Latihan Kajian Kes

6

Click here to load reader

description

perdagangan

Transcript of Latihan Kajian Kes

Page 1: Latihan Kajian Kes

Latihan Kajian Kes

Nan Enterprise merupakan sebuah kedai yang menjalankan pemborongan alatan pejabat ke seluruh negara. Nan Enterperise mendapatkan bekalannya daripada pelbagai pengeluar di dalam negara.

Nan Entrperise membeli bekalannya secara pukal dan meyimpankan semua bekalan di gudangnya yang terletak berhampiran dengan syarikatnya.

Nan Enterprise mempunyai 10 orang pekerja yang membantu urusniaga. Setiap hari, pekerja-pekerjanya akan memecah pukal dan menjalankan kerja –kerja akhir seperti menimbang, membungkus, melabel dan menjenama. Selain itu, mereka juga menjalankan pengurusan stok.

Baru-baru ini, Nan Enterprise juga mengimport alatan pejabat dari luar negara seperti Indonesia, Thailand dan China. Namun begitu, Nan Enterprise telah menghadapi masalah untuk membayar cukai import kerana masalah kewangan.

Berdasarkan situasi tersebut, jawab soalan berikut:

a. (i) Kenal pasti jenis gudang yang digunakan oleh Nan Enterprise (1 markah)

(ii) Nyatakan ciri-ciri gudang di a (i) (5 markah)

b. Pada pendapat anda, apakah kepentingan pergudangan kepada perniagaan tersebut? (9 markah)

c. Nyatakan jenis gudang yang boleh membantu perniagaan tersebut dalam perniagaan antarabangsa. Jelaskan.

(8 markah)

d. Nyatakan dua kesan kepada pelanggan apabila Nan Enterprise menceburi dalam perniagaan antarabangsa. (2 markah)

Page 2: Latihan Kajian Kes

Latihan Kajian Kes

Nan Enterprise merupakan sebuah kedai yang menjalankan pemborongan alatan pejabat ke seluruh negara. Nan Enterperise mendapatkan bekalannya daripada pelbagai pengeluar di dalam negara.

Nan Entrperise membeli bekalannya secara pukal dan menyimpan semua bekalan di gudangnya yang terletak berhampiran dengan syarikatnya.

Nan Enterprise mempunyai 10 orang pekerja yang membantu urusniaga. Setiap hari, pekerja-pekerjanya akan memecah pukal dan menjalankan kerja –kerja akhir seperti menimbang, membungkus, melabel dan menjenama. Selain itu, mereka juga menjalankan pengurusan stok.

Baru-baru ini, Nan Enterprise juga mengimport alatan pejabat dari luar negara seperti Indonesia, Thailand dan China. Namun begitu, Nan Enterprise telah menghadapi masalah untuk membayar cukai import kerana masalah kewangan.

Berdasarkan situasi tersebut, jawab soalan berikut:

e. (i) Kenal pasti jenis gudang yang digunakan oleh Nan Enterprise (1 markah)

(ii) Nyatakan ciri-ciri gudang di a (i) (5 markah)

f. Pada pendapat anda, apakah kepentingan pergudangan kepada perniagaan tersebut? (9 markah)

g. Nyatakan jenis gudang yang boleh membantu perniagaan tersebut dalam perniagaan antarabangsa. Jelaskan.

(8 markah)

h. Nyatakan dua kesan kepada pelanggan apabila Nan Enterprise menceburi dalam perniagaan antarabangsa. (2 markah)

Page 3: Latihan Kajian Kes

Latihan kajian kes

Encik Zaim merupakan seorang usahawan yang mengusahakan perniagaan tempahan pakaian sekolah di sekitar Bandar Melaka. Beliau mempunyai 20 orang pekerja yang ditugaskan di bahagian-bahagian tertentu. Pekerja-pekerja tersebut di tempatkan di bahagian menggunting, menjahit, mereka cipta corak, menggosok dan membungkus pakaian. Perniagaan Encik Zaim semakin berkembang maju dan sering mendapat tempahan kerana kualiti dan layanan yang baik daripada pihak beliau. Beliau bercadang meluaskan pasaran ke negeri lain. Namun, beliau menghadapi masalah mendapatkan pelanggan di samping kekurangan modal untuk mengiklankan perniagaan beliau secara meluas.

Encik Zaim sekeluarga tinggal di sebau rumah teres di Taman Impian dalam proses berpindah ke rumah baharunya, iaitu sebuah rumah banglo dua tingkat di taman perumahan yang berhampiran. Beliau mempunyai empat orang anak berumur antara 6 hingga 18 tahun. Walaupun sibuk dengan urusan perniagaannya, Encik Zaim sentiasa memantau perkembangan pendidikan anak-anaknya. Beliau turut menabung untuk pendidikan masa depan anak-anaknya dengan membeli insurans pendidikan untuk mereka.

Baru-baru ini, anak sulung beliau telah mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Encik Zaim telah menghadiahkan anaknya dengan sebuah iPad dan mengaturkan percutian ke New Zealand untuk mereka sekeluarga.

Berdasarkan situasi tersebut, jawab soalan berikut:

a. Apakah jenis pengkhususan yang diamalkan oleh perniagaan Encik Zaim?(1 markah)

b. Terangkan jawapan anda di a. (3 markah)

c. Terangkan kelebihan pengkhususan dalam pengeluaran. (6 markah)

d. Terangkan masalah yang dihadapi oleh Encik Zaim dan bagaimanakah bantuan perniagaan boleh membantu Encik Zaim. (8 markah)

e. Apakah yang dimaksudkan dengan keperluan? (1 markah)

f. Nyatakan keperluan dan kehendak yang terdapat dalam kes tersebut. (6 markah)

Page 4: Latihan Kajian Kes

Latihan kajian kes

Encik Zaim merupakan seorang usahawan yang mengusahakan perniagaan tempahan pakaian sekolah di sekitar Bandar Melaka. Beliau mempunyai 20 orang pekerja yang ditugaskan di bahagian-bahagian tertentu. Pekerja-pekerja tersebut di tempatkan di bahagian menggunting, menjahit, mereka cipta corak, menggosok dan membungkus pakaian. Perniagaan Encik Zaim semakin berkembang maju dan sering mendapat tempahan kerana kualiti dan layanan yang baik daripada pihak beliau. Beliau bercadang meluaskan pasaran ke negeri lain. Namun, beliau menghadapi masalah mendapatkan pelanggan di samping kekurangan modal untuk mengiklankan perniagaan beliau secara meluas.

Encik Zaim sekeluarga tinggal di sebau rumah teres di Taman Impian dalam proses berpindah ke rumah baharunya, iaitu sebuah rumah banglo dua tingkat di taman perumahan yang berhampiran. Beliau mempunyai empat orang anak berumur antara 6 hingga 18 tahun. Walaupun sibuk dengan urusan perniagaannya, Encik Zaim sentiasa memantau perkembangan pendidikan anak-anaknya. Beliau turut menabung untuk pendidikan masa depan anak-anaknya dengan membeli insurans pendidikan untuk mereka.

Baru-baru ini, anak sulung beliau telah mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Encik Zaim telah menghadiahkan anaknya dengan sebuah iPad dan mengaturkan percutian ke New Zealand untuk mereka sekeluarga.

Berdasarkan situasi tersebut, jawab soalan berikut:

g. Apakah jenis pengkhususan yang diamalkan oleh perniagaan Encik Zaim?(1 markah)

h. Terangkan jawapan anda di a. (3 markah)

i. Terangkan kelebihan pengkhususan dalam pengeluaran. (6 markah)

j. Terangkan masalah yang dihadapi oleh Encik Zaim dan bagaimanakah bantuan perniagaan boleh membantu Encik Zaim. (8 markah)

k. Apakah yang dimaksudkan dengan keperluan? (1 markah)

l. Nyatakan keperluan dan kehendak yang terdapat dalam kes tersebut. (6 markah)