LCD

5

Click here to load reader

Transcript of LCD

Page 1: LCD

Pengalaman berhari raya di rumah saudara dan sahabat handai pada Syawal lalu telah memberikan saya suatu pandangan baru; musim untuk menukarkan TV CRT yang tebal dan konvensional kepada TV yang lebih ramping dan elegan telah melanda bandar-bandar besar. Namun begitu, rata-rata kenalan yang telah menukarkan TV mereka sebenarnya tidak tahu bahawa ada perbezaan konsep pada penjanaan imej TV Plasma dan TV LCD yang menyebabkan kedua-dua kembar seiras ini tidak berkongsi sifat-sifat dan gelagat yang serupa.

Asas ini penting untuk kita menilai dan menentukan manakah jenis TV yang terbaik dengan keperluan dan perkiraan sebelum pembelian dibuat. TV Plasma dan TV LCD masing-masing mempunyai kelebihan dan kelemahan tersendiri.

1. KUALITI GAMBAR

a. Kontras Hitam

Kelebihan: Plasma

TV Plasma memberikan perbezaan kontras warna hitam dan putih dengan lebih baik berbanding TV LCD. TV LCD tidak jauh ketinggalan berbanding TV Plasma dalam skop ini sekiranya TV LCD dilihat dalam paras dan sudut yang setentang dengan mata. Kekurangan ini hanya kelihatan lebih ketara apabila dilihat diluar sudut penglihatan LCD yang sesuai.

b. Ketepatan Warna

Kelebihan: Plasma, bergantung kepada pencahayaan bilik, jenama dan model TV.

Plasma mengeluarkan warna yang lebih semulajadi dan terang dalam keadaan cahaya bilik yang malap dan normal. LCD pula mengeluarkan paras warna yang baik dalam keadaan bilik yang sangat terang.

c. Sudut Penglihatan

Kelebihan: Plasma

Page 2: LCD

TV Plasma mempunyai sudut penglihatan sebanyak 160°, bermaksud, ia boleh dilihat walaupun penonton berada hampir setentang dengan sisi TV. Manakala sudut tontonan berkesan bagi kebanyakan TV LCD hanya boleh dilihat dalam sudut 90°. Model terkini LCD HDTV pula mempunyai sudut menonton di antara 120°- 130°.

2. PERTIMBANGAN FUNGSIAN

a. Penggunaan sebagai monitor komputer

Kelebihan: LCD

TV LCD lebih cekap dalam memaparkan imej statik dan paparan yang mempunyai perincian yang tinggi seperti dalam lembaran kerja Excel. Walaupun penambahbaikan telah dilakukan bagi model terkini, kebanyakan TV Plasma memaparkan imej statik dalam keadaan yang agak bergetar.

b. Paparan imej yang bergerak pantas

Kelebihan: Plasma

TV Plasma mempunyai prestasi yang baik dalam mengendalikan imej berkelajuan tinggi dan tahap kontras yang tinggi. TV LCD pula menghasilkan kesan seperti bayangan yang mengekori objek yang bergerak pantas.

c. Altitud Tinggi

Kelebihan: LCD

Bagi pemasangan TV dalam kapal terbang (sekiranya anda baru membeli kapal terbang terpakai yang masih menggunakan TV CRT yang tebal dan konvensional), tekanan udara rendah akibat kedudukan tinggi melebihi 6,500 kaki tidak memberikan sebarang kesan kepada TV LCD. Sebaliknya bagi TV Plasma, ia memberikan kesan seakan bunyi lebah atau bunyi lampu neon.

d. Jangka Hayat

Kelebihan: seri

Jangka hayat TV Plasma dan TV LCD adalah lebih kurang sama, bergantung kepada jenama dan model TV.

e. “Ghosting” / Bayangan Imej

Kelebihan: LCD

Page 3: LCD

“Ghosting” atau bayangan imej bermaksud, apabila sesuatu imej statik dipaparkan dalam tempoh masa yang panjang, bayangan yang membentuk objek seakan imej lama tersebut terpapar di belakang imej yang sedang dipaparkan.Dalam aspek ini, TV Plasma lebih mudah menghasilkan “ghosting”.Teknologi “anti-burn” pada model-model terbaru boleh mengelakkan kesan ini.

3. PERTIMBANGAN LAIN

a. Saiz Paparan

Kelebihan: Plasma

Saiz paparan yang ditawarkan bagi TV Plasma mempunyai pilihan yang lebih besar berbanding TV LCD. TV Plasma mencatatkan saiz terbesar sehingga 61 inci dan 65 inci, malah ada pengeluar yang telah memperkenalkan saiz paparan 100 inci. Manakala, saiz terbesar yang dicatatkan bagi TV LCD hanyalah di antara 40 inci, 45 inci atau 46 inci, bergantung kepada pengeluar.

b. Penggunaan Tenaga

Kelebihan: LCD

Teknologi Plasma menggunakan dua kali ganda lebih banyak tenaga elektrik berbanding TV LCD. Walaupun penambahbaikan telah dilakukan untuk menjimatkan penggunaan tenaga dalam teknologi Plasma, ianya masih lebih tinggi berbanding TV LCD iaitu perbezaan sebanyak 33%.

c. Saiz Resolusi

Kelebihan: LCD

TV LCD mempunyai resolusi yang lebih tinggi berbanding TV Plasma. Sebagai contoh, TV Plasma bersaiz 50 inci mempunyai resolusi dengan kapasiti 1366 x 768 berbanding TV LCD yang lebih kecil iaitu bersaiz 45 inci mempunyai resolusi yang lebih tinggi iaitu 1920 x 1080.

d. Harga

Kelebihan: Plasma

Resolusi tinggi yang ditawarkan oleh TV LCD menyebabkan harganya lebih tinggi sebanyak lebih kurang 33% berbanding TV Plasma dengan saiz yang sama. Tepuk dada tanya selera; mahukan saiz yang lebih besar atau resolusi yang lebh tinggi?

KESIMPULAN

Page 4: LCD

Pilihlah sama ada TV Plasma atau TV LCD berdasarkan kelebihan ciri-ciri yang ditawarkan. Sekiranya bayaran bil elektrik menjadi isu utama, pilih sahaja TV LCD yang jimat untuk digunakan dalam jangka masa panjang. Namun sekiranya tempat menonton TV anda mempunyai orientasi ruang yang melebar, TV Plasma adalah pilihan yang lebih baik untuk kepuasan semua.