Lawatan ke Auditorium DBKL untuk Menyaksikan Teater · PDF fileLaporan Lawatan ke Auditorium...
Transcript of Lawatan ke Auditorium DBKL untuk Menyaksikan Teater · PDF fileLaporan Lawatan ke Auditorium...
Laporan Lawatan ke Auditorium DBKL untuk Menyaksikan Teater Bangsawan
Pada tarikh 15 Ogos 2015, iaitu hari Sabtu, Kelab Teater Kolej Permatapintar Negara telah
mengadakan satu rombongan lawatan ke auditorium DBKL untuk menyaksikan sebuah teater bangsawan
yang bertajuk Nila Kesuma. Tujuan lawatan ini adalah bagi memberi peluang kepada para ahli Kelab
Teater untuk menghayati kesenian dan kebudayaan teater dan belajar cara mempersembahkan sebuah
teater dengan cemerlang. Sebanyak 17 orang pelajar diiringi oleh 2 guru penasihat telah menyertai
rombongan ini.
Kami telah bertolak dari Dewan Serbaguna Pusat Permatapintar Negara pada pukul 5.00 petang
diiringi oleh Encik Mior Muhammad Saiful dan Puan Fazilah Husin. Disebabkan kesesakan lalu lintas dan
keadaan cuaca yang berhujan, kami tiba di auditorium DBKL pada pukul 7.00 petang. Selepas
mendapatkan tempat untuk makan malam yang dibawa daripada dewan makan Pusat Permatapintar
Negara, bendahari Kelab Teater, Amirah Nur Fatinah binti Faridam Shah, telah membawa duit sebanyak
RM190 untuk menuntut tiket teater yang sudah ditempah beberapa hari yang lepas yang berharga
sekeping RM10.
Selepas makan malam, pelajar Muslim menunaikan solat masing-masing manakala pelajar bukan
Muslim menunggu di lobi auditorium DBKL. Kami masuk ke dalam auditorium DBKL pada pukul 8.30
malam.
Nila Kesuma merupakan sebuah teater bangsawan yang memaparkan cerita tentang pengambilan
takhta seorang putera yang diarahkan untuk dibuang negeri semasa zaman bayi kerana dipercayai akan
membawa malapetaka kepada negara. Semasa diperintah untuk dibuang dari negeri puteri itu, ibunya,
iaitu isteri kedua raja rela dibuang negeri bersama anaknya. Walau bagaimanapun, mereka telah tinggal di
dalam hutan selama 20 tahun atas nasihat seekor makhluk hutan. Setelah putera Nila Kesuma membesar,
dia membantu sebuah negara untuk membunuh seekor raksasa yang telah banyak membunuh. Sebagai
tanda penghargaan budi, raja negara itu telah memberi tawaran untuk menghantar putera Nila Kesuma
kembali ke negara kelahirannya. Disebabkan kemangkatan raja negara kelahiran Nila Kesuma kerana
dibunuh oleh seorang bendahara, Nila Kesuma telah membunuh bendahara itu dan menaik takhta sebagai
raja.
Teater ini terbahagi kepada lima bab. Semasa menunggu pertukaran bab, pihak DBKL telah
menyediakan pelbagai persembahan yang lain seperti nyanyian lagu, tarian dan permainan alat muzik.
Persembahan-persembahan tersebut sungguh menarik dan mendapat tepukan gemuruh daripada para
penonton teater.
Teater Nila Kesuma telah berakhir pada pukul 11.00 malam. Suatu sesi pengenalan para pelakon
teater telah diadakan dan sesi pengambaran bersama para pelakon juga dijalankan. Akibat kesuntukan
masa, kami tidak sempat mengambil gambar bersama para pelakon teater dan hanya berkesempatan
mengambil gambar di luar auditorium DBKL. Selepas itu, kami balik ke Pusat Permatapintar Negara.
Lawatan ini telah berjalan dengan lancar. Semua peserta lawatan telah memberi kerjasama yang amat
menggalakkan. Diharapkan lawatan kebudayaan sebegini boleh diadakan setiap tahun kerana budaya
teater merupakan budaya tradisional kita.
Ahli Kelab Teater telah mengambil gambar bersama-sama di luar auditorium DBKL
Sesi pengambaran para pelakon teater bangsawan Nila Kesuma