lawatan

download lawatan

of 7

description

kertas kerja lawatan

Transcript of lawatan

FUN Trip SMKTI

FUN Trip SMKTI2015

FUN TRIP (PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR)SMK TUNKU ISMAIL2015____________________________________________ANJURANPERSATUAN BAHASA INGGERISPANITIA MATEMATIKPANITIA SIVIK & KEWARGANEGARAANPANITIA PENDIDIKAN ISLAM & MORALPANITIA GEOGRAFIPANITIA PENDIDIKAN JASMANI & KESIHATAN

DENGAN KERJASAMAUNIT KOKURIKULUM SMKTIPIBG SMKTIKOPERASI SMKTI

1.RASIONALPembelajaran adalah satu proses yang tidak hanya tertakluk di dalam sekolah tetapi turut berterusan di luar sekolah. Pengalaman yang hanya boleh diperoleh di luar waktu persekolahan adalah amat penting sebagai suatu proses pembelajaran yang tidak hanya akan mematangkan pelajar, tetapi turut membuka minda mereka kepada idea idea baru dan memberi pendedahan kepada persekitaran yang berbeza. Walau bagaimanapun, kebanyakkan pelajar menghadapi ambatan untuk memperoleh pengalam dari persekitaran yang berbeza kerana faktor ekonomi dan sosial. Memahami akan kekangan yang dihadapi pelajar untuk menerokai dunia luar, pelaksanaan FUN Trip (Lawatan Sambil Belajar) ini adalah diharap berupaya menyediakan peluang dan menggalakkan pelajar untuk menimba ilmu dan mendedahkan diri kepada persekitaran yang berbeza. Pelajar akan didedahkan dengan aspek bahasa, intelektual, moral dan fizikal yang dapat diperoleh melalui aktiviti- aktiviti yang akan dilaksankan sepnajang lawatan ini.

2.MATLAMATBersesuaian dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, pelaksanaan lawatan ini dilihat sebagai suatu usaha yang berterusan yang tidak hanya tertumpu kepada pembelajaran di dalam kelas dimana pelajar diberi peluang untuk merasai pengalaman berbahasa Inggeris dan mengaplikasikan matematik di luar kelas sekaligus mampu memberi pendedahan kepada pelajar untuk meningkatkan keupayaan mereka dari aspek jasmani, emosi dan intelek serta mampu memberi sumbangan kepada kesejahteraan dan kemajuan diri, masyarakat, agama, bangsa dan negara. Pelajar juga berpeluang untuk melihat aspek-aspek alam sekitar yang sering dibaca di dalam buku serta berupaya mengamalkan nilai-nilai murni dalam konteks dunia sebenar. Dengan menyediakan ruang untuk peserta melibatkan diri di dalam suasana pembelajaran yang menyeronokkan serta autentik, lawatan ini bermatlamat untuk membantu pelajar membina kesedaran akan kepentingan ilmu dan diharap mampu menyediakan mereka untuk pembelajaran sepanjang hayat serta mampu melahirkan insan yang berketrampilan dan berilmu serta menyediakan sumber tenaga manusia yang efisyen demi kemajuan negara seiring dengan matlamat Kementerian Pendidikan Malaysia.

3. OBJEKTIF

Objektif Fun Trip ini adalah untuk membolehkan peserta :1. berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dengan yakin dan efektif secara optimum2. mempunyai pengalaman menggunakan bahasa tersebut dalam suasana yang menyeronokkan dan autentik3. merasai sendiri pengalaman sekelilingi alam sekitar serta melihat akan perkara yang dipelajari di dalam kelas4. membina sifat yang positif dengan menyemaikan nilai-nilai murni semasa pelaksanaan lawatan tersebut5. membina kualiti kepimpinan dengan melibatkan peserta sebagai pemimpin di dalam pelbagai aktiviti yang akan dilaksanakan sepanjang program tersebut6. berfikir secara kreatif dan kritis 7. menggunakan ilmu di dalam konteks dunia sebenar4.TEMALEARNING IS FUN 5. KONSEP PELAKSANAAN

Lawatan ini akan dilaksanakan berdasarkan konsep Pembelajaran melalui aktiviti. Oleh itu, beberapa aktiviti telah dirangka dengan menerapkan nilai nilai berikut;semangat kerjasama dan berpasukan1. nilai nilai kemanusiaan2. ketahanan fizikal, mental dan emosi3. pengukuhan sahsiah diri dan disiplin4. berdaya saing dan sikap toleransi5. kepimpinan

6. AKTIVITIAktiviti yang akan dijalankan ialah6.1 Latihan dalam kumpulan6.2 Treasure hunt6.3 Komunikasi autentik6.4 Sesi Rohani6.5 Ketahanan fizikal6.6 Bina Insan6.7 Pendedahan peluang pekerjaan6.8 Eksplorasi Alam

7.KETETAPAN PELAKSANAAN7.1 Tarikh: 31 Julai dan 1 Ogos 20157.2 Hari:Jumaat dan Sabtu7.3Tempat:Sekitar Pulau Pinang ( Teluk Bahang, Bayan Lepas dan Georgetown)7.4Pendaftarana) Tarikh: 31 Julai 2015b) Hari: Jumaatc) Masa: 7.00 pagid) Tempat: SMK Tunku Ismail

8.MAKLUMAT PENYERTAANLawatan ini terbuka kepada semua pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Ismail. Walaubagaimanapun, keutamaan diberikan kepada pelajar Tingkatan 5. Jumlah peserta adalah seramai 40 orang.

9.AHLI JAWATANKUASA FTPenaung:Puan Nooriah binti Bahari (Pengetua Cemerlang)Penasihat:Puan Low Swee Yuen ( PK Kokurikulum)En. Rosli bin Yaakub (GK Bahasa)En. Ko Kiew Pek (GK Sains & Matematik)Pn. Lee Shai Har (Ketua Panitia)Ketua Projek:Cik Nurul Farhana bt Basri Naib Ketua Projek:Pn. Aiza Salwa Bt AlwiSetiausaha:Cik Charis Ding Sue FeiNaib Setiausaha:Siti Salwa bt Suhaimi Bendahari:Pn. Farah Hayana binti IdrisNaib Bendahari: Pn. Nuraini Bt Mahmud

JAWATANKUASAJawatankuasaTugasan

Urusetia / Pendaftaran

Cik Nurul Farhana

Menyediakan jadual aktiviti lawatanMenyelaraskan perjalanan aktivitiMenguruskan pendaftaran pesertaMenyediakan murid untuk menyertai lawatanMenyediakan borang kebenaran ibu bapa

Dokumentasi

Cik SyazwaniCik CharisMenyediakan laporan aktiviti sepanjang lawatanMenyediakan sijil untuk peserta

Penginapan / Makan dan minum

Pn Lee Shai HarMenguruskan penginapan pesertaMemastikan penginapan selesa, kemas, bersih dan selamatMenyediakan makanan dan minuman untuk peserta dan mencukupi

Disiplin dan kerohanian

Pn Nuraini bt MahmudPn TanMemantau disiplin pelajar semasa lawatanMemastikan pelajar menunaikan solat secara berjemaahMengendalikan aktiviti kerohanian kepada muslim dan bukan muslim

Keselamatan / Kecemasan / Kebersihan

Pn Farah HayanaEn Saw Kian Tart

Memastikan keselamatan peserta sepanjang lawatan berlangsung Menyediakan bekalan ubat-ubatan serta peti rawatan yang sempurna dan mencukupiMenyediakan jadual pengawasan dan kawalan keselamatanMembuat makluman kepada pihak yang berkenaan berhubung lawatan yang dijalankanMenyediakan jadual untuk tugas kawalan keselamatan malam

Aktiviti / Fotografi

Pn Aiza SalwaPn Siti Salwa

Menyediakan aktivitiMengambil gambar sepanjang lawatan berlansung

10. JADUAL AKTIVITIJUMAAT7.00 7.30 pg:Pendaftaran Peserta

7.30 7.50 pg:Taklimat Ringkas

7.50 10.30 pg:Perjalanan ke Jump Street, Bayan Lepas

10.30 12.30 tghari:Aktiviti BINA INSAN di Jump Street

12. 30 2.30 ptg:Solat Jumaat / Zohor dan makan tengahari

2.30 5. 00 ptg:Lawatan ke Menara Kawalan Laluan Lintas Udara

5.00 5.30 ptg:Solat Asar dan minum petang

5.30 6.30 ptg:Perjalanan ke tempat penginapan di Bayan Lepas

6.30 9.00 mlm:Pengurusan Diri / Makan Malam / Solat

9.00 10.30 mlm:Maghrib / Aktiviti Kerohanian / Solat Isya

10.30 12.00 mlm:Aktiviti Berkumpulan ( Teknik Menguasai Bahasa Inggeris melalui peta minda, komunikasi , pembacaan dan muzik)Aktiviti berkumpulan( Matematik)

12.00 mlm: Tidur

SABTU5.00 6.00 pg:Pengurusan Diri

6.00 7.00 pg:Solat Subuh dan Sarapan

7.00 800 pg:Senam pagi

8.00 9.00 pg:Bertolak ke Escape, Teluk Bahang

9.00 12.00 tgh hari:Aktiviti treasure hunt di Escape

12.00 1.50 ptg:Rehat, solat dan makan tengahari

3.00 4.00 ptg:Bertolak ke Taman Negara Teluk Bahang , Pulau Pinang

4.00 6.00 ptg:Menerokai dan mempelajari ekosistem serta membersihkan kawasan

6.00 8.00 malam:Solat, dan makan malam

8.00 10.00 malam:Bertolak balik ke sekolah

11.ANGGARAN PERBELANJAANBILPerkaraButiranJumlahPeruntukan

1Bas(Pergi dan balik)RM1200RM 1200Pendidikan Islam dan Moral (RM 1000)Sumbangan Unit Ko-kurikulum(RM 200)

2.Penginapan RM 20 x 40 (Pelajar)

RM 800

3.Escape (Outdoor Park )*beserta langganan NewsPaper in Education sebanyak 40 issueRM 30 x 40 pelajarRM 1200

4.Jump Street (Team Building activities)RM 45 x 40 pelajarRM 1800

5.Makanan dan minuman

1.Sarapan,makan tengahari dan makan malam RM12 x 50 (pelajar dan guru pengiring) x 2 (hari)RM 1200

6Menyewa bot untuk aktiviti di Taman NegaraRM 100 x 6RM 600

7Bahan AktivitiRM15 x 40 pelajarRM 600

8Cenderahati1. ATC2. Taman NegaraRM 50RM 50RM 100

9T-shirt pesertaRM 20 x 40RM 800

JUMLAHRM 8400

12.SUMBER KEWANGANBILSUMBERBUTIRANJUMLAH

1Kutipan Wang dari PelajarRM 1000 x 40RM 4000

2Sumbangan Unit Ko-kurikulumRM 400 RM 400

3Sumbangan PIBGRM 800RM 800

4Sumbangan KoperasiRM 400RM 400

5Sumbangan Panitia MatematikRM 500 RM 400

6Sumbangan Panitia GeografiRM 500RM 400

7Sumbangan Panitia SivikRM 500RM 500

8.Sumbangan Panitia PJKRM 500RM 500

9Tabung Pend Islam & MoralRM 1000RM1000

JUMLAHRM 8400

* Sebarang perbelanjaan guru termasuk Penginapan dan Makanan akan ditanggung oleh guru-guru sendiri

13. PERATURAN LAWATAN

13.1. Setiap penyertaan mestilah diatas kerelaan peserta dengan kebenaran ibu dan bapa13.2. Semua peserta dikehendaki mematuhi peraturan dan arahan guru yang bertugas13.3. Setiap peserta perlu berada di kawasan yang telah ditetapkan13.4. Setiap peserta pelu mendapatkan kebenaran guru untuk meninggalkan kawasan aktiviti13.5. Peserta dilarang membawa sebarang barang barang kemas atau peralatan berbahaya.13.6. Telefon bimbit , wang dan kamera adalah dibawah penjagaan perserta sendiri. Guru tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan barangan tersebut.13.7. Peserta perlu peka terhadap keperluan keselamatan13.8. Peserta pelu menjaga kebersihan alam sekitar

11. PENUTUPAdalah amat diharap Fun Trip ini dapat memberi manfaat kepada para peserta dan juga meningkatkan kecemerlangan pelajar terutamanya dalam penguasaan Bahasa Inggeris. Kerjasama semua pihak diharap dapat membantu menjayakan kem tersebut sekaligus mampu mencapai objektif yang diharapkan.

Disediakan oleh ,Disemak oleh,

______________________________________Nurul Farhana binti BasriPuan Low Swee YuenKetua Projek Fun Trip PK KokurikulumSMK Tunku IsmailSMK Tunku Ismail

Disahkan Oleh :

_____________________Puan Nooriah binti BahariPengetua Cemerlang SMK Tunku Ismail