Latihan Kefahaman 4

download Latihan Kefahaman 4

of 6

Transcript of Latihan Kefahaman 4

  • 7/27/2019 Latihan Kefahaman 4

    1/6

    Latihan Kefahaman 1Nama:

    Kelas:

    Baca petikan karangan yang berikut dengan teliti. Kemudian, jawab soalan yangmengikutinya. Klik bulatan di sebelah jawapan pilihan kamu. Setelah selesai, klikbutang semak.

    Sotong kurita tergolong dalam kumpulan haiwan yang disebut molukas.Haiwan ini tinggal di dalam kawasan yang beriklim panas. Tubuhnya yanglembut tanpa bertulang itu diseliputi dengan lapisan liat yang disebut mantel.Sotong kurita mempunyai lapan lengan atau tentakel dan ini digunakannya untukmenangkap makanan. Rahangnya yang keras dan berbentuk seperti paruhdigunakan untuk memecahkan cangkerang mangsa, menarik isinya keluar danmemotong makanan tersebut.

    Sotong kurita betina bertelur beribu-ribu biji di tempat khas di celah-celahbatu. Ibu kurita menjaga telurnya sehingga menetas dan membersihkannyadengan memancutkan air. Selama dua bulan, ibu kurita akan menjaga telur-telurnya dan tidak akan berganjak dari situ walaupun untuk mencari makanan.

    Sotong kurita menggunakan tentakelnya untuk berpaut pada batu ataumemegang mangsanya. Sotong kurita akan membelit mangsanya dengan kuatdan kemudian menyuntik bisa dari mulutnya ke dalam tubuh mangsanya.Kemudian mangsanya itu akan dipotong-potong dengan paruhnya.

    Sotong kurita mempunyai tiga jantung yang mengepam darah ke seluruhbahagian tubuhnya. Kurita dapat berubah warna supaya sama dengansekitarannya. Perubahan warna ini membolehkan kurita bersembunyi di celah-celah batu atau memeranjatkan musuhnya. Haiwan ini juga melindungi diridengan memancutkan cecair hitam ke arah penyerangnya.

    17 Sotong kurita menggunakan __________________ untuk mendapatkanmakanannya.

    (1) lapan lengan atau tentakel

    (2) badan yang lembut dan tidak bertulang

    (3) lapisan liat yang dikenali sebagai mantel

    (4) rahang yang keras dan berbentuk seperti paruh

  • 7/27/2019 Latihan Kefahaman 4

    2/6

    18 Ibu sotong kurita memastikan telurnya tidak diganggu dengan_______________.

    (1) bertelur di situ selama dua bulan

    (2) tidak berganjak dari situ walau untuk mencari makanan(3) membersihkan telurnya dengan memancutkan dengan air

    (4) bertelur di tempat yang bersembunyi seperti di celah-celah batu

    19 Makna membelit dalam petikan bermaksud _______________.

    (1) melilit

    (2) menjerat

    (3) memegang

    (4) menangkap

    20 Perkataan yang berlawan dengan perkataan mengepam ialah_____________.

    (1) menyalur

    (2) menyedut

    (3) menghirup

    (4) menghantar

    21 Satu perkataan yang terdapat dalam teks dan bermaksud cucukmenggunakan jarum ialah _______________.

    (1) berpaut

    (2) berganjak

    (3) menyuntik

    (4) memancutkan

    Latihan Kefahaman 2Nama:

  • 7/27/2019 Latihan Kefahaman 4

    3/6

    Kelas:

    Baca petikan karangan yang berikut dengan teliti. Kemudian, jawab soalan yangmengikutinya. Klik bulatan di sebelah jawapan pilihan kamu. Setelah selesai, klikbutang semak.

    Memanglah tepat pemilihan kepala singa sebagai lambang negara.Binatang yang dikatakan telah ditemui Sang Nila Utama itu mempunyai ciri-ciriketangkasan dan berani menempuh cabaran. Pemilihan kepala haiwan yangdianggap raja rimba ini bersesuaian dengan unsur sejarah.

    Lembaga Penggalak Pelancongan Singapura pula telah menjadikanMerlion sebagai lambangnya. Merlion mempunyai kepala seekor singa danberekorkan ikan duyung. Lambang ini telah ditempatkan di beberapa tempatseperti Muara Sungai Singapura dan Pulau Sentosa. Sebuah taman telah dibinaagar menjadi daya tarikan kepada pelancong. Di taman itu, ada terdapat sebuah

    patung raksasa yang berukuran 8 meter tinggi seolah-olah mengawal muarasungai Singapura. Merlion itu juga boleh memuntahkan air sejauh 10 meter daritebing taman itu ke muara sungai.

    Hampir setahun lalu, muntahan air dari mulut Merlion itu telah dimatikan.Langkah ini diambil sebagai suatu langkah berjaga-jaga. Kerja-kerja menambaktanah di kawasan yang berdekatan dikhuatiri akan memendakkan kawasanperairan dan ini akan membuat alat mengepam air mudah tersumbat dan rosak.

    Kini, kerja-kerja baik pulih telah pun berakhir. Kerja baik pulih itu telahmemakan belanja sebanyak $300,000. Sebuah alat mengepam air yangmengguna tenaga 25 kuasa kuda yang baru telah dipasang. Sebuah alatautomatik yang menjaga masa pengepam telah dipasang juga. Dengan ini,

    Merlion dapat memuntahkan air pada tepat pukul 10.00 pagi hingga 10.00malam.

    Sebuah lagi patung digelar "anak Merlion" telah dicantikkan juga. Warnaputih yang berkilau-kilau juga telah dapat dipulihkan. Di samping kerja-kerja baikpulih lain seperti kawasan lantai dan juga pagar-pagar besi. Taman Merlion inipasti akan menjadi sebuah kawasan yang menarik untuk dilawati orangtempatan mahupun para pelancong.

    1 Lambang Lembaga Penggalak Pelancongan Singapura ini berbentuk seekorbinatang yang ___________________________.

    (1)berkepalakan haiwan yang dianggap raja rimba

    (2)berkepalakan singa dan berekorkan ikan duyung

    (3)telah ditempatkan di beberapa tempat di Singapura

    (4)menarik untuk dilawati oleh orang tempatan dan juga para pelancong

    2 Di taman itu terdapat ___________________________.

  • 7/27/2019 Latihan Kefahaman 4

    4/6

    (1)sebuah patung raksasa

    (2)muara sungai Singapura

    (3)kerja-kerja menambak tanah

    (4)daya tarikan kepada pelancong

    3 Makna ketangkasan dalam petikan bermaksud___________________________.

    (1)ketulusan

    (2)kepandaian

    (3)kepantasan

    (4)ketangkapan

    4 Perkataan yang berlawanan dengan perkataan dibina ialah___________________________.

    (1)dirosak

    (2)dilumat

    (3)dihancur

    (4)diruntuh

    5 Satu perkataan yang terdapat dalam teks dan bermaksud kekuatan yang

    membolehkan menggerakkan sesuatu ialah___________________________.

    (1)unsur

    (2)tenaga

    (3)lambang

    (4)pengepam

    Perjalanan hidup manusia boleh dianggap seperti aliran sungai, bermula darimata air membawa ke muara. Setiap bayi akan menjadi kanak-kanak, menjadiremaja, dewasa dan akhirnya tua. Apabila seseorang itu telah tua dan dalamkeadaan uzur, dia dianggap tidak berguna lagi. Bagi anak-anak, terutama yangterlampau sibuk dengan urusan kerja, mereka tidak sanggup menjaga ibu bapayang telah berumur. Adakalanya mereka menghantar ibu bapa mereka terutamayang telah nyanyuk ke rumah orang-orang tua.

  • 7/27/2019 Latihan Kefahaman 4

    5/6

    Di Malaysia, menjelang tahun 2020, peratusan penduduk tua dianggarkan akanmeningkat menjadi 1.4% berbanding dengan 5.70% pada tahun 1980.Peningkatan ini disebabkan oleh beberapa faktor, seperti taraf pemakanan yanglebih baik dan kemudahan perubatan yang lebih meluas. Jangkaan peningkatan

    bilangan orang tua menjelang tahun mendatang, akan mengakibatkan rumahkebajikan bagi orang-orang tua tidak dapat menampung pertambahan ini.

    Pada tahun 2020, dianggarkan 600 000 penduduk akan mencapai usia 65 tahun.Keadaan ini akan meninggalkan seribu satu persoalan pada mereka dan negara.Masalah ini bertambah runcing dengan sikap golongan muda yang lebihmementingkan diri sendiri dan kebendaan.

    Sekiranya langkah-langkah segera tidak diambil, dikhuatiri kehidupan orang tuaakan terabai. Menyedari hakikat ini, kerajaan telah mengambil tindakan yangsewajarnya, dengan mengisytiharkan 1 Oktober mulai tahun 1992 sebagai Hari

    Warga Tua, untuk mengingati sumbangan serta kewujudan mereka dalammasyarakat.

    1.Mengapakan anak-anak menghantar orang tua mereka ke rumahkebajikan

    A. kerana kekurangan masa untuk melayani orang tua mereka

    B. kerana orang tua mereka boleh buat kerja kebajikan

    C. kerana orang tua mereka sentiasa dalam kesunyian

    D. kerana orang tua mereka memerlukan perkhidmatan rawatan

    2. Mengapakan jumlah manusia yang berumur 65 tahun semakinmeningkat?

    A. Bilangan ahli setiap keluarga semakin banyak.

    B. Perkhidmatan kesihatan semakin menyeluruh.

    C. Penjagaan mereka sangat rapi.

    D. Pengeluaran makanan bertambah.

    3. Bagaimanakah kerajaan mengiktiraf golongan tua?

    A. dengan mendirikan lebih banyak rumah kebajikan

    B. dengan membuat kajian tentang kedudukan mereka

    C. dengan mengadakan hari yang khusus bagi mereka

    D. dengan menyeru semua pihak menyayangi mereka

  • 7/27/2019 Latihan Kefahaman 4

    6/6

    4. Apakah masalah genarasi muda sekarang?

    A. sangat mengutamakan amalan pemakanan

    B. sangat mengutamakan rumah kebajikan

    C. sangat mementingkan kasih sayangD. sangat mementingkan kerjaya

    5. Apakah tajuk yang sesuai dengan rencana di atas?

    A. Pertambahan Warga Tua

    B. Permasalahan Warga Tua

    C. Sikap Generasi Muda KiniD. Kehidupan Generasi Muda