Lawatan ke Cawangan-Cawangan Kementerian

20
Lawatan ke Cawangan-Cawangan Kementerian KANDUNGAN MENARIK Muka Surat 3 Muka Surat 5 Muka Surat 12 Muka Surat 15 Muka Surat 16 Mengenali Puan Sri Datuk Zakiah Hashim Pertandingan “RATU PUSPANITA” Lawatan Sambil Belajar ke Guangzhou, China Biro ICT, Seranta dan Penerbitan Sumbangan Kebajikan - Taman Sinar Harapan Kuala Kubu Bharu

Transcript of Lawatan ke Cawangan-Cawangan Kementerian

Page 1: Lawatan ke Cawangan-Cawangan Kementerian

Lawatan ke Cawangan-Cawangan Kementerian

KANDUNGAN MENARIK

Muka Surat 3 Muka Surat 5 Muka Surat 12 Muka Surat 15 Muka Surat 16

Mengenali Puan Sri Datuk Zakiah Hashim

Pertandingan “RATU PUSPANITA”

Lawatan Sambil Belajar ke Guangzhou, China

Biro ICT, Seranta dan Penerbitan

Sumbangan Kebajikan - Taman Sinar HarapanKuala Kubu Bharu

Page 2: Lawatan ke Cawangan-Cawangan Kementerian

Buletin PUSPANITA • Bil 1/2010

Dari Meja

Setitip KataBismillahirrahmanirrahim dan salam seharum kasturi.

Selawat dan salam atas junjungan Nabi S.A.W.

Bertemu lagi di keluaran BULETIN PUSPANITA 2010.

Semoga kita sentiasa dirahmati dan diberkati Allah S.W.T.

Tahun ini merupakan saat paling indah dalam diari

PUSPANITA apabila Yang Di Pertua PUSPANITA telah

sudi melapangkan masa melawat cawangan-cawangan

Kementerian dan beramah mesra sambil berkongsi

pandangan dan masalah dalam memastikan peranan

PUSPANITA sentiasa relevan dengan objektif penubuhannya.

Semoga usaha murni ini akan diteruskan pada masa-masa

akan datang.

Keluaran kali ini juga cukup istimewa kerana dapat

memaparkan aktiviti-aktiviti PUSPANITA melalui Diari

PUSPANITA untuk tatapan umum. Kepada Biro yang telah

menghantar laporan aktiviti diucapkan setinggi-tinggi

terima kasih kerana telah menyokong Biro ICT, Seranta dan

Penerbitan dalam memastikan BULETIN PUSPANITA 2010

diterbitkan.

Saya juga mengambil kesempatan ini merakamkan jutaan

terima kasih kepada Sidang Redaksi BULETIN PUSPANITA

2010 atas usaha mereka yang tidak pernah mengenal

putus asa dalam penerbitan Buletin kali ini.

Akhir kata “Semoga kita sentiasa menjadi insan yang

lebih memberi tetapi kurang dalam menerima”.

Datin Dr. Jamaliah Ahmad

Ketua Editor.

Ketua Editor YDP

SIDANG REDAKSIPENASIHATPuan Sri Wan Noorlina Wan Hussin

KETUA EDITORDatin Dr. Jamaliah Ahmad

EDITORPuan Sri Aishah Shamsuddin

WARTAWANSalwa RamliNoorlida Mohd. KhalidLim Soo ChinSiti Raihanah Abd. GhaniNorhuda Salleh

REKALETAK & CETAKANPercetakan Zainon Kassim Sdn. Bhd.

FOTOGRAFIUnit Audio Visual PUSPANITA

EDARAN PUSPANITA

DITERBITKAN OLEH PUSPANITA,Jalan Hose, KUALA LUMPUR

Kata Alu-aluan

Assalamualaikum W.B.T. dan salam 1Malaysia. Syukur ke hadrat Illahi kita dipertemukan lagi di

keluaran BULETIN PUSPANITA 2010.

Semoga tahun ini menjanjikan kita seribu kebahagiaan dan keharmonian

dalam kehidupan bersama insan-insan yang disayangi.

Saya terpanggil untuk menyuarakan rasa sedih dan hiba atas apa yang melanda masyarakat kita terutama golongan remaja, iaitu isu buang anak dan pertambahan kelahiran bayi di luar nikah. Kita sebagai wanita yang berada di barisan hadapan, dalam memastikan ‘kesempurnaan’ hidup setiap ahli keluarga dari segi pengisian rohani, harus memikir dan menyumbangkan sesuatu bagi mengatasi masalah ini.

Secara jujur, saya melihat isu ini berkait rapat dengan kepincangan dalam kehidupan sesebuah keluarga. Dewasa ini peranan ibu bapa telah mula diambil alih oleh pembantu rumah ataupun Pusat Penjagaan Kanak-Kanak. Ini disebabkan oleh hambatan masa dan dunia materialistik yang diinginkan oleh kita sendiri. Oleh itu, langkah awal bagi mengekang pelbagai gejala tidak sihat sebelum menjadi parah ialah memperbetulkan keadaan diri dan keluarga. Ingatlah bahawa harta kekayaan tanpa nilai kasih sayang akan menjerumuskan generasi akan datang dalam pelbagai masalah bukan sahaja kepada keluarga dan masyakarat tetapi lebih parah kepada negara.

Saya menyeru seluruh warga khususnya wanita di luar sana umumnya sentiasa dahulukan keluarga dalam segala hal. Kita tidak mahu mewujudkan hanya wanita yang berkerjaya sahaja, tetapi harus memastikan pembentukan generasi akan datang penuh dengan adab sopan dan jati diri yang tinggi.

Peranan wanita sebagai ibu dan isteri harus dipikul dengan penuh amanah dan selari dengan syariat Islam. Wanita adalah ciptaan terindah Oleh-Nya.

Salam hormat.

Puan Sri Wan Noorlina Wan Hussin,Yang Di Pertua PUSPANITA

Page 3: Lawatan ke Cawangan-Cawangan Kementerian

Personaliti bersama

Y Bhg. Datuk Zakiah telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam Malaysia sejak tahun 1971. Beliau telah berkhidmat dalam Kementerian Kesihatan,

Kementerian Dalam Negeri, Pendaftar Pertubuhan dan Kementerian Keusahawanan dan Koperasi.

Pada pendapat YBhg. Datuk Zakiah, PUSPANITA bernasib baik kerana ahli-ahlinya terdiri daripada wanita atau isteri kepada kakitangan perkhidmatan awam. Dengan menyatukan tenaga wanita dan memanfaatkan ‘expertise’ yang sedia ada, PUSPANITA akan dapat membangunkan wanita dan menjadikan PUSPANITA sebagai sebuah persatuan sukarela yang dapat memberi sokongan dan bantuan dalam pembangunan perkhidmatan awam.

Selain daripada itu, PUSPANITA juga bernasib baik kerana menerima geran kerajaan bagi menjayakan aktiviti-aktivitinya. Program-program yang dijalankan memberi ilmu dan kebaikan kepada ahli mereka. Ilmu yang diperolehi pula haruslah dikongsi bersama keluarga, rakan dan masyarakat. Dengan peningkatan ilmu pengetahuan ahli akan dapat membuat pilihan yang terbaik.

Puan Sri Datuk Zakiah Hashim

Perlembagaan PUSPANITA telah dibuat pindaan selama empat kali kerana diubahsuaikan dengan keperluan semasa. Adalah penting bagi PUSPANITA membangunkan satu sistem dan modul yang boleh digunapakai selaras dengan kemantapan PUSPANITA yang telah bergerak dari sistem manual kepada sistem Teknologi Maklumat (IT).

YBhg. Datuk Zakiah menekankan bahawa pentingnya ahli mempunyai fikiran terbuka dan hendaklah cuba membuat yang terbaik semasa berkhidmat dalam PUSPANITA. Ilmu pengetahuan serta kebijaksanaan yang diperolehi eloklah dikongsi bersama dengan rakan-rakan supaya ilmu dapat berkembang. Selama 33 tahun berkhidmat dalam Perkhidmatan awam, YBhg. Datuk telah banyak membantu PUSPANITA menjadi sebuah NGO yang matang dan bergerak di atas landasan yang betul.

Beliau telah memegang jawatan Ketua Setiausaha Kementerian Keusahawanan dan Koperasi dari tahun 2001 sehingga beliau bersara pada tahun 2004. YBhg. Datuk Zakiah mengisi masa lapang dengan hobinya “Decorative Painting “ yang banyak memberi kepuasan dan ketenangan fikiran.

Wanita kecil molek dengan senyuman mesra menjemput saya masuk ke dalam rumahnya. Beliau ialah YBhg. Puan Sri Datuk Zakiah Hashim – wanita yang bertanggungjawab menyediakan Perlembagaan PUSPANITA, 28 tahun yang lalu.

3PUSPANITA

Wanita Sepakat Negara Meningkat

Page 4: Lawatan ke Cawangan-Cawangan Kementerian

PUSPANITA sungguh bernasib baik kerana memperoleh akauntan yang bertauliah bagi mengurus kewangannya. Sebuah Persatuan NGO yang besar seperti PUSPANITA memang memerlukan

pendapatan dan perbelanjaannya diuruskan secara profesional. Dengan itu sejak penubuhannya pada tahun 1983, Datin Fadzilah telah menjadi Bendahari Agung PUSPANITA yang ketiga selepas YBhg. Puan Sri Aisyah binti Mansor dan YBhg. Datin Nadzley binti Noordin yang mana mereka semua ini merupakan Akauntan yang terkenal di kalangan profesion ini. Datin Fadzilah berpandangan sebagai pertubuhan kerajaan PUSPANITA sungguh bertuah kerana mempunyai ramai ahli yang terdiri daripada anggota Perkhidmatan awam wanita dan juga isteri anggota Perkhidmatan Awam yang kerjaya mereka meliputi dari peringkat rendah hingga tertinggi. Ahli-ahli yang begini sudah pasti dapat menjalankan tugas dengan baik dan membanggakan. Dalam masa beliau bertugas sebagai Bendahari Agung, beliau bersyukur kerana telah berpeluang berkenalan dengan wanita daripada pelbagai profesion yang menerajui biro-biro dalam merancang dan melaksanakan program PUSPANITA. Beliau telah menimba banyak pengalaman semasa bertugas di PUSPANITA.

Setelah bersara Datin Fadzilah banyak melibatkan diri dalam kerja-kerja sukarela. Beliau aktif sebagai bendahari agung dan juruaudit dalaman dalam Persatuan Persara Kerajaan Malaysia. Beliau juga aktif sebagai ahli majlis dalam “The Malaysian Institute of Certified Public Accounts”. Dengan melibatkan diri dalam kerja-kerja sukarela telah membolehkan Datin Fadzilah bertemu dan berkenalan dengan pelbagai lapisan masyarakat serta memberi peluang kepadanya menyampaikan ilmu berkaitan dengan kewangan.

Pada masa ini, Datin Fadzilah amat berminat dengan kerja-kerja kraf yang dihasilkan daripada bahan-bahan kitar semula. Beliau juga bersedia mengajar kraf ini kepada sesiapa yang berminat. Datin Fadzilah kelihatan relaks dan tenang dengan menjalankan kerja-kerja yang diminatinya.

Datin Fadzilah Binti Saad

Personaliti bersama

Yang Berbahagia Datin Fadzilah binti Saad adalah seorang akauntan yang bertauliah. Seluruh kerjayanya adalah di Jabatan Akauntan Negara Malaysia sehingga bersara pada 1996.

Buletin PUSPANITA • Bil 1/2010

4 PUSPANITA

Page 5: Lawatan ke Cawangan-Cawangan Kementerian

Pada kesempatan ini kami juga dibawa ke bandar Shenzen di mana kami dapat melihat kehidupan Masyarakat Islam di situ dan menziarahi makam Abi Waqas iaitu salah seorang sahabat Nabi Muhammad S.A.W. Ahli JKT juga dibawa ke pusat membeli belah terbesar di Shenzen iaitu ‘Hai Yin Market’ serta lawatan ke pusat kraftangan dan ‘Landmark of Guangzhou’. Lawatan ini berjaya mengeratkan silaturahim antara PUSPANITA dengan kakitangan Konsulat di Guangzhou.

Satu lawatan sosial seramai 20 orang ahli JKT PUSPANITA Kebangsaan ke Guangzhou, China telah diadakan pada 24 hingga 28 Februari 2010. Lawatan ini telah diketuai

oleh Puan Aziah, Naib YDP III selaku ketua delegasi.

Pada 25 Februari 2010, rombongan telah melakukan kunjungan hormat ke Konsulat Malaysia di Guangzhou. Rombongan kami telah disambut dan diraikan oleh isteri Konsulat iaitu Puan Radiah bersama-sama kakitangan pejabat Konsulat. Satu taklimat ringkas telah disampaikan oleh Puan Radiah kepada ahli-ahli rombongan diikuti dengan lawatan ke persekitaran bangunan Konsulat.

Program Retreat PUSPANITA di Colmar Tropicale Bukit Tinggi, Pahang

DIARI

Makam Abi Waqas

Bertukar Cenderahati bersama Puan Radiah, isteri Konsulat

Bergambar kenangan di hadapan tempat penginapan

Program ‘Retreat’ Ahli Jawatankuasa Kerja Tertinggi (JKT) telah diadakan pada

6 hingga 8 Januari 2010. Program ini bertujuan untuk membincang perkara-perkara penting bagi melicinkan perancangan aktiviti PUSPANITA untuk tahun 2010.

Dalam mesyuarat yang telah dijalankan, ahli-ahli mengemukakan cadangan aktiviti-aktiviti Biro masing-masing untuk dibincangkan bersama. Antara aktiviti sampingan semasa program adalah senamtari, sukan bowling, lawatan ke Taman Jepun dan persekitaran resort Colmar Tropicale Bukit Tinggi.

Lawatan Sambil Belajar keGuangzhou, China

5PUSPANITA

Wanita Sepakat Negara Meningkat

Page 6: Lawatan ke Cawangan-Cawangan Kementerian

DIARI

Bertempat di Hotel Impian, Ipoh Perak, Mesyuarat Majlis Tertinggi kali ke-3 bagi sesi 2009-2011 telah diadakan pada 26 Mac 2010, di mana PUSPANITA Negeri

Perak, YBhg. Datin Faridah Din telah menjadi tuan rumah. Setiausaha Negeri Perak banyak memberi bantuan sepanjang dua hari. Ahli MT dan JKT memakai baju PUSPANITA semasa bertolak daripada Jalan Hose untuk upacara makan tengah hari bersama Menteri Besar Perak YAB Dato’ Seri Dr. Zambry Abd Kadir. Pakaian seragam rasmi yang baru mula kami gunakan sempena mesyuarat ini.

Selepas bermesyuarat di sebelah petang, kami dibawa melawat ke kota lama yang terkenal iaitu Kellie’s Castle di Ipoh. Kami juga dibawa melawat ke Kilang Rendang Tok Mak Nik, tempat menyediakan rendang tok yang terkenal di negeri ini. Di sebelah malam pula kami diraikan oleh PUSPANITA Negeri Perak dengan jamuan makan malam dan pakaiannya bertemakan Hitam Putih.

Mesyuarat Majlis Tertinggi di Ipoh Perak

Makan tengah hari bersama Menteri Besar Perak

Kelli’s Castle Mesyuarat MT sedang berjalan

Bergambar kenangan bersama penaung PUSPANITA Negeri Perak

Buletin PUSPANITA • Bil 1/2010

6 PUSPANITA

Page 7: Lawatan ke Cawangan-Cawangan Kementerian

DIARI

MMesyuarat Agung Perwakilan PUSPANITA kali ke-28 telah diadakan pada hari khamis 6 Mei 2010 di Dewan De’ Seri Endon Puspanitapuri dan telah

dirasmikan oleh YBhg. Tan Sri Mohd Sidek Hassan, Ketua Setiausaha Negara (KSN). Mesej pertama yang disampaikan ialah mengenai pentingnya PUSPANITA mengamalkan perbelanjaan berhemah berlandaskan prinsip value for money.

KSN juga mengingatkan ahli PUSPANITA supaya mengguna pakai serta mematuhi peraturan dan prosedur Kerajaan yang sedia ada, khususnya berkaitan perolehan sesuatu barangan atau perkhidmatan. Selain daripada itu, setiap program atau aktiviti yang ingin dijalankan dirancangkan dengan rapi terlebih dahulu bagi memastikan peruntukan kewangan digunakan sebaik mungkin serta mendapat manfaat yang optimum.

Mesyuarat Agung Perwakilan PUSPANITA ke-28

Beliau menasihatkan supaya ahli-ahli sentiasa berintegriti dalam setiap tindakan dan pelaksanaan dari segi mengurus masa, menyediakan maklumat, memberikan perkhidmatan, mahupun dalam hubungan dengan ketua dan rakan sekerja.

Akhir sekali beliau menegaskan perkara-perkara asas yang perlu diberikan perhatian dan penekanan oleh setiap ahli PUSPANITA bagi memastikan persatuan ini terus unggul dan berjaya serta menjadi contoh kepada NGO-NGO lain.

Pada upacara yang sama, KSN telah menyampaikan Anugerah Khas 2009 kepada YBhg. Puan Sri Norshaadah Mohd Nor (Pengerusi Jabatan Perdana Menteri). Dua cawangan PUSPANITA peringkat kementerian yang telah menerima anugerah berprestasi bagi tahun 2009, ialah cawangan Kementerian Pelajaran dan cawangan Kementerian Kesihatan. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kepada Puan Nornazimah Abd Razak (kakitangan PUSPANITA) dan Anugerah Pekerja Dedikasi kepada Puan Norhashimah Jamaluddin (kakitangan PUSPANITA).

Puan Sri Wan Norasiah binti Che Jaafar menerima Anugerah bagi pihak Kementerian Pelajaran Malaysia

KSN menandatangani Buku Pelawat

7PUSPANITA

Wanita Sepakat Negara Meningkat

Page 8: Lawatan ke Cawangan-Cawangan Kementerian

Program Seni Jahitan Kreatif anjuran PUSPANITA Kebangsaan dengan kerjasama Epal Mostwell Sdn. Bhd. telah berjaya diadakan di Dewan De’

Seri Endon, Puspanitapuri pada 10hb Februari 2010. Seramai 38 orang peserta telah mendapat kemahiran asas mengitar semula pakaian untuk dijadikan aksesori seperti beg tangan, kasut, alas meja dan sebagainya.

Program Seminar dan Bengkel Keusahawan Asas tani telah mendapat sambutan luar biasa daripada ahli PUSPANITA di mana lebih 500 orang telah berjaya menamatkan bengkel kemahiran selama dua hari bertempat di Dewan De’ Seri Endon Puspanitapuri pada 30 hingga 31 Mac 2010. Program kerjasama Biro dengan pihak Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) telah dirasmikan oleh Ketua Setiausaha MOA, YBhg. Dato’ Mohd Mokhtar Ismail.

Enam jenis bengkel telah dianjurkan iaitu:1. Bengkel Jahitan Manik 2. Bengkel Urutan3. Bengkel Kosmetik 4. Bengkel Masakan 5. Bengkel Kraf Kreatif dan 6. Bengkel Aura Jati Diri.

Biro Keusahawanan

Sempena Mesyuarat Agung Perwakilan PUSPANITA 2010 pada 6 Mei, Biro Keusahawanan telah menyediakan tapak perniagaan kepada ahli-ahli dan bukan ahli dengan bayaran yang minima. Sebanyak 105 tapak disediakan untuk memberi peluang kepada peniaga-peniaga memasarkan barangan mereka.

KSN merasmikan tapak perniagaan sempena Mesyuarat Agung PUSPANITA ke-28

DIARI

Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian YBhg. Dato´ Mohd Mokhtar Ismail melawat tapak gerai pameran

Buletin PUSPANITA • Bil 1/2010

8 PUSPANITA

Page 9: Lawatan ke Cawangan-Cawangan Kementerian

Biro Pendidikan dan Pembangunan Keluarga Seminar Kekeluargaan: Cabaran Terkini Menangani Masalah Remaja

Pada 17 April 2010, seminar di atas telah diadakan bermula jam 8.00 pagi hingga 2.00 petang bertempat di Auditorium Kompleks E, Presint 1 Putrajaya. Seminar ini

adalah anjuran Biro Pendidikan dan Pembangunan Keluarga, PUSPANITA Kebangsaan. Walau bagaimanapun YBhg. Puan Sri Wan Noorlina Wan Hussin, YDP PUSPANITA tidak dapat hadir kerana berada di sekolah anaknya pada masa yang sama untuk meraikan kejayaan cemerlang anaknya dalam peperiksaan SPM 2009. Dengan itu majlis telah dirasmikan oleh YBhg. Tan Sri Dr. Zulkefli bin A. Hassan, Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi.

Seminar ini telah dihadiri dengan jayanya oleh 300 orang peserta yang terdiri daripada pelajar serta guru pengiring dari sekolah sekitar Putrajaya iaitu SMK Presint 9(1), SMK Presint 9(2), SMK Presint 18(1) dan ahli Majlis Tertinggi PUSPANITA Kebangsaan serta ahli PUSPANITA Cawangan Kementerian- Kementerian.

Ceramah pertama telah disampaikan dengan begitu menarik oleh Prof. Madya Dr. Mohd. Arip Kasmo, Pensyarah Pusat Pengajian Umum, Universiti Kebangsaan Malaysia dengan tajuk

”Membina Akhlak Pelajar Menerusi Quran dan Sains” . Beliau memyampaikan ceramah dalam bentuk yang amat berbeza iaitu menangani masalah remaja dengan memperkukuhkan akidah menerusi penghayatan sains dalam Al-Quran.

Ceramah kedua telah disampaikan dengan penuh semangat oleh Tuan Haji Shamsul Bahrain Haron, Pegawai Kaunseling, Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) Shah Alam dengan tajuk “Perubahan Pemikiran Mengubah Kehidupan”. Beliau menekankan cara mengatasi masalah dengan perubahan pemikiran akan dapat mengubah kehidupan setiap individu di muka bumi ini.

Reaksi dan tindakbalas peserta begitu positif terhadap ceramah yang disampaikan. Mereka amat berpuas hati kerana ceramah menangani masalah remaja masa kini disampaikan dalam bentuk nasihat alternatif dengan gaya yang berbeza dan penyampaian yang amat menarik. Pelajar tidak merasa tertekan untuk mendengar ceramah, malahan mereka terhibur dengan maklumat yang disampaikan oleh kedua-dua penceramah yang dijemput khas daripada IPTA tempatan di bawah Kementerian Pengajian Tinggi.

Ybhg. Tan Sri Dr. Zulkefli bin A. Hassan bersama pengerusi Biro Pendidikan dan Pembangunan Keluarga

Sebilangan pelajar-pelajar sekolah yang menyertai seminar

Ybhg. Tan Sri menyampaikan cenderahati kepada pencemarah

DIARI

9PUSPANITA

Wanita Sepakat Negara Meningkat

Page 10: Lawatan ke Cawangan-Cawangan Kementerian

Lawatan YDP YBhg. Puan Sri Wan Noorlina bte Wan Hussin

DIARI

Ke Cawangan-Cawangan Kementerian Bersama-Sama Ahli Jawatan Kuasa Kerja Tertinggi PUSPANITA

Objektif lawatan ke Cawangan-Cawangan PUSPANITA di Kementerian-kementerian adalah untuk memahami lebih dekat lagi budaya kerja dan masalah yang dihadapi oleh ahli-ahli di samping merapatkan silaturahim. Oleh kerana sebilangan besar ahli berada di Kementerian – Kementerian, YBhg. Puan Sri Wan Noorlina berpandangan lebih sesuai beliau dan JKT berjumpa dengan pengerusi dan ahli jawatankuasa kerja untuk tujuan tersebut.

Beliau menegaskan kumpulan ini yang telah merancang dan memantau pergerakan cawangan-cawangan kecil yang lain. Maklumat-maklumat hasil daripada lawatan beliau dan JKT yang terkumpul boleh disebarkan kepada ahli-ahli yang lain nanti.

Di antara kementerian-kementerian yang sempat mereka lawati ialah:

Kementerian Kesihatan Malaysia

Jabatan Perdana Menteri

Kementerian Dalam Negeri

Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan

Kementerian Kerja Raya

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

28 JANUARI

23 FEBRUARI

10 MAC

11 FEBRUARI

9 MAC

12 MAC

Buletin PUSPANITA • Bil 1/2010

10 PUSPANITA

Page 11: Lawatan ke Cawangan-Cawangan Kementerian

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani

Kementerian Pengajian Tinggi

Kementerian Kewangan

Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar

Kementerian Sumber Manusia

Kementerian Pelajaran Malaysia

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan

Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komditi

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

13 APRIL

18 MEI

22 JUN

13 JULAI

27 JULAI

29 APRIL

18 JUN

8 JULAI

20 JULAI

28 SEPTEMBER

11PUSPANITA

Wanita Sepakat Negara Meningkat

Page 12: Lawatan ke Cawangan-Cawangan Kementerian

DIARI

Pada 5 Mei 2010, jam 8.30 pagi bertempat di Pusat Bowling Alamanda, Putrajaya, telah diadakan Kejohanan Tenpin Bowling sempena Mesyuarat Agung PUSPANITA

yang bermula daripada 9.30 pg. hingga 3.00 ptg. dengan menggunakan 40 lane untuk 3 games. Seramai 350 orang peserta menyertai pertandingan. Kategori perseorangan seramai 22 orang yang terdiri daripada VIP dan 29 kumpulan yang terdiri daripada 4 orang pemain.

Johan kategori perseorangan VIP dimenangi oleh YBhg. Puan Sri Datin Hendon binti Yusoff, PUSPANITA cawangan Jabatan Perdana Menteri. Johan Perseorangan disandang oleh YBhg. Datin Anum Fawzia binti Abdul Wahab PUSPANITA cawangan Negeri Pahang. Bagi kategori berkumpulan, johan disandang oleh PUSPANITA negeri Pahang.

Biro Sukan dan Sosial

Pada malam itu Majlis Ladies Night PUSPANITA Kebangsaan bertemakan Busana Warisan Melayu berlangsung di De’ Seri Endon, Puspanitapuri, Putrajaya. Satu Pertandingan “Ratu PUSPANITA” dan pertandingan nyanyian “Tiru Macam Saya” diadakan. Dalam Pertandingan ‘Ratu PUSPANITA” Puan Rus Sri Rani binti Tunggal dari Kementerian Pengajian Tinggi memenangi tempat pertama, Puan Shanti a/p Krisnan dari kementerian Kesihatan di tempat kedua dan dan Cik Yee Sai Siew dari Kementerian Luar Negeri di tempat ketiga. Masing-masing membawa pulang RM500, RM400 dan RM300

Pertandingan Nyanyian “Tiru Macam Saya” telah dimenangi oleh Nur Intan binti Ishak dari PUSPANITA Pulau Pinang, Puan Rohayu binti Baharuddin dari PUSPANITA negeri Melaka di tempat kedua dan Puan Yusnani binti Mohd Yusuf dari Kementerian Belia dan Sukan di tempat Ketiga. Masing-masing membawa pulang RM300, RM200 dan RM100.

Pemenang Pertandingan Ratu PUSPANITA

Buletin PUSPANITA • Bil 1/2010

12 PUSPANITA

Page 13: Lawatan ke Cawangan-Cawangan Kementerian

DIARI

Misi Hijau merupakan agenda yang telah mendapat perhatian daripada kerajaan, pihak swasta dan badan bukan kerajaan. Usaha PUSPANITA dalam

memperjuangkan pengekalan alam semulajadi telah bermula sedekad yang lalu. Pelbagai program dan aktiviti telah dijalankan dalam memberi informasi dan kesedaran kepada semua ahli dan juga ’stakeholder’ seperti bengkel, seminar yang dianjurkan di dalam Malaysia atau pun luar negara.

Pada tahun 2010, PUSPANITA sekali lagi mengambil langkah proaktif menganjurkan ’SEMINAR PUSPANITA PELOPOR MISI HIJAU & KITAR SEMULA’. Seminar telah diadakan pada 23hb Jun 2010 (Rabu) di PUSPANITAPURI, Putrajaya. Seminar tersebut telah dirasmikan oleh Ketua Setiausaha Negara YBhg. Tan Sri Tan Sri Mohd. Sidek Hassan. Seminar ini telah dihadiri oleh 500 orang peserta yang terdiri daripada ahli PUSPANITA daripada setiap cawangan Kementerian, Negeri dan ahli jawatankuasa kerja tertinggi PUSPANITA. Sambutan yang menggalakkan menunjukkan keprihatinan setiap ahli PUSPANITA tentang isu penjagaan alam sekitar dan mengekalkan kesejahteraan sejagat.

Objektif seminar ialah:

• Mengurangkan sisa pepejal kepada 50%.

• Mengurangkan sumber tanah untuk dijadikan tapak pelupusan.

• Mempromosikan ”healthy living” dengan adanya organic edible garden dan hidroponik di setiap rumah

• Mengekalkan dan mengimbangi ekologi alam semulajadi

• Menjimatkan perbelanjaan rumah khususnya dan negara amnya dalam pembelian serta pengimportan makanan hijau.

Seminar ini telah menggabungkan tenaga tiga Biro di dalam Jawatankuasa Kerja Tertinggi PUSPANITA dengan dipengerusikan oleh Naib Yang Dipertua II PUSPANITA Kebangsaan iaitu Dato’ Ar Puteh Kamariah Binti Mohamad. Biro-biro yang terlibat adalah Biro Pendidikan dan Pembangunan Keluarga yang dipengerusikan oleh YBhg. Puan Sri Noridah Nachara Hamat, Biro Pembangunan Alam Bina Lestari yang dipengerusikan oleh YBhg. Datin Muhibbah Abd. Manap dan Biro Keusahawanan yang dipengerusikan oleh YBhg. Datin Hjh. Mardhiah Md. Zin. Barisan jawatankuasa kerja yang bekerja keras menjayakan seminar terdiri daripada ahli jawatankuasa kerja biro dengan kerjasama kakitangan PUSPANITA Kebangsaan.

Seminar satu hari ini dipenuhi dengan informasi berkaitan menghijaukan bumi dan menggunakkan bahan buangan sebagai suatu yang bermanfaat. Penceramah yang berpengetahuan dalam bidang ini telah dijemput iaitu:

• Datuk Haji Zaini Bin Md. Nor, Ketua Eksekutif Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam telah menyampaikan ceramah bertajuk ’Ke Arah Pengurangan Sisa: Kitar Semula’.

• Tuan Haji Abdul Rahim Bin Rashid, Hortikultur UPM telah menunjukkan secara teori dan praktikal di bawah tajuk ’Sisa Pepejal (Makanan) Dikitar Semula Dijadikan Kompos, Tanaman Edible Plants (Growth Bags) dan Penyediaan Botanical Insecticide’.

• Encik Ahmad Bin Haji Yahya, Pengarah Urusan Kazzponic Sdn Bhd telah menyampaikan ceramah ’Tanaman dengan Kaedah Hidroponik/Hidrokultur’ dan seterusnya mengada- kan sesi demontrasi penanaman hidroponik kepada peserta seminar.

Biro Pembangunan Alam Bina Lestari

13PUSPANITA

Wanita Sepakat Negara Meningkat

Page 14: Lawatan ke Cawangan-Cawangan Kementerian

DIARI

Seminar Memperkasakan Pengguna dengan kerjasama PUSPANITA kebangsaan Cawangan Negeri Melaka dan Kementerian Perdagangan

Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan telah diadakan pada 23 Julai 2010 bertempat di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka. Majlis ini telah dirasmikan oleh YB. Dato’ Tan Lian Hoe. Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Turut hadir ke majlis perasmian tersebut ialah Y.Bhg. Puan Sri Wan Noorlina binti Wan Hussin, YDP PUSPANITA Kebangsaan yang telah memberi ucapan alu-aluan. YBhg. Datin Farah Lau Abdullah, Pengerusi PUSPANITA cawangan KPDNKK dan Y. B. Datuk Latipah Omar, Jawatankuasa Pengangkutan, Penerangan dan Pengguna Negeri Melaka juga ada bersama.

Seramai 400 peserta telah menghadiri seminar tersebut yang terdiri daripada ahli-ahli PUSPANITA Negeri Melaka serta pegawai dan kakitangan Pejabat SUK.

Tujuan diadakan program ini adalah untuk memastikan wanita mendapat maklumat terkini mengenai isu-isu kepenggunaan.Tiga Tajuk ceramah yang telah dibentangkan ialah:

• Ke Arah Pengguna Lestari oleh wakil KPDNKK Penggunaan lestari (sustainable consumption) adalah merupakan satu komponen yang penting dalam Dasar Pengguna Negara (DPN). “Meningkatkan usaha kearah amalan penggunaan lestari (sustainable consumption) di kalangan pengguna, pembekal/pengilang dan Kerajaan untuk menjamin kesejahteraan dan kebajikan pengguna

dalam era globalisasi dan liberalisasi perdagangan”. Dasar Pengguna Negara (DPN)

• Pengurusan Kewangan Secara Berhemah Pengurusan Kewangan merujuk kepada suatu proses yang melibatkan perancangan pengagihan dan penggunaan tenaga manusia, modal (wang tunai), barangan (aset) dan perkhidmatan bagi memenuhi matlamat sesebuah organisasi. Satu proses di mana sesebuah organisasi perlu mengikut langkah-langkah tertentu untuk memperolehi dan seterusnya mengagih- kan sumber-sumber berdasarkan kepada keutamaan tertentu.

• Pemakan dan Kesihatan Pengguna Apabila memilih makanan dalam tin yang selamat, pastikan tin itu tidak kemek, kembung atau berkarat, tudungnya tidak kembung, tidak dicampur dengan bahan lain yang lebih murah. Jika makanan yang dibungkus pastikan tidak bocor atau kotor dan tidak menggunakan bahan bercetak (majalah dan surat khabar) untuk membungkus.

Biro Kepenggunaan dan Perundangan

YB Dato’ Tan Lian Hoe mendapatkan pemerikasaan kesihatan

Buletin PUSPANITA • Bil 1/2010

14 PUSPANITA

Page 15: Lawatan ke Cawangan-Cawangan Kementerian

DIARIDIARI

Tanggal 28 Julai 2010 rombongan PUSPANITA Kebangsaan yang terdiri daripada Yang Di Pertua PUSPANITA, Timbalan yang Di Pertua II, Setiausaha Agung PUSPANITA, Ketua Biro

ICT dan 10 orang AJK Biro Kebajikan, Agama dan Ahli Seumur Hidup telah menyertai majlis penyampaian tersebut.

Sebaik tiba di Taman Sinar Harapan, kami disambut oleh Pengetuanya Encik Saiful Nizam dan barisan kakitangannya. Pengetua memaklumkan dalam ucapannya bahawa ini adalah julung kalinya PUSPANITA melawat Rumah kebajikan ini sejak dibuka pada tahun 1983. Kini terdapat 198 penghuni dan satu- satunya rumah kebajikan yang menjaga penghuni kurang upaya dan orang tidak bernasib baik. Taman ini turut mempunyai Doktor Pakar, Pembantu Perubatan, Juru Fisioterapi dan sekarang sedang mengadakan kursus ‘Dohas Hao’ iaitu melatih penghuni yang terbaring dengan ’exercise’.oleh Pakar dari Jepun.

Yang Di Pertua PUSPANITA YBhg. Puan Sri Wan Noorlina Wan Hussin dalam ucapannya memaklumkan bahawa ini adalah aktiviti komuniti tahunan PUSPANITA dan sifat keprihatinan PUSPANITA terhadap warga kurang upaya dan memberi bantuan berupa wang ataupun peralatan. PUSPANITA telah menyumbangkan 7 buah kerusi roda jenis recliner dan 2

Biro Kebajikan Agama dan ASHPenyampaian Sumbangan Kebajikan Kepada Taman Sinar Harapan Kuala Kubu Bharu

buah kerusi roda biasa. Selain itu sumbangan berupa 12 set pampers dewasa, 10 helai kain batik, 20 bedak talcum, buah buahan, coklat dan baju t-shirt.

Ahli rombongan telah dibawa melawat blok penghuni yang terlantar di atas katil. Kami diberi penerangan di setiap blok yang dilawati. Selesai lawatan, ahli rombongan telah dijamu dengan makan tengah hari. Penghuni bernama Shafi telah mendendangkan beberapa buah lagu untuk hiburan para tetamu.

15PUSPANITA

Wanita Sepakat Negara Meningkat

Page 16: Lawatan ke Cawangan-Cawangan Kementerian

DIARI

Biro ICT, Seranta dan Penerbitan

BBengkel ICT untuk ahli Majlis Tertinggi (MT) Kementerian dan Negeri dan Jawatankuasa

Kerja Tertinggi (JKT) telah diadakan pada 5 Ogos 2010 dari 9.30 pagi hingga 4.30 petang bertempat di Bilik Latihan ICT, Unit Perancang Ekonomi dan Bilik Latihan ICT, MAMPU, Jabatan Perdana Menteri. Dua orang fasilitator dari JPM yang mengendalikan bengkel ini ialah; Puan Salwa Ramli dan Cik Maslina Jailani. Bengkel tersebut telah dirasmikan oleh Puan Sri Wan Noorlina Wan Hussin, YDP PUSPANITA.

Objektif utama Bengkel ICT ini diadakan untuk memperkasa-kan kemahiran ICT di kalangan ahli MT dan JKT. Di samping itu juga, hubungan rasmi antara pihak pusat dan sekretariat boleh dilakukan dengan lebih cepat dan mudah.

Dalam teks ucapan perasmian YPD Puan Sri Wan Noorlina, ahli

MT dan JKT boleh berkomunikasi dan saling bertukar pendapat melalui komputer tanpa sempadan. Ini juga dapat menjimatkan masa dan mempercepatkan proses penghantaran maklumat.

Laman sosial seperti Facebook dan Blog boleh digunakan sebagai satu medium perhubungan yang pantas dan berkesan serta dapat memberi ruang kepada ahli MT dan JKT untuk berinteraksi dengan lebih rancak di mana sahaja dan bila-bila masa.

Seramai 40 peserta bengkel yang terdiri daripada ahli MT dan JKT dipilih untuk mengikuti Bengkel ICT ini. Ianya terdiri dari dua modul iaitu modul asas dan modul lanjutan. Aktiviti- aktiviti di dalam bengkel adalah termasuk :

• MewujudkanAkaunGmail• MempelajariCaraMenggunakanFacebook• MembinaLamanBlogmenggunakanBlogger• MelayariInternet

Buletin PUSPANITA • Bil 1/2010

16 PUSPANITA

Page 17: Lawatan ke Cawangan-Cawangan Kementerian

Warna-Warni Aidilfitri PUSPANITA

Pada 4 Oktober 2010, PUSPANITA kebangsaan telah mengadakan Majlis Jamuan Hari Raya dengan tema Warna Warni Aidilfitri. Majlis telah dihiburkan oleh beberapa

ahli PUSPANITA yang telah memenangi acara pertandingan nyanyian yang dianjurkan oleh PUSPANITA kebangsaan.

Persembahan spontan telah disampaikan oleh Biro Pendidikan dan Pembangunan Keluarga serta Biro Pembangunan Alam Bina Lestari.

Sempena Majlis ini juga, PUSPANITA kebangsaan di bawah kelolaan Biro Kebajikan Agama dan ASH telah meraikan 40 orang anak-anak yatim dari Rumah Darul Kifayah YBhg. Puan SRI Wan Noorlina Wan Hussin telah menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim.

Anak-anak dari Rumah Darul Kifayah

DIARI

17PUSPANITA

Wanita Sepakat Negara Meningkat

Page 18: Lawatan ke Cawangan-Cawangan Kementerian

Satu Lawatan Persahabatan Majlis Kerja Tertinggi yang diketuai oleh YBhg. Puan Sri Noorlina binti Wan Hussin telah diadakan pada 30 Jun 2010 di Rumah BAKAT,

Tentera Darat Kem Sungai Besi Kuala Lumpur jam 3.00 petang. YBhg. Puan Sri Datin Sri Noorainee bte Abd Rahim, Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT Angkatan Tentera Malaysia telah sudi menerima lawatan persahabatan ini.

Tujuan lawatan ini ialah untuk berkenalan dan menjalinkan hubungan ukhwah. Pepatah Melayu ada berkata, ‘Tak Kenal Maka Tak Cinta’. Adalah diharapkan semoga dengan lawatan ini ikatan silaturahim antara dua badan ini akan lebih erat lagi. Di samping itu, PUSPANITA dan BAKAT dapat juga berkongsi idea, bertukar-tukar pandangan terutama dalam isu-isu yang menyentuh kaum wanita. Badan-badan seperti BAKAT, PERKEP, BAKTI dan juga PUSPANITA serta banyak lagi badan-badan bukan kerajaan (NGO) di Malaysia ini berperanan besar dalam membantu kerajaan dan negara amnya dalam menangani isu-isu kritikal yang menyentuh rakyat, khususnya wanita.

Lawatan Persahabatan Ke BAKAT Angkatan Tentera Malaysia - ATM

Beliau berpendapat bahawa lawatan ini akan membuka peluang bagi BAKAT dan PUSPANITA merancang aktiviti untuk manfaat bersama. Selain daripada mengeratkan tali persahabatan, aktiviti ini akan memberi peluang untuk berkongsi pandangan, kemahiran dan kepakaran dalam bidang-bidang tertentu. Ramai ahli BAKAT mempunyai kebolehan yang istimewa. Disiplin dalam bidang ketenteraan banyak mengajar isteri dan pegawai wanita menjadi berani, mempunyai ilmu mempertahankan diri, berkeyakinan, handal dalam gubah-gubahan serta banyak lagi bidang yang menarik.

DIARI

Buletin PUSPANITA • Bil 1/2010

18 PUSPANITA

Page 19: Lawatan ke Cawangan-Cawangan Kementerian

Pada 7hb Oktober 2010, ahli Jawatan Kuasa Tertinggi dan ahli Majlis Tertinggi telah hadir ke majlis itu di Dewan Felda Perdana. Dalam ucapan di majlis itu Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, “Kerajaan tidak menghebahkan mengenai kewujudan Rumah Perlindungan Kanak-Kanak dan Wanita yang wujud sejak 1975 kerana menghormati agama dan adat budaya negara ini”. Datuk Seri Shahrizat berkata, “Setakat ini kerajaan telah membantu lebih 20,000 kanak-kanak dan gadis bermasalah untuk diberi perlindungan yang mendapat kawal selia daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)”.

Seramai 976 kanak-kanak telah diberi perlindungan oleh JKM dari tahun 2006 hingga 2010. Terdapat 18 Institusi yang bergerak aktif dalam membantu kanak-kanak dan gadis malang, di pusat perlindungan milik NGO.

“Jadi kita bantu dan memberi kerjasama penuh kepada mereka demi menjaga kepentingan individu yang bernasib malang ini,” jelasnya.

PUTRAJAYA, 25 Ogos 2010 - Isteri Perdana Menteri, YBhg.Datin Seri Rosmah Mansor juga merangkap Yang DiPertua Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri

dan Timbalan Menteri (Bakti), YBhg. Datin Seri Rosmah Mansor menunaikan solat sunat tasbih yang diimamkan penceramah terkenal, Datuk Dr. Fatma El Zahra pada majlis solat sunat tasbih dan tazkirah sempena bulan Ramadan 2010 bersama ahli-ahli Bakti, Persatuan Isteri-Isteri dan Keluarga Polis (PERKEP), PUSPANITA dan Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT) di kediamannya di Seri Perdana.

Solat sunat tasbih dan tazkirah anjuran Bakti ini adalah acara tahunan sebagai satu ibadah di samping mengeratkan lagi silaturahim antara ahli-ahli persatuan. YBhg. YDP PUSPANITA, Ahli Jawatan Kuasa Tertinggi dan ahli Majlis Tertinggi turut menghadirkan diri.

Penyertaan JKT dan MT dalam Majlis Penaung YBhg. Datin Seri Rosmah Mansor

Sambutan Hari Raya anjuran Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

Pada 6 September 2010 sekali lagi YBhg. YDP PUSPANITA dan ahli Jawatan Kuasa Tertinggi dan Majlis Tertinggi diundang ke Majlis Khatam Al-Quran di Seri Perdana. Isteri Perdana Menteri, YBhg. Datin Seri Rosmah Mansor juga terlibat dalam Majlis tersebut. Turut sama Ustaz Ahmad Shubki Osman.

DIARI

19PUSPANITA

Wanita Sepakat Negara Meningkat

Page 20: Lawatan ke Cawangan-Cawangan Kementerian

Andai emas jadi ukuran bahagia,Itu bagi mereka yang mengejar harta,Andai intan permata dikata penghias jiwa,Itu bagi mereka yang taksub dunia,

Andai harta ukuran bahagia,Merana jiwa bila hidup menjadi papa,Andai rupa takrif bahagia,Hilang ia bila lanjut usia,

Bahagia itu milik semua,Bukan milik si kaya berharta,Atau si miskin yang papa kedana,Ukuran bahagia terlalu universal,

Bahagia lahir dari hati yang redha,Redha atas segala ketentuanNya,Itu bahagia hakiki yang dicari,Andai itu bisa diperoleh,Nescaya bahagia tidak seperti hadir pelangi dikaki langit,Yang hilang bila suria menjelma..

Nukilan,Huda Salleh, Julai 2010, Shah Alam

Diterbitkan oleh:PUSPANITA, Jalan Hose, Kuala Lumpur

www.puspanita.org.my