Latihan Prinsip Perakaunan - Konsep

2
LATIHAN PRINSIP PERAKAUNAN Nyatakan konsep atau prinsip perakaunan yang sesuai bagi situasi di bawah: Bi l Situasi Konsep/ prinsip 1. Encik Fozi, Pemilik Kedai Maju mendebbitkan Akaun Ambilan dalam buku Kedai Maju bagi ambilan wang tunai untuk membayar yuran sekolah anaknya. 2. Perniagaan Kedai Farahani akan terus beroperasi untuk suatu tempoh masa yang tidak diketahui 3. Encik Ahmad membeli 2 buah computer riba dengan harga RM3000 4. Hasil usahasama dengan sebuah perniagaan di Jepun, Perniagaan Mutiara dijangka memperoleh keuntungan sebanyak RM3 juta dalam tiga tahun akan datang. Walau bagaimanapun, keuntungan ini tidak direkodkan dalam Penyata Kewangan tahun semasa. 5. Abu penjual burger merekod pembelian kalkulator bernilai RM80 sebagai aset perniagaannya. Manakala Perniagaan Ayu merekodkannya sebagai alat tulis perniagaan. 6. Kedai Maju mengira untung bersih perniagaan bagi tempoh 6 bulan berakhir 31 Ogos 2012 7. Setiap tahun perniagaan Afifa mengira susut nilai lengkapan berasaskan kaedah baki berkurangan 8. Untuk menentukan untung bersih perniagaan bagi tahun berakhir 31 Disember 2011, Kedai Amar merekod sewa yang belum diterima bagi bulan Disember 2011 sebanyak RM500 ke dalam Penyata Pendapatan 9. Walaupun pekerja mahir dan cekap dan sangat bernilai kepada sesebuah perniagaan, tetapi ia tidak ditunjukkan dalam penyata kewangan 10 . Wang yang dilaburkan oleh pemilik perniagaan dianggap sebagai liabiliti perniagaan 11 . Apabila menyediakan penyata kewangan, nilai semasa aset tidak digunakan walaupun ia menggambarkan nilai aset tersebut dipasaran 12 . Untuk mengukur prestasi dan kemajuan sesuatu perniagaan, hayat perniagaan harus dibahagikan kepada jangkamasa tertentu 13 . Untuk menentukan untung dan rugi perniagaan, belanja yang dikenakan dan hasil yang diperoleh diambil kira apabila menyediakan penyata kewangan walaupun belanja dan hasil tersebut belum dibayar dan belum diterima 14 . Bank Harimau sanggup meminjamkan RM10 juta kepada Syarikat Abu bagi tempoh sepuluh tahun 15 . Akauntan menolak cadangan Lembaga Pengarah untuk menukarkan kaedah mengira susut nilai untuk mengurangkan rugi syarikat 16 Sebuah stapler yang dibeli dengan harga RM5.50, walaupun

Transcript of Latihan Prinsip Perakaunan - Konsep

LATIHAN PRINSIP PERAKAUNANNyatakan konsep atau prinsip perakaunan yang sesuai bagi situasi di bawah:BilSituasiKonsep/prinsip

1.Encik Fozi, Pemilik Kedai Maju mendebbitkan Akaun Ambilan dalam buku Kedai Maju bagi ambilan wang tunai untuk membayar yuran sekolah anaknya.

2.Perniagaan Kedai Farahani akan terus beroperasi untuk suatu tempoh masa yang tidak diketahui

3.Encik Ahmad membeli 2 buah computer riba dengan harga RM3000

4.Hasil usahasama dengan sebuah perniagaan di Jepun, Perniagaan Mutiara dijangka memperoleh keuntungan sebanyak RM3 juta dalam tiga tahun akan datang. Walau bagaimanapun, keuntungan ini tidak direkodkan dalam Penyata Kewangan tahun semasa.

5.Abu penjual burger merekod pembelian kalkulator bernilai RM80 sebagai aset perniagaannya. Manakala Perniagaan Ayu merekodkannya sebagai alat tulis perniagaan.

6.Kedai Maju mengira untung bersih perniagaan bagi tempoh 6 bulan berakhir 31 Ogos 2012

7.Setiap tahun perniagaan Afifa mengira susut nilai lengkapan berasaskan kaedah baki berkurangan

8.Untuk menentukan untung bersih perniagaan bagi tahun berakhir 31 Disember 2011, Kedai Amar merekod sewa yang belum diterima bagi bulan Disember 2011 sebanyak RM500 ke dalam Penyata Pendapatan

9.Walaupun pekerja mahir dan cekap dan sangat bernilai kepada sesebuah perniagaan, tetapi ia tidak ditunjukkan dalam penyata kewangan

10.Wang yang dilaburkan oleh pemilik perniagaan dianggap sebagai liabiliti perniagaan

11.Apabila menyediakan penyata kewangan, nilai semasa aset tidak digunakan walaupun ia menggambarkan nilai aset tersebut dipasaran

12.Untuk mengukur prestasi dan kemajuan sesuatu perniagaan, hayat perniagaan harus dibahagikan kepada jangkamasa tertentu

13.Untuk menentukan untung dan rugi perniagaan, belanja yang dikenakan dan hasil yang diperoleh diambil kira apabila menyediakan penyata kewangan walaupun belanja dan hasil tersebut belum dibayar dan belum diterima

14.Bank Harimau sanggup meminjamkan RM10 juta kepada Syarikat Abu bagi tempoh sepuluh tahun

15.Akauntan menolak cadangan Lembaga Pengarah untuk menukarkan kaedah mengira susut nilai untuk mengurangkan rugi syarikat

16.Sebuah stapler yang dibeli dengan harga RM5.50, walaupun boleh digunakan beberapa tahun telah dianggap sebagai belanja am.

Adakah amalan-amalan berikut mematuhi konsep perakaunan yang diterima secara umum? Nyatakan konsep perakaunan yang terlibatBilSituasiYa/Tidak & Konsep

1. Sebuah perniagaan menyediakan laporan kewangan pada setiap akhir tahun kewangan untuk mengukur prestasi perniagaan

2.Seorang akauntan melaporkan nilai bangunan perniagaan dalam penyata kewangan pada harga asal walaupun harga pasarannya sudah meningkat beberapa kali ganda.

3.Untuk menunjukkan butiran terperinci, seorang penyimpan kira memepruntukkan susut nilai untuk mangga yang bernilai RM20 semasa menyediakan akaunnya.

4.Seorang peniaga mengubah kaedah penilaian stok supaya kaedah yang digunakan dapat menunjukkan untung yang lebih dalam akaunnya

5.Semasa menyediakan penyata kewangan bagi perniagaan tunggal, akauntannya tidak mengambil kira nilai kereta yang dimiliki oleh pemilik sebagai aset perniagaan

6.Dengan tujuan untuk mengurangkan kerugian, Lembaga Pengarah mencadangkan bahawa belanja yang dikenakan pada tahun kewangan hadapan.

7.Sebuah entiti perniagaan merekodkan semua asetnya berdasarkan kos sejarah