latihan rumusan

12
Soalan 1 : Rumusan [ 30 markah ] Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang punca- punca pengangguran dalam kalangan siswazah dan kesan-kesan pengangguran. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Pengangguran merupakan salah satu permasalahan sosioekonomi yang masih lagi membelenggu negara ini. Setiap tahun, beribu-ribu orang siswazah menamatkan pengajian di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dengan harapan menggunung untuk mendapatkan kerjaya yang setimpal; namun, tidak semuanya bernasib baik. Berdasarkan Statistik Perburuhan dan Sumber Manusia 2008, jumlah pendaftar baharu yang berdaftar dengan Jabatan Tenaga Kerja ialah 174,355 orang iaitu seramai 40,356 orang (23.1 peratus) memiliki ijazah, manakala 35,832 orang (20.6 peratus) merupakan pemegang diploma. Sikap terlalu memilih kerjaya menyebabkan peningkatan masalah pengangguran dalam kalangan siswazah. Hal ini menjadikan siswazah sanggup menunggu pekerjaan yang eksklusif dan bergaji tinggi. Keadaan ini bertambah buruk apabila siswazah mempunyai interpretasi terlalu tinggi terhadap prasarana kerja seperti kredibiliti syarikat, fleksibiliti waktu bekerja, jarak, infrastruktur dan sistem pengangkutan yang baik. Ada juga sesetengah siswazah yang tidak optimistik dalam memilih bidang kerjaya. Mereka beranggapan demikian kerana kurang yakin dengan kemampuan diri dan kelulusan yang dimilikinya. Isu pengangguran dalam kalangan siswazah juga dikaitkan dengan sikap majikan yang sangsi terhadap kebolehan siswazah memandangkan mereka tidak mempunyai pengalaman bekerja. Majikan sanggup menawarkan kerja kepada golongan yang tidak berpendidikan tinggi dengan alasan mengurangkan kos upah.Sesetengah majikan melihat pengalaman dan kemahiran bekerja lebih penting berbanding dengan taraf pendidikan. Kebanyakan siswazah tidak mempunyai kemahiran berkomunikasi secara berkesan untuk membolehkan mereka berdepan dengan pasaran kerja yang semakin kompetetif dan sengit. Siswazah IPT tempatan sekarang juga tidak mempunyai kekuatan penguasaan bahasa kedua seperti bahasa Inggeris, Mandarin dan sebagainya. Siswazah baharu sukar diserap ke alam pekerjaan kerana tiada kekosongan jawatan. Hal ini disebabkan terdapat penjawat awam yang

description

bahasa melayu

Transcript of latihan rumusan

Page 1: latihan rumusan

Soalan 1 : Rumusan[ 30 markah ]

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang punca-punca pengangguran dalam kalangan siswazah dan kesan-kesan pengangguran. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Pengangguran merupakan salah satu permasalahan sosioekonomi yang masih lagi membelenggu negara ini. Setiap tahun, beribu-ribu orang siswazah menamatkan pengajian di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dengan harapan menggunung untuk mendapatkan kerjaya yang setimpal; namun, tidak semuanya bernasib baik. Berdasarkan Statistik Perburuhan dan Sumber Manusia 2008, jumlah pendaftar baharu yang berdaftar dengan Jabatan Tenaga Kerja ialah 174,355 orang iaitu seramai 40,356 orang (23.1 peratus) memiliki ijazah, manakala 35,832 orang (20.6 peratus) merupakan pemegang diploma.

Sikap terlalu memilih kerjaya menyebabkan peningkatan masalah pengangguran dalam kalangan siswazah. Hal ini menjadikan siswazah sanggup menunggu pekerjaan yang eksklusif dan bergaji tinggi. Keadaan ini bertambah buruk apabila siswazah mempunyai interpretasi terlalu tinggi terhadap prasarana kerja seperti kredibiliti syarikat, fleksibiliti waktu bekerja, jarak, infrastruktur dan sistem pengangkutan yang baik. Ada juga sesetengah siswazah yang tidak optimistik dalam memilih bidang kerjaya. Mereka beranggapan demikian kerana kurang yakin dengan kemampuan diri dan kelulusan yang dimilikinya.

Isu pengangguran dalam kalangan siswazah juga dikaitkan dengan sikap majikan yang sangsi terhadap kebolehan siswazah memandangkan mereka tidak mempunyai pengalaman bekerja. Majikan sanggup menawarkan kerja kepada golongan yang tidak berpendidikan tinggi dengan alasan mengurangkan kos upah.Sesetengah majikan melihat pengalaman dan kemahiran bekerja lebih penting berbanding dengan taraf pendidikan. Kebanyakan siswazah tidak mempunyai kemahiran berkomunikasi secara berkesan untuk membolehkan mereka berdepan dengan pasaran kerja yang semakin kompetetif dan sengit. Siswazah IPT tempatan sekarang juga tidak mempunyai kekuatan penguasaan bahasa kedua seperti bahasa Inggeris, Mandarin dan sebagainya.

Siswazah baharu sukar diserap ke alam pekerjaan kerana tiada kekosongan jawatan. Hal ini disebabkan terdapat penjawat awam yang melanjutkan pelajaran demi meningkatkan mobiliti sosial. Di samping itu, IPT didakwa kurang menawarkan kursus yang dikehendaki oleh pasaran kerja. Maka, tidak hairanlah jika kebanyakan siswazah akhirnya mencuba nasib dalam bidang yang tidak sesuai dengan kelulusan dan kemahiran mereka. Sementara itu, pembangunan teknologi tinggi yang mula mengambil alih tugas manusia dalam sektor pengeluaran dan kemasukan pakar asing dari luar negara untuk bekerja di Malaysia tambah memburukkan keadaan. Siswazah perlu menilai potensi diri sebelum berusaha mendapatkan sesuatu pekerjaan.

Konklusinya, pengangguran pasti dapat diatasi jika siswazah melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran dan meningkatkan kualiti diri yang dapat menyakinkan panel temu duga untuk jawatan yang dipohon.

( Dipetik dan diubahsuaikan daripada “ Dilema Pengangguran Siswazah,”Dewan Masyarakat, Oktober 2009)

Page 2: latihan rumusan

Soalan 2(a) – Petikan Umum

Berdasarkan petikan soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

i. Berikan maksud rangkai kata semakin kompetetif. [2 markah]

ii. Mengapakah majikan sanggup menawarkan kerja kepada golongan yang tidak berpendidikan tinggi? [3 markah]

iii. Pada pandangan anda, apakah tindakan yang akan anda ambil jika anda masih tidak bernasib baik memburu kerjaya idaman walaupuan anda telah memiliki segulung ijazah? [4 markah]

Page 3: latihan rumusan

SKEMA JAWAPAN :

SET 2

Pendahuluan/Pengenalan Markah

Petikan menerangkan sebab-sebab/faktor-faktor pengangguran dalam 2

kalangan siswazah di Malaysia.

Isi Tersurat:

S1. Sikap terlalu memilih kerjaya 2

S2. siswazah mempunyai interpretasi terlalu tinggi terhadap prasarana kerja.

2 S3. sesetengah siswazah yang tidak optimistik dalam memilih bidang kerjaya 2

S4. sikap majikan yang sangsi terhadap kebolehan siswazah 2

S5. kebanyakan siswazah tidak mempunyai kemahiran berkomunikasi secara berkesan 2

S6. siswazah IPT tempatan sekarang juga tidak mempunyai kekuatan penguasaan bahasa kedua 2

S7 siswazah baharu sukar diserap ke alam pekerjaan kerana tiada kekosongan jawatan 2

S8 IPT didakwa kurang menawarkan kursus yang dikehendaki oleh pasaran kerja 2

S9 pembangunan teknologi tinggi yang mula mengambil alih tugas manusia dalam sektor pengeluaran 2

S10.Kemasukan pakar asing dari luar negara untuk bekerja di Malaysia tambah memburukkan keadaan 2Isi Tersirat: T1. meningkatkan kadar jenayah 2

Page 4: latihan rumusan

T2. wujud pelbagai masalah sosial 2

T3. menimbulkan masalah tekanan emosi kepada penganggur 2

T4 menimbulkan masalah ekonomi kepada negara 2 Penutup:

Natijahnya, usaha mengatasi masalah pengangguran dalam kalangan siswazah 2perlu digembleng secara tuntas oleh pelbagai pihak supaya tidak menjadi permasalahan sosioekonomi yang membelenggu negara ini.

Soalan 2(a) : Pemahaman Petikan Umum (set 2)

i. Maksud rangkai kata semakin kompetetif - kian bersaing/penuh dengan persaingan

[ Maksimum 2 markah]

ii. Majikan sanggup menawarkan kerja kepada golongan yang tidak berpendidikan tinggi

kerana:

- mengurangkan kos upah 1- pengalaman dan 1- kemahiran bekerja lebih penting berbanding dengan taraf pendidikan 1

[Maksimum 3 markah]

iii. Pada pandangan saya, tindakan yang akan saya ambil ialah:

- saya akan melakukan pekerjaan sendiri seperti berniaga atau berkebun 1

- saya akan melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran yang relevan dengan pasaran pekerjaan sekarang. 1

- saya akan menyambung pelajaran di peringkat sarjana atau Phd. 1- saya akan mengikuti pelbagai kursus 1- sikap tidak hanya bergantung kepada pekerjaan di sektor awam 1

[ Maksimum

4 markah]

Page 5: latihan rumusan

Soalan 1 : Rumusan[ 30 markah ]

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kesan-kesan pelaksanaan Kempen Belilah Barangan Buatan Malaysia dan halangannya. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Kempen Belilah Barang Buatan Malaysia dilancarkan pada 4 April 1984 oleh mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad dengan pelbagai tujuan. Ketika ekonomi pulih dan stabil, ramai antara kita yang tidak memandang atau memperlekeh barangan tempatan hinggalah mengalih perhatian terhadap barangan import. Oleh itu, dengan mudah pula kita membantu mengukuhkan ekonomi negara lain dengan cara membeli barangan buatan mereka tanpa memikirkan kesan di sebaliknya.

Sejak dulu lagi, kempen ini secara simboliknya mahu mendidik pengusaha di negara kita meningkatkan keupayaan meneroka bidang yang selama ini dikuasai oleh orang luar, terutamanya barang-barang berasaskan perkilangan. Kempen ini juga sebenarnya memberi dorongan kepada pengusaha tempatan meningkatkan kualiti barang yang dihasilkan. Pada masa yang sama mampu menjana ekonomi industri tempatan tidak kira industri berat, sederhana mahupun industri kecil.

Sewajarnya kempen Belilah Barang Buatan Malaysia diaktifkan semula supaya masyarakat kita menghargai barang-barang yang kita hasilkan kerana barang-barang tersebut ternyata berkualiti dan mampu menembusi pasaran antarabangsa. Maka, apabila Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mahu melancarkan semula kempen ini seluruh negara 16 Januari ini. Ras Tindakan ini tepat pada masanya demi mengawal pengaliran keluar wang kita ke negara luar, kecuali barang-barang yang memang tidak cukup bagi keperluan domestik.

Tidak dinafikan juga bahawa kempen ini akan menggalakkan pihak industri melipatgandakan usaha untuk mengekalkan industri dan melebarkan perniagaan mereka. Di samping menambah baik mutu barangan yang dikeluarkan dengan harapan dapat memuaskan hati pengguna. Menyokong industri tempatan bermakna kita dapat menyumbang ke arah kemantapan ekonomi negara dalam pelbagai aspek termasuklah peluang pekerjaan yang dapat dinikmati oleh penduduk tempatan. Sehubungan dengan itu, masalah pengangguran dapat dikurangkan sekali gus mengurangkan kadar jenayah.

Namun begitu, tidak semestinya kempen ini menolak seratus-peratus barangan dari luar memandangkan pengguna mempunyai kuasa beli dan cita rasa yang berbeza. Apa-apa pun, kempen ini akan dapat membendung tabiat menggila penduduk negara kita terhadap barangan dari luar. Adalah malang bagi kita jika kita mendewa-dewakan barangan dari luar sedangkan barangan tersebut ada di negara kita. Kesimpulannya, diharapkan kempen ini dapat dijalankan secara berterusan kerana sudah menjadi tabiat masyarakat kita yang mudah lupa dan perlu pula digerakkan melalui kempen.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada “Aktifkan Kempen Belilah Barang Buatan Malaysia,”

Utusan Malaysia, Januari, 2009)

Page 6: latihan rumusan

Soalan 2(a) – Petikan Umum

Berdasarkan petikan soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

i. Apakah maksud rangkai kata mempunyai kuasa beli? [2 markah]

ii. Apakah manfaat yang diperoleh sekiranya kita menyokong industri tempatan? [3 markah]

iii. Pada pendapat anda, mengapakah pengguna lebih cenderung membeli barangan import berbanding barangan tempatan? [4 markah]

Page 7: latihan rumusan

SKEMA JAWAPAN

SET 3

Pendahuluan/PengenalanMarkah

Petikan menerangkan kebaikan/faedah/impak/implikasi pelaksanaan 2Kempen Belilah Barangan Buatan Malaysia kepada masyarakat.

Isi Tersurat:

S1. Mahu mendidik pengusaha di negara kita meningkatkan keupayaan meneroka bidang yang selama ini dikuasai oleh orang luar 2

S2. Memberi dorongan kepada pengusaha tempatan meningkatkan kualiti barang yang dihasilkan 2 S3. Menjana ekonomi industri tempatan 2

S4. Masyarakat kita menghargai barang-barang yang kita hasilkan 2

S5. Mengawal pengaliran keluar wang kita ke negara luar 2

S6. Menggalakkan pihak industri melipatgandakan usaha untuk mengekalkan industri 2 dan melebarkan perniagaan mereka .S7 Menambah baik mutu barangan yang dikeluarkan 2 S8 Membendung tabiat menggila penduduk negara kita terhadap barangan dari luar. 2.. Isi Tersirat:

T1. Pelaksanaan kempen tidak mendapat sambutan masyarakat 2

T2. Para peniaga sendiri kurang mempromosikan barangan tempatan. 2

T3. Barangan import masih dianggap lebih berkualiti berbanding barangan tempatan 2

T4. Kurang kesedaran atau semangat patriotik dalam diri pengguna 2

T5. Sikap masyarakat 2

Penutup:

Kesimpulannya, langkah yang lebih sistematik perlu dirancang bagi menjayakan 2kempen supaya dapat menarik minat orang ramai untuk membeli barangan tempatan.

Page 8: latihan rumusan

Soalan 2(a) : Pemahaman Petikan umum (set 3)

i. Maksud rangkai kata mempunyai kuasa beli ialah- ada /memiliki /kemampuan/keupayaan membeli

[Maksimum : 2 markah]

ii. Manfaat yang diperoleh sekiranya kita menyokong industri tempatan :

- kita dapat menyumbang ke arah kemantapan ekonomi negara dalam pelbagai aspek

1- termasuklah peluang pekerjaan yang dapat dinikmati oleh penduduk

tempatan1.

- masalah pengangguran dapat dikurangkan 1

- mengurangkan kadar jenayah.1

[Maksimum : 3 markah]

(iii) Pada pendapat saya, pengguna lebih cenderung membeli barangan import berbanding barangan tempatan kerana:

- barangan import dianggap lebih berkualiti berbanding barangan tempatan1

- pembelian barangan import melambangkan ime/ status/ kedudukan yang tinggi

1- sikap pengguna yang gemar menunjuk-nunjuk/ mendewa-dewakan

1- penggunaan barangan import dianggap dapat memberi kepuasan kepada

pengguna1

- terpengaruh dengan orang lain contohnya artis pujaan.1

[Maksimum : 4 markah]