Latih Tubi Tatabahasa : Peribahasa
date post
15-Jun-2015Category
Documents
view
3.031download
46
Embed Size (px)
Transcript of Latih Tubi Tatabahasa : Peribahasa
LATIH TUBI TATABAHASA : PERIBAHASA
PERIBAHASAIsi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai. 1 Nenek Sunarti tidak pernah membaca sebarang surat khabar ataupun majalah kerana dia _______________. A B C D 2 buta hati buta huruf buta kayu buta gaji
Tan Lean Keong tidak mempunyai kakak dan adik. Oleh sebab itu dia dianggap ___________________ . A B C D anak buah anak emas anak tunggal anak bongsu
3
Semasa menaiki pesawat ke Kota Kinabalu, adik tidak henti-henti berbual kerana adik ___________________. A B C D otak cair otak udang mulut murai mulut tempayan
4
Kunding mengambil sekeping roti berkrim sebagai _______________ sebelum pergi ke sekolah. A B C D alas perut ikat perut perut busuk perut kosong
5
Kesemua _______________ Tuan Haji Azhar dan Puan Hajah Azilah sudah mendirikan rumah tangga. A B C D anak tut anak tiri anak bini anak beranak
Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak
1
LATIH TUBI TATABAHASA : PERIBAHASA
6
Azizi dan anak-anaknya ______________ kerana sebaik sahaja mereka sampai jamuan mula dihidang. A B C D langkah kanan langkah bendul langkah seribu langkah kiri
7
Puan Basrah masih ________________ meneruskan perniagaan suaminya walaupun tidak mendapat sokongan daripada anak-anaknya. A B C D geli hati makan hati cekal hati isi hati
8
Semua barang itu dijual dengan __________________ dalam Pameran Jom Heboh. A B C D harga diri harga mati tanda mata tanda harga
9
Yoke Lan ________________ sehingga dia tidak menyedari bilik tidurnya telah dicerobohi pencuri. A B C D pekak badak lepas tangan makan hati tidur mati
10
Pengadil bola sepak antara sekolah saya dengan sekolah jiran dicaci oleh para penonton kerana _______________ semasa mengadili perlawanan tersebut. A B C D banyak mulut berat sebelah angkat kaki lepas tangan
Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak
2
LATIH TUBI TATABAHASA : PERIBAHASA
11
Keadaan Aliff Imran ______________________ menyebabkan dia tidak mahu menyertai perlumbaan jalan kaki. A B C bagai cicak makan kapur bagai kumbang putus tali bagai itik pulang petang bagai balak terendam
* 12
D
Siti Norhana dan Nurul Amirah ____________________________ kerana sering bergaduh walaupun perkara itu kecil. A B C D bagai ayam disambar helang bagai anjing dengan kucing bagai katak di bawah tempurung bagai melepaskan batuk di tangga
13
Kebanyakan penduduk Kampung Sungai Batu ________________________ kerana mereka mendapat bayaran pampasan yang tinggi daripada pihak kerajaan. A B C D bagai bulan jatuh ke riba bagai kaca jatuh ke batu bagai duri dalam daging bagai ayam disambar helang
14
Puan Zainab _________________________ kerana lima ahli keluarganya telah maut dalam kemalangan itu. A B C D bagai melepas anjing tersepit bagai dihiris dengan sembilu bagai ayam disambar helang bagai kaca jatuh ke batu
15
Oii Sik Lee dianggap ________________________ kerana tidak dapat menyesuaikan diri dengan masyarakat setempat. A B C D seperti lipas kudung seperti ayam berak kapur seperti bulan penuh purnama seperti kera sumbang
Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak
3
LATIH TUBI TATABAHASA : PERIBAHASA
16
Setelah kematian ayah dan ibu, kehidupan Azira dan adik-adiknya _________________________________ . A B C D bagai mendukung biawak hidup bagai ayam mengeram telur bagai pahat dengan penukul bagai wau putus tali
17
Encik Badarudin _________________________ setelah menerima panggilan ugutan dan pesanan ringkas daripada seorang yang tidak dikenali. A B C D bagai mencurah air ke daun keladi bagai menghitung bulu kambing bagai berumah di tepi pantai bagai anjing buruk kepala
18
Mak Timah hidup susah dan terbiar kerana tidak dipedulikan oleh anak-anak dan jiran tetangganya __________________________________ . A B C D seperti rumput di tepi jalan seperti tikus jatuh ke beras seperti mendukung biawah hidup seperti sudah jatuh ditimpa tangga
19
Jalan raya menuju ke Cameron Highlands agak curam dan bengkang-bengkok seperti __________________________________ . A B C D bumi dengan langit aur ditarik songsang pinang dibelah dua ular kena palu
20
Setelah berjaya menjawat jawatan yang tinggi di bandar, Kumaresan telah melupakan ibu bapanya di kampung seperti _________________________ . A B C D enau dalam belukar kacang lupakan kulit aur dengan tebing dakwat dengan kertas
Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak
4
LATIH TUBI TATABAHASA : PERIBAHASA
21
Salmi Farhana berasa _____________________ kerana gagal memecahkan rekod dalam acara lompat tinggi. A B C D makan hati iri hati ada hati buah hati
22
Pada cuti hujung minggu, Encik Zaiman membawa keluarganya _____________ ke taman bunga. A B C D ambil hati ambil langkah ambil ringan ambil angin
23
Sarasawaji ______________ dengan kejayaan rakan karibnya dalam pertandingan bercerita itu. A B C D makan hati jatuh hati iri hati ambil hati
24
Kejayaan perenang Malik Mydin merentasi Selat Inggeris telah menjadi _______________________ rakyat Malaysia. A B C D buah tangan buah mulut buah hati buah pena
25
___________________ Puan Anita apabila mendapat berita bahawa suaminya telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. A B C D Makan hati Hancur hati Besar hati Jatuh hati
Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak
5
LATIH TUBI TATABAHASA : PERIBAHASA
26
___________________ budak itu pucat lesi ketika dijumpai terikat di sebuah rumah kosong. A B C D Air muka Ada hati Ada harapan Air tangan
27
Perbuatan memberi atau menerima _________________ ketika menjalankan tugas boleh dikenakan tindakan tatatertib. A B C D duit hantaran duit pecah duit raya duit kopi
28
Cikgu Patricia Ang tiba-tiba _________________ apabila beliau mengetahui anak muridnya telah meniru semasa ujian dijalankan. A B C D ada angin atas angin naik angin khabar angin
29
Emak menjadi _________________ ketika memilih kain yang beraneka corak dan warna di kedai itu. A B C D rambang mata lupa daratan serkap jarang lipas kudung
30
Semua murid __________________ untuk mendengar taklimat Program Hari Kokurikulum yang akan diadakan di Hutan Lipur Ulu Licin, Beruas pada minggu depan. A B C D pasang badan pasang telinga ambil berat ambil hati
Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak
6
LATIH TUBI TATABAHASA : PERIBAHASA
31
Kamaruzaman ____________________________ kerana tidak tahu menggunakan komputer riba yang baru dibeli oleh ayahnya. A B C D seperti mencurah garam ke laut seperti kera mendapat bunga seperti Belanda diberi tanah seperti hujan jatuh ke pasir
32
Badrul Amin memastikan semua anaknya mendapat didikan ilmu agama yang mencukupi kerana baginya _____________________________ . A B tepuk dada tanya selera segan bertanya sesat jalan harapkan pagar, pagar makan padi melentur buluh biarlah daripada rebungnya
*
C D
33
Zamir Azril tidak mengamalkan sikap _________________________ ketika mencari rumah rakannya di Kuala Lipis. A B C D buang yang keruh ambil yang jernih segan bertanya sesat jalan sambil menyelam minum air bagaimana acuan begitulah kuihnya
34
Sungguhpun Erra Fazira dan Umi Aida merupakan pasangan artis yang rapat, namun ada ketikanya mereka tidak sependapat seperti ___________________. A B C D rambut sama hitam, hati lain-lain sambil menyelam minum air ukur baju di badan sendiri tepuk dada tanya selera
35
Penduduk di Taman Seri Seroja sering melakukan kerja-kerja gotong-royong bagai ____________________________________ . A B C D cincin dengan permata kucing dengan anjing aur dengan tebing isi dengan kuku
Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak
7
LATIH TUBI TATABAHASA : PERIBAHASA
36
Goh Swei Mooi tidak berputus asa untuk mengulang semula pelajarannya kerana dia yakin _________________________________ . A B C D lain di mulut lain di hati tepuk dada tanya selera indah khabar daripada rupa belakang parang diasah lagikan tajam
37
Encik Tarmizi ________________________________ kerana beliau menuruti semua arahan dan perintah yang diberikan oleh ketuanya. A B C D seperti lembu dicucuk hidung seperti anjing menyalak bukit seperti tikus membaiki labu seperti murai tercabut ekor
38
Semua teguran dan nasihat yang diberikan Cikgu Halim kepada murid-muridnya _________________________________ kerana semua nasihatnya tidak mereka endahkan. A B C D bagai haruan makan anak bagai kambing dihalau ke air bagai mencurah air ke daun keladi bagai melepaskan batuk di tangga
39
Para pekerja binaan itu berasa cemas dan bimbang ketika musim hujan kerana kemalangan boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja ____________________. A B C D bagai gergaji dua mata bagai pahat dengan penukul bagai kucing kehilangan anak bagai telur di hujung tanduk
40
Subramaniam seperti _____________________________________ kerana banyak peristiwa yang berlaku di sekolah tidak diketahuinya. A B C D katak di bawah tempurung ayam disambar helang kera mendapat bunga murai tercabut ekor
Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak
8
LATIH TUBI TATABAHASA : PERIBAHASA
41
P