Latihan Badminton SPTS

download Latihan Badminton SPTS

of 64

  • date post

    27-Nov-2015
  • Category

    Documents

  • view

    82
  • download

    8

Embed Size (px)

description

badminton modul jurulatih

Transcript of Latihan Badminton SPTS

  • MEMANAH

    BADMINTON

  • BADMINTONSPTS

    Modul Latihan SPTS Untuk JurulatihSukan Prestasi Tinggi Sekolah - BADMINTON2 3

    BAB PERKARA MUKA SURAT 1. LATAR BELAKANG 1,1 Pendahuluan 1.1 Latar Belakang SPTS 1.2 Konsep Program 1.3 Objektif Jangka Pendek 1.4 Objektif Jangka Panjang 1.5 Pusat Latihan SPTS2 PENGENALAN DAN SEJARAH SUKAN BADMINTON 2.1 Sejarah Dan Perkembangan 2.2 Perkembangan Sukan Badminton di Malaysia3 UNDANG-UNDANG BADMINTON4 KECERGASAN FIZIKAL 4.1 Konsep Kecergasan 4.2 Kaedah Latihan 4.3 Prinsip Latihan 4.3 Aktiviti Memanaskan Badan 4.4 Aktiviti Gerak Kendur5 KEMAHIRAN ASAS BADMINTON 5.1 Kemahiran 5.1.1 Genggaman/Pegangan Asas 5.1.2 Servis 5.1.3 Pukulan Belakang Gelanggang (Lob) 5.1.4 Pukulan Lob Kilas (Backhand) 5.1.5 Pukulan Junam (Drop) 5.1.6 Pukulan Smash 5.1.7 Pukulan Di Jaring

    ISI KANDUNGAN

    5.1.8 Pukulan Tengah Gelanggang (Drive) 5.1.9 Pukulan Menghadang (Blok) 5.1.10 Pergerakan Asas Kaki (Footwork) 5.2 Latihan Kemahiran 5.2.1 Latih Tubi 5.2.2 Taktik dan Strategi Permainan6 PROGRAM LATIHAN 6.1 Program Latihan Tahunan 6.2 Program Latihan Mingguan 6.3 Program Latihan Harian7 PEMILIHAN ATLET 7.1 Program TID8 KECEDERAAN DAN PEMAKANAN

    Lampiran I Buku LogLampiran II Borang Prestasi PemainLampiran III Borang Kebenaran Ibu BapaLampiran IV Laporan Bulanan

    ISI KANDUNGAN

  • BADMINTONSPTS

    Modul Latihan SPTS Untuk JurulatihSukan Prestasi Tinggi Sekolah - BADMINTON4 5

    LATAR BELAKANG

    LATAR BELAKANG

    BAB 1 : LATAR BELAKANG

    1.1 PENDAHULUANSukan Prestasi Tinggi Sekolah (SPTS) merupakan Program pembangunan Sukan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Tujuan penubuhannya adalah bagi mengenalpasti bakat-bakat muda bagi sukan yang berprestasi tinggi diperingkat sekolah khususnya.

    1.2 LATAR BELAKANG SPTSPada 10 Julai 2007 kertas konsep SPTS telah dibentang kepada YB Men-teri Pelajaran Malaysia dan pada 31 Julai 2007. Kertas konsep SPTS ini tel-ah dibentang pada Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan (JKPS). Hasil pembentangan ini JKPS telah mengarahkan KPM dan Kemen-teriaan Belia dan Sukan (KBS) menyelaraskan senarai sukan SPTS. Pada 14 Ogos 2007 satu mesyuarat teknikal jawatan kuasa bersama di antara KPM yang diwakili JPJS dengan KBS yang diwakili oleh Majlis Su-kan Negara (MSN) telah diadakan. Hasil mesyuarat itu telah memutuskan bahawa sukan yang disenaraikan untuk SPTS adalah:

    Sepak Takraw Memanah

    Gimnastik Artistik Gimrama

    Hoki ( Lelaki & Perempuan) Olahraga

    Badminton Bola Sepak

    Pada 19 Disember 2007, sekali lagi Mesyuarat Teknikal Jawatankua-sa bersama di antara KPM dan KBS diadakan. Dalam mesyuarat ini telah diputuskan bahawa KPM melaksanakan sepenuhnya 3 jenis sukan iaitu Sepak Takraw, Memanah dan Bola Sepak mulai Januari 2008. Sepak Takraw dan memanah dijalankan di Pusat Latihan Daerah yang dilantik . manakala bola sepak akan dijalankan di Sekolah Sukan Bola Sepak Negeri. Pada 24 Jun 2009, satu lagi mesyuarat teknikal jawatan kua-sa akanbersama di antara KPM dan KBS diadakan. Mesyuar-at bersetuju untuk menambah 4 lagi jenis sukan Teras MSN yang akan dilaksanakan di bawah Pogram SPTS, KPM. Sukan tersebut ialah Badminton , Olahraga (Lelaki & Perempuan), Hoki, Gimnas-tik (Gimnastik Artistik dan Gimrama). Disamping itu sukan Bola Sepak akan diperluaskan ke Pusat latihan Daerah mulai tahun 2009.

    1.3 KONSEP PROGRAM Program SPTS adalah untuk melatih atlet muda yang berbakat di per-ingkat sekolah (berumur antara 6 tahun hingga 18 tahun) dalam jumlah yang ramai. KPM berharap dengan cara ini, pembentukan atlet atau pasu-kan remaja kebangsaan akan lebih mudah dilakukan . Atlet yang dikenal-pasti akan dilatih di Pusat Latihan Daerah (PLD). Setiap PLD yang terpilih akan menjalankan 1 jenis sukan SPTS. Jurulatih yang ditempatkan di PLD adalah terdiri daripada kalangan guru (DG). Jurulatih yang dilantik dipilih samada daripada sekolah PLD atau sekolah sekitar PLD.

    1.4 OBJEKTIF JANGKA PENDEKMelalui program SPTS ini Kementerian Pelajaran Malaysia berharap akan

  • BADMINTONSPTS

    Modul Latihan SPTS Untuk JurulatihSukan Prestasi Tinggi Sekolah - BADMINTON6 7

    LATAR BELAKANG

    Hanya JPN Wilayah Persekutuan Putrajaya yang tidak mempunyai SSN.

    3. Sekolah Sukan Malaysia (SSM)Terdapat 2 SSM iaitu Sekolah Sukan Bukit Jalil , Kuala Lumpur dan Sekolah Sukan Bandar Penawar , Johor.

    BAB 2 : PENGENALAN DAN SEJARAH SUKAN BADMINTON

    2.1. Sejarah dan Perkembangan. Badminton adalah salah satu sukan raket yang terpantas di dunia dan memerlukan tindakbalas yang cepat dan perlu mempunyai tahap kecergasan yang tinggi. Kelajuan bulu tangkis telah di catatkan melebihi 421 km/j di ke-johanan antarabangsa yang utama. Badminton dipercayai berasal dari India yang dikenali sebagai permainan poone (poona). Perkataan ini berasal dari-pada nama sebuah kota di India. Sementara di Eropah pula, sejenis permain-an yang menyerupai badminton tetapi disebut Battledore

    (SSM) bagi menjadi juara peringkat umur di kejohanan MSSM.3. Melahirkan jurulatih SPTS yang bertauliah dari kalangan guru.

    1.5 OBJEKTIF JANGKA PANJANGMelalui program SPTS ini Kementerian Pelajaran Malaysia berharap akan dapat :1. Melahirkan juara di peringkat muda dalam sukan (SPTS) hingga keper-ingkat Olimpik dan Dunia .2. Melahirkan juara sukan remaja di peringkat ASEAN ,Asia , Komanwel dan Dunia.3. Menjadi juara peringkat remaja sebelum menjadi Juara Senior . Sebagai contoh Sepak Takraw perlu menjadi johan sekolah ASEAN sebelum johan di sukan SEA .

    1.6 JENIS PUSAT LATIHAN SPTS1. Pusat Latihan Daerah (PLD).PLD dilantik daripada sekolah harian. Ia dikenalpasti oleh Pejabat Pelaja-ran Daerah(PPD). Sekolah yang dikenal pasti perlu ada kemudahan sukan, pasarana dan jurulatih mengikut jenis sukan SPTS. PLD yang telah dikenal pasti dipanjangkan ke Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) untuk pengesahan. JPN memanjangkan ke Bahagian Sukan Seni Dan Kokurikulum (BSSK), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk perlantikan.2. Sekolah Sukan Negeri (SSN)Mulai tahun 2009 terdapat 15 buah SSN di setiap negeri telah ditubuhkan.

  • BADMINTONSPTS

    Modul Latihan SPTS Untuk JurulatihSukan Prestasi Tinggi Sekolah - BADMINTON8 9

    Pada tahun 1870, Duke of Beauford telah menyaksikan sejenis permainan menggunakan raket dan bulu tangkis di sebuah tempat bernama Badmin-ton. Beliau amat tertarik dengan permainan itu dan bersetuju menamakan sebagai permainan badminton sempena nama tempat permainan itu di temui.

    Undang-undang pertama telah ditulis di Poona, India pada 1873. Pada masa itu, badminton lebih dimainkan sebagai permainan luar (out-door). Pada 1893, 14 kelab di England mengadakan perjumpaan untuk menyiapkan satu draf set undang-undang yang seragam. Badminton di-mainkan dalam gelanggang yang berbentuk pasir (hour glass) selepas ta-hun 1900. Tetapi pada tahun 1901, satu set undang-undang seragam telah didrafkan dan badminton telah dimainkan di atas gelanggang segiempat sehingga ke hari ini.

    KURIKULUM-SUKATAN LATIHAN

    2.2 Perkembangan Sukan Badminton Di Malaysia Badminton telah dimainkan di Malaysia seawal 1809 dan dimain-kan buat pertama kali di Pulau Pinang oleh pegawai dari Syarikat East In-dia di Suffolk House, kediaman bagi Captain Francis Light. Kesan sejarah ini masih boleh dilihat di Methodist Boys School di Ayer Hitam. Gambar permainan ini dimainkan oleh orang perempuan dan juga pegawai British boleh dilihat di Muzium Pulau Pinang.

    Pada tahun 1925, Persatuan Badminton Pulau Pinang telah ditu-buhkan. Sekaligus menubuhkan organisasi sukan pertama di negara ini. Pada 11 November 1934, Persatuan Badminton Malaya telah ditubuhkan. Presiden pertamanya ialah J.L Woods dari Perak. Seorang dermawan, Foong Seng kemudian telah menaja pertandingan piala antara negeri ber-pasukan untuk lelaki. Pada 1937, pertandingan Foong Seong Cup telah di-mainkan di Perak dan Pulau Pinang merupakan juara pertama kejohanan

    KURIKULUM-SUKATAN LATIHAN

  • BADMINTONSPTS

    Modul Latihan SPTS Untuk JurulatihSukan Prestasi Tinggi Sekolah - BADMINTON10 11

    itu. Persatuan Badminton Malaya kemudian menyertai Persekutuan Bad-minton Antarabangsa pada 1937. Pada tahun 1941, Chee Choon Kheng telah menjadi pemain Ma-laya pertama untuk memenangi All India Championship. Pada 1948-1949, Malaya telah menjuarai Thomas Cup yang baru diperkenalkan dan Ooi Teik Hock dan Teoh Seng Khoon merupakan pemain Malaysia pertama memenangi pertandingan All England. Pada masa itu juga, peraturan un-tuk Piala Foong Seong telah diubah untuk menyeragamkannya dengan Pi-ala Thomas. Setelah itu pemain Malaysia semakin menyerlah di peringkat antarabangsa.

    BAB 3 : UNDANG-UNDANG BADMINTON

    3.1 Gelanggang Ukuran untuk garisan adalah selebar 40mm (1.5). Tinggi jaring ada lah 1.55m (5 1) di tiang dan 1.524m (5) di tengah-tengah gelang gang. Untuk perseorangan dan beregu, kawasan garisan servis pendek dikira luar semasa servis. Dalam beregu, kawasan antara garisan belakang dan garisan servis beregu adalah luar semasa servis. Dalam beregu, kawasan gelanggang 6.10m x 13.40m (20 x 44) adalah digunakan manakala perseorangan ialah 5.18m x 13.40m (17 x 44)

    KURIKULUM-SUKATAN LATIHAN

    Memulakan Permainan

    Bagi memulakan permainan, undian toss perlu dibuat terlebih dahulu dengan menggunakan bulutangkis atau syiling. Pemenang boleh memilih untuk memulakan servis, menerima servis atau memilih petak gelang-gang.

    3.3 Pengiraan Mata

    Menggunakan sIstem 21 mata (rally point system best of three) yangdiiktiraf oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

    KURIKULUM-SUKATAN LATIHAN

  • BADMINTONSPTS

    Modul Latihan SPTS Untuk Jurulat