latihan penanda wacana

11
Penanda wacana ialah kata atau rangkai kata yang menghubungkan ayat. Penanda wacana digunakan dalam perenggan yang sama atau perengan yang baru supaya ayat-ayat menjadi lebih teratur dan mempunyai kesinambungan antara satu perenggan dengan perenggan yang seterusnya. Pilih jawapan yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah. 1 Alia mendapati dompetnya hilang. ______ dompetnya tercicir atau tersalah letak. A Justeru B Mungkin C Akhirnya D Kemudian 2 Setelah ditanya oleh ayah, ______ abang mengaku menumbuk Alif Haikal. A lagipun B mungkin C akhirnya D kemudian 3 Nurul Aina tidak hadir ke sekolah pada hari ini. ______ dia sakit gigi. A Lagipun B Mungkin C Akhirnya D Kemudian

description

penanda wacana

Transcript of latihan penanda wacana

Penanda wacana ialah kata atau rangkai kata yang menghubungkan ayat.Penanda wacana digunakan dalam perenggan yang sama atau perengan yang baru supaya ayat-ayat menjadi lebih teratur dan mempunyai kesinambungan antara satu perenggan dengan perenggan yang seterusnya.Pilih jawapan yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong dalam ayat-ayat dibawah.

1 Alia mendapati dompetnya hilang. ______ dompetnya tercicir atau tersalahletak.A JusteruB MungkinC AkhirnyaD Kemudian

2 Setelah ditanya oleh ayah, ______ abang mengaku menumbuk Alif Haikal.A lagipunB mungkinC akhirnyaD kemudian

3 Nurul Aina tidak hadir ke sekolah pada hari ini. ______ dia sakit gigi.A LagipunB MungkinC AkhirnyaD Kemudian

4 Lapan orang peserta menarik diri. ______, program lawatan itu terpaksadibatalkan.A JadiB JusteruC MungkinD Sebaliknya

5 Dato Khir menyampaikan ucapan. ______, beliau merasmikan laman websyarikat itu.A NamunB MungkinC MeskipunD Seterusnya

6 Jamil belum menghantar borang penyertaan pertandingan mengarang ________ tarikh tutup semakin hampir.A justeruB lagipunC namunD walhal

7 _________ membeli kereta, memiliki basikal _____ dia tidak mampu.A Baik punB JangankanpunC WalaupunbahkanD Walaupunnamun

8 Azah kelihatan mengantuk lagi. ____ dia menolong ibunya di warung sehingga lewat malam.A KemudianB NamunC MungkinD Selain itu

9 Mula-mula basuh beras itu bersih-bersih. ____________ sukat air secukupnya.A NamunB Oleh ituC KemudianD Dengan demikian

10 Rohaya seorang murid yang rajin dan berdisiplin. ___________ dia sentiasamendapat pujian daripada guru-gurunya.A Selain ituB Oleh sebab ituC Namun demikianD Biarpun demikian

11 Cikgu Salman selalu memarahi murid-muridnya. _______________ , muridmurid menghormatinya kerana beliau seorang guru yang berdedikasi.A Selain ituB Namun begituC Oleh sebab ituD Lebih-lebih lagi

12 Sejak kecil lagi Pak Udin memang gerun ke laut, ____________ pada usianya yang semakin lanjut ini.A walaupun begituB namun demikianC lebih-lebih lagiD selepas itu

13 Kerajaan terpaksa menangguhkan banyak projek kerana kegawatan ekonomi. ______________, program membantu rakyat miskin tetap dilaksanakan.A Selain ituB Lebih-lebih lagiC Walaupun demikianD Oleh sebab itu

14 Berita yang disampaikannya sungguh mengejutkan saya. _____________, saya mencuba sedaya upaya unuk bertenang.A Namun demikianB Selepas ituC Oleh ituD Justeru

15 Pelajar yang bermasalah itu diminta menceritakan hal yang sebenarnya.___________, diberi nasihat.A MungkinB Selain ituC Selepas ituD Lebih-lebih lagi

16 Kami membawa murid-murid melawat ke Bandar Melaka untuk melihat kesan peninggalan sejarah . _________, kami bercadang akan berkelah di TanjungBidara.A Selain ituB Lebih-lebih lagiC Biarpun demikianD Namun demikian

17 Kehidupan Mak Kiah diibaratkan bagai kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. ___________, semangatnya masih kukuh untuk membesarkan anakanaknya.A Biarpun demikianB Lebih-lebih lagiC Oleh ituD Mungkin

18 Simpan semua buku sekarang, ______ kita akan mengadakan kuiz teka silangkata.A kemudianB akan tetapiC selanjutnyaD namun begitu

19 Pergi mandi dahulu. _______ bersedia untuk ke kelas piano.A Selepas ituB Namun begituC Oleh sebab ituD Tambahan pula

20 Orang ramai merungut kerana harga barang semakin naik. ____________,harga barangan keperluan.A Tambahan pulaB Oleh sebab ituC Namun begituD Lebih-lebih lagi

21 Hasil lukisan Suhada tidak pernah berjaya memenangi anugerah. ______,semangat untuk terus melukis tidak pernah pudar.A Oleh ituB Biarpun demikianC Kalau begituD Lebih-lebih lagi

22 Setelah tiga hari berturut-turut Karim dan kawan-kawannya mendaki gunung itu, ______ mereka sampai juga di puncaknya.A akhirnyaB namunC di samping ituD oleh yang demikian

23 "Amalina telah diserang demam campak. ______, dia tidak hadir ke sekolah,"kata adiknya kepada Cikgu Nurhisyam.A Oleh sebab ituB Di samping ituC Semenjak ituD Sebaliknya

24 Suatu kebakaran besar telah berlaku di Tanjung Sepat. ______ tiadakemalangan jiwa dilaporkan.A Walau bagaimanapunB Namun demikianC Lantaran ituD Jika begitu

25 Jamal mendapat gred 3A 2B dalam Ujian Percubaan UPSR. ______,semangatnya masih kental untuk berusaha.A Oleh ituB Kalau begituC Oleh sebab ituD Biarpun demikian

26 Alif Farhan seorang pemuda yang cacat. ______, dia tidak pernahmengharapkan belas kasihan daripada orang lain.A Sungguhpun demikianB Lebih-lebih lagiC Oleh sebab ituD Kalau begitu

27 "Ayah dan Encik Jamil sedang berbincang di ruang tamu. ______, lebih baik kita berbual-bual di halaman rumah sahaja,"kata Raju kepada Moorthy.A Biarpun demikianB Kalau begituC Oleh ituD Lebih-lebih lagi

28 Basikal Leong Jim Jee terbabas ketika dia melalui selekoh yang licin itu. ______, dia juga terlanggar sebatang pokok.A Biarpun demikianB Dalam pada ituC Kalau begituD Oleh itu

29 Adik Dahlia suka menonton filem rencana. ______ yang berkaitan denganhidupan liar yang terdapat di Benua Afrika.A Tambahan lagiB Meskipun begituC Biarpun demikianD Lebih-lebih lagi

30 Saya pernah bertemu muka dengan Jestina Lim. ______, saya faham akansikapnya.A Biarpun demikianB Kalau begituC JadiD Justeru

31 Tok Ali tidak dapat melihat dengan jelas. ______________ apabila tulisan itu kecil.A Tambahan pulaB Lebih-lebih lagiC Oleh sebab ituD Mungkin

32 Amirah berlatih siang dan malam. ___________, dia berharap dapat memenangi pertandingan syarahan itu.A JusteruB KemudianC Oleh sebab ituD Dengan demikian

33 Zarina tidak pernah melupai jasa ibu bapanya. __________, dia berjanji akan belajar bersungguh-sungguh untuk membalas jasa mereka.A Sungguhpun demikianB SeterusnyaC Oleh ituD Lagipun

34 Asraf gagal lagi dalam permohonan biasiswa. _____, dia terpaksa melupakan hasratnya untuk belajar di luar negara.A Dengan demikianB JusteruC Selepas ituD Kalau begitu

35 Setelah berkali-kali mencuba membuat kek coklat tanpa putus asa,____________ emak berjaya juga.A oleh sebab ituB akhirnyaC lantaran ituD kemudiannya

36 Puan Kalsom sungguh sibuk dengan tugasnya sebagai Guru Besar.____________, dia tidak ada masa untuk menguruskan rumah tangganya.A LantaranB AkhirnyaC Di samping ituD Justeru

37 Encik Dahlan tegas dan tidak suka bercakap banyak. __________, dia sabar melayan kerenah anak-anaknya.A Walau bagaimanapunB Sebelum ituC SeterusnyaD Oleh itu

38 _____________ sudah lewat malam, dia akan pergi juga memanggil doktorkerana keadaan bapanya semakin tenat.A JusteruB Tambahan pulaC Oleh ituD Kendatipun

39 Sekali-kali tidak pernah saya mencaci dia, ___________ saya puji dia.A malahanB mungkinC lagipunD jadi

40 Ayah kelihatan terlalu uzur. __________, dia tetap membanting tulang empat keratnya untuk mencari rezeki demi anak-anaknya.A Kalau begituB Lantaran ituC Namun demikianD Lebih-lebih lagi