPERD (Lampiran 1). Saya juga telah menerangkan langkah-langkah keselamatan yang perlu diberi perhatian sebelum, semasa dan selepas melaksanakan ujian. Perakuan ibu bapa juga telah diperolehi sebelum murid menjalankan Ujian Pra. Murid dikehendaki menandatangani borang pengakuan melakukan ujian (Lampiran 2). Seterusnya murid memanaskan badan dan melakukan aktiviti regangan di bawah kelolaan saya. Murid kemudiannya telah menjalankan Ujian Servis Bola Tampar AAHPERD. Prosedur ujian adalah seperti berikut:

Objektif Di akhir sesi ini murid-murid dapat mengukur kemahiran sevis bawah dengan betul dan tepat dalam permainan bola tampar.

Kesahan Tidak dilaporkan

KebolehpercayaanTidak dilaporkan.

AlatanGelanggang bola tampar, kon, pita pengukur, skital, jaring, wisel,

Kaedah1. murid akan mempunyai pasangan masing-masing dan seterusnya mengira skor yang diperolehi oleh pasangannya yang menjalani ujian.2. murid akan berdiri di kawasan bertanda X dalam gambar rajah 1 (Lampiran 3).3. murid akan servis melepasi jaring sebanyak 10 kali percubaan. 4. Pasangan masing-masing akan mengira skor yang diperolehi oleh murid yang menjalani ujian.5. Bagi murid-murid berumur di bawah 12 tahun, garisan servis adalah 20 kaki daripada jaring.

Skor1. Skor adalah jumlah mata yang diperolehi berdasarkan nilai pada zon di mana bola yang diservis mendarat seperti dalam gambar rajah 1 (Lampiran 3)

Semasa Ujian Servis Bola Tampar AAHPERD ini dijalankan, saya telah menjalankan Permerhatian 1 terhadap setiap murid Tahun 6 Futuristik yang menjalani ujian ini dengan menggunakan borang senarai semak yang bertujuan untuk menilai teknik lakuan dalam kemahiran servis bawah bola tampar yang dilakukan oleh murid-murid. Jadual 1 dibawah menunjukkan keputusan pemerhatian 1 saya:Jadual 1. Pemerhatian 1 ke atas teknik lakuan kemahiran servis bawah bola tampar murid-murid Tahun 6 Futuristik.BILPERKARA/FASAJUMLAH BIL. MURID

Fasa Persediaan

1Berdiri mengiring26/26

2Kaki dibuka seluas bahu26/26

3Bola dipegang dengan sebelah tangan pada paras pinggang24/26

4Mata tumpu pada bola 25/26

5Genggam tangan bebas yang akan melakukan servis.26/26

Fasa Pelaksanaan

6Lengan tangan bebas dihayun ke belakang.24/26

7Serentak, berat badan dipindah ke belakang21/26

8Lambung bola pada paras kepala19/26

9Lengan tangan bebas dihayun ke depan dalam satu satah yang lurus.20/26

10Serentak, berat badan dipindah ke depan.21/26

11Kontak bola pada buku lima tangan yang digenggam pada paras pinggang.21/26

12Bola dikontak pada bahagian bawah tengah22/26

Fasa Ikut Lajak

13Ambil satu langkah ke hadapan18/26

14Berat badan pada kaki hadapan16/26

15Lengan ke arah atas jaring20/26

16Bergerak masuk ke dalam gelanggang19/26

Berdasarkan jadual 1 iaitu terhadap pemerhatian yang telah saya jalankan, tidak terdapat sebarang masalah yang dilakukan oleh murid terhadap teknik lakuan kemahiran servis bawah bola tampar semasa fasa persediaan di mana terdapat tiga perkara yang dilakukan oleh kesemua murid iaitu perkara 1, 2, dan 5. Manakala bilangan murid yang melaksanakan perkara 3 dan 4 adalah seramai 24 dan 25 orang. Begitu juga pada fasa pelaksanaan, saya dapati bahawa bilangan murid yang boleh melakukan teknik dalam kemahiran servis bola tampar ini lebih ramai berbanding murid yang tidak boleh melakukannya. Namun demikian, perkara 8, terdapat 19 orang murid sahaja yang melakukan teknik ini daripada 26 orang murid yang membuat percubaan. Namun demikian, saya dapati tiada masalah bagi perkara keenam di mana hanya seorang murid sahaja yang tidak meksanakan aktiviti ini. Bagi perkara ketujuh, kesepuluh dan kesebelas pula, bilangan murid yang melakukan aktiviti ini adalah seramai 21 daripada 26 orang. Bagi aktiviti kesembilan dan kesebelas, bilangan murid yang melakukan aktiviti ini adalah seramai 20 dan 22 orang. Bagi fasa ikut lajak pula, saya dapati ramai murid yang tidak melakukan aktiviti 13 dan 14 dimana hanya terdapat 18 dan 16 orang murid sahaja yang melaksanakan aktiviti ini. Manakala bagi aktiviti 15 dan 16, bilangan murid yang melakukan aktiviti-aktiviti ini adalah seramai 20 dan 19 orang. Sehubungan dengan itu saya dapati kebanyakkan murid menghadapi masalah dalam fasa ikut lajak berbanding fasa-fasa yang lain. Seterusnya saya juga telah menganalisis data berdasarkan norma persentil Ujian Servis Bola Tampar AAHPERD (Lampiran 4). Gambarajah 1 menunjukkan hasil data yang diperolehi terhadap murid-murid Tahun 6 Futuristik setelah ujian pra ini dijalankan.

Gambarajah 1. Graf keputusan Ujian Pra (Ujian Servis Bola Tampar AAHPERD) bagi murid Tahun 6 Futuristik.Graf dalam gambarajah 1 menunjukkan terdapat 2 orang murid yang mendapat norma persentil terendah iaitu sebanyak 5 persentil. Ia terdiri daripada seorang murid lelaki dan seorang murid perempuan. Manakala terdapat seorang murid lelaki dan 3 orang murid perempuan yang mencatat persentil sebanyak 25. Bagi persentil 50 pula, bilangannya adalah seramai 10 orang murid lelaki dan 6 orang murid perempuan. Seramai 4 orang murid yang terdiri daripada 2 orang murid lelaki dan 2 orang murid perempuan yang mencapai persentil sebanyak 75. Namun bagi persentil 95, hanya seorang murid sahaja yang berjaya ke tahap tersebut iaitu murid lelaki dan tiada bilangan murid perempuan yang mencapai persentil ini. Dapatan ujian ini telah dijadikan landasan bagi pemilihan sampel di mana 6 orang murid yang terdiri daripada 2 orang murid lelaki dan 4 orang murid perempuan yang mendapat skor terendah dan tidak mencapai sasaran persentil yang ditetapkan telah dipilih sebagai sampel kajian. Sasaran yang telah saya tetapkan adalah sekurang-kurangnya pada persentil 50.Berdasarkan keputusan pemerhatian 1 dan ujian pra, saya telah mengenalpasti 6 orang murid yang dikatakan lemah dalam kemahiran servis bawah bola tampar ini dan saya telah jadikan mereka sebagai sampel saya. Keputusan pemerhatian 1 bagi keenam-enam sampel ini ditunjukkan melalui jadual 2:Jadual 2. Pemerhatian 1 ke atas teknik lakuan kemahiran servis bawah bola tampar bagi sampel.BILPERKARA/FASASampel ASampel BSampel CSampel DSampel ESamepl F

Fasa Persediaan

1Berdiri mengiring//////

2Kaki dibuka seluas bahu//////

3Bola dipegang dengan sebelah tangan pada paras pinggang//////

4Mata tumpu pada bola //////

5Genggam tangan bebas yang akan melakukan servis.//////

Fasa Pelaksanaan

6Lengan tangan bebas dihayun ke belakang./X////

7Serentak, berat badan dipindah ke belakangXX//X/

8Lambung bola pada paras kepalaXX//X/

9Lengan tangan bebas dihayun ke depan dalam satu satah yang lurus.XX//X/

10Serentak, berat badan dipindah ke depan.XXX/X/

11Kontak bola pada buku lima tangan yang digenggam pada paras pinggang.XX//X/

12Bola dikontak pada bahagian bawah tengahXX//X/

Fasa Ikut Lajak

13Ambil satu langkah ke hadapanXXX/X/

14Berat badan pada kaki hadapanXXX/X/

15Lengan ke arah atas jaring

XX/XX/

16Bergerak masuk ke dalam gelanggang/X/XXX

JUMLAH ADA (/)7/164/1610/1611/167/1610/16

PERATUS (%)442563694463

Berdasarkan jadual 2, saya mendapati bahawa sampel A dan E telah menunjukkan 44% lakuan dalam teknik kemahiran servis bawah bola tampar mengikut teknik yang tertera dalam borang senarai semak yang telah disediakan. Sampel B sebanyak 25%, sampel C dan F sebanyak 63%, dan akhir sekali sampel D sebanyak 69%. Seterusnya keputusan ujian pra Ujian Servis Bola Tampar AAHPERD ditunjukkan melalui jadual 3 dan gambarajah 2 berikut:Jadual 3. Keputusan ujian pra (Ujian Servis Bola Tampar AAHPERD) bagi sampel kajian.Perkara Ujian Pra

Skor Persentil

Sampel A9Diantara 25 hingga 50

Sampel B3Diantara 5 hingga 25

Sampel C7Diantara 25 hingga 50

Sampel D4Diantara 0 hingga 5

Sampel E55

Sampel F4Diantara 5 hingga 25

Gambarajah 2. Graf keputusan pencapaian ujian pra (Ujian Servis Bola Tampar AAHPERD) bagi sampel kajian.Sampel A dan C telah mencatatkan persentil 25 manakala sampel B, E dan F pula masing-masing mencapai persentil 5. Namun sampel D pula walaupun terdapat catatan skor sebanyak 4 tetapi sampel ini hanya mampu mencatat persentil sebanyak 0 sahaja.Seterusnya saya telah mengambil langkah penambahbaikan iaitu penggunaan kad kriteria dalam stail reciprocal bagi mengatasi masalah ini. 3.0 OBJEKTIF KAJIAN / SOALAN KAJIANSecara umumnya kajian ini bertujuan untuk membantu meningkatkan penguasaan kemahiran murid-murid dalam permainan bola tampar. Ia juga bertujuan untuk memotivasikan murid supaya terus melibatkan diri dalam permainan bola tampar ke peringkat lebih tinggi dan murid melakukan aktiviti-aktiviti bagi mata pelajaran Pendidikan Jasmani.

Objektif khusus kajian ini pula adalah:1. Untuk meningkatkan tahap penguasaan kemahiran servis bawah dalam permainan bola tampar melalui penggunaan kad kriteria dalam stail reciprocal bagi murid-murid Tahun 6 Futuristik.Persoalan kajian yang ingin dikemukakan dalam kajian ini adalah:1. Sejauhmanakah kad kriteria dalam stail reciprocal dapat meningkatkan kemahiran servis bawah dalam permainan bola tampar bagi murid-murid Tahun 6 Futuristik?

4.0 KUMPULAN SASARANKumpulan sasaran saya untuk kajian ini (n=6) murid Tahun 6 Futuristik yang terdiri daripada (n=4) murid perempuan dan (n=2) murid lelaki di Sekolah Kebangsaan Temong, Perak. Saya memilih murid yang terdiri daripada kelas Tahun 6 Futuristik kerana saya telah diamanahkan untuk mengajar kelas ini bagi mata pelajaran Pendidikan Jasmani di sepanjang tempoh praktikum. Selain itu, murid-murid Tahun 6 juga merupakan murid yang agak senior berbanding murid-murid lain. Sehubungan itu, tahap kematangan mereka agak menonjol berbanding murid-murid yang lebih muda daripada mereka. Oleh itu ia memudahkan saya untuk menjalankan kajian ini. Melalui dapatan data demografi yang saya kumpul dalam borang biodata (Lampiran 5) yang dijalankan, status sosioekonomi murid-murid di sekolah ini adalah pada tahap sederhana. Kebanyakan pekerjaan ibu bapa murid-murid adalah sebagai penoreh getah, peniaga, kakitangan kerajaan dan swasta dan lain-lain lagi. Berdasarkan soal selidik yang dilakukan (Lampiran 6), (n=4) melibatkan diri secara aktif dalam sukan dan permainan manakala (n=2) kurang aktif. Secara umumnya, berdasarkan data yang diterima, murid-murid ini datangnya daripada kawasan luar bandar. Oleh itu saya berpendapat bahawa mereka tidak berpeluang untuk melakukan aktiviti fizikal seperti melakukan riadah bersama keluarga dan rakan-rakan memandangkan kurangnya prasarana di kawasan ini seperti taman rekreasi, gelanggang permainan dan sebagainya.5.0 TINDAKAN YANG DIJALANKAN5.1 Prosedur TindakanSeseorang pendidik seharusnya pakar dalam mewujudkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Ianya boleh direalisasikan sekiranya seseorang pendidik itu menguasai ilmu konten dan ilmu pedagogi yang mantap dalam bidangnya (Julismah, 2011). Oleh yang demikian saya telah mengenalpasti salah satu cabang daripada ilmu pedagogi dalam Pendidikan Jasmani iaitu penggunaan kad kriteria stail reciprocal bagi membantu meningkatkan keberkesanan proses pengajaran saya dan seterusnya meningkatkan kemahiran servis bawah dalam permainan bola tampar dalam kajian ini. Menurut Gagne, Briggs dan Wager (1992), mengajar adalah satu proses penyebaran ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam sesuatu bidang. Tujuannya ialah supaya pelajar dapat mempelajari, menguasai dan meningkatkan proses pembelajaran dengan baik. Sehubungan dengan itu, sebagai seorang pendidik, saya akan berusaha menyampaikan ilmu kepada murid dengan sedaya upaya khususnya dalam kemahiran servis bawah bola tampar ini.Menurut Julismah (2011), pendekatan dan stail mengajar adalah amat penting dan berkait rapat dengan keberkesanan objektif pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan strategi mengajar dalam menyebar atau menyampaikan ilmu pengetahuan hendaklah berasaskan kemampuan fisiologikal yang melibatkan pertimbangan terhadap tahap kematangan dan kecergasan fizikal, mental serta kecekapan kemahiran pergerakan motor mengikut aras kesediaan dan fasa penguasaan pelajar.Muska Mosston adalah pengasas kepada spektrum stail mengajar dalam Pendidikan Jasmani pada tahun 1966. Terdapat beberapa stail yang diperkenalkan oleh beliau seperti stail arahan, stail latihan, stail reciprocal, stail semak kendiri dan sebagainya. Stail yang paling kerap dan paling lama digunakan di sekolah semasa proses pengajaran dan pembelajaran adalah stail arahan. Dalam stail ini, guru memainkan peranan utama menguasai dan mengawal semua aktiviti sewaktu proses pengajaran dijalankan (Mohd Zohir, Rohizani, & Shahabuddin, 2005). Menurut Mosston dan Ashworth (2002), stail arahan adalah kaedah pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan teknik arahan terus di antara rangsangan guru dengan tindak balas pelajar. Ciri utama stail ini ialah ketepatan perlakuan yang pelajar perlu tunjukkan hasil dari maklum balas (cue) guru. Reka bentuk stail ini melibatkan guru berperanan dalam membuat semua keputusan pada fasa pra impak, fasa impak dan fasa pasca impak. Peranan pelajar pula adalah mengikut dan meniru apa yang diarahkan guru yang melibatkan keseragaman tindak balas atau perlakuan dalam menjalankan aktiviti pelajaran.Pada pandangan saya, tidak salah sekiranya guru menggunakan stail arahan dalam pengajaran mereka namun, guru haruslah mempelbagaikan stail pengajaran mereka. Sehubungan dengan itu, saya telah cuba untuk menarik minat murid terhadap kemahiran servis bawah ini dengan menggunakan stail pengajaran yang dapat difahami oleh mereka dengan jelas dan mendalam. Oleh yang demikian saya telah memilih untuk menggunakan kad kriteria dalam stail reciprocal bagi meningkatkan penguasaan murid-murid Tahun 6 Futuristik dalam kemahiran servis bawah bola tampar. Saya berhasrat menggunakan kaedah ini dalam pengajaran saya agar murid-murid berpeluang menimba sesuatu pengalaman baru. Mosston dan Ashworth (2002), mendefinisikan stail reciprocal sebagai interaksi sosial, bertimbal balik dan memberi maklum balas iaitu dengan dibimbing oleh kriteria yang spesifik. Dalam anatomi stail reciprocal, peranan guru adalah menyediakan perkara pokok, kriteria, keputusan logistik, serta menyediakan maklum balas kepada pemerhati. Peranan murid pula adalah untuk melakukan aktiviti secara berpasangan. Seorang murid telah menjadi pelaku yang akan melaksanakan tugasan manakala pasangan murid adalah pemerhati yang berperanan dalam membimbing pelaku dan memberi maklum balas yang betul terhadap terhadap aktiviti pelajaran berdasarkan kriteria senarai semak yang telah disediakan oleh guru. Guru akan bertindak sebagai tempat rujukan sekiranya pemerhati tidak dapat membuat keputusan terhadap pencapaian pelaku. Stail reciprocal ini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu set pra impak, impak dan pasca impak. Dalam set pra impak, guru akan memberi perhatian untuk memilih dan mereka isi pelajaran serta mereka dan menyediakan kad kriteria kepada pemerhati. Mosston dan Ashworth (2002), menyatakan bahawa faktor utama yang mentukan kejayaan atau kegagalan penggunaan stail ini adalah kad kriteria. Dalam set impak pula, tugas utama guru adalah menetapkan peranan dan hubungan baru. Pada permulaan pengajaran dan pembelajaran, guru akan memberikan penjelasan mengenai keperluan hubungan bergandingan. Apabila alasan mengenai hubungan yang baru ini telah jelas, murid-murid akan lebih berkeinginan untuk menyertai peranan baru ini. Bagi set pasca impak, pemerhati meneruskan peranannya dan memberikan maklum balas kepada pelaku. Guru akan menunggu setiap pasangan menyelesaikan tugasan. Seterusnya, guru akan bergerak tidak jauh dari satu pasangan ke pasangan yang lain untuk mendengar interaksi mengenai tugasan yang telah dijalankan. Akhir sekali, guru akan memberikan komen terhadap keseluruhan kelas. Selain itu, guru juga akan memberikan maklum balas mengenai peranan pemerhati sama ada mereka telah menjalankan tugas dengan baik atau tidak. Walaubagaimanapun, dalam kajian ini, saya telah memfokuskan hanya kepada set impak sahaja di mana kaedah stail bergandingan ini telah diaplikasikan untuk menambahbaikan amalan pengajaran dan pembelajaran saya dan menyelesaikan masalah murid tidak dapat menguasai kemahiran servis bawah bola tampar. Dengan itu saya telah memulakan aktiviti yang dirancang dengan membina hubungan baik antara murid-murid dan memberikan penjelasan yang terperinci mengenai pelaksanaan stail ini. Menurut Mohar dan Nurhaziyanti (2008), hubungan sosial yang terbentuk secara tidak langsung dapat menerapkan proses sosialisasi dalam kalangan murid-murid. Di samping menjalankan aktiviti Pendidikan Jasmani, mereka juga boleh berinteraksi dan meningkatkan kemahiran sosial mereka. Fungsi utama proses sosiolisasi ialah untuk menghasilkan seseorang yang bersifat menyeluruh, iaitu dari segi kebolehan berinteraksi dengan cekap di persekitarannya secara sosial mahupun fizikal. Pendapat tersebut telah menjelaskan bahawa interaksi sosial sangat membantu perkembangan murid. Justeru itu, kaedah yang digunakan juga mampu untuk membina interaksi sosial dalam kalangan murid-murid. Saya telah memilih beberapa kaedah melibatkan penggunaan kad kriteria dalam stail reciprocal untuk diaplikasikan sepanjang kajian dijalankan. Antaranya ialah:

1. Penggunaan kad kriteria tanpa gambar.Perkara pertama yang telah saya lakukan sebelum melaksanakan sebarang aktiviti dalam kitaran pertama ialah saya telah menyediakan kad kriteria (Lampiran 7). Kad tersebut mengandungi huraian spesifik dalam bentuk teks sahaja mengenai tugasan iaitu berkenaan dengan kemahiran servis bawah dalam permainan bola tampar. Seterusnya saya telah mengarahkan sampel memilih sendiri pasangan yang sesuai dengan mereka. Ini adalah kerana pada kebiasaannya manusia itu akan gembira bekerja dengan seseorang yang mereka kenal dan suka (Byra & Marks, 1993; Ernst & Byra, 1998). Permulaan hubungan sosial ini menjadikan sampel fokus kepada peranan dan jangkaaan baru. Sampel juga telah memilih peranan sama ada sebagai pemerhati atau pelaku. Di dalam kitaran pertama ini, hanya pemerhati sahaja yang mendapat kad kriteria tersebut. Saya telah menggunakan kaedah ini terhadap sampel kajian yang terdiri daripada murid Tahun 6 Futuristik. Penerangan telah dilakukan di dataran berhampiran gelanggang bola tampar. Dalam penerangan tersebut, saya menyatakan objektif penggunaan stail ini. Alatan yang digunakan ialah jaring, bola tampar, kad kriteria dan alat tulis. Sampel juga dikehendaki memakai pakaian sukan. Selepas aktiviti memanaskan badan di bawah kelolaan saya dijalankan, saya telah melakukan demonstrasi tentang cara stail ini dilaksanakan agar sampel dapat memahami dengan lebih jelas lagi. Seterusnya saya telah memberi penjelasan mengenai kad kriteria yang diedarkan kepada pemerhati. Memandangkan ada di antara sampel yang tidak pernah mempunyai pengalaman menggunakan kad kriteria untuk digunakan sebagai maklum balas, saya telah menerangkan dengan lebih terperinci lagi mengenai penggunaan kad kriteria tersebut. Saya juga telah memberi peluang kepada sampel untuk bertanya soalan sekiranya ada sebarang kemusykilan.Setelah sampel jelas dengan penerangan yang dilakukan, maka sampel pergi ke kawasan aktiviti dan melaksanakan tugasan secara berpasangan. Mosston dan Ashworth (2002), menyatakan bahawa, dalam stail reciprocal, kita dapat perhatikan bahawa hubungan antara pemerhati dan pelaku adalah untuk bekerjasama bagi meningkatkan kemajuan. Prosedur pelaksanaan penggunaan kad kriteria dalam stail reciprocal ini adalah, sampel melakukan stail ini di kawasan aktiviti. Peranan pemerhati dan pelaku telah ditentukan oleh mereka sendiri. Pelaku telah melakukan perlakuan seperti yang telah didemonstrasi oleh guru sebentar tadi. Pemerhati telah memerhati dan menyemak perlakuan pelaku tersebut berdasarkan senarai semak kad kriteria sevis bawah bola tampar yang telah diberikan. Pemerhati juga telah memberikan maklum balas secara berterusan terhadap perlakuan pelaku. Aktiviti tersebut dilakukan selama 15 minit. Guru meniup wisel menandakan masa telah tamat. Sampel diberi rehat selama 10 minit dan membuat refleksi mengenai aktiviti yang telah dilaksanakan pada sesi sebentar tadi. Seterusnya sampel saling bertukar peranan, di mana jika tadi A menjadi pelaku, beliau kini menjadi pemerhati pula. Masa yang diberikan untuk aktiviti adalah sama seperti tadi juga iaitu 15 minit. Sepanjang aktiviti dilakukan, saya telah bergerak berdekatan dengan satu pasangan ke pasangan yang lain. Saya juga telah mendengar interaksi antara pasangan pemerhati dan pelaku tersebut. Akhir sekali, saya telah membuat maklum balas terhadap keseluruhan aktiviti yang telah dijalankan. Dalam kajian ini saya telah memilih Model Lingkaran Kemmis dan Mc Taggart, 1998. Model ini mengandungi 4 elemen utama iaitu Perancangan (Plan), Tindakan (Action), Pemerhatian (Observe), Refleksi (Reflect). Setiap satu kitaran telah dilaksanakan dalam tempoh satu minggu iaitu terdapat 3 perjumpaan bersama sampel dalam satu minggu.Kitaran pertama telah dijalankan terhadap sampel yang telah dipilih melalui ujian pra iaitu Ujian Servis Bola Tampar AAHPERD. Pada proses Perancangan (Plan), saya telah menyediakan bahan pengajaran seperti kad kriteria, bola, jaring dan sebagainya. Alat-alat ini didapati berfungsi dengan baik dan tidak mendatangkan masalah semasa sesi pelaksanaan dijalankan. Saya juga telah memeriksa keadaan gelanggang bola tampar sama ada selamat atau tidak untuk digunakan. Sehari sebelum ujian, saya juga telah memberi taklimat kepada sampel berkenaan aktiviti yang akan dijalankan. Kesihatan diri sampel juga berada dalam keadaan baik semasa melaksanakan aktiviti servis bawah bola tampar.Proses Tindakan (Action) pula adalah pelaksanaan semua aktiviti yang telah dirancang. Saya telah menggunakan kad kriteria dalam stail reciprocal bagi kemahiran servis bawah bola tampar. Sepanjang aktiviti, sampel dikehendaki berpasangan dan berperanan sebagai pemerhati dan pelaku. Saya pula hanya menjadi fasilitator sahaja. Setelah sampel melaksanakan aktiviti, mereka telah diberikan rehat. Saya telah membuat kesimpulan dan maklum balas terhadap keseluruhan sampel. Seterusnya saya juga telah melaksanakan Pemerhatian (Observe). Fasa ini membolehkan saya memerhati dan memantau perlakuan sampel. Sejauh mana sampel mendapatkan input melalui kaedah yang telah saya gunakan. Fasa terakhir adalah sesi Refleksi (Reflect) di mana sampel perlu membuat refleksi mengenai aktiviti yang telah mereka lakukan. Sampel telah menceritakan kembali peranan pemerhati dan pelaku dan adakah kerjasama yang dijalankan berjaya atau tidak. Guru dan sampel juga telah memberikan pendapat mengenai penggunaan kad kriteria yang terdapat dalam stail ini dan apa yang perlu dilakukan sebagai penambahbaikan terhadap kad kriteria tersebut. Justeru itu, untuk melihat sejauh mana penggunaan kad kriteria dalam stail reciprocal membantu meningkatkan kemahiran servis bawah tangan bola tampar, saya telah menggunakan ujian pos iaitu Ujian Servis Bola Tampar AAHPERD. Melalui ujian tersebut saya dapat melihat tahap peningkatan kemahiran servis bawah bola tampar dalam kalangan sampel kajian saya. Namun demikian, setelah saya menjalankan ujian tersebut, saya mendapati bahawa masih terdapat masalah penguasaan kemahiran servis bawah bola tampar ini. Terdapat sampel yang tidak dapat melepasi skor yang telah saya tetapkan iaitu sekurang-kurangnya sebanyak 50 persentil. Malah mereka juga masih tidak dapat menguasai teknik dalam kemahiran servis bawah bola tampar ini dengan betul. Sehubungan dengan itu, saya telah menjalankan kitaran kedua iaitu penggunaan kad kriteria berserta gambar bagi memperincikan lagi kefahaman mereka terhadap kad kriteria ini dan cara bagaimana melakukan teknik dalam kemahiran servis bawah ini dengan betul. Penggunaan gambar merupakan satu cara yang sangat menarik. Rozianah (2005), menyatakan bahawa grafik mengilustrasikan mesej seperti pepatah yang menyatakan bahawa sekeping gambar dapat menggambarkan seribu makna. Saya telah melaksanakan pendekatan ini terhadap sampel yang masih lemah. Prosedur pelaksanaan bagi kaedah ini sama seperti di dalam kitaran pertama. Hanya tambahan kad criteria beserta gambar sahaja yang telah saya aplikasikan dalam kitaran kedua ini. Dalam kitaran kedua ini saya masih memilih Model Lingkaran Kemmis dan Mc Taggart, 1998. Model ini mengandungi 4 elemen utama iaitu Perancangan (Plan), Tindakan (Action), Pemerhatian (Observe), Refleksi (Reflect). Setiap satu kitaran akan dilaksanakan dalam tempoh satu minggu (satu minggu terdapat 3 perjumpaan bersama sampel).Pada proses Perancangan (Plan), saya telah menyediakan bahan pengajaran seperti kad kriteria beserta gambar, bola, jaring dan sebagainya. Alat-alat ini haruslah berfungsi dengan baik supaya tidak mendatangkan masalah semasa sesi pelaksanaan dijalankan. Saya juga memeriksa keadaan gelanggang bola tampar sama ada selamat atau tidak untuk digunakan. Sehari sebelum ujian, saya telah memberi taklimat kepada sampel berkenaan aktiviti yang akan dijalankan. Proses Tindakan (Action) pula adalah pelaksanaan semua aktiviti yang telah dirancang. Saya menggunakan kad kriteria beserta gambar dalam stail reciprocal bagi kemahiran servis bawah bola tampar. Sepanjang aktiviti sampel hendaklah berpasangan dan berperanan sebagai pemerhati dan pelaku. Saya pula hanya menjadi fasilitator sahaja. Setelah sampel melaksanakan aktiviti mereka telah diberi rehat. Saya telah membuat kesimpulan dan maklum balas terhadap keseluruhan sampel. Seterusnya saya telah melaksanakan Pemerhatian (Observe). Fasa ini membolehkan saya memerhati dan memantau perlakuan sampel. Sejauh mana sampel mendapat input melalui kaedah yang telah saya gunakan. Fasa terakhir adalah sesi Refleksi (Reflect) di mana sampel perlu membuat refleksi mengenai aktiviti yang telah mereka lakukan. Sampel telah menceritakan kembali peranan pemerhati dan pelaku terhadap kerjasama yang dijalankan. Guru dan sampel juga akan memberikan pendapat mengenai penggunaan kad kriteria beserta gambar yang terdapat dalam stail ini dan apa yang perlu dilakukan sebagai penambahbaikan terhadap kad kriteria tersebut.Model Lingkaran Kemmis dan Mc Taggart ini dijelaskan melalui gambarajah 3 berikut:

Reflect: sampel dan guru membuat refleksi mengenai aktivitiyang dilakukan dan cerita kembali peranan masing-masing.

Plan: menyediakan bahan pengajaran dan memberikan taklimat.Observe: saya memerhatikan sampel dan mengenalpasti sejauhmana sampel mengaplikasikan stail ini.

Action: menggunakan kad kriteria (teks sahaja) dalam stail reciprocal bagi kemahiran servis bawah bola tampar.

Reflect: sampel dan guru membuat refleksi mengenai aktivitiyang dilakukan dan cerita kembali peranan masing-masing.

Kitaran seterusnya

Plan: menyediakan bahan pengajaran dan memberikan taklimat. (sediakan kad kriteria)Observe: saya memerhatikan sampel dan mengenalpasti sejauhmana sampel mengaplikasikan stail ini.

Action: menggunakan kad kriteria (beserta gambar) dalam stail reciprocal bagi kemahiran servis bawah bola tampar.

Gambarajah 3. Model Lingkaran Kemmis dan Mc Taggart.5.2 Cara Mengumpul DataDalam kajian ini, saya telah mengumpul data melalui dua pendekatan iaitu kualitatif dan kuantitatif. Bagi pendekatan kualitatif, saya menggunakan kaedah pemerhatian manakala bagi pendekatan kuantitatif pula, saya telah menggunakan kaedah ujian pra dan ujian pos iaitu Ujian Servis Bola Tampar AAHPERD.1. PemerhatianStail reciprocal yang diaplikasikan membolehkan saya memerhatikan reaksi murid dengan lebih efisien sepanjang aktiviti dijalankan. Ini kerana murid yang akan bertindak sebagai pemerhati dan pelaku manakala saya cuma sebagai tempat rujukan sahaja. Saya telah memerhati sama ada mereka ada melakukan perlakuan dalam setiap fasa dalam kemahiran servis bawah bola tampar mahupun tidak. Saya juga telah merakam perlakuan sampel semasa mereka melakukan kemahiran servis bawah tangan bola tampar ini sewaktu mereka menjalani ujian pos agar saya dapat membuat rujukan dan penilaian terhadap aspek-aspek yang diperlukan untuk melakukan teknik kemahiran servis bawah bola tampar. Selain itu saya juga mengambil kira sama ada mereka dapat mendengar arahan saya dengan baik atau sebaliknya. Untuk kaedah ini, saya telah menggunakan borang senarai semak (Lampiran 8) untuk merekod item-item yang dinilai. Melalui borang tersebut, saya telah membuat penilaian tentang murid sama ada dapat menguasai kemahiran ini dengan baik atau tidak.2. Ujian pra dan ujian pos.Seterusnya data juga telah dikutip melalui pendekatan kuantitatif iaitu ujian pra dan pos Servis Bola Tampar AAHPERD. Ujian pra telah dijalankan semasa tinjauan awal, manakala ujian pos telah dilaksanakan selepas sampel melakukan aktiviti dalam setiap kitaran menggunakan kad kriteria dalam stail reciprocal. Data bagi ujian pra dan pos telah direkodkan ke dalam borang skor Ujian Servis Bola Tampar AAHPERD. Langkah pengumpulan data yang telah saya jalankan adalah seperti yang berikut:Jadual 4. Langkah pengumpulan data.LangkahDanTarikhCara PenilaianKumpulan SasaranTujuan

Langkah 1

Menjalankan pemerhatian 126 orang murid tahun 6 FuturistikMengenalpasti masalah sebenar yang dihadapi oleh murid-murid.

Langkah 2Ujian Pra26 orang murid tahun 6 Futuristik$Saya menjalankan Ujian Pra iaitu Ujian Servis Bola Tampar AAHPERD. Tujuannya adalah mengenalpasti masalah sebenar yang dihadapi oleh murid-murid tahun 6 Futuristik ini. Seterusnya ia bertujuan untuk memilih murid-murid yang benar-benar lemah dalam kemahiran servis bawah bola tampar untuk dijadikan sampel kajian saya.

Langkah 3Menjalankan pemerhatian 26 orang sampel dari Tahun 6 Futuristik Bagi mengenalpasti sama ada sampel telah mencapai peningkatan ataupun tidak bagi memperbaiki teknik kemahiran servis bawah bola tampar setelah sesi pemulihan iaitu penggunaan kad kriteria dalam stail reciprocal diaplikasikan.

Langkah 4Menjalankan Ujian Pos 16 orang sampel dari Tahun 6 FuturistikMenjalankan Ujian Servis Bola Tampar AAHPERD. Tujuannya adalah untuk mengenalpasti sama ada terdapat peningkatan skor dalam Ujian Pos 1 berbanding Ujian Pra. Selain itu ia bertujuan untuk mengenalpasti sampel yang masih mempunyai masalah dalam kemahiran servis bawah bola tampar ini untuk mengambil tindakan yang seterusnya terhadap mereka.

Langkah 5Menjalankan pemerhatian 33 orang sampel dari Tahun 6 Futuristik.Untuk mengenalpasti sama ada sampel telah mencapai peningkatan dalam memperbaiki teknik kemahiran servis bawah bola tampar setelah sesi pemulihan iaitu penggunaan kad kriteria dalam stail reciprocal diaplikasikan.instrumen yang digunakan ialah borang senarai semak.

Langkah 6Menjalankan Ujian Pos 23 orang sampel dari Tahun 6 Futuristik.Menjalankan Ujian Servis Bola Tampar AAHPERD. Tujuannya adalah untuk mengenalpasti sama ada terdapat peningkatan skor dalam Ujian Pos 2 berbanding Ujian Pos 1.

\

6.0 Analisis dan Interpretasi DataSaya telah menganalisis data menggunakan pendekatan kualitatif dan kuantitatif. Langkah urutan analisis data adalah seperti berikut:1) Menganalisis pemerhatian 2 ( semasa ujian pos 1 dijalankan)2) Menganalisis ujian pos 1 (catatan skor yang diperolehi oleh setiap sampel. Skor diambil semasa sampel melaksanakan ujian pos 1)3) Menganalisis pemerhatian 3 ( semasa ujian pos 2 dijalankan)4) Menganalisis catatan skor yang diperolehi oleh setiap sampel ( skor diambil semasa sampel melaksanakan ujian pos 2)6.1 Analisis Pemerhatian 2Saya telah menggunakan pendekatan kualitatif iaitu melalui pemerhatian bagi menganalisis data yang telah di perolehi. Instrumen yang telah saya gunakan bagi kaedah ini adalah borang senarai semak. Hasil pemerhatian yang telah dilakukan, saya dapati bahawa terdapat sampel yang melaksanakan aktiviti seperti yang telah tertera dalam borang senarai semak tersebut dan ada juga yang tidak melaksanakannya. Ini dapat ditunjukkan melalui jadual 5 berikut:Jadual 5. Analisis pemerhatian 2 bagi sampel kajian.BILPERKARA/FASASampel ASampel BSampel CSampel DSampel ESamepl F

Fasa Persediaan

1Berdiri mengiring//////

2Kaki dibuka seluas bahu//////

3Bola dipegang dengan sebelah tangan pada paras pinggang//////

4Mata tumpu pada bola //////

5Genggam tangan bebas yang akan melakukan servis.//////

Fasa Pelaksanaan

6Lengan tangan bebas dihayun ke belakang./X////

7Serentak, berat badan dipindah ke belakangXX//X/

8Lambung bola pada paras kepalaXX//X/

9Lengan tangan bebas dihayun ke depan dalam satu satah yang lurus.XX//X/

10Serentak, berat badan dipindah ke depan.XXX/X/

11Kontak bola pada buku lima tangan yang digenggam pada paras pinggang.XX//X/

12Bola dikontak pada bahagian bawah tengahXX//X/

Fasa Ikut Lajak

13Ambil satu langkah ke hadapanXXX/X/

14Berat badan pada kaki hadapanXXX/X/

15Lengan ke arah atas jaring

XX/XX/

16Bergerak masuk ke dalam gelanggang/X/XXX

JUMLAH ADA (/)7/165/1613/1614/166/1615/16

PERATUS (%)443181883894

Berdasarkan jadual berikut sampel A,B, dan E mencatatkan bilangan ada (/) yang paling rendah di mana sampel A mencapai 7 daripada 16 item yang dinilai melalui borang senarai semak saya iaitu sebanyak 44%. Sampel B pula mencapai bilangan ada (/) yang paling rendah iaitu 5 sahaja dan iaitu sebanyak 31% teknik lakuan yang dilakukan daripada item teknik lakuan yang dinilai. manakala sampel E mencatatkan sebanyak 6 daripada 16 item yang nilai iaitu sebanyak 38%. Namun demikian, sampel C, D, dan F mencatat bilangan ada (/) yang tinggi berbanding sampel-sampel yang lain. Sampel C telah mencapai13 daripada 16 item yang dinilai iaitu sebanyak 81%. Seterusnya sampel D sebanyak 14 iaitu 88% manakala sampel F mencatakan bilangan ada (/) yang paling tinggi iaitu sebanyak 15 daripada 16 item yang terdapat di dalam borang senarai semak yang telah disediakan iaitu sebanyak 94%. Seterusnya perbandingan pemerhatian saya terhadap teknik lakuan kemahiran servis bola tampar bagi Pemerhatian 1 dan Pemerhatian 2 yang dilaksanakan oleh ketiga-tiga sampel telah di tunjukkan melalui graf dalam gambarajah 4:

Gambarajah 4. Graf perbandingan pemerhatian 1 dan pemerhatian 2Berdasarkan graf di atas, saya dapati semua sampel mencapai peningkatan dari segi bilangan lakuan teknik dalam kemahiran servis bawah bola tampar. Hanya sampel E sahaja yang menunjukkan penurunan di mana pada pemerhatian 1, sampel mencatat bilangan lakuan sebanyak 7 aktiviti dan menurun kepada 6 aktiviti sahaja iaitu penurunan sebanyak 6%. Sampel yang menunjukkan peningkatan adalah sampel B, C, D, dan sampel F. Sampel B melakukan sebanyak 4 aktiviti pada pemerhatian 1 dan meningkat kepada 5 aktiviti pada pemerhatian 2. Peningkatan sebanyak 6% bagi sampel B. Sampel C pula melakukan sebanyak 10 aktiviti pada pemerhatian 1 dan meningkat kepada 13 aktiviti pada pemerhatian 2 iaitu peningkatan sebanyak 18%. Begitu juga dengan sampel F yang didapati meningkat daripada hanya 10 aktiviti yang dilakukan pada pemerhatian 1 dan telah menginjak kepada 15 aktiviti pada pemerhatian 2 iaitu peningkatan sebanyak 31%. Bagi sampel A pula, tiada perubahan di catatkan pada pemrehatian 1 dan 2 di mana sampel ini melakukan sebanyak 6 aktiviti dalam teknik lakuan kemahiran servis bawah bola tampar iaitu sebanyak 44%.6.2 Analisis Ujian Pos 1Seterusnya saya juga menggunakan pendekatan kuantitatif iaitu, setelah data dikutip dan dikumpulkan, saya telah menganalisis data dengan menggunakan persentil hasil daripada prestasi kemajuan pelajar yang didapati daripada dapatan ujian pos iaitu melalui borang skor yang telah diteliti. Dapatan data norma persentil perbandingan skor ujian pra dan pos Servis Bola Tampar AAHPERD telah saya terjemahkan dalam bentuk jadual 6 berikut: Jadual 6. Perbandingan Pencapaian Ujian Pra dan Pos Servis Bola Tampar AAHPERD:Perkara Ujian PraUjian Pos

Skor Persentil Skor Persentil

Sampel A9Di antara 25 hingga 508Di antara 25 hingga 50

Sampel B3Di antara 5 hingga 252Di antara 5 hingga 25

Sampel C7Di antara 25 hingga 501150

Sampel D4Di antara 0 hingga 517Di antara 50 hingga 75

Sampel E556Di antara 5 hingga 25

Sampel F4Di antara 5 hingga 251675

Gambarajah 5. Graf perbandingan ujian pra dan ujian pos Ujian Servis Bola Tampar AAHPERD.Setelah ujian pra dan ujian pos dilaksanakan, saya mendapati terdapat perubahan pencapaian skor dan norma persentil dalam kalangan sampel di mana pada ujian pos, didapati 3 orang sampel iaitu sampel C, D dan F telah menunjukkan peningkatan dalam skor masing-masing. Skor yang diperolehi mencapai sasaran yang telah saya tetapkan iaitu pada persentil 50. Semasa ujian pra dilaksanakan, sampel C mencatat persentil 25 manakala setelah ujian pos dijalankan, sampel ini telah mencapai persentil 50. Bagi sampel D pula, peningkatan amat ketara telah dipamerkan oleh sampel ini di mana pada ujian pra, sampel mencatatkan persentil 0. Namun pada ujian pos sampel mendapat persentil sebanyak 50 dan telah mencapai sasaran skor yang telah saya tetapkan. Begitu juga dengan sampel F yang mencatatkan persentil sebanyak 5 dan telah menunjukkan peningkatan setelah melaksanakan ujian pos iaitu mencatatkan persentil sebanyak 75. Hal ini terjadi kerana semasa ujian pra dijalankan, sampel belum mendapatkan pendedahan yang lebih terperinci dan penggunaan kad kriteria dalam stail bergandingan juga belum diaplikasikan. Sehubungan dengan itu, ujian pos telah menunjukkan peningkatan kerana mereka telah mengikuti kaedah pengajaran dan pembelajaran yang saya praktikkan dengan betul. Namun berlainan bagi sampel A, B, dan E. Tiada perubahan yang ketara terhadap norma persentil masing-masing walaupun skor yang diperolehi meningkat. Persentil mereka juga berada di bawah paras skor sasaran. Semasa ujian pra dilaksanakan sampel A mencatatkan persentil sebanyak 25 dan persentil tersebut tidak berubah setelah ujian pos dilaksanakan. Begitu juga dengan sampel B yang mencapai persentil sebanyak 5 sahaja dan tiada peningkatan berlaku walaupun sampel telah menjalani sesi pemulihan iaitu penggunaan kad kriteria (teks sahaja) dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran servis bawah bola tampar ini. Bagi sampel E pula keadaan yang sama berlaku di mana sampel ini juga tidak menunjukkan peningkatan semasa ujian pos dilaksanakan. Pencapaian skor tidak berganjak iaitu pada persentil 5 pada kedua-dua ujian iaitu ujian pra dan ujian pos.

6.3 Analisis Pemerhatian 3Memandangkan masih terdapat sampel yang tidak menunjukkan peningkatan terhadap skor dan norma persentil semasa ujian pos pertama dilaksanakan, saya telah meneruskan kajian ini kepada kitaran yang kedua iaitu penggunaan kad kriteria beserta gambar dalam stail reciprocal bagi sesi pengajaran dan pembelajaran yang saya kelolakan. Mereka terdiri daripada sampel A, B, dan E. Sehubungan dengan itu, saya masih menggunakan kaedah pemerhatian bagi menganalisis penguasaan sampel terhadap kemahiran ini. Instrumen yang digunakan ialah borang senarai semak. Jadual 7 menunjukkan hasil pemerhatian yang telah saya jalankan terhadap sampel-sampel tersebut.Jadual 7. Analisis pemerhatian 3 bagi sampel kajian.BILPERKARA/FASASampel ASampel BSampel E

Fasa Persediaan

1Berdiri mengiring///

2Kaki dibuka seluas bahu///

3Bola dipegang dengan sebelah tangan pada paras pinggang///

4Mata tumpu pada bola ///

5Genggam tangan bebas yang akan melakukan servis.///

Fasa Pelaksanaan

6Lengan tangan bebas dihayun ke belakang///

7Serentak, berat badan dipindah ke belakang/X/

8Lambung bola pada paras kepala/X/

9Lengan tangan bebas dihayun ke depan dalam satu satah yang lurus.///

10Serentak, berat badan dipindah ke depan./X/

11Kontak bola pada buku lima tangan yang digenggam pada paras pinggang./X/

12Bola dikontak pada bahagian bawah tengah/X/

Fasa Ikut Lajak

13Ambil satu langkah ke hadapan///

14Berat badan pada kaki hadapan///

15Lengan ke arah atas jaringXX/

16Bergerak masuk ke dalam gelanggangXXX

JUMLAH ADA (/)14/169/1615/16

PERATUS (%)885694

Berdasarkan jadual 7, saya mendapati bahawa sampel-sampel ini telah menunjukkan peningkatan dalam aspek-aspek yang dinilai yang terdapat di dalam borang senarai semak yang telah saya sediakan. Sampel A mencatatkan bilangan ada (/) sebanyak 14 daripada 16 iaitu sebanyak 88%. Seterusnya sampel B pula sebanyak 9 iaitu 56% manakala sampel E pula sebanyak 15 daripada 16 aspek yang telah dinilai di dalam borang senarai semak iaitu sebanyak 94%. Seterusnya perbandingan pemerhatian saya terhadap teknik lakuan kemahiran servis bola tampar bagi Pemerhatian 2 dan Pemerhatian 3 yang dilaksanakan oleh ketiga-tiga sampel telah di tunjukkan melalui graf dibawah:

Gambarajah 6. Perbandingan pemerhatian 2 dan pemerhatian 3 terhadap sampel kajian. Graf di atas menunjukkan perbandingan ujian pos 1 dan ujian pos 2 teknik lakuan yang di lakukan oleh sampel A, B dan E dimana setiap sampel menunjukkan perubahan yang positif. Di mana semua sampel di dapati meningkat dari segi teknik lakuan kemahiran servis bawah bola tampar masing-masing. Sampel A peningkatan sebanyak 44%, sampel B pula sebanyak 25% dan akhir sekali sampel E mencapai peningkatan yang paling ketara iaitu sebanyak 56%.

6.4 Analisis Ujian Pos 2Bagi kitaran kedua ini, saya juga masih menggunakan pendekatan kuantitatif bagi menganalisis data yang diperolehi daripada skor ujian pos 2. Sampel yang terlibat dalam kitaran kedua ini ialah sampel A, B dan E. Kaedah yang digunakan dalam kitaran kedua ialah penggunaan kad kriteria beserta gambar dalam stail reciprocal. Data perbandingan skor yang diperolehi daripada sampel-sampel tersebut dapat dilihat melalui jadual 8 berikut:Jadual 8. Perbandingan Skor Ujian Pos 1 dan Pos 2 Servis Bola Tampar AAHPERDPerkara Ujian Pos 1Ujian Pos 2

Skor Persentil Skor Persentil

Sampel A8Di antara 25 hingga 5012Di antara 50 hingga 75

Sampel B2Di antara 5 hingga 259Di antara 25 hingga 50

Sampel E112518Di antara 50 hingga 75

Seterusnya perbandingan skor bagi Ujian Pos 1 dan Ujian Pos 2 dalam Ujian Servis Bola Tampar AAHPERD telah ditunjukkan sepertimana dalam gambarajah 7:

Gambarajah 7. Perbandingan pencapaian ujian pos 1 dan ujian pos 2 ( Ujian Servis Bola Tampar AAHPERD).Graf dalam gambarajah 7 menunjukkan perbandingan norma persentil yang diperolehi oleh ketiga-tiga sampel saya iaitu sampel A, B, dan E. Mereka telah menunjukkan peningkatan terhadap persentil masing-masing. Sampel A dan B telah menunjukkan peningkatan prestasi di mana mereka berdua telah mencapai sasaran yang telah saya tetapkan iaitu pada persentil 50 memandangkan pada ujian pos 1, sampel A dan B mencatat persenti 25 sahaja. Hal ini berbeza dengan sampel B di mana walaupun terdapat peningkatan skor semasa melaksanakan ujian pos 2 namun norma persentil masih belum mencapai sasaran yang telah saya tetapkan. Sampel mencatat persentil 5 pada ujian pos 1 manakala pada ujian pos 2, persentil sampel ini berada pada persentil 25. Oleh yang demikian, dapatan ujian pos ini menunjukkan terdapatnya peningkatan dari segi skor dan norma persentil yang diperolehi oleh para sampel.

7.0 DAPATANKajian ini dijalankan bertujuan untuk melihat kesan pendekatan yang digunakan bagi meningkatkan penguasaan sampel dalam aktiviti pembelajaran. Saya telah menjalankan kajian terhadap beberapa orang sampel saya dengan penggunakan kad kriteria dalam stail reciprocal bagi meningkatkan kemahiran servis bawah bola tampar. Hasil daripada kajian tersebut, saya mendapati bahawa terdapat peningkatan yang ditunjukkan oleh sampel kajian saya. Dapatan ini telah di sokong oleh pengkaji lalu iaitu, Umi Kalsum (2005), yang menyatakan pendekatan pelajaran berpusatkan pelajar iaitu stail reciprocal lebih berupaya meningkatkan pencapaian pelajar. Berdasarkan data yang telah saya perolehi iaitu terhadap sampel pada kitaran pertama, saya dapati bahawa dalam pemerhatian 1, terdapat 4 orang sampel iaitu sampel B, C, D dan F telah menunjukkan peningkatan dari segi bilangan lakuan yang telah di tetapkan seperti yang tersenarai dalam borang senarai semak. Sampel B telah menunjukkan peningkatan sebanyak 6 peratus iaitu dari 25 peratus kepada 31 peratus. Sampel C pula telah menunjukkan peningkatan dari 63 peratus kepada 81 peratus. Bagi sampel D dan F pula masing-masing menujukkan perubahan yang positif di mana sampel D mencatat jumlah peningkatan peratusan sebanyak 19 peratus manakala bagi sampel F pula pengkatan yang amat memberansangkan iaitu sebanyak 31 peratus. Bagi perolehan data semasa ujian pos 1 pula, saya mendapati bahawa tiga orang sampel telah menunjukkan perubahan yang positif di mana skor persentil yang diperolehi oleh ketiga-tiga sampel ini telah berjaya melepasi skor yang telah saya tetatpkan iaitu pada persentil 50. Sampel C dan D masing-masing berjaya mencapai persentil 50 pada ujian pos manakala sampel F pula menunjukkan peningkatan mendadak iaitu daripada persentil 5 kepada persentil 75.Berdasarkan dapatan yang telah saya perolehi, saya mendapati sampel yang terdiri dari kalangan murid yang mempunyai prestasi baik dalam akademik agak mudah mencapai peningkatan dalam kemahiran servis bawah bola tampar ini apabila penggunaan kad kriteria dalam stail reciprocal diaplikasikan. Hal ini terjadi kerana mereka lebih mudah faham dengan kriteria-kriteria yang harus dilaksanakan seperti yang tertera dalam kad kriteria yang telah diedarkan kepada setiap pasangan. Mereka lebih mudah menguasai kemahiran ini setelah mereka membaca kad kriteria tersebut. dapatan saya ini telah disokong oleh dapatan kajian Alfassi (1998) yang mendapati, kumpulan pelajar yang mengikuti pengajaran reciprocal telah menunjukkan perbezaan yang signifikan dalam kefahaman bacaan pelajar apabila menggunakan pengajaran reciprocal berbanding dengan kaedah pengajaran bacaan konvesional. Justeru jelaslah di sini bahawa sampel lebih mudah memahami item-item yang terdapat di dalam kad kriteria dengan menggunakan stail reciprocal ini seterusnya dapat memperbaiki prestasi mereka dalam kemahiran servis bawah bola tampar ini. Namun begitu, terdapat sampel yang belum melepasi skor yang telah saya tetapkan dalam ujian pos1 iaitu sampel A, B dan E. Sampel A tidak menunjukkan peningkatan semasa ujian pra dan pos 1 di mana sampel ini mencatatkan persentil 5 dalam kedua-dua ujian. Bagi sampel B dan E juga tiada peningkatan persentil ditunjukkan iaitu pada persentil 5 pada ujian pra dan pos 1. Dalam pemerhatian 2, Mereka juga tidak menujukkan peningkatan dari segi bilangan lakuan yang dilakukan mengikut item dalam borang senarai semak berbanding dalam pemerhatian 1. Oleh yang demikian, saya telah menjalankan langkah inisiatif lain di mana saya telah menambahkan gambar dalam kad kriteria yang telah saya sediakan terhadap sampel yang masih mempunyai masalah dalam penguasaan teknik kemahiran servis bawah bola tampar. Hasil daripada tindakan saya ini, ketiga-tiga sampel telah menunjukkan peningkatan dalam kemahiran ini di mana sampel A, B dan E di mana pada pemerhatian 3, sampel A telah menunjukkan peningkatan peratus sebanyak 44%, sampel B pula sebanyak 25% dan sampel E pula menunjukkan peningkatan yang mendadak iaitu sebanyak 56% di mana sampel ini mencatatkan peratusan sebanyak 38% pada pemerhatian 2 dan 94% pada pemerhatian 3. Begitu juga dengan keputusan ujian pos 2 di mana sampel A dan E telah melepasi sasaran persentil yang telah saya tetapkan iaitu pada persentil 50. Sampel B pula tidak melepasi persentil yang telah saya tetapkan namun begitu, sampel ini telah menunjukkan peningkatan terhadap catatan skornya dalam ujian pos 2 iaitu Ujian Servis Bola Tampar AAHPERD yang telah saya jalankan iaitu daripada hanya 2 skor pada ujian pos 1 kepada 9 skor pada ujian pos 2. Saya mendapati bahawa ketiga-tiga sampel iaitu sampel A, B dan E merupakan murid yang lemah dalam akademik, sehubungan dengan itu, hasil dapatan data yang telah diperolehi ini, saya mendapati bahawa sampel-sampel ini memerlukan masa yang lebih panjang berbanding sampel yang telah menunjukkan peningkatan dalam pemerhatian 2 dan ujian pos 1. Namun begitu, penggunaan kad kriteria dalam stail reciprocal juga masih dapat meningkatkan penguasaan ketiga-tiga sampel ini dalam kemahiran servis bawah bola tampar. Ia juga dapat meningkatkan kefahaman mereka terhadap kriteria-kriteria yang diperlukan untuk melakukan servis ini berdasarkan pembacaan mereka melalui kad kriteria yang telah diedarkan. Penggunaan stail reciprocal ini juga turut digunakan oleh pengkaji lepas iaitu Lederer (2002), yang telah membuat kajian tentang keberkesanan teknik reciprocal terhadap pelajar yang mempunyai masalah dalam kefahaman bacaan. Kajian tersebut telah dijalankan ke atas pelajar yang bermasalah dalam pembelajaran di salah sebuah sekolah rendah di New Mexico, Amerika Syarikat. Dapatan kajian ini menunjukkan teknik pengajaran reciprocal berkesan untuk meningkatkan kefahaman pelajar termasuklah pelajar yang mempunyai maslah pembelajaran. Tambahan lagi, saya juga telah memasukkan gambar dalam kad kriteria tersebut. Sehubungan dengan itu, penguasaan kefahaman murid terhadap kad kriteria tersebut dan apa yang perlu dilakukan bagi menguasaai teknik dalam kemahiran servis bawah bola tampar juga semakin meningkat. Dapatan kajian ini juga telah di sokong oleh Justeru itu, kesimpulan yang telah saya perolehi mendapati kajian yang telah saya laksanakan ini telah menjawab persoalan kajian yang telah dikemukakan di mana penggunaan kad kriteria dalam stail reciprocal dapat meningkatkan kemahiran servis bawah bola tampar bagi murid-murid Tahun 6 Futuristik. 8.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA1. Kajian lanjutan perlu melibatkan lebih ramai sampel untuk melihat keberkesanan kaedah stail bergandingan ini dalam kemahiran servis bawah bola tampar. Penggunaan sampel yang lebih ramai bertujuan untuk menambahkan kuasa ujian (the power of test).2. Kajian yang akan datang perlu mengambil kira pemboleh ubah-pemboleh ubah lain seperti bangsa, umur, lkasi sekolah di luar bandar dan yang di bandar, mata pelajaran lain dan pelbagai tahap kebolehan pelajar juga harus diambil kira dalam kajian selanjutnya agar kesimpulan yang lebih kukuh dapat diberikan.3. Selain dari mengkaji murid, kajian lain juga boleh dilakukan dengan menggunakan guru sebagai sampel kajian. Dapatan daripada kajian yang melibatkan guru sudah tentu berguna kepada pelbagai pihak yang terlibat dalam sistem pendidikan. 4. Saya juga mencadangkan agar pada masa untuk kajian akan datang dilanjutkan kerana masa yang singkat membataskan pengkaji untuk mengambil pendekatan selanjutnya yang lebih wajar bagi menangani masalah yang dihadapi oelh murid.

RUJUKANAAHPERD Skills Test Manual: Volleyball. Clayton Shay, test consultant. Reston, Va.:AAHPERD, 1969.Alfassi. M. (1998). Reading for meaning: the efficiency of reciprocal teaching in fostering.Reading comprehension in high school students in remedial reading classes. AmericanEducational Research Journal, 35 (2), 309-332.Byra, M., & Marks, M. (1993). The effect of two pairing techniques on specific feedback andcomfort levels of learners in the reciprocal style of teaching. Jounal of Teaching inPhysical Education, 12(3), 286-300.Ernst, M., & Byra, M. (1998). What does the reciprocal style of teaching hold for juniorhighschool learners? The Physical Educator, 55(1), 24-37. Gagne, R. M., Briggs, L. J., & Wager, W. W. (1992). Principles of instructional design (4th ed.).Fort Worth, TX: Harcourt Brace Jovanovich College Publishers.Hart, E.T. & Speece, L.D. (1998). Reciprocal teaching goes to college: effects for post secondarystudents at risk for academic failure. Journal of Educational Psychology, 40 (4), 670-681Johnson, B. L., & Nelson, J. K. (1986). Practical measurements for evaluation in physicaleducation. (4th ed.). Edina: Burgess Publishing.Julismah Jani. (2011). Ilmu konten pedagogi dalam pendidikan jasmani dan sains sukan.Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.Kementerian Pendidikan Malaysia. (1998). Surat pekeliling ikhtisas bil. 25/1998: Pelaksanaanmata pelajaran pendidikan jasmani dan pendidikan kesihatan. 18 Nov 1998,KP(BS)8591/Jil.XIV/(25).Lederer, J. M. (2002). Reciprocal teaching of social studies in inclusive elementary classroom.Journal of Learning Dissabilities, 33.Lysynchuk, L. M., Pressley, M. & Vye, N. J. (1990). Reciprocal teaching improves standardizedreading comprehension performance in poor comprehend. The Elementary SchoolJournal, 90 (5).Mosston, M. (2002). Teaching physical education. (5th ed.). San Francisco: BenjaminCummings.Pusat Perkembangan Kurikulum. (1999). Sukatan pelajaran rendah dan menengah: PendidikanJasmani. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.Rink, J. E. (1998). Teaching physical education for learning. Boston: McGraw-Hill.Rozianah Jamaludin. (2005). Multimedia dalam pendidikan. Cheras: Utusan Publications &Distributors Sdn Bhd.Shahabuddin Hashim, Rohizani Yaakub, & Mohd Zohir Ahmad. (2003). Pedagogi strategi danteknik mengajar dengan berkesan. Pahang: PTS Publication and Distributors Sdn Bhd.Shulman, L. S. (1987). Knowledge and teaching: Foundation of the new reform. HarvardEducational Review, 15(2), 4-14.Siow, H. L., Abu Talib Putih, & Lee, S. E. (2005). Pedagogi merentas kurikulum. TanjongMalim: Universiti Sultan Idris.Umi Kalsom Mohd Salleh. (2005). Kajian keberkesanan pengajaran reciprocal ke ataspencapaian dan sikap pelajar dalam pembelajaran sejarah tingkatan empat. JabatanKurikulum dan Teknologi Pengajaran, Bentong. PTSProfessional Publishing Sdn. Bhd. 251-262.Viera, B. L., & Ferguson, B. J. (1994). Bola tampar meniti tangga kejayaan. Shah Alam: FederalPublications Sdn Bhd.Westera, J. & Moore, D. W. (1995). Reciprocal Teaching of Reading comprehension in a NewZealand High School. Journal of Psychology in the School. 32.

LAMPIRAN 1

BORANG SKOR UJIAN SERVIS BOLA TAMPAR AAHPERD.

NAMA:KELAS:

Perhatikan pelakuan murid dan catatkan bilangan skor bagi kemahiran servis bawah tangan bola tampar yang diperolehi pada setiap percubaan di kawasan yang telah ditetapkan.

PercubaanSkor

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

Pencatat skor:( )LAMPIRAN 2SEKOLAH KEBANGSAAN TEMONG33600 ENGGOR,PERAK DARUL RIDZUAN. ABA 4040 TEL & FAKS : 05- 7521477

___________________________________________________________________________

KOMUNITI BERILMU PERAK TERBILANG Ruj.Tuan : Ruj.Kami : Tarikh :

Suriana Bte HassanInstitut Pendidikan Guru Kampus Ipoh,31150 Ulu Kinta, Perak.

Melalui,Guru Besar,SK Temong,33600 Enggor,Perak.

Kepada,___________________________________________________________________________4 Jun 2011

Tuan / Puan,

PERMOHONAN KEBENARAN UNTUK MELIBATKAN PELAJAR SEBAGAI SAMPEL KAJIAN

Merujuk kepada perkara di atas, saya, Suriana Bte Hassa, no. matrik 22100, penuntut sarjana muda pendidikan (Pendidikan Jasmani) Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh, ingin memohon kebenaran untuk melibatkan anak / anak jagaan tuan / puan sebagai sampel dalam kajian saya. Kajian ini dijalankan sebagai memenuhi kehendak program sarjana muda perguruan.2.Kajian saya bertajuk Penggunaan Kad Kriteria dalam Stail Bergandingan untuk Meningkatkan Kemahiran Servis Bawah Bola Tampar Bagi Murid-murid Tahun 6 Futuristik . Kajian akan dijalankan semasa kelas PJK dan pelajar-pelajar yang terlibat sebagai sampel akan digunakan dalam kajian saya.3.Kajian ini akan bermula pada Jun 2011 dan berakhir pada Julai 2011. Ujian ujian yang akan dilaksanakan adalah ujian pra dan ujian pos servis bola tampar AAHPERD. Ujian-ujian ini tidak akan mendatangkan bahaya kepada sampel kajian. Semua maklumat yang diperolehi dalam kajian ini adalah sulit dan hanya digunakan bagi tujuan kajian ini sahaja.4.Kerjasama dari pihak tuan / puan amatlah diharapkan dan diucapkan ribuan terima kasih. Sekian.

Yang benar,___________________(Suriana Bte Hassan)

PERAKUAN KEBENARAN IBU BAPA / PENJAGA

Saya ..............................................................membenarkan / tidak membenarkan anak / anak jagaan saya ............................................... tahun...........................untuk menyertai kajian ini.2.Saya sedar bahawa guru dan pihak sekolah akan mengambil segala langkah keselamatan sepanjang kajian dijalankan. Oleh itu, saya mengaku bahawa pihak sekolah tidak akan dipertanggungjawabkan ke atas sebarang kejadian yang tidak diingini yang mungkin berlaku.3.Anak / anak jagaan saya pernah / sedang menghidap penyakit .....................................................................................Tandatangan ibu bapa / penjaga : .......................................... Telefon : .........................Alamat ibu bapa / penjaga : .................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................No. Kad pengenalan : ...................................... Tarikh : .....................................LAMPIRAN 3

5 35 20 Net20124 15105 3

X NNNNNNNNNNNNNNJNDJDKGF 30'

Gambar rajah 8. Zon Mata bagi Ujian Servis Bola Tampar AAHPERD. Diadaptasi daripada Johnson, B. L., & Nelson, J. K. (1986). Practical measurements for evaluation in physicaleducation. (4th ed.). Edina: Burgess Publishing.

LAMPIRAN 4

Jadual 8. Norma Bagi Mata untuk Ujian Servis Bola Tampar AAHPERD.PERSENTILUMUR

10-11

121314151617-18

LELAKI

9529313234362737

7522232425282930

5016161920222324

2511111315161717

5455891011

PEREMPUAN

9524262628303132

7515161720202121

5010111113141616

25555791111

50001244

Persentil skor berdasarkan umur.Sumber: Manual Ujian Kemahiran Bola Tampar AAHPERD untuk Lelaki Dan Perempuan. Di adaptasi daripada Johnson, B. L., & Nelson, J. K. (1986). Practical measurements for evaluation in physical education. (4th ed.). Edina: Burgess Publishing.

LAMPIRAN 5

BORANG BIODATA MURID

SEKOLAH:

NAMA:

ALAMAT:

UMUR:

TARIKH LAHIR:

TEMPAT LAHIR:

PEKERJAAN BAPA:

PEKERJAAN IBU:

HOBI:

PERSATUAN :

UNIT BERUNIFORM:

KELAB DAN SUKAN:

PENCAPAIAN DALAM SUKAN1) 2)3)4)

LAMPIRAN 6Borang Soal SelidikPenggunaan Stail Bergandingan Bagi Meningkatkan Kemahiran Servis Bawah dalam Permainan Bola Tampar Bagi Murid-murid Tahun 6 Futuristik( Terima Kasih di atas kesudian meluangkan masa untuk menjawab soal selidik ini. Tujuan kaji selidik ini untuk mendapatkan maklumbalas bagi menyiapkan kajian tindakan di bawah Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Pengkhususan Pendidikan Jasmani. Penyertaan kaji selidik ini telah ditetapkan dan semua maklumat akan dirahsiakan)Bahagian 1 : Maklumat Am(Sila tanda (/) Pada Satu Kotak Sahaja)

Lelaki1. Jantina

Perempuan

Lain-LainPeniagaPolisGuru2. Pekerjaan Ayah

Sila Nyatakan:.

Lain-LainPeniagaPolisGuru3. Pekerjaan Ibu

Sila Nyatakan:.

TidakYa4. Minat bersukan

Bahagian 2: Maklumat PenyelidikanSila nyatakan tahap penilaian anda bagi kenyataan di bawah dengan tandakan (/) berdasarkan skala yang diberi.

1= Sangat Tidak Setuju2= Tidak Setuju3= Setuju4= Sangat Setuju

BilSoal Selidik1234

1Adakah anda suka mata pelajaran pendidikan jasmani?

2Adakah anda suka guru yang mengajar pendidikan jasmani?

3Adakah anda suka kaedah atau stail yang digunakan guru semasa mengajar pendidikan jasmani?

4Adakah anda suka melakukan aktiviti secara individu?

5Adakah anda sukakan aktiviti secara berpasangan?

6Adakah anda sukakan aktiviti secara berkumpulan?

7Adakah anda suka sekiranya guru menggunakan stail yang baru dalam pengajaran Pendidikan Jasmani?

8Adakah anda suka sekiranya guru menjadi fasilitator sahaja semasa aktiviti Pendidikan Jasmani?

Pada pendapat saya, proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani akan menjadi lebih menarik sekiranya guru saya,

LAMPIRAN 7Kad Kriteria Stail BergandinganNama pelaku: Kelas: Masa: Tarikh: KEMAHIRAN SERVIS BAWAH (BOLA TAMPAR)Untuk kegunaan pelajar:Tugas: murid dikehendaki melakukan servis menggunakan teknik servis bawah. Kriteria yang hendak di nilai ialah Fasa Persediaan, Fasa Pelaksanaan dan Fasa Ikut Lajak.BILPERKARA/FASAADATIADACATATAN

Fasa Persediaan

1Berdiri mengiring

2Kaki dibuka seluas bahu

3Bola dipegang dengan sebelah tangan pada paras pinggang

4Mata tumpu pada bola

5Genggam tangan bebas yang akan melakukan servis

BIL PERKARA/FASAADATIADACATATAN

Fasa Pelaksanaan

1Lengan tangan bebas di hayun ke belakang.

2Serentak, berat dipindah ke belakang.

3Lambung bola pada paras kepala.

4Lengan tangan bebas di hayun ke hadapan dalam satu satah yang lurus.

5Serentak berat badan dipindah ke depan.

6Kontak bola pada buku lima tangan yang di genggam pada paras pinggang.

7Bola di kontak pada bahagian bawah tengah

Fasa Ikut Lajak

1Ambil satu langkah ke hadapan

2Berat badan pada kaki hadapan

3Lengan ke arah atas jaring

4Bergerak masuk ke dalam gelanggang.

Nama Pemerhati:

LAMPIRAN 8

BORANG SENARAI SEMAK KEMAHIRAN SERVIS BAWAH BOLA TAMPARNama:Kelas:Tarikh:Masa:

BILPERKARA/FASAADATIADACATATAN

Fasa Persediaan

1Berdiri mengiring

2Kaki dibuka seluas bahu

3Bola dipegang dengan sebelah tangan pada paras pinggang

4Mata tumpu pada bola

5Genggam tangan bebas yang akan melakukan servis.

BIL PERKARA/FASAADATIADACATATAN

Fasa Pelaksanaan

1Lengan tangan bebas dihayun ke belakang

2Serentak, berat badan dipindah ke belakang.

3Lambung bola pada paras kepala.

4Lengan tangan bebas dihayun ke depan dalam satu satah yang lurus.

5Serentak, berat badan dipindah ke depan.

6Kontak bola pada buku lima tangan yang digenggam pada paras pinggang.

7Bola dikontak pada bahagian bawah tengah.

Fasa Ikut Lajak

1Ambil satu langkah ke hadapan

2Berat badan pada kaki hadapan

3Lengan ke arah atas jaring

4Bergerak masuk ke dalam gelanggang.