Latihan Graf p2

15
GRAF BAR KOMPAUN LATIHAN 1 Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan graf bar yang sesuai untuk menunjukkan jumlah pekerjaan yang ditawarkan oleh enam kumpulan pekerjaan pada tahun 1985 dan 1995 di Malaysia. Enam pekerjaan yang terpenting di Malaysia iaitu kumpulan ikhtisas dan teknikal, pentadbiran, pengurusan dan perkeranian, penjualan, pertanian, pengeluaran dan perkhidmatan telah menawarkan sejumlah 3394200 peluang pekerjaan pada tahun 1985 dan jumlah itu meningkat kepada 5093500 peluang pekerjaan pada tahun 1995. Antara keenam-enam sektor pekerjaan itu, sektor pertanian menawarkan jumlah pekerjaan yang paling banyak iaitu berjumlah 1641600 pada tahun 1985 dan bertambah sebanyak 337400 pada tahun 1995. Sektor yang juga menunjukkan kemampuan menawarkan peluang pekerjaan yang tinggi selepas sektor pertanian iailah kumpulan pekerjaan pengeluaran. Sektor ini menawarkan pekerjaan sebanyak 1566800 pada tahun 1995 bertambah sebanyak 710600 berbanding dengan tahun 1985. Bidang penjualan pula menawarkan sebanyak 283900 pekerjaan pada tahun 1985 dan meningkat kepada 481900 pada tahun 1995. Peratus pertambahan penawaran pekerjaan bagi sektor ini dalam jangka masa yang dinyatakan itu ialah lebih kurang 70%. Sektor perkhidmatan pula mampu menawarkan sejumlah 447600 peluang pekerjaan pada tahun 1995 berbanding dengan 252300 pekerjaan 10 tahun sebelumnya manakala kumpulan pekerjaan pentadbiran, pengurusan dan perkeranian pula menawarkan sebanyak 203200 peluang pekerjaan pada tahun 1985 dan meningkat sebanyak 136700 pada tahun 1995. Sektor yang paling kurang menawarkan peluang pekerjaan berbanding sektor-sektor lain ialah kumpulan pekerjaan ikhtisas dan teknikal. Sektor ini menawarkan sebanyak 278300 pekerjaan pada tahun 1995 bertambah sebanyak 121300 berbanding pada tahun 1985. (Dipetik dan disesuaikan daripada Laporan Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-6). 1

description

latihan p2

Transcript of Latihan Graf p2

GRAF BAR KOMPAUNLATIHAN 1 Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan graf bar yang sesuai untuk menunjukkan jumlah pekerjaan yang ditawarkan oleh enam kumpulan pekerjaan pada tahun 1985 dan 1995 di Malaysia. Enam pekerjaan yang terpenting di Malaysia iaitu kumpulan ikhtisas dan teknikal, pentadbiran, pengurusan dan perkeranian, penjualan, pertanian, pengeluaran dan perkhidmatan telah menawarkan sejumlah 3394200 peluang pekerjaan pada tahun 1985 dan jumlah itu meningkat kepada 5093500 peluang pekerjaan pada tahun 1995. Antara keenam-enam sektor pekerjaan itu, sektor pertanian menawarkan jumlah pekerjaan yang paling banyak iaitu berjumlah 1641600 pada tahun 1985 dan bertambah sebanyak 337400 pada tahun 1995. Sektor yang juga menunjukkan kemampuan menawarkan peluang pekerjaan yang tinggi selepas sektor pertanian iailah kumpulan pekerjaan pengeluaran. Sektor ini menawarkan pekerjaan sebanyak 1566800 pada tahun 1995 bertambah sebanyak 710600 berbanding dengan tahun 1985. Bidang penjualan pula menawarkan sebanyak 283900 pekerjaan pada tahun 1985 dan meningkat kepada 481900 pada tahun 1995. Peratus pertambahan penawaran pekerjaan bagi sektor ini dalam jangka masa yang dinyatakan itu ialah lebih kurang 70%. Sektor perkhidmatan pula mampu menawarkan sejumlah 447600 peluang pekerjaan pada tahun 1995 berbanding dengan 252300 pekerjaan 10 tahun sebelumnya manakala kumpulan pekerjaan pentadbiran, pengurusan dan perkeranian pula menawarkan sebanyak 203200 peluang pekerjaan pada tahun 1985 dan meningkat sebanyak 136700 pada tahun 1995. Sektor yang paling kurang menawarkan peluang pekerjaan berbanding sektor-sektor lain ialah kumpulan pekerjaan ikhtisas dan teknikal. Sektor ini menawarkan sebanyak 278300 pekerjaan pada tahun 1995 bertambah sebanyak 121300 berbanding pada tahun 1985. (Dipetik dan disesuaikan daripada Laporan Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-6).

LATIHAN 2 Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan graf bar yang sesuai untuk menunjukkan kadar pertumbuhan ekonomi di pelbagai sektor di Malaysia. Pada tahun 2001, semua sektor ekonomi dijangka mengalami pertumbuhan positif dengan sektor perkilangan terus mencatatkan pertumbuhan, iaitu pada kadar 12% berbanding dengan kadar pertumbuhan pada tahun 2000, iaitu sebanyak 17%. Meskipun terdapat kebimbangan bahawa pertumbuhan industri berorientasikan eksport mungkin berkurang berikutan ekonomi Amerika Syarikat yang mengalami kemelesetan dan penjualan komputer peribadi yang berkurangan, pengeluaran industri berorientasikan eksport Malaysia dijangka masih mampu berkembang pada kadar 12.3%. Di samping itu, sebahagian daripada pelaburan baru dan pengembangan kapasiti di sektor elektronik yang dijangka mula beroperasi pada tahun ini akan merangsang pengeluaran industri berorientasikan dalam negeri dengan peningkatan sebanyak 11%. Sektor pembinaan dijangka berkembang dengan lebih kukuh pada kadar 5.5% berbanding dengan 3.1% pada tahun 2000. Perkembangan sektor ini adalah berdasarkan pelaburan sektor swasta dalam projek penswastaan dan peruntukan belanjawan untuk kemudahan social yang lebih tinggi. Pertumbuhan yang mapan dan pendapatan yang meningkat dijangka terus menggalakkan permintaan dan pertumbuhan aktiviti pembinaan. Sumbangannya kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar adalah besar, bagaimanapun dianggarkan kekal pada kadar 3.4%. Satu lagi sektor ekonomi yang diramal berkembang dengan perlahan ialah sektor perlombongan yang dijangka mencatat pertumbuhan 1.7%. Pada tahun 2000, sektor ini berkembang pada kadar 0.6% sahaja. Permintaan terhadap gas asli yang meningkat menyebabkan pengeluaran gas asli bertambah kepada 4384 juta kaki padu standard sehari (jkps/h) berbanding dengan pengeluaran pada tahun 2000, iaitu 3882 jkps/h. Pengeluaran minyak mentah dijangka berkurang berdasarkan sasaran pengeluaran yang ditetapkan. Begitu juga dengan pengeluaran timah. Sektor pertanian, penternakan, perhutanan, dan perikanan diramalkan berkembang sebanyak 1.8% pada tahun ini berbanding dengan kadar pertumbuhan pada tahun 2000, iaitu 0.5%. Pengeluaran sektor ini dijangka meningkat kepada RM18 493 juta berbanding dengan pengeluaran pada tahun 2000 yang bernilai RM 18166 juta. Memandangkan kegiatan ekonomi yang lebih tinggi, nilai ditambah sektor perkhidmatan yang diterajui oleh sektor kecil pengangkutan, penyimpanan, dan perhubungan serta sektor kecil kewangan, insurans, hartanah, dan perkhidmatan perniagaan dijangka mencatatkan pertumbuhan mapan sebanyak 5.2% berbanding dengan tahun 2000, iaitu hanya 4.9%. (Dipetik dan diubahsuaikan daripada Kementerian Kewangan Malaysia, Laporan Ekonomi 2000-2001)

Copy and WIN :http://bit.ly/copy_win

GRAF BAR KOMPONENLATIHAN 1 Berdasarkan petikan di bawah, lukiskan sebuah graf bar yang sesuai menunjukkan hasil eksport Malaysia mengikut sektor tertentu bagi tahun 1980 dan 1985. Sektor pertanian, pembalakan, perlombongan, perkilangan dan sektor lain ialah sektor yang memberikan hasil kepada eksport Malaysia. Sumbangan terbesar pada 1980 datangnya daripada sektor perlombongan iaitu sebanyak RM 9381.3 juta. Kemudian, diikuti sektor pertanian dan perkilangan yang menyumbangkan sebanyak RM 7409.2 juta dan RM 6254. 2 juta. Sementara itu, sebanyak RM 3803.3 juta diperolehi daripada sektor pembalakan manakala sektor lain menyumbangkan sebanyak RM 1324.1 juta. Pada 1985, sektor perkilangan semakin maju di Malaysia menyebabkan sumbangan sektor ini meningkat kepada 32.1 % daripada jumlah eksport Malaysia yang berjumlah RM 38094 juta. Keadaan ini berlaku disebabkan galakan kerajaan memperluaskan dan memajukan sektor perkilangan agar ekonomi negara tidak terlalu bergantung kepada sektor pertanian dan perlombongan. Sektor kedua pentingnya pada 1985 ialah perlombongan menyumbangkan RM 10704.4 juta. Sebanyak RM 7352.1 juta diperolehi daripada sektor pertanian dan RM 3695.1 juta daripada sektor pembalakan. Selebihnya diperolehi daripada sektor lain. (Disesuaikan daripada Laporan Ekonomi 1985/86)

LATIHAN 2 Berdasarkan maklumat yang diberi dalam petikan di bawah ini, sediakan graf bar yang sesuai untuk menunjukkan jumlah kecederaan dan kematian yang disebabkan oleh kemalangan jalanraya pada tahun 2000 hingga 2004. Statistik kemalangan jalanraya sering menjadi perhatian masyarakat kerana dikatakan bahawa statistik yang dicatatkan di negara kita adalah antara yang tertinggi di dunia walaupun pelbagai langkah telah dilaksanakan oleh kerajaan untuk mengurangkan kemalangan jalanraya. Pada tahun 2000 sebanyak 50054 kes kemalangan telah dilaporkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia. Daripada jumlah kemalangan tersebut 34245 kes dilaporkan hanya mengalami cedera ringan, manakala 9773 kes dilaporkan parah manakala 12.058 peratus dilaporkan meninggal dunia. Pada tahun 2002 pula jumlah kemalangan yang dilaporkan menurun sebanyak 991 kes berbanding tahun sebelumnya. Pada tahun tersebut, 5887 telah maut dalam kemalangan jalanraya berbanding 8424 yang cedera parah manakala yang cedera ringan ialah sebanyak 35171 kes yang ringan. Sebanyak 52741 kes kemalangan jalanraya telah dilaporkan pada tahun 2003. Sebanyak 70.94 peratus telah dilaporkan hanya mengalami kecederaan ringan manakala 11.92 peratus dilaporkan meninggal dunia dan 9040 kes dilaporkan cedera parah. Pada tahun 2001, seramai 5849 orang telah meninggal dunia akibat kemalangan jalanraya, 8680 orang pula dilaporkan cedera parah manakala 35944 hanya mengalami cedera ringan. Jumlah kes-kes kemalangan jalanraya terus meningkat pada tahun 2004 hingga mencecah 54084 kes dan 11.51 peratus daripada jumlah itu ialah kemalangan maut dan 38631 kes hanya mengalami cedera ringan. Pihak Polis Diraja Malaysia menjalankan operasi dari semasa ke semasa dalam usaha mencegah kemalangan dan mengenakan saman kepada pemandu-pemandu yang melanggar kesalahan lalu lintas terutama pada musim-musim perayaan. (Dipetik dan diubahsuai daripada Polis Diraja Malaysia 2005)

LATIHAN 3 Berdasarkan maklumat berikut, sediakan graf bar yang sesuai untuk menggambarkan jumlah penumpang yang dikendali oleh Lapangan Terbang Antarabangsa dari tahun 2001 hingga tahun 2004. Menurut laporan daripada Malaysia Airport Holding Berhad, seramai 24068 penumpang telah dikendali oleh Lapangan Terbang Antarabangsa pada tahun 2001. Daripada jumlah penumpang tersebut, 14206 adalah dari Kuala Lumpur International Airport (KLIA) manakala 2913 penumpang adalah dari Kota Kinabalu, 2503 adalah dari Pulau Pinang, dari Langkawi seramai 1821 penumpang selebihnya adalah dari Kuching. Pada tahun 2002, 61 peratus penumpang adalah dari KLIA, manakala 3138 penumpanga adalah dari Kota Kinabalu. 2861 penumpang pula adalah dari Kuching, 2478 pula adalah penumpang dari Pulau Pinang dan dari Langkawi pula adalah seramai 1713 daripada keseluruhan penumpang seramai 26129 penumpang yang dikendali pada tahun itu. Pada tahun 2004 jumlah penumpang meningkat dengan mendadak kepada 32290 orang iaitu peningkatan sebanyak 19.68 peratus berbanding jumlah penumpang pada tahu 2003. KLIA terus menjadi destinasi yang paling ramai penumpang dari Kota Kinabalu manakala dari Kuching pula meningkat sebanyak 366 penumpang berbanding jumlah dari destinasi yang sama pada tahun 2003. Jumlah dari destinasi Pulau Pinang juga semakin meningkat kepada 2961 manakal dari Langkawi juga meningkat daripada tahun 2003 sebanyak 112 penumpang. Pada tahun 2003, penumpang yang dikendali berjumlah 26980 orang. Jumlah penumpang dari KLIA adalah kurang sebanyak 3588 berbanding tahun 2004 manakala penumpang dari destinasi Kota Kinabalu pula ialah kurang seramai 598 orang. Penumpang dari Pulau Pinang pula adalah seramai 2315 dan penumpang dari Langkawi ialah seramai 1835 orang. (Dipetik dan diubahsuaikan daripada Laporan Malaysia Airport Holding Berhad)

LATIHAN 4 Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf bar yang sesuai untuk menunjukkan jumlah kenderaan bermotor yang berdaftar dan juga data setiap jenis kenderaan bermotor di Malaysia bagi tempoh yang dilaporkan. Bilangan kenderaan bermotor yang berdaftar di Malaysia sentiasa bertambah tahun demi tahun. Pertambahan ini jika tidak diseimbangkan dengan perkembangan rangkaian dan sistem jalan raya pasti akan menimbulkan masalah kesesakan lalu lintas. Sebagai contoh, pada tahun 1996 terdapat sejumlah 7 686 684 unit pelbagai jenis kenderaan, dan bilangannya meningkat sebanyak 863 785 unit pada tahun berikutnya. Bilangan ini terus meningkat kira-kira hampir 600,000 unit pada tahun 1998. Kenderaan bermotor yang paling banyak didaftarkan sepanjang tempoh tersebut ialah motosikal. Pada tahun 1996, sebanyak 3 951 931 unit motosikal didaftarkan, dan bilangan ini meningkat kepada 4 328 997 unit pada tahun 1997. Bilangan motosikal yang didaftarkan terus meningkat sebanyak 363 186 unit pada tahun berikutnya. Seterusnya, motokar merupakan kenderaan kedua popular di Malaysia selepas motosikal. Pada tahun 1996, sebanyak 2 886 536 unit motokar telah didaftarkan, dan bilangan ini terus bertambah untuk dua tahun berturut-turut, iaitu masing-masing sebanyak 384 768 dan 181 584 unit berbanding berbanding motokar pada tahun sebelumnya. Selain itu, pendaftaran kereta sewa atau teksi dan bas juga turut bertambah. Walaupun tidak sebanyak bilangan motosikal dan motokar, perkembangan ini menggambarkan kemajuan yang baik dalam bidang pengangkutan awam di Malaysia. Pada tahun 1996, sebanyak 59 456 unit kereta sewa atau teksi dan 38 965 unit bas telah didaftarkan. Bilangan kereta sewa atau teksi terus bertambah menjadi 62 119 unit manakala bilangan bas bertambah menjadi 43 444 unit pada tahun 1997. Seterusnya pada tahun 1998, bilangan kereta sewa atau teksi yang didaftarkan bertambah kepada 64 632 unit. Begitu juga dengan bilangan bas yang didaftarkan bertambah kepada 45 643 unit pada tahun 1998. Perkembangan pendaftaran kenderaan barang di Malaysia dalam tempoh ini menunjukkan ciri yang agak menarik kerana bilangannya sentiasa melebihi 500 000 unit. Pada tahun 1997, sebanyak 574 622 unit kenderaan barang telah didaftarkan dan bilangan ini melebihi sebanyak 62 457 unit berbanding tahun sebelumnya, tetapi kurang sebanyak 24 527 unit berbanding bilangan pada tahun 1998. Malahan, pada tahun 1998 juga terdapat sejumlah 286 898 unit kenderaan-kenderaan lain seperti kereta kerajaan, treler, dan kenderaan sekolah memandu yang didaftarkan. Bilangan ini merupakan jumlah terbanyak berbanding tahun-tahun sebelumnya, iaitu 237 631 unit pada tahun 1996 dan 269 983 unit pada tahun 1997. (Dipetik dan diubahsuaikan daripada Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia, Statistics Handbook 1999)

GRAF BAR PIRAMID

LATIHAN 1 Berdasarkan maklumat di bawah, sediakan satu graf bar yang sesuai untuk menunjukkan jumlah pencarian pekerja berdaftar mengikut jantina dan umur dalam tempoh Januari hingga Jun pada tahun 2005.

Jabatan Buruh menerima pendaftaran pencarian kerja dari seluruh negara dan dari pelbagai peringkat umur dari semasa ke semasa. Dalam tempoh enam bulan pertama pada tahun 2005, Jabatan Buruh menerima pendaftaran daripada pelbagai peringkat umur dan kelulusan. Bagi peringkat umur 15 hingga 19 tahun, seramai 6361 pencari kerja mendaftar dalam tempih tersebut. Daripada jumlah tersebut seramai 3216 adalah lelaki manakala bakinya adalah perempuan. Bagi kumpulan umur 20 hingga 24 tahun pula, jumlah pencari kerja bagi kaum lelaki adalah seramai 10434 orang manakala pencari kerja bagi golongan perempuan pula ialah seramai 7867 orang. Jumlah pencari kerja bagi kategori umur ini adalah paling ramai kerana mereka baru selesai menamatkan pelajaran dari kolej dan universiti. Bagi pencari kerja yang berumur 25 hingga 30 tahun pula mencatatkan pendaftaran seramai 5109 orang. Jumlah pencari kerja perempuan ialah seramai 2674 orang dan bakinya adalah pencari kerja lelaki. Jumlah pencari kerja semakin berkurang bagi tempoh umur 30 hingga 35 yahun iaitu mencatat jumlah 2363 orang sahaja. Daripada jumlah tersebut hanya 931 wanita yang mendaftarkan diri. Pekerja dalam lingkungan umur 40 tahun ke atas mencatatkan jumlah yang paling sedikit iaitu hanya seramai 664 orang sahaja dan kaum lelaki lebih ramai iaitu sebanyak 430 orang. ( Dipetik dan diubahsuaikan daripada Kementerian Sumber Manusia, 2005 )

LATIHAN 2 Berdasarkan maklumat yang diberikan di bawah, sediakan graf bar yang sesuai untuk menggambarkan jumlah petugas kesihatan di sektor awam dan swasta di Malaysia pada tahun 2005.

Petugas kesihatan memainkan peranan penting dalam memberikan perkhidmatan kepada masyarakat tidak kira sama ada di bandar atau di luar bandar. Apabila penduduk semakin bertambah maka jumlah para petugas kesihatan juga sepatutnya semakin bertambah dengan tujuan agar perkhidmatan kesihatan dapat menampung keperluan rakyat. Pada tahun 2005, jumlah petugas kesihatan di negara kita adalah berjumlah 68840 orang. Daripada jumlah tersebut, seramai 40334 orang adalah petugas awam manakala selebihnya seramai 28506 adalah petugas kesihatan di sektor swasta. Jururawat adalah merupakan petugas kesihatan yang paling ramai iaitu seramai 29545 orang bagi kedua-dua sektor, jururawat di sektor swasta sahaja mencatat sebanyak 10977 petugas. Manakala bagi jawatan bidan pula, sektor awam mencatatkan sejumlah 7327 orang petugas manakala di sektor swasta adalah seramai 822 orang. Bagi ahli farmasi, sektor swasta menunjukkan statistic yang lebih ramai iaitu 4847 orang berbanding jumlah semua seramai 7096 orang petugas. Walaupun kita dapati pada hari ini banyak klinik-klinik dan hospital swasta yang ditubuhkan namun doktor kerajaan masih ramai jika dibandingkan dengan doktor swasta iaitu seramai 10735 orang berbanding dengan sektor swasta yang berkurangan sebanyak 2222 orang petugas. Doktor gigi pula menunjukkan bahawa petugas di sektor swasta adalah lebih ramai berbanding dengan petugas di sektor kerajaan iaitu berbeza seramai 1892 orang daripada doktor gigi swasta seramai 3347 orang dalam tahun tersebut. ( Dipetik dan diubahsuaikan daripada Laporan Kementerian Kesihatan, 2005) )

GRAF GARIS KOMPONEN

Dengan menggunakan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf garis yang sesuai untuk menunjukkan jumlah pengambilan pelajar bagi kursus-kursus sains dan teknik pada peringkat ijazah di institusi pengajian tinggi tempatan bagi tempoh 1975-1995, dan juga menunjukkan pengambilan pelajar bagi setiap jenis kursus dalam tempoh itu sebagai komponen jumlah pengambilan tersebut.

Selaras dengan keperluan untuk menambah bilangan profesional bagi menampung perkembangan kegiatan industri dan ekonomi serta keperluan untuk meningkatkan keupayaan penyelidikan dan pembangunan negara, maka bilangan pengambilan pelajar bagi kursus-kursus sains dan teknik di institusi pengajian tinggi ditingkatkan dari tahun ke tahun, dan nisbah pengambilan pelajar antara aliran sastera dengan sains dan teknik telah dan akan diseimbangkan. Pada tahun 1995, sebanyak 38 240 orang pelajar dijangka akan diambil untuk mengikuti pelbagai kursus dalam aliran sains dan teknik. Daripada jumlah ini, 3700 orang diambil untuk kursus perubatan dan pergigian, 3160 orang untuk kursus pertanian, 6700 orang untuk kursus sains tulen, 11 300 orang untuk kursus kejuruteraan, manakala yang selebihnya akan mengikuti kursus-kursus sains dan teknik yang lain. Walaupun pengambilan pelajar bagi kursus perubatan dan pergigian semakin meningkat, iaitu 910 orang pada tahun 1975, 1410 orang pada tahun 1980, 2210 orang pada tahun 1985, dan 3100 orang pada tahun1990, namun peratusannya daripada jumlah pengambilan pelajar aliran sains dan teknik semakin berkurang. Begitu juga keadaannya dengan pengambilan pelajar bagi kursus pertanian. Pengambilan pelajar pada tahun 1975 ialah sebanyak 530 orang sahaja, dan bilangan ini bertambah 200 orang lagi pada tahun 1980. Pengambilan pelajar pada tahun 1985 ialah 1150 orang dan bertambah menjadi 1460 orang pada tahun 1990. Pengambilan pelajar bagi kursus sains tulen tidak banyak bertambah dari segi peratusan dalam tempoh 1975-1995 berbanding dengan kursus-kursus yang lain. Pada tahun 1975, sebanyak 2010 orang mengikuti kursus sains tulen. Bilangan ini bertambah kepada 3690 orang pada tahun 1980, 3430 orang pada tahun 1985 dan 5180 orang pada tahun 1990. Kursus kejuruteraan dan kursus-kursus sains dan teknik yang lain memperlihatkan pertambahan bilangan pengambilan pelajar yang paling besar bagi tempoh 1975-1995. Pada tahun 1975 dan 1980, pengambilan pelajar bagi kursus kejuruteraan tidak banyak, iaitu masing-masing 1150 orang dan 1670 orang, tetapi meningkat kepada 4050 orang pada tahun 1985 dan 7490 orang pada tahun 1990. Pengambilan pelajar bagi kursus-kursus sains dan teknik yang lain pun menunjukkan peningkatan yang besar juga, iaitu dari 1510 orang pada tahun 1975 dan 2790 orang pada tahun 1980 kepada 6650 orang pada tahun 1985 dan 8140 orang pada tahun 1990. Kursus-kursus sains dan teknik yang lain ini meliputi sains komputer, seni bina, perancangan Bandar, pengurusan harta, farmasi, teknologi, dan pengajian alam sekitar. (Dipetik dan diubahsuaikan daripada Kerajaan Malaysia: Rancangan Malaysia Keempat, Kelima dan Keenam)

Copy and WIN :http://bit.ly/copy_winGRAF GARIS MUDAH/PERBANGINGAN

LATIHAN 1Baca petikan yang berikut dengan teliti kemudianlukiskan sebuah graf garis yang dapat menunjukkan perubahan jumlah perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan Syarikat Negarawan bagi tahun 1990 hingga 1995 di Malaysia.Belanjawan sesebuah syarikat biasanya melibatkan 2 komponen yang besar iaitu perbelanjaan untuk mengurus dan perbelanjaan pembangunan. Jumlah perbelanjaan untuk mengurus lazimnya lebih besar daripada perbelanjaan pembangunan. Bagi Syarikat Negarawan pada tahun 1990, jumlah perbelanjaan pengurusannya ialah RM 15412.00. Jumlah ini bertambah sebanyak RM 7130.00 menjelang tahun 1995 iaitu pertambahan sebanyak 46.3%. Pada tahun 1991, pertambahan adalah sebanyak RM 3109.00 berbanding dengan tahun sebelumnya, manakala pada tahun 1992 angkanya meningkat kepada RM 19411.00. Jumlah pada tahun 1993 pula, bertambah sebanyak RM 5098.00 berbanding dengan tahun 1990, manakala bagi tahun 1994, pertambahanhanya mencatat angka RM 802.00 berbanding tahun 1993.Perbelanjaan mengurus mencatat jumlah yang besar. Pada tahun 1995, jumlahnya ialah RM 32000.00 iaitu pertambahan sebanyak RM 8834.00 berbanding dengan tahun 1990. Angka bagi tahun 1995 itu mencatat pertambahan sebanyak berbanding tahun 1994. Pada tahun 1991, jumlah perbelanjaan untuk tujuan ini ialah RM 25401 manakala pada tahun berikutnya jumlah itu bertambah sebanyak RM 1809.00. Catatan bagi tahun 1993 pula menunjukkan jumlah pertambahan sebanyak RM 4934.00 berbanding dengan tahun 1990.(Dipetik dan disesuaikan dari Laporan Tahunan Syarikat Negarawan, 1996)

LATIHAN 2Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan graf garis yang sesuai untuk menunjukkan jumlah penduduk mengikut etnik bagi tahun 2000 hingga 2003 di Malaysia.Jumlah penduduk Malaysia bagi tempoh 2000 hingga 2003 menunjukkan peningkatan yang berterusan. Terdapat sejumlah 24494 ribu orang penduduk pada tahun 2000 menjadi 26181 ribu orang pada tahun 2003. Penduduk Malaysia terdiri daripada pelbagai kaumiaitu Melayu, Bumiputera buka Melayu, Cina, India dan juga warga asing.Penduduk Melayu merupakan penduduk paling banyak berbanding kaum-kaum lain. Pada tahun 2000, bilangan penduduk Melayu berjumlah 12185 ribu orang dan bertambah 121 ribu orang pada tahun berikutnya. Pada tahun 2002, bilangannya meningkat ke paras 13001 ribu orang dan seterusnya meningkat sebanyak 67 ribu orang pada tahun berikutnya.Jumlah penduduk Bumiputera bukan Melayu juga terus meningkat dari setahun ke setahun. Misalnya pada tahun 2000, jumlah penduduknya mencapai 2564 ribu orang dan jumlah ini terus meningkat pada tahun berikutnya iaitu 60 ribu orang dan 61 ribu orang berbanding tahun sebelumnya. Pada tahun 2003, jumlahnya mencapai paras 2762 ribu orang.Kaum Cina merupakan etnik yang ke-2 banyak di Malaysia. Pada tahun 2000, jumlahnya kurang sebanyak 6024 ribu orang berbanding penduduk Melayu pada tahun yang sama. Pada tahun berikutnya, bilangan penduduk Cina terus meningkat menjadi 6271 ribu orang. Penduduk Cina terus meningkat sebanyak 95 ribu orang dan 98 ribu orang pada 2 tahun berikutnya berbanding tahun sebelumnya.Pada tahun 2000, jumlah penduduk kaum India ialah 1682 ribu orang dan terus meningkat sebanyak 53 ribu orang pada tahun berikutnya. Pada tahun 2002, jumlahnya meningkat ke paras 1783 ribu orang dan terus meningkat sebanyak 56 ribu orang pada tahun berikutnya.Selaras dengan pembangunan yang pesat serta permintaan kepada tenaga buruh yang meningkat telah menyebabkan pertambahan penduduk dari kalangan warga asing. Pada tahun 2000, angkanya mencapai paras 1902 ribu orang dan terus meningkat sebanyak 21 ribu orang pada tahun berikutnya. Pada tahun 2002 jumlah warga asing di Malaysia terus meningkat menjadi 1984 ribu orang. Pertambahan jumlah penduduk di Malaysia telah membolehkan ekonomi negara berkembang dengan pesat.(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Jabatan Perangkaan Malaysia 2004)

RUMUS PENTING BAGI MEMBINA GRAF/CARTA

1.GRAFBAR@GARISKOMPONEN=nilaiterbesar(jumlah) 15

2.GRAFBAR@GARISKOMPAUN=nilaiterbesar(nilaidalamdata)15

3.GRAFBAR@GARISMEMESONG=nilaiterbesarpositifnilaiterkecilnegatif 15

4.GRAFBARPIRAMIDKOMPONEN=nilaiterbesar(jumlah) 9

5.GRAFBARPIRAMIDKOMPAUN=nilaiterbesar(dalamdata) 9

6.CARTAPAIJumlah terbesarJumlahterbesarJumlahterbesar Jumlahterkecil

1 : 1. .

Kenapa kita perlu bahagi dengan 15???Jawapan - kerana 1 pembaris pendek 15cm

Kenapa graf piramid dibahagi dengan 9???Jawapan - kerana bagi melukis graf piramid kita perlu membuat secara mendatar (bukan menegak seperti graf bar atau graf garis)

11