LATIHAN 6

1
LATIHAN LARAS BAHASA Pehatikan petikan-petikan berikut. Namakan jenis laras bahasa yang digunakan bagi setiap petikan yang berkenaan dan bincangkan ciri-ciri laras bahasa berkenaan. Petikan 1 (Petikan daripad cerpen Debu Merah , karya Shahnon Ahmad) Petikan 2 (Dipetik daripada Hidup Sesudah Mati (1978) oleh Bey Arifin (Singapura: Pustaka Nasional Singapura) Malam berlalu hingga hampir-hampir menempuh subuh. Tapi mata Jusoh masih keras; masih kukuh meliar keliling petak. Tiba-tiba kedengaran permatang dipijak orang. Pijakan itu gopoh-gopoh bagaikan dikejar anjing tiga suku. Jusoh tidak bangun tapi tetap waspada. Sesiapa yang cuba mengusik ketenangan air dipetaknya akan menerima habuan yang meminta ampun. Semakin dekat semakin garang tapak itu memijak tanah. Tiba-tiba kucing Jusoh menyambut teguran. Soh! Soh! Adapun kita manusia diberi Tuhan roh yang sedar dan mengerti yang di dalam bahasa Latin disebut Anima Intellectiva (Roah Insani); iaitu semacam roh yang paling sempurna, mulia dan tinggi, semacam roh yang bukan sahaja memberikan kemampuan untuk hidup, bergerak, bertumbuh dan berketurunan, tetapi satu roh yang memberikan kemampuan untuk berfikir, sedar dan mengerti. Kerana roh yang demikian mulia dan tingginya, kita menjadi makhluk yang mempunyai harga diri, mempunyai rasa belas kasihan, rasa membalas budi, bermoral, bersusila, menjadi makhluk sosial, pemalu, mempunyai rasa kasih sayang, cinta mencintai; menjadi makhluk tertinggi dan terbaik, terus maju dalam segala bidang dan lapangan kehidupan kita.

description

Bahasa Kebangsaan

Transcript of LATIHAN 6

Page 1: LATIHAN 6

LATIHAN LARAS BAHASA

Pehatikan petikan-petikan berikut. Namakan jenis laras bahasa yang digunakan bagi setiap petikan yang berkenaan dan bincangkan ciri-ciri laras bahasa berkenaan.

Petikan 1

(Petikan daripad cerpen “Debu Merah”, karya Shahnon Ahmad)

Petikan 2

(Dipetik daripada Hidup Sesudah Mati (1978) oleh Bey Arifin (Singapura: Pustaka Nasional Singapura)

Malam berlalu hingga hampir-hampir menempuh subuh. Tapi mata Jusoh masih keras; masih kukuh meliar keliling petak. Tiba-tiba kedengaran permatang dipijak orang. Pijakan itu gopoh-gopoh bagaikan dikejar anjing tiga suku. Jusoh tidak bangun tapi tetap waspada. Sesiapa yang cuba mengusik ketenangan air dipetaknya akan menerima habuan yang meminta ampun. Semakin dekat semakin garang tapak itu memijak tanah. Tiba-tiba kucing Jusoh menyambut teguran.

“Soh! Soh!”

Adapun kita manusia diberi Tuhan roh yang sedar dan mengerti yang di dalam bahasa Latin disebut “Anima Intellectiva” (Roah Insani); iaitu semacam roh yang paling sempurna, mulia dan tinggi, semacam roh yang bukan sahaja memberikan kemampuan untuk hidup, bergerak, bertumbuh dan berketurunan, tetapi satu roh yang memberikan kemampuan untuk berfikir, sedar dan mengerti. Kerana roh yang demikian mulia dan tingginya, kita menjadi makhluk yang mempunyai harga diri, mempunyai rasa belas kasihan, rasa membalas budi, bermoral, bersusila, menjadi makhluk sosial, pemalu, mempunyai rasa kasih sayang, cinta mencintai; menjadi makhluk tertinggi dan terbaik, terus maju dalam segala bidang dan lapangan kehidupan kita.