latest-laporan

33
ABSTRAK Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengkaji peranan dan kedudukan wanita dalam Adat Perpatih yang secara umumnya diamalkan oleh masyarakat di Negeri Sembilan. Menurut Norazit Selat (1990), adat perpatih adalah satu peraturan hidup yang sistematik yang berteraskan keharmonian hidup bermasyarakat. Di Negeri Sembilan, Adat Perpatih dilaksanakan hampir sepenuhnya dalam pelbagai aspek kehidupan masyarakat iaitu penentuan pentadbiran, pembahagian kuasa politik, pembahagian dan pengurusan tanah pusaka, penyusunan prinsip perkahwinan dan sebagainya. Sehubungan itu, keturunan dalam Adat Perpatih adalah menerusi pihak perempuan yang mana seseorang anak adalah berpihak kepada ibunya dan dia dianggap tidak ada pertalian dengan suku bapanya. Sememangnya, adat ini sangat mempengaruhi kehidupan masyarakat yang berkenaan. Hal ini kerana adat perpatih masih lagi kuat diamalkan di sebahagian daerah di Negeri Sembilan. Pemilihan kawasan perkampungan iaitu di Kampung Padang Lebar, Terachi, yang terletak pada bahagian daerah Kuala Pilah dan dijadikan sebagai kawasan kajian adalah disebabkan oleh kebanyakan masyarakat di kawasan tersebut masih mengekalkan nilai-nilai yang terdapat di dalam adat perpatih. Sementara itu, pemilihan responden kajian juga adalah berdasarkan kepada mereka yang mempunyai jawatan dalam sistem pentadbiran yang diamalkan dalam adat perpatih. Memandangkan adat perpatih menggunakan sistem matrilineal, maka wanita

Transcript of latest-laporan

Page 1: latest-laporan

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengkaji peranan dan kedudukan wanita dalam

Adat Perpatih yang secara umumnya diamalkan oleh masyarakat di Negeri Sembilan.

Menurut Norazit Selat (1990), adat perpatih adalah satu peraturan hidup yang sistematik

yang berteraskan keharmonian hidup bermasyarakat. Di Negeri Sembilan, Adat Perpatih

dilaksanakan hampir sepenuhnya dalam pelbagai aspek kehidupan masyarakat iaitu

penentuan pentadbiran, pembahagian kuasa politik, pembahagian dan pengurusan tanah

pusaka, penyusunan prinsip perkahwinan dan sebagainya. Sehubungan itu, keturunan

dalam Adat Perpatih adalah menerusi pihak perempuan yang mana seseorang anak adalah

berpihak kepada ibunya dan dia dianggap tidak ada pertalian dengan suku bapanya.

Sememangnya, adat ini sangat mempengaruhi kehidupan masyarakat yang berkenaan. Hal

ini kerana adat perpatih masih lagi kuat diamalkan di sebahagian daerah di Negeri

Sembilan. Pemilihan kawasan perkampungan iaitu di Kampung Padang Lebar, Terachi,

yang terletak pada bahagian daerah Kuala Pilah dan dijadikan sebagai kawasan kajian

adalah disebabkan oleh kebanyakan masyarakat di kawasan tersebut masih mengekalkan

nilai-nilai yang terdapat di dalam adat perpatih. Sementara itu, pemilihan responden kajian

juga adalah berdasarkan kepada mereka yang mempunyai jawatan dalam sistem

pentadbiran yang diamalkan dalam adat perpatih. Memandangkan adat perpatih

menggunakan sistem matrilineal, maka wanita mempunyai kedudukan tertentu dalam sistem

ini. Justeru, kajian ini akan membincangkan tentang peranan dan kedudukan wanita dalam

adat perpatih di samping melihat kehidupan sebenar amalan sistem bersuku serta meninjau

kehidupan masyarakat Adat Perpatih.

Page 2: latest-laporan

1.0 PENGENALAN

Menurut H.M Siddin (1994: 6), adat adalah satu kebiasaan daripada perbuatan yang

berulang-ulang yang boleh diterima oleh masyarakat sebagai satu peraturan yang mesti

dipatuhi. Namun begitu, adat bukan sahaja merupakan suatu tatatertib dan suatu kelakuan

yang diamalkan oleh masyarakat tetapi ia merupakan seolah-olah sebagai satu bentuk

perlembagaan (Mohtar Md. Dom 1997: 1). Justeru, kewujudan sesuatu adat dalam

kehidupan sesebuah masyararakat adalah berkait rapat dengan sebilangan kecil

kepercayaan dan amalan hidup bermasyarakat tersebut dan dapat dikatakan bahawa ia

adalah merupakan salah satu unsur dan falsafah budaya masyarakat itu sendiri.

Sehubungan itu, Adat Perpatih merupakan adat yang diamalkan di Negeri Sembilan

dan Naning di Melaka oleh kebanyakan orang Melayu. Adat ini dibawa oleh orang

Minangkabau yang datang merantau ke Semenanjung Tanah Melayu, khususnya Negeri

Sembilan dan Naning (Mohtar Md. Dom 1997:2) Semenjak dari itu sehinggalah kepada

sekarang, keturunan-keturunan orang Minangkabau dari wilayah tersebut masih lagi

mengamalkan peraturan-peraturan dan undang-undang yang terdapat di dalam Adat

Perpatih.Sistem Adat Perpatih seperti yang diamalkan merangkumi aspek-aspek sosial,

budaya, ekonomi, dan politik. Oleh itu, sistem Adat Perpatih ini dianggap sebagai suatu

peraturan dan undang-undang yang lengkap. Ia juga telah mengalami proses sosioalisasi

yang lengkap. Memang tidak dapat dinafikan, sistem Adat Perpatih ini bersendikan kepada

sistem unilateral-matrilineal iaitu dengan menggalurkan keturunan dari nasab sebelah ibu

atau perempuan sahaja.

Sehubungan itu, kedudukan dan peranan wanita dalam Adat Perpatih adalah amat

tinggi. Menurut pandangan H. Datoek Toeah (1984: 219),ianya banyak menumpukan

terhadap satu gelaran yang dipanggil bundo kanduang. Gelaran ini adalah gelaran yang

dipanggil terhadap perempuan Minangkabau yang dianggap sebagai ratu serta mempunyai

kuasa. Panggilan Bundo adalah bermaksud ibu manakala kanduang pula ialah sejati. Oleh

Page 3: latest-laporan

itu, semua perempuan Minangkabau dianggap sebagai ibu atau bakal ibu sejati. Mereka

juga dianggap tidak kurang pentingnya sebagai salah seorang pemimpin dalam pengamalan

Adat Perpatih. Hal ini dapat dilihat melalui maksud perbilangan adatnya iaitu :

Bundo kanduang limpapeh rumah nan gadang

Umbun pura pegangan kunci

Umbun pura alunan bunian

Pusat jala kumpulan tali

Semarak di dalam kampung

Hiasan dalam negeri

Nan gadang besar bertuah

Kok hidup tempat bernazar

Kok mata tempat berniat

Ke undang-undang ke madinah

Ke payung panji ke syurga

Pengamalan sistem matrilineal yang diamalkan oleh masyarakat Adat Perpatih, iaitu

dengan memberi hak kepentingan mengikut nasab ibu maka Adat Perpatih terus

berkembang dan menjadi suatu sistem adat yang tersendiri. Namun demikian, satu hal yang

membezakan Adat Perpatih dengan adat-adat lain yang menunjukkan jurang luas antara

mereka ialah sistem perwarisan harta pusaka yang mana menurut adatnya perempuan lebih

berhak daripada lelaki dan hak ini tidak boleh diganggu-gugat sejak daripada dulu.

Seterusnya, hal ini dapat dihubungkaitkan dengan teori melalui kajian ini iaitu berfokuskan

kepada teori feminis kontemporari. Teori feminis merangkumi sistem idea tentang kehidupan

sosial dan pengalaman manusia yang berkembang atas asas persoalan wanita dalam

masyarakat.

Page 4: latest-laporan

Dengan kata lain, teori feminis adalah berpusarkan kepada wanita (women

centered). Sehubungan itu, hal ini dapat dilihat dari tiga sudut iaitu dari sudut pertama

melalui objek penilaian bagi teori feminis manakala, dari sudut kedua pula dilihat melalui titik

tolak bagi semua kajian yang dilakukan adalah berkisarkan pada keadaan dan pengalaman

kaum wanita. Sekiranya dilihat daru sudut ketiga pula, wanita dijadikan subjek pokok dalam

semua proses penyelidikan dan segala perkara adalah dilihat dari kaca mata wanita. Hal ini

dapat dijelaskan berdasarkan kepada fokus kajian iaitu kedudukan dan peranan wanita

dalam Adat Perpatih yang mana adat ini mengutamakan wanita dan tidak menindas kaum

ini. Teori feminis juga memihak kepada persoalan wanita ini bertujuan mewujudkan satu

suasana kehidupan yang lebih baik bukan sahaja kepada kaum wanita tetapi kepada

seluruh umat manusia.

2.0 Objektif Kajian

Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengumpul maklumat berkaitan dengan

peranan dan kedudukan wanita dalam adat perpatih. Sejajar dengan matlamat tersebut,

terdapat beberapa persoalan-persoalan yang telah digariskan untuk menjadi fokus

pemerhatian dalam kajian ini iaitu:

Menghuraikan peranan wanita dan kedudukan dalam Adat Perpatih.

Mengkaji penerimaan Adat Perpatih dalam masyarakat moden terutamanya bagi

generasi masa kini.

3.0 METODOLOGI KAJIAN

Page 5: latest-laporan

3.1 Kaedah Kajian

Dalam konteks ini, kajian diadaptasi melalui pendekatan kualitatif yang hanya melibatkan

penyelidikan dan penelitian maklumat melalui keterangan, pemerhatian serta analisis

sumber mentah temu bual. Kajian ini tidak melibatkan pengumpulan data secara numerikal.

Hal ini kerana, kaedah yang banyak digunakan ialah melalui kaedah temuramah secara

rasmi dan tidak rasmi sahaja. Kaedah soal selidik tidak digunakan kerana kajian ini hanya

melibatkan pandangan penduduk dalam adat pepatih. Huraian dan perbincangan mengenai

falsafah akan lebih menjadi releven serta intrepretasinya turut menjadi lebih rasional melalui

metadologi ini.

3.2 Tatacara Pemerolehan Data

Dalam kajian ini, terdapat dua data asas iaitu meliputi data primer dan data sekunder. Data

primer diperolehi melalui kajian lapangan (fieldwork) yang akan dijalankan. Bagi

mendapatkan data skunder pula, kaedah yang digunakan adalah melalui rujukan bahan.

Rujukan bahan juga lebih dikenali sebagai satu proses mendapatkan sumber maklumat.

Kajian falsafah melalui kedudukan dan peranan wanita dalam adat pepatih ini memerlukan

penganalisaan dan rujukan dokumen dan bahan bacaan di perpustakaan, jurnal, majalah,

akhbar, internet, serta kajian lepas yang telah dihasilkan oleh pengkaji-pengkaji tertentu,

sebagai asas membentuk satu penulisan yang kukuh, sahih dan tepat dalam aspek

penghuraian serta perbicangan semasa. Beberapa komponen akan digunakan dalam

tatacara memperolehi data, antaranya seperti:

3.2.1 Kajian Lepas (Literature Review)

Dalam kajian lepas, pengkaji telah melihat tulisan Dr Mohd Rosli Saludin dalam bukunya

yang “bertajuk peranan dan kedudukan wanita dalam adat pepatih”. Dalam buku ini, penulis

buku ini telah menjelaskan tentang martabat wanita dalam adat pepatih yang sering

Page 6: latest-laporan

dipandang serong sejak akhir-akhir ini. Serongnya pandangan tersebut berpunca daripada

pentafsiran yang terlalu sempit tanpa membuat penyelidikan terlebih dahulu.

Selain itu, menurut H. Datoek Toeah( 1984:219) menyatakan bahawa banyak

menumpukan terhadap satu gelaran yang dipanggil bundo kanduang. Gelaran ini adalah

terhadap perempuan minangkabau yang boleh dianggap sebagai ratu dan mempunyai

kuasa. Bundo bermaksud ibu dan kandung ialah sejati. Dalam kajian “ Naning Luak

Terbilang”, pengkaji telah menggunakan beberapa bahan bertulis untuk mendapatkan

maklumat bagi kajian ini. Dalam konteks ini pengkaji menfokuskan perkara yang berkaitan

dengan peranan dan kedudukan wanita dalam adat pepatih berbanding kajian ini yang akan

menjelaskan perkaitannya dengan sosiobudaya atau lebih lanjut perkaitannya dengan

masyarakat.

Dalam buku tulisan ` Dr Mohd Rosli Saludin juga telah menerangkan berkaitan

kedudukan wanita dalam adat pepatih. Buku ini menjelaskan bahawa wanita sebenarnya

adalah sebagai pembantu ekonomi yang paling kuat` . ini menjelaskan bahawa peranan

wanita dalam bidang ekonomi adalah sangat penting. Selain itu dalam karya penulisan dr

mohd rosli saludin juga ada menerangkan mengenai “Kehebatan Wanita” dan “Sifat-Sifat

yang Harus ada pada Wanita Adat Pepatih”. Dengan adanya contoh-contoh buku ini akan

memudahkan lagi kajian yang ingin dilakukan oleh pengkaji.

Selain itu, dalam karya Asmad yang ‘bertajuk Kesenian Adat, Kepercayaan dan

Petua’ telah menjelaskan mengenai adat pepatih di Malaysia. Dalam konteks ini adalah lebih

meluas dan tidak menerangkan kedudukan dan peranan wanita dalam adat pepatih tetapi

karya ini boleh dijadikan rujukan serta dijadikan bahan untuk mengukuhkan lagi

permasalahan pengkaji. Dalam karya ini juga telah menerangkan mengenai kedudukan adat

pepatih dalam masyarakat moden pada zaman kini. Asmad juga telah menjelaskan bahawa

adat pepatih di Negeri Sembilan dan juga Naning, Melaka adalah sama tetapi yang masih

Page 7: latest-laporan

kuat mengamalkan adat pepatih ialah di Negeri Sembilan dan daerah yang masih kuat

mengamalkannya ialah di daerah Kuala Pilah.

Selain itu, menurut Azizah Kassim (1994:75-77), kedudukan wanita dalam

komunikasi kepimpinan Adat Perpatih di Negeri Sembilan dapat diukur dan ditentukan

dengan mengkaji hak dan tanggungjawabnya. Dalam komunikasi kepimpinan Adat Perpatih

di Negeri Sembilan, hak dan tanggungjawab wanita tersirat dalam prinsip adat itu sendiri. Ini

akan mengukuhkan lagi pemahaman pengkaji tentang adat pepatih.

Menurut Mohd Shah Mazlan, Kampung Dioh, Negeri Sembilan, 22 Mac 2001)

Kaum perempuan menurut adat di dalam pergaulan sehari-hari, ramah dan rendah hati,

tidak angkuh dan sombong, baik sesamanya mahupun dengan lelaki. Ini menunjukkan

bahawa kaum wanita adalah mulia dalam adat pepatih dan mesti menjaga keharmoniannya

dalam masyarakat tersebut.

3.2.3 Kajian Rintis (Pilot Survey)

Ujian Rintis merupakan satu metodologi yang releven dalam kajian falsafah ini. Rasionalnya,

kajian ini tidak akan melibatkan penggunaan set soal selidik, bahkan hanya mendiskripsi

serta menganalisis data melalui rujukan sumber kedua (secondary information). Kajian ini

turut melibatkan pemerhatian secara langsung (pilot survey) sebagai mukadimah bagi

mendapatkan maklumat mengenai kedudukan wanita dalam adat pepatih.

Pengkaji sendiri akan ketempat yang ingin dikaji dan akan memperolehi atau

memunggut data yang ingin dikaji iaitu berkaitan dengan peranan wanita dalam adat

pepatih. Pengkaji akan menggunakan pelbagai kaedah untuk mendapatkan maklum balas

daripada pihak yang ingin memberi kerjasama dengan pengkaji. Pengkaji perlu meminta

kebenaran terlebih dahulu untuk mengadakan penyelidikan di sesuatu tempat. Jadi kajian

rintis ini sangat penting kerana dengan adanya kajian rintis akan memudahkan setiap kerja

Page 8: latest-laporan

yang dilakukan. Pengkaji juga perlu mengetahui tempat yang berpotensi untuk dikaji malah

dengan kajian rintis ini akan memudahkan urusan dengan pihak yang berkaitan.

3.2.4 Pemerhatian dan Penglibatan

Pemerhatian dan penglibatan akan melibatkan kelompok masyarakat di kawasan

Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Dalam konteks ini, pengkaji akan memerhatikan perbezaan

dalam tiga kelompok masyarakat yang turut menjalankan adat pepatih dalam masyarakat.

Dalam pemerhatian pengkaji telah melihat kebanyakkan masyarakat di kawasan Kuala Pilah

masih lagi mengamalkan adat pepatih yang kuat, jadi ini akan memudahkan pengkaji untuk

mengetahui adakah kedudukan wanita dan adakah wanita ini berperanan penting dalam

adat dan juga masyarakat.

Selain itu, pengkaji juga turut terlibat dengan penglibatan dalam masyarakat rembau

dan ingin mengetahui sosioekonomi ini berkaitan dengan wanita ataupun tidak. Pengkaji

turut menyertai aktiviti ekonomi penduduk disana dan mengetahui kebanyakkan wanita

disana masih lagi bereperanan dalam ekonomi untuk meningkatkan lagi taraf ekonomi

keluarga masing-masing kerana pada zaman dahulu masyarakat lelaki akan merantau untuk

mencari rezeki dan yang tinggal hanyalah wanita sebagai pembantu ekonomi keluarga.

3.2.5 Temu Bual

Temu bual dibahagikan kepada dua iaitu secara rasmi dan juga tidak rasmi. Temu bual

secara rasmi diselenggara oleh pengkaji sendiri dengan mengemukan soalan yang

berkaitan dengan adat pepatih kepada mereka yang mempunyai pengetahuan tentang adat

pepatih. Terdapat dua responden yang bakal di temu bual, iaitu :

i. Mereka yang memiliki dan mempunyai pengetahuan tentang adat pepatih.

ii. Penduduk sekitar yang tidak mempunyai tentang adat pepatih.

Page 9: latest-laporan

Temu bual yang akan dijalankan adalah melibatkan masyarakat yang mengamalkan

adat pepatih di Kuala Pilah Negeri Sembilan serta masyarakat sekitarnya. Antara lain, temu

bual juga diadakan bersama dengan kumpulan-kumpulan penyelidik, penulis-penulis kajian,

individu dalam kelompok masyarakat yang telibat dalam pengamalan adat pepatih.

Seterusnya, temu bual ini juaga akan melibatkan kebanyakan kumpulan pendidik serta

pensyarah dan orang kenamaan di negeri sembilan bagi melihat konteks dan penerimaan

adat tersebut dalam konteks agama dan juga masyarakat sekitarnya.

Dalam temubual ini juga, pengkaji dapat mengetahui kedudukan adat pepatih dalam

masyarakat masih diguna pakai pada hati ini ataupun tidak. Hal ini akan terjawab selepas

pengkaji menemurah responden-responden tersebut. Selain itu juga, pengkaji akan

membuat ulasan kembali berkaitan dengan adat pepatih dengan membezakan pendapat

yang terdapat dalam buku dengan keterangan yang diberikan oleh responden. Maka ini

akan terhasillah objektif dan maka akan terjawablah permasalahan kajian dikaji oleh

pengkaji. Dalam kategori pertama, pengkaji telah menemurah 2 orang responden rasmi iaitu

antara tokoh yang telah ditemubual oleh pengkaji ialah seperti:

a) Profeser Dato Paduka Rosli bin Saludin ( Ketua Jabatan Kesusasteraan Melayu,

Fakulti Bahasa, Upsi ).

b) Dato Diraja Ahmad bin Awaludin ( Ketua Adat Istana Seri Menanti ).

Dalam kategori kedua, informan terdiri daripada individu yang tidak mempunyai

pengetahuan tentang adat pepatih. Mereka merupakan penduduk tempatan daerah

rembau, negeri sembilan. Temu bual tidak rasmi ini bertujuan untuk memperoleh

pandangan serta penerimaan masyarakat terhadap adat pepatih dalam konteks masyarakat

moden.Pengkaji mengaggarkan responden yang bakal diperolehi untuk kajian ini adalah

seramai 30 orang.0

Page 10: latest-laporan

3.3 Analisis Data

Penganalisaan data dilakukan dengan menggunakan rakaman video, kamera, dan rakaman

suara. Bahan-bahan teknologi yang lain seperti komputer turut akan digunakan bersama

bagi membantu kajian dan penyelidikan yang dijalankan.

4.0 ANALISIS HASIL KAJIAN

4.1 Peranan dan Kedudukan Wanita dalam Adat Perpatih

Dalam jangkaan hasil kajian yang diperoleh oleh pengkaji ialah berdasarkan objektif yang

pertama iaitu berkaitan peranan wanita dan kedudukan dari perspektif sosioekonomi

mengikut Adat Perpatih. Hal ini dapat dilihat melalui kedudukan wanita dalam adat perpatih

iaitu wanita ini dianggap sebagai pembantu ekonomi yang paling tinggi selepas lelaki kerana

pada masa tersebut kaum lelaki akan keluar merantau untuk mencari rezeki dan yang

tinggal hanyalah kaum wanita sahaja di sesebuah kampung. Masa yang ada hanyalah untuk

mempertingkatkan taraf ekonomi bagi keluarga mereka sahaja. Jadi ini menyebabkan kaum

wanita amat berperanan dalam sosioekonomi. Maka lahirlah pekerjaan seperti tenunan,

sulaman, anyaman, mengerjakan sawah dan berbagai-bagai lagi industri kampung pada

zaman dahulu. Dan kini wanita moden dalam Adat Perpatih masih lagi bergiat aktif dalam

sektor ekonomi.

Bagi mereka bekerja dan mencari nafkah amatlah diutamakan dan akan dijadikan

kayu pengukur dalam menilai atau melihat kejayaan keluarga dan sukunya. Mereka begitu

dominan sekali terutama dalam mengusahakan sawah, anyaman, sulaman, tanaman

sampingan seperti jagung an sebagainya. Sekarang mereka lebih suka bekerja di kilang

walaupun gajinya lebih rendah. Selain itu, mereka juga lebih suka berhijrah ke bandar besar

untuk merubah hidup iaitu ekonomi sesebuah keluarga akan meningkat. Tetapi pada zaman

moden kini, kebanyakan anak muda yang berhijrah ke bandar sudah melupakan adat yang

diamalkan di kampung mereka dan akan berlakulah perkara yang tidak diingini seperti

Page 11: latest-laporan

berlaku kejutan budaya dan masalah sosial yang semakin meningkat akibat dari

penghijrahan dari kampung ke bandar.

Berdasarkan objektif pertama juga, pengkaji mendapati peranan wanita dari aspek

sosioekonomi dapat lihat melalui pewarisan pusaka. Pembahagian harta dalam Adat

Perpatih terbahagi kepada harta pusaka, harta dapatan, harta pembawaan dan harta dari

laki bini (harta carian). Adat perpatih mengutamakan kaum perempuan dalam konteks

pembahagian harta. Walaupun pada mulanya terdapat pertentangan antara hak lelaki dan

hak perempuan dalam harta pusaka tetapi akhirnya masalah ini dapat diselesaikan dengan

menyatakan bahawa masing-masing diberi hak sama rata berdasarkan keperluan masing-

masing. Wanita diberi hak memegang harta pusaka terutama tanah dan rumahnya kerana

wanita dianggap sebagai wanita yang lemah dan wanita tidak boleh dipergunakan oleh lelaki

dan untuk menjamin keharmonian hidup seseorang wanita supaya dapat menjamin maruah

wanita. Tetapi kaum lelaki tetap berhak menikmati hasil pusaka dan tinggal di rumah pusaka

serta berkuasa mentadbirnya. Hal demikian dinyatakan dalam ungkapan perbilangan adat

seperti berikut:

Anak perempuan menerima pusaka

Anak lelaki memegang pusaka

Konsep tanah pusaka ini membawa maksud tanah yang dimiliki oleh nenek moyang

sejak zaman berzaman. Tanah ini, akan diwarisi oleh generasi terkemudian. Bagi menjamin

tanah tersebut tidak berpindah milik kepada keluarga di luar lingkungan waris, maka tanah

tersebut akan diturun milikkan kepada waris perempuan. Peraturan tersebut adalah untuk

memastikan tanah pusaka tidak bertukar tangan kepada orang di luar waris. Hal ini dapat

dilihat kerana kaum wanita secara fizikalnya sebagai kaum yang lemah berbanding lelaki.

Atas alasan ini, terdapat kecenderungan kelompok kekeluargaan yang asal untuk

menghadkan pusaka hak wilayahnya, harta benda, gelaran dan lain-lain kepada anak ahli

perempuan.

Page 12: latest-laporan

Dalam pembahagian harta kepada waris, walaupun jumlah harta tersebut sedikit

namun ia dapat menjadi asas untuk memulakan kegiatan ekonomi seperti pertanian,

penternakan serta membina rumah sebagai tempat berteduh bagi keluarga. Oleh itu, harta

pusaka yang diwarisi dapat menggerakkan pertumbuhan ekonomi dalam sesebuah keluarga

bersama suami dan anak-anak. Selain itu, pembahagian harta yang berpihak kepada kaum

wanita juga dilihat wajar apabila berlaku penceraian dalam sesebuah institusi kekeluargaan

sama ada kerana meninggal dunia atau penceraian hidup. Dengan ini, mereka tidak akan

hidup dengan meminta-minta dan menumpang di tanah orang lain. Oleh itu, terdapat

falsafah yang tersembunyi dalam proses pembahagian harta pusaka bagi Adat Perpatih iaitu

memberi satu jaminan kepada wanita-wanita tersebut sekiranya berlaku penceraian.

Dalam sosial pula, pengkaji telah melihat cara kehidupan masyarakat yang

mengamalkan Adat Perpatih di daerah Kuala Pilah. Semua peraturan dan tanggungjawab

dalam pembentukan keluarga dan hidup berjiran yang termasuk dalam konsep budi bahasa

juga merupakan peraturan dan tanggungjawab yang wajar diteruskan dalam pembentukan

dan penghidupan bermasyarakat. Peraturan ini ditambah lagi dengan lima perkara berikut,

iaitu kewajipan memberi dan menjawab salam, mendoakannya apabila bersin,

mengucapkan takziah apabila ditimpa bencana, menziarahi mereka apabila sakit dan

menguruskan pengebumian dari awal sampai akhir. Sejarah tamadun Islam telah

membuktikan betapa penting dan besarnya fungsi bahasa. Bahasa telah,sedang dan akan

terus memainkan peranannya sebagai media penyebaran dakwah Islamiah, media

pemantap pendidikan, media penyebar ilmu pengetahuan, media pengukuhan pemerintahan

Islam, media peningkatan kegiatan perdagangan dan media pembentuk dan pengukuhan

institusi kekeluargaan, hidup berjiran dan bermasyarakat.

Dari segi perkahwinan pula, dalam adat perpatih perkahwinan mewujudkan orang

semenda iaitu lelaki yang berkahwin dengan wanita Negeri Sembilan dan tempat semenda

Page 13: latest-laporan

yang merupakan rumah tempat tinggal wanita tersebut bersama keluarganya. Selain itu,

dalam hal perkahwinan terdapat juga perbilangan yang melarang orang semenda

mengahwini mana- mana wanita di Negeri Sembilan yang sesuku dengan isterinya.

Larangan tersebut jelas menunjukkan bagaimana adat perpatih memberi kedudukan yang

istimewa kepada wanita Negeri Sembilan. Ini secara tidak langsung tidak menggalakkan

poligami di kalangan lelaki yang berkahwin di Negeri Sembilan.

Dalam perkahwinan juga, ada menyatakan bahawa kaum lelaki bukan daripada

Negeri Sembilan tidak mengusahakan tanah dengan bersungguh-sungguh kerana mereka

menganggap harta tersebut adalah milik kaum perempuan dan jika berlaku penceraian harta

ini tetap akan ditinggalkan. Hal ini dapat dilihat dalam ungkapan adat yang mendapat

jawapan yang berkaitan dengan ulasan di atas:

Adat pertemuan dinikahi

Habis pertemuan decerai

Carian bajagi

Dapatan tinggal

Pembawa kembali

Sekutu belah

Suarang beragih

Peranan wanita dalam Adat Perpatih juga dilihat dalam aspek kekeluargaan. Sistem

kekeluargaan dalam Adat Perpatih adalah berdasarkan nasab ibu atau matrilineal iaitu

pertalian keluarga atau keturunan mengikut keluarga sebelah ibu. Salah satu sebab kenapa

keturunan ditarik dari sebelah ibu agar manusia yang dilahirkan (oleh kaum ibu tentunya)

terutama lelaki, menghormati dan memuliakan kaum yang sejenis atau sejantina dengan

ibunya tanpa memandang bulu. Konsep hidup dalam Adat Perpatih ialah bersuku-suku.

Page 14: latest-laporan

Terdapat 12 suku dalam Adat Perpatih iaitu: Biduanda, Seri Lemak, Batu Hampar, Paya

Kumbuh, Seri Melanggang, Tanah Datar, Tiga Batu, Tiga Nenek, Mungkal, Batu Belang,

Anak Melaka, Anak Aceh. Suku diwarisi dari sebelah ibu.

Kehadiran kaum perempuan di dalam keluarga sangat diharapkan oleh kepimpinan

Adat Perpatih. Jika dalam suatu keluarga tidak ada lagi kaum perempuan, keluarga itu

dianggap tidak sempurna. Tidak ada lagi yang akan melanjutkan keturunan kerana sesuai

dengan garis matrilinelnya keturunan ditarik dari garis perempuan. Oleh sebab itu setiap

keluarga di dalam komunikasi kepimpinan Adat Perpatih selalu mengharapkan keberadaan

perempuan di dalam keluarganya.

Wanita juga mempunyai hak dalam perbincangan dan mempunyai hak bersuara

yang sama dengan kaum lelaki. Setiap keputusan dan pelaksanaan ditentukan dalam setiap

suku Adat Perpatih contohnya perkahwinan, wanita sangat berperanan dalam

menentukannya. Jika pihak wanita tidak bersetuju maka majlis perkahwinan tersebut tidak

boleh diteruskan. Peranan wanita dalam Adat Perpatih juga dapat dilihat dari segi

menguruskan keluarga terutama sekali dalam mendidik anak-anak supaya menjadi manusia

yang berguna dan berakhlak mulia. Bagi masyarakat yang mengamalkan Adat Perpatih

menganggap wanita merupakan penentu dalam menentukan kualiti generasi akan datang.

Kedudukan kaum wanita dalam Adat Perpatih dianggap sebagi sesuatu yang suci

dan indah, sebagi sumber kasih sayang dunia dan akhirat. Kunci maruah adalah wanita.

Jika seseorang wanita membuat perkara yang tidak baik, malunya ditanggung oleh seluruh

suku. Oleh itu demi menjaga maruah sesuku, kaum wanita diberi kedudukan ekonomi yang

teguh serta wanita dikawal ketat oleh kaum lelaki. Antara lelaki dan wanita biarpun sesuku,

namun dikenakan peraturan-peraturan adab sopan yang keras kerana bimbang perkara

yang tidak dingini terjadi dan secara tidak langsung telah menjatuhkan maruah suku

tersebut.

Page 15: latest-laporan

4.2 Penerimaan Adat Perpatih dalam Konteks Masyarakat Moden

Dalam membicarakan persoalan mengenai adat Perpatih, setiap orang mempunyai

penilaian tersendiri dan sudah pasti ia akan mewujudkan satu fenomena yang menarik

mengenainya.Secara amnya, ramai masyarakat luar membuat tanggapan yang negatif

terhadap adat perpatih tanpa mengetahui mengapa adat berkendak demikan. Sebelum

membuat apa-apa rumusan mengenainya adalah lebih adil jika seseorang memahami

dahulu tentang nilai dan pemikiran masyarakat Perpatih terhadap sesuatu adat yang

diamalkan.

Setiap masyarakat mempunyai sistem nilai yang berlainan, jika salah tafsir

mengenainya boleh membuatkan satu pentafsiran yang tidak adil. Nilai adalah fikiran,

tanggapan dan konsep tertentu yang dikatakan “ level of the mind”, dalam erti kata yang lain

menjadi penggerak kelakuan adalah nilai. Penilaian tentang pro dan kontra mengenai adat

tidak sahaja datangnya dari masyarakat luar masyarakat yang Perpatih sendiri sedar

tentang wujudnya ketidakselarasan adat Perpatih dalam kehidupan mereka sama ada dalam

kegiatan sosial atau agama khasnya.Hal ini mewujudkan pencanggahan pendapat iaitu

sebahagian daripadanya menganggap agama adalah sebagai fenomena yang meliputi

keseluruhan hidup mereka.

Ketetapan agama dilihat sebagai aturan hidup melibatkan perlakuan mereka sehari-

hari yang perlu diikuti. Mereka melihat hukum syarak dan adat sebagai satu, perlu seiring

untuk menjalinkan kehidupan dunia dan akhirat, ia tidak boleh dipisahkan seperti kata

perbilangan di bawah :

Ibarat cermin yang tidak kabur

Ibarat pelita yang tidak padam

Dan memandang agama sebagai :

Ibarat suluh yang terang

Page 16: latest-laporan

Ibarat cahaya yang menerangi kegelapan

Manakala sebahagian yang menganggap agama sebagai institusi yang wujud dalam

kehidupan mereka yang didalamnya terkandung perlakuan ibadat semata-mata. Mereka

melihat agama dan adat terpisah dari segi kepentingan amalannya untuk dunia dan akhirat.

Mereka mahu terus menegakkan adat tanpa memikirkan kepentingan yang mungkin wujud

melalui agama atau kadang-kadang sengaja tidak mahu memikirkannya sebab dengannya

akan memaksa mereka memilih antara agama dan adat. Ini bukan bermakna mereka

membelakangkan agama Islam atau sengaja mahu mengabaikannya namun ia lahir akibat

dari nilai dan pemikiran yang telah dibentuk sejak dulu.Lagipun sudah menjadi kebiasaan

bagi masyarakat Melayu, selalunya terdiri dari orang-orang Islam yang kuat beragama tetapi

mereka tidak pernah mengambil serta mengamalkan semua hukum Islam kerana

kadangkala mereka memelihara suatu adat tanpa mengetahui yang mana satu. Mereka

hanya mengikut ajaran secara tradisi tanpa memahami dengan lebih mendalam mengapa

mereka perlu berbuat begitu.

Masih lagi sebahagian daripada masyarakat Perpatih mempertahankan adat dan

menafikan wujudnya pertentangan antara keduanya bahkan ia saling melengkapi antara

satu sama lain. Adat dan syarak bukan sahaja isi-mengisi dan kuat menguat satu sama lain

tetapi juga berdampingan mengikut keadaan. Adat menyuruh meninggalkan keburukan dan

syarak menyuruh membuat kebaikkan dan meninggalkan larangannya. Kata adat :

Adat bersendikan hukum

Hukum bersendikan kitabullah

Kuat adat tak gaduh hukum

Kuat hukum tak gaduh adat

Ibu hukum muafakat

Page 17: latest-laporan

Ibu adat muafakat

Apabila ada aturan yang baik dan beri manfaat kepada anak-anak buah serta tidak

bertentangan dengan syarak maka ia boleh diamalkan dan dikekalkan. Jika ada aturan adat

maka tentu ada aturan hukum syarak. Syarak dan adat saling bergandingan. Kata

perbilangan :

Adat berpanas, syarak berlindung

Syarak menyata, adat memakai

Adat dan syarak saling sandar menyandar

Ibarat aur dan tebing

Adat bersendikan syarak

Syarak bersendikan kitabullah

Bagi golongan yang mempertahankan adat, mereka mengaggap adat sebagai

pembela nasib kaum perempuan dengan sistem pembahagian harta pusaka mengikut adat.

Mereka memegang teguh mempertahankan pemilikan tanah ke atas kaum perempuan, bagi

mereka jika dibuang kelaziman itu maka runtuhlah adat seperti mengikut kata perbilangan,

dicabut mati, begitu juga nasab keturunan kepada ibu jika diubah akan lenyaplah adat.Tidak

diketahui sejauhmanakah keikhlasan kaum lelaki dalam masa yang sama mereka mengakui

tentang wujudnya pertentangan adat dengan ajaran Islam , tetapi yang pastinya mereka

bersetuju ia adalah sebagai salah satu cara memelihara kaum perempuan mereka.

Melaluinya amat jarang kedengaran tentang kaum berita kaum perempuan Perpatih hilang

tempat bergantung, hidup terbiar, ataupun kehidupan yang tidak terpelihara.

Page 18: latest-laporan

5.0 KESIMPULAN DAN CADANGAN

Secara tuntasnya, Adat Perpatih boleh dirumuskan sebagai satu peraturan hidup yang

sistematik dan berteraskan kepada keharmonian hidup bermasyarakat yang mempunyai

nilai-nilainya tersendiri dalam sesuatu masyarakat. Pengaruh Adat Perpatih dalam

kehidupan masyarakatnya terutamanya yang tinggal di Negeri Sembilan adalah menjadikan

kaum wanita sebagai tunjang utama dan memainkan peranan penting dalam adat mereka

manakala, kaum lelaki pula dijadikan sebagai peneguhnya. Melihat kepada peranan kaum

wanita dalam Adat Perpatih merupakan sesuatu yang dimartabatkan dalam keistimewaan

kaum wanita namun, wanita Adat Perpatih seharusnya menjalani kehidupan berpandukan

kepada tata karmanya yang begitu unik berbanding kaum lelaki iaitu menerusi ‘Sumbang

12’.

Oleh itu, kajian ini secara keseluruhan mengkaji mengenai wanita dalam Adat

Pepatih namun, fokus kajian adalah kepada peranan wainta dalam Adat Perpatih sahaja.

Secara umumya, kajian ini berfungsi untuk memberi pendedahan kepada masyarakat

bahawa pentingnya memahami konteks sebenar falsafah yang terkandung mengenai wanita

dalam Adat Perpatih. Jika dilihat kepada sifat yang seharusnya wujud dalam seseorang

wanita Adat Perpatih menjelaskan bahawa sememangnya wujud kebenaran menjadikan

wanita sebagai orang yang terpenting dalam perlaksanaan Adat Perpatih terutamanya,

dalam asepk kepimpinan kekeluargaan dan pemegang amanah. Menerusi sifat-sifat murni

yang perlu ada dalam wanita Adat Perpatih menampakkan bahawa mereka merupakan

golongan yang istimewa.

Menerusi kajian mengenai “Peranan wanita dalam Adat Perpatih: kajian di Kampung

Padang Lebar, Terachi, Kuala Pilah, Negeri Sembilan” dapat merumuskan bahawa adat

yang diamalkan di Kuala Pilah masih lagi dikekalkan dan menjadi tradisi dalam kehidupan

masyarakatnya namun, ianya tidak membayangkan Adat Perpatih yang wujud di negeri

Page 19: latest-laporan

asalnya iaitu Minangkabau. Wanita Adat Perpatih mempunyai kedudukan dan status yang

telah ditentukan terutamanya dalam memberi perlindungan yang mencukupi dalam semua

aspek kehidupan termasuk soal harta pusaka, perkahwinan dan amalan masyarakat. Walau

bagaimanapun, pada hari ini kedudukan dan peranan wanita dalam Adat Perpatih hanya

diamalkan dalam urusan harta pusaka dan darah keturunan sahaja.

Rumusan yang dapat penyelidik rumuskan daripada kajian yang bertajuk “ Peranan

wanita dalam Adat Pepatih di Kuala Pilah, Negeri Sembilan” adalah merangkumi peranan

dan kedudukan kaum wanita dalam aspek sosioekonomi termasuk dalam soal harta pusaka

dan kedudukan wanita dalam kegiatan ekonomi. Selain itu, kajian ini juga menghuraikan

sifat yang harus ada dalam diri seseorang wanita Adat Perpatih iaitu sifat kepimpinan dan

sifat malu bertempat serta pandai berbicara. Manakala, kehebatan wanita Adat Perpatih

juga dapat dilihat dalam hak memegang harta pusaka disamping wanita juga dianggap

sesuatu yang suci dan indah iaitu sebagai sumber kasih sayang di dunia dan akhirat dalam

kalangan masyarakatnya.

Memandangkan di Malaysia terdapat dua adat atau tradisi yang diamalkan oleh

masyarakat Melayu iaitu Adat Perpatih dan Adat Temenggung oleh itu, secara umumnya

kedua-dua adat berkenaan mempunyai pelbagai perbezaan yang jelas. Perbezaan yang

paling jelas antara Adat Perpatih dengan Adat Temenggung iaitu dalam pengamalan dan

falsafahnya, Adat Temenggung adalah bersifat patriarchal mengikut nasab bapa atau

mementingkan kaum lelaki. Hal ini demikian kerana, kaum lelaki berperanan sebagai ketua

keluarga manakala dalam soal pewarisan harta pusaka pula, anak lelaki mempunyai hak

dalam mewarisi harta keluarganya.

Dalam Adat Temenggung, peranan dan kedudukan kaum wanita tidak ditonjolkan

secara jelas kerana, kaum lelaki lebih berhak dan mempunyai keistimewaan berbanding

dengan kaum wanita sepertimana dalam Adat Perpatih. Namun, kedudukan dan status

kaum wanita dalam adat ini tidak diabaikan begitu sahaja, mereka juga berhak memiliki

Page 20: latest-laporan

harta pusaka dan berperanan dalam hal ehwal kekeluargaan walaupun sedikit. Oleh itu,

kedua-dua hukum adat ini mempunyai maksud yang sama untuk melindungi anggota

masyarakat, hidup dengan mematuhi kepada peraturan berdisiplin, rnenghormati sesama

manusia, mematuhi adat istiadat. Kedua-duanya merupakan antara jenis hukum adat yang

diamalkan di Tanah Melayu pada waktu dahulu.

Sistem yang terdapat dalam Adat Perpatih adalah bersifat teratur dan menyeluruh

dalam semua aspek manakala jika dilihat kepada pengaruh Islam, memperlihatkan bahawa

adat berkenaan mempunyai sifat saling kebergantungan dengan agama Islam. Walaupun

berlaku pengubahsuaian yang berlaku dalam konteks pengamalannya dalam kalangan

masyarakat moden tetapi dalam soal nikah dan cerai, perubahannya tidak ketara dan ianya

akan berubah mengikut hukum Syarak. Menurut Haji Mohd Din bin Ali (1965) masyarakat

tradisi Adat Perpatih menganggap Islam sebagai pelengkap adat kerana adat khusus

tentang peraturan-peraturan kehidupan di dunia. Oleh itu, adat dan Islam adalah saling

lengkap melengkapi serta terdapat juga perkara-perkara yang menganggap adat lebih tinggi

daripada agama terutama jika dinilai dari aspek amalannya.

Status Adat Perpatih kini, dilihat semakin pudar dalam kalangan generasi muda-mudi

Negeri Sembilan hal ini demikian kerana, kebanyakkan adat ini sudah tidak diamalkan dan

hanya beberapa tempat sahaja yang masih mengekalkan adat tradisi mereka seperti Kuala

Pilah, Rembau, Sungai Ujung, Johol dan Jelebu sahaja. Oleh itu, semua pihak terutamanya

pihak kerajaan Negeri Sembilan seharusnya memainkan peranan mereka untuk

memartabatkan Adat Perpatih. Selain itu, masyarakat sendiri terutamnya masyarakat Negeri

Sembilan yang masih mengamalkan adat berkenaan turut membantu pihak berwajib

memperkasakan dan memartabatkan Adat Perpatih.

Strategi untuk memartabatkan dan memelihara keunikan Adat Perpatih adalah

menerusi penubuhan Institut Adat Perpatih iaitu sebuah institut yang akan memastikan

semua perkara yang berkaitan Adat Perpatih terpelihara dalam institut ini. Sebagai sebuah

Page 21: latest-laporan

pertubuhan, Institut Adat Perpatih dijadikan tempat untuk menyimpan bahan penyelidikan,

rakaman, cetakan buku dan bahan-bahan bersejarah yang boleh dijadikan panduan serta

dimartabatkan. Selain itu, institut ini boleh dijadikan sebagai sebuah tempat pelancongan di

Negeri Sembilan, memandangkan Adat Perpatih merupakan satu-satunya adat yang wujud

dan diamalkan di Negeri Sembilan maka, ianya membolehkan masyarakat luar mengenali

Adat Pepatih dengan lebih terperinci.

Manakala, bagi memupuk semangat dan mendedahkan identiti Adat Perpatih dalam

kalangan kanak-kanak dan remaja adalah menerusi sistem pendidikan. Memandangkan

sistem pendidikan memberi peranan yang penting kepada anak-anak muda maka, usaha

yang jitu untuk menjadikan Adat Perpatih sebagai satu subjek atau kurikulum terutamanya di

Negeri Sembilan. Sebagai contoh, melalui penubuhan Persatuan Adat Perpatih di sekolah-

sekolah sama ada sekolah rendah ataupun sekolah menengah di Negeri Sembilan. Ketua

pemimpin seharusnya bekerjasama dengan pihak sekolah untuk merealisasikan usaha bagi

memartabatkan adat turun-temuran mereka. Menerusi persatuan ini, para pelajar dapat

mengaplikasikan pengetahunan sedia ada mereka dan pengetahuan baru yang mereka

akan pelajari dalam kehidupan seharian. Persatuan Adat Perpatih boleh menjalankan

pelbagai aktiviti kebudayaan seperti lakonan, penggunaan dialek Negeri Sembilan dan

pengamalannya.

Selain itu, cadangan yang boleh dilaksanakan oleh pihak Kerajaan Negeri adalah

dengan mewujudkan lebih banyak perkampungan Adat Perpatih di Negeri Sembilan.

Menerusi kewujudan perkampungan-perkampungan Adat Perpatih, akan membantu

masyarakat Negeri Sembilan lebih menghayati dan mengamalkan adat mereka sendiri. Hal

ini demikian, turut akan memberi pendedahan dan pengetahuan kepada masyarakat luar

yang lain mengenai Adat Perpatih kerana, apabila wujud perkampungan berkenaan maka

masyarakat luar dapat berkunjung ke perkampungan tersebut untuk mengetahui dengan

lebih mendalam tentang Adat Pepatih. Selain itu, menerusi program perkampungan Adat

Perpatih ini juga, pihak pengurusannya boleh mengadakan Program Homestay di

Page 22: latest-laporan

perkampungan berkenaan bagi menarik minat para pelancong menjalani kehidupan sebenar

masyarakat Adat Perpatih dan secara tidak langusng memberi pendedahan baru kepada

mereka mengenai adat berkenaan.

Peranan media massa juga penting dalam memartabatkan penggunaan Adat

Perpatih dalam kehidupan seharian masyarakat Melayu Minangkabau, iaitu melalui

tayangan dokumentari dan drama atau filem yang berkaitan degan adat berkenaan. Pihak

pencinta seni boleh menjadikan Adat Perpatih sebagai sumber inspirasi bagi mencipta karya

seni mereka. Menerusi tayangan yang dilakukan akan memberi manfaat kepada gologan

masyarakat terutamanya masyarakat yang luar dari Negeri Sembilan. Sebagai contoh, bagi

tayangan dokumentari boleh menyiarkan sejarah dan tempat serta pengamalan Adat

Perpatih terutamanya dalam kehidupan asalnya. Hal ini demikian, memberi pengetahuan

dan pendedahan yang baru kepada semua penonton yang menontonnya.

Pada keseluruhannya dapat dirumuskan bahawa, walaupun sistem Adat Perpatih

terutamanya dari aspek peranan seseorang wanita dalam adat berkenaan adalah berada di

pertengahan jalan sahaja iaitu, ianya bermaksud Adat Perpatih sudah mula pudar dalam

kalangan masyarakat moden tetapi selagi teras sistem ini dikekalkan maka, ianya akan terus

di wujudkan di Negeri Sembilan. Oleh itu, sewajarnya pendedahan dan penghayatan Adat

Perpatih yang diterap dalam kehidupan seharian generasi muda Negeri Sembilan adalah

perlu untuk mereka memahami falsafah sistem sosial asal masyarakat mereka.

Page 23: latest-laporan

Bibliografi

Amran Kasimin.1989. Istiadat Perkahwinan Melayu: Satu Kes Kajian Perbandingan.

Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Aziz Deraman. 1975. Masyarakat dan Kebudayaan Malaysia. Kuala Lumpur : Kementerian

Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Azizah Kassim.1969. Kependudukan Wanita dalam Masyarakat Melayu Beradat Perpatih di

Negeri Sembilan. Tesis Sarjana Sastera (UM)

Ismail Hamid.1988. Masyarakat dan Budaya Melayu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Mohd Rosli Saludin, 2007. Naning Luak terbilang. Penang: Goal Interlligeant Publishing.

Sdn. Bhd.

Mohd Rosli Saludin. 2009. Teromba: Kajian Tema, Nilai dan Estetika. Shah Alam:

Karisma

Mokhtar Md. Dom, 1997. Adat Pepatih dan Adat Istiadat Masyarakat Melayu. Kuala Lumpur:

Federal Publications.

Norhalim Haji Ibrahim. 1996. Perkahwinan Adat Di Negeri Sembilan. Shah Alam:

Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Syed Nasir nasir Ismail. 1963. Bahasa dan Kesusasteraan Melayu dari Segi Kebudayaan.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zainal Kling. 1985. Konsep Kebudayaan Kebangsaan Malaysia. Ideologo dan Kebudayaan

Kebangsaan. Kuala Lumpur : Jabatan Pengajian Melayu Universiti Malaya.