Latih tubi graf modul penggal2 edited

77
LATIH TUBI ALIH BENTUK KOMUNIKASI GRAF BAR KOMPOUN DAN KOMPONEN LATIHAN 1 Berdasarkon petikan yang diberikon,sediakan graf bar yang sesuai untuk menunjukkan perbelanjaan pelancong domestik di Malaysia mengikut jenis perkhidmatan pada tahun 2009 hingga 2011. Industri pelancongan telah menyumbang kepada pendapatan negara melalui urus niaga tukaran wang asing dan pewujudan peluang kerja. Sejak awal 1990_an amalan pelancongan berorientasikan domestik dan wilayah serantau telah bertukar kepada aktiviti pelancongan besar- besaran termasuk membangunkan produk khusus berkaitan pelancongan secara fizikal dan teoritikal. Kemudahan paling asas bagi pelancongan domestik dan asing ialah penginapan. Bagi perkhidmatan penginapan, sektor pelancongan domestik mencatatkan nilai perbelanjaan sebanyak RM2666.6 juta pada tahun 2009, manakala bagi perkhidmatan penyediaan makanan dan minuman pula sebanyak RM3118.8 juta pada tahun yang sama, Pada tahun 2009 juga, pelancong dalam negara telah berbelanja sebanyak RM6731.2 juta untuk perkhidmatan pengangkutan pelbagai jenis. Kebanyakan pelancong yang menerima perkhidmatan ini memandu sendiri kenderdan sewa untuk memudahkan perjalanan. Pelancong juga sering mendapat perkhidmatan khusus berciri pelancongan negara yang disediakan pihak kerajaan dan swasta, termasuk badan-badan yang mengendalikan premis pelancongan secara bermusim. Sebanyak RM1918.2 juta dicatatkan pada tahun 2009, dan meningkat sebanyak 36.03% pada tahun berikutnya. Pada tahun 2011 pula perkhidmatan yang sama telah mencatatkan perbelanjaan pelancong domestik sebanyak RM3130.4 juta. Pelancong domestik yang menggunakan perkhidmatan penginapan sama ada di hotel, resort dan enap desa telah berbelanja sebanyak RM3336.4 juta pada tahun 2010, jumlah ini kurang sedikit sebanyak RM484.8juta berbanding pelancong yang mendapat perkhidmatan penyedidan makanan dan minuman pada tahun yang sama. Ternyata pengangkutan amat penting dalam sektor pelancongan, justeru pelancong sanggup berbelanja lebih untuk mendapat perkhidmatan pengangkutan yang sesuai dan cepat, Bagi perkhidmatan ini, pelancong berbelanja sebanyak RM8205.4 juta pada tahun 2010 . 1

Transcript of Latih tubi graf modul penggal2 edited

Page 1: Latih tubi graf modul penggal2  edited

LATIH TUBI ALIH BENTUK KOMUNIKASI

GRAF BAR KOMPOUN DAN KOMPONEN

LATIHAN 1

Berdasarkon petikan yang diberikon,sediakan graf bar yang sesuai untuk menunjukkan perbelanjaan pelancong domestik di Malaysia mengikut jenis perkhidmatan pada tahun 2009 hingga 2011.

Industri pelancongan telah menyumbang kepada pendapatan negara melalui urus niaga tukaran wang asing dan pewujudan peluang kerja. Sejak awal 1990_an amalan pelancongan berorientasikan domestik dan wilayah serantau telah bertukar kepada aktiviti pelancongan besar-besaran termasuk membangunkan produk khusus berkaitan pelancongan secara fizikal dan teoritikal.

Kemudahan paling asas bagi pelancongan domestik dan asing ialah penginapan. Bagi perkhidmatan penginapan, sektor pelancongan domestik mencatatkan nilai perbelanjaan sebanyak RM2666.6 juta pada tahun 2009, manakala bagi perkhidmatan penyediaan makanan dan minuman pula sebanyak RM3118.8 juta pada tahun yang sama,

Pada tahun 2009 juga, pelancong dalam negara telah berbelanja sebanyak RM6731.2 juta untuk perkhidmatan pengangkutan pelbagai jenis. Kebanyakan pelancong yang menerima perkhidmatan ini memandu sendiri kenderdan sewa untuk memudahkan perjalanan. Pelancong juga sering mendapat perkhidmatan khusus berciri pelancongan negara yang disediakan pihak kerajaan dan swasta, termasuk badan-badan yang mengendalikan premis pelancongan secara bermusim. Sebanyak RM1918.2 juta dicatatkan pada tahun 2009, dan meningkat sebanyak 36.03% pada tahun berikutnya. Pada tahun 2011 pula perkhidmatan yang sama telah mencatatkan perbelanjaan pelancong domestik sebanyak RM3130.4 juta.

Pelancong domestik yang menggunakan perkhidmatan penginapan sama ada di hotel, resort dan enap desa telah berbelanja sebanyak RM3336.4 juta pada tahun 2010, jumlah ini kurang sedikit sebanyak RM484.8juta berbanding pelancong yang mendapat perkhidmatan penyedidan makanan dan minuman pada tahun yang sama. Ternyata pengangkutan amat penting dalam sektor pelancongan, justeru pelancong sanggup berbelanja lebih untuk mendapat perkhidmatan pengangkutan yang sesuai dan cepat, Bagi perkhidmatan ini, pelancong berbelanja sebanyak RM8205.4 juta pada tahun 2010 .

Pada tahun 2011, pelancong domestik berbelanja sebanyak RM4041.9 juta untuk perkhidmatan penginapan manakala bagi perkhidmatan penyedidan makanan dan minuman pula hampir sama jumlah dengan penginapan iaitu sebanyak RM4746.6 juta. Perkhidmatan pengangkutan kekal mencatatkan jumlah perbelanjdan dalam pelbagai perkhidmatan pelancongan, dan pada tahun 2011 mencatatkan perbelanjdan sebanyak-RM10169,3 juta. meningkat melebihi 23% dari tahun sebelumnya.

(sumber : dipetik daripada Jabatan Perangkdan Malaysia, 2011)

1

Page 2: Latih tubi graf modul penggal2  edited

LATIHAN 3

Berdasarkan maklumot yang diberikan di bawah, sediakan graf untuk menunjukkan jumlah keluasan hutan simpanan kekal mengikut negeri-negeri di Semenajung Malaysia pada tahun 2008 hingga 2011.

Malaysia masih memiliki kawasan hutan yang luas terutama di negeri Pahang, Perak dan Kelantan, namun kawasan hutan mula berkurang aisebabkan pembangunan dan kemusnahan secara semula jadi. Keluasan keseluruhan kawasan hutan simpan juga berkurang sejak tahun 2008 yang mencatatkan 2621006 hektar merosot kepada 2188033 hektar pada tahun 2011.

Negeri Johor mencatatkan 491056 hektar hutan simpan pada tahun 2008, namun berkurang kepada 438985 hektar daripada jumlah keseluruhan hutan simpan seluas 2197358 hektar pada tahun 2009. Jumlah keluasan terus merosot kepada 432678 hektar pada tahun berikutnya, dan pada tahun 2011 keluasan kurang kepada 432208 hektar.

Pada tahun 2008, negeri Kedah mencatatkan keluasan hutan simpan seluas 345382 hektar dan keluasan hutan simpan ini tidak berubah sejak tahun 2009 hingga 2011 dengan rekod daftar kawasan seluas 342613 hektar. Negeri Kelantan masih banyak hutan yang bersempadan dengan negeri Perak, dan kawasan hutan simpan di negeri ini mencatatkan keluasan paling tinggi berbanding negeri-negeri lain pada tahun 2008 seluas 886767 hektar. Keluasan hutan simpan merosot dengan ketara pada tahun 2009 kepada 623849 hektar dan mengekalkan keluasan yang sama pada tahun 2010 dan 2011.

Negeri Selangor mempunyai keluasan kawasan hutan seluas 243176 hektar pada tahun 2008 dan berkurang kepada 247793 hektar daripada jumlah keseluruhan hutan simpan pada tahun tersebut. Walau bagaimanapun keluasan hutan simpan telah bertambah kepada 250129 hektar daripada jumlah keseluruhan seluas 2192387 hektar pada tahun 2010 dan pada tahun 2011 keluasan hutan simpan di negeri Selangor kekal seperti tahun 2010.

Negeri Terengganu memiliki keluasan hutan simpan kedua terbanyak selepas negeri Kelantan dan pada tahun 2008 mencatatkan keluasan sebanyak 654625 hektar tetapi berkurang kepada 544118 hektar pada tahun 2009 dan 2010. Pada tahun 2011 keluasan terus merosot sebanyak 4884 hektar kepada 539234 hektar.

(sumber : dipetik daripada Laporan Jabatan Perhutanan SemenanjungMalaysia, 2012)

2

Page 3: Latih tubi graf modul penggal2  edited

LATIHAN 10

Berdasarkan petikan yang diberikan, sediakon graf untuk menunjukkan kadar pendapatan bulanan warganegara Malaysia mengikut etnik pada tahun 2010.

Dalam bidang sosioekonomi, aspek pendapatan isi rumah adalah petunjuk penting menentukan status penduduk. Strategi dan dasar kerajaan akan menjadi pembolehubah utama dalam kajian dan program membasmi kemiskinan. Berlaku kemiskinan bergantung kebada faktor dalaman dan kesan kegawatan ekonomi serta kos sara hidup antara faktor luaran rakyat menjadi miskin.

Bagi pendapatan bulanan bawah RM1000, etnik Melayu memperoleh pendapatan paling tinggi sebanyak 9.5% berbanding etnik Cina yang mencatatkan pendapatan paling rendah sebanyak 2.9%, manakala etnik India pula memperoleh pendapatan sebanyak 5.2%. Keadaan ini menggambarkan etnik Melayu masih mendominasi pekerjaan yang menawarkan pendapatan di bawah angka RM1000 sebulan.

Etnik Cina masih memperoleh pendapatan yang paling rendah apabila mencatatkan hanya 9.2% bagi pendapatan bulanan antara RM1001 hingga RM1500. Etnik Cina masih berpegang kepada prinsip kerja sendiri mampu memperoleh pendapatan lumayan. Etnik India pula memperoleh jumlah pendapatan bulanan sebanyak 13.5%, kurang sedikit berbanding etnik Melayu yang mencatatkan 16.4% pendapatan bagi antara RM1001 hingga RM15000.

Bagi pendapatan bulanan antara RM1501 hingga RM2000, etnik Melayu berkurang kepada 12.6% berbanding etnik Cina yang mencatatkan peningkatan kepada 9.9% manakala etnik India juga mencatatkan peratusan menurun kepada 12,3%. Berlaku penurunan peratus bagi etnik Melayu bagi pendapatan bulanan antara RM5001 hingga RM7000 kepada 9.9%, manakala etnik Cina mencatatkan peningkatan ketara kepapa 14.3%. Etnik India juga mengalami penurunan kepapa 9.6%. Kenaikan peratus pendapatan etnik Cina dapat dikaitkan dengan perolehan dalam sektor ekonomi yang berdaya saing seperti peruncitan dan perdagangan, perkhidmatan, komunikasi dan hartanah.

Walau bagaimanapun pendapatan etnik Melayu meningkat sedikit kepada 10.8% pada angka pendapatan bulanan antara RM7001 hingga RM10000. Peratusan yang tinggi ini disebabkan penglibatan etnik Melayu dalam sektor awam dan swasta, manakala etnik India meningkat kepada 12.5%. Etnik Cina mencatatkan perolehan yang paling tinggi sebanyak 19.6% kerana penglibatan mereka dalam sektor ekonomi secara intensif.

( sumber: Dipetik daripada Laporan Tahunan PEMANDU, 2010)

3

Page 4: Latih tubi graf modul penggal2  edited

LATIHAN 13

Berdasarkan maklumat yang diberikon, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan perangkaan jumlah kes ancaman siber di Malaysia mengikut kes pada tahun 2007 hingga 2010.

Antara NKRA kerajaan dalam GTP ialah membanteras pelbagai bentuk jenayah dan perkembangan dalam gajet dan perisian aplikasi atas talian menyumbang kepada peningkatan kes jenayah siber. Berlaku peningkatan dalam beberapa kes jenayah siber setiap tahun dan ini adalah fenomena biasa berikutan perkembangan dalam perisian internet dan pertambahan jumlah pengguna sistem maya.

Sebanyak 1389 kes keseluruhan ancaman siber dilaporkan pada tahun 2007, menurun sedikit kepada 1068 kes pada tahun berikutnya. Perkembangan dalam teknologi perisian internet melonjak kes ancaman sebanyak 327 kes pada tahun 2010 berbanding 2095 kes keseluruhan pada tahun 2009. Kegiatan mendapat maklumat atau mengubah maklumat sulit dalam kes pencerobohan sistem komputer mencatatkan 887 kes pada tahun 2007 dan merosot kepada 385 kes pada tahun 2008. Kes ini kemudian telah meningkat sebanyak 381 kes kepada 766 kes pada tahun 2009 sebelum melonjak kepada 853 kes daripada jumlah 2422 kes pada tahun 2010.

Keseluruhan kes penipuan siber sepanjang tempoh 2007 hingga 2010 berjumlah 2534 kes dan daripada jumlah tersebut, kes tertinggi yang dicatatkan sebanyak 991 kes pada tahun 2010 dan kes terendah sebanyak 294 kes pada tahun 2007. Kes ini meningkat kepada 885 kes pada tahun 2009 dan selebihnya adalah kes penipuan siber yang dilaporkan pada tahun 2008. Kes penggodaman untuk membaiki kerosakan sistem atau untuk mendapat maklumat mencatatkan peningkatan daripada 68 kes pada tahun 2007 kepada 335 kes pada tahun 2010. Kes penggodaman bagi tahun 2008 dan 2009 masing-masing mencatatkan 182 kes dan 261 kes.

Lain-lain kes ancaman siber yang dilaporkan termasuk gangguan siber dan serangan virus mencatatkan 140 kes pada tahun 2007 dan menurun sebanyak 2.14% pada tahun 2008. Inisiatif kerajaan untuk membanteras pelbagai ancaman siber belum berjaya untuk mengurangkan jumlah kes ini apabila melonjak kepada 183 kes pada tahun 2009. Ekoran pertambahan pengguna siber dani kemajuan dalam teknologi maya jumlah lain-lain kes ancaman siber pada tahun 2010 telah bertambah kepada 243 kes.

(sumber: Diubahsuaikan daripada Laporan Jabatan Statistik PDRM, 2011)

LATIHAN 29

4

Page 5: Latih tubi graf modul penggal2  edited

Berdosorkan maklumatyang diberikan, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan bilangon kes rasuah penjawat awam dan orang awam terpilih mengikut kategori pekerjdan di Malaysia pada tahun 2008 hingga 2011.

Kes rasuah dalam sektor awam yang melibatkan kakitangan dengan orang awam menjejaskan imej negara untuk mencapai sebuah negara maju menjelang tahun 2020.

Penjawat awam dalam kalangan pengurusan dan protesional mencatakan kes rasuah yang tidak menentu dan tahun 2008 hingga 2011. Jumlah kes rasuah dalam kategori ini pada tahun 2008 mencatatkan seramai 60 orang tetapi menurun jumlah orang terlibat kepada 58 orang pada tahun 2009. Walau bagaimanapun, jumlah orang telah meningkat sebanyak 56.9% pada tahun 2010. Keberkesanan operasi dan kempen kesedaran kepada penjawat awam telah berjaya mengurangkan kes rasuah dalam sektor awam. Hal ini dapat dibuktikan papa tahun 2011 apabila jumlah yang terlibat dalam gejala ini berkurang kepada 67 orang.

Pada tahun 2011 merupakan jumlah paling ramai kategori sokongan yang terlibat dalam rasuah dengan catatan seramai 259 orang berbanding pada tahun 2008 yang mencatatkan jumlah terlibat seramai 217 orang. Kategori ini merupakan jumlah paling ramai dalam sektor awam dan SPRM meningkatkan usaha untuk membanteras rasuah. Jumlah kakitangan sokongan yang terlibat dalam gejala rasuah sebanyak 229 orang pada tahun 2009 dan bertambah sebanyak 19 orang kepada 248 orang pada tahun berikutnya.

Bagi kesalahan memberi dan mengambil rasuah dalam kalangan orang awam, kategori kontraktor dan peniaga mencatatkan seramai 148 orang pada tahun 2008 dan bertambah kepada 180 orang pada tahun berikutnya. Berbeza dengan kategori swasta kurang sebanyak 62 orang pada tahun 2009 berbanding tahun 2008 yang merekodkan jumlah terlibat dalam rasuah sebanyak 169 orang.

Jumlah kategori kontraktor dan peniaga yang terlibat dalam rasuah terus meningkat kepada 307 orang pada tahun 2010 sebelum menambah bilangan yang gejala rasuah kepada 345 orang pada tahun 2011. Manakala pada tahun 2010 bilangan kategori swasta mencatatkan bilangan seramai 145 orang tetapi merosot kepada 102 orang pada tahun 2011. Terdapat kes rasuah yang menurun membuktikan NKRA kerajaan dalam menangani gejala rasuah telah berhasil.

(sumber: Diubahsuaikan daripada Suruhanjaya PencegahanRasuah Malaysia, SPRM, 2012)

5

Page 6: Latih tubi graf modul penggal2  edited

L ATIHAN 30

Berdasarkan maklumatyang diberikan, sediakon graf yang sesuoi untuk menunjukkan hasil kutipan sdmon PDRM di kaunters don melalui laman web PDRM pada bulan Juloi hingga Disember 2011.

Kerajaan telah menyediakan kemudahan kaunters dan perhidmatan atas talian bagi memudahkan orang ramai menguruskan cara pembayaran saman polis. Walaupun perkhidmatan atas talian amat mudah dan cepat serta menjimatkan masa, namun perolehan kerajaan daripada kutipan saman melalui laman web kurang berbanding yang membayar di kaunters. Jumlah keseluruhan pungutan saman di kaunters sebanyak RM312.9 juta manakala pembayaran melalui laman web berjumlah RM27 juta pada bulan Julai hingga Disember 2011.

Kutipan di kaunters pada bulan Julai sebanyak RM64.1 juta, namun pada bulan berikutnya kutipan merosot kepada RM40.6 juta. Sebanyak 7.32% daripada jumlah keseluruhan di kaunters dipungut pada bulan September manakala pembayaran melalui laman web pula mencatatkan kutipan sebanyak RM1.8 juta.

Pembayaran melalui perkhidmatan atas talian atau laman web pada bulan Julai sebanyak RM4.5 juta dan pada bulan berikutnya kutipan menggunakan aplikasi yang sama mencatatkan penurunan sebanyak 37.77%. Ramai memilih membuat bayaran di kaunters kerana lebih yakin dengan transaksi secara nyata berlebih banyak kerana jumlah bayaran berbanding urusan secara maya.

Kutipan melalui perkhidmatan atas talian pada bulan Oktober hingga Disember mencatatkan jumlah yang tidak konsisten. Pada bulan Oktober jumlah kutipan di kaunters mencatatkan perolehan sebanyak RM29.3 juta manakala pada bulan yang sama kutipan melalui laman web berjumlah RM2.3 juta. Sebanyak RM127 juta berjaya dikutip melalui pembayaran di kaunters pada bulan Disember tetapi pada bulan yang sama kutipan melalui perkhidmatan atas talian meningkat sebanyak RM1 juta kepada RM8.3 juta berbanding bulan November. Sebanyak RM29 juta berjaya dikutip oleh PDRM di kaunters seluruh negara bagi saman yang dibayar pada bulan November.

(sumber: Dipetik dan diubahsuaikan daripada Laporan PDRM, 2011)

6

Page 7: Latih tubi graf modul penggal2  edited

LATIHAN 32

Berdasarkan maklumatyang diberikan, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan kes demam denggi mengikut negeri-negeri terpilih di Semenanjung Malaysia pada tempoh-tempoh yang dilaporkan.

Tahap kesihatan penduduk yang berkualiti merupakan indikator penting dalam mencapai negara maju dan kemudahan akses kepada kemudahan kesihatan menjadi keutamaan kerajaan. demam denggi pada tahun 2011.

Jumlah keseluruhan kes demam denggi yang direkodkan dari 1 Mei hingga 26 Mei pada tahun 2011 sebanyak 572 kes. Sebanyak 30.6% daripada jumlah tersebut adalah jumlah besar kes demam denggi pada 1 hingga 4 Mei, dan negeri Kedah mencatat sebanyak 12 kes, negeri Pulau Pinang dan Perak masing-masing mencatatkan sebanyak 21 kes dan 38 kes. Negeri Johor mencatatkan jumlah kes yang sama banyak dengan Perak, manakala Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Kuala Lumpur sebanyak 51 kes.

Negeri Kelantan mencatatkan kes sebanyak 8.57% daripada jumlah kes pada 1 hingga 4 Mei dan berkurangan kepada 13 kes pada 6 hingga 12 Mei. Manakala pada 13 hingga 19 Mei mencatatkan sebanyak 18 kes dan meningkat kepada

27 kes pada tempoh 20 hingga 26 Mei. Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Kuala Lumpur mencatatkan jumlah sebanyak 19 kes daripada 120 kes pada tempoh 6 hingga 12 Mei dan meningkat kepada 26 kes pada tempoh 13 hingga 19 Mei dan merosot kepada 19 kes pada 20 hingga 26 Mei 2011.

Pada tempoh 6 hingga 12 Mei, negeri Kedah mencatatkan kes demam denggi sebanyak 16 kes, manakala pada 20 - 26 Mei meningkat kepada 1 7 kes. Negeri Pulau Pinang dan Perak mencatatkan jumlah kes yang sama sebanyak 18 kes. Negeri Johor merupakan negeri tertinggi mencatatkan kes demam denggi sepanjang tempoh yang direkodkan apabila mencatatkan sebanyak 36 kes pada tempoh 6 hingga 12 Mei dan 13 hingga 19 Mei 2011. Jumlah besar kes demam denggi pada 13-19 Mei sebanyak 140 kes dan berkurang kepada 137 kes pada tahun berikutnya.

Negeri Kedah, Pulau Pinang dan Perak masing-masing mencatatkan jumlah kes yang meningkat pada tempoh 13 hingga 19 Mei kepada 19 kes, 21 kes dan 20 kes. Pada tempoh 20 hingga 26 Mei pula negeri Johor masih mengekalkan jumlah kes tertinggi sebanyak 37 kes, namun jumlah kes di negeri Kelantan berkurang kepada 27 kes, begitu juga negeri Pulau Pinang berkurang sebanyak 8 kes kepada 13 kes pada tempoh tersebut. Negeri Perak menunjukkan peningkatan sebanyak 4 kes pada tempoh 20 hingga 26 Mei berbanding pada tempoh sebelumnya.

(sumber: Dipetik daripada Laporan Kementerian Kesihatan Malaysia, 2011)

7

Page 8: Latih tubi graf modul penggal2  edited

GRAF GARIS

LATIHAN 6

Berdasarkan petikan yang diberikan, sediokon graf yang sesuai untuk menunjukkan indeks harga pengguna bagi keperluon utama Malaysia pada tempoh-tempoh yang dinyatakan.

Indeks Harga Pengguna mengukur perubahan peratus kos pembelian mengikut masa bagi bakul tetap barang dan perkhidmatan yang mewakili corak perbelanjdan keseluruhan isi rumah di Malaysia pada sesuatu tempoh masa yang ditetapkan.

Barang keperluan utama pengguna di Malaysia ialah makanan dan minuman, pakaian dan alas kaki, keperluan kepada air dan sumber elektrik dan gas, kesihatan dan pengangkutan. Barang makanan dan minuman merupakan keperluan utama dalam kehidupan pengguna dan keperluan barang ini sentiasa meningkat. Pada bulan Jun 2012 indeks bagi makanan dan minuman sebanyak 107.7%, meningkat kepada 110.8% pada bulan Mei 2013 dan inaeks ini bertambah kepada 111.2% bulan Jun 2013. Bagi bulan Januari hingga Jun 2012 barang keperluan ini mencatatkan indeks sebanyak 107.1 % dan Januari hingga Jun 2013 pula sebanyak 110.5%.

Keperluan utama pakaian dan kasut menunjukkan peratusan yang tidak konsisten apabila mencatatkan indeks sebanyak 99.2% pada Jun 2012 tetapi merosot kepada 98.6% pada bulan yang sama tahun 2013. Pada bulan Mei 2013 dan pada bulan Januari hingga Jun 2013 mencatatkan indeks yang sama sebanyak 98.8%, manakala pada bulan Januari hingga Jun 2012 inaeks pengguna bagi pakaian dan kasut adalah sebanyak 99,5%.

Indeks keperluan utama bagi penggunaan air, minyak dan gas mencatatkan nilai melebihi 100%, Pada tempoh pukal antara Januari hingga Jun 2012 dan bulan sama pada tahun 2013 masing-masing mencatatkan indeks sebanyak 103.1 % dan 105.6%. Pada tempoh yang sama dalam bulan Jun tahun 2012 dan tahun 2013 pula masing-masing mencatatkan indeks sebanyak 103.3% dan 105.4%, berbanding pada bulan Mei 2013 yang mencatatkan indeks penggunaan air, minyak dan gas yang tinggi sebanyak 105.3%.

Pada bulan Jun 2012, Indeks bagi harga pengguna bagi keperluan kesihatan mencatatkan indeks sebanyak 104.6% manakala bagi indeks pengangkutan mencatatkan nilai sebanyak 105.1%. Pada bulan Jun 2013 indeks harga pengguna masing-masing mencatatkan harga yang tinggi sebanyak 106.6% dan 105.3%. Kenaikan indeks harga pengguna menunjukkan keupayaan kuasa beli yang tinggi apabila indeks pukal pada bulan Januari hingga Jun 2012 bagi keperluan kesihatan sebanyak 104.3%, manakala bagi pengangkutan sebanyak 105.4%. Walau bagaimanapun nilai pada bulan Mei 2013 sebanyak 106.8% untuk indeks kesihatan dan 105.7% bagi indeks pengangkutan. Pada bulan Januari hingga Jun 2013, indeks kesihatan mencatatkan nilai sebanyak 106.4% manakala bagi harga pengguna pengangkutan pula sebanyak 105.6%.

(sumber: dipetik daripada Jabatan Perangkdan Malaysia, 2013)

8

Page 9: Latih tubi graf modul penggal2  edited

LATIHAN 11

Berdasarkan petikan yang diberikan, sediakan graf yong sesuai untuk menunji/kKCtn pola indeks kualiti hidup rakyat Malaysia mengikut petunjuk kualiti pada tahun-tahun yang dinyatakan.

Meningkatkan kualiti hidup rakyat merupakan agenda utama kerajaan Persekutuan selaras dengan slogan "rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan'. Kerajaan telah mengeluarkan peruntukan yang besar untuk meningkatkan kualiti pendidikan, perumahan, kesihatan, pengangkutan dan alam sekitar untuk kesejahterdan hidup rakyat.

Indeks kualiti pendidikan mencatatkan jumlah 117.4 mata pada tahun 2007 dan kualiti hidup meningkat dalam aspek yang sama pada tahun 2009 kepada 125.5 mata. Pada tahun 2011, petunjuk pendidikan mencatatkan peningkatan indeks kualiti sebanyak 4.06 mata berbanding tahun sebelumnya.

Sepanjang tempoh yang dilaporkan, indeks petunjuk kualiti bidang perumahan menunjukkan peningkatan dan pada tahun 2007 mencatatkan sebanyak 116.5 mata. Indeks kualiti telah bertambah sebanyak 2.1 mata pada tahun 2011 berbanding 131.8 mata yang dicatatkan pada tahun 2009.

Petunjuk indeks kualiti dalam bidang kesihatan mencatatkan pola tidak konsisten apabila meningkat kepada 129.8 mata pada tahun 2009 berbanding 115.8 mata pada tahun 2007. Berlaku penurunan indeks kualiti sebanyak 0.7 mata pada tahun 2011 berbanding tahun 2009 kemungkinan wujud data kurang lengkap atau tiada laporan status kependudukan yang melibatkan kawasan pedalaman yang masih tidak mendapat akses kepada kemudahan kesihatan yang baik.

Bidang pengangkutan merupakan isu yang berpanjangan di bandar-bandar utama dan indeks kualiti bidang ini menunjukkan perangkaan yang turun naik. Pada tahun 2007 mencatatkan jumlah 107.2 mata dan merosot kepada 101.7 mata pada tahun 2009. Manakala pada tahun 2011 pula indeks pengangkutan terus menurun sebanyak 5.32 mata berbanding tahun 2007. Kerajaan masih berusaha meningkatkan kemudahan pengangkutan awam dengan manjadikan aspek ini sebahagian daripada NKRA nasional.

Indeks kualiti alam sekitar juga menunjukkan pola peningkatan dan penurunan pada tahun 2007 hingga 2010. Pada tahun 2009, bidang ini telah mencatatkan kenaikan sebanyak 3.5 mata berbanding petunjuk indeks pada tahun 2007 yang mencatatkan sebanyak 98.2 mata. Manakala pada tahun 2011 pula indeks bidang ini telah merosot kepada 94.1 mata kerana wujud fenomena perubahan suhu akibat aktiviti manusia dalam perindustrian dan pembangunan yang menjejaskan kualiti udara dan kehidupan manusia.

(sumber: Dipetik dan diubahsuaikan daripada Laporan PEMANDU, 2011)

9

Page 10: Latih tubi graf modul penggal2  edited

LATIHAN 12

Berdasarkan moklumot yong diberikan, sediakon grof garis yong sesuai untuk menunjukkon bilangan pengguna yong mengakses perkhidmoton atos talian (online) Joboton Pengongkuton Jolon (JPJ) Moloysio mengikut jenis perkhidmoton podo bulon Jonuori hinggo Mei 2011.

Satu indikator untuk mencapai sebuah negara maju ialah kualiti akses kepada gajet teknologi menggunakan perkhidmatan atas talian dalam tadbir urus awam dan swasta.

Pada bulan Januari hingga Mei tahun 20ll jumlah pelanggan yang menggunakan perkhidmatan atas talian untuk berurusan dengan pihak JPJ tidak konsisten. Seramai 65496 orang menggunakan perkhidmatan ini untuk membuat semakan senarai hitam kerana tidak menjelaskan saman tertunggak atau kes melibatkan perundangan yang serius. Jumlah ini meningkat kepada 96502 orang sebelum bertambah jumlah pelanggan kepada 98084 orang pada bulan Mac 2011. Jumlah pelanggan yang menyemak senarai hitam paling ramai pada bulan April sebanyak 115084 orang sebelum berkurang sebanyak 57075 orang pada bulan Mei 20ll, berbanding tempoh sebelumnya.

Bagi perkhidmatan menyemak saman yang dibuat oleh pelanggan menggunakan perkhidmatan online pada bulan Mei mencatatkan jumlah pelanggan paling ramai sebanyak 261868 orang. Pada bulan Mac dan April jumlah pelanggan menyemak saman mencatatkan jumlah kedua dan ketiga terbanyak dengan masing-masing seramai 1 72791 orang dan 239454 orang. Pada bulan Januari jumlah yang menyemak saman seramai 52509 orang dan meningkat sebanyak 65274 kes pada bulan berikutnya.

Cara mudah memperbaharui lesen memandu memberi kesan kepada jumlah pelanggan yang mengakses talian JPJ untuk urusan pembaharuan lesen kenderdan bermotor dengan menggunakan MYEG. Pada bulan Januari mencatatkan seramai 85892 orang, meningkat kepada 68429 orang pada bulan Februari dan bulan Mac seramai 95648 orang. Kemudahan yang cepat ini menyakinkan orang ramai untuk menggunakan talian ini untuk tujuan yang sama meningkat kepada 106352 orang dan pada bulan Mei bertambah sebanyak 3680 orang berbanding bulan April.

Orang ramai menggunakan perkhidmatan 'online' untuk menyemak nombor kenderaan terkini seramai 62065 orang bulan Januari dan tetapi jumlah merosot kepada 58224 orang pada bulan Mei. Jumlah paling ramai ialah pada bulan April sebanyak 169899 orang, setelah menambah sebanyak 48045 orang berbanding bulan Mac dan bulan Februari pula seramai 67449 orang telah mengakses talian JPJ untuk tujuan yang sama.

(sumber: Diubasuaikan daripada Portal JPJ Malaysia, 2012)

10

Page 11: Latih tubi graf modul penggal2  edited

2 Berdasarkan maklumat dalam petikan yang diberikan, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan perbandingan pola prestosi indeks pasaran saham terpilih di Bursa Malaysia pada bulan Mei tahun 2012.

Harga saham di Bursa Malaysia dijangka terus diniagakan rendah berikutan tekanan sentimen luaran yang lembap dan memberi kesan kepada prestasi pasaran tempatan. Keadaan ini dapat dibuktikan apabila jumlah dagangan merosot sejak akhir tahun 2011.

Semua indeks terpilih mencatatkan aliran pasaran yang tidak konsisten dan pada 14 Mei 2012, indeks Pembinaan mencatatkan 246.13 mata, merosot kepada 236.63 mata pada 15 Mei 2012 sebelum menurun sebanyak 1.52 mata pada 16 Mei 2012. Indeks ini menunjukkan peningkatan pada 17 Mei 2012 apabila berlaku pemulihan teknikal di Wall Street dengan catatan 237.53 mata, namun kembali merosot pada 18 Mei 2012 kepada 235.95 mata apabila kebanyakan kaunters ditutup rendah dan kaunters rugi mengatasi kaunters untung.

Pada 14 Mei, indeks Pengguna mencatatkan nilai niaga paling tinggi sebanyak 510.52 mata manakala nilai pasaran paling rendah pada 16 Mei yang mencatatkan 486.95 mata. Indeks pengguna mencatat 494.16 mata pada 15 Mei, namun menunjukkan penurunan kepada 493.73 mata pada 17 Mei sebelum merosot kepada 490.02 mata pada 18 Mei 2012.

Indeks Perkhidmatan dan Perdagangan mencatatkan 198.47 mata pada 4 Mei, kemudian merosot sebanyak 6.51 mata pada 15 Mei. Indeks ini melonjak kepada 193.25 mata pada 16 Mei dan diniagakan pada paras 194.28 mata pada tempoh beikutnya sebelumnya merosot semula kepada 193.19 mata pada 17 Mei 2012.

Bagi indek Hartanah pula, nilai pasaran yang tidak konsisten membimbangkan para pelabur Keadaan ini dapat dibuktikan nilai indeks tertinggi yang diniagakan pada 989.25 mata pada 14 Mei telah merosot kepada 967.9 mata pada 15 Mei. Pada 16 Mei, nilai indeks mencatatkan penurunan kepada 965.64 mata dan berlaku kenaikan sebanyak 9.48 mata pada 17 Mei, namun kembali merosot kepada 968.05 mata pada 18 Mei 2012

Pada 16 Mei nilai indeks Perlombongan diniagakan sebanyak 338.42 mata. telah melonjak kepada 370.84 mata pada tempoh berikutnya apabila berlaku pemulihan teknikal yang menunjukkan kaunters untung mengatasi kaunters rugi. Indeks ini diniagakan rendah pada 15 Mei sebanyak 352.6 mata apabila merosot sebanyak 14.19 mata daripada 366 mata pada 14 Mei. Urus niaga pasaran indeks ini terus merosot kepada 336.39 mata Pada 18 Mei walaupun meningkat sedikit pada tempoh sebelumnya.

(sumber: Dipetik daripada Laporan Saham Bursa Malaysia, Mei 2012)

11

Page 12: Latih tubi graf modul penggal2  edited

LATIHAN 6

Berdasarkan petikan di bawah sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan pelunjuran nilai pinjaman tidak berbayar isi rumah mengikut jenis pembelian barang dan perkhidmatan di Malaysia pada tempoh-tempoh yang dinyatakan.

Masalah pinjaman tidak berbayar (NPL) berpunca daripada pengurusan kewangan yang lemah selain gaya hidup yang melampau. Hutang isi rumah sehingga Januari 2014 sebanyak 85.7% KDNK.

Pinjaman tidak berbayar bagi pembelian sekuriti pada bulan Mac 2013 sebanyak RM969.1 juta berbanding RM1672.9 juta pada bulan Mac 2010, dan menurun kepada RM1588.7 juta pada tempoh berikutnya sebelum mencatatkan jumlah hutang tidak berbayar sebanyak RM1040.1 juta pada bulan Mac 2012.

Sepanjang tempoh bulan Mac tahun 2010 hingga 2013, pinjaman tidak berbayar bagi pembelian kenderaan mencatatkan nilai sebanyak RM3969.4 juta, RM3151.3 juta, RM2531.1 juta dan RM2425.7 juta. Secara peratusannya pinjaman tidak berbayar atas pembelian kenderaan sebanyak 17.3 %.

Jumlah isi rumah yang gagal menjelaskan hutang mengikut tempoh bayaran selepas tahun 2012 menunjukkan pengurangan dalam beberapa jenis pembelian seperti pembelian harta bukan kediaman. Jenis pembelian Ini mencatatkan RM4287.0 juta pada awal tempoh yang dilaporkan dan berkurang kepada RM4192.8 juta pada bulan Mac 2011. Pada tempoh yang sama tahun 2012 dan 2013 masing-masing mencatatkan jumlah pinjaman tidak berbayar sebanyak RM3568.6 juta dan RM3178.5 juta.

Hutang kad kredit dan pinjaman tidak berbayar pada bulan Mac 2013 meningkat sedikit kepada RM870.2 juta berbanding tempoh sebelumnya yang bernilai RM859.8 juta. Nilai yang tidak berbayar pada bulan Mac 2011 sebanyak RM966.9 juta setelah meningkat sebanyak RM26.4 juta berbanding bulan Mac 2010.

Bagi pembelian-pembelian lain juga mencatatkan nilai pinjaman tidak berbayar yang menurun iaitu pada bulan Mac 2010 sebanyak RM3892.6 juta kepada RM2986.2 juta pada Mac 2011. Jumlah hutang tidak berbayar isi rumah bagi pembelian ini terus menurun kepada RM2508.8 juta pada bulan Mac 2013 berbanding bulan Mac tahun 2012 sebanyak RM2661.6juta.

(sumber: dipetik dan diubahsuai dari Laporan Bank Negara Malaysia, Kementerian Kewangan Malaysia, 2014 )

12

Page 13: Latih tubi graf modul penggal2  edited

GRAF MEMESONG

LATIHAN 7

Berdasorkan maklumaf yang diberikan, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan perbezaan jumlah pengeluaran produk utama industri pembuatan terpilih mengikut produk di Malaysia antara tahun 2009 dengan 2010.

Sektor pembuatan merupakan industri terpenting di Malaysia dan kewujudan kilang yang banyak di zon-zon indutri dan kawasan perkilangan melonjak hasil komoditi negara. Produk pembuatan dipasarkan ke luar negara dan untuk penggunaan domestik.

Peningkatan gaya hidup penduduk Malaysia bagi produk makanan dan minuman mendorong peningkatan pengeluaran susu pekat manis pada tahun 2009 sebanyak 233,865 tan metrik berbanding 233,700 tan metrik pada tahun 2010.

Selain susu pekat manis, susu tepung penuh krim juga menghasilkan minuman yang berkhasiat untuk bayi dan kanak-kanak. Pada tahun 2009 menghasilkan pengeluaran produk sebanyak 46,875 tan metrik, merosot sebanyak 0.82% pada tahun 2010.

Pada tahun 2009, produk minuman susu mencatatkan pengeluaran sebanyak 124,364 tan metrik dan meningkat sedikit kepada 124,757 tan metrik pada tahun berikutnya. Produk ini mendapat permintdan tinggi di premis komersil kerana minuman yang mudah dibawa pelanggan untuk pelbagai kegunaan sama ada dalam bentuk cecair atau tepung.

Pengeluaran nanas tin banyak dihasilkan untuk dieksport ke negara-negara Eropah dan Barat. Pada tahun 2010, pengeluaran nanas tin berjumlah 12,440 tan metrik, merosot sedikit berbanding jumlah pengeluaran tahun 2009 sebanyak 12,739 tan metrik. Produk ini amat digemari oleh rakyat tempatan untuk dijadikan makanan 'pencuci mulut'.

Perairan Malaysia kaya dengan sumber makanan akuatik seperti ikan. Teknologi pembuatan dapat memproses ikan dan menghasilkan produk ikan tin dalam sektor pembuatan. Pada tahun 2009 sebanyak 24,774 tan metrik dihasilkan dan meningkat kepada 25,003 tan metrik pada tahun 2010.

Nama produk frozen seperti udang sejuk beku kian mendapat permintaan penduduk tempatan dan mencatatkan pengeluaran yang menurun kepada 22,498 tan metrik pada tahun 2010, berbanding 22,945 tan metrik pada tahun 2009. Pengeluarah marjerin pada tahun 2009 sebanyak 33,007 tan metrik meningkat sebanyak 417 tdf1 metrik pada tahun 2010.

(sumber: dipetik dan diubahsuarkan daripada Laporan Perangkaan Malaysia,

Jabatan Perangkdan Malaysia)

13

Page 14: Latih tubi graf modul penggal2  edited

LATIHAN 1 7

Berdasarkan maklumat yong diberikon, sediakon grof yang sesuai untuk menunjukkan polo kodor pertumbuhon tohunon ekonomi Moloysio mengikut petunjuk utama ekonomi podo tohun 2008 hinggo 2011.

Dasar GTP dan ETP dalam Rancangan Malaysia ke-10 untuk menjayakan hasrat kerajaan mencapai negara maju menjelang 2020. Perkembangan ekonomi menjadi kayu pengukur utama ke arah status tersebut.

Walaupun negara menghadapi kekangan untuk melonjak KDNK ke paras yang tinggi setiap tahun, namun situasi ekonomi global mempengaruhi KDNK pada tahun 2008 yang mencatatkan 4.7% tetapi merosot kepada -1.7% pada tahun-2009. Usaha kerajaan berterusan telah melonjak KDNK ke paras 5.3% pada tahun 2010 dan berlaku perkembangan positif apabila indeks ekonomi ini meningkat sebanyak 0.3% pada tahun 2011.

Ekonomi yang kurang memberangsangkan juga telah mempengaruhi kadar pengangguran negara apabila mencatatkan paras tertinggi sebanyak 3 7% pada tahun 2009, telah meningkat sebanyak 0.4% daripada tahun sebelumnya. Pada tahun 2011 kadar pengangguran telah bertambah sebanyak 0.5% berbanding tahun 2010 yang mencatatkan sebanyak 2.9%.

Nilai eksport dan import negara antara petunjuk kedudukan ekonomi sesebuah negara dan peratus eksport pada tahun 2008 sebanyak 9.8% mengatasi kadar import sebanyak 5.9%, namun eksport mencatatkan -16.6% berbanding import sebanyak -19.6% pada tahun 2009. Kadar eksport kembali kukuh apabila mencatatkan 10.6% manakala kadar import melebihi eksport sebanyak 16.5% pada tahun 2010. Nilai dagangan pada tahun 2011 menunjukkan kadar import sebanyak 8.4% dan mengatasi kadar eksport sebanyak 0.3%

Pada tahun 2008 KDNK pada harga malar tahun 2008 menunjukkan penurunan dengan catatan sebanyak -1.7, namun meningkat dengan ketara kepada 8.9% pada tahun 2009. Indeks harga pengguna dan situasi pasaran tidak menentu telah mengurangkan KDNK ini kepada 5.3% pada tahun 2010 sebelum merosot semula sebanyak 0.4% kepada 4.9% pada tahun 2011. Keadaan ini menyebabkan paras KDNK pada harga tahun 2008 akan berterusan merosot dalam jangka masa terdekat.

(sumber: Dipetik daripada Laporan Unit Perancang Ekonomi (UPE) dan Jabatan Perangkdan Malaysia, 2008-2011)

14

Page 15: Latih tubi graf modul penggal2  edited

L ATIHAN 25

Berdasarkan kepoda maklumat di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan peratus perubahan jumlah penogih yang dikesan mengikut negeri-negeri terpilih pado tempoh yang dinyatakan.

Berdasarkan statistik PEMADAM pada Januari hingga Oktober 2009 dan Januari hingga Oktober 2010 seramai 12424 orang terlibat dalam aktiviti penagihan dadah merupakan penuntut sekolah menengah dan rendah atau pelajar lepasan SRP/PMR.

Keseluruhan jumlah penagih yang dapat dikesan sepanjang tempoh Januari hingga Oktober 2009 seramai 15447 orang, namun jumlah besar ini telah merosot sebanyak 10.15% balam tempoh yang sama pada tahun 2010. Negeri Pulau Pinang mencatatkan pertambahan jumlah penagih sebanyak 498 orang kepada 3753 orang pada Januari hingga Oktober 2010 dan merupakan jumlah penagih paling ramai pada tempoh tersebut. Pertambahan 15.30% ini berpunca daripada lemah jati diri dan juga penagih berulang yang kembali menagih setelah ahli keluarga dan masyarakat mencemuh sebagai sampah masyarakat.

Pada Januari hingga Oktober 2010, negeri Selangor mencatatkan 1864 orang penagih, telah merosot dengan ketara sebanyak 1684 berbanding tempoh yang sama tahun 2009. Penurunan jumlah penagih ini kerana keberkesanan program pemulihan menggunakan kaedah batin. Negeri Keaah mencatatkan 4523 orang penagih sepanjang tempoh Januari hingga Oktober tahun 2009 dan 2010, sebanyak 2507 orang daripada jumlah tersebut adalah penagih yang dapat dikesan pada tahun 2010. Negeri Pahang mencatatkan jumlah penagih yang dikesan seramai 1064 orang kurang sebanyak 952 orang berbanding penagih di negeri Kedah pada tempoh yang sama.

Berlaku peningkatan jumlah penagih di negeri Pahang kepada 1198 orang pada Januari hingga Oktober 2010. Jumlah ini hampir menyamai jumlah penagih yang dikesan di negeri Perak yang mencatatkan seramai 1121 orang pada tempoh yang sama. Pengaruh rakan dan bekalan dadah yang mudah diperoleh telah meningkatkan jumlah penagih di negeri Johor daripada 1633 orang pada tempoh Januari hingga Oktober 2009 kepada 2091 orang pada Januari hingga Oktober 2010. Manakala penagih dikesan di negeri Perak mencatatkan 2296 orang pada Januari hingga Oktober 2009.

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mencatatkan penurunan jumlah penagih pada Januari hingga Oktober 2010 berkurang sebanyak 290 orang berbanding tempoh yang sama tahun 2009 yang dikesan seramai 1635 orang. Pengurangan ini ada kaitan dengan operasi unit narkotik PDRM di kawasan'blackspot' dan di pusat-pusat hiburan.

(sumber: Dipetik dan diubahsuaikan daripada Laporan Dadah, PEMADAM, 2010)

15

Page 16: Latih tubi graf modul penggal2  edited

LATIHAN 26

Berdasarkan maklumat di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan perbezaan jumlah aduan awam terhadap kakitangan awam di pejabat kerajaan Persekutuan mengikut jenis aduan antara tahun 2010 dengan tahun 2011.

Elemen penting dalam urus tadbir baik dalam sektor awam adalah integriti dan akauntibiliti kakitangan dan organisasi dan imej sesebuah organisasi bergantung kepada kualiti kerja

Dalam usaha kerajaan 'bekerja keras' untuk mencapai status negara maju menjelang 2020, terdapat beberapa kakitangan awam yang masih mengamalkan budaya kerja yang tidak berkualiti. Pada tahun 2010, lewat mengambil tindakan masih rendah dengan jumlah aduan lambat mengambil tindakan sebanyak 1134 kes. Pelbagai kempen perkhidmatan cemerlang dan penerapan kualiti kerja telah menunjukkan berlaku penurunan jumlah aduan yang sama pada tahun 2011 kepada 814 kes.

Integriti amat penting untuk membina imej sektor awam sesuai dengan slogan dan visi kerajaan. Masih terdapat kakitangan yang mengamalkan sikap pilih kasih dalam tadbir urus awam. Berlaku peningkatan sebanyak 167 kes kepada 987 kes pada tahun 2011 berbanding tahun 2010. Salah laku kakitangan juga meningkat sebanyak 24.59% daripada 724 kes aduan pada tahun 2010. Kebanyakan kes salah laku kakitangan melibatkan berlakuan dan tindakan yang kurang profesional dilakukan semasa bekerja.

Dalam usaha meningkatkan kualiti kerja sektor awam sering menerima aduan daripada pelanggan yang tidak berpuashati. Pada tahun 2010 sebanyak 653 kes yang melibatkan aduan hasil kerja yang tidak berkualiti. Walau bagimanapun inisiatif kerajaan untuk menghasilkan kakitangan awam yang cekap dan berkualiti melalui kempen-kempen perkhidmatan menyebabkan jumlah kes telah berkurang kepada 491 kes pada tahun 2011.

Kebanyakan kakitangan yang bermasalah seperti keberhutangan yang tinggi atau masalah keluarga kurang ceria semasa di pejabat. Kakitangan kurang mesra apabila melayan pelanggan dan keadaan ini telah memberi kesan negatif kepada imej sektor awam apabila sebanyak 335 kes dilaporkan pada tahun 2010 namun merosot sebanyak 33.13% pada tahun 2011. Lain-lain kelemahan pada tahun 2011 mencatatkan peningkatan sebanyak 232 kes berbanding aduan pada tahun 2010 sebanyak 423 kes.

(sumber: Dipetik daripada MAMPU, Jabatan Perdana Menteri, 2011)

16

Page 17: Latih tubi graf modul penggal2  edited

LATIHAN 27

Berdasarkon petikon yang diberikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan niloi eksport, import pelaburan asing dan imbangan dagangan Malaysia pada tahun 2003 hingga 2006.

Impak daripada pembentukan Penjanjian Perdagangan Bebas (FTA) ASEAN + 3. Secara keseluruhan nilai dagangan tidak konsisten dan berlaku kemerosotan dagangan eksport pada tahun 2003 dan 2006 apabila nilai import melebihi eksport walaupun jumlah pelaburan asing pada tahun berkenaan agak tinggi.

Zon Ekonomi Khas dan undang-undang negara bagi mengawal pelaburan telah dilonggarkan untuk menarik pelaburan asing terutama dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan. Jumlah eksport negara pada tahun 2003 hingga 2006 sebanyak RM 147335 juta manakala jumlah keseluruhan import pula sebanyak RM 144974 juta. Walaupun secara keseluruhan jumlah eksport melebihi import, namun pada tahun 2003 jumlah import melebihi eksport sebanyak RM 7156 juta. Nilai dagangan eksport pada tahun tersebut sebanyak RM 29625 juta dengan jumlah pelaburan asing sebanyak RM 12998 juta

Begitu juga nilai dagangan pada tahun 2006 mencatatkan imbangan dagangan negatif apabila jumlah import melebihi nilai eksport sebanyak RM 1539 juta. Nilai import pada tahun 2006 sebanyak RM 40200 juta. Bagi meningkatkan nilai dagangan dan mewujudkan imbangan dagangan yang kompetatif dengan pasaran serantau dan antarabangsa, kerajaan melaksanakan skim penggalakkan dana pelaburan asing. Walau bagaimanapun langkah ini tidak memberangsangkan, malah jumlah pelaburan asing terus merosot kepada RM 1001 7 juta pada tahun 2006. Pada tahun 2004 dagangan eksport mencatatkan jumlah sebanyak RM 39759 juta manakala jumlah imbangan dagangan menunjukkan positif dengan catatan sebanyak RM 9611 juta.

Walaupun merosot sedikit berbanding tahun sebelumnya, nilai dagangan positif pada tahun 2005 sebanyak RM 1445 juta dicatatkan apabila nilai dagangan import hanya RM 37845 juta dengan jumlah pelaburan asing sebanyak RM 10912 juta. Berlaku kemerosotan dalam pelaburan asing pada tahun 2005 sebanyak RM 937 juta berbanding tahun 2004 dan seterusnya memberi kesan kepada imbangan dagangan negatif pada tahun 2006.

(sumber: Dipetik dan diubahsuai Daripada Jabatan Perangkdan Malaysia,

2000-2006)

17

Page 18: Latih tubi graf modul penggal2  edited

LATIHAN 2

Berdasarkan maklumat dalam petikan yang diberikan, sediokan graf yang sesuai untuk rmenunjukkan jumlah perangkoan utama speksifikasi tenago buruh Malaysia dan kadar pengangguran pada tempoh-tempoh yang dilaporkan

Sumber tenaga buruh amat penting dalam proses pembangunan sesebuah negara. Negara-negara maju banyak menggunakan buruh asing dalam sektor perkhidmatan dan pembuatan termasuk pembinaan.

Di Malaysia jumlah tenaga buruh yang berdaftar pada bulan Januari hingga Mei tahun 2012 menunjukkan jumlah yang tidak konsisten. Pada bulan Januari seramai 12,825,900 orang tenaga buruh berdaftar tetapi merosot kepada 12,735,100 orang pada bulan Februari. Pada bulan Mac meningkat kepada 12,934,200 orang sebelum menurun kepada 12,922,400 orang bulan berikutnya dan terus menurun kepada 12,899,100 orang pada bulan Mei 2012.

Jumlah sumber tenaga bekerja yang direkodkan pada bulan Januari seramai 12,440,300 orang dan berkurang kepada 12,332,900 orang pada bulan Februari sebelum meningkat semula pada bulan Mac kepada 12,553,800 orang. Jumlah yang bekerja kembali merosot kepada 12,538,500 orang pada Bulan April dan terus berkurangan kepada 12,511,400 orang pada bulan Mei 2012.

Jumlah luar tenaga buruh juga menunjukkan pola tidak konsisten apabila golongan ini yang terdiri daripada golongan OKU, warga emas, golongan pencen awam dan swasta, ibu tunggal mencatatkan jumlah daftar 6,869,400 orang pada bulan Januarl, dan meningkat kepada 7,018,300 orang pada bulan Februari dan kembali merosot kepada 6,883,900 orang pada bulan Mac. Golongan luar tenaga buruh terus berkurang kepada 6,873,100 orang pada bulan April sebelum menjunam sebanyak 10,800 orang pada bulan Mei 2012.

Kadar pengangguran Malaysia masih rendah berbanding negara-negara ASEAN dan beberapa buah negara Asia dan Eropah. Kerajaan dapat mengawal kadar pengangguran kepada 2.8% pada bulan Januari, walaupun pada bulan Mei menunjukkan berlaku peningkatan kepada 3.1%. Kadar pengangguran tidak sepatutnya melebihi 5.7% kerana kerajaan telah menyediakan kemudahan dan prasarana ekonomi yang sesuai dan kondusif kepada seluruh rakyat yang berkelayakan. Pada bulan Mac peratus yang menganggur adalah sama pada bulan Mei dan pada bulan Februari rekod kadar menganggur sebanyak 2.9% dan meningkat kepada 3.0% pada bulan April tahun 2012.

(sumber: dipetik daripada Data Penduduk Berasaskan Bancian Penduduk dan Perumahan,2010 dan Laporan Penyiasatan Tenaga Buruh Malaysia, 2012)

18

Page 19: Latih tubi graf modul penggal2  edited

LATI HAN 8

Berdasarkan petikan yang diberikan graf yang sesuai untuk menunjukkan penjanaan kuasa elektrlk mengikut sumber stesen jana kuasa di Malaysia dan jumlah pengaduan perkhidmatan pembekalan tenaga elektrik pada tahun 2009 hingga 2011

Malaysia mempunyai kapasiti yang besar dalam menghasilkan kuasa elektrik sama ada melalui penjanaan wap, diesel, hidro atau turbin gas. Permintaan yang tinggi dalam penggunaan elektrik hampir sama dengan permintaan dalam penggunaan air dalam industri dan premis kediaman.

Penjanaan kuasa elektrik di stesen wap pada tahun 2009 menduduki tempat kedua tertinggi selepas stesen turbin gas. Stesen wap menjana sebanyak 28,042 kwh manakcira stesen diesel pula menghasilkan kuasa elektrik sebanyak 3528 kwh pada tahurn yang sama. Stesen hidro mencatatkan penjanaan kuasa elektrik sebanyak 8780 kwh dan stesen turbin gas merupakan stesen penjanaan kuasa elektrik paling banyak pada' tahun 2009 sebanyak 79,834 kwh. Lain-lain stesen menghasilkan penjanaan kuasa elektrik sebanyak 3398 kwh.

Pcda tahun 2010, stesen wap mencatatkan penjanaan kuasa elektrik yang bertarnbah kepada 31,077 kwh berbanding tahun 2009. Bagi stesen diesel pula jumlah penjanaan kuasa juga bertambah kepada 3642 kwh pada tahun 2010 manakala stesen hidro mencatatkan peningkatan kepada 9114 kwh. Bagi stesen turbin gas pada tahun 2010 meningkat sebanyak 1497 kwh kepada 81331 kwh, manakala bagi lain-lain stesen pula mencatatkan penjanaan sebanyak 3740 kwh.

Stesen penjanaan kuasa elektrik yang paling banyak adalah stesen turbin gas dengan peningkatan sebanyak 2448 kwh kepada 83,779 kwh pada tahun 2011. Stesen wap menghasilkan penjanaan kuasa elektrik sebanyak 32,948 kwh, manakala bagi stesen diesel mencatatkan kuasa elektrik sebanyak 3816 kwh. Bagi stesen hidro pula sebanyak 9894 kwh dihasilkan kuasa elektrik pada tahun 2011, manakala lain-lain stesen pula mencatatkan kuasa elektrik sebanyak 4148 kwh.

Walaupun penjanaan kuasa elektrik yang meningkat dapat menyumbang kepada kemakmuran negara, wujud gangguan bekalan elektrik dan jumlah aduan yang diterima pada tahun 2D09 sebanyak 382 kes, tetapi jumlah aduan menurun kepada kes dan kecekapan pengurusan serta kecanggihan teknologi dapat mengurangkan gangguan elektrik kepada 301 kes pada tahun 2011.

(sumber: dipetik dan diubahsuaikan daripada Laporan Suruhanjaya Tenaga, 2010

dan Jabatan Perangkdan Malaysia, 2011)

19

Page 20: Latih tubi graf modul penggal2  edited

LATIHAN 14

Berdasarkan maklumatyang diberikan, sediokon graf yang sesuai untuk menunjukkan nilai pelaburon mengikut negeri terpilih dan aliran pelaburan tempatan dan asing di Malaysia pada tahun 2008 hingga 2010.

Pelaburan amat penting dalam proses membangunkan sektor ekonomi sesebuah negara, Dalam usaha menarik pelaburan asing melalui FDI, kerajaan telah menyediakan banyak insentlf terutama pengecualian cukai dan prasarana pelaburan.

Jumlah pelaburan paling tinggi di negeri-negeri terpilih pada tahun 2008 ialah negeri Sarawak sebanyak RM15168 juta dan kedua tertinggi ialah negeri Johor sebanyak RMl I7ll juta. Manakala bagi negeri Sabah pula nilai pelaburan pada tahun 2008 kurang sebanyak RM8747 juta berbanding pelaburan negeri Johor pada tahun yang sama, Jumlah pelaburan negeri Perak mencatatkan nilai sebanyak RM3130 juta. Pada tahun 2008 nilai pelaburan tempatan bagi tahun 2008 pula berjumlah RM2866 juta kurang sebanyak RM6138 juta berbanding pelaburan asing pada tahun yang sama.

Ekoran ekonomi yang kurang memberangsangkan, jumlah pelaburan tempatan telah merosot kepada RM2752 juta pada tahun 2009. Kebanyakan syarikat multinasional banyak tertumpu kepada mengawal dan mengimbang urus niaga daripada perolehan asas. Pada tahun tersebut juga jumlah pelaburan asing juga merosot disebabkan iklim ekonomi dan pelaburan yang lemah di barat dan Jepun. Jumlah pelaburan asing tahun 2009 sebanyak RM4007 juta.

Pada tahun 2009 pelaburan negeri Sarawak bernilai RM8450 juta, merosot sebanyak RM6718 juta berbanding tahun sebelumnya. Manakala bagi negeri Johor juga menunjukkan jumlah pelaburan yang merosot kepada RM4063 juta pada tahun 2009, namun jumlah pelaburan bagi negeri Sabah tahun 2009 telah melonjak sebanyak RM2700 juta daripada tahun 2008. Negeri Perak memperoleh nilai pelaburan yang berkurang sebanyak RM237 juta kepada RM2893 juta pada tahun 2009 sebelum meningkat kepada RM3039 juta pada tahun 2010.

Pelaburan negeri sabah pada tahun 2010 mencatatkan penurunan yang ketara sebanyak 76.6% berbanding tahun sebelumnya, namun bagi pelaburan negeri Johor pula menunjukkan nilai pelaburan yang meningkat kepada RM7464 juta. Nilai pelaburan negeri Sarawak juga mencatatkan jumlah merosot kepada RM3945 juta pada tahun 2010. Jumlah pelaburan domestik pada tahun 2010 telah bertambah kepada RM5494 juta manakala pelaburan asing menunjukkan nilai yang meningkat sebanyak RM 39 juta berbanding tahun sebelumnya. Peningkatan nilai pelaburan asing mampu melonjak negara mencapai status negara maju pada tahun 2020.

(sumber: Laporan UPE Negeri-Negeri Persekutuan, Jabatan Perdana Menteri, 2011)

20

Page 21: Latih tubi graf modul penggal2  edited

LATI HAN 16

Berdasarkan petikan yang diberikan, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkon jumloh premis kerajaan yang diperiksa dalam operasi Peroturan Kawalan Hasil Tembakau (PKHT) dan bilangan keseluruhan orang yang dikompaun di Malaysia pada tahun 2005 hingga 2008.

Penguarkuasdan Peraturan Kawalan Tembakau mengadakan Ops Basuh' untuk membanteras aktiviti penjualan rokok secara haram, harga yang murah dan meningkatkuasakan larangan merokok di premis-premis kerajaan.

Pada tahun 2005 sebanyak 131 unit pejabat kerajaan Persekutuan diperiksa dan jumlah kawasan ini yang diperiksa pada tahun berikutnya dan juga tahun 2007 adalah sama sebanyak 135 unit. Pejabat kerajaan Daerah pula mencatatkan jumlah premis yang diperiksa sebanyak 119 unit pada tahun 2008, kurang sedikit berbanding pejabat kerajaan Persekutuan yang diperiksa sebanyak 18 unit pada tahun tersebut.

Pejabat daerah dan hospital awam mencatatkan jumlah premis yang periksa sebanyak 112 unit pada tahun 2005 menyamai jumlah pejabat kerajaan daerah yang diperiksa pada tahun yang sama. Pejabat kerajaan daerah yang diperiksa pada tahun 2006 dan 2007 masing-masing sebanyak 114 unit, begitu juga dengan hospital awam mencatatkan jumlah yang sama sebanyak 116 unit diperiksa pada tahun 2006 dan 2007. Pada tahun 2008 hospital awam dan swasta yang diperiksa sebanyak 118 unit.

Seramai 435 orang yang dikenakan kompaun pada tahun 2005 kerana menghisap rokok di premis-premis yang dilarang dan jumlah bertambah kepada 580 orang pada tahun 2006. Jumlah orang yang dikompaun terus meningkat dan mencatatkan jumlah tertinggi pada tahun 2007 sebanyak 604 orang, namun berkurangan sebanyak 6.46% pada tahun berikutnya disebabkan kempen dan penguatkuasdan larangan merokok di premis-premis awam.

Sebanyak 206 unit klinik kesihatan awam dan swasta daripada jumlah keseluruhan premis yang dlperiksa pada tahun 2005 sebanyak 732 unit dan bertambah kepada 210 unit pada tahun 2006 daripada jumlah besar premis yang diperiksa sebanyak 752 unit. Pada tahun 2007, meningkat sebanyak 1 unit kepada 211 unit sebelum jumlah berkurang kepada 204 unit daripada 754 unit yang diperiksa pada tahun 2008. Jumlah mahkamah yang diperiksa pada tahun 2008 telah bertambah sebanyak 3 unit berbanding tahun 2007 yang berjumlah 101 unit premis yang diperiksa. Jumlah mahkamah yang diperiksa dalam operasi kawalan tembakau pada tahun 2005 dan 2006 masing-masing sebanyak 99 unit dan 103 unit.

Pada tahun 2007, Pejabat Imigresen dan Kastam yang diperiksa dalam operasi kawalan tembakau sebanyak 70 unit daripada 747 unit dan pada tahun 2008 jumlah premis yang dperiksa bertambah kepada 72 unit. Jumlah premis kerajaan ini diperiksa adalah sama sebanyak 72 unit pada tahun 2005 dan 2006.

(sumber: Dipetik dan disesuaikan daripada Laporan Kementerian Kesihatan Malaysia, 2009)

21

Page 22: Latih tubi graf modul penggal2  edited

LATIHAN 21

Berdasarkan petikon yang diberikan, sediakan graf yong sesuai untuk menunjukkan bilangan pembedahan transplan organ penderma kadaverik dan pola pembedahan transplan organ buah pinggang penderma hidup mengikut jenis organ di Malaysia pada tahun 2008 hingga 2010.

Mengikut Pusat Sumber Transplan Negara, negeri Selangor dan Pulau Pinang merupakan negeri paling ramai distribusi pengikrar organ dan peringkat umur antara 30 hingga 45 tahun paling banyak menderma.

Beberapa jenis organ yang lazim didaftarkan bagi pemindahan dan pembedahan transplan organ ialah hati, jantung, paru-paru dan buah pinggang, Buah pinggang merupakan organ paling banyak didaftarkan menjalani pembedahan transplan organ penderma kadaverik dan penderma hidup pada tahun 2008 hingga 2010. Pada tahun 2008 seramai 22 orang telah melalui pembedahan transplan organ penderma kadaverik melibatkan organ buah pinggang dan bertambah sebanyak 54.56% pada tahun 2009.

Bagi penderma hidup pula, jumlah pembedahan transplan organ buah pinggang mencatatkan seramai 28 orang pada tahun 2008, lebih ramai berbanding jumlah pembedahan buah pinggan penderma kadaverik. Pada tahun 2009 transplan organ buah pinggang penderma hidup seramai 31 orang, lebih rendah berbanding penderma kadaverik, namun pada tahun Perikutnya jumlah pembedahan melibatkan organ yang sama bagi penderma hidup merosot sebanyak 51.61 % berbanding tahun 2009.

Pembedahan transplan organ penderma kadaverik melibatkan buah pinggang pada tahun 2010 seramai 14 orang, manakala transplan organ hati seramai 3 orang pada tahun yang sama. Jumlah paling ramai penderma kadaverik organ hati ialah pada tahun 2009 seramai 6 orang, mengalami peningkatan seramai 2 orang berbanding tahun 2008. Pembedahan organ jantung penderma kadaverik pada tahun 2008 dan 2010 seramai 1 orang, tahun 2009 pula bertambah kepada 2 orang penderma kadaverik.

Pembedahan transplan yang melibatkan organ paru-paru mencatatkan jumlah penderma kadaverik seramai 3 orang pada tahun 2010 dan tiada penderma kadaverik atau hidup yang didaftarkan pada tahun 2008 dan 2009.

(sumber: Dipetik dan diubahsuaikan daripada Laporan Kementerian Kesihatan Malaysia, 2011)

22

Page 23: Latih tubi graf modul penggal2  edited

LATIHAN 23

Berdasarkan maklumatyang diberikan, sediakan grafyang sesuai untuk menunjukkan bilangan keseluruhan penumpang berulang alik menggunakan perkhidmatan Sistem Transit Aliran Ringan [LRT] ke destinasi terpilih dan aliran penggundan perkhidmatan KTMB Komuter pada tahun 2007 hingga 2010.

Dalam usaha mencapai sebuah negara majukerajaan menetapkan NKRA untuk meningkatkan akses kepada kemudahan pengangkutan awam. Kerajaan telah membina lingkaran sistem jalan raya dan laluan rail untuk kemudahan rakyat menggunakan pengangkutan awam dan mengurangkan kesesakan jalan raya.

Laluan perkhidmatan sistem Transit Aliran Ringan (LRT) Kelana Jaya pada tahun 2007 mencatatkan jumlah seBanyak 6965258 orang daripada jumlah keseluruhan penumpang seBanyak 14507310 orang. Jumlah keseluruhan penumpang perkhidmatan LRT pada tahun 2008 telah meningkat kepada 15454340 orang, namun merosot sebanyak 2784903 orang pada tahun 2009. Laluan perkhidmatan KTMB Komuter pada tahun 2007 mencatatkan jumlah penumpang seramai 36959 orang.

Sebanyak 36.84% aaripada jumlah penumpang tahun 2007 aaalah laluan LRT Ampang manakala laluan KLIA Ekspres dan Transit pula mencatatkan jumlah penumpang sebanyak 2197559 orang pada tahun yang sama. Pada tahun 2010, laluan Kelana Jaya mencatatkan jumlah 5803499 penumpang. Pada tahun 2009 laluan LRT Kelana Jaya mencatatkan penurunan jumlah penumpang seramai 31.69% berbanding tahun 2008 yang berjumlah 8168337 orang.

Jumlah penumpang di laluan Ampang pada tahun 2008 seramai 5109480 orang dan menurun kepada 4985253 orang pada tahun berikutnya, namun jumlah kembali meningkat kepada 5157481 orang pada tahun 2010. Laluan perkhidmatan Komuter pada tahun 2008 mencatatkan jumlah penumpang seramai 36557 orang berbanding laluan LRT KLIA Ekspres dan Transit yang berjumlah 21 76523 orang.

Laluan LRT KLIA Ekspres dan Transit mencatatkan jumlah penumpang seramai 16.61% daripada jumlah keseluruhan tahun 2009 dan jumlah bertambah kepada 2210830 orang pada tahun 2010. Jumlah oenumpang menggunakan perkhidmatan Komuter berbanding laluan LRT kerana perkhidmatan terhad ke destinasi pilihan pengguna. Jumlah penumpang KTMB Komuter pada tahun 2009 sebanyak 34683 orang penumpang Perbanding tahun 2010 yang berjumlah 34995 orang.

(sumber: Dipetik daripada Laporan Kementerian Pengangkutan Malaysia,2008-2010)

23

Page 24: Latih tubi graf modul penggal2  edited

LATIHAN 28

Berdasarkan petikon yang diberikan di bowoh, sediokon graf yang sesuai untuk menunjukkan jumlah jenayah komersial utamo terpilih mengikut kes don jumlah kerugian kes di Malaysia pada tahun 2008 hingga 2011.

Berdasarkan jumlah keseluruhan sebanyak 1957 kes pada tahun 2009, penipuan pelaburan mencatatkan 221 kes, lebih tinggi sebanyak 129 kes berbanding tahun sebelumnya. Kes ini berkurang kepada 215 kes pada tahun 2010 sebelum meningkat kepada 247 kes pada tahun 2011. Kes penipuan berlaku apabila mangsa dipujuk untuk menyertai pelbagai bentuk perniagaan dalam bidang pertanian, jualan langsung dan perniagaan bersumber internet yang melibatkan kerugian keseluruhan kes sebanyak RM845.3 juta pada tahun 2009 berbanding RM496.5 juta pada tahun 2008.

Kes penipuan Afika pula berlaku apabila mangsa diperdaya setelah menjadi rakan laman sosial sebelum dipujuk membuat hantaran bungkusan atau menjalankan 'black money'. Pada tahun 2011 kes ini mencatatkan jumlah tertinggi sebanyak 774 kes dengan kos kerugian sebanyak RM 940.7 juta manakala tahun 2008 hanya mencatatkan sebanyak 86 kes. Kes ini telah meningkat sebanyak 394 kes pada tahun 2010 berbanding tahun sebelumnya sebanyak 310 kes.

Pada tahun 2008 kes penipuan Macau sebanyak 78 kes daripada jumlah besar 1171 kes dan meningkat sebanyak 706.41% pada tahun 2011. Kes ini melibatkan penyamaran sebagai polis dan mangsa ditipu dengan alasan keluarga sakit dan perlukan wang. Sebanyak 515 kes dicatatkan pada tahun 2010 dengan jumlah keseluruhan kes sebanyak 2786 kes dengan kerugian yang direkodkan sebanyak RM799.1juta. Pada tahun 2009 kes penipuan Macau sebanyak 18.75% daripada jumlah keseluruhan jenayah komersial utama terpilih.

Kes yang melibatkan jualan nombor ramalan dan menjanjikan hadiah lumayan di akhbar dikesan melakukan aktiviti penipuan toto sebanyak 496 kes pada tahun 2008. Kes ini mencatatkan jumlah sebanyak 16.57% daripada keseluruhan kes sebanyak 3416 kes pada tahun 2011. Pada tahun 2009 kes ini mencatatkan jumlah paling banyak, namun berkurang sebanyak 236 kes kepada 354 kes pada tahun 2010.

Kes melibatkan penipuan e-dagang mencatatkan peningkatan ketara dari tahun 2008 daripada 419 kes kepada 469 kes tahun berikutnya dan terus bertambah kepada 1200 kes pada tahun 2011 .Berlaku peningkatan sebanyak 529 kes kepada 998 kes pada tahun 2010 disebabkan perkembangan dan pertambahan pengguna internet dan PDRM menjangkakan kes ini akan terus meningkat.

(sumber: Diubahsuaikan daripada Laporan Jabatan SiasatanJenayah Komersial, PDRM, 2011)

24

Page 25: Latih tubi graf modul penggal2  edited

GRAF BAR PIRAMID

LATIHAN 4

Berdasarkan petikan yang diberikan, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan jumloh hoiwan ternakan di Semenanjung Malaysia dengan di Sabah dan Sarawak mengikutjenis ternakan pada tahun 2008 hingga 2011.

Usaha pengeluaran daging lembu, kerbau dan kambing telah dipertingkatkan dalam Rancangan Imbangan Dagangan (BOT Plan) dengan memberi penekanan yang lebih agresif ke atas teras dasar DPN3 dan mensasarkan peningkatan pengeluaran ternakan ruminan yang lebih tinggi berbanding sasaran DPN3.

Ternakan lembu di Semenanjung Malaysia pada tahun 2008 sebanyak 566877 ekor berbanding di Sabah dan Sarawak sebanyak 87991 ekor pada tempoh yang sama. Pada tahun 2009 jumlah di Semenanjung merosot kepada 526317 ekor, begitu juga di Sabah dan Sarawak kepada 78944 ekor, namun masing-masing telah meningkat kepada 541796 ekor dan 78947 ekor pada tahun berikutnya. Pada tahun 2011, Semenanjung Malaysia mencatatkan jumlah ternakan lembu sebanyak 548189 ekor, manakala di Sabah dan Sarawak sebanyak 79654 ekor.

Pada tahun 2008 dan 2009, Semenanjung Malaysia mencatatkan jumlah ternakan kerbau sebanyak 94661 ekor dan 94979 ekor. Pada tahun berikutnya telah berkurang kepada 92799 ekor manakala tahuan 2011 jumlah merosot sebanyak 11886 ekor berbanding tahun sebelumnya. Sabah dan Sarawak pula mencatatkan jumlah ternakan kerbau yang meningkat sepanjang tahun 2008 hingga 2010 dengan jumlah ternakan tahun 2008 sebanyak 81568 ekor, meningkat kepada 82173 ekor dan terus bertambah jumlah kepada 83376 ekor, namun jumlah ternakan menurun kepada 73590 ekor pada tahun 2011.

Jumlah ternakan kambing di Semenanjung Malaysia dan di Sabah dan Sarawak pada tahun 2008 sebanyak 397480 ekor, dan daripada jumlah tersebut sebanyak 77760 ekor di Sabah dan Sarawak. Jumlah besar ternakan lembu, kerbau dan kambing pada tahun 2008 sebanyak 981258 ekor. Jumlah ternakan kambing di Semenanjung meningkat kepada 352467 ekor daripada keseluruhan sebanyak 973763 ekor pada tahun 2009, manakala di Sabah dan Sarawak juga meningkat kepada 81766 ekor daripada keseluruhan ternakan sebanyak 242883 ekor tahun 2009.

Jumlah ternakan kambing di Semenanjung Malaysia pada tahun 2010 sebanyak 34.33% daripada 966680 ekor dan pada tahun 2011 meningkat kepada 360728 ekor daripada jumlah keseluruhan ternakan tahun 2010 sebanyak 989830 ekor Jumlah ternakan kambing terus bertambah kepada 82414 ekor daripada 244737 ekor, sebelum mencatatkan jumlah tertinggi pada tahun 2011 sebanyak 88072 ekor daripada keseluruhan ternakan 241316 ekor.

(sumber: dipetik dan diubahsuaikan daripada Laporan Ekonomi Malaysia,Jabatan Perangkdan Malaysia, 2011)

25

Page 26: Latih tubi graf modul penggal2  edited

LATIHAN 9

Berdasarkan maklumat dalam petikan di bawoh, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan perbandingan bilangan ahli profesional awam dan swasta mengikut pekerjdan di Malaysia pada tahun 2009 hingga 2011.

Nisbah seorang doktor perubatan kerajaan kepada penduduk Malaysia semakin mengecil. Pada tahun 2010 sebanyak I : 905 orang berbanding l : 1940 orang pada tahun 2000. Nisbah mengikut negeri pula menunjukkan negeri Pahang dan Kelantan, Terengganu dan Johor termasuk Perlis mencatatkan kekurangan doktor. Negeri Johor mencatatkan nisbah I : 1892 orang pada tahun 2010.

Pada tahun 2009, doktor perubatan yang berkhidmat dalam profesional awam seramai 20192 orang, manakala yang berkhidmat sebagai profesional swasta seramai 10344 orang. Pada tempoh yang sama, doktor pergigian dan ahli farmasi dalam profesional awam seramai 2858 orang dan 3877 orang. Bagi profesional swasta pula kedua-dua profesion ini masing-masing seramai 1909 orang dan 2907 orang.

Bilangan doktor perubatan awam meningkat kepada 25845 orang pada tahun 2010 dan bertambah sedikit sebanyak 492 orang pada tahun berikutnya. Berlaku pola kenaikan bilangan doktor perubatan dalam profesional swasta pada tahun 2010 kepada 10762 orang sebelum meningkat sebanyak 478 orang kepada 11240 orang pada tahun 2011.

Pada tahun 2010, doktor pergigian swasta merekodkan bilangan seramai 2102 orang, walau bagaimanapun bilangan ini merosot kepada 1894 orang pada tahun 2011. Doktor pergigian pada tahun 2010 pula mencatatkan anggota profesional awam seramai 3452 orang tetapi berkurang kepada 2664 orang pada tahun 2011. Pengurangan ini kemungkinan disebabkan pemindahan doktor menjadi profesional swasta dan dasar pengambilan doktor pelatih.

Bagi golongan dan ahli farmasi daripada profesional awam pula mencatatkan peningkatan drastik kepada 5288 orang dan terus bertambah sebanyak 120 orang pada tahun 2011. Pada tahun 2010 jumlah ahli farmasi dalam profesional swasta meningkat kepada 3344 orang dan bertambah sebanyak 400 orang kepada tahun 2011.

(sumber: dipetik dan diubahsuaikan daripada Laporan Kementerian KesihatanMalaysia dan Jabatan Perangkdan Malaysia, 2011)

26

Page 27: Latih tubi graf modul penggal2  edited

LATIHAN 15

Berdasarkan maklumat yang diberikan, sediakon graf yang sesuai untuk menuniukkan perangkdan projek perumahon negara yang sakit dan terbengkalai di negeri-neaeri terpilih di Semenanjung Malaysia pada tahun 2008 hingga 2010.

Pelan Transformasi Kerajaan telah menggariskan Program Pembangunan Perumahan Negara untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat, namun isu-isu sosioekonomi seperti status petempatan dan perumahan yang sering memberi masalah kepada rakyat.

Negeri Kedah mencatatkan projek sakit sebanyak 1273 unit pada tahun 2008 berbanding projek terbengkalai sebanyak 1192 unit pada tempoh yang sama. Projek sakit di negeri Sembilan dan Pahang mencatatkan jumlah sebanyak 1084 unit dan 1036 unit pada tahun 2008. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mencatatkan jumlah projek sakit pada tahun 2008 sebanyak 1130 unit.

Projek terbengkalai yang dilaporkan pada tahun 2008 di negeri Sembilan melebihi sebanyak 172 unit berbanding yang dicatatkan di negeri Pahang sebanyak 826 unit, manakala Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur paling tinggi berjumlah 1903 unit. Pada tahun 2009 dan 2010 projek sakit yang dilaporkan di negeri Kedah sebanyak 1018 unit dan bertambah bilangan kepada 1767 unit. Bagi kes projek terbengkalai pula di negeri Kedah pada tahun 2009 sebanyak 2188 unit dan berkurang kepada 1987 unit pada tahun 2010.

Negeri Sembilan mencatakan jumlah projek terbengkalai lebih tinggi pada tahun 2010 sebanyak 2572 unit berbanding tahun 2009 yang berjumlah 1815 unit. Jumlah projek sakit pula, negeri Sembilan mencatat sebanyak 1481 unit pada tahun 2009 dan bertambah kepada 2167 unit tahun 2010. Pada tahun 2009, negeri Pahang mempunyai 2020 unit projek sakit dan bertambah sedikit kepada 2153 unit pada tahun berikutnya. Projek terbengkalai di negeri Pahang pada tahun 2009 dan 2010 masing-masing berjumlah 1997 unit dan 2312 unit.

Banyak projek sakit dan terbengkalan berpunca daripada kurang koordinasi antara pihak Pengurusan Bangunan dan Perumahan, Pihak Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan selain kerenah dan sikap pemaju yang kurang bertanggungjawab. Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mempunyai banyak projek sakit dan pada tahun 2009 mencatatkan sebanyak 2198 unit dan berkurang kepada 2188 unit pada tahun 2010. Jumlah projek terbengkalai masih tinggi di wilayah ini pada tahun 2009 sebanyak 2291 unit berbanding sebanyak 1987 unit pada tahun 2010 yang Perkurang sebanyak 304 unit.

(sumber: Dipetik dan diubahsuaikan daripada Laporan Jabatan PerumahanNegara, 2008/2010)

27

Page 28: Latih tubi graf modul penggal2  edited

LATIHAN 18

Berdasarkan maklumat yang diberikan di bawah, sediakan graf yang sesuoi untuk menunjukkan bilangan kes pembuangan bayi di Malaysia mengikut jantina bayi dan lokasi pembuangan bayi terpilih pada tahun 2009 hingga 2011.

Purata kes pembuangan bayi di Malaysia sejak tahun 2000 hingga 2010 sebanyak 87 kes setahun dan seramai 74723 orang yang lahir tanpa perkahwinan yang sah.

Jumlah kes pembuangan bayi lelaki lebih ramai berbanding perempuan dan pada tahun 2009, pembuangan bayi lelaki di kawasan perumahan dan premis perniagaan sebanyak 26 kes. Bagi kes pembuangan bayi perempuan yang dibuang di kawasan yang sama pada tahun tersebut mencatatkan 13 kes dan meningkat sebanyak 53.85% pada tahun 2010. Pada tahun 2010 bayi lelaki yang dibuang di kawasan perumahan dan premis perniagaan meningkat sebanyak 15.38% berbanding tahun sebelumnya.

Selain kawasan perumahan, kes pembuangan bayi kerap dilakukan di tempat pembuangan sampah. Pada tahun 2011, bayi lelaki yang dibuang di tempat ini sebanyak 21 kes, perbezaan sebanyak 13 kes berbanding pembuangan bayi dalam kelompok gender yang sama di kawasan perumahan dan premis perniagaan pada tahun yang sama. Bayi perempuan yang dibuang di kawasan perumahan dan premis perniagaan pada tahun 2011 sebanyak 16 kes, berbanding 11 kes bayi perempuan yang aibuang di tempat pembuangan sampah pada tahun yang sama.

Bayi lelaki yang dibuang di tempat pembuangan sampah pada tahun 2009 dan 2010 sebanyak 30 kes dan daripada jumlah tersebut, tahun 2010 mencatatkan sebanyak 1 7 kes dan bakinya adalah pada tahun 2009. Manakala bayi perempuan yang dibuang di tempat yang sama pada tahun 2009 sebanyak 11 kes dan berkurang kepada 10 kes tahun berikutnya.

Pembuangan bayi di Iain-Iain tempat seperti tempat ibadat, jalan raya dan semak menyumbang sebanyak 9 kes pada tahun 2009 bagi bayi lelaki, manakala bayi perempuan yang dibuang di tempat dan tahun yang sama sebanyak 7 kes. Lain-lain tempat menjadi pilihan tempat pembuangan kerana mudah dan terpencil dan pada tahun 2010 bayi lelaki yang dibuang di lain-lain tempat sebanyak 8 kes tetapi menambah bilangan kepada 11 kes pada tahun 2011. Bagi bayi perempuan pula, jumlah kes yang melibatkan pembuangan bayi di kawasan ini pada tahun 2010 sebanyak 6 kes meningkat sebanyak 66.67% kepada tahun 2011.

(sumber: Dipetik dan diubahsuaikan daripada Laporan JabatanStatistik dan Jenayah PDRM, 2011 )

28

Page 29: Latih tubi graf modul penggal2  edited

LATIHAN 22

Berdasarkan petikan yang diberikan, sediakon graf yang sesuai untuk menunjukkan jumlah OKU berdaftar dalam kalangan orang dewasa di Malaysia bagi kategori masalah pembelajaran mengikut umur dan jantina pada tahun 2011.

Kanak-kanak hiperaktif dan kurang daya fokus merupakan golongan yang diklasifikasikan sebagai Orang Kelainan Upaya (OKU) bagi kategori masalah pembelajaran. Apabila meningkat dewasa, mereka akan mengalami situasi kurang daya fokus seperti mudah lupa.

Pada tahun 2011, keseluruhan statistik mencatatkan OKU lelaki dan perempuan dewasa yang mengalami kurang daya fokus di Malaysia seramai 2586 orang. Daripada jumlah tersebut, 57.39% adalah OKU lelaki dan selebihnya adalah golongan OKU perempuan. Seramai 320 orang dalam kalangan lelaki yang berumur 19 hingga 21 tahun mengalami keadaan masalah pembelajaran atau kurang daya fokus.

Peringkat umur 22 hingga 35 tahun pula seramai 645 orang lelaki menghadapi kes yang sama manakala kumpulan umur 36 hingga 45 tahun dan 46 hingga 59 tahun masing-masing mencatatkan jumlah lelaki yang mengalami kurang daya fokus seramai 257 orang dan 177 orang. Golongan yang paling sedikit jumlah menghadapi masalah daya fokus ialah dalam kelompok umur lelaki adalah di peringkat umur 60 tahun dan lebih. Kebanyakan golongan lelaki dewasa yang berumur melepasi 55 tahun dan tidak mendapat pendidikan awal lebih cepat mengalami gejala kurang daya fokus.

Seramai 42.61% daripada 2586 orang adalah golongan perempuan yang mengalami kurang daya fokus atau masalah pembelajaran. Kumpulan umur 60 tahun dan lebih telah mencatatkan jumlah seramai 42 orang iaitu kurang sebanyak 43 orang berbanding golongan lelaki pada peringkat umur yang sama. Bagi perempuan dewasa OKU kurang daya fokus dalam kelompok umur 46 hingga 59 tahun pula seramai 137 orang. Seramai 219 orang perempuan dewasa menghadapi gejala yang sama bagi kumpulan umur 36 hingga 45 tahun.

Jumlah OKU perempuan yang berumur 22 hingga 35 tahun kurang sebanyak 122 orang berbanding golongan OKU lelaki pada peringkat umur yang sama. Selebihnya adalah golongan perempuan dewasa yang mengalami masalah daya fokus yang kurang dalam kumpulan umur 19 hingga 21 tahun. Di peringkat awal usia kanak-kanak, ibu bapa perlu merujuk kepada pakar atau menerima rawatan pemulihan pembelajaran daripada sekolah pendidikan khas. Keadaan ini akan berlanjutan ke peringkat umur dewasa jika tidak diusahakan lebih awal.

(sumber: Dipetik daripada Laporan Pegawai Perhubungan, Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia, 2011)

29

Page 30: Latih tubi graf modul penggal2  edited

LATIHAN 24

Berdasarkan maklumat yang diberikan, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkon perbandingan bacaan Indek Pencemaran Udara (IPU) pada tahap terendah dan tertinggi mengikut bandar-bandar terpilih di Semenanjung Malaysia pada bulan April hingga Julai tahun 2011.

Fenomena jerebu pada tahun 1997 merupakan insiden udara paling buruk melanda negara, Pembakaran hutan di Sumatera, Indonesia memberi kesan kepada aktivjti ekonomi dan sosial. Pada tahun 2011 beberapa bandar terpilih di Semenanjung Malaysia seperti Manjong, Muar dan Petaling Jaya menunjukkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang baik.

Bagi bandar Manjong, Perak paras bacaan IPU terendah pada bulan April 2011 ialah 34 manakala bacaan IPU tertinggi pada bulan yang sama ialah 66. Bagi bandar Muar, Johor pula bacaan IPU tertinggi pada bulan April lebih tinggi sebanyak 39 berbanding bacaan terendah yang mencatatkan bacaan IPU 53. Pada bulan April bacaan IPU terendah di Petaling Jaya, Selangor ialah 18 dan paras bacaan IPU tertinggi pada bulan tersebut ialah 85.

Pada bulan Mei 2011 bagi bacaan terendah, bandar Muar, Johor mencatatkan IPU sebanyak 51 manakala bandar paling rendah bacaan IPU bagi bacaan terendah ialah Petaling Jaya, Selangor sebanyak 21. Bandar Manjong, Perak pula mencatat bacaan terendah pada bulan Mei sebanyak 27. Bagi paras bacaan IPU tertinggi pula bandar Manjong mencatatkan sebanyak 78 pada bulan Mei dan paras IPU meningkat kepada 83 pada bulan Jun yang menyebabkan udara kurang baik kepada aktiviti luar.

Bandar Muar, Johor mencatatkan bacaan IPU yang lebih baik dan pada bulan Mei paras bacaan IPU tertinggi sebanyak 88 tetapi udara kembali baik kepada bacaan IPU sebanyak 71 pada bulan Jun. Berbeza dengan bacaan IPU di Petaling Jaya apabila IPU menunjukkan tahap udara menjadi kurang baik bagi bacaan IPU pada bulan Mei sebanyak 92 dan 97 pada bulan Jun. Berdasarkan paras bacaan IPU, bandar Manjong dan Petaling Jaya berkemungkinan mengalami situasi jerebu yang buruk selepas bulan Jun 2011.

Pembakaran hutan di Indonesia dan Kalimantan mendorong kerajaan mengadakan rundingan kerjasama dua hala menangani masalah jerebu. Paras bacaan IPU terendah pada bulan Jun masih menunjukkan bandar Muar paling tinggi para§ bacaan IPU sebanyak 47 berbanding bandar Manjong yang paling rendah bacaan IPU sebanyak 21 manakala Petaling Jaya pula mencatatkan paras bacaan IPU terendah sebanyak 30.

(sumber: Dipetik daripada Jabatan Alam Sekitar Malaysia, 2011)

30

Page 31: Latih tubi graf modul penggal2  edited

LATIHAN 33

Berdasarkan petikan yang diberikon di bawah, sediokan graf yong sesuoi untuk menunjukkan perbandingan jumlah kes baru don kes selesai bagi jenayah horta benda terpilih di Malaysia pada tahun 2006 hingga 2009.

Kes baru curi van dan lori sebanyak 6328 kes dicatatkan pada tahun 2006, namun merosot kepada 5074 kes tahun 2007. Pada tempoh yang soma bagi kes ini yang dapat diselesaikan masing-masing mencatatkan jumlah sebanyak 1587 kes dan 1858 kes. Kes baru bagi kecurian van dan lori pada tahun 2008 pula sebanyak 4497 kes dan pada tahun 2009 kes ini sebanyak 6781 kes daripada jumlah keseluruhan sebanyak 36581 kes. Fenomena curi van dan lori menunjukkan pola tidak konsisten berbanding kes selesai yang sentiasa meningkat terutama pada tahun 2008 sebanyak 2043 kes dan tahun berikutnya sebanyak 4412 kes daripada jumlah keseluruhan sebanyak 28661 kes.

Jumlah keseluruhan kes baru paling tinggi ialah pada tahun 2007 sebanyak 37787 kes manakala jumlah besar paling rendah pada tahun 2006 sebanyak 35233 kes. Daripada jumlah besar kes baru sebanyak 35476 kes pada tahun 2008, kes ragut mencatatkan 9732 kes manakala pada tahun 2007 pula sebanyak 12427 kes. Manakala pada tahun 2006 jumlah kes sebanyak 11101 kes lebih tinggi sebanyak 6194 kes berbanding tahun 2009. Daripada jumlah keseluruhan kes selesai tahun 2006 sebanyak 11510 kes, insiden ragut sebanyak 2935 kes, telah meningkat kepada 3096 kes daripada 12027 kes tahun 2007. Jumlah kes ragut yang diselesaikan pada tahun 2009 sebanyak 3368 kes manakala pada tahun sebelumnya kes diselesai sebanyak 4288 kes daripada jumlah besar sebanyak 14502 kes.

Bagi kes pecah rumah malam yang diselesaikan pada tahun 2006 sebanyak 4239 kes meningkat sedikit kepada 4339 kes sebelum menokok sebanyak 777 kes pada tahun berikutnya. Pada tahun 2009 kes ini yang dapat diselesaikan sebanyak 13877 kes berbanding 15119 kes baru pada tempoh yang sama. Jumlah kes baru pecah rumah malam paling rendah ialah pada tahun 2006 sebanyak 9551 kes dan bertambah sebanyak 1576 kes kepada 11127 kes pada tahun 2007. Pada tahun 2008, kes pecah rumah malam adalah sebanyak 10872 kes. Bagi kes baru curi motokar paling tinggi ialah pada tahun 2008 sebanyak 10375 kes manakala pada tahun 2009 jumlah telah merosot kepada 9714 kes.

Pada tahun 2006 kes baru curi motokar mencatatkan sebanyak 8253 kes dan meningkatkan kepada 9159 kes pada tahun 2007. Bagi kes selesai curi motokar pada tahun 2006 hingga 2009 mencatatkan peningkatan sebanyak 154.78%. Jumlah kes paling banyak pada tahun 2009 sebanyak 7004 kes manakala jumlah kes paling rendah pada tahun 2006 sebanyak 2749 kes. Kes curi motokar yang dapat diselesai pada tahun 2008 telah meningkat sebanyak 321 kes berbanding jumlah kes pada tahun 2007 sebanyak 2734 kes.

(sumber: Diubahsuaikan daripada Laporan Jenayah, Jabatan Statistik PDRM,

2006-2009)

31

Page 32: Latih tubi graf modul penggal2  edited

Ilmu bakti stpm A

Praktis 7

berdasarkan maklumat yang terkandung dalam petikan di bawah, sediakan graf bar yang sesuai untuk menunjukkan strukturpenduduk Semenanjung Malaysia mengikut umur dan jantina pada tahnn 2006.

Melalui bancian penduduk yang telah dijalankan pada tahin 2005, jumlah penduduk di Semenanjung Malaysia pada tahun 2006 ialah 16.607 juta orang. Bilangan ini meliputi warganegara dan bukan warganegara yang menetap di Semenanjung Malaysia.

Pada tahun 2006, jumlah penduduk lelaki ialah 8434 ribu orang, manakala jumlah penduduk perempuan ialah 261 ribu orang kurang daripada jumlah penduduk lelaki. Komposisi penduduk Malaysia terdiri daripada lapan peringkat umur, iaitu 0-9, 10-19, 20-29, 30-39, 40-49,50-59, 60-69, dan 70 tahun ke atas.

Bilangan bayi dan kanak-kanak yang berumur 0-9 tahun ialah 4188 ribu orang. Daripada jumlah tersebut, 2165vribu orang adalah lelaki, iaitu 13.04% daripada ialah penduduk Semenanjung Malaysia, manakala bilangan bayi dan kanak-kanak perempuan meliputi 12.18% atau 2023 ribu orang.

Bagi kumpulan umur antara 10-19 tahun, bilangan pejduduk ialah 3715 ribu orang, iaitu 473 ribu orang kurang daripada bilangan bayi dan kanak-kanak yang berumur 0-9 tahun. Bilangan penduduk perempuan dalam kumpulan umur ini ialah 1815 ribu orang, iaitu 85 ribu orang kurang daripada bilangan penduduk lelaki.

Sementara itu, dalam kumpulan umur 20-29 tahun, apabila bilangan penduduk lelaki melebihi bilangan penduduk perempuan seramai 16 ribu orang, dan bilangan penduduk perempuan ialah 1446 ribu orang. Seterusnya, bilangan penduduk lelaki pada peringkat umur 30-39 tahun ialah 1287 ribu orang, manakala bilangan penduduk perempuan ialah 1304 ribu orang.

Bilangan penduduk dalam kumpulan umur berikutnya, iaitu 40-49 tahun didapati semakin berkurangan. Daripada sejumlah 1428 ribu orang penduduk dalam kumpulan umur ini, 759 ribu orang ialah penduduk lelaki, dan bakinya merupakan penduduk perempuan. Bagi penduduk yang berumur 50-59 tahun, bilangan penduduk perempuan ialah 37 ribu orang kurang daripada bilangan penduduk lelaki sebanyak 418 ribu orang.

Walau bagaimanapun, pada peringkat umur 60-69 tahun dan 70 tahun keatas, bilangan penduduk perempuan melebihi bilangan penduduk lelaki. Bagi peringkat umur 60-69 tahun, penduduk perempuan melebihi penduduk lelaki sebanyak 25 ribu orang, dan bilangan penduduk lelaki ialah 315 ribu orang. Sementara itu, bagi penduduk yang berusia 70 tahun ke atas, bilangan penduduk lelaki ialah 128 ribu orang dan bilangan penduduk perempuan ialah 195 ribu orang.

(Disesuaikan daripada Laporan Band Penduduk 2005, Jabatan Perangkaan Malaysia)

32

Page 33: Latih tubi graf modul penggal2  edited

Praktis 8

berrdasarkan maklumat dalam petikan di bawah, sediakan graf bar yang sesuai untuk menunjukkan bilangan pencarum Kutnpulan wang Simpanan Pekerja mengikut kumpulan umurpada tahun 2001 dan 2005.

Caruman dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) merupakan simpanan untuk masa tua. Pekerja yang berumur 16 tahun merupakan pencarum yang paling muda. Dalam tempoh lima tahun, bilangan pencarum KWSP telah meningkat kepada lebih 10 juta orang, iaitu daripada 9.93 juta orang pada tahun 2001 kepada 10.6 juta orang pada tahun 2005.

Pencarum KWSP dapat digolongkan kepada lapan kumpulan umur, iaitu kumpulan umur 16-25 tahun, 26-30 tahun, 31-35 tahun, 36-40 tahun, 41-45 tahun, 46-50 tahun, 51-55 tahun, dan 55 tahun keatas. Umumnya, bilangan pencarum semakin merosot apabila kumpulan umur semakin meningkat. Pada tahun 2001 dan 2005, pekerja dalam kumpulan umur 16-25 tahun adalah yang paling banyak mencarum dengan bilangan masing-masing sebanyak 2.41 juta orang dan 2.38 juta orang.

Pada tahun 2005, bilangan pencarum dalam kumpulan umur 26-30 tahun telah meningkat sebanyak ribu orang kepada 1.71 juta orang berbanding dengan tahun 2001. Dalam tempoh yang sama, bilangan pencarum dalam kumpulan umur 31-35 tahun telah meningkat kepada 1.56 juta orang.

Sementara itu, bagi kumpulan umur 36-40 tahun, bilangan pencarum telah meningkat sebanyak 110 ribu orang atau 8.59% pada tahun 2005 berbanding dengan 1.28 juta orang pada tahun 2001. Bilangan pencarum bagi kumpulan umur 41-45 tahun pula telah meningkat sebanyak 160 ribu orang pada tahun 2005 menjadi 1.25 juta orang, manakala bilangan pencarum bagi kumpulan umur 46-50 tahun telah meningkat sebanyak 20 ribu orang kepada 1.03 juta orang.

Seterusnya, bagi kumpulan umur yang lebih tinggi, bilangan pencarum kurang daripada 1 juta orang. Pada tahun 2001, bilangan pencarum dalam kumpulan umur 51-55 tahun dan kumpulan umur 55 tahun ke atas masing-masing ialah 0.52 juta orang dan 0.54 juta orang. Dalam tempoh empat tahun berikutnya, bilangan pencarum dalam kumpulan umur 51-55 tahun telah bertambah sebanyak 170 ribu orang, manakala bilangan pencarum yang berumur melebihi 55 tahun meningkat sedikit sebanyak 50 ribu orang.

(Disesuaikan daripada Buku Tahunan Perangkaan Malaysia 2006, Jabatan Perangkaan Malaysia)

33

Page 34: Latih tubi graf modul penggal2  edited

Praktis 9

Dengan menggunakan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan grafbar yang sesuai untuk menunjukkan jumlah guna tenaga mengikut sektor dan kaum bagi tahun 2002 dan 2006.

Guna tenaga di Malaysia merangkumi beberapa sektor, iaitu sektor pertanian dan pengeluaran, sector pengurusan dan pentadbiran, sektor perkhidmatan dan jualan serta sektor profesional dan teknik. Jumlah guna tenaga pada tahun 2006 ialah 11 301.9 ribu orang, iaitu bertambah sebanyak 1684 ribu orang berbanding dengan tahun 2002.

Pada tahun 2002, sektor pertanian dan pengeluaran menyumbang melebihi separuh daripada jumlah guna tenaga di Malaysia, iaitu 4935.3 ribu orang. Daripada jumlah guna tenaga dalam sektor pertanian dan pengeluaran, 3234.5 ribu orang merupakan kaum melayu, 1198.2 ribu orang terdiri daripada kaum Cina, manakala kaum India dan kaum lain ialah 502.6 ribu orang.

Pada tahun 2006, sektor pertanian dan pengeluaran masih menjadi tumpuan apabila bilangan guna tenaga daripada kaum Melayu telah meningkat sebanyak 27.89% atau 902 ribu orang berbanding dengan tahun 2002 dan diikuti dengan kaum Cina yang meningkat sebanyak 103.9 ribu orang, manakala kaum India dan kaum lain berjumlah 536.1 ribu orang.

Bagi sektor pengurusan dan pentadbiran pada tahun 2002, guna tenaga kaum Melayu ialah 698.1 ribu orang, iaitu 47.4 ribu orang melebihi guna tenaga kaum lain, manakala guna tenaga kaum India dan kaum lain ialah 101.6 ribu orang.

Pada tahun 2006, penglibatan kaum Melayu dalam sector pengurusan dan pentadbiran masih mengatasi kaum lain dengan bilangan guna tenaga sebanyak 2.1 ribu orang berbanding dengan kaum Cina yang berjumlah 715 ribu orang. Penglibatan kaum India dan kaum lain pula ialah 107.4 ribu orang.

Sementara itu, dalam sektor perkhidmatan dan jualan pada tahun 2002, 870.2 ribu orang merupakan guna tenaga kaum Melayu, diikuti dengan kaum Cina dengan bilangan guna tenaga sebanyak 745.2 ribu orang. Guna tenaga kaum India dan kaum lain ialah 206.7 ribu orang.

Pada tahun 2006, jumlah guna tenaga dalam sektor perkhidmatan dan jualan telah meningkat sebanyak 288.6 ribu orang berbanding dengan tahun 2002. Daripada jumlah ini, 975.6 ribu orang ialah kaum Melayu dan diikuti dengan kaum Cina sebanyak 865 ribu orang, manakala kaum India dan kaum lain ialah 270.1 ribu orang.

Sektor profesional dan teknik merupakan sektor yang mempunyai jumlah guna tenaga yang paling sedikit pada tahun 2002, iaitu 1410.1 ribu orang. Daripada jumlah tersebut, 880.1 ribu orang ialah kaum Melayu, 415.4 ribu orang ialah kaum Cina, manakala 114.6 ribu orang terdiri daripada kaum India dan kaum lain.

Pada tahun 2006 pula, guna tenaga dalam sektor profesional dan teknik berjumlah 1602 ribu orang. Daripada jumlah ini, guna tenaga kaum Melayu ialah 980.3 ribu orang, 498.5 ribu orang ialah kaum Cina, manakala 123.2 ribu orang merupakan guna tenaga kaum India dan kaum lain.

(Disesuaikan daripada Buku Tahunan Perangkaan Malaysia 2006, Jabatan Perangkaan Malaysia)

34

Page 35: Latih tubi graf modul penggal2  edited

CARTA PAI

LATIHAN 5

Berdasarkan maklumat yang diberikon, sediakan carta pai yang sesuai menunjukkan perbezdan prestasi industri sawit Malaysia pada tahun 2013

Ekonomi Malaysia memiliki asas-asas yang kukuh dengan sebahagian 5 pertumbuhan dipacu oleh penggunaan domestik dan pelaburan, khususnya dalam peladangan kelapa sawit, selain minyak dan gas. Ekonomi negara dijangkakan akan terus mempamerkan prestasi mantap walaupun ekonomi global mengalami kemelesetan.

Petunjuk prestasi minyak sawit yang direkodkan pada bulan Mei tahun 2013 berjumlah 3,998,954 tan metrik, tetapi merosot sebanyak 220,350 tan metrik bulan Jun pada tahun yang sama. Semua petunjuk prestasi mencatatkann penurunan pada bulan Mei dan Jun tahun 2013 kecuali pengeluaran. Bagi petunjuk prestasi pengeluaran sawit mencatatkan jumlah pada bulan Jun lebih tinggi berbanding bulan Mei yang mencatatkan jumlah sebanyak 1,384,330 tan metrik, manakala bulan Jun sebanyak 1,415,752 tan metrik.

Prestasi stok sawit dalam negara merosot daripada 24.14% pada bulan Mei kepada 22.44% pada tempoh berikutnya tahun 2013. Pada tahun 2012, kejatuhan harga sawit berpunca daripada stok yang berlebihan dan penurunan stok pada tahun 2013 adalah bersifat sementara. Keadaan ini mungkin juga mempengaruhi prestasi minyak sawit proses yang juga mencatatkan penurunan kepada 188,660 tan metrik pada bulan Jun berbanding Mei sebanyak 850,996 tan metrik.

Pada bulan Mei dan Jun mencatatkan prestasi minyak isirong proses sebanyak 670,152 tan metrik dan daripada jumlah ini bulan Jun yang mencatatkan jumlah Sebanyak 323,709 tan metrik. Terdapat pelbagai jenama dan produk kilang menghasilkan barang pengguna seperti sabun dan marjerin. Keluaran produk berasaskan sawit merosot apabila pada bulan Mei produk berasaskan sawit ini menghasilkan 250,702 tan metrik manakala pada bulan Jun sebanyak 221,245 tan metric isirong mentah merekodkan hasilan sebanyak 201,136 tan metrik atau 5.03% pada bulan Mei dan merosot sebanyak 19,817 tan metrik pada bulan Jun tahun 2013.

(sumber: Dipetik daripada Laporan Ekonomi dan Bahagiah Pembangunan IndustriLembaga Minyak Sawit Malaysia, MPOB, 2013)

35

Page 36: Latih tubi graf modul penggal2  edited

LATI HAN 19

Berdasarkan petikan yang diberikan, sediakan carta yang sesuai untuk membezakan jumlah pegawai dan anggota polis Malays (PDRM) mengikut etnik dan kelayakatn akademik bagi pengambilan baru yang dihporkan sehingga tahun 2009.

Kekurangan anggota polis dalam kalangan etnik Cina dan India sering dibincangkan dan kerajaan mengadakan kumpen untuk meningkatkan jumlah anggota dalam kalangan etnik tersebut. Jabatan Statistik PDRM mengesahkan jumlah pengambilan pegawai dan anggota polis pada tahun 2006 hingga 2009 berjumlah 20967 orang.

Etnik Melayu merupakan golongan terbanyak dalam perkhidmatan polis dan mencatatkan jumlah seramai 1 7570 orang dan membentuk jurang yang ketara antara etnik Cina dan India. Kebanyakan etrik Cina masih berpegang kepada tradisi berniaga dan bekerja sendiri mencatatkan seramai 1.72% daripada jumlah pengambilan anggota polis pada tempoh tersebut. Jumlah yang sedikit ini tiada kaitan dengan kaisi atau kaisu yang didakwa sesetengah pihak.

Jumlah etnik India pula melebihi etnik Cina sebanyak 172 orang,walaupun kedua-dua etnik ini mempunyai peluang yang luas dalam kenaikan pangkat, namun jumlah etnik Cina dan India tetap kurang sejak Malaysia mencapai kemerdekdan. Dalam ambilan tahun 2006 sehingga tahun 2009 seramai 2503 orang adalah dalam kalangan Iain-Iain etnik. Etnik Bumiputra Sabah dan Sarawak banyak berkhidmat sebagai anggota polis di Semenanjung Malaysia.

Pelbagai etnik yang berkhidmat dalam perkhidmatan polis menunjukkan taburan kelulusan akademik yang tidak seimbang. Anggota polis yang mempunyai kelayakan dan kelulusan ijazah pertama dilantik menjadi pegawai polis bagi ambilan tahun 2006 sehingga tahun 2009 seramai 1490 orang, Tidak semua anggota polis berkelulusan diploma dilantik terus ke jawatan pegawai terutama selepas tahun 2006. Hal ini juga berlaku kepada lulusan Sijil Tinggi Persekolahan (STPM). Bagi kedua-dua tahap akademik ini seramai 3614 orang telah diambil sepanjang tempoh tersebut.

Kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mencatatkan jumlah ambilan paling ramai sebanyak 72.96% atau 15298 orang. Sebanyak 2.69% daripada jumlah ambilan tersebut merupakan anggota polis yang mempunyai kelulusan akademik paling rendah iaitu Sijil Rendah Pelajaran (SRP) atau Penilaian Menengah Rendah (PMR). Perkhidmatan polis juga memberi peluang kenaikan pangkat kepada anggota melalui kursus dan peperiksaan perkhidmatan.

(sumber: Dipetik dan disuaikan daripada Laporan Jabatan

Statistik PDRM, 2006 hingga 2009)

36

Page 37: Latih tubi graf modul penggal2  edited

LATIHAN 20

Berdasarkan petikon yang diberikon, sediokan carta yang sesuai untuk menunjukkan jumlah perbelanjdan bagi pembangunan sains, teknologi dan inovasi di Malaysia pada tempoh-tempoh yang dilaporkan.

Dalam ekonomi global yang semakin kompetitif, keupayaan untuk memanfaatkan sains, teknologi dan inovasi menjadi agenda utama dalam usaha kerajaan membina negara maju.

Usaha secara kolektif antara sektor awam dan swasta telah meningkatkan intensiti Penyelidikan dan Pembangunan (R&D). Untuk tujuan tersebut, sebanyak RM1581.4 juta telah dibelanjakan pada tempoh 2006 hingga 2010. Jumlah ini telah bertambah sebanyak RM654.9 juta daripada nilai yang dibelanjakan pada tahun 2001 hingga 2005.

Keutamaan yang tinggi diberikan kepada R&D mendorong kerajaan mengeluarkan perbelanjaan untuk Geran Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) pada 2001 hingga 2005 sebanyak jumlah yang dibelanjakan bagi melaksanakan Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) pada tempoh 2001 hingga 2005. Walau bagaimanapun tiada peruntukan dan perbelanjaan pada tempoh 2006 hingga 2010.

Kerajaan juga telah mewujudkan program inkubator untuk mengkomersialkan output R&D. Keseluruhan perbelanjaan untuk Pengkomersialan Teknologi sepanjang tempoh 2001 hingga 2010 menyumbang sebanyak RM1306.2 juta dan daripada jumlah tersebut 20.44% dibelanjakan pada tahun 2001 hingga 2005 untuk program tersebut. Pada tempoh 2006 hingga 2010 pula sebanyak 26.86% daripada RM5887.6 juta telah dibelanjakan oleh kerajaan bagi skim Penyelidikan Fundamental, namun tiada perbelanjaan bagi skim ini pada tempoh 2001 hingga 2005.

Selain itu, kos bagi Skim Geran Penyelidikan dan Pembangunan Industri adalah sebanyak RM 198.6 juta pada tempoh 2001 hingga 2005 sebagai pemangkin dalam usaha mewujudkan pusat bimbingan dan latihan teknousahawan berasaskan teknologi baharu. Skim ini hanya dibelanjakan pada tempoh Rancangan Malaysia Kelapan sahaja.

Penekanan diberikan untuk meningkatkan keupayaan teknologi baharu dalam industri yang melibatkan Pembangunan Sumber Manusia dan Kesedaran Sains dan Teknologi melalui beberapa institusi pengajian tinggi dan sektor industri serta perkilangan. Perbelanjaan bagi tujuan ini sebanyak RM123.1 juta dan perbelanjaan telah bertambah kepada RM650.4 juta pada tempoh 2006 hingga 2010. Pembangunan prasarana merupakan faktor penting dalam meningkatkan produktiviti. Sebanyak RM1949,9 juta telah dibelanjakan bagi Infrastruktur Sains dan Teknologi dalam tempoh 2001 hingga 2005, namun berkurangan sebanyak 46,91% pada tempoh 2006 hingga 2010.

(sumber: Diubahsuai daripada Kementerian Sains, Teknologidan Inovasi (MOSTI), 2001-2010)

37

Page 38: Latih tubi graf modul penggal2  edited

LATIHAN 31

Berdasarkan petikan yang diberikon, sediokan carta yang sesuai untuk menunjukkan jumlah hasil tangkapan bagi kesalahan penyeludupan rokok yang dikesan oleh Agensi Penguatkuasdan Maritim Malaysia [APMM] mengikut wilayah operasi pada tahun 2009 dan 2010.

Operasi pertahanan dan keselamatan kawasan perairan Malaysia sentiasa diberi keutamaan oleh kerajaan bagi memastikan tiada ancaman baru yang boleh mengugat keselamatan dan keamanan negara.

Pusat operasi maritim di Morib, Selangor bagi kes penyeludupan rokok yang dapat dikesan pada tahun 2009 ditaksirkan bernilai RM68ll 56.00, dan pada tahun 2010 telah meningkat kepada RM l28055.40. Kebanyakan rokok yang diseludup dari negara Indonesia produk jenis kretek. Manakala pusat operasi di Tawau, Sabah pula mencatatkan nilai tangkapan rokok yang diseludup sebanyak RM381226.00 daripada jumlah besar nilai tangkapan sebanyak RMl 552677.00, dan tiada tangkapan berlaku pada tahun berikutnya.

Walaupun banyak operasi dilakukan di perairan laut Malaysia, masih berlaku penyeludupan Barang dari negara jiran. Pada tahun 2011 pusat operasi maritim di Kuala Langat, Selangor berjaya membanteras penyeludupan rokok dengan nilai tangkapan seBanyak RM281446.00 daripada jumlah RN810224.40 dan merosot seBanyak RM48654.00 Berbanding tahun 2009.

Kebanyakan kes penyeludupan rokok Berlaku di perairan selatan Semenanjung Malaysia, manakala penyeludupan Barang lain sepert diesel, haiwan serta makanan dan minuman Banyak dikesan di wilayah utara semenanjung Malaysia. Pada tahun 2009 dan 2010 kes seludup rokok yang dapat dikesan di pusat operasi maritim di Batu Pahat, Johor ditaksirkan seBanyak RM480774.00. Pada tahun 2009 nilai tangkapan di Batu Pahat seBanyak RM160195.00 dan selebihnya adalah nilai tangkapan pada tahun berikutnya.

Pada tahun 2010 nilai tangkapan keseluruhan yang dikutip oleh Agensi Penguatkuas dan Maritim Malaysia (APMM) merosot seBanyak RM742,452.60 Berbanding nilai tangkapan pada tahun 2009. Bagi pusat operasi maritim di Pulau Langkawi, Kedah nilai tangkapan penyeludupan rokok seBanyak RM80144.00 daripada jumlah keseluruhannya pada tahun 2010 manakala tiada tangkapan direkodkan pada tahun 2009.

(sumber: Dipetik dan diuPahsuaikagaripada Laporan Agensi Penguatkuasdan Maritim Malaysia (APMM), 2009,2010)

38

Page 39: Latih tubi graf modul penggal2  edited

LATIHAN 34

Berdasarkan maklumat yang diberikan, sediakan carta yang sesuai untuk menunjukkan perbandingan jumlah jualan kereta nasional mengikut model kenderdan pada tempoh yang dinyatakan.

Pasaran industri automotif negara mengalami keadaan tidak konsisten sejak tahun 1998. Jumlah jualan kereta Proton dan Perodua pada bulan Januari 2011 sebanyak 28716 unit dan merosot sebanyak 21.3% pada bulan Mac 2011.

Kereta Perodua model Myvi mencatatkan jumlah jualan sebanyak 5661 unit pada bulan Mac, berlaku pengurangan jualan berbanding bulan Januari yang mencatatkan jumlah jualan sebanyak 71 76 unit. Walaupun media memberi liputan meluas kelebihan Myvi dengan keluaran baru 'My Best', namun produk ini tidak dapat meningkatkan jualan. Produk nasional Proton Saga mencatatkan jualan sebanyak 24.82% daripada jumlah jualan pada bulan Januari 2011 dan jualan pada bulan Mac merosot kepada 5313 unit.

Jumlah jualan model Perodua Viva mencatatkan jumlah jualan sebanyak 9812 unit pada bulan Januari dan Mac 2011, sebanyak 4470 unit daripada jumlah tersebut adalah catatan jualan kereta Viva pada bulan Mac, selebihnya adalah jualan pada bulan Januari 2011. Pada bulan Mac, jumlah kereta Persona mencatatkan penurunan sebanyak 641 unit berbanding jumlah jualan sebanyak 4266 unit pada bulan Januari 2011.

Kereta nasional Perodua Alza mencatatkan penurunan seperti kereta-kereta nasional lain pada bulan Januari dan Mac 2011. Jumlah jualan telah merosot sebanyak 20.16% berbanding jumlah jualan yang dicatatkan pada bulan Januari 2011 sebanyak 2812 unit. Kereta Proton model Exora juga mencatatkan kemerosotan jumlah jualan pada bulan Mac apabila mencatatkan sebanyak 1286 unit kurang berbanding jumlah jualan pada bulan Januaari 2011 sebanyak 1993 unit.

Semua kenderdan jenama Proton dan Perodua pelPagai model terpilih mencatatkan jualan yang merosot pada tempoh dinyatakan memberi kesan kepada industri automotif nasional terutama dalam menghadapi cabaran AFTA. Pengeluar kereta nasional harus lebih kompetitif menghasilkan model yang dapat meningkatkan jualan dan hasil negara.

(sumber: Dipetik daripada Laporan Persatuan Automotif Malaysia (MAA), 2012)

39

Page 40: Latih tubi graf modul penggal2  edited

5 Berdasarkan maklumat dalam petikan di bawah,sediakan carta yang sesuai untuk menunjukkan perbandingan jumlah perbelanjaan pembangunan Kerajaan Persekutuan mengikut sektor pada tahun 2010 dan 2011.

Perbelanjaan Kerajaan Persekutuan pada dan selepas tahun 2010 merupakan belanjawan di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10) dalam usaha negara bergerak ke arah mencapai negara maju menjelang 2020. Bajet menyaksikan peruntukan yang turut menggariskan pola strategi dan projek-projek utama ke arah mentransformasikan negara mencapai sasarannya.

Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM52.792 bilion untuk perbelanjaan pembangunan pada tahun 2010 namun jumlah ini menurun sebanyak RM6.376 bilion pada tahun 2011. Penurunan ini disebabkan negara mengalami defisit fiskal sebanyak kira-kira 5.4% lebih tinggi berbanding dengan tahun sebelumnya. Sektor Keselamatan diperuntukkan sebanyak RM3.970 bilion pada tahun 2010 dan daripada jumlah tersebut digunakan untuk pertahanan sebanyak RM2.666 bilion sementara Keselamatan Dalam Negeri sebanyak RM1.304 bilion. Pada tahun 2011,, jumlah peruntukan untuk sektor ini ialah sebanyak 9.84% atau RM4.569 bilion.

Bagi sektor Perkhidmatan Sosial pula, sejumlah RM20.784 bilion telah diperuntukkan pada tahun 2010, namun jumlah ini berkurangan sebanyak 39.34% kepada RM 12.607 bilion pada tahun 2011. Pengurangan yang dibuat ini berikutan telah banyak program sosial seperti pendidikan dan kesihatan telah dijalankan dengan jayanya pada tahun 2010. Faktor ekononij yang agak meresahkan turut mendorong kerajaan berhati-hati dalam menyalurkan peruntukan kepada sektor ini.

Selaras dengan tema "Transformasi ke arah negara maju berpendapatan tinggi", hajet yang paling banyak diperuntukkan kepada sektor Perkhidmatan Ekonomi, iaitu sebanyak RM28.156 bilion pada tahun 2011 lebih RM2.035 bilion berbanding dengan tahun 2010. Daripada peruntukan tersebut kemudahan dan pengangkutan mendapat nilai perbelanjaan sebanyak RM8.665 bilion di samping pembangunan untuk pertanian dan luar bandar mendapat peruntukan sebanyak 11.17% daripada jumlah keseluruhan peruntukan sektor ekonomi. Pada tahun 2011 pula, pengangkutan mendapat peruntukan yang paling banyak, iaitu RM10.140 bilion. Hal ini berikutan hasrat kerajaan untuk menyejahterakan hidup rakyat dengan meningkatkan sistem pengangkutan awam yang efisien dan selesa.

Sektor Pentadbiran Am pula mendapat peruntukan yang paling sedikit berikutan langkah penjimatan oleh kerajaan Malaysia. Pada tahun 2010, peruntukan yang diterima ialah sebanyak RM1.917 bilion dan berkurangan sebanyak RM832 juta pada tahun 2011.

(Disesuaikarari daripada Laporan Ekonomi 2011,

Kementerian Kewangan Malaysia)

(skor pelangi 2015, set 3,no5)

40

Page 41: Latih tubi graf modul penggal2  edited

6 Berdasarkan maklumat dalam petikan di bawah,sediakan carta yangsesuai untuk menunjukkan perbandingan bilangan kes penyakit malaria mengikut negeri terpilih di Malaysia bagi tempoh masa yang dinyatakan.

Di Malaysia, kes penyakit malaria yang secara umumnya sukar dikawal dan dikaitkan dengan kebanjiran warga asing, terutamanya yang masuk ke negara ini tanpa melalui pemeriksaan kesihatan dan juga kuarantin. Walau bagaimanapun, usaha berterusan untuk memerangi penularan penyakit ini berjaya mengurangkan sebanyak 740 kes penyakit malaria pada tahun 2011 berbanding 7390 kes yang dicatatkan dua tahun sebelum itu.

Sabah merupakan negeri yang mencatatkan bilangan kes tertinggi pada tahun 2009 apabila sebanyak 4139 kes penyakit malaria dikesan di negeri tersebut ekoran daripada faktor sanitasi dan kekurangan pengetahuan penduduk berkaitan penyakit ini. Pada tahun 2011, kes malaria di Sabah berjaya dikurangkan kepada 39.76%. Negeri Sarawak yang menduduki tempat kedua pada tahun 2009 telah memperlihatkan peningkatan sebanyak 46.78% pada tahun 2011 berbanding dengan sebanyak 1909 kes pada tahun 2008.

Penyakit malaria yang dilaporkan di negeri Selangor pada tahun 2009 ialah sebanyak 223 kes atau 3.02%, iaitu kurang sebanyak 49 kes berbanding dengan kes malaria yang dilaporkan di negeri Kelantan. Kes malaria yang dilaporkan bagi kedua-dua negeri ini mengalami pengurangan masing-masing kepada 196 kes dan 176 kes dua tahun kemudian. Negeri Pahang pula menunjukkan pola yang berbeza berbanding dengan negeri Selangor dan Kelantan pada tahun 2011 apabila meningkat kepada 196 kes atau 2.95%. Kes malaria yang dilaporkan dua tahun sebelum itu di negeri Pahang ialah sebanyak 154 kes sahaja.

Bilangan kes penyakit malaria selebihnya disumbangkan oleh negeri-negeri lain seperti Pulau Pinang. Kedah, Negeri Sembilan, dan Johor. Pada tahun 2011, sebanyak 636 kes penyakit malaria dilaporkan. Bilangan ini merupakan pengurangan sebanyak 57 kes berbanding dengan kes yang dilaporkan pada tahun 2009. Kesemua negeri tersebut menunjukkan trend merosot kecuali negeri Johor yang mengalami peningkatan sebanyak 61.11% berbanding dengan 90 kes yang dilaporkan pada tahun 2009.

Walaupun Kementerian Kesihatan menyasarkan penyakit malaria akan dapat dihapuskan sepenuhnya antara tahun 2015 hingga 2018, namun selagi terdapat kawasan takungan air yang tidak mengalir, nyamuk Anopheles akan terus berkembang biak. Oleh sebab itu, suatu usaha yang serius untuk menyekat kewujudan penyakit ini harus dilaksanakan secara bersepadu demi kepentingan manusia sejagat.

(Disesuaikan daripada Kompendium Perangkaan Alam Sekitar Malaysia 2011,

Jabatan Perangkaan Malaysia)

(skor pelangi 2015, set 4,no6)

41

Page 42: Latih tubi graf modul penggal2  edited

OXFORD FAJAR 2013, NO 21 MS53

Soalan 21

Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan carta yang sesuai untuk menunjukkan kutipan cukai tak langsung mengikut kategori di Malaysia tahun-tahun yang berkaitan.

Cukai memainkan peranan penting dalam pembangunan sesebuah negara. Cukai yang dikenakan tergolong dalam beberapa kategori termasuklah cukai langsung dan tidak langsung.

Dalam kategori cukai tak langsung pula, negara memperoleh kutipan hasil sebanyak RM32 510 juta pada tahun 2006 dan jumlah kutipan cukai tak langsung pada tahun 2007 ialah sebanyak RM38 897 juta, lebih 10.62% tinggi berbanding tahun 2006. Kategori duti eksport yang berjaya dikutip pada tahun 2006 ialah sebanyak RM4669 juta atau 14.4% dan bagi duti import pula hasil yang diperoleh pada tahun 2007 adalah sebanyak RM5486 juta atau 14.1%.

Duti eksais juga menunjukkan pertambahan yang memberangsangkan. Pada tahun 2006, duti eksais menyumbangkan sebanyak RM6750juta, manakala cukai jualan pula mencatatkan peningkatan hasil sebanyak RM4375 juta, suatu pertambahan nilai yang begitu ketara pada tahun 2007 berbanding tahun 2006 yang hanya mencatatkan kutipan sebanyak RM9241 juta.

Cukai perkhidmatan yang dikenakan oleh kerajaan menambah pendapatan kerajaan dan pada tahun 2006 kutipan daripada cukai ini adalah sebanyak RM2016 juta. Kutipan lain-lain dalam kategori cukai tak langsung mencatatkan perolehan tertinggi sejak 2001, dan pada tahun 2006 jumlah yang dikutip adalah sebanyak RM2796 juta atau 8.6% dan jumlah kutipan ini meningkat sebanyak 71.75% kepada RM4802 juta pada tahun 2007.

Pertambahan prasarana kepada pengguna menyebabkan berlaku pertambahan kepada kutipan cukai perkhidmatan dan pada tahun 2007 jumlah yang dikutip adalah sebanyak RM3723 juta manakala bagi cukai eksais pula mencatatkan peningkatan kepada RM8002 juta pada tahun yang sama. Cukai eksport pada tahun 2007 mencatatkan penurunan dan jumlah yang dikutip adalah berkurangan sebanyak RM1401 juta berbanding tahun sebelumnya.

Sumber pendapatan negara sebahagian besar diperoleh daripada pelbagai jenis cukai. Cukai pendapatan merupakan sumber utama cukai kerajaan untuk membangunkan negara dan rakyat harus memahami keperluan membayar cukai demi pembangunan ekonomi negara.

(Sumber: Disesuaikan daripada Laporan Kementerian Kewangan Malaysia, 2007)

42

Page 43: Latih tubi graf modul penggal2  edited

Soalan 17

Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan carta yang sesuai untuk menunjukkan nilai eksport barangan utama dan destinasi eksport pada tahun 2010.

Perdagangan Malaysia dengan negara-negara rakan dagang cukup memberangsangkan. Dengaii pertambahan negara baharu sebagai destinasi eksport menggambarkan Malaysia semakin berkembang inaju.

Pada tahun 2010, nilai eksport berjumlah RM638,822 juta. Nilai eksport tertinggi ialah barangan elektrik dan elektronik, iaitu sebanyak RM249,907 juta. Perkara ini menunjukkan negara ini mampu menghasilkan barangan keperluan utama. Di tempat kedua ialah minyak kelapa sawit dan barangan berasaskan kelapa sawit dengan nilai eksport sebanyak RM62,223 juta. Hal ini menunjukkan Malaysia boleh menghasilkan minyak kelapa sawit mentah dan barangan siap daripada kelapa sawit yang diproses. Barangan siap ini menghasilkan pulangan yang lebih lumayan.

Eksport gas asli cecair menduduki tempat ketiga dengan nilai eksport sebanyak RM38,742 juta. Nilai ini mengatasi nilai eksport petroleum mentah sebanyak RM7,977 juta. Hasil galian di bumi tetap memberi pulangan tinggi kepada negara. Hasil bumi ini terniasuklah keluaran petroleum bernilai RM25.542 juta. Manakala bakinya adalah eksport barangan-barangan lain yang membantu meningkatkan pendapatan negara.

Negara rakan dagang terbesar masih lagi negara tetangga, iaitu Singapura dengan nilai eksport sebanyak RM85,253 juta dan diikuti negara China sebanyak RM80,105 juta. Dua buah negara ini merupakan destinasi eksport yang mewakili satu perempat daripada seluruh eksport negara.

Negara matahari terbit, iaitu Jepun mengimport sebanyak RM66,763 juta menjadi negara ketiga terbesar sebagai rakan dagang. Amerika Syarikat menduduki tempat keempat dengan nilai eksport negara sebanyak RM60,951 juta, Perdagangan dengan Amerika Syarikat masih lagi tinggi walaupun banyak barangan pengganti dari negara-negara baru rakan dagang.

Negara jiran di utara, iaitu Thailand mengimport sebanyak RM34,136 juta mengatasi negara-negara ASEAN lain selepas Singapura. Baki nilai eksport Malaysia ialah ke negara-negara lain yang turut menjadi negara rakan dagang penting. Negara-negara lain berkenaan juga mengeksport ke Malaysia dengan nilai yang tinggi.

(Sumber: Disesuaikan daripada Jabatan Perangkaan Malaysia, Buku Maklumat Perangkaan Malaysia 2011, halaman 13)

43

Page 44: Latih tubi graf modul penggal2  edited

Soalan 16

Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan carta yang sesuai uniuk menunjukkan bilangan penduduk Malaysia mengikut kaum termasuk bukan warganegara bagi tahufl 2000 dan tahun 2010.

Dalam tempoh 10 tahun penduduk Malaysia telali meningkat lebih daripada 20 peratus. Pertambahan ini bukan sahaja melibatkan warganegara Malaysia, malah bukan warganegara juga.

Pada tahun 2000, penduduk Malaysia berjumlah 23 274 690 orang termasuk bukan warganegarai dan telah meningkat kepada 28 334 135 orang pada tahun 2010. Peningkatan taraf pendidikan dam kesihatan menjadikan kadar kematian semakin berkurang. Kaum Bumiputera merupakan kumpulam tertinggi dengan jumlah 14 248 179 orang meningkat kepada 17 523 508 orang pada tahun 2010.

Kaum Cina pada tahun 2000 berjumlah 5 691 908 orang meningkat sebanyak 700 728 orang ' pada tahun 2010. Manakala kaum India meningkat sebanyak 227 695 orang menjadikan bilangan pada tahun 2010 seramai 1 907 827 orang.

Untuk kaum-kaum lain, bilangan semakin berkurang dalam tempoh berkenaan, iaitu seramai 269 697 orang pada tahun 2000 menjadi 189 385 orang pada tahun 2010. Pengurangan ini berlaku kemungkinan kerana penghijrahan keluar golongan ini ke negara lain.

Manakala penduduk bukan warganegara juga mempunyai bilangan yang ramai, iaitu 1 384 774 orang yang mewakili 5.9 peratus penduduk Malaysia pada tahun 2000. Keperluan tenaga kerja dalam pelbagai sektor menyebabkan bilangan mereka bertambah lagi sebanyak 936 005 orang pada tahun 2010. Kehadiran warga asing di negara ini mendatangkan pelbagai kesan positif dan negatif yang perlu ditangani dengan bijaksana.

(Sumber: Disesuaikan daripada Jabatan Perangkaan Malaysia, Buku Maklumat Perangkaan Malaysia 20/I, halaman 4)

44

Page 45: Latih tubi graf modul penggal2  edited

Soalan 15

STPM 2008/S7

Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam pctikan di bawah ini, sediakan carta yang sesuai untuk menunjukkan nilai jaminan kredit yang diberikan oleh Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC) kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) mengikut jenis perniagaan dan jenis skim jaminan kredit yang ditawarkan pada tahun 2004.

CGC bukan sahaja memberikan khidmat nasihat dalam perkara-perkara teknikal sahaja namun turut memberikan jaminan kredit kepada usahawan PKS yang sering berhadapan dengan masalah ketiadaan penjamin dalam permohonan pinjaman mereka kepada pihak bank. Jumlah jaminan kredit oleh CGC pada tahun 2004 bernilai RM3007.6 juta. Angka ini merupakan peningkatan sebanyak 12.1% berbanding dengan tahun 2003, dengan bilangan usahawan yang terlibat sebanyak 8452 orang. Daripada jumlah RM3007.6 juta itu, sebanyak RM 1822.90 juta diberikan kepada usahawan PKS yang menjalankan perniagaan am. Jumlah usahawan yang mendapat jaminan kredit untuk jenis perniagaan ini adalah yang paling banyak, iaitu 5624 orang.

Usahawan PKS yang menjalankan perniagaan yang berkaitan dengan sektor pembuatan merupakan golongan kedua terbanyak yang menerima jaminan kredit daripada syarikat ini, iaitu bernilai RM766.11 juta. Perniagaan yang berkaitan dengan sektor pertanian pula mencatat nilai terkecil, iaitu hanya RM28.81juta. Jumlah yang selebihnya adalah untuk jaminan kredit kepada usahawan yang menjalankan jenis perniagaan lain.

Skim jaminan kredit yang diberikan oleh CGC pada umumnya dapat dibahagikan kepada lima skim, iaitu Skim Jaminan Utama Baharu, Skim Jaminan Laluan Terus, Skim Jaminan Anjal, Skim Jaminan Usahawan Kecil, dan Skim Jaminan Lain. Skim Jaminan Utama Baharu mencatat angka tertinggi dari segi nilai jaminan, iaitu RM 1061.68 juta diikuti oleh'Skim Jaminan Laluan Terus yang mencatat nilai RM962.88 juta. Skim Jaminan Anjal pula mencatat 27.14% daripada jumlah keseluruhan nilai jaminan kredit yang diberikan oleh syarikat, manakala bagi Skim Jaminan Usahawan Kecil, nilainya berjumlah RM44.03 juta. Jumlah selebihnya ialah nilai jaminan yang diberikan kepada Skim Jaminan Lain.

(Sumber: Disesuaikan daripada Dewan Ekonomi, November 2005)

45

Page 46: Latih tubi graf modul penggal2  edited

Soalan 14

STPM 2005/S7

Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan carta yang sesuai untuk menunjukkan perbelanjaan mengurus Kerajaan Persekutuan mengikut objek bagi tahun 2002 dan tahun 2003.

Perbelanjaan mengurus Kerajaan Persekutuan terdiri daripada pelbagai objek. Jumlah perbelanjaan Kerajaan Persekutuan pada tahun 2003 telah meningkat sebanyak RM2000 juta daripada tahun 2002 yang berjumlah RM70 000 juta.

Pada tahun 2002, perbelanjaan mengurus yang terbesar adalah bagi objek emolumen, iaitu merangkumi 30% daripada jumlah perbelanjaan keseluruhan, manakala perbelanjaan mengurus yang terkecil adalah bagi objek bayaran balik, iaitu sebanyak RM1792 juta atau 2.6 %. Objek bekalan dan perkhidmatan menduduki tempat kedua dari segi besarnya perbelanjaan yang dibuat oleh kerajaan pada tahun 2002, iaitu sebanyak RMll 269 juta atau 16.1% daripada perbelanjaan keseluruhan.

Perbelanjaan mengurus objek pemberian kepada badan-badan berkanun ialah sebanyak RM6361 juta, manakala perbelanjaan bagi bayaran khidmat hutang ialah RM7135 juta lebih daripada perbelanjaan bagi pemberian dan serahan kepada Kerajaan Negeri yang berjumlah RM2534 juta. Objek pencen dan ganjaran pula berjumlah RM5134 juta atau 7.3%. Pemberian subsidi merupakan usaha kerajaan untuk membantu rakyat dan sejumlah RM3677 juta telah dibelanjakan pada tahun t

2002 untuk tujuan ini. Perbelanjaan mengurus objek lain-lain berjumlah RM8564 juta atau 12.2%.

Pada tahun 2003, perbelanjaan mengurus ernolumen masih merupakan perbelanjaan mengurus yang terbesar, iaitu 25 daripada jumlah keseluruhan perbelanjaan, diikuti oleh perbelanjaan mengurus bekalan dan perkhidmatan yang berjumlah RM14 781 juta atau 20.5%. Perbelanjaan mengurus bayaran khidmat hutang telah menurun sebanyak RM801 juta berbanding dengan tahun 2002, manakala perbelanjaan mengurus objek lain-lain telah mengambil tempat yang ketiga terbesar dalam perbelanjaan mengurus, iaitu sebanyak RM9899 juta atau 13.7%.

Objek perbelanjaan mengurus bayaran balik pada tahun 2003 telah bertambah sebanyak RM939 juta berbanding dengan tahun 2002. Di samping itu, objek perbelanjaan mengurus subsidi dan pemberian kepada badan-badan berkanun turut mengalami peningkatan dengan masing-masing mencatatkan jumlah RM3925 juta dan RM6854 juta. Objek pencen dan ganjaran telah mengalami penurunan sebanyak RM726 juta berbanding dengan tahun 2002. Perbelanjaan mengurus yang terkecil pada tahun 2003 ialah pemberian dan serahan kepada Kerajaan Negeri, jumlah ini tidak berubah daripada tahun sebelumnya.

Berdasarkan penerangan di atas, jumlah perbelanjaan mengurus Kerajaan Persekutuan telah meningkat. Hal ini selaras dengan dasar fiskal mengembang dan pakej rangsangan fiskal tambahan yang dilaksanakan sejak bulan Mei 2003.

(Sumber: Disesuaikan daripada Kementerian Kewangan Malaysia, Laporan Ekonomi 2003/2004, Kuala Lumpur)

46

Page 47: Latih tubi graf modul penggal2  edited

Soalan 13 STPM 2010/S7

Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan carta yang sesuai untuk menunjukkan perbandingan perbelanjaan pengiklanan di Malaysia mengikut jenis media terpilih pada tahun-tahun yang dinyatakan.

Pelbagai media yang wujud di Malaysia telali memberi sumbangan yang besar khususnya dalam pengiklanan. lndustri pengiklanan di negara ini telah mencatatkan pertumbuhan yang kukuh pada tahun 2007 dengan peningkatan jumlah perbelanjaan pengiklanan sebanyak RM701,831 juta berbanding dengan tahun 2006 yang mencatatkan perbelanjaan pengiklanan sebanyak RM4,761,371 juta.

Pada tahun 2006, media cetak terutamanya akhbar terus menguasai pasaran iklan di Malaysia apabila mencatatkan perbelanjaan pengiklanan sebanyak RM2,746,617 juta atau 57.7% daripada jumlah keseluruhan perbelanjaan. Media elektronik, iaitu televisyen juga merupakan media yang amat efektif untuk mempromosikan sesuatu produk atau perkhidmatan kerana televisyen ditonton oleh lebih kurang 20 juta orang penonton pada setiap hari. Kelebihan ini menyebabkan perbdanijaan pengiklanan di televisyen mencecah RM1,477,554 juta atau 31.%.

Perbelanjaan pengiklanan di radio berjumlah RM203,815 juta, iaitu RM48J41 juta lebih Ibanyak daripada perbelanjaan pengiklanan di majalah. Media iklan luar pula mencatatkan perbelanjaan pengiklanan sebanyak RM 109,327 juta manakala perbelanjaan pengiklanan menerusi media (terminal jualan ialah RM60,483 juta kurang daripada perbelanjaan menerusi media iklan luar. Media terakhir yang menjadi pilihan pengiklan ialah panggung wayang yang mencatatkan perbelanjaan pengiklanan terendah, iaitu sebanyak RM 19,540 juta sahaja berbanding dengan media lain pada tahun 2006.

Pada tahun 2007, semua media mencatatkan peningkatan perbelanjaan pengiklanan kecuali media iklan luar. Iklan di akhbar masih mencatatkan perbelanjaan terbesar, iaitu sebanyak RM3,065,218 juta atau 56.1%, daripada jumlah keseluruhan perbelanjaan pengiklanan pada tahun 2007. Perbelanjaan pengiklanan di televisyen dan radio turut memperlihatkan peningkatan prestasi yang kukuh dengan masing-masing mencatatkan peningkatan sebanyak RM320,894 juta dan RM37,273 juta berbanding dengan tahun 2006.

Seterusnya, media majalah mencatatkan perbelanjaan pengiklanan sebanyak RM 166,164 juta tetapi peratusannya menurun kepada 3.0% daripada 3.3% pada tahun 2006. Media iklan luar pula mencatatkan penurunan perbelanjaan pengiklanan sebanyak RM1,165 juta kepada RM108,162 jutg perbelanjaan pengiklanan bagi media terminal jualan adalah sebanyak RM57,855 juta manakala perbelanjaan pengiklanan menerusi media panggung wayang mencatatkan peningkatan sebanyak 34.43% berbanding dengan tahun 2006. Usaha promosi menerusi media terpilih tersebut telah membuka peluang yang lebih luas kepada para pengiklan untuk lebih berdaya saing baik di dalam negara mahu pun di luar negara.

(Sumber: Disesuaikan daripada Berita Harian, 14 Februari 2008)

47

Page 48: Latih tubi graf modul penggal2  edited

Stpm A latih tubi ilmu bakti

Q1

Berdasarkan maklumat dalam pctikan di baxvah, sediakan carta pai yang sesuai untuk menunjukkan kedudukan guna tenaga mengikut sektor di Malaysia pada tahun 2005.

Berikutan kegawatan ekonomi yang melanda negara pada penghujung abad ke-20, pelbagai usaha gigih telah diambil oleh kerajaan untuk mendorong pertumbuhan guna tenaga dalam negara. Keadaan ini dapat dlbuktikan apabila kadar pertumbuhan guna tenaga negara pada sekitar tahun 2000-an memperlihatkan pertumbuhan yang pesat dalam beberapa sektor utama seperti pembuatan dan perkhidmatan swasta. perkembangan yang positif ini berjaya mewujudkan jebih

banyak peluang pekerjaan dan menyebabkan jumlah guna tenaga negara mencecah 11 821.8 ribu prang pada tahun 2005.

Walaupun sektor pertanian masih penting dalam agenda pembangunan ekonomi negara, didapati sumbangan guna tenaga oleh sektor ini agak kecil berbanding dengan sektor pembuatan dan perkhidmatan swasta. Bilangan guna tenaga dalam sector ini menduduki tempat ketiga dengan geramai 1385.7 ribu orang atau hampir 11.7% daripada jumlah guna tenaga negara pada tahun 2005. Guna tenaga dalam sektor perlombongan pula mencatatkan angka yang paling kecil, iaitu hanya 42.6 ribu orang atau 0.4% daripada jumlah guna tenaga ftegara.

Tumpuan kerajaan dan peningkatan pelaburan asing dalam sektor pembuatan telah mendorong Ipertumbuhan guna tenaga yang ketara dalam sektor tersebut. Sektor pembuatan menduduki tempat kedua dari segi sumbangan guna tenaga selepas sector perkhidmatan lain. Pada tahun 2005, bilangan guna tenaga dalam sektor pembuatan ialah 2990.4 ribu orang, manakala sektor perkhidmatan swasta menyumbang sebanyak 10.7% atau 1265.2 ribu orang.

Dalam sektor pembinaan, bilangan guna tenaga terus berkembang pesat sejajar dengan peningkatan projek pembinaan kediaman dan infrastruktur awam. Bilangan guna tenaga dalam sektor ini berkembang pesat sehingga mencapai 775.3 ribu orang pada tahun 2005.

Sementara itu, sektor perkhidmatan lain merupakan penyumbang guna tenaga terbesar dalam bidang perkhidmatan dengan saiz guna tenaga sebanyak 3035.6 ribu orang atau 25.7% daripada jumlah guna tenaga negara pada tahun 2005.

Seterusnya, bilangan guna tenaga dalam sektor perkhidmatan kerajaan juga agak besar, iaitu menyumbang hampir 9% daripada jumlah guna tenaga negara. Sungguhpun pihak kerajaan berusaha untuk mengurangkan saiz guna tenaga dalam perkhidmatan awam, namun bilangan guna tenaga dalam sektor ini mencecah 1052.8 ribu orang pada tahun 2005.

Bilangan guna tenaga dalam sektor lain pula meliputi lebih 10% daripada jumlah guna tenaga negara apabila terdapat 1274.2 ribu orang pekerja pada tahun 2005.

(Disesuaikan daripada Laporan Ekonomi 2005/2006)

48

Page 49: Latih tubi graf modul penggal2  edited

Q2

Berdasarkan maklumat dalam petikan di bawah, sediakan carta pai yang sesuai untuk menunjukkan eksport barangan terpilih Malaysia bagi tahun 2004.

Nilai eksport beberapa barangan terpilih bagi tahun 2004 berjumlah RM126 641 juta. Daripada jumlah tersebut, 9.84% atau RM12 463 juta merupakan bahan mentah yang tidak boleh dimakan seperti kayu balak dan kelapa sawit. Bahan mentah yang tidak boleh makan dieksport ke beberapa buah negara, contohnya Pakistan merupakan negara pembeli utama kelapa, manakala Korea Selatan merupakan negara pembeli Utama getah Malaysia. Kayu-kayan Malaysia pula dieksport ke Thailand, Singapura, Jepun dan Korea Selatan.

Sementara itu, nilai eksport bahan makanan, minuman dan tembakau ialah RM11 654 juta, iaitu kurang

RM809 juta berbanding dengan nilai eksport bahan mentah yang tidak boleh dimakan. Bahan makanan

termasuk bahan makanan yang telah diproses §gperti buah-buahan dalam tin, biskut dan sebagainya. permintaan yang tinggi terhadap bahan makanan taencerminkan harga pasaran barangan tersebut yang berdaya saing. Antara negara yang menjadi pasaran eksport bahan makanan Malaysia termasuk Amerika Syarikat, Singapura, China dan negara-negara Kesatuan Eropah.

Eksport minyak dan sayur-sayuran mencatatkan nilai yang melebihi sekali ganda, iaitu RM14 873 juta lebih banyak berbanding dengan nilai eksport bahan makanan, minuman dan tembakau pada tahun 2004. Negara pembeli utama sayur-sayuran Malaysia ialah Singapura.

Di samping itu, nilai eksport bahan kimia ialah RM29 965 juta, manakala kelengkapan pengangkutan menyumbangkan nilai eksport yang paling rendah, iaitu RM5324 juta pada tahun 2004. Sebaliknya, barangan pembuatan menyumbangkan nilai eksport tertinggi dengan RM40 708 juta berbanding dengan eksport barangan terpilih lain.

Secara keseluruhannya, pada tahun 2004, prospek eksport barangan terpilih tersebut adalah lebih baik daripada prospek eksport barangan yang sama pada tahun 2003. Eksport barangan terpilih ini menjadi penyumbang terbesar kepada pendapatan eksport keseluruhan negara pada tahun 2004.

(Disesuaikan daripada Buku Tahunan Perangkaan Malaysia 2005, Jabatan Perangkaan Malaysia)

49

Page 50: Latih tubi graf modul penggal2  edited

Q3

Berdasarkan maklumat dalarn petikan di bawah, sediakan carta pai yang sesuai untuk menunjukkan perbandingan negara yang mengimport barangan Malaysia bagi tahun 2005 dan 2006.

Sejajar dengan peranan Malaysia sebagai Pengerusi Suruhanjaya Selatan-Selatan, pasaran eksportnya kini lebih tertumpu kepada Negara-negara Selatan.

Walaupun demikian, Malaysia masih lagi mengekalkan hubungan dengan rakan dagangan import yang lama. Contohnya, Malaysia masih mengeksport banyak barangan elektrik dan elektronik ke Amerika Syarikat,

terutama komponen komputer. Pada tahun 2005,nilai eksport Malaysia ke Amerika Syarikat ialah 11.5% daripada jumlah eksport Malaysia yang bernilai RM137.33 bilion. Pada tahun 2006 pula, nilai eksport Malaysia ke Amerika Syarikat ialah RM16.25 bilion itau 11.07% daripada jumlah eksport Malaysia yang telah mencapai angka RM 146.84 bilion.

Singapura merupakan rakan dagangan Malaysia yang banyak mengimport barangan makanan seperti sayur-sayuran, ikan dan daging daripada negara ini. Malaysia turut mengeksport tekstil, perabot dan bahan binaan kepada negara jiran ini. Pada tahun 2005, nilai eksport Malaysia ke Singapura ialah RM15.53 bilion. Angka ini meningkat kepada RM18.42 bilion pada tahun 2006.

Negara-negara Kesatuan Eropah termasuk Jerman, Britain, Itali, Perancis dan Belanda telah mengimport barangan Malaysia bernilai RM35.15 bilion pada tahun 2005, manakala nilai eksport barangan Malaysia termasuk pakaian, buah-buahan, minyak kelapa sawit dan kereta ke negara-negara ini telah meningkat sebanyak RM3.04 bilion pada tahun 2006.

Malaysia juga mengeksport barangan ke Jepun yang masih menjadi rakan dagangannya. Eksport barangan Malaysia ke Jepun bernilai RM14.28 bilion pada tahun 2005 dan mengalami sedikit kejatuhan pada tahun 2006 dengan nilai RM12.83 bilion.

Kini, Malaysia berjaya meneroka pasaran baru di Negara-negara Selatan. Negara-negara ini lebih berminat tneiigimpOFl barangan periftdustrian seperti minyak kelapa sawit, jentera dan kereta buatan Malaysia. Oleh itu, Malaysia telah mengeksport barangan bernilai RM48.34 bilion ke negara-negara tersebut pada tahun 2005 dan angka ini meningkat kepada RM54.73 bilion pada tahun 2006.

Malaysia juga mengeksport barangan ke negara lain termasuk negara ASEAN (selain Singapura), Rusia dan China. Pada tahun 2005, nilai eksport Malaysia ke negara lain ialah RM8.24 bilion, dan angka ini menurun sedikit kepada RM6.42 bilion pada tahun 2006.

(Disesuaikan daripada Laporan Ekonomi 2005/2006)

50

Page 51: Latih tubi graf modul penggal2  edited

Q4

Berdasarkam maklumat dalam petikan di bawah, sediakan carta pai yang sesuai untuk menunjukkan perbandingan bilangan pelancong ke Malaysia mengikut negara asal bagi tahun 2002 dan 2007.

Keindaharn alam semula jadi dan keadaan yang aman s.erta harmoni di Malaysia telah berjaya menarik minat para pelancong luar untuk datang ke negara ini. Pada lahun 2002, jumlah pelancong asing yang berkunjung ke -negara kita ialah 11 474.59 ribu orang. Pelbagai strategi telah dijalankan oleh pihak kerajaan untuk menarik lebih ramai pelancong asing ke negara ini. Kesannya, jumlah pelancong asing yang berkunjung ke negara ini telah bertambah sebanyak 3095.11 ribu orang pada tahun 2007.

Pelancong dari negara ASEAN meliputi 88% atau 10 097.65 ribu orang daripada jumlah keseluruhan pelancong ke Malaysia pada tahun 2002. Bilangan pelancong dari negara ASEAN pada tahun 2007 bertambah sebanyak 3244.45 ribu orang berbanding dengan tahun 2002.

Walaupun benua Eropah agak jauh dari negara kita dari segi kedudukan geografi, namun keadaan ini tidak menghalang kehadiran pelancong dari benua tersebut ke negara ini. Pada tahun 2002, bilangan pelancong dari benua Eropah ialah 337.35 ribu orang. namun, menjelang tahun 2007, bilangan pelancong eropah ke Malaysia mengalami kemerosotan yang katara, iaitu sebanyak 78.46% atau 264.7 ribu orang berbanding dengan tahun 2002.

Pada tahun 2002, kehadiran pelancong dari China ialah 557.66 ribu orang atau 4.86% daripada jumlah keseluruhan pelancong. Walaupun faktor geografi bukan faktor yang menghalang kehadiran pelancong dari China ke negara ini, namun bilangan pelancong dari China telah merosot sebanyak 24.41 ribu orang pada tahun 2007.

Sikap prejudis rakyat Amerika Syarikat jelas terbukti apabila hanya 1.11% atau 127.37 ribu orang pelancong yang melawat negara kita pada tahun 2002. Namun, daya tarikan kepelbagaian budaya di negara ini berjaya meningkatkan bilangan pelancong dari negara maju tersebut sebanyak 28.52 ribu orang kepada 155.89 ribu orang pada tahun 2007.

Budaya orang Jepun yang gemar melancong mendorong peningkatan bilangan pelancong dari negara matahari terbit tersebut ke negara ini pada tahun 2007, iaitu sebanyak 111.25 ribu orang berbanding dengan tahun 2002. Pada tahun 2002, bilangan pelancong dari Jepun ialah 354.56 ribu orang atau 3.09% daripada jumlah keseluruhan pelancong.

(Disesuaikan daripada Buku Tahunan Perangkaan Malaysia, 2002 dan 2007)

51

Page 52: Latih tubi graf modul penggal2  edited

Q5

Berdasarkan maklumat dalam petikan di bawah, sediakan carta pai yang sesuai untuk menunjukkan jumlah guna tenaga mengikut bidang utama di Malaysia bagi tahun 2004 dan 2005.

Jumlah guna tenaga dalam pelbagai bidang telah menunjukkan perkembangan yang positif. Jumlah guna tenaga pada tahun 2005 ialah 11 215.56 ribu orang, iaitu pertambahan sebanyak 1511.36 ribu orang berbanding dengan tahun sebelumnya yang berjumlah 9704.2 ribu orang. Pertambahan ini memberi petanda yang baik kepada kumpulan pencari kerja aktif.

Pertumbuhan ekonomi yang semakin pesat memperluas kegiatan pengeluaran di negara ini, terutamanya dalam bidang pengeluaran makanan halal. Guna tenaga dalam bidang pengeluaran mencatatkan yang paling tinggi, iaitu sebanyak 2911.5 ribu orang pada tahun 2004 dan bertambah sebanyak 854.93 ribu orang pada tahun 2005.

Bidang profesional dan teknikal turut memainkan peranan penting dalam menjana pembangunan ekonomi negara. Pada tahun 2004, 766.7 ribu orang telah berkhidmat dalam bidang profesional dan teknikal. Bilangan ini bertambah sebanyak 210.19 ribu orang pada tahun 2005.

Bidang pentadbiran dan pengurusan kini semakin diminati sejajar dengan perkembangan ekonomi negara. Hal ini terbukti apabila terdapat peningkatan guna tenaga yang tinggi pada tahun 2005, iaitu kepada 21.29 ribu orang berbanding dengan 271.70 ribu orang pada tahun 2004.

Dalam bidang perkhidmatan pula, bilangan guna tenaga mengalami penurunan sebanyak 29.71 ribu orang pada tahun 2005 berbanding dengan tahun 2004 yang mencatatkan bilangan guna tenaga sebanyak 1261 ribu orang. Hal ini berlaku kerana kebanyakan firma perkhidmatan pada hari ini mengaplikasikan teknologi maklumat dalam operasi harian.

Bidang perkeranian menyumbang 951.1 ribu orang guna tenaga atau 9.8% daripada jumlah keseluruhan guna tenaga pada tahun 2004. Bilangan ini meningkat sebanyak 300.01 ribu orang kepada 1251.11 ribu orang pada tahun 2005.

Di samping itu, pertambahan premis jualan dan kegiatan jualan langsung berjaya mewujudkan peluang pekerjaan untuk rakyat negara ini. Pada tahun 2004, bidang ini mempunyai guna tenaga sebanyak 1504.2 ribu orang, dan bilangan guna tenaga meningkat sebanyak 241.69 ribu orang pada tahun 2005.

Bidang pertanian turut mengalami perubahan yang besar selaras dengan pelaksanaan Dasar Pertanian Negara yang bertujuan memajukan sektor pertanian di negara ini. Hal ini menggalakkan pengusaha pertanian menggunakan jentera moden untuk menggantikan tenaga manusia. Oleh demikian, bilangan guna tenaga dalam bidang ini telah merosot kepada 1622.66 ribu orang pada tahun 2005 berbanding dengan 2038 ribu orang pada tahun 2004.

(Disesuaikan daripada Laporan Rancangan Malaysia Kesembilan, 2006-2010)

52

Page 53: Latih tubi graf modul penggal2  edited

Q6

Berdasarkan maklumat dalam petikan di bawah, sediakan carta pai yang sesuai untuk menunjukkan perbezaan keluaran hasil pertanian terpilih antara Semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak pada tahun 2006.

Jumlah keluaran beberapa hasil pertanian pada jahun 2006 secara keseluruhannya telah meningkat kepada 10 837.1 ribu tan metrik berbanding dengan tahun sebelumnya. Peningkatan ini disebabkan oleh pertambahan yang tinggi dalam pengeluaran minyak kelapa sawit mentah dan biji koko kering. Jumlah keluaran empat komoditi terpilih di Semenanjung Malaysia ialah 8221 ribu tan metrik, iaitu melebihi 604.9 ribu tan metrik berbanding dengan di Sabah dan Sarawak.

Pada tahun 2006, pengeluaran minyak kelapa sawit mentah berjumlah 5490 ribu tan metrik. Daripada jumlah tersebut, 4600 ribu tan metrik atau 83.79% dikeluarkan di Semenanjung Malaysia, manakala 890 ribu tan metrik dikeluarkan di Sabah dan Sarawak, pertambahan pengeluaran komoditi tersebut (disebabkan oleh pertambahan keluasan kawasan penanaman kelapa sawit serta peningkatan pengeluaran minyak kelapa sawit mentah yang diusahakan oleh pihak FELDA dan Estet Pekebun kecil.

Jumlah pengeluaran biji koko kering turut meningkat, iaitu kepada 1499.5 ribu tan metrik pada tahun 2006. Peningkatan ini disebabkan oleh peningkatan keluasan kawasan penanaman koko dalam sektor perladangan. Daripada jumlah tersebut,Sabah dan Sarawak menyumbangkan 993.5 ribu tan metrik atau 66.26%, manakala Semenanjung Malaysia menyumbangkan 506 ribu tan metrik.

Jumlah pengeluaran getah pada tahun 2006 masih berada pada tahap yang rendah, iaitu 1845 ribu tan metrik walaupun terdapat kenaikan harga getah di pasaran dunia. Daripada jumlah tersebut, 1410 ribu tan metrik atau 76.42% dikeluarkan di Semenanjung Malaysia, manakala 435 ribu tan metrik atau 23.58% dikeluarkan di Sabah dan Sarawak. Pengurangan pengeluaran getah disebabkan oleh penggantian kawasan tanaman getah dengan tanaman kelapa sawit.

Pengeluaran padi juga merosot pada tahun 2006 dengan jumlah 2002.6 ribu tan metrik berbanding dengan 2875.4 ribu tan metrik pada tahun 2005. Kemerosotan ini disebabkan oleh pengurangan keluasan kawasan penanaman padi. Daripada jumlah tersebut, keluaran padi dari Semenanjung Malaysia ialah 1705 ribu tan metrik atau 85.14%, manakala keluaran padi dari Sabah dan Sarawak ialah 297.6 ribu tan metrik.

(Disesuaikan daripada Laporan Ekonomi 2006/2007, Kementerian Kewangan Malaysia)

53

Page 54: Latih tubi graf modul penggal2  edited

Q7

Berdasarkan maklumat dalam petikan di bawah, lukis carta pai yang sesuai untuk menunjukkan perbandingan jumlah guna tenaga mengikut sektor di Malaysia bagi tahun 2005 dan anggaran 2010.

Guna tenaga dalam beberapa sektor ekonomi menyumbang kepada pembangunan negara ini. Dalam tempoh separuh penggal Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga, jumlah guna tenaga dalam pelbagai sektor dijangka mencapai 9939.4 ribu orang pada tahun 1010, iaitu pertambahan sebanyak 1928.7 ribu orang berbanding dengan tahun 2005.

Bilangan guna tenaga dalam sektor pembuatan adalah paling tinggi. Hal ini sejajar dengan usaha pihak kerajaan untuk meningkatkan prestasi ekonomi negara dalam sektor tersebut. Bilangan guna tenaga dalam sektor pembuatan pada tahun 2005 ialah 2913.5 ribu orang. Pada tahun 2010, bilangan ini dijangka meningkat sebanyak 1013.7 ribu orang atau 34.79%.

Sektor pertanian diramal akan mengalami keadaan sebaliknya berbanding dengan sektor pembuatan. Pada tahun 2010, bilangan guna tenaga dalam sektor pertanian dijangka mengalami penurunan sebanyak 9.82% daripada sejumlah 1421.8 ribu orang yang dicatatkan pada tahun 2005. Walau bagaimanapun, angka ini hanya merupakan ramalan. Usaha gigih pihak kerajaan untuk membangunkan sektor ini agar menjadi lebih mantap dan mapan berkemungkinan mengubah anggaran ini.

Sektor perniagaan borong dan runcit yang mempunyai perkaitan rapat dengan sektor pengeluaran dijangka mencatatkan pertumbuhan guna tenaga yang memberangsangkan. Bilangan guna tenaga dalam sektor ini pada tahun 2005 ialah kurang 536.7 ribu orang berbanding dengan bilangan guna tenaga yang dijangkakan bagi tahun 2010, iaitu 2160.3 ribu orang.

Guna tenaga dalam sektor pengangkutan dan komunikasi pula dijangka menunjukkan peningkatan yang ketara. Bilangan guna tenaga dalam sektor ini dijangka meningkat sebanyak 90.1 ribu orang pada tahun 2010 berbanding dengan 243.5 ribu orang pada lima tahun sebelumnya. Kadar pertambahan ialah 37%, iaitu satu peningkatan yang amat memberangsangkan berikutan usaha kerajaan untuk memajukan sektor pengangkutan dan komunikasi negara.

Selain itu, sektor pembinaan mempunyai guna tenaga sebanyak 803.5 ribu orang pada tahun 2005. Angka ini dijangka meningkat sebanyak 27.6% kepada 1025.2 ribu orang pada tahun 2010.

Seterusnya, sektor perkhidmatan kerajaan juga menunjukkan peningkatan guna tenaga yang banyak dengan 1004.8 ribu orang pada tahun 2005, dan dijangka bertambah sebanyak 206.1 ribu orang menjelang tahun 2010.

Bilangan guna tenaga dalam sesuatu sektor dapat memberi gambaran tentang prestasi pertumbuhan ekonomi negara pada masa hadapan. Hal ini bermakna pertumbuhan ekonomi negara berkembang seiring dengan pertambahan guna tenaga dalam pelbagai sektor.

(Disesuaikan daripada Laporan Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga, 2001-2010)

54

Page 55: Latih tubi graf modul penggal2  edited

Q8

Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan carta pai yang sesuai untuk menunjukkan bilangan penduduk mengikut negeri-negeri terpilih dan kumpulan etnik di Semenanjung Malaysia pada tahun 2004.

Penduduk Malaysia pada tahun 2004 berjumlah 26 409.7 ribu orang berdasarkan Banci Penduduk dan Perumahan 2000. Daripada jumlah ini, 10 430.4 ribu orang menetap di negeri Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang dan Selangor.

Hasil bancian menunjukkan bahawa bilangan penduduk di Melaka pada tahun 2004 ialah 687.1 ribu orang, iaitu pertambahan sebanyak 13.1 ribu orang berbanding dengan tahun 2003. Pembangunan ekonomi yang pesat di negeri Selangor telah menyaksikan pertambahan penduduk yang begitu ketara di negeri tersebut, iaitu bertambah sebanyak 109.2 ribu orang pada tahun 2004 berbanding dengan 4388.9 ribu orang pada tahun 2003.

Sementara itu, bilangan penduduk di Negeri sembilan pada tahun 2004 ialah 913.3 ribu orang, iaitu lebih ramai daripada bilangan penduduk di Melaka. Sungguhpun negeri Pahang merupakan negeri yang paling besar di Semenanjung Malaysia dengan keluasan 35 970 km per segi, namun bilangan penduduknya hanya 5.19% daripada jumlah penduduk Malaysia, iaitu 1372.5 ribu orang. Angka ini pula adalah hampir separuh daripada bilangan penduduk di negeri Johor iaitu sebanyak 2959.4 ribu orang.

Bancian penduduk mengikut kumpulan etnik bagi kelima-lima buah negeri tersebut menunjukkan komposisi yang amat berbeza. Kaum Bumiputera merupakan kumpulan penduduk majoriti di kelima-lima buah negeri tersebut, iaitu sebanyak 7019.2 ribu orang.

Kebanyakan penduduk kaum Cina bertumpu di kawasan bandar di negeri-negeri Selangor, Johor dan Melaka. Bilangan penduduk Cina merangkumi kira-kira satu per tiga daripada bilangan penduduk Bumiputera, iaitu kurang 4718.1 ribu orang daripada bilangan penduduk Bumiputera.

Di samping itu, penduduk kaum India mencatatkan angka ketiga ramai dengan 999.1 ribu orang, manakala bakinya terdiri daripada penduduk kaum lain.

Jelaslah, taburan penduduk mengikut negeri dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti pembangunan ekonomi dan sosial serta demografi, manakala taburan penduduk mengikut kaum dipengaruhi oleh latar belakang sejarah dan kegiatan ekonomi yang dijalankan di negeri berkenaan.

(Disesuaikan daripada Buku Tahunan Perangkaan Malaysia, 2006)

55

Page 56: Latih tubi graf modul penggal2  edited

Q9

Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan carta pai yang sesuai untuk menunjukkan eksport getah Malaysia mengikut gred dan destinasi negara pengimport pada tahun 2003.

:

Getah merupakan tanaman kedua penting selepas tanaman kelapa sawit. Industri penanaman getah memberi sumbangan yang besar kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan sumber pendapatan negara. Industri ini turut menyediakan peluang pekerjaan untuk sebahagian besar pekebun kecil dan pekerja ladang.

Pada tahun 2003, Malaysia telah menyumbangkan 1106 juta tan metrik getah, iaitu sebanyak 28.8% daripada jumlah keluaran getah asli dunia. Daripada jumlah tersebut, 63.7% dikeluarkan oleh pekebun kecil.

Getah Malaysia dipasarkan ke luar negara nengikut gred tcrtentu. Sejumlah 771.2 juta tan metrik atau 69.7% Getah Piawaian Malaysia (SMR) dipasarkan untuk memenuhi permintaan pasaran dunia. Selain tu, getah Malaysia juga dieksport dalam bentuk gred Getah Asap Berbunga (RSS) dan Lateks, iaitu masing-masing sebanyak 138.7 juta tan metrik dan 123.6 juta tan metrik. Selebihnya, iaitu 72.5 juta tan metrik adalah di bawah gred lain yang ditetapkan.

Pasaran getah asli Malaysia merangkumi lebih daripada 70 destinasi di seluruh dunia. Walau bagaimanapun, pengimport utama getah Malaysia ialah Jepun, United Kingdom, Kanada, Amerika Syarikat dan Singapura. Negara-negara Kesatuan Eropah merupakan pengimport utama getah Malaysia dengan kuantiti eksport ke negara-negara tersebut sebanyak 380.2 juta tan metrik pada tahun 2003. Ini diikuti pula oleh Singapura sebagai pengimport kedua terbesar sebanyak 10.1% daripada jumlah eksport getah negara pada tahun yang sama.

Malaysia turut mengeksport getah ke Amerika Syarikat, iaitu 98 juta tan metrik atau 8.9% daripada jumlah eksport getah negara pada tahun 2003. Selain Singapura, negara lain di Asia yang mengimport getah daripada Malaysia ialah Korea, Rusia, China, Jepun dan Taiwan, dengan jumlah eksport sebanyak 343.8 juta tan metrik. Korea mengimport 101.6 juta tan metrik, diikuti pula oleh China dan Jepun, masing-masing sebanyak 76.3 juta tan metrik dan 70.6 juta tan metrik. Kuantiti import getah Malaysia oleh Rusia pula ialah 69.2 juta tan metrik, dan selebihnya dieksport ke Taiwan.

Pada tahun 2003, getah Malaysia turut dieksport ke Brazil dengan kuantiti 30.4 juta tan metrik, manakala selebihnya, iaitu 141.9 juta tan metrik dieksport ke pelbagai negara lain di seluruh dunia.

(Disesuaikan daripada Siri Hasil Negara, 2004)

56

Page 57: Latih tubi graf modul penggal2  edited

Q10

Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan carta pai yang sesuai untuk menunjukkan pemberian biasiswa mengikut bidang kursus dan institusi korporat yang menawarkan biasiswa berkenaan pada tahun 2003.

Setelah ekonomi Malaysia beransur pulih pada tahun 2003, beberapa buah institusi korporat ternama mula menawarkan biasiswa kepada penuntut yang layak untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti sama ada universiti di dalam atau di luar negara. Biasiswa yang ditawarkan oleh institusi korporat terbabit bernilai RM103.4 juta. Antara bidang kursus yang ditawarkan biasiswa oleh institusi korporat berkenaan ialah kursus kejuruteraan, kedoktoran, undang-undang, perniagaan, sains gunaan, perakaunan dan teknologi maklumat.

Penuntut yang mengikuti kursus kejuruteraan diberikan keutamaan. Nilai biasiswa yang ditawarkan ialah RM27.8 juta. Hal ini demikian kerana negara kita masih kekurangan jurutera dalam pelbagai bidang. kursus dalam bidang teknologi maklumat yang semakin penting selaras dengan pelancaran Koridor Raya Multimedia (MSC) turut mendapat peruntukan biasiswa yang agak besar, iaitu kurang RM4.3 juta berbanding dengan nilai biasiswa yang ditawarkan untuk kursus kejuruteraan.

Seterusnya, kursus kedoktoran mendapat peruntukan biasiswa bernilai RM19.9 juta. Empat bidang kursus yang lain menerima peruntukan biasiswa kurang daripada RM10 juta. Contohnya, kursus undang-undang menerima peruntukan biasiswa sebanyak RM9.4 juta, manakala nilai biasiswa yang ditawarkan untuk kursus perakaunan ialah RM1.1 juta lebih rendah berbanding dengan nilai biasiswa untuk kursus undang-undang.

Peruntukan biasiswa untuk kursus perniagaan hampir sama dengan peruntukan biasiswa untuk kursus perakaunan, iaitu RM8.2 juta, manakala peruntukan biasiswa paling rendah ditawarkan untuk kursus yang berkaitan dengan sains gunaan, dengan nilai RM6.3 juta.

Syarikat Telekom Malaysia merupakan institusi korporat yang menyumbangkan nilai biasiswa yang paling tinggi, iaitu RM24.9 juta daripada sejumlah RM103.4 juta yang ditawarkan pada tahun 2003. Sumbangan kedua terbesar adalah daripada Tenaga Nasional Berhad dengan nilai RM23.3 juta. Syarikat minyak tempatan, iaitu Petronas pula menawarkan biasiswa bernilai RM20.6 juta. Ketiga-tiga institusi korporat ini mempunyai universiti mereka sendiri dan ramai penuntut yang menerima tawaran biasiswa tersebut diberi peluang untuk melanjutkan pengajian di universiti berkenaan.

Selain itu, Syarikat Sime Darby telah menyediakan peruntukan biasiswa sebanyak 17.89% daripada jumlah keseluruhan biasiswa yang ditawarkan pada tahun 2003. Tiga buah syarikat lain yang menawarkan biasiswa ialah Renong Bhd., Esso dan Shell. Renong Bhd. menawarkan 4.64% daripada jumlah keseluruhan biasiswa, manakala Esso dan Shell masing-masing menawarkan RM5.6 juta dan RM5.7 juta.

Penyediaan biasiswa oleh institusi korporat untuk penuntut yang layak merupakan salah satu cara syarikat berkenaan melaksanakan tanggungjawab sosial mereka di samping menyumbang kepada pembangunan sumber manusia negara.

(Disesuaikan daripada Mingguan Malaysia, Mei 2004)

57