Latihan Pengukuhan-minggu Pemasaran

2
LATIHAN PENGUKUHAN PEMASARAN SOALAN STRUKTUR (a) Jelaskan kepentingan aktiviti pemasaran kepada sesebuah organisasi perniagaan dan kepada pengguna. [6] (c) Terangkan secara ringkas langkah-langkah yang terlibat dalam proses pemasaran. [6] (d) Portfolio perniagaan haruslah di buat berdasarkan kekuatan dan keupayaan syarikat atau dikenali sebagai analisis SWOT. Jelaskan. [6] (e) Terangkan empat faktor psikologi yang mempengaruhi gelagat pengguna [6] (f) Terangkan dua sumber pengguna memperoleh maklumat dalam proses pembelian barangan pengguna. [4] (g) Jelaskan sebab sesebuah perniagaan perlu melaksanakan penyelidikan pemasaran. [4] (h) Jelaskan maksud segmentasi pasaran, dan terangkan secara ringkas empat faktor yang boleh digunakan untuk pemetakan pasaran. [5] (i) Jelaskan kaedah pemasaran mikro dalam strategi sasaran pasaran. [5] (j) Jelaskan lima kepentingan segmentasi pasaran. [5] SOALAN ESEI 2 (a) En.Iskandar dilantik menjadi Pengurus Pemasaran syarikat Nadi Ekspress Sdn Bhd. Syarikat ini ditubuhkan untuk menjalankan operasi perkhidmatan penghantaran barang dan surat secara ekspress ke seluruh negeri di Semananjung Malaysia, Sarawak, Sabah dan juga Brunei. Motto utama syarikat ialah Murah, Cepat dan Selamat . Bagi menentukan kejayaan syarikat, Pengurus Pemasaran diminta menjalankan penyelidikan pemasaran terhadap perkhidmatan tersebut. i. Berdasarkan gambarajah, huraikan model gelagat pengguna bagi pelanggan syarikat Nadi Ekspress Sdn Bhd. [15] 3 a) Syarikat Selendang Sutera Sendirian Berhad merupakan pengedar tekstil dan pakaian yang mempunyai banyak rangkaian dan cawangan

description

pemasaran

Transcript of Latihan Pengukuhan-minggu Pemasaran

Page 1: Latihan Pengukuhan-minggu Pemasaran

LATIHAN PENGUKUHAN PEMASARAN SOALAN STRUKTUR

(a) Jelaskan kepentingan aktiviti pemasaran kepada sesebuah organisasi perniagaan dan kepada pengguna. [6]

(c) Terangkan secara ringkas langkah-langkah yang terlibat dalam proses pemasaran. [6]

(d) Portfolio perniagaan haruslah di buat berdasarkan kekuatan dan keupayaan syarikat atau dikenali sebagai analisis SWOT. Jelaskan. [6]

(e) Terangkan empat faktor psikologi yang mempengaruhi gelagat pengguna [6]

(f) Terangkan dua sumber pengguna memperoleh maklumat dalam proses pembelian barangan pengguna. [4]

(g) Jelaskan sebab sesebuah perniagaan perlu melaksanakan penyelidikan pemasaran. [4]

(h) Jelaskan maksud segmentasi pasaran, dan terangkan secara ringkas empat faktor yang boleh digunakan untuk pemetakan pasaran. [5]

(i) Jelaskan kaedah pemasaran mikro dalam strategi sasaran pasaran. [5]

(j) Jelaskan lima kepentingan segmentasi pasaran. [5]

SOALAN ESEI

2 (a) En.Iskandar dilantik menjadi Pengurus Pemasaran syarikat Nadi Ekspress Sdn Bhd. Syarikat ini ditubuhkan untuk menjalankan operasi perkhidmatan penghantaran barang dan surat secara ekspress ke seluruh negeri di Semananjung Malaysia, Sarawak, Sabah dan juga Brunei. Motto utama syarikat ialah ‘Murah, Cepat dan Selamat’. Bagi menentukan kejayaan syarikat, Pengurus Pemasaran diminta menjalankan penyelidikan pemasaran terhadap perkhidmatan tersebut.

i. Berdasarkan gambarajah, huraikan model gelagat pengguna bagi pelanggan syarikat Nadi Ekspress Sdn Bhd. [15]

Page 2: Latihan Pengukuhan-minggu Pemasaran

3 a) Syarikat Selendang Sutera Sendirian Berhad merupakan pengedar tekstil dan pakaian yang mempunyai banyak rangkaian dan cawangan di seluruh Malaysia. Syarikat ini mula beroperasi sejak beberapa tahun yang lepas. Berdasarkan jumlah jualan semasa, didapati pulangannya agak perlahan. Pihak syarikat merasakan bahawa kelemahan ini mungkin disebabkan oleh syarikat tidak dapat mengenal pasti sasaran pasaran yang sebenar. Oleh itu pihak syarikat berpendapat bahawa mereka perlu memahami kaedah pemetakan pasaran yang betul agar pertumbuhan jualan dapat dipertingkatkan lagi.

(i) Huraikan maksud pemetakan pasaran. [2] (ii) Huraikan ciri-ciri yang boleh digunakan oleh syarikat tersebut untuk memetakkan pasaran barangan pengguna ke seluruh negara. [10]