LARIAN PENUJUAN

2
LARIAN PENUJUAN Objektif larian penujuan ialah supaya dapat melatih atlit mencapai kelajuan secara mendatar yang maksimum, menukar kelajuan mendatar kepada kelajuan menegak semasa lonjakan. Larian penujuan juga diajar supaya atlit dapat mempelajari posisi tubuh yang efisien, tegak dan tinggi semasa langkah yang keempat dan kelima terakhir sebelum fasa lonjakan. Prinsip utama dalam larian penujuan ini adalah : 1. Mencapai kelajuan maksimum yang terkawal semasa melakukan lonjakan. 2. Mengekalkan postur badan yang tegak semasa lonjakan. 3. Berusaha mendapatkan sudut yang rendah dan mendatar semasa lonjakan. LATIHAN PLIOMETRIK Latihan Pliometrik adalah satu kaedah latihan yang baru diperkenalkan di Amerika Syarikat pada awal 90-an. Berasal daripada perkataan Greek, ‘plio’ membawa maksud ‘lebih’ atau ‘meningkatkan’ dan ‘metrik’ bererti jarak. Fred Wilt menterjemahkan pliometrik sebagai latihan-latihan yang menghasilkan pergerakan otot isometrik yang berlebihan yang menyebabkan refleks regangan dalam otot. Hari ini, pliometrik dirujuk kepada latihan yang menggunakan pergerakan otot-otot untuk bertindak balas ke atas beban dan menghasilkan kuasa atau kekuatan eksplosif. Latihan pliometrik hanya diaplikasikan selepas atlit mencapai tahap kekuatan optimum atau mencukupi bagi mengelakkan kecederaan terutamanya kepada tendon dan ligamen. Latihan dilakukan pada penghujung fasa persediaan khusus sehinggalah ke fasa pra pertandingan. Otot mempunyai sifat elastik. Semasa otot meregang, otot akan mendapat kekuatan untuk mengecut secara automatik, yang dikenali sebagai refleks myotonik. Geoffrey Dyson (1977), di dalam bukunya Mechanics of Athletics menyebutkan bahawa “ fungsi otot ialah untuk menggunakan ketegangan. Keadaan ini akan dapat menghasilkan hasil yang terbaik apabila diletakkan beban secukupnya dengan tujuan untuk memanjangkannya, berbanding memendekkannya. Semakin cepat ia memendek, semakin sedikit ketegangan yang digunakan, malah semakin cepat ia memanjang, semakin besar ketegangan itu. Dyson menambah lagi bahawa terlalu banyak keregangan akan menyebabkan menyebabkan kesan yang buruk. Verhoshansky’s (1967) menyokong teori bahawa semakin banyak beban yang digunakan, semakin meningkat prestasi seseorang atlit itu. Hasilnya, ramai jurulatih yang berpendapat bahawa latihan pliometrik adalah satu-satunya cara untuk melatih atlit lompat tinggi. Pada pendapat mereka, jika sesuatu itu dapat membawa faedah, maka kuantiti latihannya haruslah diperbanyakkan. Kerana inilah terjadinya di dalam latihan lompat tinggi atlit dikehendaki melompat platform setinggi 8 hingga 12 kaki. Tidak mustahillah latihan pliometrik telah dikatakan penyebab kepada kecederaan tisu lembut.

description

bb

Transcript of LARIAN PENUJUAN

LARIAN PENUJUANObjektif larian penujuan ialah supaya dapat melatih atlit mencapai kelajuan secara mendatar yang maksimum, menukar kelajuan mendatar kepada kelajuan menegak semasa lonjakan. Larian penujuan juga diajar supaya atlit dapat mempelajari posisi tubuh yang efisien, tegak dan tinggi semasa langkah yang keempat dan kelima terakhir sebelum fasa lonjakan.Prinsip utama dalam larian penujuan ini adalah :1. Mencapai kelajuan maksimum yang terkawal semasa melakukan lonjakan.2. Mengekalkan postur badan yang tegak semasa lonjakan.3. Berusaha mendapatkan sudut yang rendah dan mendatar semasa lonjakan.LATIHAN PLIOMETRIKLatihan Pliometrik adalah satu kaedah latihan yang baru diperkenalkan di Amerika Syarikat pada awal 90-an. Berasal daripada perkataan Greek, plio membawa maksud lebih atau meningkatkan dan metrik bererti jarak. Fred Wilt menterjemahkan pliometrik sebagai latihan-latihan yang menghasilkan pergerakan otot isometrik yang berlebihan yang menyebabkan refleks regangan dalam otot. Hari ini, pliometrik dirujuk kepada latihan yang menggunakan pergerakan otot-otot untuk bertindak balas ke atas beban dan menghasilkan kuasa atau kekuatan eksplosif. Latihan pliometrik hanya diaplikasikan selepas atlit mencapai tahap kekuatan optimum atau mencukupi bagi mengelakkan kecederaan terutamanya kepada tendon dan ligamen. Latihan dilakukan pada penghujung fasa persediaan khusus sehinggalah ke fasa pra pertandingan.Otot mempunyai sifat elastik. Semasa otot meregang, otot akan mendapat kekuatan untuk mengecut secara automatik, yang dikenali sebagai refleks myotonik. Geoffrey Dyson (1977), di dalam bukunya Mechanics of Athletics menyebutkan bahawa fungsi otot ialah untuk menggunakan ketegangan. Keadaan ini akan dapat menghasilkan hasil yang terbaik apabila diletakkan beban secukupnya dengan tujuan untuk memanjangkannya, berbanding memendekkannya. Semakin cepat ia memendek, semakin sedikit ketegangan yang digunakan, malah semakin cepat ia memanjang, semakin besar ketegangan itu. Dyson menambah lagi bahawa terlalu banyak keregangan akan menyebabkan menyebabkan kesan yang buruk.Verhoshanskys (1967) menyokong teori bahawa semakin banyak beban yang digunakan, semakin meningkat prestasi seseorang atlit itu. Hasilnya, ramai jurulatih yang berpendapat bahawa latihan pliometrik adalah satu-satunya cara untuk melatih atlit lompat tinggi. Pada pendapat mereka, jika sesuatu itu dapat membawa faedah, maka kuantiti latihannya haruslah diperbanyakkan. Kerana inilah terjadinya di dalam latihan lompat tinggi atlit dikehendaki melompat platform setinggi 8 hingga 12 kaki. Tidak mustahillah latihan pliometrik telah dikatakan penyebab kepada kecederaan tisu lembut.

Objektif utama latihan ini adalah bagi meningkatkan kuasa dan kekuatan eksplosif dan boleh dilakukan dengan menggunakan berat badan sendiri atau alatan seperti kotak pelbagai ketinggian dan bola segar.Contoh latihan pliometrik dengan menggunakan berat badan sendiri : Larian lutut tinggi bounding larian tendang pinggul (butt-kick) skip lompat sebelah kaki

Contoh latihan pliometrik menggunakan bola segar : baling bola segar berpasangan paras dada dengan menggunakan satu tangan baling bola segar berpasangan paras dada dengan menggunakan dua tangan baling bola segar berpasangan dari atas kepala baling bola segar berpasangan melalui atas kepala dengan membelakangi pasangan

Contoh latihan pliometrik menggunakan kotak pelbagai ketinggian : susun kotak pelbagai ketinggian dalam satu litar jarak antara kotak ke kotak yang lain lebih kurang 10 meter pelaku berlari dalam litar dengan menaiki dan melompat turun dari kotak sepantas mungkin. Jumlah ulangan bergantung kepada preskripsi yang diberi

Selain daripada alatan yang di atas, latihan juga boleh dibuat dengan menggunakan pagar dan bangku panjang.Jurulatih dan atlit sepatutnya lebih berhati-hati dalam mempertimbangkan faktor kekuatan, tahap latihan, umur, dan pemulihan dalam merangka aktiviti latihan pliometrik. Jurulatih perlulah mencari latian yang spesifik yang akan meningkatkan kekuatan dan kuasa meledak yang diperlukan untuk acara lompatan. Selepas itu barulah latihan pliometrik dimasukkan dalam latihan untuk menambahkan daya kekuatan otot. Selain itu, latihan ketegangan otot juga adalah unsur penting yang boleh dimasukkan. Aktiviti skipping dan melompat tali juga ialah aktiviti persediaan yang bagus untuk meningkatkan komponen elastik latihan kekuatan.