Latar Belakang Zoltan Kodaly

download Latar Belakang Zoltan Kodaly

of 29

description

folio muzik

Transcript of Latar Belakang Zoltan Kodaly

Latar Belakang Zoltan KodalyAUTHOR:AIMAN_SENSEI| POSTED AT: 12:48 AM |FILED UNDER:MUZIK,PISMP SEMESTER 3(nota Pengajaran Muzik PISMP Sem 3)

Pendahuluan

Zoltan Kodaly telah dilahirkan pada 16 Disember 1882. Beliau merupakan tokoh tterkemuka pada abad ke 20 dalam kebudayaan muzik eropah. Beliau berasal daripada Hungary salah satu tempat di Negara German. Beliau juga merupakan seorang pencipta dan pengubah muzik eropah. Sebagai ethomuzikologis pula, beliau merupakan perintis dalam menyelidik dan mengklasifikasikan lagu rakyat secara saintifik. Ini kerana beliau mempunyai semangat patriotik yang tinggi dan mahu mengekalkan kebudayaan dan juga identiti negara melalui lagu rakyat beliau. Akibat dari semangat dan kesungguhan, beliau telah berjaya mengumpul dan mengkaji lagu-lagu rakyat seluruh Hungary. Kemudian lagu-lagu tersebut dicipta semula menggunakan kaedah yang asal. Beliau telah hidup selama 85 tahun dan meninggal dunia pada 16 mac 1967

Beliau juga mempunyai seorang kawan yang sama-sama mengkaji hasil seni lagu-lagu rakyat iaitu Bela Bartok. Setelah menyelidik di Hungary, Bela Bartok telah meneruskan tugasnya menyelidik lagu-lagu rakyat di Rusia pula. Vokal adalah teknik yang paling penting yang diperkenalkan kodaly. Teknik ini juga terus digunakan Bela Bartok di Rusia.

Seterusnya : Falsafah Dan Prinsip-Prinsip KodalyFalsafah dan Prinsip Zoltan KodalyAUTHOR:AIMAN_SENSEI| POSTED AT: 2:27 AM |FILED UNDER:MUZIK,PISMP SEMESTER 3(nota Pengajaran Muzik PISMP Sem 3)

Zoltan Kodaly telah memulakan satu usaha dalam penyelidikan prinsip dan bentuk muzik rakyat Hungary. Beliau takut warisan budaya muzik Hungary akan lupus ditelan zaman suatu hari nanti. Oleh sebab mempunyai semangat cintakan negara yang kuat dan mahu muzik menjadi kehidupan harian di kalangan rakyat Hungary, beliau telah menghasilkan falsafahnya. Falsafah dan konsepnya mengandungi prinsip-prinsip yang merupakan aspek perkaedahan yang lain digelar sebagai Kaedah Kodaly. Antara falsafah dan prinsip-prinsip Kodaly ialah :- Muzik Kepunyaan Manusia Nyanyian adalah Asas Kemahiran Muzik Muzik Rakyat sebagai Bahan Pengajaran dan Pembelajaran Nyanyian Koir Alat Muzik tidak digunakan Pengajaran Muzik Perlu Berlaku diawal Pra Sekolah Muzik Perlu menjadi Tunjang dan Nadi Kurikulum Pendidikan di Sekolah Metodologi Popular Pedagogi MuzikAdaptasi artikel dari: Indra AzizCarl Orff [1895 1982]Komposer Jerman dan Pedagogi Orff mulai mengajar di Munich pada tahun 1920-an, yang pada ketika itu, sekolah yang melatih guru dana gymnastic dan tarian cukup popular. Orff mendirikan Guntherschule bekerjasama dengan penari Dorothy Gunther dan menggabungkan pelajaran tarian dengan muzik. Sekolahnya itu musnah ketika perang dunia II. Setelah peperangan selesai, pemerintah Jerman memerlukan Orff untuk memfokuskan kepada pendidikan muzik, Bermula dengan pelbagai kelas muzik di Salzburg. kini Institut Orff yang berada di Salzburg mengajar calon guru muzik, dengan tujuan dapat mendidik anak-anak supaya boleh menciptakan muzik sendiri.Matlamat Gaya Pembelajaran Orff Mengembangkan kemampuan anak dengan bakat muzik Bermain instrument, improvisasi dan mencipta muzik Dengan menggunakan instrument yang sederhana Salah satunya menggunakan instrument Gamelan dari IndonesiaOrff terkenal menggunakan instrument perkusi dalam pengajarannya. Seperti Xylophones, Metallophones, dsb.Rumusan: Perlunya penglibatan yang aktif untuk mengetahui dengan lebih mendalam Menyanyikan pentatonic scales Mengerakkan tubuh, bertepuk, snapping. Integrasi dari menyanyi, menari, dan bermain instrument Menggunakan instrument muzik yang direkabentuk dengan unik Mengembangkan kreativiti murid.

Zoltan Kodaly [1882 1967]Komposer, Muzikologi, dan Pedagogi HungariaKodaly dikenal dengan karya-karya choral dan metodologi pengajaran. Kodaly memiliki tujuan memajukan pendidikan muzik untuk semua orang Hungaria. Pendidikan muzik utama dari Kodaly adalah melalui nyanyian/muzik vocal.Fokus Utama Meyakini bahwa pendidikan muzik bermula dengan nyanyian Mengembangkan kemampuan verbal melalui nyanyian Kaedah menggunakan nyanyian tradisi bangsa sendiri (bahasa ibunda) Meyakini bahawa pendidikan muzik harus mengikuti perkembangan anakAsas Falsafah Literature muzik adalah sesuatu yang dapat dilakukan dan dinikmati semua orang Menyanyi adalah dasar dari semua pendidikan muzik Pendidikan muzik harus bermula dari usia muda Muzik dari kebudayaan tempatan adalah alat terbaik mendidik muzik Hanya muzik yang mengandungi seni yang tinggi sahaja yang boleh digunakan Teori Gerakan Emile Jaques-Dalcroze Dalcroze Eurhythmic adalah pendekatan muzik berasaskan prinsip bahawa ritma adalah elemen utama dalam muzik.Komponen asas Dalcroze ialah: 1. Euritmik 2. solfege 3. Improvisasi Berdasarkan teori Emile Jaques-Dalcroze (Lois Choksky,1986) pergerakan dalam pendidikan muzik memperkukuhkan pengetahuan dalam konsep dan elemen muzik melaljui proses penerokaan, eksperimentasi, penemuan terpimpin, penyelesaian masalah, improvisasi serta penilaian. Kaedah pengajaran Dalcroze digunakan dengan meluas bermula dengan kanak-kanak berumur 1- 3 tahun, prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah, university dan orang dewasa. Ia boleh dilaksanakan dalam mata pelajaran lain seperti bahasa, pendidikan jasmani dan seumpamanya. Kaedah Dalcroze merupakan suatu pergerakan kreatif yang mengambil kira keinginan-keinginan asas kanak-kanak. Daucer dan Pangrazi telah mengenalpasti 9 keinginan kanak-kanak: Untuk bergerak Berjaya dan diperkenalkan Diterima oleh kelompok sebaya dan masyarakat Untuk bersaing Memperoleh kecergasan fizikal dan daya penarik Untuk mengembara Memperoleh kepuasan kreativiti Melahirkan perasasan melalui pergerakan berirama Untuk mengetahui Haward Gardner telah memasukkan eurhythmic (pendekatan Dalctroze) ke dalam teorinya iaitu Theory of multiple interlligences. Bodily-kinesthetic dan muzikal adalah 2 dari 7 theory of multiple interllegences dalan teori Gardner. Oleh itu muzik dengan gerakan adalah elemen penting bagi perkembangan mental, pembesaran kanak-kanak dan juga prosos asas pembelajaran peringkat awal kanak-kanak. Dalcroze mendapati pelajarnya tidak dapat mendengar harmoni yang ditulisnya kerana tidak menguasai dan memahami apa yang ditulis. Ini disebabkan mereka tidak berupaya mendengar harmoni tersebut di dalam minda tanpa alat muzik. Beliau berusaha untuk membolehkan pelajarnya menguasai bunyi di dalam minda bukan dari alat muzik.Berbagai usaha dan cara dilakukan. Beliau berpendapat mengetahui muzik tidak cukup tetapi memahami muzik adalah teras pembelajaran untuk menghasilkan bunyi yang indah. Euritmik (eurhythmic) Ialah pergerakan yang melibatkan seluruh anggota badan dengan iringan muzik atau tanpamuzik.Tubuhbadan menjadi seperti alat muzik utama. Asas utama kepada seni muzik ialah emosi manusia. Melatih minda, telinga atau suara tidak mencukupi. Seluruh tubuh badan manusia perlu dilatih sebab ia mengandungi bahan-bahan penting yang boleh meningkatkan perasaan halus (sensibility), kepekaan (sensitivity) serta kebolehan menganalisis bunyi, muzik danperasaan.Ideamuzik boleh diterjemahkan melalui pergerakan badan seterusnya ditukar kepada sumber muzik. Euritmik memerlukan keupayaan mempamirkan interpretasi individu yang melibatkan imaginasi, emosi serta tindak balas badan yang disepadukan dengan bentuk bunyi, gerak isyarat lisan seperti puisi, ayat atau sajak atau vocal seperti nyanyian atau muzik instrumental (muzik tanpa nyanyian). Euritmik memerlukan penglibatan diri individu secaramenyeluruh.Iamelibatkan penyatuan minda anggota badan serta emosi secara total dimana individu perlu: Mendengar Merasai Berimaginasi Mengintrepetasi bunyi Bertindak/respon/bergerak Membayangkan maksudnya secara luaran Antara yang boleh diinterpetasikan ialah lagu yang berasaskan lirik dan konsep/unsur muzik seperti irama, detik, tekanan, sinkopasi perbezaan pic, dinamik, tempo dan seumpamanya. Keupayaan menyusun atur unsur di atas dengan terurus boleh menghasilkan satu bentuk kreografi. Solfa (solfage) Dalam pendekatan Dalcroze ialah latihan pendengaran. Ia boleh mempertingkatkan kesedaran pic dan perbezaan kualiti ton (tone quality). Pendengaran dalaman (inner-hearing) dapat mempertingkatkan daya ingatan. Pendengaran dalaman ialah keupayaan membunyikan sesebuah lagu hanya melihat pada skor lagu tanpa bantuan alat muzik. Lagu seperti yang tertulis pada skor seolah-olah sedang berbunyi di dalam minda seseorang. Improvisasi (improvision) Dalcroze dan pelajarnya mengimprovisasikan pergerakan dengan gaya , postur dan gerak isyarat tangan untuk menunjukkan kepantasan, jarak panjang, dinamik, tekanan dan elemen yang mengeluarkan ritma ( ritma dan irama adalah terjemahan daripada rhythm). Pergerakan yang dimaksudkan oleh Dalcroze adalah pergerakan yang dilakukan oleh kanak-kanak dan orang dewasa tanpa memerlukan latihan. SUMBER:http://pgsrmuzik08iptho.net/dalcroze.html Share this:

Kaedah KODALY Dalam PEMBELAJARAN MUZIKKaedah Kodaly(1882-1967) adalah satu paradigma pendidikanmuzik yang menggunakan aktiviti nyanyian dan keupayaanpendengaran dalaman oleh kanak-kanak. Kodaly menyarankanpenggunaan lagu-lagu rakyat / tempatan menggunakan bahasaibunda dalam aktiviti latihan nyanyiannya. Beliau tidakmenggunakan sistem gred seperti yang sering digunakandalam kaedah pengajaran piano atau alat muzik lain.

Sasaran kaedah Kodaly ialah untuk membantu kanak-kanakdalamliterasi muzik. Ini dilakukan dengan penggunaanbeberapa pendekatan yang berpusatkan kanak-kanak itusendiri, iaitu penggunaan latihan irama, latihan nyanyian solfa,latihan bacaan semerta, latihan mendengar, menulis, membuat persembahan dan menciptamuzik. Kemahiran literasi muzikal turut dibina melalui pengalaman latihan aural danpengalaman ingatan visual.

Menurut Kodaly, terdapat tiga turutan konsep dalam pembelajaran literasi bahasa, iaitu (1)PeringkatAURAL: kanak-kanak mula belajar menghasilkan bunyi dan ton semasa merekabercakap (dalam kemahiran berbahasa). (2) PeringkatMENULIS: Setiap kali satuperkataan difahami, perkataan dan pic boleh ditranskripsikan melalui penulisan atauperlambangan. (3) PeringkatMEMBACA: Kanak-kanak membina keupayaan membaca. Ketiga-tiga peringkat ini juga turut digunakan dalam kaedah Kodaly.

Kunci asasdalam kaedah Kodaly ialah penggunaan ekspresi tubuh dalam muzik.Seterusnya, tambahan kepada nyanyian dan detik ialah dengan menggunakan hujung kaki(step) untuk menandakan detik muzik. Mereka juga diajar bagaimana untuk menepuk iramadaripada sukukata, dan berfikir (membayangkan) sukukata semasa menepuk irama.

REFLEKSI

Bagi kaedah Kodaly ini, ia adalah salah satu aktiviti muzik yang menjadi kegemaran murid-murid saya . Bagi mereka latihan nyanyian solfa dengan isyarat tangan adalah suatu aktiviti yang menyeronokkan kerana lain daripada subjek lain yang mereka pelajari. Ketika mula-mula saya mengajar murid-murid mengenal bahasa muzik ini, mereka telah menunjukkan sikap yang positif. Malahan sebelum ini mereka belajar muzik hanyalah menyanyi, menari dan bermain alatan muzik. Tidak pernah sekali pun didedahkan dengan kaedah Kodaly ini. Oleh sebab itu, saya merasakan telah mencipta sejarah. Kesimpulannya, bagi mengekalkan penguasaaan murid-murid tentang pembelajaran ini, setiap sebelum memulakan p&p, saya akan menjadikan aktiviti nyanyian solfa dengan isyarat tangan ini sebagai SET INDUKSI .Info MuzikKaedah KODALY Dalam PEMBELAJARAN MUZIK

Kaedah Kodlay

Jom kita cuba buat sama-sama..........

KAEDAH MENGAJAR LAGU

Jom ajar nyanyi....

Ada beberapa kaedah yang boleh digunakan untuk mengajar lagu. Kaedah-kaedah yang dimaksudkan adalah bagi pembelajaran secara hafalan (rote learning). Melalui kaedah ini, murid mempelajari sesebuah lagu secara mengajuk. Daya penguasaan lagu bergantung kepada daya ingatan aural (aural memory) murid. Kaedah yang lazim digunakan untuk mengajar lagu adalah:a) Kaedah keseluruhan lagub) Kaedah baris demi barisc) Kaedah solfege

Kaedah keseluruhan lagu Sesuai untuk mengajar lagu pendek. Langkah-langkah:a) Memperdengar lagu secara keseluruhan dengan muziknya.b) Guru menyanyikan lagu secara keseluruhan tanpa iringan muzik.c) Mengikut guru menyanyi keseluruhan lagu secara humming (atau sebutan vokal a,e,i,o,u) berulang-ulang.d) Mengikut guru menyanyi lirik lagu secara keseluruhannya.e) Murid menyanyi keseluruhan lagu dengan iringan muzik.

Kaedah baris demi baris Kaedah ini sesuai untuk lagu yang panjang dan melibatkan pengajaran lagu secara bahagian demi bahagian atau frasa, kemudiannya diikuti dengan cantuman bahagian-bahagian tadi sehingga akhir, dan menyanyi keseluruhan lagu. Langkah-langkah:a) Memperdengar keseluruhan lagu.b) Mendengar dan mengikut guru menyanyi keseluruhan lagu secara humming.c) Mendengar dan mengikut guru menyanyi secara humming baris demi baris.d) Mengikut guru menyanyi lirik baris demi bar is.e) Mengikut guru menyanyi keseluruhan lagu tanpa iringan muzik.f) Murid menyanyi keseluruhan lagu dengan iringan muzik.

Kaedah Solfege dengan isyarat tangan. Kaedah ini merupakan gabungan pengajaran secara hafalan rote dan bacaan notasi menggunakan syllable ( d r m f s l t d) digunakan sebagai sebutan pic. Kaedah ini digunakan untuk sistem do bergerak (movable do) yang mana pic do bergantung kepada nada lagu. Misalnya dalam nada C major-minor, pic do ialah not C. Manakala bagi nada D major-minor, pic do ialah not D. Isyarat tangan dan gaya Kodaly boleh digunakan untuk membantu pengajaran secara solfege. Kedua-dua sebutan syllable dan isyarat tangan membantu perkembangan inner-hearing sambil melihat notasi muzik. Salah satu turutan dalam mempelajari solfa adalah seperti berikut:- so mi -- la so mi -- la so mi re -- la so mi re do -- la so mi re do la -- la so mi re do la so -- la so fa mi re do -- ti la so fa mi re do -- do` ti la so fa mi re do -- do re mi fa so la ti do` -

Pendekatan Kodaly Aspek pembelajaran muzik nyanyian, latihanpendengaran, notasi muzik dan permainan alat Penekanan kpd nyanyian semerta &merencana melodi dgn notasi pengunaan isyarat tangan, latihan solfa, tangganada pentatonic nyanyian lagu rakyat secara accapellaPrinsip Asas Kodaly Literasi muzikal: kebolehan membaca/menulis Bermula dengan suara Mula peringkat awal kanak2 Mengunakan bahasa ibunda Muzik berkualitiStrategi Kodaly Penggunaan Muzik bermutu Muzik utk semua Pengalaman mz dr peringkat awal knk2 Berasaskan budaya tempatan Muzik dgn asas vocal acapella Nyanyian solfa Pengalaman muzikal sebelum mpelajri notasi Urutan p&p berpusatkn muridObjetif Koaly Menyanyi,bermain alat muzik, gerakanberasaskn mz ibunda Persembahan, pendengaran, analisa, senimuzik Mencapai kemahiran muzikal sptmembaca,menulis,mneyanyi, part of singing

Contoh Aktiviti Kodaly Menyebut perkataan dlm bentuk irama Menepuk detik asas Melangkah mengikut detik Menepuk irama mengikut teks Menepuk irama sambil berfikir menyebut tetapitidak disebut perkataan

Alat-alat teknik Nyanyian Isyarat tangan-curven hand Doh bergerak solfa pentatonic nyanyian lapis vocal Rentak Suku kata berirama: ta, ti-ti Stick notation Ritma diajar bersama vocal Mbaca dan menulis muzik Nyanyian semerta dan catatan pendengaran Latihan pendegaran Djlnkn semasa menulis,mbaca mz, nyanyian dan rentak

Permainan Alat MuzikFALSAFAH & PRINSIP CARL ORFF.Orff pernah berkata Experience first, then intellectualize yang bermaksud kanak-kanak harus dibenarkan untuk mengalami dunia muzikal sebelum mereka diajar tentang elemen-elemen muzikal dalam bentuk notasi. Orff percaya bahawa kanak-kanak harus mengalami pergerakan dan irama muzik sebelum mereka disuruh untuk memahaminya secara teori. Falsafah asas Orff adalah kepercayaan bahawa kanak-kanak dapat mempelajari sesuatu melalui pembelajaran yang aktif dimana imitasi dan explorasi membawa kepada keupayaan kanak-kanak untuk mengimprovisasi dan akhirnya mampu mambaca dan menulis notasi yang dikenali sebagai literasi muzik.Orff percaya bahawa irama adalah elemen muzik yang paling penting. Irama diajar dahulu sebelum elemen-elemen muzik yang lain. Apabila Orff merujuk kepada elemental music , beliau merujuk kepada muzik yang dihasilkan oleh kanak-kanak yang tidak memerlukan latihan yang khusus. Orff percaya bahawa transisi daripada percakapan kepada aktiviti berirama dan kemudian kepada nyanyian adalah transisi pembelajaran yang paling natural untuk kanak-kanak. Pendekatan Orff yang mengikut transisi ini juga digunakan setelah seorang kanak-kanak telah memperkembangkan kemahiran untuk bermain alat muzik.EMPAT KOMPONEN UTAMA PEMBELAJARAN ORFF.1) EKSPLORASIProses Eksplorasi melibatkan pergerakkan. Ia merangkumi tiga aspek iaitu:a) EKSPLORASI RUANG Dalam explorasi ruang, kanak-kanak digalakkan untuk menjelajahi kualiti pergerakkan dan jenis-jenis pergerakkan, seperti pergerakkan yang besar, kecil,ringan, licin dan sebagainya. Dalam kelas explorasi, kanak-kanak diberikan kebebasan untuk bergerak dan guru hanya memainkan peranan sebagai pemerhati.b) EKSPLORASI BUNYI- Explorasi bunyi bermula dengan penerokaan bunyi-bunyi di sekeliling kanak-kanak. Contohnya, bunyi kenderaan. Kemudian explorasi bunyi berkembang kepada tahap bunyi teratur seperti, corak irama dalam drum, bunyi kayu yang diketuk, bunyi ketukan pada ritma yang sama dan sebagainya. Dalam explorasi bunyi pada tahap ini, kanak-kanak digalakkan untuk bermain dan menerokai jenis-jenis bunyi dan kualiti setiap bunyi. Mereka diajar untuk mengenali bunyi yang kuat atau keras, bunyi yang lembut, bunyi kayu, bunyi logam dan bunyi detar. Alat-alat yang digunakan tidak semestinya menggunakan alat muzik yang khusus malah boleh menggunakan senduk dan periuk, tin kosong dan sebagainya.c) EKSPLORASI BENTUK- Explorasi bentuk berlaku secara serentak dengan explorasi ruang and bunyi. Dalam explorasi bentuk, pergerakkan diatur menjadi corak-corak pergerakkan tertentu dan corak-corak ini kemudian dijadikan tarian. Dalam explorasi bentuk, kanak-kanak diajar untuk menyusun bunyi-bunyi ini untuk membentuk frasa-frasa. Bunyi dan pergerakkan disatukan dalam explorasi bentuk. Setiap bunyi mempunyi simbol yang direka oleh kanak-kanak atau guru untuk melambangkannya. Ini adalah permulaan yang baik untuk mengajar kanak-kanak notasi. Sebagai contoh simbol batu boleh digunakan untuk melambangkan bunyi yang keras dan simbol bintang boleh digunakan untuk melambangkan bunyi yang terang.2) IMITASIImitasi adalah proses dimana kanak-kanak belajar untuk mengimitasi apa yang didengar atau dilihat. Menurut Orff, kanak-kanak pada usia yang muda mula belajar sesuatu yang baru melalui imitasi. Maka proses ini adalah sangat penting dalam pembangunan dan perkembangan muzikal seseorang kanak-kanak. Guru dalam kelas Orff memainkan peranan penting sebagai Role Model kepada murid-muridnya. Guru harus pastikan bahawa aktiviti-aktiviti muzikal yang dibuatnya haruslah betul kerana ia akan diikut oleh murid-muridnya. Sebagai contoh, guru menepuk satu bar ritma dan kanak-kanak dikehendaki untuk menepuk balik ritma yang sama.3) LITERASILiterasi adalah tahap dimana kanak-kanak diajar untuk membaca skor muzik. Menurut Orff, sebagaimana kanak-kanak hanya belajar untuk membaca selepas mereka belajar untuk bercakap, mereka juga haruslah menghayati dan mempunyai pengalaman bunyi-bunyi muzikal dahulu sebelum mereka diajar untuk membaca skor dan not-not muzik. Proses membaca dan menulis notasi muzik dalam pendekatan Orff tidak diajar secara sistematik. Setiap kelas notasi harus berlaku mengikut kemampuan pelajar dan bukannya usia mereka. Menurut Orff pembelajaran notasi hanya harus berlaku setelah kanak-kanak tersebut telah melalui proses explorasi dan imitasi selama beberapa tahun. Ini akan memberikan pelajar tersebut pengalaman yang asas tentang bunyi, bentuk, irama dan melodi muzik tanpa mempelajarinya secara teori.4) IMPROVISASIImprovisasi adalah matlamat utama dalam Pendekatan Orff, kerana ia memainkan peranan yang amat penting kearah mencipta pembangunan muzikal yang menyeluruh dalam seseorang kanak-kanak. Menurut Orff, improvisasi adalah kemahiran muzikal yang amat penting kerana ia dapat memperkembangkan daya muzikal dan kreativiti dalam seseorang murid. Improvisasi juga menunjukkan tahap pemahaman muzikal seseorang kanak-kanak. Menurut Orff, proses improvisasi boleh berlaku dalam peringat permulaan seseorang kanak-kanak diperkenalkan kepada alam muzikal seperti bunyi, ritma dan sebagainya. Mereka harus diajar untuk membuat corak-corak improvisasi yang mudah untuk memperkembangkan daya imaginasi mereka.APLIKASI PENDEKATAN CARL ORFF DALAM BILIK DARJAH1) Sebutan Berirama.Sebutan berirama dalam pendekatan Orff adalah sebutan silibel yang direka oleh kanak-kanak untuk membantu pemahaman mereka tentang corak irama dan nilai setiap detik. Orff menggalakkan kanak-kanak untuk menggunakan silibel yang tidak bermakna (nonsense syllabel) seperti ka, ta, la, tri, chi dan sebagainya untuk mewakili nilai not dalam irama. Menurut Orff, suku kata-suku kata ini adalah sebutan natural dalam percakapan kanak-kanak dan ia adalah mudah bagi kanak-kanak untuk menggunakan sukukata sebegini untuk mempelajari irama dan detik.2) Alat muzik yang paling utama adalah badan dan suara.Keseluruhan bahagian badan boleh digunakan untuk menghasilkan bunyi dan bunyi-bunyi ini boleh digabungkan untuk menghasilkan corak irama. Kanak-kanak mula belajar untuk menerokai jenis-jenis bunyi dengan menepuk tangan, menjerit, menyanyi, menghentam kaki dan sebagainya. Menurut Orff badan harus digunakan sebagai alat muzik asas dalam perkembangan muzikal kanak-kanak pada tahap awal pembelajaran mereka.3) Alat Perkusi Orff.Alat-alat perkusi seperti Glockenspiel, Xylophone dan Drum merupakan alat muzik yang kedua paling utama dalam pendekatan Orff. Dalam pendekatan ini irama biasanya diajar melalui alat muzik perkusi dan pergerakkan atau tarian. Antara alat muzik yang sering digunakan ialah Metallophone, Glockenspiel dan Xylophone. Alat-alat perkusi dalam pendekatan Orff mempunyai warna ton yang berbeza. Setiap alat muzik ini mempunyai bar-bar yang boleh dikeluarkan (removeable). Kebarangkalian untuk kanak-kanak bermain not yang salah adalah minima. Maka untuk setiap lagu, guru boleh mengeluarkan not-not yang tidak terdapat dalam skel lagu tersebut. Kaedah ini dapat mengelakkan kanak-kanak daripada memainkan not yang salah. Dapat meningkatkan motivasi kanak-kanak untuk bermain perkusi.4) Memainkan Alat Perkusi Secara Ostinato.Mengiringi Nyanyian Ostinato adalah suatu motif, frasa melodi atau frasa irama yang dimainkan secara berterusan. Tujuan utama ostinato melodi ialah untuk dimainkan bersama dengan melodi yang lain untuk menghasilkan harmoni. Corak ostinato ini boleh digunakan untuk mengiringi kebanyakkan lagu mudah yang mempunyai meter 4/4.5) Memainkan Alat Perkusi Secara Improvisasi .Kanak-kanak dalam kelas pendekatan Orff harus diajar untuk mengimprovisasi dengan menggunakan alat-alat perkusi. Dalam kelas improvisasi, kanak-kanak harus diberi kebebasan untuk mencuba corak-corak irama dan melodi yang berlainan. Dalam kelas-kelas yang permulaan, guru tidak seharusnya menetapkan had atau menghalang kanak-kanak daripada mencuba corak-corak improvisasi yang mereka suka. Setelah murid-murid mereka diberi peluang yang secukupnya untuk mencuba corak-corak yang berbeza, guru kemudiannya boleh mengajar cara-cara yang betul untuk bermain improvisasi.SUMBER:http://www.slideshare.net/Awangkelabu/metodologi-muzikShare this:

Muzik dan GerakanTeori Gerakan Emile Jaques-DalcrozeDalcroze Eurhythmic adalah pendekatan muzik berasaskan prinsip bahawa ritma adalah elemen utama dalam muzik.Komponen asas Dalcroze ialah:1. Euritmik2. solfege3. ImprovisasiBerdasarkan teori Emile Jaques-Dalcroze (Lois Choksky,1986) pergerakan dalam pendidikan muzik memperkukuhkan pengetahuan dalam konsep dan elemen muzik melaljui proses penerokaan, eksperimentasi, penemuan terpimpin, penyelesaian masalah, improvisasi serta penilaian. Kaedah pengajaran Dalcroze digunakan dengan meluas bermula dengan kanak-kanak berumur 1- 3 tahun, prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah, university dan orang dewasa. Ia boleh dilaksanakan dalam mata pelajaran lain seperti bahasa, pendidikan jasmani dan seumpamanya.Kaedah Dalcroze merupakan suatu pergerakan kreatif yang mengambil kira keinginan-keinginan asas kanak-kanak. Daucer dan Pangrazi telah mengenalpasti 9 keinginan kanak-kanak: Untuk bergerak Berjaya dan diperkenalkan Diterima oleh kelompok sebaya dan masyarakat Untuk bersaing Memperoleh kecergasan fizikal dan daya penarik Untuk mengembara Memperoleh kepuasan kreativiti Melahirkan perasasan melalui pergerakan berirama Untuk mengetahuiHaward Gardner telah memasukkan eurhythmic (pendekatan Dalctroze) ke dalam teorinya iaitu Theory of multiple interlligences. Bodily-kinesthetic dan muzikal adalah 2 dari 7 theory of multiple interllegences dalan teori Gardner. Oleh itu muzik dengan gerakan adalah elemen penting bagi perkembangan mental, pembesaran kanak-kanak dan juga prosos asas pembelajaran peringkat awal kanak-kanak.Dalcroze mendapati pelajarnya tidak dapat mendengar harmoni yang ditulisnya kerana tidak menguasai dan memahami apa yang ditulis. Ini disebabkan mereka tidak berupaya mendengar harmoni tersebut di dalam minda tanpa alat muzik. Beliau berusaha untuk membolehkan pelajarnya menguasai bunyi di dalam minda bukan dari alat muzik.Berbagai usaha dan cara dilakukan. Beliau berpendapat mengetahui muzik tidak cukup tetapi memahami muzik adalah teras pembelajaran untuk menghasilkan bunyi yang indah.Euritmik (eurhythmic)Ialah pergerakan yang melibatkan seluruh anggota badan dengan iringan muzik atau tanpamuzik.Tubuhbadan menjadi seperti alat muzik utama. Asas utama kepada seni muzik ialah emosi manusia. Melatih minda, telinga atau suara tidak mencukupi. Seluruh tubuh badan manusia perlu dilatih sebab ia mengandungi bahan-bahan penting yang boleh meningkatkan perasaan halus (sensibility), kepekaan (sensitivity) serta kebolehan menganalisis bunyi, muzik danperasaan.Ideamuzik boleh diterjemahkan melalui pergerakan badan seterusnya ditukar kepada sumber muzik.Euritmik memerlukan keupayaan mempamirkan interpretasi individu yang melibatkan imaginasi, emosi serta tindak balas badan yang disepadukan dengan bentuk bunyi, gerak isyarat lisan seperti puisi, ayat atau sajak atau vocal seperti nyanyian atau muzik instrumental (muzik tanpa nyanyian).Euritmik memerlukan penglibatan diri individu secaramenyeluruh.Iamelibatkan penyatuan minda anggota badan serta emosi secara total dimana individu perlu: Mendengar Merasai Berimaginasi Mengintrepetasi bunyi Bertindak/respon/bergerak Membayangkan maksudnya secara luaranAntara yang boleh diinterpetasikan ialah lagu yang berasaskan lirik dan konsep/unsur muzik seperti irama, detik, tekanan, sinkopasi perbezaan pic, dinamik, tempo dan seumpamanya. Keupayaan menyusun atur unsur di atas dengan terurus boleh menghasilkan satu bentuk kreografi.Solfa (solfage)Dalam pendekatan Dalcroze ialah latihan pendengaran. Ia boleh mempertingkatkan kesedaran pic dan perbezaan kualiti ton (tone quality). Pendengaran dalaman (inner-hearing) dapat mempertingkatkan daya ingatan. Pendengaran dalaman ialah keupayaan membunyikan sesebuah lagu hanya melihat pada skor lagu tanpa bantuan alat muzik. Lagu seperti yang tertulis pada skor seolah-olah sedang berbunyi di dalam minda seseorang.Improvisasi (improvision)Dalcroze dan pelajarnya mengimprovisasikan pergerakan dengan gaya , postur dan gerak isyarat tangan untuk menunjukkan kepantasan, jarak panjang, dinamik, tekanan dan elemen yang mengeluarkan ritma ( ritma dan irama adalah terjemahan daripada rhythm). Pergerakan yang dimaksudkan oleh Dalcroze adalah pergerakan yang dilakukan oleh kanak-kanak dan orang dewasa tanpa memerlukan latihan.SUMBER:http://pgsrmuzik08iptho.net/dalcroze.html

DEFINISI PERGERAKAN

Definisi pergerakan adalah sebarang bentuk gerak (movement) yang dilakukan oleh seseoramg itu akan menyebabkan dia berubah kedudukan atau kekal di tempat tersebut. Pergerakan lokomotor ialah pergerakan yang menyebabkan keseluruhan tubuh badan berubah kedudukan seperti berjalan dan berlari disebut bergerak dan beredar.

Pergerakan pergerakan tersebut boleh dikoordinasikan bagi manipulasi dengan alatan seperti melambung, membaling, menggolek dan menampar alatan kecil atau besar. Pergerakan-pergerakan ini dapat diaplikasikan sebagai rutin harian sama ada dalam tugas harian ataupun dalam aktiviti sukan dan rekreasi.

Bagi meningkatkan potensi kreativiti murid dalam melakukan pergerakan khasnya menginterpretasi idea , perasaan serta tanggapan deria yang dilahirkan secara simbolik , pendekatan pergerakan kreatif digunakan . Pengalaman pergerakan kreatif dapat memperkembang kesedaran dan kefahaman konsep-konsep pergerakan.

DEFINISI MUZIK

Menurut Campbell 1995, muzik adalah suatu kesenian yang tertumpu pada aspek pendengaran atau aural. Oleh yang demikian, muzik boleh diperkenalkan kepada bayi dan kanak-kanak pra sekolah dalam bentuk elemen muzik.

KEPENTINGAN PERGERAKAN

Pergerakan merupakan aktiviti yang memenuhi aktiviti kanak-kanak untuk penglibatan yang aktif dalam situasi pembelajaran muzik . ia memberi peluang kepada kanak-kanak untuk melibatkan diri sepenuhnya dan meluahkan perasaan mereka, imaginasi dan menginterpretasi melalui muzik secara pergerakan fizikal yang bersifat nonverbal .Oleh itu respon kepada muzik merupakan pelengkap kepada pelbagai aktiviti pengajaran pembelajaran di bilik darjah kerana dalam dunia kanak-kanak muzik dan gerakan tidak boleh dipisahkan kerana sifat semulajadi kanak-kanak memang suka bergerak.

TEORI KECERDASAN PELBAGAI HOWARD GARDNER

Kecerdasan Muzik

Kecerdasan ini berkaitan dengan kemampuan untuk menggemari, mendiskriminasi dan meluahkan perasaan melalui muzik. Hal ini kerana kecerdasan muzik yang terdapat dalam diri seseorang individu membolehkannya mengesan bunyi tanpa lisan, muzik serta irama yany terdapat dipersekitarannya. Seseorang yang mempunyai kelebihan ini sangat sensitive kepada bunyi-bunyian atau suara yang wujud di dunia ini, baik yang berasal daripada suara alat muzik ataupun yang timbul daripada gejala alamiah seperti suara manusia, binatang mahupun guruh serta suara-suara yang lainnya. Mereka berupaya menggunakan set asas atau elemen-elemen muzik serta dapat bermain alat muzik serta dapat menghafal lirik muzik dengan baik. Selain itu seseorang yang cenderung dalam keceerdasan ini boleh menggubah rentak dan tempo muzik dan mudah mengenali dan mengingati nada-nada bunyi atau muzik.

Mereka juga dapat mengubah kata-kata menjadi lagu dan boleh mencipta berbagai-bagai alat dan permaianan muzik. Mereka pintar melantunkan nada lagu dengan baik, pandai mengguanakan kosa kata muzikal dan peka terhadap ritma, ketukan, melodi atau warna suara dalam sebuah komposisi muzik. Semua orang mempunyai kecerdasan muzik tetapi dengan darjat yang berbeza-beza. Semua manusia di dunia ini mempunyai kecedasan untuk menikmati dan menghayati pengalaman muzik yang ada berdasarkan tahap yang berbeza-beza. Contoh aktiviti kecerdasan muzik ialah persembahan muzik, bunyi vocal, bunyi instrumental, nyanyian dan drama lagu. Penyanyi, mengubah lagu, pemain muzik dan komposer lagu ialah kerjaya yang sesuai dan tepat bagi mereka yang mempunyai kecerdasan muzik ini.

Kecerdasan Kinestetik

Orang yang mempunyai kecerdasan kinestetik yang tinggi berkebolehan mengguanakan sebahagian atau keseluruhan anggota tubuh badan mereka untuk berkomunikasi dan menyelesaikan masalah yang dihadapi. Oleh itu, mereka cekap menginterpretasi pergerakan anggota atau tubuh badan. Biasanya, mereka lebih cenderung melakukan aktiviti yang berkaitan dengan pergerakan badan seperti bersukan, menari, gimrama dan lain-lain.

Di samping itu, individu juga cekap memanipulasikan objek fizikal dan dapat mengimbangi antara pergerakan fizikal dan mental. Mereka berupaya menggunakan kemahiran fizikal untuk meluah idea, perasaan dan menyelesaikan masalah atau mencipta suatu produk baru. Mereka memiliki keupayaan kawalan pada gerakan, keseimbangan, ketangkasan dan keanggunan ketika bergerak. Orang yang cerdas dalam bidang kenestetik mengeksplorasi dunia mereka dengan otot-otot. Contoh aktiviti yang berkaitan dengan kecerdasan ini ialah tarian kreatif, drama, main peranan, aktiviti jasmani, latihan fizikal, permainan sukan dan seni pertahanan diri. Artis, pemain bola sepak, peninju, penari, pelakon, tentera, polis dan olahragawan adalah beberapa kerjaya yang biasanya dimiliki oleh orang dengan tingkat kecerdasan kinestetik yang tinggi.

Kecerdasan Logik-Matematik

Kecerdasan logik-matematik adalah kebolehan menggunakan nombor, menaakul, mengenal pasti pola abstrak, perkaitan, sebab dan akibat. Kebolehan yang dominan di bahagian kiri otak membolehkan seseorang menaakul secara deduktif dan induktif serta berfikir secara konseptual dan abstrak. Kecerdasan ini menggabungkan kemampuan matematik dan ilmiah yang dimiliki oleh seseorang. Oleh itu pelajar cenderung dalam kecerdasan ini dikatakan berupaya menyelesaikan masalah yang komplek berkaitan Matematik dengan mudah sahaja dan boleh membuat perkaitan, menyoal, menganalisis, mensintesis, mengira dan menggunakan komputer dengan cekap.

Seseorang yang mempunyai kecerdasan logic-matematik yang tinggi memperlihatkan minat yang besar terhadap kegiatan berbentuk eksplorasi. Mereka sering bertanya tentang berbagai-bagai fenomena yang dilihat yang berlaku disekeliling mereka, Lazimnya, mereka suka menuntut penjelasan logik dari setiap pertayaan. Selain itu, mereka juga suka mengklasifikasikan benda untuk mudah mengira. Contoh-contoh aktiviti jenis kecerdasan ini adalah menggunakan simbol, rumus, urutan nombor, pola abstrak, perkaitan, sebab dan akibat (logic), penyelesaian masalah, pengurusan grafik dan pengiraan. Orang yang mempunyai kecerdasan ini biasanya Berjaya dalam kerjaya yang berkaitan dengan Matematik dan Sains.

Konsep muzik, kinestetik, dan kecerdasan logik-matematik menunjukkan kemampuan kita untuk menghasilkan dan menghargai irama, pin dan temborin sementara menghargai berbagai bentuk ekspresi muzik dan kemampuan kita untuk menggunakan badan dan objek dengan cekap. Manurut Gardner, kecerdasan merupakan kemampuan yang dimiliki oleh seseorang untuk melihat sesuatu masalah dan seterusnya berupaya menyelesaikan masalah tersebut atau membuat sesuatu yang berguna kepada orang lain. Menurut Gardner, cabaran pendidik adalah untuk mengenali kecerdasan yang berasingan dan memeliharanya sebagai kecerdasan universal untuk memenuhi fungsi penting dalam perkembangan kognitif kanak-kanak, social dan perkembangan fizikal.

PENDEKATAN DALCROZE

Pengenalan

Kaedah Dalcroze telah diasaskan oleh Emiles Jaques-Dalcroze (1865-1950), seorang pemuzik dan pendidik muzik berbangsa Swiss. Kaedah ini melatih kemahiran dalam konsep-konsep muzik yang asas seperti irama, ton, dinamik dan bentuk.Terdapat 3 element utama dalam kaedah ini iaitu eurhythmics, kaedah sofla dan improvisasi. Keupayaan untuk menunjukkan ekspresi terhadap konsep muzik melalui gerakan merupakan prinsip utama dalam kaedah ini. Dalcroze berpendapat bahawa badan manusia merupakan alat muzik semulajadi yang paling sesuai untuk menerapkan konsep-konsep asas muzik. Oleh itu, beliau telah mehasilkan 3 elemen yang berasaskan pergerakan dan gabungan daripada 3 komponen tersebut telah menghasilkan kaedah pengajaran yang kreatif ini.

Walaupun kaedah ini telah diperkenalkan lebih daripada 100 tahun yang lepas, namun kaedah ini masih dapat dipraktikkan pada nasa sekarang. Falsafah pendidikan yang terkandungdalam kaedah ini yang melibatkan satu proses pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan murid, member peluang kepada murid-murid untuk memperoleh pengetahuan melalui pengalaman dan penemuan sejajar dengan teori pendidikan kini.

Falsafah, Konsep dan Teknik

Semasa Dalcroze menjadi professor di Conservatory Of Music di Geneva, beliau mendapati bahawa ramai pelajar muzik tidak dapat merasai dan melahirkan emosi terhadap muzik yang dimainkan walaupun mereka telah menguasai kemahiran dan teknik permainan alat muzik. Malah mereka mempunyai masalah dalam memainkan irama yang ringkas, mengalami masalah ketepatan pic dan intonasi. Oleh itu, beliau telah mengasaskan satu pendekatan untuk member pendidikan muzik yang menyeluruh kepada pelajar-pelajar muzik.

Pendekatan Dalcroze erdasarkan 2 prinsip iaitu kepentingan pendengaran dan literasi muzik selepas kanak-kanak telah mempunyai pengalaman muzikal. Dalcroze tidak setuju dengan cara pengajaran pembelajaran muzik yang hanya menekankan literasi muzik di mana teori muzik di ajar secara atas kertas. Pada pendapat beliau muzik berkait rapat dengan muzik dan kanak-kanak tidak dapat mendengar bunyi muzik dengan cara pembelajaran sebegini. Beliau percaya bunyi muzik harus diperkenalkan dalam kelas teori supaya kanak-kanak dapat dikaitkan apa yang dipelajari dengan bunyi. Oleh itu, pendengaran menjadi elemen penting dalam kaedah Dalcroze.

Seperti Kaedah Kodaly dan Orff, Dalroze juga berpendapat bahawa pengajaran dan pembelajaran muzik harus bermula dengan pengalaman muzik yang bermakn. Pembelajara muzik tidak boleh dilakukan dengan pengenalan notasi formal dan penerangan guru sahaja. Beliau percaya bahawa kanak-kanak perlu mempunyai pengalaman muzikal yang mencukupi dan telah menguasai konsep-konsep muzik dalam aspek pendengaran dan persembahan, barulah guru mengaitkan pengetahuan dan kefahaman kanak-kanak tehadap konsep muzik dengan notasi, teori, analisa dan sebagainya. Proses ini dapat menjamin kanak-kanak dapat memahami konsep muzik secara mendalam dan berkesan. Prosese pengajaran dan pembelajaran notasi dan teori akan menjadi lebih mudah dan cepat apabila kanak-kanak telah mempunyai pengalaman muzikal.

3 aspek utama dalam pendekatan Dalcroze ialah eurhythmics, nyanyian sofla dan improvisasi. Ketiga-tiga aspek ini saling berkaitan dan berpusatkan aktiviti gerakan keran Dalcroze percaya bahawa cara yang paling berkesan untuk mempelajari konsep asas muzik seperti irama adalah melalui gerakan.

Eurhythmics merupakan aktiviti kinetic yang melatih badan kanak-kanak untuk bergerak terhadap muzik yang diperdengarkan. Dalam erti kata lain, eurhythmics adalah respon badan terhadap konsep muzik yang diperkenalkan. Dalcroze berpendapat bahawa semua elemen dapat dirasai melalui gerakan dan semua bunyi muzik mempunyai ciri pergerakan. Oleh itu, untuk menguasai pergerakan dalam bunyi muzik, badan manusia adalah alat muzik yang dapat dilatih untuk mencapai tujuan tersebut. Selain daripada itu, elemen-elemen muzik seperti detik, tekanan, frasa, dinamik, tempo dan sebagainya juga dapat ditunjukkan melalui gerakan badan.

Terdapat 3 jenis gerakan yang dapat dilakukan iaitu gerakan setempat, gerakan menggunakan aras dan gerakan menggunakan ruang. Contoh untuk bergeraka setempat ialah menepuk, mengoyangkan badan atau anggita badan, membengkokkan lutut, merenjis dan lain-lain. Gerakan yang menggunakan aras pula merujuk kepada gerakan yang dapat dilakukan pada aras tinggi, tengah dan pada aras rendah seperti angkat tangan dan hayun, merenjis dan sebagainya. Gerakan yang menggunakan ruang menggalakkan individu bergerak menggunakan ruang di sekelilingnya pada semua arah seperti berjalan, merangkak, melompat, bergalop dan lain-lain lagi.

Elemen kedua iaitu kaedah nyanyian Sofla bertujuan untuk melatih kemahiran pendengaran secara dalaman (inner hearing) dan memperkenalkan konsep harmoni. Dalcroze berpendapat bahawa kaedah nyanyian sofla, kanak-kanak dapat mempelajari konsep pic dan kaitan antara ton. Dengan cara-cara inin kanak-kanak akan dapat membezakan kualiti ton yang dihasilkan. Dalcroze menggunakan system Do Tetap di mana do yang digunakan adalah berasaskan not C. aktiviti nyanyian sofla juga dikaitkan dengan aktiviti gerakan supaya kanak-kanak dapat merasai kaitan antara pic.Elemen ketiga iaitu improvisasi memainkan peranan yang penting dalam pendekatan Dalcroze. 2 jenis improvisasi terlibat dalam pendekatan ini. Improvisasi oleh guru dengan menggunaka piano dapat member panduan yang asas kepada kanak-kanak dalam kemahiran pendengaran dan menggerakkan semangat kanak-kanak untuk penglibatan yang aktif. Improvisasi yang dilakukan oleh kanak-kanak memberi peluang dan kebebasan kepada kanak-kanak untuk menunjukkan pemahaman terhadap konsep muzik yang telah dipelajari secara kreatif dan spontan. Kanak-kanak membuat improvisasi dalam gerakan, nyanyian dan permainan alat muzik. Pemahaman yang sebenar terhadap muzik dapat ditunjukkan dalam kemahiran seseorang memanipulasikan konsep muzik. Melalui improvisasi yang dilakukan oleh kanak-kanak, guru-guru juga dapat menilai sejauh manakah kanak-kanak telah memahami konsep yang disampaikan dan merancangkan aktiviti susulan yang berkesan.

TAHAP ASAS AWAL MUZIK DAN GERAKAN PERKEMBANGAN PERINGKAT KEBANGSAAN

Sebelum anda mula memikirkan cara-cara untuk merancang dan melaksanakan gerakan dan pengalaman muzik bagi anak-anak, penting untuk memahami dasat atau tahap awal perkembangan muzik peringkat kebangsaan. Mendengarkan dan bergerak mengikut music, menyanyi dan bermain alat muzik memberikan gambaran deskriptif perkembangan muzik bermula lahir hingga 5 tahun yang telah digariskan oleh Music Educators National Conference (MENC) menyatakan mengenai pembelajaran muzik untuk kanak-kanak.

Peringkat Kebangsaan untuk Pendidikan Muzik

Taman Kanak-kanak (2-4 tahun)

Perkembangan muzik amat penting kepada anak-anak sebelum di hantar ke taman kanak-kanak. Kanak-kanak memerlukan persekitaran muzik untuk membesar. Dengan meningkatnya jumlah tempat perjagaan anak, penjagaan anak sekolah, dan program-program intervensi awal untuk kanak-kanak kurang upaya dan kanak-kanak berisiko tinggi menunjukkan bahawa maklumat tentang keperluan muzik bayi dan anak-anak perlu disediakan dan juga peringkat-peringkat muzik patut ditetapkan untuk pembelajaran muzik anak-anak.

MENC menyatakan:

1.Semua kanak-kanak mempunyai potensi muzik.2.Anak-anak membawa kepentingan yang unik dan mempunyai kemampuan dalam mempelajari muzik3.Anak-anak yang masih kecil mampu mengembangkan kemahiran berfikir secara kritis melalui idea-idea muzik.4.Anak-anak yang belajar muzik sejak awal dari pelbagai latar belakang.5.Anak-anak perlu pengalaman sebagai contoh dari bunyi muzik, aktiviti dan bahan-bahan.6.Anak-anak tidak boleh dibebani dengan keperluan untuk memenuhi matlamat prestasi.7.Bermain adalah aktiviti anak-anak.8.Anak-anak belajar dengan baik dalam persekitaran fizikal dan social9.Persekitaran pembelajaran yang pelbagai amat diperlikan untuk memenuhi perkembangan anak-anak.10.Anak-anak memerlukan orang dewasa sebagai model yang berkesan.

BERGERAK MENGIKUT MUZIK

Umur Perkembangan

Lahir- 4 bulan Kesedaran muzik bermula:bayi mungkin menunjukkan kesedaran awal dengan melakukan tindak balas yang berbeza terhadap muzik. Ketika bayi tidur, muzik sebagai pengulit dan bayi menjadi aktif ketika muzik dimainkan.

4- 8 bulan Kesedaran muzik menjadi lebih aktif:bayi mula mengamati semua bunyi yang didengari di persekitarannya. Dia mula menunjukkan lebih aktif terhadap kesedaran muzik dengan melakukan pergerakan kepala atau wajah kearah sumber muzik.

10-18 bulan Kecenderungan terhadap ekspresi muzik:bayi mula menunjukkan jenis muzik yang paling disukai-mungkin pada usia ini bayi lebih suka bunyi yang muncul daripada alat-alatan-serta jelas menunjukkan ketidaksukaannya terhadap muzik yang dia tidak suka. Dia akan mengoyangkan pinggul dan bertepuk tangan apabila mendengar muzik yang disukainya.

18 bulan 2 tahun Eksplorasi bunyi muzik meningkat:bunyi muzik di persekitaran akan memikat kanak-kanak yang bertatih. Dia mula mengembangkan kemahiran bahasa dan meningkatkan mobility untuk mencari muzik yang paling disukainya. Mereka mungkin lebih suka terhadap bunyi terutamanya muzik di TV atau radio atau iklan dan mungkin akan tertarik atau terpesona apabila ahli keluarga memainkan alat muzik.

2 - 3 tahun Mula menari:kanak-kanak bertatih berupaya untuk menari mengikut muzik dengan menekuk lutut, berputar-putar, berayun, menghayunkan tangan, dan menganggukkan kepala. Dia lebih suka irama yang jelas, jadi kumpulan muzik atau lagu kanak-kanak. Dia menunjukkan peningkatan kemampuan untuk menjaga masa untuk mengikuti penggunaan dalam permainan muzik yang disukainya. Sekarang dia boleh berbaring atau duduk dengan tenang dan mendengar selama beberapa minit pada sesuatu masa.

3 1/2- 4 tahun Ekspresi diri melalui muzik meningkat:pada tahap ini, berubahan yang ketara berlaku. Semasa mendengar, dia sudah tahu beberapa komponen-komponen yang membentuk muzik yang disukainya. Dia mungkin suka mendramatisasi lagu dan mungkin juga cuba mentafsir muzik ( misalnya, percubaan dengan irama yang berbeza). Peningkatan dapat dilihat apabila ia pandai menjada irama, walaupun tidak semuanya tepat. (muzik amat penting baginya untuk mengekspresikan dan mengkomunikasikan idea dan emosi untuk mengembangkan kemahiran bahasa.

4 5 tahun Kemampuan untuk berkongsi pengalaman muzik:anak-anak boleh bercakap tentang muzik yang telah dicadangkan kepadanya, dan dia dapat menceritakan secara terperinci apa yang dia dengar. Ini adalah tahap pendengaran aktif. Dengan dorongan, keinginan anak untuk mendengar muzik akan meningkat.

5 6 tahun Keselarasan gerak tari bermula:meningkatkan kawalan motor dan kemampuan untuk melakukan melakukan pergerakan yang serentak dengan irama muzik sebagai langkah untuk menari. Dia mula boleh melakukan pergerakan tangan dan kaki serentak dengan muzik dan boleh melompat, melompat dengan satu kaki, dan membuat gerakan-gerakan tari berirama muzik. Dia juga mungkin mula menunjukkan minat untuk belajar tarian.

MENYANYI

Peringkat umur

Lahir 4 bulan Tangisan pertama bayi adalah muzik:Tangisan bayi pertama bayi sangat penting untuk mengekspresikan keperluan dan perasaan. Mereka dapat membezakan pic, kelantangan dan pola-pola berirama. Secara berperingkat, bayi mula melakukan percubaan dengan suara yang lain: dia berbisik, kumuran, jeritan dan mula bercakap yang bukan-bukan mengulangi suara seperti ba-ba-ba.

6 18 bulan Bercakap bukan-bukan makin meningkat, memuat karakteristik muzikal lebih jelas:ketika kanak-kanak terus untuk bereksperimen dengan membebel suaranya menjadi aktiviti kegemarannya. Ketika ini bayi dalam lingkungan pic, keamatan nada suara semakin meluas, muncul aktiviti yang mennyerupai lagu. Jangan hairan jika pada satu masa bayi mampu mengulangi pic anda menyanyi dengan not yang sama.18 bulan 3 tahun Mula menyanyi dengan betul: terdengar bayi merapu dengan merdu seperti betul-betul lagu ketika sedang bermain. Dia mungkin menyanyikan sebuah sajak yang mudah diingat, menggunaka suku kata atau hanya cakap kosong ketika bermain. Dia mungkin juga meminati lagu-lagu yang diminati oleh anda, ia sangat meminati lagu-lagu biasa dan meminta anda untuk menyanyikan berulang-ulang.

3 - 4 tahun Ketepatan dalam persamaan ton bermula:sekarang anak mula menyanyi hampir sama dengan orang dewasa. Dia mungkin secara spontan mencipta lagu sendiri, meskipun kata-kata yang sering berulang-ulang dan lagu mungkin sangat mirip dengan lagu-lagu yang dia tahu.

4 5 tahun Ketepatan menyanyi meningkat:anak mula menunjukkan peningkatan kawalan suara dan anggaran lebih dekat nada dan irama. Kadand-kadang dia mencipta lagu ketika bermain dan boleh menggunakan lagu untuk menarik perhatian ornag lain. Dia menunjukkan lebih berminat dalam kumpulan menyanyi dan mungkin suka menikmati giliran menyanyi sendirian. Dia berasa bangga dengan kemampuannya untuk mengenal pasti melodi kegemarannya.

5 tahun ke atas Repertoir lagu makin berkembang, pengiktirafan dan penghargaan meningkat:Kebanyakan anak kini menghasilkan lagu-lagu mudah.

BERMAIN ALAT MUZIK

Peringkat umur

6 9 bulan

Bayi suka membuat bunyi dengan apa-apa objek yang tersedia: koordinasi mata-tangan bayi terbentuk. Dia suka memanipulasika benda-benda untuk mencapainya dan adalah tertarik dengan kemampuan barunya menghasilkan bunyi dengan objek. Dia akan tekan, tending atau memukul hampir semua benda yang berada di sekilingnya untuk menghasilkan bunyi.

18 bulan 2 tahun

Kanak-kanak mencari objek khas untuk menghasilkan bunyi: Anda mungkin pernah melihat anak-anak berupaya mendapatkan objek tertentu seperti cawan, mangkuk, dan peralatan-peralatan lain untuk menghasilka bunyi.

2- 3 tahun

Minat sebenar terhadap alat muzik meningkat: pada tahap ini, ketika anak menunjukkan minat dalam mendengar alat muzik dan rakaman, berikan padanya mainan yang dapat membuat bunyi muzik yang menarik seperti zilofon, drum, paip, rebana atau marakas. Permainan alat muzik tidak seharusnya mahal. Bahkan, anda boleh membuatnya sendiri dengan kopi(drum), botol (rebana) dan sebagainya.

4- 5 tahun

Anak mula melakukan percubaan dengan alat muzik yang sebenar: Pada tahap ini, anak boleh mengenalpasti bunyi-bunyi tertentu dari alat muzik dan boleh memainkan pelbagai irama muzik, baik untuk mengiringi lagu atau dendangan muzik atau mencipta lagu sendiri.

ALAT MUZIK UNTUK ANAK-ANAK

Membuat muzik dengan memainkan alat muzik boleh menjadi salah satu bahagian yang paling menarik daripada pengalaman muzikal. Anak-anak bergerak balas terhadap alat muzik, dan mereka suka membuat percubaan dengan pelbagai nada bunyi daripada kayu, drum, simbal, loceng, dan pelbagai alat lain. Alat irama, yang nyata adalah alat muzik, banyak memberikan kesempatan kepada kanak-kanak untuk fokus pada eksplorasi kreatif. Setiap alat berbeza, mereka mudah digunakan dan mereka boleh dimainkan dengan pelbagai cara yang menarik.

Alat muzik

Segitiga (tringles)-Yang bergantung pada seutas tali dengan bebas. Ia mengetuk dengan lembut. Segitiga ini menghasilkan bunyi yang indah.Claves

-claves yang tebal dan sempurna diperbuat daripada kayu keras. Letakkan satu clave di telapak tangan anda dan lagakan dengan clave lain.Irama kayu(rhythm sticks)

-dimainkan secara berpasangan. Ia boleh menjadi halus atau bergerigi. Dimainkan dengan memegang satu irama kayu dan memukul dengan yang lain, atau menggosokan sepanjang kayu tersebut.Blok kayu ( wood blocks)

-kecil, blok kayu yang berongga menghasilkan bunyi yang bergema. Ketuk blok kayu ringan dengan kayu atau penukul getah keras.Maracas

-dicipta daripada labu (atau plastic keras) dan dipenuhi dengan biji atau batu kerikil. Goyang dengan perlahan, mengikut jeda untuk menghasilkan irama.Gendang (dram)

-menghasilkan pelbagai jenis bunyi, bergantung pada bagaimana ia dimainkan. Gendang boleh dimainkan dengan jari, tangan, atau buku jari atau dengan paluan. Bunyi gendang terbaik ketika dipukul dengan sentuhan melenting cepat sehingga kulit di atas gendering boleh bergaung.Jingle bells

-dipasang pada plastik atau kain dan boleh digoncang dengan tangan atau diikat pada pergelangan kaki atau pergelangan tangan.Rebana (tambourines)

-kegemaran anak-anak kecil. Dilengkapi dengan bingkai yang diperbuat daripada kayu atau plastic dengan plastic atau kulit gendering dan set kecil alat bunyian yang diletakkan disekeliling rebana. Anda boleh mengetok dengan tangan atau jari, menggoncang rebana atau mengabungkan kedua-dua tindakan tersebut.

BAHAN ASAS UNTUK GERAKAN

Bahan Cara menggunakan

Syal/ selendang (scarves)

-berikan syal yang ringan kepada kanak-kanak, berwarna warni supaya syal tersebut dapat bergerak ke atas dan ke bawah dan juga di sekeliling tubuh badan mereka. Selain itu, juga boleh menggerak-gerakkan selendang bolak-balik dengan cepat, melambai-lambai berulang-ulang mengikut irama. Kanak-kanak juga boleh berputar dalam lingkungan syal, mencampakkan syal dan menagkapnya. Guru perlu membimbing kanak-kanak supaya menggunakan syal dengan cara pergerakan yang sesuai mengikut muzik. Mereka akan bergerak bebas di persekitaran untuk melakukan aktiviti ini.Pita (streamers)

-untuk nampak lebih menarik, kanak-kanak boleh menggunakan pita yang panjang. Ia akan bergerak dan bergoyang mengikut pergerakan yang dilakukan. Apabila di letakkan di lantai.Gelung (hoops)

Beanbags

-Anda boleh menempatkan beberapa bulatan di lantai dan membiarkan anak-anak mempelajari pelbagai cara untuk bergerak di dalam lingkaran, dalam dan keluar daripada lingkaran, dan di luar gelung tersebut. Dorong anak anda untuk bereksperimen dengan memasukkan sebahagian tubuh mereka di dalam lingkaran dan sebahagian tubuh lain di luar. Misalnya, meminta anak-anak, "anda boleh meletakkan kedua kaki di dalam lingkaran dan membiarkan tangan anda berjalan-jalan di luar lingkaran itu?" Mereka juga boleh menggunakan gelung untuk melompat dengan menggangap gelung tersebut sebagai tali untuk melatih kemahiran melompat.

Berikan beanbag kepada setiap kanak-kanak(mempunyai pelbagai warna dan bentuk yang berlainan). Guru atau ibu bapa perlu menunjukkan pergerakan supaya mereka dapat mengikuti: meletakkan beanbag di kepala anda, dan berjalan mengelilingi bilik tanpa membiarkannya jatuh. Letakkan beanbag di bahu, lengan, siku, kaki anda. Letakkan di belakang, dan merangkak di sekitar bilik. Meletakkannya di lantai, dan melompat di atasnya. Duduk di beanbag anda. Roll atas bantal. Melemparkannya ke udara, dan menangkapnya dengan kedua tangannya. Menggabungkan kegiatan beanbag dengan pita.

Emile Jacques-DalcrozeOleh : Mastor Hj Jarkaseh22 Ogos 2009Emile Jaques-Dalcroze ( 1865 - 1950) ialah seorang pendidik muzik Swiss yang mencipta kaedah Eurhythmic, iaitu satu kaedah pengalaman pembelajaran muzik melalui pergerakan berirama. (Pengaruh konsep eurhythmics ini dapat dilihat dalam pedagogi Orff Schulwerk yang digunakan secara meluas di Amerika Syarikat).Kaedah Dalcroze adalah bersaskan prinsip bahawa muzik dan gerakan sentiasa berkaitan. Dalam setiap muzik akan ada satu gerakan yang dapat dikaitkan dengan muzik tersebut. Kaedah ini mengandungi tiga elemen penting iaitu: Irama, Solfa dan Improvisasi. Elemen-elemen tersebut, menurut Dalcroze adalah satu latihan muzikal yang menyeluruh dalam membentuk ahli muzik yang baik. Dalam kaedah ini, elemen-elemen dalam setiap subjek diadun melalui aktiviti kreativiti muzik dan pergerakan.

Dalcroze memulakan kerjaya sebagai pendidik muzik di Geneva Conservatory dimana beliau mengajar harmoni dan solfa. Beliau mula membuat percubaan kaedah-kaedah baru semasa mengajar dalam kelas-kelas beliau. Pada 1906, Dalcroze mula memperkenalkan kaedah-kaedah beliau kepada orang ramai. Tahun 1910, dengan bantuan rakannya Wolf Dohm, beliau mengasaskan sebuah sekolah muzik di Hellerau yang menggunakan sepenuhnya kaedah-kaedah pembelajaran beliau. Bagaimanapun, pada tahun 1914 sekolah ini terpaksa ditutup kerana berlaku Perang Dunia Pertama.

Dalcroze kembali ke Geneva dan mengasaskan pula Institut Jaques-Dalcroze. Beliau mengajar di sekolah ini sehingga akhir hayat beliau. Inilah satu-satunya di sunia sebuah institusi yang memberikan sijil, diploma dan ijazah pengkhususan kaedah Dalcroze kepada penuntut-penuntutnya.

maklumat lanjut;

http://www.allianceamm.org/resources_elem_Dalcroze.html