LATIHAN PERIBAHASA 1-10 F1

download LATIHAN PERIBAHASA 1-10 F1

of 3

Transcript of LATIHAN PERIBAHASA 1-10 F1

  • 8/2/2019 LATIHAN PERIBAHASA 1-10 F1

    1/3

    KELAS BM CIKGU TAN PERIBAHASA

    TATABAHASA TINGKATAN 1

    NO SOALAN MAKNA PERIBAHASA

    1. Kedua-dua orang sahabat itu sentiasa bersama

    walau ke mana sahaja mereka pergi. Hubungan

    mereka ini bertepatan dengan perumpamaan

    A bagai duri dalam daging

    B bagai dakwat dengan kertas

    C bagai dihiris dengan sembilu

    D bagai aur dengan tebing

    2. Hati Hartina __________ apabila mendengar

    tunangnya curang.

    A seperti ikan kena tuba

    B seperti hujan jatuh ke pasir

    C seperti emas baru disepuh

    D seperti kaca terhempas ke batu

    3. Robert betul-betul kecewa kerana dia

    dipersalahkan dalam kecurian itu. Padahal dia

    langsung tidak berada di tempat berkenaan.

    Keadaan ini diibaratkan

    A rambut sama hitam, hati masing-masing

    berlainanB sekali jalan terkena, dua kali jalan tahu

    C orang lain yang makan nangka, orang lain

    yang terkena getahnya

    D sepandai-pandai tupai melompat,

    akhirnya jatuh ke tanah juga

    4. Cikgu Alimin sentiasa merungut tulisan

    Syamimi yang tidak dapat dibaca. Keadaan ini

    bertepatan dengan

    A halus seperti kuman

    B jernih seperti cermin

    C kurus seperi lidi

    D lambat seperti kura-kura

  • 8/2/2019 LATIHAN PERIBAHASA 1-10 F1

    2/3

    KELAS BM CIKGU TAN PERIBAHASA

    TATABAHASA TINGKATAN 1

    5. Sebelum kapal terbang itu terhempas,

    penduduk kampung telah terdengar beberapa

    bunyi letupan yang ________.

    A tajam seperti sembilu

    B keras seperti batu

    C gagah seperti gergasi

    D kuat seperti guruh

    6. Akibat tidak mendengar pengajaran guru, Ravi

    terpaksa ______ untuk menjawab semua soalan

    dalam peperiksaan akhir tahun.

    A memasang telinga

    B memerah otak

    C bulat kata

    D buka mulut

    7. Bertahun-tahun Wong berusaha untuk

    membesarkan bengkelnya. Walau

    bagaimanapun, perniagaannya jatuh dalam

    sekelip mata kerana hasad dengki orang lain.

    Keadaan perniagaan Wong ini bertepatan

    dengan peribahasa

    A Sekali air bah, sekali tepian berganjak

    B sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian

    tidak berguna

    C naik seperti semut, turun seperti ribut

    D pahit dulu, manis kemudian

    8. Pilih jawaban yang betul.

    A Serkap jarang menuduh orang lain

    melalui bukti-bukti yang sahihB Telinga nipis orang yang penyabar

    C Paku belanda harga yang tidak boleh

    diubah-ubah

    D Makan angkat orang yang tidak suka

    akan pujian

  • 8/2/2019 LATIHAN PERIBAHASA 1-10 F1

    3/3

    KELAS BM CIKGU TAN PERIBAHASA

    TATABAHASA TINGKATAN 1

    9. Apakah maksud peribahasa mengikut telunjuk?

    A berkata benar

    B mendengar arahan

    C suka mengarah

    D tidak berani membantah

    10. Sambil menangis, Zaleha mencurahkan

    _____nya kepada kakak.

    A iri hati

    B jiwa raga

    C ambil hati

    D isi hati