LATIHAN BAHAGIAN C

4
Penulisan C Membina Ulasan

description

BM

Transcript of LATIHAN BAHAGIAN C

Penulisan C

Penulisan CMembina Ulasan

Selepas bersarapan pagi, Hakim memohon keizinan ibunya untuk ke rumah Siva. Dia tidak sabar hendak mengetahui keadaan Siva. Sudah dua hari Siva tidak ke sekolah kerana demam. Hakim menunggang basikalnya dengan cermat melalui jalan dan lorong di kawasan perumahan. Di pertengahan jalan, Hakim singgah di warung Mak Siti. Dia membeli beberapa jenis kuih sebagai buah tangan. Tiba-tiba dia ternampak Kok Leong dan ayahnya sedang bersarapan di warung itu. Hakim mengajak Kok Leong ke rumah Siva. Setelah mendapat kebenaran ayahnya, Kok Leong membonceng basikal Hakim menuju ke rumah Siva. Sesampai sahaja di rumah Siva, ibu Siva menjemput mereka masuk.. Selain bertanya khabar, Hakim dan Kok Leong memberitahui Siva mengenai perkembangan di sekolah dan tugasan-tugasan yang diberi oleh guru mereka. Sebelum tengah hari mereka pun pulang .

3

BilAmalan baikNilai / Pengajaran1memohon keizinan ibu menghormati / taat 2hendak mengetahui keadaan Siva prihatin3menunggang basikal berdikari / berhati-hati4membeli kuih sebagai buah tanganberbudi bahasa / murah hati5mengajak Kok Leong ke rumah Siva setia kawan6mendapat kebenaran ayah Menghormati7bertanya khabar Prihatin8memberitahu perkembangan sekolahPrihatin9pulang sebelum tangah hari

Jawapan Antara nilai murni yang terdapat dalam petikan adalah sikap hormat terhadap ibu seperti Hakim terlebih dahulu memohon keizinan dari ibunya sebelum pergi ke rumah Siva. Selain dari itu, nilai murni simpati terhadap rakan yang sakit. seperti sikap Hakim yang mahu menziarahi rakannya Siva. Seterusnya nilai murni murah hati apabila Hakim yang telah membeli kuih sebagai buah tangan untuk Siva. Di samping itu, nilai semangat setia kawan apabila Hakim telah mengajak Kok Leong ke rumah Siva. Akhir sekali nilai prihatin seperti Hakim memberitahu perkembangan sekolah kepada Siva.