latihan 1

download latihan 1

of 3

description

bm

Transcript of latihan 1

latihan 1.Tulis lima nilai murni yang dapat kamu perolehi darpada petikan di bawahlatihan 1Sahabatku Fadhil, Tujuan saya menulis warkah ini adalah untukmenceritakan pengalamansaya semasa menyertai lawatan ke Pulau Langkawi anjuran Kelaab Bahasa Melayu sekolah saya. Kami memperolehi ilmu pengetahuan yang banyak.Setiap detik yang dilalui,kami manfaatkandenganmengunjungi tempat bersejarahseperti Beras Terbakar, Makam Mahsuri, dan Pantai Pasir Hitam.Ketika menaiki Kereta Kabel Langkawi menuju ke puncak Gunung Machincang,Kami kagum akan keindahan alam semula jadi.Cuacanya sejuk manakala udaranya segar dan nyaman. Semasa di Pantai Cenang,kamimeminta kebenaranuntuk mandi tetapi guru pengiring melarang kami kerana ombak besar.Kami akur akan nasihat gurutersebut.Lawatan seterusnya ke Underwater World,iaitu tempat pelbagai jenis hidupan air dipamerkan.Kami berbaris sebelum masuk untuk mengelakkan kesesakan. Sebelum pulang kami singgah di Pekan Kuah untuk membeli-belah.Saya hanyamembeli barang-barang yang perlu sahajakerana itulahyang dipesan oleh ibu.Sayajuga membeli cenderamata untuk kawan-kawan dan keluarga.

latihan 2

Tulis beberapa nilai murni yang boleh kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Esok, 16 Mei merupakan hari yang dinanti-nantikan oleh Amira. Hari Guru yang akan disambut esok cukup bermakna baginya. Dia ingin meraikan sambutan Hari Guru itu sebagai mengenang jasa dan pengorbanan gurunya. Dia tidak sabar-sabar lagi menantikan kemunculan hari yang penuh bermakna itu. Amira berhasrat untuk memberikan sekuntum bunga mawar dan sekeping kad sempena hari tersebut kepada guru kesayangannya, Cikgu Nadia. Amira tahu bahawa gurunya pasti gembira dengan pemberian ikhlas itu. Dia juga sedar bahawa bukan sekadar pemberian sekuntum bunga mawar serta sekeping kad yang menjadi ukuran tanda dia menghormati serta patuh kepada gurunya. Dia juga berazam untuk mematuhi disiplin serta belajar dengan bersungguh-sungguh. Peningkatan prestasi akademiknya dalam semua mata pelajaran UPSR nanti pasti akan membuatkan gurunya menjadi lebih gembira. Sambutan Hari Guru tahun ini membuatkan Amira lebih bersemangat demi mencapai cita-cita murni serta impiannya di samping ingin merealisasikan harapan ibu bapa dan guru-gurunya

latihan 3

Tulis lima pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah ini. panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan

Imran berjanji kepada dirinya akan belajar bersungguh-sungguh. Kegagalannya untuk masuk ke kelas Tahun Enam Bestari iaitu kelas yang pertama tidak mematahkan semangatnya. Dia yakin bahawa dia akan berjaya dengan cemerlang dalam UPSR hujung tahun nanti. Oleh itu, Imran bertekad untuk membaiki kelemahan dan menebus kesilapan yang telah dilakukannya. Sejak awal tahun lagi, Imran sudah membuat persiapan. Dia mengulangkaji pelajaran tahun empat dan tahun lima. Dia turut membuat latihan serta mencuba menjawab soalan-soalan peperiksaan UPSR. Dia tidak malu untuk bertanya kepada guru jika dia kurang memahami sesuatu pelajaran atau menghadapi masalah. Selain itu, Imran dan rakan-rakannya menubuhkan kumpulan belajar. Mereka sering mengadakan perbincangan tentang sesuatu pelajaran. Mereka turut menjawb soalan-soalan peperiksaan UPSR pada tahun sebelumnya. Melalui perbincangan ini Imran dan rakan-rakanya dapat memahami setiap pelajaan diajarkan dengan mendalam lagi. Disamping itu, mereka yang mahir tentang sesuatu pelajaran dapat membantu rakan yang lemah. Pada masa lapang,Imran akan berkunjung ke perpustakaan untuk mengulangkaji pelajaran atau membuat rujukan.

jawapan 1. Memilih lima idea yang dikehendaki dan membina ayat menghargai masa menghormati guru berdisiplin berjimat prihatin

jawapan 2

Kata namaKata bantuNilaiAyat daripada petikan (huraian)

KitaperlulahprihatinMengingati hari guru

KitamestilahMenghargai jasaMeraikan sambutan hari guru

KitahendaklahBaik hatiMemberi hadiah kepada guru

KitaharuslahrajinBelajar bersungguh-sungguh

KitapatutlahbertanggungjawabMerealisasikan harapan ibu bapa dan guru-guru

latihan 31. berazam2. berkeyakinan3. tekun4. menghargai masa5. bekerjasama