Lawatan ke Stor sukan

2
SISTEM PENGURUSAN STOR SUKAN Stor merupakan tempat untuk melaksanakan penerimaan, perekodan, penyimpanan, penyelenggaraan, pengendaliaan dan pengeluaran stok. Stor unit ialah stor yang menyimpan dan membekal peralatan untuk keperluan jangka pendek. Pengurusan stor amat penting bagi setiap institut. Ia memastikan lokasi stor berada di tempat yang selamat, mudah dikendalikan, senang berurusan dan mesra pelanggan. Hasil daripada lawatan kami ke stor sukan di IPSAH, pengurusannya dilaksanakan dengan cekap, teratur dan berkesan. Objektif utama pengurusan stor dilakukan ialah bagi memastikan peralatan yang disimpan menepati kehendak pengguna dan kualiti peralatan sentiasa terjamin dengan memberi perlindungan, penjagaan dan penyelenggaraan yang sewajarnya. Sebelum masuk ke dalam stor, kami melihat peraturan dan undang- undang stor sukan dipamerkan pada pintu hadapan. Papan notis juga disediakan di sebelah pintu tersebut bagi memberitahu aktiviti- aktiviti yang dijalankan sepanjang minggu. Ia memudahkan para guru pelatih mengetahui setiap aktiviti yang dijalankan. Hasil daripada pemerhatian, kami mendapati bahawa semua peralatan disimpan teratur dan dilabelkan namanya. Sebagai contoh, bola sepak, bola baling, bola tampar, bola tennis, bola gimnastik dan bola keranjang disusun asing dan dilabelkan pada rak masing- masing. Semua peralatan di dalam stor disimpan di tepi biliknya bagi memudahkan pengambilan. Semasa seseorang guru pelatih meminjam peralatan sukan dalam kuantiti yang banyak, mereka disediakan dengan sebuah bakul besar bagi memudahkan pengeluaran peralatan. Di samping itu, model padang IPG KSAH juga disimpan di dalam stor bagi tujuan penghuraian mengenai butiran ukuran padang kepada pelawat. Borang keluar masuk peralatan disimpan di kaunter untuk memudahkan urusan peminjaman. Borang- barang ini difailkan bagi mengelakkan berlakunya sebarang kekeliruan dan kehilangan peralatan yang dipinjam. Petugas sentiasa memastikan peralatan sentiasa dalam keadaan baik dengan memeriksa setiap pemulangan peralatan. Selepas peralatan yang dipinjam itu dipulangkan, ia diatur semula di tempat masing- masing.

Transcript of Lawatan ke Stor sukan

 

SISTEM PENGURUSAN STOR SUKAN

Stor merupakan tempat untuk melaksanakan penerimaan, perekodan,

penyimpanan, penyelenggaraan, pengendaliaan dan pengeluaran stok. Stor unit ialah

stor yang menyimpan dan membekal peralatan untuk keperluan jangka pendek.

Pengurusan stor amat penting bagi setiap institut. Ia memastikan lokasi stor berada di

tempat yang selamat, mudah dikendalikan, senang berurusan dan mesra pelanggan.

Hasil daripada lawatan kami ke stor sukan di IPSAH, pengurusannya dilaksanakan

dengan cekap, teratur dan berkesan.

Objektif utama pengurusan stor dilakukan ialah bagi memastikan peralatan yang

disimpan menepati kehendak pengguna dan kualiti peralatan sentiasa terjamin dengan

memberi perlindungan, penjagaan dan penyelenggaraan yang sewajarnya. Sebelum

masuk ke dalam stor, kami melihat peraturan dan undang- undang stor sukan

dipamerkan pada pintu hadapan. Papan notis juga disediakan di sebelah pintu tersebut

bagi memberitahu aktiviti- aktiviti yang dijalankan sepanjang minggu. Ia memudahkan

para guru pelatih mengetahui setiap aktiviti yang dijalankan.

Hasil daripada pemerhatian, kami mendapati bahawa semua peralatan disimpan

teratur dan dilabelkan namanya. Sebagai contoh, bola sepak, bola baling, bola tampar,

bola tennis, bola gimnastik dan bola keranjang disusun asing dan dilabelkan pada rak

masing- masing. Semua peralatan di dalam stor disimpan di tepi biliknya bagi

memudahkan pengambilan. Semasa seseorang guru pelatih meminjam peralatan

sukan dalam kuantiti yang banyak, mereka disediakan dengan sebuah bakul besar bagi

memudahkan pengeluaran peralatan.

Di samping itu, model padang IPG KSAH juga disimpan di dalam stor bagi tujuan

penghuraian mengenai butiran ukuran padang kepada pelawat. Borang keluar masuk

peralatan disimpan di kaunter untuk memudahkan urusan peminjaman. Borang- barang

ini difailkan bagi mengelakkan berlakunya sebarang kekeliruan dan kehilangan

peralatan yang dipinjam. Petugas sentiasa memastikan peralatan sentiasa dalam

keadaan baik dengan memeriksa setiap pemulangan peralatan. Selepas peralatan yang

dipinjam itu dipulangkan, ia diatur semula di tempat masing- masing.

 

Secara keseluruhan, kami mendapati sistem pengurusan stor sukan di IPSAH ini

amat sistematik. Petugas stor juga amat berdedikasi dalam menguruskan dan

mengendalikan stor ini dengan baik.