Lari berganti-ganti

7
QSS 1121 KEMAHIRAN IKHTISAS OLAHRAGA LARI BERGANTI-GANTI Kebanyakan kanak-kanak memang tertarik kepada perlumbaan lari berganti-ganti. Oleh itu, motivasi atau keinginan mereka untuk mengambil bahagian dalam pelajaran yang memerlukan mereka lari berganti-ganti tidak akan menjadi masalah. Perhatian utama guru hendaklah diberi kepada pengajaran pertukaran baton yang cekap dan pemahaman prinsip- prinsip asas dalam perlumbaan lari berganti-ganti. Para pelajar sekolah hendaklah didedahkan kepada teknik asas memberi dan menerima baton. Peluang pembelajaran ini akan menambahkan lagi keyakinan dan keseronokan mereka apabila mereka mengambil bahagian dalam latihan olahraga. TEKNIK PENUKARAN BATON Terdapat dua teknik utama yang digunakan semasa penukaran baton iaitu: a) Pergerakan ke atas (upsweep) b) Pergerakan ke bawah (downsweep) Pergerakan ke atas (upsweep) Dalam teknik ini, pembawa baton akan menghantar baton kepada penerima baton dengan menghayunkannya dari bawah ke atas. Baton akan ditolak seberapa jauh yang boleh ke tangan penerima baton. Tapak tangan penerima baton menghadap ke bawah. Penerima baton akan memegang baton tersebut di antara ruang berbentuk V yang dibentuk ibu jari dan jari kelingkingnya. LOK YUN LOI D20071030478

Transcript of Lari berganti-ganti

Page 1: Lari berganti-ganti

QSS 1121 KEMAHIRAN IKHTISAS OLAHRAGALARI BERGANTI-GANTI

Kebanyakan kanak-kanak memang tertarik kepada perlumbaan lari berganti-ganti.

Oleh itu, motivasi atau keinginan mereka untuk mengambil bahagian dalam

pelajaran yang memerlukan mereka lari berganti-ganti tidak akan menjadi masalah.

Perhatian utama guru hendaklah diberi kepada pengajaran pertukaran baton yang

cekap dan pemahaman prinsip-prinsip asas dalam perlumbaan lari berganti-ganti.

Para pelajar sekolah hendaklah didedahkan kepada teknik asas memberi dan

menerima baton. Peluang pembelajaran ini akan menambahkan lagi keyakinan dan

keseronokan mereka apabila mereka mengambil bahagian dalam latihan olahraga.

TEKNIK PENUKARAN BATON

Terdapat dua teknik utama yang digunakan semasa penukaran baton iaitu:

a) Pergerakan ke atas (upsweep)

b) Pergerakan ke bawah (downsweep)

Pergerakan ke atas (upsweep)

Dalam teknik ini, pembawa baton akan menghantar baton kepada penerima

baton dengan menghayunkannya dari bawah ke atas.

Baton akan ditolak seberapa jauh yang boleh ke tangan penerima baton. Tapak

tangan penerima baton menghadap ke bawah.

Penerima baton akan memegang baton tersebut di antara ruang berbentuk ‘V’

yang dibentuk ibu jari dan jari kelingkingnya.

LOK YUN LOID20071030478

Page 2: Lari berganti-ganti

QSS 1121 KEMAHIRAN IKHTISAS OLAHRAGALARI BERGANTI-GANTI

Pergerakan ke bawah (downsweep)

Dalam teknik ini, pembawa baton akan menghantar baton kepada penerima

baton dengan menghayunkannya dari atas ke bawah.

Tapak tangan penerima baton menghadap ke atas. Apabila baton dihantar

kepadanya, dia perlu memegang 1/3 daripada bahagian atas baton tersebut.

GAYA PENUKARAN BATON

Semasa penukaran baton, terdapat dua gaya utama yang digunakan iaitu:

a) gaya selang seli cara pandang

b) gaya selang seli tanpa pandang

Gaya selang seli cara pandang

Gaya ini biasanya diamalkan oleh pelari-pelari dalam acara lari berganti-ganti

4x400meter.

Penerima baton akan menoleh ke belakang dan memerhatikan pemberian baton

kepadanya.

Gaya selang seli tanpa pandang

Gaya ini biasanya diamalkan oleh pelari-pelari dalam acara lari berganti-ganti

4x100meter.

LOK YUN LOID20071030478

Page 3: Lari berganti-ganti

QSS 1121 KEMAHIRAN IKHTISAS OLAHRAGALARI BERGANTI-GANTI

Mengikut gaya ini, pelari pertama dan ketiga dikehendaki membawa baton

dengan tangan kiri, pelari kedua dan keempat pula menerima dan membawa

baton dengan tangan kanan.

Semasa penukaran baton berlaku, penerima baton tidak menoleh ke belakang.

Pembawa baton akan memberi isyarat supaya penerima baton yang berada di

hadapannya akan menghulurkan tangan ke belakang untuk menerima baton.

GAYA PERSEDIAAN DALAM PENERIMAAN BATON

Peserta yang sedang menunggu dalam zon pertukaran baton dan bersedia

untuk menerima baton boleh menggunakan dua gaya persediaan yang biasa

digunakan seperti berikut:

(a) (b)

ZON PENUKARAN BATON

Setiap zon penukaran baton adalah sepanjang 20meter dengan adanya satu

garisan pembahagi di tengah-tengahnya.

LOK YUN LOID20071030478

Page 4: Lari berganti-ganti

QSS 1121 KEMAHIRAN IKHTISAS OLAHRAGALARI BERGANTI-GANTI

Baton hendaklah diserahkan di dalam zon penukaran baton. Penyerahan baton

bermula sebaik sahaja ia menyentuh pelari yang menerima dan selesai apabila

baton telah benar-benar berada dalam genggaman pelari yang menerima baton.

Kebiasaannya, penerima baton akan membuat satu tandaan (check mark) yang

jaraknya lebih kurang 15-18 tapak kaki ke belakang garisan mula zon penukaran

baton.

Apabila pembawa baton berlari sampai ke tandaan yang dibuat itu, penerima

baton akan terus berlari dan menunggu isyarat daripada pembawa baton untuk

menerima baton dalam zon penukaran baton.

Cara memberi baton

Kepantasan larian dikekalkan semasa memberi baton.

Beri isyarat kepada penerima.

Hulurkan baton dengan tangan yang lurus.

Perhatikan tangan penerima dan letakkan bahagian hujung baton ke dalam

tangan penerima.

Cara menerima baton

Selalu berada dalam keadaan sedia.

Menoleh untuk memandang pelari yang membawa baton.

Sediakan tandaan. Berlepas dengan pantas sebaik sahaja pelari yang

membawa baton sampai di tandaan itu. Jangan menoleh ke belakang semasa

berlari (gaya tanpa pandan).

Hulurkan tangan lurus ke belakang apabila mendengar isyarat daripada pelari

yang membawa baton.

LOK YUN LOID20071030478

Page 5: Lari berganti-ganti

QSS 1121 KEMAHIRAN IKHTISAS OLAHRAGALARI BERGANTI-GANTI

Pegang baton dengan erat di bahagian pangkalnya.

Semasa dan selepas penukaran baton

Sekiranya baton yang dibawa terjatuh semasa melakukan pertukaran, pembawa

baton yang berkenaan dikehendaki mengutip baton yang terjatuh itu semula dan

memberikannya kepada pelari yang menunggu.

Pemberi baton perlulah berlari di tepi penerima baton semasa penukaran baton

untuk mengelakkan pertembungan sesame sendiri.

Sebelum dan/atau selepas menyerahkan baton, pemberi baton hendaklah

berada dalam zon atau lorong masing-masing sehingga balapan tidak

berhalangan supaya tidak menghalang peserta-peserta lain.

PANDUAN MENGATUR PELARI-PELARI (4X100METER)

Pelari pertama

Dapat memulakan larian dengan baik.

Pantas berlari di bahagian selekoh tetapi mungkin seorang yang kurang cekap

semasa menerima baton.

LOK YUN LOID20071030478

Page 6: Lari berganti-ganti

QSS 1121 KEMAHIRAN IKHTISAS OLAHRAGALARI BERGANTI-GANTI

Pelari kedua

Merupakan pelari yang terpantas di bahagian lurus.

Cekap menerima dan memberi baton dengan tangan kirinya.

Pelari ketiga

Pantas berlari di bahagian selekoh.

Cekap menerima dan memberi baton dengan tangan kanannya.

Pelari keempat

Tidak semestinya seorang pelari yang terpantas di dalam pasukannya.

Pantas berlari di bahagian lurus.

Merupakan pelari yang penuh keazaman dan tenang. Ciri-ciri ini amat perlu

kerana pelari ini mungkin terpaksa mengejar atau dikejar oleh pelari-pelari

daripada pasukan lawan.

PERATURAN-PERATURAN

Baton hendaklah dipegang sepanjang larian. Jika terlepas, ia hendaklah diambil

balik oleh atlit yang menjatuhkannya. Beliau boleh meninggalkan lorongnya

untuk mengutip baton tadi asalkan tindakan ini tidak mengurangkan jarak yang

patut dihabiskannya dan tidak mengganggu atlit lain.

Baton hendaklah diserah di dalam zon pernukaran baton. Kedudukan baton

yang akan menjadi pemutus dan bukannya kedudukan tubuh. Pertukaran baton

di luar zon penukaran akan mengakibatkan pembatalan.

Peserta yang secara sengaja mengganggu peserta lain dengan melintas keluar

dari lorongnya setelah selesai menyerahkan batonnya akan mengakibatkan

pasukannya dibatalkan.

Bantuan dengan mendorong atau cara lain juga akan menyebabkan

pembatalan.

LOK YUN LOID20071030478