Latihtubi

5

Click here to load reader

Transcript of Latihtubi

Page 1: Latihtubi

Soalan 1 hingga 5.

Baca petikan dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

1. Bilakah sekolah Andrian mengadakan Minggu Kesihatan?

A. Hari Selasa B. Hari Rabu C. Hari Khamis

2. Siapakah yang menyampaikan ceramah kesihatan?

A. Doktor Lim B. Doktor Lewis C. Doktor Liew

3. Mengapakah murid-murid tidak digalakkan makan gula-gula, coklat

dan makanan ringan?

A. Makanan ini tidak sedap.

B. Makanan ini mahal harganya.

C. Makanan ini kurang berkhasiat.

Pada hari Rabu yang lalu, sekolah Andrian mengadakan Minggu

Kesihatan. Pelbagai aktiviti diadakan. Anataranya termasuklah kuiz,

ceramah dan pameran kesihatan. Doktor Liew telah dijemput untuk

menyampaikan ceramah.

“Kita harus makan makanan berkhasiat agar badan sihat,” kata

Doktor Liew.

“Makanan berkhasiat adalah seperti nasi, roti, sayur-sayuran,

buah-buahan, daging, dan susu. Tetapi kamu tidak digalakkan makan

gula-gula, aiskrim, coklat, dan makanan ringan. Makanan ini kurang

berkhasiat,” kata Doktor Liew lagi.

Andrian melihat pelbagai jenis makanan berkhasiat dan cara-

cara menjaga kebersihan makanan di sudut pameran.

Page 2: Latihtubi

4. Berikut adalah makanan yang berkhasiat kecuali

A. makanan ringan B. buah-buahan C. susu

5. Perkataan seerti bagi dijemput ialah ................

A. dibuat B. diundang C. dikunjungi

Soalan 6 hingga 10.

Baca petikan di bawah. Jawab soalan-soalan berikut.

6. Apakah yang dimaksudkan dengan internet?

A. Rangkaian televisyen yang popular.

B. Rangkaian telefon mudah alih yang terkenal.

C. Rangkaian terbesar yang menghubungkan berjuta-juta buah

komputer di seluruh pelusuk dunia.

Internet adalah antara ciptaan manusia yang paling penting. Jika

kamu pernah melayari internet, tentu kamu tahu betapa canggih dan

mudah menggunakan teknologi ini. Persoalannya, apakah teknologi

internet ini?

Secara ringkasnya, internet ialah rangkaian terbesar yang

menghubungkan berjuta-juta buah komputer di seluruh pelusuk dunia.

Apabila kamu menggunakan komputer untuk melayari internet,

komputer kamu sedang berada dalam rangkaian komputer sedunia ini.

Justeru, kita dapat berhubung dengan kawan yang jauh terutama

yang tinggal di luar negara melalui internet. Internet juga digunakan

dalam urusan pentadbiran, hiburan, dan pendidikan. Pendek kata,

maklumat berkaitan dengan kehidupan dan aktiviti manusia dapat

diperoleh menerusi internet.

Page 3: Latihtubi

7. Manusia gemar menggunakan internet kerana ................

A. cantik dan mudah

B. murah dan seronok

C. canggih dan mudah

8. Nyatakan kata dasar bagi perkataan ”pendidikan” dalam petikan.

A. didik B. didikan C. pendidik

9. Kata lawan bagi perkataan mudah ialah ...........

A. mahal B. sukar C. kuat

10. Perkataan pelusuk dunia bermaksud ...............

A. merata-rata tempat di dunia

B. kawasan bandar utama di dunia

C. kawasan yang tertentu dan terhad sahaja

Page 4: Latihtubi

Soalan 11 hingga 15

Baca petikan di bawah.Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Sekolah Nadia akan mengadakan Minggu Pakaian Beragam. Nadia

dan rakan-rakannya, iaitu Sue Jen, dan Devi telah dipilih oleh Cikgu Huda

untuk memperagakan pakaian tradisi masing-masing.

Nadia akan memperagakan baju kurung, Sue Jen pula diminta untuk

memakai sepasang ceongsam manakala Devi akan memakai sari. Dua hari

sebelum pertandingan bermula, mereka dikehendaki membuat latihan di

dewan. Nadia , Sue Jen dan Devi kelihatan sungguh cantik apabila

memakai pakaian tradisi itu. Ramai guru yang memuji akan kecantikan

mereka. Mereka tersenyum sambil mengucapkan terima kasih atas pujian

tersebut.

11. Apakah acara yang akan diadakan di sekolah Nadia?

A Minggu Pakaian Tradisional

B Minggu Pakaian Beragam

12. Siapakah yang akan memakai ceongsam semasa minggu pakaian

Beragam?

A Devi

B Sue Jen

13. Di manakah mereka berlatih memperagakan pakaian tradisi itu?

A Di dewan

B Di rumah Cikgu Huda

Page 5: Latihtubi

14. Mengapakah mereka mengucapkan terima kasih?

A Dkerana diberi pujian

B Kerana mereka cantik

15. Pada pendapat anda Sue Jen berbangsa _______________

A Cina

B Kadazan