LATIHAN BAHAGIAN C

4
BAHAGIAN C Tulis beberapa nilai yang boleh kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang karangan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan.

description

membuat ulasan

Transcript of LATIHAN BAHAGIAN C

Page 1: LATIHAN BAHAGIAN C

BAHAGIAN C

Tulis beberapa nilai yang boleh kamu dapati daripada petikan di

bawah.

Panjang karangan kamu mestilah tidak lebih daripada 50

patah perkataan. Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan.

Page 2: LATIHAN BAHAGIAN C

Furqan berjalan kaki ke kedai runcit berhampiran dengan rumahnya untuk membeli barang yang dipesan oleh ibunya. Dia berjalan dengan perlahan-lahan dan berhati-hati kerana laluan di hadapan rumahnya agak sibuk dan banyak kereta yang lalu lalang. Sampai di tepi jalan besar, Furqan berhenti seketika sambil melihat ke kiri, ke kanan dan ke kiri semula sebelum melintas jalan.

Dia pun melintas dengan selamat. Semasa dia berjalan ke kedai runcit itu, tiba-tiba dia tersepak batu. Rupa-rupanya dia tersepak sebuah dompet. Dia pun mengambil dompet itu dan memeriksa kandungannya. Alangkah terkejutnya apabila mendapti banyak wang kertas di dalamnya. Hatinya mula berdebar-debar dan dia memandang sekelilingnya untuk melihat kalau-kalau ada sesiapa di situ.

Tanpa berfikir panjang, Furqan terus membawa dompet itu dan menuju ke kedai runcit. Sebaik-baik sahaja tiba di kedai itu, Furqan terus menyerahkan dompet itu kepada Pak Cik Mael. Pak Cik Mael mengucapkan terima kasih kepada Furqan dan berjanji akan menyimpan dompet itu dengan baik sebelum pemiliknya datang menuntutnya. Furqan membeli barang-barang yang dipesan oleh ibunya dan terus pulang ke rumah.

Page 3: LATIHAN BAHAGIAN C

Page 4: LATIHAN BAHAGIAN C

NILAI-NILAI MURNI

Baik hati Berdikari Menjaga keselamatan Mematuhi peraturan Hemah tinggi Jujur Amanah Taat Menghargai masa