Latihan Objektif Bab 2

10
Latihan Objektif Bab 2 1. Zaman prasejarah dunia dibahagikan kepada empat tahap zaman iaitu Zaman Paleolitik, Zaman Mesolitik, Zaman Neolitik dan Zaman Logam. Namun demikian, Malaysia hanya mengalami tiga zaman. Apakah zaman yang tidak dialami di Malaysia? A. Zaman Paleolitik B. Zaman Mesolitik C. Zaman Neolitik D. Zaman Logam 2. Berdasarkan senarai di bawah susunkan zaman prasejarah yang dilalui oleh Malaysia mengikut urutan yang betul I Zaman Paleolitik II Zaman Mesolitik III Zaman Neolitik IV Zaman Logam A. I, II dan III B. I, II dan IV C. I, III dan IV D. II, III dan IV 3. Malaysia tidak seperti negara lain di dunia kerana tidak mengalami Zaman Mesolitik. Apakah bukti yang diperolehi Pusat Arkeologi Malaysia yang membuktikan Malaysia tidak mengalami Zaman Mesolitik A. Perjumpaan tulisan di gua B. Penemuan perahu prasejarah C. Penemuan alat batu Haobinh di Perak D. Penemuan alat pemujaan 4. Ahli-ahli sejarah berpendapat bahawa masyarakat zaman prasejarah telah mula menggunakan peralatan batu untuk kehidupan hariannya. Pada pendapat anda, bagaimanakah kita boleh mengetahuinya?

description

sejarah

Transcript of Latihan Objektif Bab 2

Latihan Objektif Bab 2

1. Zaman prasejarah dunia dibahagikan kepada empat tahap zaman iaitu Zaman Paleolitik, Zaman Mesolitik, Zaman Neolitik dan Zaman Logam. Namun demikian, Malaysia hanya mengalami tiga zaman. Apakah zaman yang tidak dialami di Malaysia?

A. Zaman PaleolitikB. Zaman MesolitikC. Zaman NeolitikD. Zaman Logam

2. Berdasarkan senarai di bawah susunkan zaman prasejarah yang dilalui oleh Malaysia mengikut urutan yang betul

I Zaman PaleolitikII Zaman MesolitikIII Zaman NeolitikIV Zaman Logam

A. I, II dan IIIB. I, II dan IVC. I, III dan IVD. II, III dan IV

3. Malaysia tidak seperti negara lain di dunia kerana tidak mengalami Zaman Mesolitik. Apakah bukti yang diperolehi Pusat Arkeologi Malaysia yang membuktikan Malaysia tidak mengalami Zaman Mesolitik

A. Perjumpaan tulisan di guaB. Penemuan perahu prasejarahC. Penemuan alat batu Haobinh di PerakD. Penemuan alat pemujaan

4. Ahli-ahli sejarah berpendapat bahawa masyarakat zaman prasejarah telah mula menggunakan peralatan batu untuk kehidupan hariannya. Pada pendapat anda, bagaimanakah kita boleh mengetahuinya?

A. Melalui cerita atau lisanB. Melalui kajian yang dijalankan oleh ahli arkeologiC. Melalui ujikaji di makmalD. Melalui kajian masyarakat masa kini

Soalan 5

Berdasarkan senarai di bawah*Batu Tembikar*Serpihan tulang*Batu-batan yang dibina

5. Sepasukan ahli arkeologi telah menemui bahan-bahan di atas dalam usaha mereka mengesan perkembangan tamadun awal manusia. Apakah panggilan barangan di atas?

A. Upacara perkuburanB. AnimismeC. ArtifakD. Perak Man

6. Zaman paleolitik dipercayai bermula 200 000 tahun hingga 300 000 tahun dahulu. Antara berikut yang manakah menerangkan tentang Zaman Paleolitik?

A. Mereka mula bercucuk tanamB. Kegiatan menukar barangan giat dijalankanC. Menggunakan peralatan daripada batu dan logamD. Menggunakan alat batu

Soalan 7 Berdasarkan pernyataan di bawah*******************************************Mereka menjalankan adat pengebumiandengan disertakanmakanan atau alat-alat batu*******************************************7. Pernyataan di atas merujuk kepada situasi kehidupan masyarakat

A. Zaman PaleolitikB. Zaman MesolitikC. Zaman NeolitikD. Zaman Logam

8. Ahli arkeologi mendapati lukisan dan peralatan telah dijumpai di gua-gua yang dikaitkan dengan masyarakat pada zaman Paleolitik. Di manakah lokasi gua-gua tersebut?

I Kota Tampan, PerakII Gua Niah, SarawakIII Tingkayu, SabahIV Bukit Bunuh, Perak

A. I, II dan IIIB. I, II dan IVC. I, III dan IVD. I, II, III dan IV

9. Berdasarkan pernyataan di bawah***************************************Perak Man atau orang Perak ialah rangka manusiatertua telah ditemui di Gua Gunung Runtuh pada tahun 1990****************************************Apakah kesan penemuan tersebut?

A. Orang Perak adalah masyarakat pertama menetap di Tanah MelayuB. Kebanyakan orang Perak suka tinggal di gua-guaC. Ahli arkeologi seluruh dunia mula memberi perhatian tentang Zaman Palleolitik di MalaysiaD. Orang Perak terkenal di kalangan ahli arkeologi di seluruh dunia

10. Masyarakat Zaman Paleolitik tinggal di dalam gua batu kapur yang berhampiran dengan tasik. Mengapakah kawasan tersebut dipilih?

I Mudah mendapatperlindungan daripada cuaca buruk dan binatang buasII Mudah mendapat bekalan air dan makanan seperti ikanIII Mudah untuk memburu binatang yang banyak terdapat di sekeliling guaIV Mudah untuk menjalankan hubungan perdagangan

A. I, II dan IIIB. I, II dan IVC. I, III dan IVD. II, III dan IV

11. Masyarakat Paleolitik mempercayaan kepada kepercayaan animisme. Bagaimanakah kepercayaan ini diamalkan?

A. Mempercayai setiap benda mempunyai jiwa dan roh orang matiB. Terdapat banyak Tuhan yang menguasai alam iniC. Orang yang mati akan hidup semulaD. Kepercayaan kepada Tuhan yang menguasai alam semesta

12. Masyarakat awal yang menetap di gua telah menjalankan pelbagai kegiatan untuk menyara hidup mereka.Apakah kegiatan yang dijalankan oleh masyarakat ini?

I Menternak binatang dan ikanII Menanam pokokIII MemburuIV Memungut hasil hutan

A. I dan IIB. I dan IIIC. II dan IIID. III dan IV

Soalan 13

berdasarkan pernyataan di bawah

Mula menetap di satu-satu tempat Mempunyai pemimpin Mengamalkan pembahagian kerja

Pernyataan-pernyataan di atas merujuk kepada ciri penempatan masyarakat yang dimaksudkan?

A. Masyarakat Zaman PaleolitikB. Masyarakat Zaman Mesolitik C. Masyarakat Zaman Neolitik D. Masyarakat Zaman Logam

14. Apakah antara kegiatan-kegiatan yang berkaitan dengan Zaman Neolitik?

I Memungut hasil hutanII Menangkap ikan dan menternak binatangIII Memakan tumbuhan liarIV Bercucuk tanam

A. I, II dan III B. I, II dan IV C. I, III dan IV D. II, III dan IV

15. Selain daripada peralatan batu, apakah penggunaan lain yang digunakan dalam kehidupan seharian masyarakat Zaman Neolitik?

A. Tanah liat B. Logam C. Gangsa D. Batu tajam

Soalan 16

Berdasarkan pernyataan di bawah

Penggunaan batu >>>> Penggunaan tembikar Memungut hasil hutan >>>> Bercucuk tanam Berpindah randah >>>> Menetap di suatu tempat Sara diri >>>>Perdagangan

Pernyataan di atas dikaitkan dengan Zaman Neolitik. Apakah yang berlaku pada Zaman Neolitik berdasarkan pernyataan tersebut?

A. Zaman Neolitik dikatakan sebagai zaman perubahan teknologi daripadaZaman Paleolitik B. Masyarakat pada Zaman Neolitik tidak suka cara hidup masyarakat Zaman Paleolitik C. Masyarakat Zaman Neolitik mempunyain cara hidup yang berbeza D. Masyarakat Zaman Neolitik telah berpindah ke tempat-tempat lain

17. Di manakah lokasi penempatan masyarakat Zaman Neolitik?

I Sungai Tembeling, PahangII Gua Cha, PerakIII Bukit Tengkorak, SabahIV Gua Niah, Sabah

A. I dan II B. I dan III C. II dan III D. III dan IV

18. Selain daripada mencipta tembikar untuk kegunaan harian, masyarakat Zaman Neolitik juga mencipta barang-barang kemas seperti

I anting-antingII kalungIII gelangIV mahkota

A. I, II dan IIIB. I, II dan IVC. I, III dan IVD. II, III dan IV

19. Pengkaji sejarah telah menemui peralatan

tembikar seperti bekas air, periuk dan belanga.

Apakah kesimpulan hasil penemuan di atas?

A. Peralatan tersebut digunakan oleh masyarakat NeolitikB. Masyarakat Mesolitik telah membina rumah sendiriC. Peralatan tersebut digunakan dalam amalan pemujaan oleh masyarakat LogamD. Masyarakat Paleolitik menggunakan peralatan tersebut untuk pertanian

20. Berdasarkan senarai di bawah

Beliung >>>>>> Peralatan Zaman Neolitik

Peralatan di atas digunakan oleh masyarakat Zaman NeolitikApakah kegunaan peralatan tersebut

A. Untuk mengupas buahB. Untuk membina rumahC. Untuk menggali tanah dan mengetam kayuD. Untuk memburu binatang

21. Penemuan alat-alat daripada batu dan logam seperti kapal, cangkul, pisau dan tajak amat penting dalam sejarah tanah air. Pada pendapat anda mengapakah penemuan tersebut penting

A. Memberi maklumat tentang masyarakat Zaman Logam B. Barangan mempunyai nilai harga yang tinggi C. Membuktikan keagungan sejarah dan budaya negara D. Dapat disimpan di dalam muzium

22. Beberapa bahan sejarah telah ditemui oleh ahli arkeologi iaitu seperti kubur berbentuk kepingan batuApakah andaian yang boleh dibuat hasil penemuan tersebut?

A. Masyarakat Paleolitik mengamalkan pemujaan rohB. Masyarakat Mesolitik takut akan mayat C. Masyarakat Neolitik menyembah batu dan kerandaD. Masyarakat Logam mengamalkan upacara kematian

23. Berdasarkan senarai di bawah

Sungai Tembeling Gua Harimau Changkat Menteri

Ahli-ahli sejarah telah menemui beberapa bahan sejarah di lokasi-lokasi di atas. Apakah andaian mereka tentangbahan-bahan tersebut?

A. Bahan tersebut digunakan pada Zaman LogamB. Bahan tersebut digunakan pada Zaman Neolitik C. Bahan tersebut digunakan pada Zaman Mesolitik D. Bahan tersebut digunakan pada Zaman Paleolitik

24. peralatan seperti

kapak, tulang mawas, sabit, pisau dan mata kambing

yang ditemui oleh pengkaji sejarah.Apakah pandangan ahli sejarah hasil penemuan tersebut?

A. Peralatan tersebut digunakan oleh masyarakat Zaman MesolitikB. Peralatan daripada logam yang digunakan oleh masyarakat Zaman LogamC. Peralatan yang dibuat daripada kayu keras oleh masyarakat Zaman NeolitikD. Peralatan peperangan pada Zaman Logam

25. Menurut pengkaji sejarah. Zaman Logam bermula 4000 tahun dahulu. Apakah antara ciri-ciri masyarakat ini?

I Menghasilkan logam daripada gangsa dan besiII Bercucuk tanamIII Hidup menetapIV Perdagangan secara tukar barang

A. I, II dan III B. I, II dan IV C. I, III dan IV D. II, III dan IV

26. Apakah ciri-ciri kepercayaan Zaman Logam

I Mempunyai kepercayaan tertentuII Mempunyai peganan hidup tertentuIII Mayat dikuburkan bersama sama alat-alat dan makananIV Menjalankan pengebumian menggunakan kepingan batu

A. I, II dan IVB. I, II dan IVC. I, III dan IVD. I, III dan IV27. Apakah ciri-ciri penempatan masyarakat Zaman Logam?

I Hidup menetapII Mempunyai adat resamIII Ada yang tinggal di guaIV Hidup berpindah randah

A. I, II dan IIIB. I, II dan IVC. I, III dan IVD. II, III dan IV28. Masyarakat Zaman Logam telah dianggap masyarakat yang bertamaddunMenapakah anda berpendapat sedemikian?

I Mereka hidup secara menetapII Tinggal berhampiran dengan sungai dan lautIII Kegiatan utama bercucuk tanam, menengkap ikan, menternak dan berdagangIV Menggunakan peralatan batu yang lebih baik

A. I, II dan IIIB. I, II dan IVC. I, III dan IVD. II, III dan IV30. Apakah kebaikan yang kita peroleh melalui kajian zaman prasejarah yang telah kita pelajari

A. Masyarakat dahulu hidup dalam serba kekurangan dan miskinB. Masyarakat dahulu bijak berusaha untuk hidupC. Menunjukkan tamadun manusia di negara kita sama dengan tamadun bangsa lainD. Zaman prasejarah memakan masa yang lama31. Perubahan yang dialami oleh masyarakat prasejarah iaitu bermula Zaman Logam memperlihatkan kegigihan masyarakat dahulu untuk terus berusaha.Apakah pengajaran yang boleh kita ambil daripada kegigihan mereka

A. Membina kekuatan tentera yang kuat untuk menghadapi musuhB. Membuka lebih banyak kilang-kilang perusahaan di seluruh negaraC. Bekerjasama dan tolong-menolong untuk membina negara yang bertamadunD. Menguasaai negara-negara yang lemah untuk menjadi sebuah negara yang kuat