LATIHAN MENYAMBUNGKAN AYATdoc

2
LATIHAN(SISTEM BAHASA) MENYAMBUNGKAN AYAT. (1) Gabungkan ayat-ayat di bawah ini supaya menjadi tiga ayat sahaja tanpa mengubah maksud dan susunan asal ayat-ayat tersebut. Festival Filem Pelajar berlangsung pada 5 Oktober 2009. Tujuan festival tersebut diadakan adalah untuk menggalakkan generasi muda membabitkan diri secara lebih serius dalam bidang seni kreatif. Antara cabang seni kreatif ini termasuklah bidang animasi. Bidang ini dapat memberikan peluang pekerjaan. Pendapatannya sungguh lumayan. Dalam industri filem,kegiatan bidang animasi amat luas. Bidang ini terdapat di Malaysia. Bidang ini terdapat pada peringkat global juga. [6 markah] (2) Gabungkan ayat-ayat di bawah ini supaya menjadi tiga ayat sahaja tanpa mengubah maksud dan susunan asal ayat-ayat tersebut. Tujuh buah rumah telah musnah dalam satu kejadian kebakaran. Rumah-rumah tersebut terletak di Kampung Pandan Dalam. Kejadian itu berlaku kira-kira pukul 12.00 tengah hari tadi. Punca kebakaran itu belum diketahui. Kejadian berkenaan berlaku terlalu pantas. Mangsa- mangsa kebakaran itu tidak sempat menyelamatkan barang-barang mereka. Mereka kehilangan tempat tinggal. Kebanyakkan rumah itu musnah sama sekali. Hanya dua buah rumah yang hangus sebahagian. [6 markah] (3) Gabungkan ayat-ayat di bawah ini supaya menjadi tiga ayat sahaja tanpa mengubah maksud dan susunan asal ayat-ayat tersebut. Hutan bakau sering digambarkan sebagai kawasan yang berlumpur. Hutan bakau kotor juga. Hutan ini tidak mendapat perhatian seperti hutan-hutan lain. Kawasan hutan ini dipenuhi pokok-pokok tertentu. Pokok-pokok tersebut dapat menyesuaikan diri dengan keadaan tersebut. Kawasan hutan bakau ini amat penting kepada persekitaran.

description

TATABAHASA

Transcript of LATIHAN MENYAMBUNGKAN AYATdoc

Page 1: LATIHAN MENYAMBUNGKAN AYATdoc

LATIHAN(SISTEM BAHASA)

MENYAMBUNGKAN AYAT.

(1) Gabungkan ayat-ayat di bawah ini supaya menjadi tiga ayat sahaja tanpa mengubah maksud dan susunan asal ayat-ayat tersebut.

Festival Filem Pelajar berlangsung pada 5 Oktober 2009. Tujuan festival tersebut diadakan adalah untuk menggalakkan generasi muda membabitkan diri secara lebih serius dalam bidang seni kreatif. Antara cabang seni kreatif ini termasuklah bidang animasi. Bidang ini dapat memberikan peluang pekerjaan. Pendapatannya sungguh lumayan. Dalam industri filem,kegiatan bidang animasi amat luas. Bidang ini terdapat di Malaysia. Bidang ini terdapat pada peringkat global juga.

[6 markah]

(2) Gabungkan ayat-ayat di bawah ini supaya menjadi tiga ayat sahaja tanpa mengubah maksud dan susunan asal ayat-ayat tersebut.

Tujuh buah rumah telah musnah dalam satu kejadian kebakaran. Rumah-rumah tersebut terletak di Kampung Pandan Dalam. Kejadian itu berlaku kira-kira pukul 12.00 tengah hari tadi. Punca kebakaran itu belum diketahui. Kejadian berkenaan berlaku terlalu pantas. Mangsa-mangsa kebakaran itu tidak sempat menyelamatkan barang-barang mereka. Mereka kehilangan tempat tinggal. Kebanyakkan rumah itu musnah sama sekali. Hanya dua buah rumah yang hangus sebahagian.

[6 markah]

(3) Gabungkan ayat-ayat di bawah ini supaya menjadi tiga ayat sahaja tanpa mengubah maksud dan susunan asal ayat-ayat tersebut.

Hutan bakau sering digambarkan sebagai kawasan yang berlumpur. Hutan bakau kotor juga. Hutan ini tidak mendapat perhatian seperti hutan-hutan lain. Kawasan hutan ini dipenuhi pokok-pokok tertentu. Pokok-pokok tersebut dapat menyesuaikan diri dengan keadaan tersebut. Kawasan hutan bakau ini amat penting kepada persekitaran. Kawasan ini penting kepada ekonomi negara juga. Satu dasar yang khusus dalam pengurusan hutan bakau perlu diwujudkan.

[6 markah]

(4) Gabungkan ayat-ayat di bawah ini supaya menjadi tiga ayat sahaja tanpa mengubah maksud dan susunan asal ayat-ayat tersebut.

Amalan buruk dalam bidang perniagaan dikatakan kian berleluasa. Peniaga hanya membantu pengguna semasa mereka membeli barangan. Selepas itu urus niaga dengan pelanggan tidak berlaku lagi. Kesedaran pengguna tentang perkara tersebut telah meningkat. Pengguna menuntut supaya hubungan baik dengan peniaga diteruskan. Mereka memerlukan perkhidmatan selepas jualan. Kesedaran tentang tuntutan hak pengguna itu

Page 2: LATIHAN MENYAMBUNGKAN AYATdoc

terbukti. Pertubuhan dan pergerakan sosial ditubuhkan. Badan-badan tersebut bertanggungjawab memperjuangkan hak pengguna.

[6 markah]

(5) Gabungkan ayat-ayat di bawah ini supaya menjadi tiga ayat sahaja tanpa mengubah maksud dan susunan asal ayat-ayat tersebut.

Amalan menabung merupakan amalan yang baik. Amalan menabung dapat menjamin masa depan seseorang. Seseorang dapat menggunakan wang tabungan itu apabila diperlukan. Tabungan boleh dibuat di bank-bank. Tabung haji juga menerima tabungan itu. Tabungan boleh dibuat melalui potongan gaji. Anak-anak patut digalakkan menabung. Ibu bapa boleh menyediakan tabung. Tabung itu boleh dibeli. Tabung juga boleh dibuat sendiri.

[6 markah]