Learning is more than academics

2
The American International School of Rotterdam Verhulstlaan 21 | Rotterdam | 3055 WJ | The Netherlands www.aisr.nl Learning is more than academics Explore Possibilities The American International School of Rotterdam

Transcript of Learning is more than academics

Page 1: Learning is more than academics

The American International School of Rotterdam

Verhulstlaan 21 | Rotterdam | 3055 WJ | The Netherlands

www.aisr.nl

Learning is more than academics

Explore PossibilitiesThe American International School of Rotterdam

Page 2: Learning is more than academics

Kita semua mahukan perkara yang sama untuk anak-anak kita. Kita mahu agar mereka gembira, melakukan perkara yang tepat, dan menjadi orang yang berjaya. Kita mahu agar mereka mempunyai persahabatan yang penuh makna, mempelajari tentang diri mereka juga dunia disekeliling mereka, dan masa depan yang terbaik mungkin. Di Sekolah Antarabangsa Rotterdam Amerika Syarikat (American International School Rotterdam - AISR) kami memberikan kualiti pendidikan terbaik yang membantu setiap pelajar sedar akan potensi penuh mereka. Setiap kanak-kanak mempunyai bakat; setiap kanak-kanak mempunyai kebolehan. Adalah matlamat kami untuk memupuk bakat dan kebolehan setiap pelajar kami, dengan membolehkan mereka menjadi sebaik yang mereka boleh.

Ditubuhkan pada tahun 1959, AISR adalah sebuah sekolah siang untuk ekspatriat dan keluarga orang Belanda yang berminda antarabangsa yang tinggal di kawasan Rotterdam dan kawasan sekitarnya. Kami adalah sebuah sekolah yang berorientasikan kekeluargaan yang mengalu-alukan pelajar-pelajar dari semua budaya dan agama. Kami bertekad untuk menyediakan peluang pembelajaran mencabar yang sesuai untuk setiap kanak-kanak, yang membolehkan mereka belajar secara gembira dalam persekitaran yang selamat dan penyayang. Kakitangan kami yang berkelayakan sentiasa berusaha untuk menggunakan amalan pedagogi terbaik untuk menyediakan pelajar-pelajar dengan pelbagai peluang untuk kejayaan di dalam dan di luar kelas.

AISR telah diiktiraf oleh Majlis Sekolah Antarabangsa (Council of International Schools - CIS) dan Persatuan Sekolah dan Kolej New England (New England Association of Schools and Colleges - NEASC), yang membuktikan standard tertinggi pendidikan yang sentiasa kami berusaha untuk kekalkan. Bagi memastikan keseimbangan antara akademik, seni dan olahraga, kami menyediakan pelbagai tawaran kurikulum termasuk Program Baccalaureate Diploma Antarabangsa (International Baccalaureate Degree Program - IBDP), Kurikulum Sekolah Rendah Antarabangsa (International Primary Curriculum - IPC), Kurikulum Pertengahan

Tahun Antarabangsa (International Middle Years Curriculum - IMYC), kursus Penempatan Lanjutan (Advanced Placement courses - AP), kursus kolej serentak, dan banyak lagi.

Sebagai tambahan kepada program akademik biasa, AISR juga menyediakan peluang-peluang kepada pelajar untuk mengambil bahagian dalam beberapa kelab dan aktiviti-aktiviti kurikulum untuk melanjut dan memperkaya pelbagai minat pelajar dengan cara yang menyeronokkan. Peluang-peluang wujud kepada para pelajar untuk menyertai beberapa pasukan sukan, mengambil bahagian dalam muzik atau drama, melibatkan diri dalam aktiviti kebudayaan, serta mengambil bahagian dalam kelab-kelab dan beberapa aktiviti-aktiviti lain yang membolehkan pelajar untuk belajar kemahiran baru atau mengembangkan kemahiran yang sedia ada.

Untuk sepintas lalu dalam kehidupan sekolah di AISR, anda boleh “like” kami di Facebook atau “follow” kami di Twitter. Cara terbaik untuk mengenali kami, walau bagaimanapun, adalah untuk melawat kami. Kami menjemput anda untuk datang ke kampus kami dan menerokai apa sahaja yang kami tawarkan.

Sila menghubungi kakitangan kemasukan kami yang mesra untuk maklumat lanjut. +31 (0)10 422 53 51 [email protected]

Pembelajaran awal

Program Pembelajaran Awal di AISR menyediakan aktiviti pembelajaran dan pembangunan yang direka untuk membantu kanak-kanak membangunkan kreativiti, pemerhatian, dan kemahiran menyelesaikan masalah, dan akan memberi asas pembangunan akademik pada masa depan. Program ini merangkumi aktiviti-aktiviti yang membolehkan pelajar menerokai dunia di sekeliling mereka melalui drama, membina, penerokaan, literasi, menghitung, dan bertanya. Para pelajar melibatkan diri dalam aktiviti eksperiental melalui pengalaman deria langsung serta pembelajaran dengan guru.

Tawaran-tawaran Bahasa

Bahasa Inggeris adalah bahasa utama pengajaran di AISR, tetapi kami berusaha untuk memastikan bahawa semua pelajar-pelajar kami fasih sekurang-kurangnya dalam dua bahasa. Kami menawarkan pelbagai kelas bahasa di mana pelajar bukan sahaja meningkatkan kefasihan mereka, tetapi juga membangunkan kemahiran literasi yang kuat yang membolehkan mereka melanjutkan peluang terlanjut atau kembali menggunakan sistem pendidikan negara mereka masing-masing secara mudah.

Teknologi

AISR memberi para pelajar peluang untuk belajar tentang, dan menggunakan, inovasi teknologi semasa setiap hari untuk menambahbaik pembelajaran mereka. Teknologi adalah alat penting yang meningkatkan pembelajaran dan menggalakkan celik digital untuk membangunkan rakyat global yang sentiasa berhubungan. Tumpuan kepada teknologi di AISR dalam mendidik para pelajar bagaimana untuk menentukan apa yang penting untuk dipelajari, bagaimana untuk memahami dan menyesuaikan diri dengan bentuk teknologi baru, dan menilai sama ada teknologi baru tersebut berbaloi. AISR berusaha untuk membolehkan pengalaman pembelajaran yang kaya dan berkaitan melalui keberkesanan

penggunaan alat digital dan maklumat, member peluang kepada para pelajar untuk menyumbang dalam konteks global.

Sokongan Pembelajaran

Program Sokongan Pembelajaran direka untuk membantu membangunkan pembangunan akademik, tingkah laku dan sosial para pelajar yang dikenalpasti memerlukan sokongan tambahan. Ini telah dicapai melalui kesinambungan perkhidmatan bermula dari berunding dengan guru-guru sehingga ke pengajaran secara individu. Pelajar-pelajar yang mungkin berisiko mempunyai masalah pembelajaran dirujuk dan dinilai oleh Pasukan Sokongan Pelajar (Student Support Team - SST) yang akan menilai mana sahaja bidang pembelajaran yang menjadi kebimbangan dan merangka matlamat dan / atau strategi-strategi untuk meningkatkan kejayaan pelajar tersebut di dalam kelas.

Perkhidmatan Pengangkutan PintuKami menyediakan perkhidmatan bas peribadi tersuai yang bermula dan berakhir di depan pintu anda. Untuk memastikan bahawa anak anda menghabiskan jumlah masa minimum berada dalam transit, kami menggunakan bas mini lapan penumpang dan sistem laluan fleksibel yang memastikan anak anda dijemput dari sekolah dan dihantar ke depan pintu rumah anda dengan cepat.

Penyelesaian yang Disesuaikan

Pendidikan adalah pengalaman peribadi dan sering memerlukan perhatian peribadi. Kami berbangga untuk menyediakan perkhidmatan peribadi bagi pelbagai keperluan. Sila hubungi kami untuk maklumat lanjut mengenai bagaimana kami boleh membantu anda.

Pilihan Tepat untuk Keluarga Berminda Antarabangsa