Lee Chen Hoe-Keajaiban Organ Kembar

8
14 Mac 2008 RENCANA UTAMA Keajaiban organ kembar Oleh YEO LI SHIAN Apabila fungsi buah pinggang rosak, ia mewujudkan satu situasi yang kondusif untuk penyakit kardiovaskular seperti aterosklerosis dan penebalan otot-otot jantung. KEPELBAGAIAN rupa buah pinggang yang rosak. PANGGILAN telefon yang diterimanya pada 26 Julai 1996 daripada Penyelaras Transplan dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) telah memberinya sinar kehidupan baru. Lee Chen Hoe yang ketika itu berusia dalam lingkungan 30-an mengalami kegagalan fungsi ginjal, ditawarkan peluang menjalani pemindahan buah pinggang. Pembedahan selama tiga jam yang dijadualkan pada keesokan harinya berjalan lancar. Kini, selepas 12 tahun Chen Hoe menjalani pemindahan buah pinggang, dia cukup bersyukur. Laman Utama Negara! Hiburan! Sukan! Kosmo2 Ekstra Hubungi Kami Page 1 of 8 Kosmo! Online - Rencana Utama 3/28/2008 file://C:\Documents and Settings\HP_Owner\My Documents\Local Disk D\Org...

Transcript of Lee Chen Hoe-Keajaiban Organ Kembar

14 Mac 2008

RENCANA UTAMA

Keajaiban organ kembar

Oleh YEO LI SHIAN

Apabila fungsi buah pinggang rosak, ia mewujudkan satu situasi yang kondusif untuk penyakit kardiovaskular seperti aterosklerosis dan penebalan otot-otot jantung.

KEPELBAGAIAN rupa buah pinggang yang rosak.

PANGGILAN telefon yang diterimanya pada 26 Julai 1996 daripada Penyelaras Transplan dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) telah memberinya sinar kehidupan baru. Lee Chen Hoe yang ketika itu berusia dalam lingkungan 30-an mengalami kegagalan fungsi ginjal, ditawarkan peluang menjalani pemindahan buah pinggang.

Pembedahan selama tiga jam yang dijadualkan pada keesokan harinya berjalan lancar. Kini, selepas 12 tahun Chen Hoe menjalani pemindahan buah pinggang, dia cukup bersyukur.

Laman Utama Negara! Hiburan! Sukan! Kosmo2 Ekstra

Hubungi Kami

Page 1 of 8Kosmo! Online - Rencana Utama

3/28/2008file://C:\Documents and Settings\HP_Owner\My Documents\Local Disk D\Org...

Jika detik-detik masa yang berlalu boleh dikembalikan, Chen Hoe sudah pastinya lebih menyayangi kesihatannya. Keceriaan yang terserlah pada wajahnya hari ini adalah testimoni betapa bersyukurnya kerana dikurniakan 'kehidupan' kali kedua. Tempoh penantian selama lima tahun bagi mendapatkan organ ganti dirasakan terlalu lama.

Namun, satu parut yang terkesan pada pergelangan tangan kirinya kini menjadi peringatan selama-lama bahawa kesihatan itu penting. Parut ekoran pergantungannya terhadap dialisis peritoneal ambulatori berterusan (CAPD) itu turut mengingatkan dirinya agar menyumbang semula kepada masyarakat.

"Ramai yang masih mempunyai persepsi negatif bahawa mereka yang pernah menjalani pemindahan organ adalah tidak normal.

"Sebelum ini, saya sering menyalahkan Tuhan. Kenapalah saya yang dipilih untuk mendapat penyakit ini. Kini, sekurang-kurangnya saya faham bahawa saya masih boleh berfungsi seperti orang

biasa.

Semuanya ada hikmah di sebalik kejadian tersebut iaitu hargailah buah pinggang sebelum terlambat," katanya kepada KOSMO! ketika ditemui.

Testimoni pendek Chen Hoe ini mungkin menyedarkan kita betapa berharganya kesihatan, lebih-lebih lagi apabila melibatkan organ penting seperti buah pinggang.

Biarpun kesihatan organ-organ dalaman penting seperti jantung dan paru-paru sering mendapat publisiti, signifikan buah pinggang sebesar saiz buku lima ini sering terlepas pandang.

Menerima jolokan 'organ mengagumkan', buah pinggang sememangnya organ berkembar yang menakjubkan. Setiap hari, ia menapis dan membersihkan sejumlah 200 liter darah, amaun yang cukup banyak untuk mengisi 20 botol atau 20 baldi!

Apa yang menarik, jika salah satu daripada buah pinggang rosak, organ yang satu lagi masih boleh berfungsi secara normal.

LEE CHEN HOE

Page 2 of 8Kosmo! Online - Rencana Utama

3/28/2008file://C:\Documents and Settings\HP_Owner\My Documents\Local Disk D\Org...

Bertindak sebagai penyingkir sisa-sisa bahan kumuh dan lebihan cecair daripada tubuh, buah pinggang juga menjadi penyelaras kritikal kepada kandungan garam, potasium dan asid dalam badan.

Malah, ia turut menghasilkan hormon-hormon yang berfungsi untuk merangsang penghasilan dan memanjangkan jangka hayat sel-sel darah merah. Hormon-hormon lain pula membantu dalam penyelarasan tekanan darah serta pengawalan metabolisme kalsium.

Namun, apa yang menyedihkan pada ketika ini ialah majoriti pesakit buah pinggang meninggal dunia akibat penyakit kardiovaskular. Penyakit-penyakit kronik seperti hipertensi dan diabetes dipersalahkan sebagai 'dalang' penyumbang kepada kegagalan buah pinggang tahap terakhir.

Selain itu, sebanyak 36 juta kematian pramatang dianggarkan dicatatkan di seluruh dunia menjelang tahun 2015 kerana penyakit buah pinggang turut meningkatkan risiko seseorang mendapat penyakit kardiovaskular dan strok.

Sementara itu, Ketua Jabatan Nefrologi, Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr. Ghazali Ahmad yang ditemui KOSMO! baru-baru ini berkata, hubungan antara hipertensi dan penyakit buah pinggang ibarat ayam dan telur.

Menurutnya, pada amnya, 95 peratus daripada pesakit hipertensi yang diperiksa sukar ditemui punca penyakitnya. Ia mungkin disebabkan oleh tekanan atau gaya hidup tidak sihat. Ini merujuk kepada hipertensi primer yang tiada sebab nyata.

"Namun, hipertensi sekunder adalah tekanan darah yang mempunyai sebab-sebab tertentu. Salah satu punca biasa hipertensi sekunder adalah buah pinggang. Kebanyakan pesakit hipertensi sekunder menghidap sesetengah jenis penyakit buah pinggang," jelasnya.

Tetapi ini tidak bermakna semua pesakit hipertensi mempunyai penyakit buah pinggang kerana kadar kelazimannya cuma lima hingga 10 peratus sahaja.

Oleh itu, penting bagi seseorang individu untuk mengesan dan merawat penyakit buah pinggang seberapa segera khasnya mereka yang berada dalam kategori berisiko tinggi seperti hipertensi.

Dr. Ghazali bagaimanapun berkata, kegagalan fungsi kedua-dua buah pinggang tanpa rawatan tidak akan menyebabkan pesakit terus meninggal dunia. Sebaliknya, hidup mereka ibarat di ambang maut.

"Tanpa buah pinggang, pesakit tidak akan mati dengan segera tetapi mungkin memakan sedikit masa. Beberapa hari, minggu ataupun bulan biarpun tanpa rawatan penggantian buah pinggang," katanya sambil memberitahu satu dalam setiap 10 orang dewasa dalam populasi dunia dipercayai menghidap sesetengah jenis penyakit buah pinggang.

Berbanding dengan kecacatan anggota tubuh yang lain, mereka yang didiagnosis penyakit buah pinggang kronik dan tidak menerima rawatan, berdepan dengan 50 peratus peluang untuk mati dalam tempoh masa tiga bulan. Dalam sesetengah kes, ia lebih teruk daripada kanser.

PERGANTUNGAN terhadap rawatan dialisis adalah

sepanjang hayat. - Gambar hiasan

Page 3 of 8Kosmo! Online - Rencana Utama

3/28/2008file://C:\Documents and Settings\HP_Owner\My Documents\Local Disk D\Org...

Apabila fungsi buah pinggang rosak, ia mewujudkan satu situasi yang kondusif untuk penyakit kardiovaskular seperti aterosklerosis dan penebalan otot-otot jantung. Ini bermakna penyakit buah pinggang boleh menyebabkan gejala kardiovaskular seperti hipertensi.

Seperti juga hipertensi, diabetes merupakan satu lagi ancaman besar kepada pesakit buah pinggang. Banyak kajian menunjukkan pengawalan glukos dalam darah yang baik boleh mengurangkan risiko mendapat penyakit buah pinggang diabetis atau mencegahnya daripada bertambah teruk.

Dr. Ghazali berkata, biarpun keadaan diabetes sesetengah pesakit boleh dikawal, ia masih boleh menjurus kepada kegagalan buah pinggang jangka panjang.

Di Malaysia, statistik mendedahkan lebih daripada 57 peratus pesakit dialisis baru adalah diabetis.

Jelasnya, pesakit diabetes sedia ada dan yang baru didiagnosis kian meningkat. Ini berikutan jangka hayat populasi negara yang hidup lebih lama dan peningkatan kes diabetes baru. Beliau mengakui kawalan diabetes yang ketat di peringkat awal penyakit itu termasuk kawalan tekanan darah serta penggunaan ubat tertentu boleh memulihkan kesan diabetes ke atas buah pinggang.

Namun, dalam kebanyakan kes, komplikasi diabetes menyukarkan rawatan penyakit buah pinggang. Ini kerana saluran darah pesakit diabetes yang sempit dan keras tidak memungkinkan pembedahan fistula dilakukan dengan mudah. Fistula ialah prosedur pembedahan kecil urat darah yang perlu untuk rawatan dialisis. Tidak terkecuali juga komplikasi masalah lain seperti gangguan penglihatan, kerosakan saraf dan kelemahan jantung yang merumitkan rawatan dialisis.

Biarpun pesakit mampu meneruskan hidup tanpa sokongan buah pinggang, mereka berdepan dengan kualiti kehidupan yang tidak menyamai orang normal.

Rencana Utama!»

Hiasan eksklusif kayu nipis

� Dapat tempahan luar negara � Keajaiban organ kembar � Mengurus lambakan mayat � Merintis dunia sains � Misteri kehilangan mahkota � Latihan 38 jam seminggu � Diet harus ada disiplin � Tiada satu pun sama � Pekerja buruh gajah liar

Page 4 of 8Kosmo! Online - Rencana Utama

3/28/2008file://C:\Documents and Settings\HP_Owner\My Documents\Local Disk D\Org...

Famili!»

Rugi lengah berkahwin

CINTA yang dibina sejak sekian lama tidak semestinya boleh menimbulkan perasaan kasih dan sayang tanpa ikatan perkahwinan. - Gambar hiasan

� Bertengkar yang selamat � Menangani ketakutan anak � Ikan bakar Portugis � Bahana cinta terlarang � Menghayati amalan petua � Alasan tidak perlu minta maaf � Kek cawan � 'Hati Tok turut sakit' � Harus saling membantu

Varia!»

Beras ikut jejak minyak

SEORANG pekerja memikul guni beras di sebuah pasar di Phnom Penh, Vietnam.

� Projek sayangi penyu dan tuntung � Mural AS ke hotel Dubai � Status kewangan kahwin semula � Jurufoto 'serang' Langkawi � Kafe tema komik manga � Muzik suara orang muda � Nasib buruk pengutip sampah � Baja organik bio aktif � Struktur baru pengawal sempadan

Page 5 of 8Kosmo! Online - Rencana Utama

3/28/2008file://C:\Documents and Settings\HP_Owner\My Documents\Local Disk D\Org...

Iklan@KOSMO!

Artikel-artikel di RENCANA UTAMA :

� » Hiasan eksklusif kayu nipis � » Dapat tempahan luar negara � » Keajaiban organ kembar � » Mengurus lambakan mayat � » Merintis dunia sains � » Misteri kehilangan mahkota � » Latihan 38 jam seminggu � » Diet harus ada disiplin � » Tiada satu pun sama � » Pekerja buruh gajah liar

Iklan@KOSMO!

Alam Damai

Panorama paling sempurna

Siapa sangka pemandangan Menara Berkembar Petronas yang paling sempurna dapat menyingkir jauh kepenatan bekerja. Lagi...

Infiniti

Perempuan suka sains, matematik

false

false

Page 6 of 8Kosmo! Online - Rencana Utama

3/28/2008file://C:\Documents and Settings\HP_Owner\My Documents\Local Disk D\Org...

PEREMPUAN suka menulis dan membaca manakala lelaki suka matematik dan sains. Sekurang-kurangnya inilah persepsi stereotaip yang diberikan ramai. Tetapi, mengejutkan, satu tinjauan baru menunjukkan bahawa murid perempuan di sekolah sebenarnya menyukai subjek matematik dan sains lebih daripada seni bahasa. Lagi...

Kesihatan

Teknik melega tekanan

Adakah anda berdepan dengan tekanan dan permintaan tidak bernoktah? Jika anda sentiasa resah dan sukar untuk tidur, anda tidak keseorangan. Lagi...

Iklan@KOSMO!

Pautan Lain: Utusan Online | Mangga Online | Kareer | Tutor | Mangga TV | MyBooks | Kumpulan Utusan |

Page 7 of 8Kosmo! Online - Rencana Utama

3/28/2008file://C:\Documents and Settings\HP_Owner\My Documents\Local Disk D\Org...

Copyright © 2008. KOSMO! Online.

Page 8 of 8Kosmo! Online - Rencana Utama

3/28/2008file://C:\Documents and Settings\HP_Owner\My Documents\Local Disk D\Org...