Latihan 2.8 Pengawal aturan persekitaran dalam.pdf

1

Click here to load reader

Transcript of Latihan 2.8 Pengawal aturan persekitaran dalam.pdf

Page 1: Latihan 2.8 Pengawal aturan persekitaran dalam.pdf

WAJA BIOLOGI 2014 JPN PERAK

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERSEKITARAN DALAM

Faktor kimia Faktor fizikal

kandungan glukosa

pH

(bergantung

kepada

kepekatan CO2

dalam darah)

kandungan garam

suhu tekanan darah

tekanan osmotik

(bergantung

kepada

kandungan air)

BAB 2 : STRUKTUR DAN ORGANISASI SEL

Latihan 2.8 : Pengawalaturan Persekitaran Dalam

1. Persekitaran dalam merujuk kepada bendalir di dalam badan yang membasahi sel

dalam organisma multisel

2. Persekitaran dalam meliputi darah (di dalam salur darah), bendalir interstis (yang

memenuhi ruang antara sel) dan cecair limfa (di dalam salur limfa)

3. Pelbagai faktor perlu dikawal untuk memastikan sel dapat berfungsi dalam keadaan

optimum dan cekap :

4. Homeostasis merupakan proses pengawalaturan persekitaran dalam agar faktor-faktor yang

mempengaruhinya berada dalam julat normal melalui mekanisme suap balik negatif.

5. Semua sistem di dalam organisma multisel memainkan peranan utama dalam menjalankan

homeostasis contohnya:

Faktor yang mempengaruhi

persekitaran dalam

Sistem yang terlibat dalam homeostasis untuk

mengembalikan julat normal

pH

sistem respirasi

sistem peredaran darah

sistem perkumuhan

Suhu

sistem integumen

sistem saraf

sistem peredaran darah

sistem otot

sistem endokrin

Kandungan glukosa

Sistem peredaran darah

Sistem pencernaan

Sistem endokrin