Latihan Gerak TD 2

12
TAHAP DUA Pengetahuan Dasar Pernafasan Tenaga Dalam / Proses Pernafasan / Teknik Pernafasan Tenaga Dalam / Teknik Pernafasan Dada / Teknik Pernafasan Perut / Teknik Pernafasan Diafragma / Pola Pernafasan Tenaga Dalam / Pola Pernafasan Segitiga Samasisi / Pola Pernafasan Segitiga Tidak Samasisi / Latihan Pernafasan Tenaga Dalam / Panduan Latihan / Tempat Latihan / Masa Latihan / Larangan / Cara Melakukan Latihan Pernafasan Tenaga Dalam Kekuatan tenaga dalam dapat dikategorikan sebagai TENAGA POTENSIAL, yakni tenaga yang tersimpan dalam suatu benda diam. Tenaga itu baru akan muncul apabila benda yang menyimpannya diaktifkan. Misalnya sebuah getah/blader, jika ia ditarik atau ditekan selalu akan kembali pada posisinya semula. kekuatan untuk kembali ke posisinya semula itu merupakan tenaga simpanan atau tenaga potensial. Begitu pula dengan sebuah alat pelanting (lastik), apabila kita tarik, kemudian kita lepaskan mampu melontarkan sebuah batu kerikil yang boleh memecahkan kaca jendela. Setiap manusia dalam kesatuan fizikal dan jiwanya, merupakan benda yang menyimpan tenaga potensial. Tenaga potensial manusia yang tersimpan dalam kesatuan fizikal dan jiwanya itu dapat dibangkitkan melalui suatu proses pengolahan atau penekanan tertentu. Tenaga potensial itu dapat dibangkitkan sekurang-kurangnya melalui tiga saluran/perwujudan Chi iaitu : fizikal yang menghasilkan tenaga otot, perasaan yang menghasilkan tenaga emosi dan fikiran yang menghasilkan tenaga kehendak atau daya cipta. Dan hebatnya, manusia sebagai sumber tenaga potensial memiliki banyak kelebihan dibandingkan dengan sumber-sumber tenaga potensial yang lainnya. Kerana tidak hanya tenaga yang dimilikinya lebih besar, manusia dapat berhubungan langsung dengan sumber daya hidup atau sumber Chi. Kemudian menghisap sebanyak-banyaknya daya hidup atau Chi itu daripadanya untuk dihimpun di dalam dirinya (:tempat untuk menghimpun daya hidup disebut CAKRA). Dengan demikian maka tenaga potensial yang boleh dilontarkan oleh manusia menjadi berlipat kali ganda. Dalam latihan ini kita hanya akan menghadkan pada teknik membangkitkan tenaga potensial melalui saluran perasaan, yang akan menghasilkan tenaga emosi atau kekuatan tenaga dalam. Ada bermacam-macam cara untuk membangkitkan kekuatan tenaga dalam, antara lain adalah dengan : latihan pernafasan, berpuasa, berdzikir, menglafaz mantera/jampi, atau dengan cara menggabungkan pernafasan -puasa-dzikir dan jampi. Cara yang paling popular dan lebih dapat dipertanggungjawabkan secara rasional ialah membangkitkan kekuatan tenaga dalam dengan latihan pernafasan tanpa puasa, dzikir mahupun jampi serapah. Di samping itu, latihan pernafasan juga tidak banyak mengandung konotasi mistis-magis. Membangkitkan kekuatan tenaga dalam

description

Tenaga Dalam

Transcript of Latihan Gerak TD 2

Page 1: Latihan Gerak TD 2

TAHAP DUAPengetahuan Dasar Pernafasan Tenaga Dalam / Proses Pernafasan /Teknik Pernafasan Tenaga Dalam / Teknik Pernafasan Dada / TeknikPernafasan Perut / Teknik Pernafasan Diafragma / Pola Pernafasan

Tenaga Dalam / Pola Pernafasan Segitiga Samasisi / Pola PernafasanSegitiga Tidak Samasisi / Latihan Pernafasan Tenaga Dalam /

Panduan Latihan / Tempat Latihan / Masa Latihan / Larangan / CaraMelakukan Latihan Pernafasan Tenaga Dalam

Kekuatan tenaga dalam dapat dikategorikan sebagai TENAGA POTENSIAL,yakni tenaga yang tersimpan dalam suatu benda diam. Tenaga itu baru akanmuncul apabila benda yang menyimpannya diaktifkan. Misalnya sebuahgetah/blader, jika ia ditarik atau ditekan selalu akan kembali pada posisinyasemula. kekuatan untuk kembali ke posisinya semula itu merupakan tenagasimpanan atau tenaga potensial. Begitu pula dengan sebuah alat pelanting(lastik), apabila kita tarik, kemudian kita lepaskan mampu melontarkan sebuahbatu kerikil yang boleh memecahkan kaca jendela.

Setiap manusia dalam kesatuan fizikal dan jiwanya, merupakan benda yangmenyimpan tenaga potensial. Tenaga potensial manusia yang tersimpan dalamkesatuan fizikal dan jiwanya itu dapat dibangkitkan melalui suatu prosespengolahan atau penekanan tertentu. Tenaga potensial itu dapat dibangkitkansekurang-kurangnya melalui tiga saluran/perwujudan Chi iaitu : fizikal yangmenghasilkan tenaga otot, perasaan yang menghasilkan tenaga emosi danfikiran yang menghasilkan tenaga kehendak atau daya cipta. Dan hebatnya,manusia sebagai sumber tenaga potensial memiliki banyak kelebihandibandingkan dengan sumber-sumber tenaga potensial yang lainnya. Keranatidak hanya tenaga yang dimilikinya lebih besar, manusia dapat berhubunganlangsung dengan sumber daya hidup atau sumber Chi. Kemudian menghisapsebanyak-banyaknya daya hidup atau Chi itu daripadanya untuk dihimpun didalam dirinya (:tempat untuk menghimpun daya hidup disebut CAKRA).Dengan demikian maka tenaga potensial yang boleh dilontarkan oleh manusiamenjadi berlipat kali ganda.

Dalam latihan ini kita hanya akan menghadkan pada teknik membangkitkantenaga potensial melalui saluran perasaan, yang akan menghasilkan tenagaemosi atau kekuatan tenaga dalam. Ada bermacam-macam cara untukmembangkitkan kekuatan tenaga dalam, antara lain adalah dengan : latihanpernafasan, berpuasa, berdzikir, menglafaz mantera/jampi, atau dengan caramenggabungkan pernafasan -puasa-dzikir dan jampi. Cara yang paling populardan lebih dapat dipertanggungjawabkan secara rasional ialah membangkitkankekuatan tenaga dalam dengan latihan pernafasan tanpa puasa, dzikirmahupun jampi serapah. Di samping itu, latihan pernafasan juga tidak banyakmengandung konotasi mistis-magis. Membangkitkan kekuatan tenaga dalam

Page 2: Latihan Gerak TD 2

dengan pernafasan bahkan juga boleh meningkatkan kesihatan dankecergasan.

Kecuali untuk mereka yang ingin belajar sendiri, sesi latihan ini dipersiapkanagar dapat dipelajari oleh sesiapa sahaja tanpa harus memaksakan agama dankepercayaan masing-masing. Oleh kerana itulah maka cara membangkitkantenaga dalam dengan pernafasan tanpa puasa, dzikir dan melafaz jampi,menjadi pilihan yang paling tepat untuk disajikan dalam latihan ini. Puasa, dzikirdan mantera, sebenarnya hanyalah merupakan sarana penunjang. Yangterpenting dan pertama sekali harus dilakukan ialah, melatih kesedaran akanadanya suatu kekuatan daya hidup yang dikurniakan oleh Tuhan kepadamanusia dalam bentuk unsur-unsur hidup, sifat-sifat hidup dan lain sebagainya,yang kesemuanya itu melalui suatu imej ditingkatkan keberadaannya. Jika halitu sudah terlatih dengan baik maka apa sahaja yang telah dicipta (kehendak),dirasa (dibatin) dan dilakukan dengan rasa-nya, secara automatis akan menjadidoa, menjadi mantera/jampi dan menimbulkan suatu daya atau kekuatan.

A. PENGETAHUAN DASAR PERNAFASAN TENAGA DALAM

Untuk memperoleh tenaga otot orang perlu makan dan makanan tersebutterlebih dahulu harus dioksidasi dengan oksigen yang berasal dari udaradi sekeliling kita. Proses oksidasi makanan terjadi di dalam sel tubuh, danakan menghasilkan tenaga yang akan digunakan untuk memanaskantubuh, kerja otot dan kegiatan alat-alat tubuh lainnya. Selain menghasilkantenaga, proses oksidasi ini juga menghasilkan air dan karbon dioksidasebagai zat-zat sisa yang akan dikeluarkan dari dalam tubuh.

Untuk keperluan oksidasi tersebut orang cukup melakukan pernafasanbiasa, seperti yang dilakukan oleh makhluk-nakhluk darat yang lain. Akantetapi untuk memperoleh tenaga emosi/kekuatan tenaga dalam, orangharus melakukan suatu pernafasan yang tidak biasa yang juga disebutpernafasan tenaga dalam. Sebelum lebih banyak kita berbicara tentanglatihan pernafasan tenaga dalam, pengetahuan-pengetahuan di bawah iniharus difahami.

1. Proses Pernafasan

Alat-alat pernafasan manusia berfungsi memasukkan udara yangmengandungi oksigen dan mengeluarkan udara yang mengandungikarbon dioksida dan wap air. Saluran pernafasan terdiri atas: ronggahidung/mulut, pangkal tenggorokan (laring), tenggorokan (trakea) danparu-paru (pulmo) yang terletak di dalam rongga dada. Rongga dadadibatasi oleh tulang rusuk dan diafragma. Diafragma merupakansekat yang membatasi rongga dada dengan rongga perut, posisinyamelengkung ke atas dan sifatnya elastis (lihat gambar).

Page 3: Latihan Gerak TD 2

Gambar: Organ Saluran Pernafasan

Bernafas meliputi tiga proses, iaitu: menarik/menghirup nafas,menahan nafas dan mengeluarkan/menghembuskan nafas. Keluar-masuknya udara dari dan ke dalam paru-paru disebabkan keranaperubahan volume dari rongga dada. Mengembang dan mengecilnyarongga dada disebabkan kerana berkontraksinya dan mengendurnyaotot diafragma dan otot-otot tulang rusuk yang juga dibantu olehkontraksi otot perut.

Pada waktu menarik nafas, otot diafragma berkontraksi. Padamulanya kedududkan diafragma melengkung ke atas sekarangmenjadi lurus atau mendatar sehingga rongga dada menjadimengembang. Hal ini disebut pernafasan perut. Bersamaan dengankontraksi otot diafragma, otot-otot tulang rusuk juga berkontraksisehingga rongga dada mengembang. Hal ini disebut pernafasandada.

Akibat mengembangnya rongga dada, maka tekanan dalam ronggadada menjadi berkurang, sehingga udara dari luar masuk melaluihidung selanjutnya melalui saluran pernafasan akhirnya udara masukke dalam paru-paru yang ditandai dengan mengembangnya paru-paru.

Sebaliknya, pengeluaran nafas disebabkan kerana melemasnya ototdiafragma dan otot-otot tulang rusuk dan juga dibantu denganberkontraksinya otot perut. Diafragma kembali menjadi melengkungke atas, tulang-tulang rusuk turun ke bawah dan bergerak ke arahdalam. Akibatnya rongga dada mengecil dan tekanan dalam ronggadada itu naik. Dengan naiknya tekanan dalam rongga dada, makaudara dari dalam paru-paru keluar melalui saluran pernafasan danakhirnya keluar dari rongga hidung/mulut.

Page 4: Latihan Gerak TD 2

Sedangkan menahan nafas merupakan keadaan di mana kitamempertahankan paru-paru (beberapa saat) dalam keadaan penuhdengan udara atau sebaliknya sama sekali tanpa udara. Sama adamenghirup/menghisap, menahan mahupun menghembuskan nafas,mempunyai kegunaan yang berbeza-beza di dalam ilmu tenagadalam. Mengenai hal ini akan diterangkan dalam Tahap Tiga kelak.

2. Teknik Pernafasan Tenaga Dalam

Pada dasarnya teknik pernafasan tenaga dalam itu dibahagi menjaditiga, iaitu:

a. Teknik Pernafasan Dadab. Teknik Pernafasan Perut, danc. Teknik Pernafasan Diafragma.

Di dalam praktik ada aliran perguruan tenaga dalam yang hanyamemberikan teknik pernafasan dada sahaja, teknik pernafasan perutsahaja, teknik pernafasan diafragma sahaja, atau ketiga-tiganyasekaligus. Apabila orang melatih tenaga dalam dengan teknikpernafasan dada, maka sentral/pusat getar dari kekuatan tenagadalamnya kelak akan berpusat di dalam dada. Begitu pula jika kitamelatihnya dengan teknik pernafasan perut, pusat getar darikekuatan tenaga dalam kita akan terpusat pada perut. Dan apabilakita melatihnya dengan teknik pernafasan diafragma, maka pusatgetar kekuatan tenaga dalam kita akan berpusat pada perut dandada. Di dalam latihan ini, ketiga teknik pernafasan tersebut akandilatih secara khusus satu demi satu.

a. Teknik Pernafasan Dada

Teknik pernafasan dada ini dilakukan apabila pada waktu menariknafas ke dalam paru-paru dan menghembuskan nafas dari dalamparu-paru, yang berkontraksi (dikembang-kempiskan) hanya ototdifragma, otot-otot rusuk dan rongga dada. Pada teknik ini otot-otot perut sama sekali tidak ikut berkontraksi (perhatikan gambardi bawah):

Pernafaasan Dada

Page 5: Latihan Gerak TD 2

b. Teknik Pernafasan Perut

Teknik pernafasan perut ini kebalikan dengan teknik pernafasandada. Teknik pernafasan ini dilakukan apabila pada waktumenarik nafas dan mengeluarkan nafas, ke dalam dan dari paru-paru, hanya otot-otot perut yang berkontraksi. Sedangkan otot-otot rusuk, diafragma dan rongga dada sama sekali tidak ikutberkontraksi ( = tidak ikut mengembang dan mengempis).Untuk membezakan antara teknik pernafasan dada dan teknikpernafasan perut, cubalah anda berdiri dan ambillah nafas dalam-dalam kemudian tekan pernafasan anda ke bawah pusar.Tahanlah beberapa saat di sana dan cubalah untuk berkata-kata.Apabila kata-kata anda boleh terdengar dengan cukup jelas tanpaharus mengubah posisi kontraksi otot-otot perut, bererti andatelah melakukan pernafasan perut dengan betul.

Perhatikan ilustrasi di bawah ini:

Gambar: Pernafasan Perut

c. Teknik Pernafasan Diafragma

Teknik pernafasan diafragma ini merupakan kombinasi antarapernafasan perut dan pernafasan dada. Pada waktu menarik danmengeluarkan nafas ke dalam dan dari paru-paru, sama adadiafragma, otot-otot rusuk, rongga dada mahupun otot-otot perutberkontraksi secara bersama-sama. Jika kita rasakan seolah-olahudara tidak hanya masuk ke dalam paru-paru tetapi juga ke dalamperut.

Perhatikan ilustrasi di bawah ini:

Page 6: Latihan Gerak TD 2

Pernafasan Diafragma

3. Pola Pernafasan Tenaga Dalam

Teknik-teknik pernafasan di atas ( : teknik pernafasan dada, perutdan diafragma), harus dilakukan dengan pola pernafasan yang sudahditentukan. Pada prinsipnya pola pernafasan itu ada dua jenis, iaitu :Pola Pernafasan Segitiga Samasisi dan Pola Pernafasan SegitigaTidak Samasisi. Kedua pola pernafasan tersebut mempunyaikegunaan dan tujuan yang berbeza. Pola pernafasan SegitigaSamasisi digunakan untuk keperluan bermeditasi, sedangkan polapernafasan Segitiga Tidak Samasisi untuk menghimpun/mengumpuldan membangkitkan kekuatan tenaga dalam.

Akan tetapi di dalam praktik, ada perguruan tenaga dalam yangmenggunakan pola pernafasan segitiga samasisi untukmembangkitkan kekuatan tenaga dalam. Hasilnya tentu sahajakurang memuaskan. Dan hal itulah barangkali yang menyebabkankenapa kekuatan tenaga dalam antara perguruan yang satu berbezadengan yang lain.

a. Pola Pernafasan Segitiga Samasisi

Yang dimaksudkan dengan pola pernafasan segitiga samasisiiaitu suatu pola bernafas yang mengandung muatan masa/kiraanyang sama antara menghirup, menahan, dan menghembuskannafas. Apabila pada saat menghirup nafas menggunakan masaatau kiraan selama 10 saat, menahan nafas harus dilakukanselama 10 saat dan begitu pula pada masa menghembuskannafas. Proses menghirup nafas harus dilakukan dengan melaluihidung, menahan nafas (boleh di: dada, perut atau diafragma),dan menghembuskan nafas juga harus melalui hidung. Polapernafasan Segitiga Samasisi tersebut dapat digambarkandengan ilustrasi seperti di bawah :

Page 7: Latihan Gerak TD 2

Gambar: Pola Pernafasan Segitiga Samasisi

Waktu yang digunakan untuk menghirup, menahan, danmengeluarkan nafas, tidak boleh langsung ke 10 saat. tetapiharus ditingkatkan setahap demi setahap, mulai dari saat yangpertama. Begitu pula pada waktu akan mengakhiri pernafasanjuga harus diturunkan sesaat demi sesaat. Pola pernafasanSegitiga Samasisi ini digunakan untuk bermeditasi bukan untukmembangkitkan kekuatan tenaga dalam dan oleh kerana itu makatidak akan diajar dalam latihan ini.

b. Pola Pernafasan Segitiga Tidak Samasisi

Pola pernafasan Segitiga Tidak Samasisi, iaitu suatu polabernafas yang juga terdiri dari proses menghirup, menahan, danmenghembuskan nafas, namun muatan masa/kiraan yangdigunakan untuk ketiga proses ( : menghirup, menahan danmenghembuskan) tersebut tidak sama. Oleh kerana polapernafasan ini digunakan untuk membangkitkan kekuatan tenagadalam pada tenaga getar ( : pusat tenaga atau Cakra), makapenekanan adalah pada lamanya menahan nafas. Peningkatankiraan hanya dibenarkan dalam proses menahan nafas,sedangkan proses menghirup dan menghembuskan nafas -- tidak.Lamanya menghirup nafas dan mengeluarkan nafas akandisesuaikan secara automatik pada lamanya menahan nafas.

Page 8: Latihan Gerak TD 2

Perhatikan ilustrasi berikut:

Gambar: Pola Pernafasan Segitiga Tidak Samasisi

Lamanya menahan nafas pada pola pernafasan tersebut tidakboleh dikira langsung ke kiraan/saat yang ke-10. Melainkan harusditingkatkan setahap demi setahap, mulai dari kiraan/saat yangpertama. Begitu pula setelah sampai pada kiraan yang tinggi dankita sudah tidak kuat untuk meningkatkannya lagi, kita harusmenurunkan juga sesaat demi sesaat. Hal ini dimaksudkan agarparu-paru dan jantung tidak mendapat beban kerja secaramendadak. Jika latihan tadi dilakukan secara konsisten, besarsekali pengaruhnya bagi kesihatan kedua organ vital tersebut.

Catatan :

Menghirup nafas dan menghembuskan nafas, sama ada padapola pernafasan Segitiga Samasisi mahupun Tidak Samasisiharus dilakukan dengan melalui hidung. Begitu pula pada waktumenggira/menghitung lamanya menghirup, menahan danmenghembuskan nafas harus dilakukan dengan dibatin (dalamhati), tidak boleh diucapkan dengan kata-kata. Hal inidimaksudkan agar tidak terjadi kontraksi otot pada waktumelakukan pernafasan, kerana gerakan sekecil apapun (kecualirongga hidung dan otot-otot yang menyokong proses pernafasanyang terdapat di bahagian dada dan perut) akan mengurangitingkat efektivitas/keberkesanan pernafasan. Khususnyapernafasan untuk membangkitkan tenaga dalam.

B. LATIHAN PERNAFASAN TENAGA DALAM

Latihan pernafasan tenaga dalam yang akan diajarkan di dalam sesilatihan ini meliputi : teknik pernafasan dada, teknik pernafasan perut dan

Page 9: Latihan Gerak TD 2

teknik pernafasan diafragma. Ketiga-tiga teknik pernafasan tersebutdilakukan secara berurutan, dengan menggunakan pola pernafasanSegitiga Tidak Samasisi.

1. Panduan Latihan

Panduan-panduan latihan di bawah ini harus anda perhatikan, agaranda dapat melakukan pernafasan dengan benar, efektif dan dapatmemberi pengaruh positif bagi kesihatan fizikal mahupun mentalanda.

a. Latihan pernafasan tenaga dalam yang akan diberikan dalam sesilatihan ini harus dilakukan setelah terlebih dahulu andamelakukan gerakan-gerakan pemanasan. paling ideal jikadilakukan setelah melakukan latihan dasar-dasar pertahanan diritenaga dalam.

b. Tempat Latihan

Latihan harus dilakukan di tempat yang terbuka, tidak tercemaroleh pencemaran udara dan jauh dari kesibukan. Latihan dapatpula dilakukan di tempat tertutup asalkan banyak udara yangboleh masuk.

Latihan harus dilakukan di atas tanah atau lantai dan tidakdiperkenankan menggunakan sebarang alas. Lebih baik jika andamelakukan dengan tanpa menggenakan baju (misalnya, cukupmemakai seluar pendek), sehingga dengan demikian badan andaakan berhubungan langsung dengan udara dan tanah/lantai.

c. Masa Latihan :

Pagi :- ( 07.00 pagi sehingga 09.00 pagi )

Petang :- ( 03.00 petang sehingga 05.00 petang )

Malam :- (10.00 malam sehingga 03.30 subuh )

d. Larangan :

Latihan tidak boleh dilakukan dalam keadaan perut kenyang atausebaliknya dalam keadaan perut kosong sama sekali. Kerana halini dapat menimbulkan gangguan pada saluran pencernaan.

Latihan tidak boleh dilakukan di luar waktu-waktu yang telahditentukan di atas, kerana boleh memberi efek/pengaruh yangtidak baik bagi kesihatan fizikal dan mental.

Latihan tidak boleh dilakukan pada waktu cuaca buruk, misalnyapada saat matahari terik, saat mendung, hujan dan banyak guruh.

Pada waktu melakukan latihan, semua indera anda akan menjadisangat sensitif. Jangan sampai anda disentuh atau digangguorang lain, kerana boleh menimbulkan gangguan pada sistemsaraf anda. Maka jika anda melakukan latihan di tempat terbukasebaiknya ditunggui oleh orang lain. Dan jika melakukan latihan didalam ruangan/bilik sebaiknya ruangan itu dikunci.

Page 10: Latihan Gerak TD 2

Pada waktu melakukan pernafasan dilarang "kentut", membukamata, menggerakkan anggota tubuh dan menghirup ataumengeluarkan nafas ebelum sampai pada waktunya. Jikalarangan-larangan itu anda abaikan, maka tenaga dalam andaakan "bocor" dan latihan pernafasan anda menjadi tidak efektif.

Bagi mereka yang memiliki penyakit jantung sebaiknyaberjumpalah dulu dengan doktor, sebelum melakukan pernafasantenaga dalam.

2. Cara Melakukan Latihan Pernafasan Tenaga Dalam

Lakukan latihan pernafasan tenaga dalam secara berurutan sesuaidengan urutan gambar-peragaan dan keterangan-keterangan di bawah ini:

a). Berbaringlah di atas lantai, tanpa alas dan tanpa bantal. Letakkankedua belah tangan anda lurus dengan kaki, dengan telapak tanganmenghadap ke atas. Pusatkan konsentrasi, singkirkan untuksementara semua keruwetan dan tekanan hidup dari fikiran mahupunperasaan anda. Aturlah pernafasan anda se-selesa mungkinsehingga anda dapat melakukan sikap yang pertama ini tanpatekanan apapun.

b). Pejamkan mata (ringan-ringan sahaja), kemudian berdoalah kepadaTuhan untuk meminta kekuatan lahir dan batin. Doa boleh dengancukup di batin (diucapkan dalam hati) atau diucapkan dengan kata-kata.

c). Sekarang mulailah mengambil nafas melalui hidung, tahan di dadaselama 1 kiraan ( : 1 saat). Kemudian keluarkan perlahan-lahan jugamelalui hidung. Langsung ambil nafas lagi melalui hidung, tahan didada selama 2 kiraan. Kemudian keluarkan perlahan-lahan melaluihidung. lakukan pernafasan tersebut dengan meningkatkan kiraannyasatu demi satu hingga mencapai pada kiraan yang tidakterbatas/terhad. Setelah mencapai pada suatu kiraan tertentu dananda merasa sudah terlalu berat, maka turunkan kembali pernafasansatu demi satu dari atas hingga sampai pada kiraan satu.

Berbaring dengan se-rileks mungkin, semua keteganganfizikal mahupun mental harus dilepaskan/dikendurkan.

Posisi tangan dan kaki harus ditempatkan secara automatik.

Page 11: Latihan Gerak TD 2

Meningkatkan kiraan dan menurunkan kiraan harusdilakukan setahap demi setahap, tidak boleh sekaligus.

Pada saat menghirup nafas, anda harus merasakan seolah-olahmenghisap daya hidup atau Chi dari alam. Pada saat menahannafas, anda harus merasakan seolah-olah daya hidup yang telahdiserap itu terhimpun di dalam dada. Dan semasa mengeluarkannafas, anda harus merasakan seolah-olah daya hidup itu andasebarkan ke seluruh bahagian tubuh anda. Rasakan adanya suatusensasi dari perasaan yang teramat nyaman di segenap tubuh anda,yang seolah-olah mengalir bersama dengan hembusan nafas yangkeluar dari dalam hidung.

d). Setelah selesai menurunkan kiraan pernafasan hingga ke kiraan 1,sekarang ambil nafas lagi melalui hidung, tekan dan tahanpernafasan itu di bawah pusar/pusat selama 1 kiraan. Kemudiankeluarkan perlahan-lahan juga melalui hidung, langsung ambil nafaslagi melalui hidung, tekan dan tahan di bawah pusar selama 2 kiraankemudian dikeluarkan. Begitu seterusnya dengan meningkatkankiraan seperti pada waktu melakukan pernafasan dada tersebut diatas.

Pada waktu menghirup nafas, anda juga harus merasakan seolah-olah menghirup daya hidup atau Chi dari alam bebas. Namun padawaktu menahan nafas daya hidup atau Chi yang telah anda seraptidak dihimpun di dalam dada melainkan di dalam perut (tepatnyakira-kira 10 cm di bawah pusar). Pada waktu mengeluarkan nafas,daya hidup harus dirasakan mengalir ke segenap bahagian tubuhanda.

e). Sesudah pernafasan perut selesai, lakukan dengan cara yang samauntuk pernafasan diafragma.

Page 12: Latihan Gerak TD 2

f). Dan setelah melakukan pernafasan diafragma, latihan pernafasantenaga dalam ini dapat diakhiri dengan bersyukur kepada Tuhan lalumeraupkan kedua telapak tangan ke muka. Bersamaan dengan itu,anda harus membuka mata perlahan-lahan, yang bererti semuarangkaian latihan pernafasan anda sudah selesai.

Dengan melakukan teknik pernafasan dada, perut dan teknik pernafasandiafragma tersebut maka di samping pintu gerbang sumber kekuatantenaga dalam anda telah terbuka, anda juga telah memiliki cadangankekuatan tenaga dalam yang tidak kecil jumlahnya. Tentu sahaja jikalatihan pernafasan tersebut dilakukan secara rutin dan terus menerus.Persoalan berikutnya yang masih harus anda selesaikan iaitu bagaimanacara menyalurkan/melontarkan kekuatan tenaga dalam yang telah andakuasai untuk keperluan-keperluan yang baik dan membina/konstruktif.

Setelah anda benar-benar telah menguasai Tahap Satu ini barulahanda beralih ke Tahap Dua. Inilah kunci Kejayaan Latihan Tenaga

Dalam ini.