Latihan_1 MTE 3107

16

description

1

Transcript of Latihan_1 MTE 3107

Page 1: Latihan_1 MTE 3107
Page 2: Latihan_1 MTE 3107

LATIHAN 1

Jawab semua soalan.

1. Cikgu Amin memberi penekanan kepada pemerolehan konsep dan kemahiran asas Matematik dalam penyampaian Isi kandungan Kurikulum Matematik KBSR.

Bidang manakah yang terdapat dalam Kurikulum Matematik KBSR?

A Nombor, Pengukuran dan Geometri

B Nombor, Pengukuran, Geometri dan Statistik

C Nombor, Ruang dan Bentuk, Statistik dan Perkaitan ©

D Nombor, Pengukuran, Ruang dan Bentuk dan Perkaitan

2. Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) bertujuan memberikan setiap murid peluang yang sama untuk memperoleh pengetahuan.

Manakah antara yang berikut merupakan objektif KBSR

I Kemahiran belajar

II Kemahiran mengira

III Kemahiran komunikasi

IV Penguasaan Bahasa Melayu dengan baik

A I, II dan III

B I, II dan IV

C I, III dan IV

D II, III dan IV

3. Berdasarkan pernyataan berikut, yang manakah benar mengenai pengurusan bilik

darjah?

A Bentuk pengurusan bilik darjah perlu untuk pembinaan kendiri

B Prinsip pengurusan bilik darjah hanya boleh dipelajari melalui pengalaman

C Bentuk pengurusan bilik darjah perlu dititikberatkan dalam pembelajaran kognitif

D Pengurusan bilik darjah satu bidang pengajaran menggunakan pendekatan kajian

Page 3: Latihan_1 MTE 3107

4. Manakah antara yang berikut merupakan peranan guru matematik untuk membolehkan pembelajaran yang bermakna dan berkesan boleh berlaku

A Pemerhati

B Agen perubahan

C Penyampai maklumat

D Fasilitator pengajaran dan pembelajaran

5. Pembelajaran melalui kaedah ini memerlukan kemahiran-kemahiran membuat perbandingan dan mencari ciri-ciri yang sama untuk membuat generalisasi.

Berdasarkan senario di atas, kaedah pembelajaran yang dimaksudkan ialah

A penyoalan

B penemuan

C penyiasatan

D perbincangan

6. Terdapat beberapa heuristik penyelesaian masalah dalam teknik perbincangan.

Antara yang berikut manakah bukan berkaitan dengan heuristik penyelesaian masalah?

A Mencari pola

B Membina soalan

C Membuat analogi

D Menggunakan jadual

7. Kaedah ini kerap digunakan dalam pengajaran iaitu isi kandungan pelajaran disampaikan melalui penerangan, bercerita dan tunjuk ajar dengan tujuan mengajar atau menyampaikan konsep.

Berdasarkan pernyataan di atas, manakah kaedah pembelajaran yang dimaksudkan di atas.

A Ekspositori

B Kerja Amali

C Tunjuk cara

D Pendekatan Makmal

Page 4: Latihan_1 MTE 3107

8. Antara yang berikut manakah sesuai menggambarkan teknik tunjuk cara.

A Murid menyusun nombor mengikut turutan menaik

B Murid menulis angka mengikut garis putus-putus yang diberi

C Guru meminta murid memadankan kad nombor dengan jumlah objek yang diberi

D Guru membentuk simbol nombor dua mengunakan plastisin dan meminta murid mencubanya

9. Cikgu Shariza melakukan aktiviti yang menekankan aspek pencapaian serta perhubungan antara murid dan kumpulan.

Pendekatan manakah yang sesuai boleh digunakan oleh Cikgu Shariza?

A Pendekatan induktif

B Pendekatan deduktif

C Pendekatan koperatif

D Pendekatan konstruktivisme

10. Ciri yang paling tepat menjelaskan perbezaan antara pembelajaran berpusatkan guru dan pembelajaran berpusatkan murid ialah

A pembelajaran berpusatkan guru bersifat aktif dan pembelajaran berpusatkan murid bersifat pasif

B pembelajaran berpusatkan guru ialah pilihan pelajar peringkat rendah dan pembelajaran berpusatkan murid ialah pilihan pelajar peringkat tinggi

C pembelajaran berpusatkan guru ialah memberi autoriti tinggi bagi pelajar dan pembelajaran berpusatkan murid memberi autoriti rendah bagi pelajar

D pembelajaran berpusatkan guru menekankan tanggungjawab sepenuhnya kepada guru dan pembelajaran berpusatkan murid ialah tanggungjawab kepada pelajar

11. Menurut Bruner, pada peringkat pembelajaran ini, murid bergantung kepada bentuk visual dalam melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Manakah antara berikut paling sesuai bagi menjelaskan pernyataan di atas.

A Peringkat ikonik

B Peringkat enaktif

C Peringkat simbolik

D Peringkat deria motor

Page 5: Latihan_1 MTE 3107

12. Teori Pembelajaran Humanistik percaya faktor utama yang mempengaruhi pembelajaran Matematik ialah faktor motivasi.

Guru perlu mengaplikasikan pengetahuan teori ini dalam pengajaran Matematik yang merangkumi

A kaedah pengurusan diutamakan berbanding strategi pengajaran yang spesifik

B penekanan pemahaman setiap murid untuk diaplikasikan dalam aktiviti kumpulan

C fokus murid sebagai sumber ingin mengetahui dan bukannya sebagai penerima maklumat

D penggunaan kombinasi soalan soal selidik, nota lapangan dan perbincangan antara guru dan murid

13. Konsep pra-nombor perlu untuk kanak-kanak mempelajarinya sebelum menggunakan konsep nombor keseluruhannya.

Antara yang berikut, yang manakah bukan aktiviti untuk memperkenalkan aktiviti pra-nombor?

A Mengelaskan objek mengikut saiz

B Membandingkan kuantiti sama ada banyak atau sedikit

C Menyusun nombor 1 hingga 10 mengikut tertib menurun

D Mengelaskan objek berlainan bentuk yang berwarna merah, hijau dan kuning

14. Cikgu Nazirah menunjukkan hasil penambahan nombor kepada muridnya seperti di bawah:

Pernyataan manakah menjelaskan konsep penambahan nombor di atas.

A Penambahan melibatkan operasi +

B Penambahan perlu ada proses pengumpulan semula

C Penambahan ialah operasi yang mencantumkan dua nombor untuk menghasilkan nombor ketiga

D Penambahan perlu menolak jawapan yang diperoleh dengan salah satu nombor yang hendak ditambah

4 + 7 = 11

Page 6: Latihan_1 MTE 3107

15. Semasa menyampaikan pengajarannya, Cikgu Siddik amat menegaskan proses untuk mencari jawapan dan bukan hasilnya semata-mata. Pemahaman mengenai algoritma sangat penting sebagai satu set peraturan untuk menyelesaikan sesuatu masalah.

Antara yang berikut, algoritma manakah yang betul bagi soalan di bawah.

( 15 + 12 ) 3 3 = ?

A (15 + 4) x 3 = 19 x 3 = 57

B (27 3) x 3 = 9 x 3 = 27

C 27 (3 x 3) = 27 9 = 3

D 15 + (4 x 3) = 15 + 12 = 27

16. Terdapat dua konsep nombor iaitu nombor ordinal dan nombor kardinal.

Situasi manakah benar untuk menggambarkan tentang nombor ordinal

I Aini mendapat tempat kelima dalam acara melempar cakera

II Farhanis mendapat tempat pertama dalam acara larian 100m

III Jumlah murid dalam kelas 4 Amanah adalah seramai 30 orang

IV Dalam pertandingan melukis poster, Azad telah mendapat tempat ketiga

A I, II dan III

B I, II dan IV

C I, III dan IV

D II, III dan IV

Page 7: Latihan_1 MTE 3107

17. Cikgu Najwa mendapati ramai muridnya telah melakukan operasi penambahan nombor dua digit dengan cara berikut.

Cara manakah yang paling sesuai untuk Cikgu Najwa menolong muridnya mengatasi masalah di atas

A Mengguna jari untuk membilang dan mencari jawapan

B Memberi soalan yang sama untuk dibuat latih tubi

C Mengajar semula penambahan dalam bentuk menegak

D Mengguna bahan konkrit untuk menggambarkan proses mengumpul semula

18. Cikgu Safiah menggunakan kaedah nyanyian agar dapat membantu murid menghafal formula yang diperlukan untuk menyelesaikan masalah.

Jenis kecergasan manakah yang memberi manfaat kepada murid melalui aktiviti yang dilakukan?

A Kecerdasan muzikal

B Kecerdasan kinestatik

C Kecerdasan visual-spasial

D Kecerdasan logik-matematikal

19. Aktiviti rekreasi matematik yang dilakukan oleh guru semasa pengajaran dan pembelajaran menghasilkan banyak kebaikan

Manakah antara yang berikut merupakan kebaikan yang terdapat dalam aktiviti rekreasi matematik?

I merangsang keterujaan intelektual murid

II menarik minat murid terhadap matematik

III mengatasi kelemahan murid yang mundur

IV menghayati keindahan dunia matematik sebenar

A I, II dan III

B I, II dan IV

C I,III dan IV

D II, III dan IV

2 7 6 8 2 4 + 1 6 + 5 9 + 9 7 3 1 3 1 1 17 1111

Page 8: Latihan_1 MTE 3107

20. Pembelajaran berasaskan projek dalam matematik memerlukan murid untuk menunjukkan hasil dan penyelesaian masalah yang telah dapat di atasi.

Antara yang berikut, manakah aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan melalui pembelajaran di atas?

A Menyusun nombor di dalam petak ajaib

B Memasukkan bola ke dalam bakul mengikut warna

C Mereka cipta jam masa depan dengan menggunakan bahan terpakai

D Mendeklamasikan cerpen, sajak, pantun dan teka-teki bertemakan matematik

Page 9: Latihan_1 MTE 3107

1. a Merancang sesi pengajaran dan pembelajaran ialah kemahiran asas bagi seorang guru kerana perancangan yang baik dan berkesan amat penting untuk mengurus tingkah laku murid yang dikehendaki di dalam kelas.

Nyatakan empat komponen utama yang patut dimasukkan dalam rancangan pengajaran harian yang mantap.

Set induksi , perkembangan , kemuncak (aktiviti melibatkan pengajaran), rumusan

b En Syazwan ingin membuat pemilihan isi pelajaran yang akan disampaikan dalam pengajarannya.

Jelaskan tiga pertimbangan yang seharusnya difikirkan oleh beliau dalam memilih isi pelajarannya.

Pengalaman sedia ada, bahan bantu mengajar yang sesuai, masa yang diperuntukkan, hasil pembelajaran

2. a Kaedah induktif digunakan untuk mendapatkan rumus, fakta atau ciri am daripada kajian ke atas beberapa contoh matematik yang khusus.

Beri dua contoh kaedah induktif dalam pengajaran matematik.

Induktif :

a) 2 X 1 = 2

N X 1 = N , di mana N adalah 1,2 , 3, ….

b) Jumlah Sudut dalaman segi tiga bersudut tepat adalah 180’

Jumlah Sudut dalaman segi tiga sama adalah 180’

Rumusan : segi tiga mempunyai sudut dalaman sebanyak 180 darjah.

Deduktif

a) Luas bagi segi empat adalah panjang darab lebar ..

Contoh latihan yang diberi

b) Bentuk 2 D adalah di mana hanya mempunyai panjang dan lebar

Contoh segi tiga, bulat , segi empat

Page 10: Latihan_1 MTE 3107

b Amalan pembelajaran koperatif boleh digunakan oleh guru untuk mempelbagaikan strategi dan mempertingkatkan kemahiran berfikir secara lebih kritis dan kreatif murid

Jelaskan tiga ciri asas dalam pembelajaran koperatif

a) Strategi berpusatkan murid

b) Meningkatkan kemahiran sosial seperti berkongsi pengetahuan , menerima pendapat orang lain

c) Guru memainkan peranan sebagai fasilitator

3. a Mengikut teori konstruktivisme, urutan langkah-langkah pengajaran adalah

seperti berikut

Orientasi

Pencungkilan idea

Pembentukan semula idea

Penggunaan idea dan

Peninjauan semula

Berdasarkan langkah-langkah di atas senaraikan dua peranan utama seorang guru konstruktivis.

a) Mengaitkan pengetahuan baharu dengan pengetahuan sedia ada. b) Membimbing dalam pembinaan pengetahuan

b Dengan melukis rajah, tunjukkan bagaimana perkaitan pendekatan konstruktivisme dengan menggunakan tajuk Teorem Pythagoras.

Page 11: Latihan_1 MTE 3107

4. a Cikgu Aishah menggunakan kaedah permainan dalam aktiviti rekreasi pengajaran Matematik.

Nyatakan dua elemen pedagogi yang perlu dipertimbangkan apabila melaksanakan aktiviti tersebut.

Menyeronokkan

Bermakna ( kontekstual )

Berkaitan dengan hasil pembelajaran

b Jelaskan tiga kelebihan aktiviti rekreasi dalam pengajaran Matematik menggunakan kaedah permainan Matematik.

Meningkatkan motivasi untuk belajar

Mengaitkan aplikasi matematik dalam kehidupan seharian

Mengurangkan kebosanan murid di dalam kelas , menarik minat

Meningkatkan keberkesanan pnp

Meningkatkan kemahiran sosial

Page 12: Latihan_1 MTE 3107

5. Sebagai seorang bakal guru, anda perlu mengetahui tentang pengajaran mikro dan pengajaran makro. Bincangkan empat perbezaan antara pengajaran mikro dan makro.

MASA mikro – pendek (10-15 minit) , makro – mengikut keadaan pnp sebenar

Bilangan sasaran – 4-5 mengikut bilangan murid (banyak)

Isi pengajaran melibatkan sebahagian sahaja ikut situasi sebenar

fokus memberi pendedahan tentang aplikasi strategi pnp ,

memberi persediaan kepada guru pelatih apabila menghadapi praktikum nanti

Jadual 1 menunjukkan keputusan hasil tinjauan yang dilakukan terhadap murid tahap satu mengenai gaya pembelajaran mereka.

Jadual 1

Berdasarkan jadual 1, bincangkan setiap satu gaya pembelajaran yang dinyatakan.

Visual – deria penglihatan ,

Implikasi – menggunakan bahan 3D

Auditori – video

Kinestatik – menyediakan aktiviti rekreasi / permainan kecil matematik .

6. Kaedah Inkuiri penemuan sangat berguna dalam pengajaran matematik. Dengan memberikan contoh yang sesuai bincangkan empat kebaikan yang boleh diperoleh oleh guru matematik apabila menggunakan kaedah ini.

- Murid melibatkan diri secara aktif dalam pembinaan ilmu pengetahuan.

- Pembelajaran akan menjadi lebih bermakna di mana murid faham tentang

konsep itu dan bukannya mempelajari untuk lulus peperiksaan.

- Mendorong pemikiran kritis dan kreatif.

Gaya pembelajaran %Visual 33

Auditori 24Kinestatik 14

Bercampur 29Jumlah 100

Page 13: Latihan_1 MTE 3107

- Memupuk pembelajaran kendiri , tanpa bergantung kepada orang lain , peranan guru menjadi fasilitator , pemudah cara.

Teknik penyoalan sangat penting dalam kaedah inkuiri, penyiasatan dan penerokaan. Teknik ini dapat membentuk pemikiran aras tinggi dalam kalangan murid.

Bincangkankan empat garis panduan dalam menguasai teknik penyoalan dalam pengajaran dan pembelajaran matematik.

Memberi masa yang mencukupi untuk murid berfikir.

Elak menggunakkan soalan struktur terbuka.

Elakkan memilih murid-murid kegemaran sahaja untuk menjawab soalan

Pembinaan soalan menepati objektif pengajaran dan selaras dengan pengetahuan murid.

7. Guru perlu sedar bahawa terdapat perbezaan individu dalam kalangan murid-murid.

Huraikan perbezaan individu antara murid-murid dan implikasi dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran matematik.

Perbezaan dari segi gaya pembelajaran

Perbezaan dari segi pengetahuan sedia ada – advance organizer (penyusun awal)

Perbezaan dari segi kecerdasan pelbagai –

Perbezaan dari latar belakang murid – memahami masalah keciciran murid , kenal pasti sebab, tindakan susulan.

Penolakan mempunyai beberapa makna yang sangat berkait rapat dengan situasi harian.

Senaraikan dua makna bagi penolakan.

Bincangkan perbezaan bagi setiap satu dengan memberikan contoh-contoh yang sesuai.

Penolakan sebagai perbezaan nilai kecil dengan nilai besar – rod crussainaire

Penolakan sebagai songsangan bagi tambahan -