LATIHAN KELAS TAMBAHAN

3
5KM2 CEMERLANG 2014 LATIHAN KELAS TAMBAHAN Soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa [30 markah] Jawab semua soalan LATIHAN 1 (a) Tulis dua ayat bagi tiap-tiap kata di bawah ini untuk menunjukkan bahawa anda faham akan perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan kata itu sebagai peribahasa dan nama khas. i. jalan ii. makan iii. pucuk [6 markah] (b) Nyatakan jenis-jenis ayat yang diberikan di bawah sama ada ayat penyata, ayat tanya, ayat seruan atau ayat perintah. i. Puan Ruslah berasal dari utara semenanjung. ii. Amboi, sopan sungguh percakapan pemuda itu! iii. Mengapa kamu tidak menyiapkan kerja rumah yang saya berikan semalam? iv. Jangan bermain di rumah yang usang itu. v. Rosli sanggup memutuskan persahabatannya dengan Meor kerana berebut jawatan sebagai Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Paroi Jaya. vi. Pergilah cari maklumat berkaitan dengan kerjaya yang kamu minati daripada guru kaunseling. [6 markah] (c) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. i. Kepulangan peninju negara yang memperolehi pingat emas dalam Sukan Komanwel telah disambut dengan meriah. ii. Wabak selsema burung akan menjadi merbahaya kepada penduduk dunia

description

11

Transcript of LATIHAN KELAS TAMBAHAN

5KM2 CEMERLANG

5KM2 CEMERLANG2014

LATIHAN KELAS TAMBAHAN

Soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa[30 markah]Jawab semua soalanLATIHAN 1

(a) Tulis dua ayat bagi tiap-tiap kata di bawah ini untuk menunjukkan bahawa anda faham akan perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan kata itu sebagai peribahasa dan nama khas.

i. jalanii. makaniii. pucuk[6 markah]

(b) Nyatakan jenis-jenis ayat yang diberikan di bawah sama ada ayat penyata, ayat tanya, ayat seruan atau ayat perintah.

i. Puan Ruslah berasal dari utara semenanjung.ii. Amboi, sopan sungguh percakapan pemuda itu!iii. Mengapa kamu tidak menyiapkan kerja rumah yang saya berikan semalam?iv. Jangan bermain di rumah yang usang itu.v. Rosli sanggup memutuskan persahabatannya dengan Meor kerana berebutjawatan sebagai Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Paroi Jaya.vi. Pergilah cari maklumat berkaitan dengan kerjaya yang kamu minati daripadaguru kaunseling.[6 markah]

(c) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahanpenggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagisetiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

i. Kepulangan peninju negara yang memperolehi pingat emas dalam SukanKomanwel telah disambut dengan meriah.ii. Wabak selsema burung akan menjadi merbahaya kepada penduduk duniasekiranya tidak dicegah dari awal.iii. Pengusaha gerai satay itu telah memperisteri anak lelakinya dengan anakpengusaha Restoran Azizah.[6 markah]

(d) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilahdan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahanpenggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlumenyalin ayat itu semula.

i. Rumah mangsa angin ganas pada minggu lepas telah mereka bina semula.ii. Saya suka menengok rancangan kartun dengan semua adik-beradik saya pada waktu lapang.iii. Hakim mengenakan hukuman penjara selama lima tahun terhadap banduan itu di atas kesalahannya memukul Wak Jani.[6 markah]

(e) Baca petikan-petikan di bawah dengan teliti, kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan situasi yang terdapat dalam petikan-petikan tersebut.

i. Pengurus bank itu telah melakukan kesalahan pecah amanah dan akandidakwa di mahkamah.Dia merupakan orang yang bertanggungjawab terhadap segala urusan bank tetapi dia pula yang melakukan perbuatan yang keji itu.ii. Walaupun Asmadi telah lama tinggal di Australia, sebuah negara yang majutetapi dia tetap berhasrat untuk kembali semula ke Malaysia dan menetap disini walaupun Malaysia tidak semaju Australia.iii. Adnan telah bergelar pelawak yang terkenal. Kini dia ingin pula menjadiseorang pelakon, namun bakatnya tidak terserlah dalam bidang lakonan malah jenakanya pula tidak lagi mendapat sambutan daripada peminatnya.[6 markah]

LATIHAN 2

(a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah ini untuk menunjukkan bahawa andafaham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, atau menggunakan kata itu sebagai peribahasa atau nama khas.

i) hiasii) berhiasiii) menghiaskaniv) menghiasiv) perhiasanvi) penghias

(b) Tukar ayat-ayat di bawah supaya menjadi ayat-ayat cakap ajuk tanpa mengubahmaksud asalnya.Zamarul bertanya kepada Muis sama ada Muis boleh mengajarkannya memasangkomputer. Muis bersetuju dengan permintaan Zamarul. Zamarul kemudiannyameminta Muis menuliskan cara-cara untuk memasang komputer pada masa itu juga.Muis mengatakan bahawa Zamarul tidak perlu risau kerana dia berjanji akanmengajarkannya selepas balik sekolah pada hari itu. Seterusnya, Zamarulmemberitahu Muis bahawa dia ingin membeli sebuah komputer pada mingguhadapannya dan ingin memasangnya sendiri. Dia juga meminta Muis menyenaraikankomponen-komponen komputer yang diperlukan. Muis menyukai rancangan Zamaruldan dia berjanji lagi bahawa dia akan datang ke rumah Zamarul untuk mengajarZamarul cara-cara memasang komputer tersebut.[6 markah]

]