Latihan Menyambungkan Dan Memisahkan Ayat

3
LATIHAN MENYAMBUNGKAN DAN MEMISAHKAN AYAT Panduan menjawab soalan. Menyambungkan ayat ; Murid perlu menggabungkan ayat-ayat mengikut jumlah dalam arahan soalan. Murid perlu mengenal pasti kelompok idea dalam petikan. Murid perlu menguasai kaedah penulisan dan contoh penggunaan kata hubung yang sesuai, penanda wacana dan tanda bacaan untuk menggabungkan ayat-ayat. Menggunakan sistem nombor (i., ii., iii., dsb.). Jangan tinggalkan isi penting. Contoh : 1. Siti ke Taiping membeli buku. 2. Aminah ke Taiping membeli buku. Siti dan Aminah ke Taiping membeli buku. Memisahkan ayat / Mencerakinkan ayat; Tentukan dahulu subjek dan predikat dalam ayat. Kenal pasti kata hubung yang terdapat dalam ayat berkenaan dengan menggariskan kata hubung berkenaan. Bina ayat tunggal baharu yang mempunyai satu subjek dan satu predikat berdasarkan stuktur asal dan mengikut susunan. Siti dan Aminah ke Taiping membeli buku. 1. Siti ke Taiping membeli buku. 2. Aminah ke Taiping membeli buku. Soalan 1:Cerakinkan ayat majmuk di bawah ini kepada beberapa ayat tunggal. 1. Mereka bertepuk tangan sambil bersorak. 2. Pengajaran guru itu mudah difahami, tambahan pula penyampaiannya sangat menarik. 3. Saya tidak pernah menceritakan keburukannya, justeru saya sering memujinya.

description

spm

Transcript of Latihan Menyambungkan Dan Memisahkan Ayat

Page 1: Latihan Menyambungkan Dan Memisahkan Ayat

LATIHAN MENYAMBUNGKAN DAN MEMISAHKAN AYAT

Panduan menjawab soalan.

Menyambungkan ayat ;Murid perlu menggabungkan ayat-ayat mengikut jumlah dalam arahan soalan.Murid perlu mengenal pasti kelompok idea dalam petikan.Murid perlu menguasai kaedah penulisan dan contoh penggunaan kata hubung yang sesuai, penanda wacana dan tanda bacaan untuk menggabungkan ayat-ayat.Menggunakan sistem nombor (i., ii., iii., dsb.).Jangan tinggalkan isi penting.

Contoh :

1. Siti ke Taiping membeli buku.2. Aminah ke Taiping membeli buku.

Siti dan Aminah ke Taiping membeli buku.

Memisahkan ayat / Mencerakinkan ayat;Tentukan dahulu subjek dan predikat dalam ayat.Kenal pasti kata hubung yang terdapat dalam ayat berkenaan dengan menggariskan kata hubung berkenaan.Bina ayat tunggal baharu yang mempunyai satu subjek dan satu predikat berdasarkan stuktur asal dan mengikut susunan.

Siti dan Aminah ke Taiping membeli buku.

1. Siti ke Taiping membeli buku.2. Aminah ke Taiping membeli buku.

Soalan 1:Cerakinkan ayat majmuk di bawah ini kepada beberapa ayat tunggal.

1. Mereka bertepuk tangan sambil bersorak.

2. Pengajaran guru itu mudah difahami, tambahan pula penyampaiannya sangat menarik.

3. Saya tidak pernah menceritakan keburukannya, justeru saya sering memujinya.

4. Ibu ke pasar dahulu, kemudian ke kedai runcit.

5. Ayah dan ibu akan menghadiri majlis itu.

6. Yogeswaran otak cair tetapi malas berusaha.

7. Kehadiran murid sangat baik pada hari biasa, tetapi kehadiran murid pada hari Sabtu

sangat tidak memuaskan.

8. Saya akan ke Kuala Lumpur, manakala abang akan ke Seremban.

9. Harga pakaian itu terlalu mahal, pada hal kualitinya rendah.

10. Kita mesti bertolak sekarang kerana hari semakin gelap, sementelahan tempat

perkehemahan itu masih jauh.

Page 2: Latihan Menyambungkan Dan Memisahkan Ayat

Soalan 2:Pisahkan ayat majmuk di bawah ini kepada beberapa ayat tunggal.

1. Ali dan Siti ke Kuala Lumpur manakala Abu ke Pulau Pinang.

2.. Buku itu menceritakan tentang kepahlwanan dan ketokohan pemimpin Melayu.

3. Perlawanan bola sepak itu dibatalkan kerana hari hujan lebat.

4. Pengetua meminta temasya sukaneka itu ditangguhkan supaya pelajar dapat membuat

persediaan untuk mengulang kaji pelajaran.

5. Bapa dan abang suka memancing di Sungai Pahang.

Menggabungkan ayat

Tulis semula ayat-ayat di bawah supaya menjadi tiga ayat sahaja tanpa mengubah maksud

dan susunan ayat-ayat itu.

Iklan memainkan peranan. Peranan iklan sangat penting. Iklan mempengaruhi pengguna.

Pengguna membeli barangan. Pengguna menggunakan perkhidmatan. Iklan mempunyai

kuasa yang tersembunyi. Iklan mampu mendorong pengguna membeli sesuatu barangan.

Barangan itu sebenarnya tidak diperlukan. Kini, bidang pengiklanan di negara ini telah

menjadi industri. Industri ini mendatangkan keuntungan. Industri ini cepat berkembang.

Memisahkan ayat

Baca petikan di bawah ini dengan teliti kemudian pisahkan kandungan petikan itu kepada

enam ayat dasar. Anda hendaklah mengekalkan struktur dan maksud asalnya.

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) bertanggungjawab menyelaraskan projek dan aktiviti

pengembangan bahasa kebangsaan di peringkat negeri. Selain itu, Dewan Bahasa dan Pustaka

diamanahkan juga untuk membina kesedaran dan mewujudkan budaya berbahasa kebangsaan

dalam kalangan rakyat Malaysia. Oleh sebab itu, badan induk dalam bidang bahasa ini turut

menjalankan kegiatan apresiasi sastera dalam kalangan remaja dan masyarakat umum.

Page 3: Latihan Menyambungkan Dan Memisahkan Ayat