LATIHAN 9-12

6
LATIHAN 9 Tulis lima nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu tidak lebih daripada 50 patah perkataan . Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan. Sabtu, 10 Mac 2013 7.00 pagi Aku membantu ibu menyediakan sarapan. Adik pula mengelap meja manakala abang mengatur pinggan dan cawan di atas meja makan. Ibu menyediakan roti bakar, mi goreng dan air teh sebagai menu kami pada pagi ini. 8.00 pagi Kami sekeluarga bersarapan bersama-sama. Ayah bertanya tentang pelajaran aku, abang dan adik. Ayah menasihati kami supaya belajar dengan bersungguh-sungguh demi masa depan yang cerah. 9.00 pagi Kami bergotong-royong membersihkan rumah supaya bersih dan cantik. Kemudian aku mencuci kasut sekolahku dan membantu adik mencuci kasut sekolahnya. 5.30 petang Ayah membawa kami sekeluarga berjoging di taman rekreasi berdekatan dengan rumah. Aku juga bermain bola tampar dengan rakan-rakan untuk mengeluarkan peluh. Ayah dan ibu berbual- bual dengan jiran tetangga yang turut membawa anak-anak mereka ke taman rekreasi itu. …………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………… …………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………… …………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………… …………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………… …………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

description

nilai murni

Transcript of LATIHAN 9-12

LATIHAN 9Tulis lima nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu tidak lebih daripada 50 patah perkataan . Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.Sabtu, 10 Mac 20137.00 pagiAku membantu ibu menyediakan sarapan. Adik pula mengelap meja manakala abang mengatur pinggan dan cawan di atas meja makan. Ibu menyediakan roti bakar, mi goreng dan air teh sebagai menu kami pada pagi ini.

8.00 pagiKami sekeluarga bersarapan bersama-sama. Ayah bertanya tentang pelajaran aku, abang dan adik. Ayah menasihati kami supaya belajar dengan bersungguh-sungguh demi masa depan yang cerah.

9.00 pagiKami bergotong-royong membersihkan rumah supaya bersih dan cantik. Kemudian aku mencuci kasut sekolahku dan membantu adik mencuci kasut sekolahnya.

5.30 petangAyah membawa kami sekeluarga berjoging di taman rekreasi berdekatan dengan rumah. Aku juga bermain bola tampar dengan rakan-rakan untuk mengeluarkan peluh. Ayah dan ibu berbual-bual dengan jiran tetangga yang turut membawa anak-anak mereka ke taman rekreasi itu.

20LATIHAN 10Tulis lima nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu tidak lebih daripada 50 patah perkataan . Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan. Kakak meletakkan telefon bimbit yang baharu dibelinya ke dalam laci meja di biliknya. Ketika kakak keluar ke rumah kawannya, adik telah masuk ke dalam bilik kakak dan bermain-main di dalam bilik itu. Adik telah membuka laci meja kakak lalu mengambil telefon bimbit kakak yang disimpan di situ. Telefon bimbit itu dibeli menggunakan wang yang disimpan oleh kakak sedikit demi sedikit sepanjang empat bulan dia mulai bekerja. Aku ternampak adik bermain-main dengan telefon bimbit itu ketika lalu di hadapan bilik kakak. Aku cuba untuk memujuk adik supaya menyimpan telefon bimbit itu semula tetapi adik tidak mengendahkan langsung pujukanku itu. Aku tidak berputus asa. Pelbagai kata-kata nasihat aku berikan kepada adikku namun tidak berjaya. Tiba-tiba telefon itu terlepas lalu terhempas ke lantai. Ibu yang kebetulan ternampak situasi itu memarahi adik. Aku segera mengambil telefon itu. Nasib baik hanya calar sahaja.

Tidak lama kemudian, kakak pulang. Dia berasa sedih kerana telefonnya calar. Adik segera meminta maaf daripada kakak dan berjanji tidak akan berbuat begitu lagi. Adik menangis kerana menyesali perbuatannya. Kakak memaafkan adik lalu memeluknya dengan penuh kasih sayang.

20

LATIHAN 11Tulis lima pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu tidak lebih daripada 50 patah perkataan . Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan. Aminudin bangun lewat pagi itu kerana dia menonton televisyen hingga larut malam.Ibunya telah mengejutkan Aminudin beberapa kali. Ibunya berpesan untuk bersarapan terlebih dahulu sebelum dia pergi ke sekolah. Dia tidak sempat bersarapan. Setelah bergegas-gegas bersiap, dia terus mencapai basikalnya tanpa bersarapan terlebih dahulu. Dia segera mengayuh basikalnya tanpa bersalam dengan ibu bapanya. Tiba di persimpangan jalan, lampu isyarat berwarna merah. Aminudin terus memecut laju menuju ke sekolahnya tanpa menghiraukan lampu isyarat tersebut. Mujurlah tiada kenderaan yang lalu ketika itu. Dia bertekad untuk tiba di sekolah sebelum murid-murid masuk ke bilik darjah. Sesampainya di hadapan sekolah, murid-murid lain telah bersedia berada di tapak perhimpunan.Kawan baiknya Rashid merupakan pengawas sekolah ternampak Aminudin menuntun basikalnya ke tempat letak basikal. Rashid mengalih pandangannya seolah-olah tidak ternampak kelibat Aminuddin. Aminuddin terus berlari ke tapak perhimpunan tanpa mengunci basikalnya terlebih dahulu.Sedang semua murid menyanyikan lagu Negaraku, dia masih lagi berlari untuk masuk ke dalam barisan.Ketika hendak pulang ke rumah, dia mendapati bahawa basikalnya telah hilang.Dia telah diberi tumpang oleh rakannya Rashid untuk pulang ke rumah.

20

LATIHAN 12Tulis lima pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu tidak lebih daripada 50 patah perkataan . Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan. Setelah bersalaman dengan Mak Nah, Lina dan Tini menunggang basikal masing-masing ke sekolah. Mak Nah merenung tajam memerhatikan kedua-dua orang anaknya sehingga kelibat mereka hilang daripada pandangannya. Mak Nah sentiasa berdoa agar kedua-dua anaknya yang banyak membantunya itu beroleh kejayaan dan kebahagiaan. Lina dan Tini faham sangat akan bebanan yang ditanggung oleh ibu mereka sejak kematian bapa mereka dalam operasi menentang lanun di perairan Negara enam tahun yang lalu. Lina berusaha membantu meringankan bebanan ibunya dengan melakukan apa-apa sahaja yang terdaya olehnya. Lina mahu menjadi anak sulung yang bertanggungjawab. Kamu tak perlulah banyak sangat bekerja di kebun sayur kita itu. Ibu berasa kasihan melihat kamu. Kamu terlalu banyak berkorban untuk keluarga kita. Mulai sekarang, kamu tumpukan lebih perhatian terhadap pelajaran, kata Mak Nah kepada Lina pada pagi minggu itu.

20SKEMA JAWAPANLATIHAN 9 Rajin membantu ibu menyediakan sarapan Prihatin ayah penulis bertanyakan tentang pelajaran anak-anaknya Bekerjasama bergotong-royong membersihkan rumah Berdikari mencuci kasut sekolah sendiri Menjaga kesihatan penulis sekeluarga berjoging di taman rekreasi.

LATIHAN 10 Amanah tidak memasuki bilik orang lain Berdikari mengumpul duit sendiri untuk membeli telefon bimbit Bertanggungjawab memujuk adik menyimpan semula telefon bimbit kakak Berhemah tinggi segera meminta maaf daripada kakak Kasih sayang kakak memeluk adiknya yang telah meminta maaf

LATIHAN 11 Tidak membuang masa dengan menonton televisyen. Mestilah menghormati ibu bapa dengan bersalaman sebelum keluar rumah. Mestilah mementingkan kesihatan diri dengan bersarapan terlebih dahulu sebelum ke sekolah. Mematuhi peraturan dan undang-undang adalah tanggungjawab semua pengguna jalan raya. Menjalankan tugas dengan bertanggungjawab dan adil walau dengan rakan karib. Menjaga keselamatan harta benda sendiri.

LATIHAN 12 hormat kasih sayang bertanggungjawab rajin bekerja simpati rela berkorban

Sebarang nilai @ pengajaran yang sesuai boleh diterima