LATAR BELAKANG DWEN

21
Dasar Warga Emas Negara (dwen) DASAR WARGA EMAS NEGARA (DWEN) 1. 2. Latar Belakang 2.1 Pada 5 Januari 2011, Mesyuarat Jemaah Menteri telah meluluskan Dasar Warga Emas Negara (DWEN) yang telah digubal oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM). Dasar ini adalah merupakan satu penilaian semula dan merupakan penambahbaikan kepada Dasar Warga Tua Negara sebelumnya. 2.2 Sehubungan itu, untuk memastikan pelaksanaan Dasar Warga Emas Negara dapat direalisasikan secara berkesan KPWKM serta ahli panel yang melibatkan kementerian lain yang berkaitan telah menggubal Pelan Tindakan Warga Emas Negara (PTWEN). Di samping itu juga, satu badan yang bertindak sebagai pemantau kepada pelaksanaan program-program di bawah Pelan Tindakan Dasar Warga Emas iaitu Majlis Penasihat dan

description

Penurusan Hem

Transcript of LATAR BELAKANG DWEN

Page 1: LATAR BELAKANG DWEN

Dasar Warga Emas Negara (dwen)

DASAR WARGA EMAS NEGARA (DWEN)

 

1.    2.    Latar Belakang

 

2.1         Pada 5 Januari 2011, Mesyuarat Jemaah Menteri telah

meluluskan Dasar Warga Emas Negara (DWEN) yang telah

digubal oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan

Masyarakat (KPWKM). Dasar ini adalah merupakan satu

penilaian semula dan merupakan penambahbaikan kepada

Dasar Warga Tua Negara sebelumnya.

 

2.2         Sehubungan itu, untuk memastikan pelaksanaan Dasar Warga

Emas Negara dapat direalisasikan secara berkesan KPWKM

serta ahli panel yang melibatkan kementerian lain yang

berkaitan telah menggubal Pelan Tindakan Warga Emas

Negara (PTWEN). Di samping itu juga, satu badan yang

bertindak sebagai pemantau kepada pelaksanaan program-

program di bawah Pelan Tindakan Dasar Warga Emas iaitu

Majlis Penasihat dan Perundingan Dasar Warga Emas Negara

(MPPWEN) telah ditubuhkan.

 

Page 2: LATAR BELAKANG DWEN

2.3         Terdapat 7 jawatankuasa kecil yang telah ditubuhkan di bawah

MPPWEN dan salah satunya ialah Jawatankuasa Kecil

Pendidikan dan Kerohanian yang dipengerusikan oleh Ketua

Setiausaha, Kementerian Pelajaran.

 

2.4         Jawatankuasa Kecil Pendidikan dan Kerohanian yang

dimaksudkan bertujuan untuk melaksanakan program dan

aktiviti yang berkaitan pendidikan dan kerohanian yang telah

digariskan di dalam PTWEN.

 

 

3.    Definisi Warga Emas

 

Warga Emas merujuk kepada individu yang berumur sama atau melebihi 60

tahun dan ke atas seperti yang diterima pakai dalam United Nations World

Assembly on Ageing di Vienna (PBB, 1982) dan dalam kalangan negara-

negara ASEAN.

 

 

4.    Matlamat JK Kecil Pendidikan dan Kerohanian

 

Matlamat utama Jawatankuasa Kecil Pendidikan dan Kerohanian ini ialah:

 

4.1       Mendayaupayakan individu, keluarga dan masyarakat

dengan menyediakan perkhidmatan mesra warga emas

Page 3: LATAR BELAKANG DWEN

yang cekap dan berkesan serta membangunkan

persekitaran yang memboleh dan membantu supaya warga

emas hidup sejahtera dan produktif kepada negara;

 

4.2       Membudayakan nilai, sikap dan amalan saling

menghormati, menghargai serta menyayangi sesama insan;

dan

 

4.3       Memanfaatkan pengetahuan, kepakaran dan pengalaman

warga emas bagi meningkatkan kerohanian, sahsiah dan jati

diri dalam kalangan murid dan remaja.

 

 

5.    Fungsi Jawatankuasa Kecil Pendidikan dan Kerohanian

 

5.1         Mengambil tindakan susulan daripada keputusan Mesyuarat

Majlis Penasihat dan Perundingan Warga Emas Negara;

 

5.2         Merancang pelaksanaan program dan aktiviti yang berkaitan

dalam Pelan Tindakan Dasar Warga Emas Negara;

 

5.3         Mewujudkan koordinasi antara kementerian, agensi kerajaan

dan badan bukan kerajaan dalam melaksanakan perancangan

program dan aktiviti yang berkaitan dalam Pelan Tindakan

Dasar Warga Emas Negara;

 

Page 4: LATAR BELAKANG DWEN

5.4         Memantau program dan aktiviti yang dilaksanakan oleh Ahli

Jawatankuasa Pelaksana di peringkat kementerian, Negeri,

Daerah dan Sekolah;

 

5.5         Membuat penilaian terhadap program dan aktiviti yang telah

dilaksanakan untuk tujuan penambahbaikan;

 

5.6         Menyediakan laporan kepada Majlis Penasihat dan Perundingan

Dasar Warga Emas Negara; dan

 

5.7         Mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Induk sebanyak dua kali

setahun dan Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana sebanyak tiga

kali setahun mengikut jadual yang ditetapkan dan tarikh yang

dipersetujui.

 

 

 

 

 

 

6.    Skop Jawatankuasa Kecil Pendidikan dan Kerohanian

 

6.1         Jawatankuasa Kecil ini dibahagikan kepada Jawatankuasa Induk

dan Jawatankuasa Pelaksana;

 

6.2         Jawatankuasa Kecil ini akan melaksanakan program dan aktiviti

yang dapat memberikan manfaat kepada murid, guru, pelajar

IPG, kolej dan IPT, pensyarah dan warga emas secara timbal

balik;

Page 5: LATAR BELAKANG DWEN

 

6.3         Jawatankuasa Kecil ini akan merancang untuk menyesuaikan

program dan aktiviti pembangunan insaniah, kokurikulum dan

sukan yang sedia ada di sekolah, IPG, kolej dan IPT untuk

diselarikan dengan strategi promosi dan advokasi serta

penglibatan dan kesepaduan antara generasi;

 

 

7.    Bidang Tugas Jawatankuasa Kecil Pendidikan dan Kerohanian

 

Bidang tugas jawatankuasa ini akan dipecahkan kepada dua jawatankuasa

iaitu:

 

7.1       Jawatankuasa Induk

 

7.1.1   Merancang pelaksanaan program dan aktiviti

berdasarkan kepada Pelan Tindakan Dasar Warga Emas

Negara dengan kerjasama padu daripada kementerian,

agensi kerajaan, badan bukan kerajaan dan swasta yang

berkaitan;

 

7.1.2   Mendapat dan menyediakan dana untuk memastikan

pelaksanaan program dan aktiviti yang dirancang

berjalan dengan lancar, berkesan  dan jayanya;

 

Page 6: LATAR BELAKANG DWEN

7.1.3   Membentangkan perancangan pelaksanaan program dan

aktiviti kepada Majlis Penasihat dan Perundingan Dasar

Warga Emas untuk kelulusan;

 

7.1.4   Menghebahkan program-program yang dilaksanakan

melalui media elektronik dan laman web kementerian,

agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan yang

menganggotai sebagai ahli jawatankuasa;

 

7.1.5   Memantau pelaksanaan program dan aktiviti yang

dirancang berjalan dengan jayanya;        

 

7.1.6   Menilai pelaksanaan program dan aktiviti untuk tujuan

penambahbaikan dan pengesanan pencapaian petunjuk

prestasi;

 

7.1.7   Melaporkan kepada Majlis Penasihat dan Perundingan

Dasar Warga Emas Negara;

 

 

7.2       Jawatankuasa Pelaksana

 

7.2.1    Melaksanakan perancangan program dan aktiviti yang

telah dibuat oleh Jawatankuasa Induk;

 

7.2.2    Membentangkan perancangan program dan aktiviti

kepada Mesyuarat Profesional KPM untuk mendapat

kelulusan;

 

Page 7: LATAR BELAKANG DWEN

7.2.3    Menyediakan laporan pelaksanaan program dan aktiviti

kepada Jawatankuasa Induk dan Mesyuarat Profesional

KPM;

 

 

 

8.    Keahlian Jawatankuasa Kecil Pendidikan dan Kerohanian

 

8.1         Ahli Jawatankuasa Kecil Pendidikan dan Kerohanian terdiri

daripada pegawai kementerian atau agensi kerajaan yang

berkaitan, pihak swasta, ahli akademik dan pertubuhan bukan

kerajaan.

 

8.2         Senarai Ahli Jawatankuasa Induk dan Jawatankuasa

Pelaksana adalah seperti berikut:

 

8.2.1     Ahli Jawatankuasa Induk 

Pengerusi                 : Ketua Setiausaha,   Kementerian Pelajaran Malaysia

             Naib Pengerusi        : Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran

Malaysia

                                                                          Dasar dan Pembangunan Pendidikan

                                                                          Kementerian Pelajaran Malaysia

 

Page 8: LATAR BELAKANG DWEN

                                    Setiausaha               : Pengarah

                                                                         Bahagian Perancangan dan Penyelidikan

                                                                          Dasar Pendidikan,   Kementerian Pelajaran Malaysia

 

                                    Ahli Jawatankuasa  : Wakil

                                                                          Jabatan Kebajikan Masyarakat

    Wakil

                                                                          Jabatan Perkhidmatan Awam

   Wakil   Kementerian Kesihatan Malaysia

                                                                       

 

                                                                          Wakil   Kementerian Pengajian Tinggi      Wakil  Kementerian Perumahan dan Kerajaan   Tempatan

   Wakil  Kementerian Penerangan, Komunikasi dan

  Kebudayaan 

                                                                          Wakil

Page 9: LATAR BELAKANG DWEN

                                                                          Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

 

                                                                          Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia

                                                                          

                                                                          Pengarah-Pengarah Bahagian Operasi KPM

 

                                                                          Setiausaha Bahagian (Kewangan)

                                                                          8.2.2     Ahli Jawatankuasa Pelaksana

 Pengerusi                 : Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia                                     Kementerian Pelajaran Malaysia Naib Pengerusi        : Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia                                       Operasi Pendidikan

   Kementerian Pelajaran Malaysia Setiausaha I             : Pengarah

  Bahagian Pengurusan Sekolah Harian

                                      Kementerian Pelajaran Malaysia

 

                                    Setiausaha II                        : Pengarah

                                                                          Bahagian Kokurikulum dan Kesenian

  Kementerian Pelajaran Malaysia

 

Page 10: LATAR BELAKANG DWEN

                                    Bendahari                 : Setiausaha Bahagian

                                                                          Bahagian Kewangan                                      Kementerian Pelajaran Malaysia

 

                                    Ahli Jawatankuasa  :Pengarah Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pelajaran Malaysia  Pengarah Bahagian Pendidikan Teknik dan

Vokasional Kementerian Pelajaran Malaysia  Pengarah Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia

  Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama   Penuh Sekolah Kecemerlangan

  Kementerian Pelajaran Malaysia PengarahBahagian Sukan

  Kementerian Pelajaran Malaysia PengarahBahagian Pendidikan Khas

 Kementerian Pelajaran Malaysia

 Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia 

                                                                          Kesatuan Guru                                                                           Jabatan Pengajian Tinggi 

                                                                         Jabatan Kesihatan Negeri

Page 11: LATAR BELAKANG DWEN

 

 

 9.    Petunjuk Prestasi

 9.1         Output:

Peningkatan 10% setahun bagi program antara generasi yang

dapat memupuk nilai menghormati warga emas dalam kalangan

murid sekolah dan IPG, pelajar kolej dan IPT dilaksanakan

mulai tahun 2011.

9.2         Outcomes

Peningkatan 10% pembudayaan nilai, sikap dan amalan saling

menghormati warga emas dalam kalangan murid sekolah,

pelajar IPG, Kolej dan IPT.

 

10.  Sasaran

 

10.1      Murid sekolah rendah dan menengah; serta pelajar kolej, institut

pendidikan guru dan institut pendidikan tinggi

 

10.2      Warga emas pelbagai bangsa di Pusat Jagaan;

 

10.3      Warga emas pelbagai bangsa di kawasan kediaman;

 

10.4      Warga emas yang dikenal pasti berjasa/tokoh dalam pelbagai

bidang tertentu;

 

Page 12: LATAR BELAKANG DWEN

11. Program Pendidikan dan Kerohanian di bawah Pelan Tindakan Warga

Emas Negara

Program yang dicadangkan untuk dilaksanakan ialah:

11.1      Menggalakkan aktiviti kesukarelaan di pusat jagaan warga emas

atau kediaman warga emas di dalam kawasan penempatan

murid, dalam kalangan warga sekolah, kolej dan institut

pengajian tinggi; dan

 

11.2      Mempromosi warga emas sebagai aset negara dan memupuk

nilai menghormati warga emas menerusi:

 

i.              Program angkat warga emas – Pelajar IPG, kolej, IPT, warga emas dan komuniti setempat.

 ii.            Menganjurkan Hari Antara Generasi – Murid sekolah / IPG

/ Kolej / IPT, warga emas, agensi kerajaan, badan bukan kerajaan dan komuniti setempat.

 iii.           Program Penuaan Sihat antara Generasi – Warga Emas

dan Komuniti setempat. iv.           Kempen menghormati warga emas – Murid sekolah /

IPG / Kolej / IPT. 

11.3      Membudayakan penglibatan warga emas dalam aktiviti sekolah ke arah  memasyarakatkan sekolah.

 

12. Penutup

 

Warga emas merupakan insan yang sangat bermakna kepada kehidupan

manusia sejagat. Jasa dan peranan dalam membangunkan institusi keluarga,

Page 13: LATAR BELAKANG DWEN

masyarakat dan kemajuan negara amat besar serta perlu dihargai oleh

semua lapisan masyarakat di Malaysia. Menyedari akan kepentingan

menghargai, menghormati dan menyayangi warga emas, adalah relevan

KPWKM menggubal DWEN yang harus disokong sepenuhnya oleh semua

lapisan masyarakat, agensi kerajaan, swasta dan badan bukan kerajaan.

Sehubungan itu, peranan Jawatankuasa Kecil Pendidikan dan Kerohanian ini

sangat penting dalam memastikan generasi muda menghormati, menyayangi

dan empati terhadap semua warga emas tanpa mengira jenis kaum serta

menghayati akan peranan dan sumbangan yang telah diberikan oleh warga

emas dalam membangun dan memajukan negara.

 

           

PROGRAM PENDIDIKAN DAN KEROHANIAN

DASAR WARGA EMAS

 

1.    Kesedaran Terhadap Warga Emas (WE)

2.    Menghargai warga emas

3.    Mengalu-alukan penglibatan warga emas

 

Bil Program Aktiviti Sasaran Tindakan

1 Kesedaran Terhadap  Warga Emas(WE) 

Promosi Warga Emas:

a.    Kempen Menghormati warga emas

 

b.    Hari Warga Emasi.              Perutusan

Semua Murid

1.    Unit Beruniform

2.    Persatuan

3.    Mata Pelajaran Sivik (T2

Page 14: LATAR BELAKANG DWEN

Warga Emas

ii.            Aktiviti (seni, sajak, poster, bercerita )

 

 

dan T5)

4.    PIBG

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Bil Program Aktiviti Sasaran Tindakan

2 Menghargai Warga Emas 

Khidmat Sukarela:

a.    Lawatani.              Melawat WE

di rumah/ penginapan/ pusat asuhan

Semua Murid

1.    Unit Beruniform

2.    Persatuan

3.    Mata Pelajaran Sivik (Murid T2 dan T5)

Page 15: LATAR BELAKANG DWEN

 

b.    Gotong Royong

 

i.              Mengadakan gotong royong membersihkan kawasan rumah/  penginapan WE

 

c.    Memberi Penghargaani.              Sambutan

Hari Lahirii.            Sambutan

Hari Ibuiii.           Sambutan

Perayaan

 

d.    Program Angkat Warga Emas

 

 

 

 

 

 

 

Page 16: LATAR BELAKANG DWEN

 

 

 

 

Bil Program Aktiviti Sasaran Tindakan

3 Mengalu-alukan Penglibatan Warga Emas

Penglibatan Warga Emas Dalam Aktiviti Sekolah:

a.    Aktiviti Ko-kurikulum, persatuan dan sukan

i.              Sebagai tetamu

ii.            Sebagai pegawai (mengikut keupayaan)

b.    Perkongsian ilmu/pengalaman (mengikut keupayaan)

Warga Emas

1.    Unit Beruniform

2.    Persatuan

3.    Mata Pelajaran Sivik (Murid T2 dan T5)

4.    PIBG

 

LAPORAN

1.    Laporan dikumpul 2 bulan sekali

 

2.    Laporan disediakan oleh Panitia Sivik dan Kewarganegaraan dan Guru Bimbingan dan Kaunseling